• Tidak ada hasil yang ditemukan

CARA UNTUK MENDEKATI INTERAKSI HUBUNGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CARA UNTUK MENDEKATI INTERAKSI HUBUNGAN"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

CARA UNTUK MENDEKATI INTERAKSI HUBUNGAN ETNIK DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Memperkasa penggunaan bahasa rasmi

Pengunaan bahasa rasmi ini telah mula disuarakan melalui Penyata Barnes 1950

yang mencadangkan agar pengunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai

cerminan identiti kebangsaan dikuat kuasakan di peringkat sekolah lagi. Banyak perubahan

dalam sistem pendidikan negara telah dilakukan bagi memastikan ianya kekal relevan

dengan perubahan zaman serta mampu memuaskan hati semua pihak. Pada tahun 1974,

suatu jawatankuasa kabinet dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuh bagi mengkaji semula sistem pendidikan negara.

Hasilnya, kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum bersepadu sekolah

menengah (KBSM) diwujudkan bagi mencapai matlamat pendidikan negara dalam

memastikan penyatuan kaum di negara kita mula dipupuk sejak peringkat sekolah lagi untuk

berjaya. Hal ini demikian kerana, rentetan beberapa peristiwa hitam yang berpunca

daripada sifat perkauman akibat kegagalan pihak kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif yang

berkesan. Contohnya , peristiwa 13 mei 1969 yang berkait rapat dengan Pilihan Raya

Umum 10 Mei 1969 yang telah mengorbankan 196 mangsa.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, sistem pendidikan di Malaysia telah mula

menitikberatkan perpaduan nasional dengan bersandarkan kepada Prinsip Rukun Negara

dalam membentuk sebuah negara yang harmoni. Melalui penggunaan bahasa rasmi dalam

sistem pendidikan, sifat perkauman dapat dihakis dari peringkat awal lagi. Sekiranya

penggunaan bahasa rasmi tidak dititikberatkan, jurang sosialisasi masyarakat akan

bertambah dan menyebabkan kesukaran untuk rakyat berinteraksi antara satu sama lain.

Penggunaan bahasa rasmi ini juga membolehkan proses komunikasi menjadi mudah dan

maklumat yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan cepat dan efektif. Contohnya,

pelaksanaan Bahasa Melayu dalam semua buku teks di peringkat sekolah rendah dan

(2)

pembelajaran dianggap sesuatu yang penting kerana secara tidak langsung ianya mampu menyatukan para pelajar .

Peranan sukan dalam penyatuan kaum

Penerapan sukan dalam proses pembelajaran di sekolah dalam aktitiviti sukan

mampu memupuk semangat perpaduan antara pelajar. Peranan sukan dalam memastikan

keharmonian hubungan etnik di sekolah amat penting . Penglibatan pelajar dalam sukan

dalam pelbagai peringkat sering kali diberikan penekanan oleh pihak kerjaan kerana ianya

dapat membina semangat perpaduan dari semangat kesukanan yang lahir dalam diri

pelajar. Hal ini demikian kerana, ketika bersukan semangat kesukana yang terdapat dalam

diri pelajar akan menyebabkan mereka lebih memikirkan aktiviti tersebut berbanding dengan

siapa mereka bermain,

Semangat perpaduan dalam sukan akan lahir apabila pelajar berusaha dan mulai

bekerjasama dalam mencapai satu matlamat yang sama. Selain memupuk perpaduan,

aktiviti sukan juga dapat membentuk kemahiran baru pelajar yang boleh diguna semula

selepas alam persekolahan.( Leviene & Levine, 1996)

Peranan yang dimainkan oleh guru juga tidak boleh dipandang ringan dan amatlah

kritikal sekali. Guru haruslah memastikan penglibatan semua pelajar dan memastikan

berlakunya interaksi antara pelajar berlainan etnik di dalam kelas. Guru juga perlu

memastikan mereka tidak bersikap pilih kasih dengan hanya cenderung terhadap kaum

yang diwakilinya sahaja kerana hal ini dapat memberikan contoh yang tidak baik kepada

pelajar.

