• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN AMALAN PENGAJARAN and PEMBELAJAR (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PANDUAN AMALAN PENGAJARAN and PEMBELAJAR (1)"

Copied!
286
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN AMALAN

PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN

BERKESAN

(2)

Prakata

Memang tidak dapat dinafi kan bahawa Institut Pengajian Tinggi yang mempunyai kepimpinan yang efektif, tenaga akademik yang tersohor serta profesional, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, bakal graduan yang berkualiti serta silabus yang relevan akan lebih berdaya saing dalam menghadapi persaingan global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, sebagai usaha untuk mewujudkan program pengajian yang berkualiti, UKM amat serius melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang memberi penekanan kepada pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE). Bagi menjayakan hasrat ini, buku ‘Panduan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan’ ini disunting sebagai bahan bacaan asas untuk dijadikan panduan kepada setiap warga akademik di UKM. Buku ini dibahagikan kepada lima bahagian yang difi kirkan penting bagi pengendalian kursus setiap program pengajian di UKM. Bahagian pertama berkaitan dengan Pembangunan Kurikulum Pengajian Tinggi yang merangkumi aspek pembentukan program berdasarkan KKM, pendekatan OBE, pembentukan hasil pembelajaran kursus serta penentuan jam pembelajaran pelajar (SLT). Bahagian kedua akan menghuraikan pelbagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran termasuk pembelajaran dewasa, pembelajaran kolaboratif dan koperatif, pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan pembelajaran berasaskan projek. Bahagian ketiga pula memperihalkan tentang Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran yang meliputi aspek reka bentuk instruksi (ID dan e-Pembelajaran) termasuk pengendalian forum dan kuiz atas talian. Bahagian keempat membincangkan kepentingan Penaksiran dan Penilaian; manakala bahagian kelima membahaskan tentang Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

(3)

Bab Tajuk Muka Surat

Prakata II

Bahagian 1

Pembangunan Kurikulum Pengajian Tinggi

Bab 1 Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin & Riza Atiq O.K Rahmat

1

Bab 2 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil Wan Hamidon Wan Badaruzzaman

27 Bab 3 Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus

Rosadah Abdul Majid

43 Bab 4 Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar

Ab. Halim Tamuri

57

Bahagian 2

Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Bab 5 Pembelajaran Dewasa

Norzaini Azman

67 Bab 6 Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif

Saemah Rahman

93 Bab 7 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Nabishah Mohamad

107 Bab 8 Pembelajaran Berasaskan Projek

Ruhizan Mohd Yassin

117

Bahagian 3

Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran Bab 9 Reka Bentuk Instruksi

Norazah Mohd Nordin

133 Bab 10 Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan

Mohd. Arif Ismail

151 Bab 11 Pelaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN

Mohamed Amin Embi

(4)

Bab 12 Pengendalian Forum Atas Talian Supyan Hussin

177 Bab 13 Pengendalian Kuiz Atas Talian

Norizan Abd. Razak

189

Bahagian 4

Penaksiran & Penilaian Bab 14 Bentuk Penilaian

Ima Nirwana Soelaiman

201 Bab 15 Penilaian Berdasarkan Hasil Pembelajaran

Abdul Wahab Mohammad

215 Bab 16 Penilaian Berasaskan Kompetensi

Nabishah Mohamad

225

Bahagian 5

Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran & Pembelajaran Bab 17 Motivasi dalam Pengajaran & Pembelajaran

Salleh Amat

233 Bab 18 Bimbingan & Mentoran

Zuria Mahmud

247 Bab 19 Profesionalisme dalam Pengajaran &

Pembelajaran

Khairul Anwar Mastor

(5)

Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin merupakan Naib Canselor, UKM dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Akreditasi Negara. Beliau telah memberi sepenuh perhatian dan masanya dalam bidang perkembangan pendidikan perubatan dan piawaian kualiti dalam pengajian tinggi. Beliau telah diberi kepercayaan untuk pembangunan rangka kerja mengikut undang-undang untuk jaminan kualiti di Malaysia.

Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Bin Orang Kaya Rahmat merupakan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, UKM dan pensyarah dalam bidang kejuruteraan pengangkutan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Pengalaman beliau dalam pembangunan kurikulum dan akreditasi tidak dapat dina kan malahan sering dijemput oleh IPT lain untuk mendapatkan nasihat bagi menggubal program pengajian bersesuaian dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

(6)

Profesor Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman merupakan seorang profesor bidang Kejuruteraan Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Beliau kini dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, UKM Perunding Kejuruteraan & Arkitek Sdn. Bhd. Beliau telah banyak menyumbangkan masa untuk membantu Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di dalam kejayaan mencapai status ahli penuh Washington Accord (WA), satu-satunya Negara OIC yang menjadi ahli penuh WA. Beliau juga pernah menjadi Ahli EAC dan pemangku Pengarah EAD. Beliau kini merupakan seorang Pengarah Bersekutu, Jabatan Akreditasi Kejuruteraan (EAD), LJM.

Prof. Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad merupakan Pengarah Pejabat Hubungan Industri UKM. Sebagai pensyarah dalam bidang kejuruteraan kimia, penyelidikan beliau tertumpu kepada teknologi membran dan pemisahan. Beliau juga merupakan mantan ahli Lembaga Akreditasi Kejuruteraan di Lembaga Jurutera Malaysia dan Ahli Lembaga Penasihat program berkaitan kejuruteraan kimia di Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Pahang.

(7)

Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman adalah Ketua Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan UKM dan juga merupakan Pengerusi, Jawatankuasa Penilaian Pelajar Kurikulum Integrasi, Fakulti Perubatan, UKM sejak tahun 2004. Beliau giat menjalankan penyelidikan dalam bidang metabolisme tulang dan osteoporosis serta toksisiti ke atas bahan-bahan semulajadi.

Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor merupakan Pengarah Pusat Pengajian Umum, UKM dan berkepakaran dalam bidang penilaian dan pembangunan sahsiah. Beliau pernah dilantik sebagai Sarjana Pelawat di Washington State University, Penyelidik Pelawat di National Institute of Aging (NIA), NIH, Maryland, USA, Sarjana Pelawat di Humboldt University, Berlin, Germany dan Sarjana Pelawat Fulbright di University of Illinois, Urbana-Champaign, Illinois, USA.

(8)

Prof. Madya Dr. Norzaini Azman merupakan Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN), USM dan Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI), UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM dan penyelidikan beliau tertumpu kepada profesion akademik, pengantarabangsaan, polisi dan governans serta kelestarian dalam Pendidikan Tinggi.

Prof. Madya Dr. Ruhizan Mohammad Yasin merupakan pensyarah dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Hubungan Masyarakat) di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau merupakan pakar dalam bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional.

(9)

Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abdul Razak merupakan Ketua Pusat Kajian E-Komuniti di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau giat menjalankan penyelidikan berkaitan e-pembelajaran, pembelajaran bahasa berbantukan komputer dan impak teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat.

Prof. Madya Dr. Zuria Mahmud bertugas sebagai pensyarah dan Timbalan Dekan Siswazah dan Pengantarabangsaan di Fakulti Pendidikan, UKM. Bidang penyelidikan dan penerbitan beliau adalah pembinaan insan psikodinamik yang merangkumi strategi kaunseling, isu-isu keluarga, serta kepelbagaian pelajar.

Prof. Madya Dr Saemah Rahman merupakan Timbalan Dekan (Prasiswazah Alumni) di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang Psikilogi Pendidikan di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.

(10)

Dr. Rosadah Abd Majid merupakan Ketua Unit Pusat Permata Pintar Negara UKM. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum PPA, UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM dalam bidang pendidikan khas: pengkhususan pemulihan, dan pintar cerdas berbakat.

Dr. Mohd. Arif Ismail merupakan Timbalan Pengarah (Ko-Kurikulum) Pusat Perkembangan Pelajar, UKM. Beliau adalah pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM dan banyak menjalankan penyelidikan dalam bidang sumber dan teknologi maklumat. Beliau merupakan Presiden, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga adalah Penyelaras Program Badan Beruniform, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM.

(11)

BAB 1

Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan

Kerangka Kelayakan Malaysia

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Riza Atiq O. K. Rahmat

Sejarah Kerangka Kelayakan Malaysia

Pada pertengahan tahun 1990an, kerajaan telah memperkenalkan dasar liberalisasi, pendemokrasian dan pendidikan swasta serta pembelajaran rentas sempadan. Pendidikan swasta telah dilihat sebagai juzuk integral pengajian tinggi dari segi penambahan peluang dan memperkaya pengalaman mendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan ini, pada tahun 1996 telah diperkenalkan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Pada tahun yang sama juga diperkenalkan Akta Lembaga Akreditasi Negara yang memberi kuasa mengesyorkan kelulusan sesuatu program pengajian kepada Menteri Pengajian Tinggi. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara juga telah ditubuhkan pada tahun ini bagi tujuan memberikan nasihat bukan sahaja kepada institusi pengajian tinggi swasta tetapi juga kepada institusi pengajian tinggi awam.

