• Tidak ada hasil yang ditemukan

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD7013 : Sejarah Dan Tamadun Islam I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD7013 : Sejarah Dan Tamadun Islam I"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

WD7013 :

Sejarah Dan Tamadun Islam I

MINGGU 5

Pensyarah:

Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri

PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD- Fiqh Sains & Teknologi (UTM)

(2)

Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam

(Asas-asas Ekonomi Islam & Prinsip Asas Ekonomi Islam)

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)

(Zakat & Kharaj dan Jizyah)

PERKEMBANGAN MATA WANG

(3)

Sistem Ekonomi Islam

(4)

Menurut As Syahid Syed Mohamad Bagir As Sadr

“Ekonomi Islam merupakan mazhab (pemikiran dan ajaran) yang merujuk kepada Islam secara sepadu berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga analisis dan tafsiran yang berpandukan kepada pemikiran dan ajaran tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah perekonomian.”

Menurut Muhamad Al-Mubarak

“Ekonomi Islam ialah sekumpulan kaedah yang berhubung dengan milik,

amal, pengeluaran dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan pengedaran yang berkaitan hak-hak kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.”

(5)

Menurut Muhammad Abdullah Ar-Arabi

“Ekonomi Islam merupakan dasar -dasar umum ekonomi yang disimpulkan daripada Al-Quran dan As-Sunnah, dan pembangunan perekonomiannya diasaskan kepada dasar-dasar tersebut sesuai dengan keadaan dan

masa”.

Secara umumnya, Ekonomi Islam juga boleh didefinisikan sebagai

:-“ sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang berpegang kepada nilai-nilai Islam.

“kajian tentang manusia-bukan sebagai individu yang hidup terasing tetapi sebagai individu sosial yang beriman dengan nilai-nilai kehidupan Islam.”

(6)

ASAS-ASAS EKONOMI ISLAM Ciri-Ciri Umum Rabbani Berakhlak Insaniah Seimbang Ciri-Ciri Khusus

Berasaskan Al-Quran & Al Sunnah

Sebahagian daripada keseluruhan sistem kehidupan Islam yang lengkap

Kepentingan individu & masyarakat dalam ekonomi sentiasa diseimbangkan

Kegiatan ekonomi bersifat kebendaan, tetapi bercorak kerohanian

Ekonomi Islam sentiasa sesuai sepanjang zaman

(7)

PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM

Hak Milik

Prinsip ini meletakkan Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak ke atas sesuatu kerana Allah s.w.t ialah Pencipta dan Penguasa ke atas segala makhluk ciptaan-Nya. Seperti firman Allah :

“Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu

dan langit sebagai atap, dan Dia munurunkan air (hujan) dari langit,lalu Dia menghasilakn dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki

untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, pada hal kamu mengetahui.”

(al-Baqarah:22)

Oleh itu, manusia hanya sebagai pemilik sementara atau pemegang amanah terhadap harta kekayaaan yang dimiliki dibenarkan untuk

menikmati dan membangunkannya untuk tujuan kebaikan seperti untuk memenuhi keperluan peribadi dan keperluan.

(8)

PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM

Keadilan Sosial

Ekonomi merangkumi semua aspek seperti dalam bidang pengeluaran yang mestilah berasaskan pengeluaran yang halal dan menjauhi jalan-jalan yang haram.

Contohnya, ketidakadilan dalam ekonomi berlaku apabila golangan kaya menggunakan cara cara yang tidak adil untuk memperoleh kekayaan dan menindas golongan orang yang miskin dan lemah. Begitu juga dalam

aspek penggunaan umat Islam diingatkan menjauhi daripada sifat bakhil atau membazir yang dianggap seperti suatu penderhakaan terhadap Allah. Seperti firman Allah;

“Sesungguhnya pemboros

-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya,”

(9)

Integrasi Nilai-Nilai Akhlak

Manusia tidak dibenarkan untuk mengasingkan akhlak Islamiah daripada aktiviti-aktiviti ekonomi, kewangan, dan perbankan sama ada dalam bentuk pelaburan dan dan lain-lain. Seperti firman Allah :

“Sekiranya, penduduk negeri-negeri itu beriman serta bertaqwa,

tentulah Kami benar-benar akan membuka kepada mereka (semua jenis) pemberian yang melimpahlimpah berkatnya dari langit dan bumi; tetapi mereka menolak (kebenaran), lalu Kami timpakan mereka dengan azab

seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”

(Surah al- A’raaf:96)

(10)

PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM

Penghapusan Riba’

Penghapusan riba adalah satu prinsip penting dalam sistem kewangan Islam dan dijelaskan di dalam beberapa surah dalam al-Quran. Seperti firman Allah:

“Wahai oranng

yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda; tetapi hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya

kamu benar-benar dapat kejayaan. ”(Surah Ali: 130)

Pinjaman wang, ialah pemindahan hak-hak ini daripada pemiutang kepada si pehutang,dan sepatutnya inilah sahaja yang harus dituntut. Dari

perspektif Islam, faedah yang dikenakan ke atas wang yang dipinjamkan tidak boleh dijustifikasikan kerana faedah ialah hak harta yang dituntut di luar kerangka hak-hak harta individu yang diiktiraf oleh Islam

(11)

Al-adl Wal Ihsan

Dalam konteks kewangan Islam, al-adl menghendaki sistem

kewangan tersebut memberi sumbangan positif kepada kebajikan

ekonomi seluruh rakyat melalui memenuhi keperluan asasi manusia , membasmi punca-punca kesulitan dan meningkatakan kualiti hidup dalam bidang moral, akhlak dan material.

Al- Ihsan menghendaki tumpuan khas diberikan kepada golongan miskin. Kedua-dua unsur ini adalah asas ke arah pencapaian

perjalanan sistem sosio-ekonomi yang teratur, cekap dan progresif.

(12)

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)

(13)

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)

Baitul Mal merupakan satu institusi kewangan yang terulung dalam pemerintahan sejarah Islam di zaman dahulu. Ia juga bertindak

sebagai perbendaharaan negara yang mengumpul pelbagai

sumber pendapatan negara seperti zakat, cukai, harta wakaf dan sebagainya. Baitulmal juga adalah lembaga atau intitusi yang

berfungsi sebagai pengamanah perbendaharaan awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan asset yng bertujuan untuk maslahat

umum.

SUMBER BAITUL MAL

Zakat Fitrah dikenali sebagai sadaqah al-fitr, diwajibkan setahun

sekali ke atas orang Islam yang hidup sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari pertama syawal.

(14)

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)

SUMBER BAITUL MAL Zakat Harta

Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam berbagai-bagai sektor ekonomi seperti tanaman , emas dan perak, perniagaan, pendapatan, simpanan dan saham.

Fai’ dan Ghanimah

Fai’ adalah harta yang diperoleh kerajaan Islam daripada orang bukan Islam dengan jalan damai. Manakala ghanimah pula merujuk harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam daripada hasil rampasan perang.

Hartabenda yang diperolehi dari orang-orang kafir semasa zaman

kebangkitan Islam pada suatu masa dahulu. Islam telah menghadkan hak 4/5 dari keseluruhan harta rampasan untuk tentera yang menang dan 1/5 untuk faedah masayarakat.

(15)

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)

SUMBER BAITUL MAL Ma’adin

Merujuk kepada harta yang bernilai yang terpendam dalam perut bumi

seperti emas, perak, tembaga, dan besi. Harta ini pada dasarnya terletak di bawah kuasa pemerintah dan menjadi hak milik negara untuk dimanfaatkan bagi menampung keperluan masyarakat dan negara.

Rikaz dan Luqatah

Rikaz merujuk kepada tinggalan orang-orang jahiliah yang terpendam dalam

perut bumi. Harta rikaz yang dijumpai di tanah yang dimiliki aknan menjadi milik tuan tanah dan akan dikenakan cukai ke atasnya.

Luqatah pula ialah harta bernilai yang dijumpai dan dipercayai menjadi milik

orang Islam. Harta tersebut hendaklah dipulangkan kepada tuannya. Jika selama setahun tiada siapa yang mununtutnya, maka harta tersebut menjadi milik tanggungannya

(16)

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL)

SUMBER BAITUL MAL

Kharaj - Merupakan cukai politik yang dikenakan keatas orang bukan Islam

yang digelar golongan zimmi bagi perlindungan yang diberikan oleh Negara Islam keatas keselamatan jiwa dan harta benda mereka.

Jizyah boleh di bayar secara tunai atau barangan. Mereka yang enggan membayar Jizyah akan di kenakan hukuman berat.

Nabi Muhammad s.a.w mengesyorkan kadar bayaran ditetapkan satu

dirham setiap kepala.Satu lagi warkah Baginda kepada al-Munzir bin Sawa ialah mengutip sebanyak 4 dirham dan sepasang jubbah setiap lelaki.

(17)

PERKEMBANGAN MATA WANG

(18)

KONSEP MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM

Secara umumnya wang merupakan benda yang dipersetujui oleh masyarakat sebagai alat perantaraan untuk menjalankan kegiatan pertukaran dan perdagangan.