Sekiranya hal sebegini berlaku, pelaksanaan sukan bagi memastikan keharmonian

hubungan etnik dalam kalangan pelajar tidak akan berjaya. Menurut Murad Md. Noor 1975,

penempatan murid daripada pelbagai kumpulan etnik dalam bilik darjah, seperti di sekolah

menengah kebangsaan, asas pengertian Rukun Negara akan lebih dihargai dan dapat

(3)

1Malaysia. Sifat kesukanan ini mewujudkan kerjasama secara tidak langsung antara pelajar bagi memastikan mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Seterusnya,

mengukuhkan kembali keharmonian hubungan etnik sesama pelajar. Oleh itu, peranan

sukan dalam memperkukuh keharmonian hubungan etnik di peringkat sekolah dalam

kalangan pelajar amatlah penting.

Menambahbaik mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata pelajaran ini diperkenalkan sejak tahun 2005 dan dijalankan secara

berperingkat. Mata pelajaran ini diwujudkan sebagai salah satu usaha pihak kerajaan untuk

menghapuskan sifat perkauman di Malaysia. Pelajar-pelajar menjadi tumpuan utama

kerajaan kerana ibarat peribahasa, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kerajaan

berhasrat untuk menghapuskan sifat perkauman ini dari akar umbinya iaitu anak-anak muda

yang akan menjadi tonggak negara pada masa hadapan. Maka wajarlah subjek ini

diperkenalkan di peringkat sekolah.

Subjek ini mendedahkan pelajar kepada kepercayaan dan budaya kaum-kaum lain di

Malaysia. Oleh itu, kita akan menjadi lebih memahami dan peka terhadap kaum lain

sekiranya terdapat aktiviti yang melibatkan pelbagai etnik di Malaysia. Namun begitu, buku

teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hanya merangkumi beberapa kaum-kaum

majoriti yang terdapat di Malaysia. Ini menyebabkan rakyat Malaysia kebanyakannya tidak

mengetahui kepercayaan dan budaya kaum-kaum minoriti. Penambahbaikan wajar

dilakukan untuk mendedah para pelajar mengenai kaum-kaum minoriti yang terdapat di

Malaysia dan mengeratkan lagi perpaduan antara kaum majoriti dan minoriti yang terdapat di Malaysia. Tambahan pula, negara kita memang terkenal dengan kepelbagaian kaumnya.

Kesepaduan kaum di Malaysia dapat dicapai sekiranya kita lebih memahami dan

menghormati amalan dan kepercayaan kaum lain. Oleh itu, subjek ini boleh menjadi saluran

yang boleh digunakan. Ini juga menggalakkan pelajar untuk lebih membaca buku

(4)

pelajar juga akan bertambah kerana sifat ingin tahu yang ada dalam diri pelajar akan menyebabkan mereka lebih bergaul dengan rakan-rakan yang berbeza kaum untuk lebih

mengetahui dan memahami kepercayaan dan amalan mereka yang tidak dinyatakan di

dalam buku teks.

Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini juga boleh menjadi

platform untuk mewujudkan semangat patriotik dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana,

subjek ini memberi penekanan kepada para pelajar mengenai tanggungjawab mereka

Referensi

Dokumen terkait

ACUAN PENETAPAN REKOMENDASI PUPUK N, P, DAN K PADA LAHAN SAWAH. SPESIFIK LOKASI

Penelitian yang dilakukan oleh Susan Tania (2013) yang bertujuan untuk mengetahui kontribusi pemanfaatan fasilitas sekolah dan mutu layanan pendidikan di Mts

Kinerja Individu pengguna Core Banking System di Bank BPD Bali. Hal ini berarti semakin tinggi faktor kemanfaatan Core Banking System maka menghasilkan kinerja individu yang

Dalam organisasi, selama ia menjabat sebagai ketua di Pimpinan Wilayah Muhammadiyah Jawa Timur, ia berhasil menjalankan berbagai proker diantaranya

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a dan huruf b, perlu menetapkan Peraturan Menteri Keuangan tentang Jenis dan Tarif atas Jenis Penerimaan

Sejauh mana analisa differential cost dapat digunakan sebagai alat bantu dalam pengambilan keputusan membeli atau membuat frame sendiri pada perusahaan

) Dibawah ini yang termasuk 8ilum ada roto,oa Dibawah ini yang termasuk 8ilum ada roto,oa ke3uali7. Jawaban B. 'arena ara me3ium memiiki bentuk  'arena ara me3ium