Walaupun tiga akta telah diperkenalkan, masih terdapat beberapa kelemahan yang ketara. Di antara kelemahan-kelemahan itu ialah:

• Kurang telus dari segi kelayakan dan persijilan seperti kekaburan dalam aras kelulusan, tiada kefahaman yang seragam mengenai takrif kredit. Takrif berbeza-beza dari satu institusi dengan institusi yang lain.

• Aras kelayakan ditentukan hanya dengan menggunakan jumlah kredit program pengajian berkenaan.

(12)

penilian kemahiran terutama yang berkaitan dengan kelayakan profesional.

• Tiada mekanisme untuk menyokong dan mewujudkan dasar pembelajaran sepanjang hayat. Satu kriteria dan prosedur diperlukan untuk mengakui pembelajaran terdahulu dan pengalaman.

• Wujudnya perbezaan dan pemisahan antara institusi pengajian awam dan swasta.

Penubuhan Lembaga Akreditasi Negara (LAN)

LAN telah ditubuhkan berikutan penguatkuasaan Akta Lembaga Akreditasi Negara pada tahun 1996. Ia mengawal kualiti dan perjalanan program pengajian tinggi yang ditawarkan oleh pihak swasta. Semua institusi pengajian swasta mesti melalui dua proses untuk menjalankan sesuatu program, iaitu:

• Kelulusan program pengajian

• Pensijilan standard

Pensijilan standard pula melibatkan dua peringkat iaitu:

• Sijil standard minimum

• Sijil akreditasi

Masalah timbul kerana tiada garis panduan berkenaan standard yang digunakan, sangat subjektif dan tiada penanda aras.

Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

(13)

IPTA. Bagi IPTS, syarat-syarat yang dikenakan oleh LAN adalah mandatori manakala jaminan kualiti untuk IPTA hanya bersifat dasar, tidak mandatori. Audit program dan institusi oleh Bahagian Jaminan Kualiti adalah bertujuan untuk penambahbaikan kualiti berterusan. Penekanan kepada pembinaan kapasiti untuk membina budaya penambahbaikan kualiti yang berterusan.

Kewujudan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

Pada tahun 2004, Kabinet Malaysia telah membuat satu keputusan yang bersejarah yang melibatkan perkara berikut:

• Penstrukturan semula LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti.

• Mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa yang berkaitan dengan jaminan kualiti, termasuk pembentukan Kerangka Kelayakan Malaysia.

• Mengitegrasikan jaminan kualiti bagi IPTA dan IPTS, termasuk pendidikan teknikal dan vokasional.

Pada 24 Februari 2006, satu Pasukan Petugas di bawah Kementerian Pengajian Tinggi telah ditubuhkan untuk membentuk Kerangka Kelayakan Malaysia dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia yang terdiri dari:

• Lembaga Akreditasi Negara (MQA sekarang)

• Jabatan Pengajian Tinggi

• Jabatan Pendidikan Swasta

• Jabatan Pendidikan Teknikal

• Jabatan Perkhidmatan Awam

• Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat

• Pusat Iktisas Negara

• Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU)

(14)

Draf pertama telah diedarkan kepada semua pihak berkepentingan dan badan petugas yang terdiri dari:

• Semua universiti awam dan swasta,

• Rakan luar negara universiti dan kolej tempatan

• Badan-badan profesional dan badan-badan persijilan

Akta ini telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Julai 2007. Akhirnya Akta Agensi Kelayakan Malaysia telah dikuatkuasakan pada 1 November 2007. Akta ini telah memberikan perkara-perkara berikut:

• Satu agensi sahaja untuk tujuan jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia

• Pentadbiran Kerangka Kelayakan Malaysia oleh Agensi Kelayakan Malaysia yang lebih dikenali sebagai Malaysian Quali cations Agency (MQA).

• Proses Jaminan Kualiti yang mengambil kira kepelbagaian institusi dan program pengajian tinggi.

• Akreditasi pembelajaran terdahulu (prior learning) untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

• Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Quali cation Register, MQR) sebagai tempat rujukan kelayakan.

• Rayuan, penguatkuasaan, penyiasatan, kes pelanggaran dan hukuman.

(15)

Kewujudan internet jalur lebar juga telah membuka luas dunia pendidikan. Kini rakyat Malaysia boleh mendaftar dengan universiti terbuka di negara-negara maju dan seterusnya mendapat ijazah dengan kos termampu. Sebuah universiti terbuka di Shanghai mempunyai 465,000 pelajar berdaftar dari seluruh negeri Cina dan merata dunia, termasuk dari Malaysia. Demikian juga di Eropah dan Amerika Utara, mereka telah membuka pintu pendidikan yang luas. Sebahagian dari universiti terbuka ini mendapat akreditasi dari Negara masing-masing dan setaraf dengan universiti biasa. Bahkan di Kanada, pelajar dari universiti biasa boleh mengambil beberapa kursus dari universiti terbuka yang diakreditasi dan memindahkan kredit yang diperolehi ke universiti asal mereka. Mereka berbuat demikian untuk menghabiskan pengajian dengan lebih cepat. Dalam keadaan dunia seperti ini, Malaysia perlu mempunyai satu kerangka yang boleh memastikan institusi pengajian tinggi di Malaysia mempunyai kualiti yang tinggi dan dalam masa yang sama mempunyai ruang dan kebebasan untuk berinovasi bagi menjamin kelangsungan dan daya saing institusinya dan graduannya.

Kewujudan KKM dijangka boleh menjamin kualiti pendidikan tinggi di Malaysia secara telus dan dalam masa yang sama rakyat Malaysia boleh membuat penilaian. KKM juga menyediakan kerangka yang memberikan kebebasan kepada institusi pengajian tinggi untuk berinovasi dan menentukan nic program masing-masing selagi ia berada dalam kerangka tersebut.

Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

(16)

dan antara negara. Apabila ia berjalan dan berkuatkuasa sepenuhnya dijangka ia akan dapat menghasilkan perkara-perkara berikut:

• Menambahkan keyakinan orang awam berkenaan kualiti dan standard kelayakan pendidikan tinggi kerana ia melibatkan akreditasi dan penilaian jaminan kualiti.

• Kejelasan pelbagai jenis laluan pendidikan seperti laluan akademik dan profesional, teknikal dan vokasional, kemahiran dan laluan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1 dan Gambarajah 1.1.

• Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat melalui akreditasi pembelajaran dan pengalaman terdahulu.

• Pembentukan pertukaran seragam berkenaan pengumpulan kredit dan pemindahan kredit berasaskan hasil pembelajaran. Pada masa ini, de nasi kredit telah diseragamkan untuk semua pengajian tinggi di Malaysia. Secara ringkasnya, satu kredit bermakna 40 jam masa pembelajaran seseorang pelajar dalam satu semester. Ini bermakna pembelajaran terdahulu seseorang pelajar boleh dinilai dalam sebutan kredit.

• Meningkatkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam dengan swasta.

• Kesetaraan nilai kelayakan di antara ahli akademik, profesional dan vokasional.

(17)

Jadual 1.1 Struktur Kerangka Kelayakan Malaysia

4 90 Diploma Diploma kemahiran

Diploma Vokasional & teknikal

5 40 Diploma Diploma lanjutan

PPTD 6 30 Sijil siswazah Sijil dan diploma siswazah

60 Diploma

Sijil dan diploma pasca

siswazah PPTD

Nota: PPTD = Pembelajaran dan Pengalaman Terdahulu yang Diiktiraf

(18)

Gambarajah 1.1 Laluan Pembelajaran (Sumber: Sharifah Hapsah)

Kredit KKM

(19)

berpusatkan pelajar juga diberikan nilai yang kecil berbanding dengan kuliah. Sebagai contoh, kerja dua jam seminggu dalam pembelajaran berasaskan hasil diberikan satu jam kredit, manakala kuliah satu jam diberikan juga satu jam kredit.

KKM telah memberikan kefahaman yang seragam dalam takrif kredit dan aras kelayakan. KKM juga telah memudahkan pemindahan kredit di antara institusi sama ada di dalam negeri atau dengan luar Negara. Bahkan, KKM memudahkan perpindahan kredit antara sektor seperti dari sektor kemahiran dan vokasional kepada akademik dan profesional. KKM juga membolehkan perpindahan kredit antara pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal.

Dalam KKM, jam kredit dikira berasaskan jumlah beban atau kerja atau kuantiti pembelajaran seseorang pelajar dalam usahanya untuk mencapai Hasil Pembelajaran. Semua jenis pembelajaran dalam sebutan jam seperti jam kontak, pembelajaran berasaskan kerja, penyelidikan, pengalaman, aktiviti praktikal, pembelajaran sendiri dan pesiapan untuk penilaian adalah dikira sebagai jam kredit, satu kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran.

Minumum kredit

(20)

Faedah Sistem Kredit KKM

Sistem kredit KKM banyak memberikan faedah termasuk menghadkan beban pembelajaran untuk membolehkan pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang amat diperlukan untuk membangun sahsiah mereka. Dalam hal ini, UKM telah menetapkan lebih kurang 20 jam kredit setiap semester dengan mengambil kira 14 minggu pembelajaran, 2 minggu persiapan untuk penilaian dan 2 minggu penilaian. Sistem kredit KKM juga membenarkan keluwesan julat masa sesuatu program pengajian. Akhir sekali, sistem kredit KKM memberikan kreativiti kepada institusi merekabentuk program masing-masing untuk memenuhi pelbagai keperluan dan mod pembelajaran seperti sepenuh masa atau separuh masa, e-pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan kerja dan sebagainya.

Pembentukan Program Pengajian

Apabila hendak membangunkan satu program pengajian, perkara yang pertama perlu ditentukan ialah aras program tersebut. Di UKM, aras yang biasa ialah aras 6, 7 dan 8, iaitu ijazah sarjana muda (dengan kepujian), ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. Aras ini amat penting kerana kegagalan mencapai sesuatu aras akan menyebabkan sesuatu program tidak mendapat akreditasi. Sebagai contoh, aras 6 ialah sarjana muda yang dianggap sebagai persiapan untuk memulakan kerjaya. Program pada aras ini mestilah mampu menghasilkan graduan pada tahap berikut:

• Memamerkan pengetahuan dan kefahaman prinsip-prinsip dari bahan-bahan yang tinggi dan pengetahun yang terkehadapan dalam bidang pengajian.

(21)

• Berkebolehan mendapatkan dan menggunakan data dan maklumat untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang mengambil kira sosial, sainti k dan etika.

• Berkebolehan bekerja dalam satu pasukan dan memiliki kemahiran hubungan antara insan.

• Memiliki kemahiran belajar secara autonomi yang tinggi untuk maju ke peringkat pasca-siswazah

Bagi aras 7, yakni peringkat sarjana, program pada aras ini mestilah mampu menghasilkan graduan pada tahap berikut:

• Menguasai teori atau aplikasi ilmu pada aras tinggi dalam bidang pengajian.

• Memamerkan kebolehan menganalisis, menilai dan mengintegrasikan idea-idea baru dengan pengetahuan yang sedia ada.

• Memamerkan dan menunjukkan keaslian, kreatif, luwes, bebas dan sistematik dalam menggunakan ilmu ketika menangani isu-isu yang kompleks dan menyelesaikan masalah.

• Memamerkan kebolehan menjalankan projek atau penyelidikan dalam projek ilmiah.

• Dijalankan secara kursus atau kombinasi kursus dengan penyelidikan.

Aras 8, iaitu ijazah kedoktoran, juga mempunyai aras yang perlu dicapai oleh setiap graduan seperti berikut:

• Memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu dalam bidang pengajian.

(22)

berkaitan teori dan amalan profesional.

• Menghasilkan disertasi, tesis atau portfolio yang dinilai dengan standard antarabangsa.

• Memamerkan kebolehan memberikan konsep, rekabentuk dan perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna.

• Memamerkan kebolehan melakukan penemuan dan inovasi ketika menyelesaikan masalah dalam isu-isu yang kompleks dalam bidang kepakarannya.

Perkara kedua ialah rekabentuk program yang terdiri dari empat perkara utama:

• Objektif atau Matlamat Program dan Hasil Pembelajaran Program.

• Kandungan dan hasil pembelajaran yang berasaskan hasil pembelajaran yang mengambil kira beban pelajar. Satu kredit telah ditetapkan lebih kurang 40 jam masa pelajar dalam satu semester. Beban pelajar yang munasabah bagi satu semester 14+3 minggu (masa pembelajaran + peperiksaan) ialah lebih kurang 20 kredit setiap semester,

• Struktur serta kaedah pembelajaran dan pengajaran.

• Penilaian yang menguji pencapaian hasil pembelajaran

Objektif dan Hasil Pembelajaran Program

Matlamat atau Objektif Program

(23)

ini dilakukan kerana mereka berhadapan dengan saingan graduan dari Negeri Cina yang lebih cemerlang dari segi akademik dan sanggup menerima gaji yang jauh lebih rendah. Oleh itu, mereka telah membuat perubahan daripada penekanan kepada kandungan kursus-kursus dalam bidang berkenaan kepada melahirkan pemimpin dan pengurusan peringkat tinggi. Perubahan objektif ini telah menyebabkan mereka telah mengurangkan kandungan kursus-kursus bidang sehingga aras minimum yang dibenarkan oleh lembaga akreditasi dan menambahkan kursus-kursus seperti pengurusan, undang-undang dan kewangan.

Perkara yang sama juga dilakukan oleh beberapa universiti di Eropah Barat. Mereka berhadapan dengan saingan dari universiti-universiti Afrika Utara dan Eropah Timur yang melahirkan graduan yang sanggup menerima gaji lebih rendah dan bekerja lebih rajin. Oleh itu, nic graduan mereka telah berubah dari kehandalan dalam pengetahuan bidang kepada kompetensi kepimpinan dan pengurusan.

Apabila menggubal matlamat atau objektif program, ia mesti mengandungi perkara-perkara berikut:

• Pengetahuan, kemahiran dan asas-asas sainti k.

• Sikap, etika, keprofesionalan dan kepimpinan untuk kemajuan masyarakat di dalam kerangka visi kebangsaan seperti melahirkan modal insan kelas dunia.

• Kemampuan menganalisis dan menyelesaikan masalah serta menilai dan membuat keputusan secara kritikal, kreatif berasaskan bukti dan pengalaman.

• Keinginan mendapat ilmu dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang amat penting untuk peningkatan diri era pengetahuan yang amat pesat berkembang.

(24)

Objektif program perlu sejajar dengan matlamat pendidikan, visi dan misi UKM. Semasa penggubalan, semua pihak berkepentingan perlu dilibatkan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ini sebenarnya merupakan perubahan yang besar dari segi falsafah. Jika dahulu kandungan pendidikan tertakluk sepenuhnya kepada pihak berkuasa, tetapi kini semua pihak berkepentingan perlu dilibatkan secara terancang.

Objektif pendidikan mestilah dihayati oleh semua pihak yang melaksanakan program berkenaan. Ia seperti membina sebuah istana yang indah. Semua pekerja daripada buruh kasar pemotong besi hingga kepada pengurus projek menyedari bahawa mereka sedang membina istana. Oleh itu, semua pihak akan memastikan setiap bahagian istana tersebut dibina dengan betul dan berkualiti. Jika dinisbahkan kepada pembinaan dan perlaksanaan sebuah program, daripada kerani, pembantu makmal hingga kepada pensyarah dan profesor mestilah menyedari bahawa mereka sedang membangunkan manusia yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam objektif atau matlamat program. Bahkan pelajar dan ibu bapa juga perlu mengetahui mengenai objektif ini supaya mereka sama-sama bekerja untuk melahirkan modal insan yang unggul. Demikian juga pihak majikan boleh membantu para pelajar UKM semasa latihan industri dan semasa peringkat awal graduan UKM bekerja di tempat mereka.

Hasil Pembelajaran Program

(25)

menetapkan supaya semua program pengajian pada aras 6 merangkumi lapan bidang berikut:

1. Penguasaan ilmu dari segi kedalaman, lebar dan kesukaran. 2. Kemahiran praktikal atau psikomotor dari segi bidang dan

kerumitan.

3. Kaedah sainti k, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan otonomi membuat keputusan.

4. Kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan berkerja dalam pasukan.

5. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat .

6. Keperibadian, etika, perkongisan nilai dan keprofesionalan. 7. Tanggung jawab sosial dan keabsahan.

8. Keusahawanan dan kemahiran mengurus.

Univercity of Bangor, Wales, United Kingdom yang terletak jauh terpencil sehingga sukar mendapatkan hubungan telefon bimbit telah memberikan penekanan kepada keusahawanan. Universiti ini telah menitik beratkan perkara berikut dalam kurikulum dan penyampaian kursus-kursusnya:

• Keberanian mengambil risiko

• Cepat mengenal pasti peluang

• Peka terhadap kos, aliran tunai dan pulangan

• Kemampuan menjana idea baru dan inovasi

(26)

Hasilnya amat memberangsangkan. Walaupun universiti ini tidak dikenali ramai, tetapi di United Kingdom, ia telah mencapai kedudukan keempat dari segi keboleh pasaran graduan-graduannya.

Hasil pembelajaran di aras 7 (Sarjana) pula ialah:

1. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan;

2. Menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin;

3. Mengintegrasi pengetahuan dan mengurus perkara kompleks; 4. Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau

dengan maklumat terhad, mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan;

5. Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar dengan jelas; dan

6. Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi.

Hasil pembelajaran di aras 8 (Kedoktoran) pula ialah:

1. Menunjukkan kefahaman sistematik dan mendalam tentang satu displin pengajian serta penguasaan kemahiran dan kaedah penyelidikan berkaitan bidang tersebut;

2. Menunjukkan kebolehan menjana, mereka bentuk, melaksana dan mengubah suai sebahagian besar proses penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan;

(27)

4. Membuat analisis kritikal, penilaian dan sintesis idea baru dan kompleks;

5. Berkomunikasi dengan rakan, komuniti sarjana dan masyarakat umum tentang bidang kepakaran; dan

6. Menggalakkan kemajuan teknologi, sosial dan kebudayaan dalam masyarakat berasaskan ilmu dalam konteks akademik dan profesional.

Aras-aras ini amat penting diperhatikan. Terdapat sebuah universiti terkemuka yang telah menawarkan program sarjana tetapi diakreditasi sama taraf dengan sarjana muda semata-mata kerana komptensi yang dihasilkan tidak mencapai aras sarjana. Demikian juga terdapat program sarjana muda yang ditawarkan oleh sebuah universiti yang baik yang tidak mendapat akreditasi aras 6.

Pembangunan Kurikulum

Apabila membangun kurikulum di UKM, Visi dan Misi UKM mestilah menjadi asas utama. Di samping itu, kurikulum yang dibangunkan dan kaedah penyampaiannya mestilah dapat mencapai Matamat dan Hasil Pembelajaran Program dan serterusnya matlamat pendidikan UKM. Mari kita perhatikan Visi, Misi, dan Matlamat Pendidikan UKM,

Visi UKM ialah:

UKM bertekad untuk menjadi sebuah universiti terulung yang

menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan bagi

mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat yang dinamik,

berilmu dan berkepimpinan.

Misi UKM pula ialah:

(28)

Visi dan Misi ini menuntut kita bekerja bersungguh-sungguh melahirkan graduan berilmu, berinovasi, membentuk masyarakat dinamik dan membawa bahasa dan acuan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ini bermakna, pelajar UKM mesti dididik untuk menjadi pemimpin, berkeyakinan diri yang tinggi dan memiliki jati diri yang teguh di samping berilmu yang bermanfaat dan mantap. Bagi membina manusia seperti ini, kita perlu melihat bukan sahaja pengajaran di kelas, tetapi juga pengalaman pelajar secara menyeluruh seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1.2. Bahkan kaedah pembelajaran-pengajaran juga perlu dipelbagaikan bagi membina kemahiran seperti kepemimpinan, keyakinan diri, komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain. Bagi tujuan pembinaan kemahiran insaniah seperti ini, pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh setiap pelajar perlu diperkaya sebanyak mungkin supaya apabila dia menamatkan pengajian, dia menjadi seorang berkeperibadian unggul.

Bagi tujuan ini UKM telah menggubal Matlamat Pendidikan yang perlu dihayati oleh semua pihak yang terlibat dengan perlaksanaan program pengajian.

Matlamat Pendidikan UKM ialah:

Melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan dan berjati

(29)

Gambarajah 1.2 Rekabentuk Kurikulum Melibatkan Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

Pencapaian pelajar terhadap matlamat pendidikan perlu diukur untuk mengetahui pencapaian graduan UKM. Ciri-ciri boleh ukur matlamat ini ialah seperti berikut:

Domain Ciri Boleh Ukur “Berkeyakinan”

1. Memiliki ilmu yang mantap dalam bidang pengajian. 2. Mahir dalam bidang ilmu masing-masing.

3. Boleh menggunakan dan menyesuaikan ilmu dalam pelbagai suasana/keadaan, peringkat dan budaya (inovatif dan kreatif). 4. Berkemahiran menggunakan bahasa kerja antarabangsa/global

(30)

Domain Ciri Boleh Ukur “Berkepimpinan”

5. Boleh berkomunikasi dan berinteraksi dalam pasukan.

6. Mempunyai kepimpinan dan hala tuju dalam konteks fungsi dan peranan masyarakat.

7. Boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan bijaksana berdasarkan etika dan nilai sejagat (saksama, adil, lestari dan integriti).

Domain Ciri Boleh Ukur “Jati Diri Kebangsaan” 8. Beretika dan bermoral tinggi.

9. Berkemahiran dan selesa dalam interaksi antara budaya dan agama.

10. Bangga dan fasih menggunakan bahasa ibunda.

11. Mempunyai kesedaran untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Penilaian Pelajar

(31)

digunakan untuk menilai pelajar melalui pemerhatian ketika mereka menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

Penilaian pencapaian Hasil Pembelajaran sesuatu kursus boleh dilakukan oleh pensyarah yang berkaitan. Hasil Pembelajaran Program memerlukan perngumpulan markah penilaian dari semua kursus dan aktiviti ko-kurikulum dalam program berkaitan. Jika program tersebut mempunyai 40 kursus dan 10 aktiviti ko-kurikulum, maka markah dari semua kursus dan aktiviti ko-kurikulum perlu dikumpulkan dan dinilai.

Penilaian pencapaian Matlamat atau Objektif Program mungkin lebih sukar sedikit kerana ia melibatkan pencapaian pelajar selepas mereka menamatkan pengajian. Sesetengah objektif program sukar untuk diperhatikan, seperti kebolehan memimpin masyarakat, yang hanya boleh dilihat selepas beberapa tahun mereka berkecimpung dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, satu kaedah dan mekanisme yang sistematik perlu diwujudkan.

Pemilihan pelajar

(32)

Staf Akademik

Staf akademik adalah amat penting dalam perlaksanaan sesuatu program. Ia perlu diwujudkan dari peringkat awal. Nisbah pensyarah kepada pelajar seperti yang ditetapkan oleh badan-badan profesional atau oleh UNESCO juga perlu dipatuhi. Bidang-bidang ilmu atau kursus-kursus yang akan ditangani oleh pensyarah-pensyarah perlu juga ditentukan.

Kemudahan dan Sumber

Kemudahan dan sumber untuk melaksanakan program yang ingin dijalankan perlu mencukupi bagi perjalanan program berkenaan. Bilik kuliah, makmal, perpustakaan, kemudahan IT dan keperluan-keperluan lain perlu diadakan. Demikian juga bajet yang mencukupi perlu diadakan.

Pengawasan dan Semakan Program

Kaedah pengawasan dan semakan program perlu diwujudkan. Di antara perkara yang perlu diadakan bagi tujuan ini ialah:

• Mekanisme semakan dan pengawasan program perlaksanaan dan kemajuan pelajar.

• Sumber untuk menjalankan semakan dan pengawasan program perlaksanaan dan kemajuan pelajar.

• Kaedah untuk mendapatkan maklum balas dari pelbagai punca.

• Kaedah mendapatkan maklum balas dari pensyarah dan pelajar secara berkala dan sistematik

(33)

Kepimpinan, Tadbir Urus dan Pentadbiran

Sesuatu program mesti mempunyai kepimpinan yang jelas supaya semua aktiviti yang berkaitan dengannya dapat dijalankan dengan baik. Bagi memastikan kepimpinan berjala dengan baik, tadbir urus yang baik mesti diwujudkan terutama yang berkaitan dengan bidang kuasa, ketelusan dan keabsahan. Ketiadaan tadbir urus yang baik akan menyebabkan timbul pertembungan kuasa dan kesukaran membuat keputusan.

Sesuatu program tidak akan dapat dijalankan dengan baik jika tiada pentadbir yang cekap. Tugas pentadbir bukan sahaja untuk urusan pentadbiran sehari-hari tetapi juga bagi pengurusan kualiti. Bagi tujuan ini, satu pengurusan kualiti yang jelas mesti diadakan.

Para pentadbir juga perlu mengadakan sistem hubungan dengan pihak industri. Perkara ini amat penting terutama untuk memberikan persepsi yang baik terhadap pelajar-pelajar UKM. Di samping itu, hubungan yang baik akan memudahkan pelajar-pelajar mendapat tempat latihan industri dan memudahkan mendapatkan pandangan mereka mengenai program di UKM. Sebagai contoh, sebuah universiti di Denmark yang melaksanakan sistem pembelajaran-pengajaran berasaskan masalah, mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan pihak industri sehingga mereka mudah mendapatkan kes dan projek untuk dijadikan bahan pembelajaran.

Penambahbaikan Kualiti Berterusan

(34)

kitaran atau pusingan satu semester, setahun dan lima tahun seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1.3.

Gambarajah 1.3 Pusingan Penambah Baikan

Penutup

(35)

Rujukan

Sharifah Hapsah. 2007. MQF. Bengkel Jaminan Kualiti. UKM Bangi.

Bacaan Tambahan

Code of Practice for Program Accreditation. 2008, MQA Code of Practice for Institutional Accreditation. 2008. MQA

(36)
(37)

BAB 2

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil

(PHB)

Wan Hamidon Wan Badaruzzaman

Pengenalan

Di dalam era globalisasi dan ke arah dunia tanpa sempadan, cabaran yang dihadapi oleh para graduan kita kini menjadi lebih sengit di pasaran kerja di dalam mahupun luar negara. Adakah graduan kita sudah disediakan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi, kemahiran praktikal dan profesional, kemahiran insaniah serta sikap yang akan membolehkan mereka menghadapi persaingan tersebut? Adakah kita sudah menyediakan mereka untuk memenuhi keperluan dan tuntutan pihak-pihak yang berkepentingan? Siapakah pihak-pihak yang berkepentingan ini? Di dalam Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH), pihak-pihak yang berkepentingan program perlu dikenalpasti dan pandangan mereka diperolehi dan dipertimbangkan di dalam menggubal Objektif-Objektif Program (jangka panjang) dan Hasil-Hasil Pembelajaran program (jangka pendek). Objektif-Objektif Program (OP) dan Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) program harus dijadikan titik rujukan untuk dihubungkait dan dijejaki kepada kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran setiap program.

(38)

dengan mengamalkan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) dan langkah jaminan kualiti di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). UKM harus bersedia menghadapi cabaran seterusnya apabila kaedah rating dan ranking diperkenalkan dan bersedia sepenuhnya untuk diaudit dalam proses jaminan kualiti program pengajian. UKM mesti memastikan program yang disajikan mampu melahirkan siswazah yang mempunyai daya saing serta kebolehpasaran tinggi yang relevan dan sesuai dengan keperluan negara dan masyarakat ilmu.”

Bab ini cuba menjelaskan falsafah, konsep, serta kaedah perlaksanaan Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) dengan lebih terperinci. Ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman mengenai PBH di kalangan para pensyarah UKM agar PBH dapat dilaksanakan dengan penuh penghayatan.

Keperluan PBH

Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) ataupun

Outcome-based Education (OBE) kini merupakan satu pendekatan pendidikan yang diamalkan oleh UKM dan semua institusi pengajian tinggi lain di Malaysia dalam semua bidang pengajian. Ini bertepatan dengan kehendak yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, agensi akreditasi pendidikan tempatan dan antarabangsa. Pendekatan ini merupakan satu keperluan yang ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang kini di bawah pemantauan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Perkembangan ini telah dipercepatkan lagi dengan perubahan di dalam pendekatan akreditasi oleh badan-badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang kini mewajibkan pendekatan PBH bagi kesemua program kejuruteraan yang memerlukan akreditasi daripada Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC).

(39)

PBH

PBH merupakan singkatan kepada Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil. PBH mengalih fokus daripada input dan proses kepada memberi tumpuan kepada Objektif-Objektif Program (OP) dan Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) Program. Bagaimanapun, kepentingan input dan proses tidak dina kan. Melalui PBH, sebarang program pengajian perlu mengambilkira keperluan pihak-pihak berkepentingan dalam penggubalan OP serta HP program yang perlu dicapai oleh para pelajar dan graduan. OP pengajian (jangka panjang dan berkaitan dengan graduan semasa sudah bekerja) dan HP (jangka pendek dan berkaitan dengan pelajar) perlu dikenalpasti dan dijejaki dalam rekabentuk kurikulum program.

Struktur pembelajaran, rekabentuk kurikulum, silibus dan ko-kurikulum kemudiannya direkabentuk secara top-down dengan menjadikan OP dan HP program sebagai titik rujukan. Struktur pembelajaran dan rekabentuk kurikulum dianggap sebagai penyebab dan bukan matlamat akhir. Sekiranya struktur pembelajaran, kurikulum dan ko-kurikulum tidak berjaya membuahkan hasil, maka kedua-duanya akan dinilai semula. Kaedah penyampaian (delivery) dan pengukuran (assessment) dan penilaian (evaluation) pencapaian objektif-objektif dan hasil-hasil pembelajaran program menjadi amat penting untuk memastikan pencapaian hasil-hasil pembelajaran oleh para pelajar dan graduan. Bahan-bahan bukti yang yang berkaitan perlu ditunjukkan apabila proses akreditasi program dijalankan. Memetik daripada satu laporan Education Department of Western Australia:

(40)

Keseluruhan proses pendidikan dari sudut rekabentuk kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah pengukuran dan penilaian mesti disusun semula serta dipelbagaikan. Juga penambaikan kualiti berterusan (CQI) program mestilah berasaskan sistem pengurusan kualiti yang mantap. PBH akan mempelbagaikan kaedah pengajaran serta penilaian pencapaian mereka menjadikan kaedah dan penilaian bersifat lebih eksibel.

Objektif-Objektif Program (OP)

Objektif-Objektif Program (OP) adalah pernyataan-pernyataan yang menyatakan pencapaian yang disasarkan untuk dicapai para graduan setelah beberapa tahun berada di alam kerjaya. Pernyataan-pernyataan tersebut haruslah digubal melalui proses mendapatkan maklumbalas daripada pihak-pihak berkepentingan yang melibatkan kepentingan universiti, bakal majikan dan industri, pelajar, ibu bapa, kerajaan, penaja dsbnya. OP tidak seharusnya menjadi duplikasi kepada Hasil-Hasil Pembelajaran (HP), tetapi OP adalah apa yang kita kehendaki graduan kita capai dalam kerjaya mereka setelah beberapa tahun bekerja.

Sebagai contoh, katakan setelah menjalankan kajiselidik dan mendapatkan maklumbalas daripada bakal majikan dan pihak industri, terdapat permintaan yang tinggi terhadap sesuatu bidang khusus berkaitan dengan Kejuruteraan Awam, katakan berkaitan dengan alam sekitar, maka satu OP yang boleh digubal ialah:

• Program akan menghasilkan graduan yang akan menjadi Jurutera Awam yang memberi kepentingan terhadap alam sekitar dan pembangunan lestari.

(41)

• Program akan menghasilkan graduan yang akan menjadi Jurutera Awam mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan samaada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing.

Begitulah seterusnya, OP perlu digubal agar bersesuaian dengan permintaan pihak-pihak berkepentingan (tetapi tidak semestinya memenuhi kehendak semua). Bagaimana pula untuk mencerminkan visi dan misi UKM dalam objektif program? OP hendaklah konsisten dengan visi dan misi UKM sebagai sebuah universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu contohnya. Pencapaian OP harus boleh diukur dan dinilai secara berkala serta mesti diwar-war dan disebar-luaskan. Kemungkinan, sesuatu program akan mempunyai 4 atau 5 atau kurang atau lebih OP.

Sebagai contoh, OP bagi program Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM yang disasarkan untuk dicapai graduan stelah beberapa tahun berada di alam kerjaya adalah seperti berikut:

OP1: Seorang jurutera yang membina kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Struktur.

OP2: Seorang jurutera yang mencapai tahap jurutera profesional di bawah Lembaga Jurutera Malaysia dan mengekalkannya.

OP3: Seorang jurutera yang meneruskan pembelajaran sepanjang hayat, mendapatkan ilmu pengetahuan lanjutan dan kecemerlangan di dalam kerjaya.

OP4: Seorang jurutera yang mampu untuk maju ke suasana kerja peringkat serantau dan antarabangsa.

Hasil-Hasil Pembelajaran (HP)

(42)

pengajian. HP harus menyumbang kepada pencapaian OP, dan jelas diterapkan di dalam struktur pembelajaran dan kurikulum. Pencapaian hasil-hasil pembelajaran mesti dibuktikan sebelum dan pada masa graduan menerima ijazah. Terdapat lapan ciri graduan atau HP di dalam KKM yang mesti dimasukkan ke dalam semua kursus sesuatu program pengajian. Lapan domain tersebut adalah:

1. Ilmu pengetahuan (domain IP).

2. Kemahiran praktikal atau psikomotor (domain KPP).

3. Kaedah sainti k, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan membuat keputusan (domain KI/KG).

4. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimipinan dan kerja berkumpulan (domain KI/KG).

5. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (domain KI/KG).

6. Ciri-ciri keperibadian, etika, nilai-nilai sejagat dan profesionalisme (domain KI/KG).

7. Tanggungjawab sosial dan kebertanggungjawapan (domain KI/KG).

8. Pengurusan dan keusahawanan (domain KI/KG).

(43)

Gambarajah 2.1: Domain HP KKM Tiga belas KG yang ditetapkan oleh UKM ialah:

KG1: Tanggungjawab Sosial. KG2: Menghargai Alam Sekitar.

KG3: Etika, Moral dan Profesionalisme. KG4: Kerohanian.

KG5: Komunikasi. KG6: Kepimpinan. KG7: Kerja Berpasukan.

KG8: Kaedah Saintik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi dalam Pembuatan Keputusan. KG9: Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. KG10: Pembelajaran Sepanjang Hayat.

(44)

Seperti OP, pernyataan-pernyataan HP program haruslah digubal melalui proses perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan yang melibatkan universiti sendiri, bakal majikan dan industri, pelajar, ibu bapa, kerajaan, penaja dsbnya. HP harus diwar-warkan, disebar-luaskan dan konsisten dengan OP. Pencapaian HP harus diukur dan dinilai secara terus dan berkala dengan penglibatan pihak-pihak berkepentingan dalaman (para pensyarah dll) dan luaran (industri, majikan dll). Kurikulum dan proses berkaitan dengan pencapaian objektif mestilah diadakan. Sistem penilaian berterusan yang dapat menunjukkan pencapaian HP serta penggunaan keputusan untuk penambahbaikan program harus diwujudkan. Berbanding dengan OP (yang banyak bergantung kepada pengukuran secara tidak langsung (indirect assessments), pencapaian HP oleh pelajar mestilah diukur secara terus (direct method of assessments).

(45)

‘Students of an engineering programme are expected to attain the following:

(i) ability to acquire and apply knowledge of science and engineering fundamentals;

(ii) acquired in-depth technical competence in a specifi c engineering discipline;

(iii) ability to undertake problem identifi cation, formulation and solution;

(iv) ability to utilise systems approach to design and evaluate operational performance;

(v) understanding of the principles of design for sustainable development;

(vi) understanding of professional and ethical responsibilities and commitment to them;

(vii) ability to communicate effectively, not only with engineers but also with the community at large;

(viii) ability to function effectively as an individual and in a group with the capacity to be a leader or manager ;

(ix) understanding of the social, cultural, global and environmental responsibilities of a professional engineer; and

(46)

Jadual 2.1 memberikan contoh HP bagi program Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM yang disasarkan untuk dicapai pelajar.

Jadual 2.1: Contoh HP Program Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM

KOMPONEN ILMU PENGETAHUAN DOMAIN

HP1 Berkebolehan untuk mendapat dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam matematik, sains dan kejuruteraan menjurus kepada kompetensi teknikal mendalam dalam bidang Kejuruteraan Awam & Struktur.

ILMU PENGETAHUAN HP2 Berkebolehan untuk mengenal pasti masalah kejuruteraan,

mendapatkan penyelesaian dan jawapan bagi masalah tersebut.

HP3 Berkebolehan untuk merekabentuk projek Kejuruteraan Awam & Struktur mengambilkira kekangan yang realistik seperti ekonomi, alam sekitar, sosial, politik, etika, kesihatan dan kelestarian.

HP4 Memahami tanggungjawab dan komitmen profesional dan etika.

HP10 Berkebolehan untuk mengambilkira unsur-unsur pengurusan projek pembinaan, pengurusan aset, polisi awam, pentadbiran, perniagaan dan keusahawanan.

KEMAHIRAN DAN CIRI-CIRI LAIN

HP5 Berkebolehan untuk merekabentuk dan menjalankan ujikaji

dan juga menganalisa serta mengintreptasi data. KEMAHIRAN PRAKTIKAL & PROFESIONAL HP6 Berkebolehan untuk menggunakan teknik, kemahiran

dan alatan moden kejuruteraan yang perlu bagi amalan kejuruteraan.

HP7 Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif, bukan sahaja dengan jurutera tetapi juga dengan masyarakat umum.

KEMAHIRAN INSANIAH HP8 Berkebolehan untuk berfungsi secara efektif sebagai

individu dan juga dalam kumpulan dengan kemampuan untuk menjadi pemimpin atau pengurus serta menjadi anggota kumpulan yang efektif.

(47)

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)

HPK adalah pernyataan tentang kebolehan atau apa yang boleh dilakukan oleh pelajar semasa dan setelah menjalani kursus yang akan membantu pencapaian HP yang berkaitan. Pernyataan-pernyataan ini adalah lebih spesi k dan berkaitan dengan kandungan kursus.

Hubungan Umum

Secara umum, OP merupakan titik fokus yang perlu disokong oleh pelbagai aspek penting universiti. Gambarajah 2.2 menunjukkan hubungan umum tersebut.

Gambarajah 2.2: Hubungan Umum OP kepada aspek-aspek penting universiti.

Pemetaan dan Penjejakan OP dan HP dalam Kurikulum dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(48)

Gambarajah 2.3: Hirarki Keperluan Pihak-Pihak Berkepentingan, OP, HP, Rekabentuk Kurikulum dan HPK

(49)

Penambahbaikan Berterusan (CQI)

Suasana pembelajaran perlu sentiasa menitikberatkan penambahbaikan kualiti berterusan (Continual Quality Improvement (CQI)). Melalui perlaksanaan PBH, adalah diharapkan unsur-unsur penambahbaikan kualiti secara berterusan akan menjadi satu budaya di UKM. Di setiap peringkat, CQI mesti dilaksanakan, daripada pembentukan objektif-objektif dan hasil-hasil pembelajaran, rekabentuk kurikulum sehinggalah kepada perlaksanaan dan pengimplementasian program. CQI boleh berlaku dalam ’kitaran dalam’ ataupun ’kitaran luar’. Kesemua kitaran yang masih ’terbuka’ harus ’ditutup’ (closing the loop). Di sinilah terletaknya kepentingan mewujudkan satu sistem Pengurusan Kualiti yang mantap.

Kesimpulan

Bab ini telah memberikan penjelasan mengenai konsep asas dan falsafah pendekatan pembelajaran berasaskan hasil (PBH). Kepentingan menggubal Objektif-Objektif Pembelajaran (OP) program, Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) program dan Hasil-Hasil-Hasil-Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) telah ditekankan. Bab ini diharap dapat membantu para pensyarah meningkatkan kefahaman dan seterusnya dapat menerapkan PBH di dalam kursus masing-masing secara lebih bermakna. Bagi para pentadbir pula, kepentingan mewujudkan satu Sistem Pengurusan Kualiti yang mantap harus difahami dan dilaksanakan.

Bibliografi

Abet, 2003. Presentation Materials. 2nd ABET International Faculty Workshop on Continuous Program Improvement held at the National University Singapore (NUS).

Abet Website, 2009. http://www.abet.org

(50)

Basri, H., Che Man, A.B., Wan Badaruzzaman, W.H and Nor, M.J.M., 2004. Malaysia and the Washington Accord: What it takes for Full Membership. International Journal of Engineering and Technology, Vol. 1, No. 1, 2004, pp. 64 – 73.

Engineering Board for Engineering and Technology (ABET), Inc., 2009. Criteria for Accrediting Engineering Programs.

Felder, R.M. and Brent, R., 2003. Designing and Teaching Courses to Satisfy the ABET Engineering Criteria, J.Eng.Education.

Fletcher, L.S., Brisk, M. and Chan, A., 2008. Engineering Education Assessment Procedures: Meeting Washington Accord Standards. EAC Workshop for IHLs.

Hassan Basri, Wan Hamidon Wan Badaruzzaman dan Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, 2004. Efforts towards Outcome-Based Approach in Engineering Education. Supplementary Accreditation Document Submitted to the Engineering Accreditation Council, Board of Engineers Malaysia.

Hodel, H., 2003. Experience with Holistis Engineering Education. Proceeding of the International Conference on the Global Engineer: Education and Training for Mobility, Portugal, pp. 218 – 224. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), 2002. Kod Amalan Jaminan Kualiti

IPTA.

Lembaga Jurutera Malaysia, 2006. Engineering Programme Accreditation (EAC) Manual.

Shakhgildian, V.V. and Fomin, N.N., 2003. Formation of the Global Engineers: Necessary Conditions, Possibilities, Advantages and Drawbacks for Russia, Proceeding of the International Conference on The Global Engineer: Education and Training for Mobility, Portugal, pp. 299 - 301.

(51)

Wan Hamidon Wan Badaruzzaman and Megat Johari Megat Mohd Noor, 2009. Academic Excellence with Focus on Sustainable Development. Keynote Address, Fifth National Conference Civil Engineering AWAM’09.

Washington Accord Website, 2009. http://www.washingtonaccord.org Washington Accord BEM’s Reviewers (2008). Report of the July and

Nov 2008 Washington Accord New Application Review Team Visit to the Engineering Accreditation Council (EAC) Malaysia. Willis, S. and Kissane, B., 1995. Outcome-based Education - A

(52)
(53)

BAB 3

Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus

Rosadah Abdul Majid

Pengenalan

Apabila seseorang pelajar mendaftar untuk mengikuti sesuatu kursus, dia berharap untuk memperolehi ilmu pengetahuan berkaitan dengan kursus yang diikutinya. Apa yang diharap untuk diperolehi oleh seseorang pelajar setelah mengikuti sesuatu kursus dikenali sebagai hasil pembelajaran kursus. Hasil pembelajaran kursus boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga kategori iaitu; ilmu pengetahuan yang melibatkan kapasiti mental, kemahiran yang melibatkan kapasiti zikal, dan sikap yang melibatkan kapasiti emosi atau perasaan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pengajar untuk merancang pengendalian kursusnya agar berjaya mencapai hasil pembelajaran kursus tersebut merentasi ketiga-tiga kategori hasil pembelajaran itu. Perancangan kursus juga perlu memberi perhatian agar hasil pembelajaran kursus terbabit berjaya menyumbang mencapai hasil pembelajaran program pengajian yang diikuti.

Hasil pembelajaran kursus perlu dinyatakan dengan jelas agar pengajar dan pelajar tahu dan sedar tentang fokus atau tumpuan kursus yang diikuti. Hasil pembelajaran kursus biasanya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku pelajar yang boleh diperhatikan. Ini merupakan bukti bahawa pembelajaran telah berlaku, atau dengan kata lain kursus terbabit telah dikendalikan dengan berkesan. Turut dijadikan ukuran pembelajaran seseorang pelajar dari kursus yang diikuti ialah produk yang telah dihasilkan kesan daripada ilmu, kemahiran serta sikap yang sesuai yang telah diperolehi kesan dari mengikuti kursus berkenaan.

Domain Pembelajaran

(54)

kepada domain pembelajaran pelajar dan bukan domain pengajaran. Ini kerana pengendalian kursus perlu di kirkan dan dirancang dalam konteks pelajar, iaitu yang berfokus kepada pembelajaran mereka. Hasil pembelajaran kursus perlu dinyatakan dalam bentuk tingkah laku pelajar dan tidak dalam tingkah laku pengajar. Hasil pembelajaran kursus juga boleh dilihat sebagai objektif pembelajaran. Ini merujuk kepada bagaimana pelajar diharap akan memperolehi hasil dari proses pembelajaran yang mereka lalui dengan mengikuti kursus terbabit. Taksonomi Pembelajaran Bloom (1956) menstrukturkan hasil pembelajaran kepada satu kerangka yang mengambilkira beberapa domain pembelajaran iaitu; domain kognitif, domain afektif, dan domain psikomotor (lihat jadual 3.1). Kerangka domain pembelajaran yang telah dicadangkan oleh Bloom membantu pengajar menganalisis serta menilai objektif pembelajaran yang dibina. Ia juga membantu pengajar membangunkan kriteria tertentu dalam menentukan tahap penguasaan sesuatu pembelajaran (Simon 2000). Ini merujuk kepada tahap-tahap penguasaan hasil pembelajaran merentasi ketiga-tiga domain pembelajaran. Jadual 3.2 mempamerkan perincian tingkah laku pembelajaran merentasi domain kognitif berserta contoh aktiviti dan kata kunci yang menggambarkan aktiviti pembelajaran dalam domain tersebut. Domain kognitif merujuk kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam aspek kemampuan mental pelajar.

Jadual 3.1: Tahap serta Domain Pengajaran dan Pembelajaran

Tahap Kognitif Afektif Psikomotor

Pengetahuan Sikap Kemahiran

1 Mengingat Fakta / Data Penerimaan

(kesedaran)

Mengikut (meniru)

2 Memahami Respon (reaksi) Manipukasi (mengikut

(55)

4 Analisis (kepada struktur nilai (selaras nilai dengan tingkah laku)

Semulajadi (secara spontan, sebagai pakar)

6 Menilai (menaksir,

menghakimi dalam terma yang sesuai)

Jadual 3.2: Domain kognitif

Tahap Kategori

(kata kerja yang menghuraikan aktiviti yang akan dilatih dan tingkah laku yang akan diukur pada setiap tahap)

1 Pengetahuan Mengingat

atau mengecam

2. Pemahaman Memahami makna,

(56)

3 Aplikasi Menggunakan atau teori secara praktis, menunjukkan,

4. Analisis Menginterpretasi;

unsur-unsur, serta fungsi sesuatu proses atau konsep, membubarkan kaedah atau proses, menilai elemen

5. Sintesis Membangunkan

(57)

6. Penilaian Menaksir keberkesanan konsep keseluruhan, yang dikaitkan dengan nilai, hasil, keberkesanan, pelaburan atau kos efektif, praktikaliti,

(58)

Jadual 3.3: Domain Afektif Tahap Kategori atau

Tahap

(kata kerja yang menghuraikan aktiviti yang akan dilatih dan tingkah laku yang akan diukur pada setiap tahap)

1. Penerimaan Sedia untuk mencuba, sedia dalam sesi atau pengalaman pembelajaran, mengambil nota, hadir ke kelas, memberi masa

(59)

3. Nilai Memberi nilai sesuatu idea atau pengalaman,

4. Mengurus atau mengkonsepsi dan kepercayaan peribadi.

5. Menghayati atau membudayakan

(60)

Jadual 3.4: Domain Psikomotor

Tahap Kategori atau Tahap

(kata kerja yang menghuraikan aktiviti yang akan dilatih dan tingkah laku yang akan diukur pada setiap tahap)

1 Imitasi Meniru tindakan atau pelatih dan mengulangi tindakan , proses atau aktiviti.

Meniru, mengikut, menghasilkan semula, mengulangi, mengamalkan (adhere)

2 Manipulasi Menghasilkan aktiviti dari

3 Kejituan Menunjukkan kemahiran sesuatu tugas atau aktiviti dengan

(61)

5 Semulajadi

Sumbangan Hasil Pembelajaran Kursus kepada Hasil

Pembelajaran Program

(62)

Jadual 3.5: Padanan Hasil Pembelajaran Program dengan Hasil Pembelajaran Kursus

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

Kursus Hasil Pembelajaran Kursus

(HPK)

Tahun I

Tema :

Ciri dan etiologi pelajar Khas

HPP: Pelajar mengetahui jenis-jenis kecacatan serta punca-puncanya dan

Perkembangan dan Ciri Pelajar Pendidikan Khas

1. (Domain Kognitif

Tahap 2

Tahap 4 Mengurus dan Mengkonsepsi Nilai)

HPK (Afektif)

Pelajar membahaskan nilai kasih sayang dan empati terhadap kanak-kanak khas

(63)

Gambarajah 3.1: Pemetaan Hasil Pembelajaran dalam Struktur Pengajian

Objektif Kursus ini adalah untuk:

1. Menyediakan pandangan yang luas tentang isu-isu berkaitan dengan pendidikan khas.

2. Memperkenalkan kepada pelajar tentang konsep dan aplikasi pengurusan tingkah laku.

3. Membiasakan pelajar dengan konsep-konsep serta terminologi berkaitan dengan pendidikan khas.

4. Mendedahkan pelajar-pelajar kepada aplikasi pengajaran untuk kanak-kanak khas.

Ciri-ciri Ideal Graduan

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

Struktur Program

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)

Pengajaran dan Penaksiran Kursus

Contoh Penyataan Hasil Pembelajaran Kursus

Berikut adalah bukan penyataan yang boleh dikategorikan sebagai hasil pembelajaran kursus:

(64)

Contoh: Perbandingan Penyataan dalam Amalan lama dengan Amalan baru.

Program Lama Program Baru

Penyataan Hasil

Pembelajaran

Memahami ciri-ciri teknikal bahan-bahan tertentu

Menggunakan bahan-bahan sebagai pereka dalaman.

Pengajaran Perkuliahan Menghasilkan “ Panduan Pengguna”

Penaksiran Peperiksaan Panduan Pengguna

• Kajian kes

Rumusan

Semua hasil pembelajaran kursus secara kolektif menyumbang kepada pencapaian hasil pembelajaran program pengajian. Hasil pembelajaran program pengajian pula perlu menepati domain hasil pembelajaran menurut Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Lapan domain HP dalam KKM tersebut meliputi perkara-perkara berikut:

1. Pengetahuan ilmu bidang (Knowledge)

2. Kemahiran praktikal (Psychomotor, Practical, Technical Skills)

3. Kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial (Social Skills & Responsibility)

4. Nilai, sikap dan profesionalisme (Professionalism, Values, Attitudes, Behaviour & Ethics)

5. Komunikasi, kepimpinan dan kemahiran berpasukan (Communication Skills)

6. Penyelesaian masalah dan kemahiran sainti k (Critical Thinking & Scientifi c Approach)

(65)

Pendekatan pengendalian kursus dahulu yang menekankan kepada tingkah laku pengajar kini telah berubah kepada paradigma yang menekankan kepada tingkah laku pelajar. Justeru tenaga pengajar perlu memberi perhatian terhadap aspek-aspek yang dititikberatkan dalam paradigma baharu ini agar pembelajaran menjadi lebih berkesan untuk mencapai kehendak keperluan KKM.

Bacaan Tambahan

Biggs, J. B. & Tang, C. 2007. Teaching for Quality Learning at University. Open University Press/Mc Graw-Hill Education.

Ramsden, P. 1992 Learning to Teach in Higher Education. London: Routledge.

(66)
(67)

BAB 4

Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar

Ab. Halim Tamuri

Pendahuluan

Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) telah diperkenalkan sebagai salah satu usaha penting Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melahirkan graduan yang mempunyai kesepaduan dan keseimbangan serta cemerlang dalam semua bidang kehidupan. Salah satu komponen yang paling penting ialah penggubalan kurikulum pengajian tinggi yang berteraskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sistematik. KKM yang digubal ini adalah satu penanda aras yang telah dibina dengan merujuk kepada amalan antarabangsa. Fokus utama ialah penentuan tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan kepada bebanan pembelajaran pelajar. Penentuan jam pembelajaran pelajar merupakan salah satu proses utama kepada kejayaan pelaksanaan KKM dan ianya berbeza dengan penentuan jam kredit yang digunakan selama ini di semua institusi pengajian tinggi.

Isu Pembelajaran Pelajar IPT

(68)

sebelum ini. Kesemua aktiviti pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran diambil kira dalam menentukan hasil pembelajaran dan juga menentapkan jumlah jam kredit bagi setiap kursus yang ditawarkan kepada pelajar.

(69)

pengajian. Para pensyarah juga akan dapat mengetahui dan memantau tugasan dan bebanan sebenar pelajar dalam kursus yang ditawarkan. Pelaksanaannya juga diharap akan dapat mewujudkan pembelajaran berasaskan pelajar serta memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan hasil atau produk.

Jam Pembelajaran Pelajar

Jam pembelajaran adalah salah satu langkah penting untuk memastikan pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan berdasarkan kepada beban pembelajaran yang sesuai. Kementerian Pengajian Tinggi melalui Kerangka Kelayakan Malaysia telah menetapkan bahawa satu kredit mempunyai gabungan 40 jam pembelajaran pelajar dalam satu kursus bagi setiap semester. Nilai gabungan adalah notional credit atau nilai nosional yang mempunyai nilai 40 jam setiap semester untuk satu beban kredit. Gabungan tersebut adalah terdiri daripada pada gabungan masa berikut:

i. Jumlah jam pertemuan rasmi secara kuliah atau pengajaran berjadual (offi cial contact time)

ii. Jumlah jam pembelajaran terselia atau terpandu (supervised or guided learning time)

iii. Jumlah jam pembelajaran bersendirian/kumpulan (independent/ self/group learning time)

iv. Jumlah jam penilaian (assessment time)

Sebagai contoh, jika satu kursus untuk satu semester mempunyai nilai 3 kredit, maka nilai jam pembelajaran pelajar ialah 120 jam (3 kredit X 40 jam pembelajaran pelajar). Untuk kursus yang mempunyai 5 nilai kredit, maka jam pembelajaran pelajar ialah 200 jam (5 kredit x 40 jam pembelajaran pelajar).

(70)

kedalaman kandungan pengajaran dan pembelajaran, keluasan dan aras kandungan kursus. Pandangan dan persetujuan daripada rakan kesepakaran adalah amat penting bagi memastikan ianya menepati hasil pembelajaran yang ditetapkan dan dapat diterima secara konsensus atau bersama. Penentuan jam pembelajaran ini perlu mengambil kira hasil pembelajaran agar aktiviti pembelajaran pelajar sesuai dan memberikan sumbangan yang signi kan kepada mereka. Adalah diharapkan pelajar akan mengetahui, memahami dan menghayati apa yang dipelajari setelah mereka menamatkan kursus tersebut.

Dalam hal ini, pelajar perlu melaksanakan semua tugas yang diberikan dan sesuai dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Apa yang perlu diberikan perhatian dalam menentukan jam pembelajaran pelajar adalah kesesuaian bebanan dimana ianya perlulah mengambil kira keseimbangan antara “terlalu terbeban” dan “terlalu mudah dan ringan”. Apa yang utama ialah kesesuaian dengan keperluan pelajar dan menepati tahap minimum kualiti yang ditetapkan dalam KKM. Bebanan pembelajaran pelajar perlu mengambil kira tempoh pengajian yang merangkumi minggu, semester dan sesi pengajian perlu diambil kira agar aktiviti pembelajaran yang dirangka sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Pensyarah dan penyelaras kursus perlu menjelaskan secara terperinci jam pertemuan untuk i) jumlah jam pertemuan rasmi secara kuliah atau pengajaran berjadual (offi cial contact time), ii) jumlah jam pembelajaran terselia atau terpandu (supervised or guided learning time), iii) jumlah jam pembelajaran bersendirian/kumpulan

(independent/self/group learning time), iv) penilaian dan juga tugasan. Kesemua aspek ini perlu dinyatakan dalam huraian kursus untuk panduan pelajar merancang jadual pembelajaran mereka.

(71)

bagi Kursus GP 3063 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam. Jadual menunjukkan pembahagian jam pembelajaran pelajar untuk satu kursus yang mempunyai 3 kredit.

Jadual 4.1: Pembahagian Agihan Masa Pembelajaran Pelajar

Bil Aktiviti Pembelajaran Jumlah Masa

1 Jumlah jam pertemuan rasmi secara kuliah atau pengajaran

berjadual (offi cial contact time)

14 jam

2 Jumlah jam pembelajaran terselia atau terpandu (supervised or guided learning time)

45 jam

3 Jumlah jam pembelajaran bersendirian/kumpulan

(independent/self/group learning time)

47 jam

4 Jumlah jam penilaian (assessment time) 14 jam

Jumlah jam pembelajaran pelajar 120 jam

Jadual 4.2: Agihan Masa Jam Pembelajaran Pelajar Berdasarkan Tajuk

KURSUS: GP 3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Minggu Tajuk Kuliah

(72)

5

Pembelajaran Masteri dan Kajian Masa Hadapan dalam pendidikan Islam, regulasi kendiri dan Pembelajaran Aktif Pendidikan Islam

2 0 1 0 4.5 7.5

6

Pembinaan bahan bantu pengajaran yang berkesan

2 0 2 0 5 9

7

Perancangan pengajaran dan pembelajaran

2 0 2 0 5 9

Cuti Semester

8 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9

9 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9

10 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9

11 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9

12 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9

13 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9

14 Pengajaran Mikro 0 3 2 2 2 9

Jumlah jam pembelajaran satu semester

14 21 24 14 47 120

Jumlah Jam Nosional

yang diperlukan 120

(73)

Jadual 4.3: Perancangan Kandungan Kursus Mengikut Minggu

Minggu Tajuk Kuliah Pensyarah Aktiviti Jam Pembelajaran Pelajar

1 Pengenalan kursus dan sejarah perkembangan 4.5 jam Persediaan - JPP 7.5 jam 4.5 jam Persediaan - JPP 7.5 jam

3 Kaedah pengajaran konvensional 5 jam Persediaan - JPP 9 jam

4 Kaedah pengajaran terkini dalam 4.5 jam Persediaan - JPP 7.5 jam 4.5 jam Persediaan - JPP 7.5 jam 5 jam Persediaan - JPP 9 jam 5 jam Persediaan - JPP 9 jam

8 Pengajaran Mikro Ab. Halim Tamuri dan Tutor

Pengajaran dan perbincangan

(74)

9 Pengajaran Mikro Ab. Halim Tamuri dan Tutor

Pengajaran dan perbincangan

3 jam peng. mikro 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam 10 Pengajaran Mikro Ab. Halim

Tamuri dan Tutor

Pengajaran dan perbincangan

3 jam peng. mikro 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam

11 Pengajaran Mikro Ab. Halim Tamuri dan Tutor

Pengajaran dan perbincangan

3 jam peng. mikro 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam

12 Pengajaran Mikro Ab. Halim Tamuri dan Tutor

Pengajaran dan perbincangan

3 jam peng. mikro 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam 13 Pengajaran Mikro Ab. Halim

Tamuri dan Tutor

Pengajaran dan perbincangan

3 jam peng. mikro 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam

14 Pengajaran Mikro Ab. Halim Tamuri dan Tutor

Pengajaran dan perbincangan

3 jam peng. Mikro 2 jam perbincangan 2 jam penilaian 2 jam persediaan - JPP 9 jam

Gambar

gambar-• Kemahiran reka dalam reka bentuk projek

Referensi

Dokumen terkait

Dalam makanan, aktivitas vitamin D berhubungan dengan beberapa analog sterol larut lemak termasuk kolekalsiferol (vitamin D3) yang bersumber dari pangan hewani dan

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

Perjudian merupakan penyakit sosial. Di dalam hukum positif, perbuatan judi sebagai tindak pidana kejahatan yakni dengan diterbitkannya Undang-Undang Nomor 7 Tahun

Haftada Türklerin Türkistan’dan Doğu Avrupa’ya göçleri ayrıntılı bir biçimde incelenecek ve Doğu Avrupa’da kurulan ilk Türk devleti olan Avrupa Hunları hakkında

Pada Gambar 1 dapat dilihat bahwa persentase sebaran posisi sepeda motor tertinggi pada pagi hari untuk jalur cepat dan jalur lambat cenderung berada di sektor tengah. Untuk

Berdasarkan dari uraian latar belakang, tinjauan pustaka dengan teori-teori yang telah dijelaskan pada bab terdahulu terhadap penelitian ini, maka model penelitian

Dalam memberikan pendidikan karakter pada anak, orang tua harus menjadi teladan untuk mengenalkan serta membiasakan anak dalam melakukan hal - hal positif seperti

Dari seluruh uraian atau analisis data di atas dapat disimpulkan sebagai berikut ini. 1) Banyak sekali terjadi kesalahan-kesalahan dalam menuliskan aksara Bali