Setiap wang mempunyai ciri-ciri seperti mudah dibawa, mudah disimpan tanpa mengurangkan nilainya, tahan lama, jumlahnya terhad dan bahan itu mempunyai mutu atau nilai yang sama.

Logam-logam seperti emas dan perak merupakan bahan penting dalam menentukan nilai setiap mata wang yang digunakan.

Wang emas dan perak telah digunakan oleh kebanyakan negara sejak 2500 tahun yang lalu iaitu sejak abad ke-7 SM kerana mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti tidak mudah rosak, nilai yang stabil dengan jumlah yang terhad.

(19)

Perkembangan mata wang dan sistem kewangan dalam kalangan orang Arab berlaku setelah kedatangan Islam.Sebelumnya, orang-orang Mekah menerima semua jenis mata wang emas dan perak sebagai tukaran.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. khalifah Abu Bakar, hanya mata wang Rom dan Parsi sahaja diterima.

Pada tahun 18H (639 Masehi) khalifah Umar al-Khattab telah mencipta mata wang Islam iaitu dinar (mata wang emas) dan dirham (mata wang perak), yang mana nilai satu dinar bersamma dengan sepuluh dirham. Disamping itu, dikeluarkan juga jenis wang tembaga yang menggunakan 3 jenis lambang berlainan iaitu “Lailahaillah”.”Muhammadun”,Rasulullah” dan “Alhamdulillah”. Kewujudan ini adalah untuk menunjukkan identiti Islam disamping untuk membezakan nilai setiap mata wang tersebut.

(20)

PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM

1. Permulaan penggunaan mata wang Islam.

Pada zaman Khulafa al-Rasyidin ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, sistem mata wang Islam mula digunakan

dengan melihat contoh daripada mata wang Rom dan Parsi. Terdapat tiga jenis mata wang pada ketika itu, iaitu Dirham Balji dari Parsi, Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia Tengah.

(21)

2. Penetapan piawaian untuk model mata wang Islam.

Khalifah Umar al-Khattab (634 644 M) telah menetapkan kadar piawaian khusus iaitu Piawaian Khalifah Umar al-Khattab sebagai model mata wang Islam yang masih berteraskan dinar emas dan dirham perak. Piawaian mata wang ini diselaraskan kepada berat emas dan perak yang tertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak bersamaan dengan 7 dinar emas, dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas, manakala 1 dirham seberat 3 gram perak.

Emas yang digunakan ialah 91.7 peratus iaitu 22 karat dengan berukuran garis pusat 23mm, manakala dirham pula ialah 25 mm.

Kedua-dua mata wang ini mempunyai gambar Kaabah dan dua kalimah syahadah di setiap muka depan dan belakangnya.

PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM

(22)

3. Pembaharuan dalam mata wang Islam.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661M), mata wang Islam telah diperbaharui dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat Koufi.

Walaupun mata wang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana kualiti dan piawaian yang masih belum tetap.

PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM

(23)

4. Mata wang Islam mula dicetak ketika zaman kerajaan Islam Bani Umaiyyah.

Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 M-705 M) khalifah telah mengarahkan mata wang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama kalinya di Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir, Andalusia dan Wasit pada 693 M hingga 696 M.

Kilang-kilang mencetak wang telah didirikan di kota-kota utama seperti di Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah ) dan Wasit (Iraq).

Mata wang Islam yang dicetak mengambil model Arab-Islam, iaitu mencatatkan kalimah Allah dan mempunyai tanda mohor khalifah sebagai mengantikan

figura haiwan dan wajah pemimpin yang menjadi tradisi mata wang dinar Rom Timur dan dirham Parsi.Gabenor Iraq iaitu Hajjaj Yusuf al- Thaqafi dan

Gabenor Mesir Abdul Aziz bin Marwan juga telah mengarahkan mata wang dinar dan dirham dicetak.

PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM

(24)

5. Penyelarasan percetakan mata wang Islam ketika zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah.

Pada zaman Khalifah al-Ma’mun (813 M – 833 M), percetakan mata wang Islam telah dibuat penyelarasan di peringkat pusat iaitu di Baghdad, yang sebelum ini mata wang dicetak

disemua bandar besar seperti di Kota Kufah, Kota Fustat dan lain-lain, untuk mengelakkan mata wang palsu dicetak.

Setiap mata wang dinar dan dirham yang dicetak itu mempunyai nama khalifah yang memerintah.

PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM

(25)

PERKEMBANGAN SISTEM MATA WANG DALAM EKONOMI ISLAM

6. Pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan.

Pada zaman akhir kerajaan Bani Abbasiyyah, pengedaran mata wang emas mula dilaksanakan. Kerajaan Abbasiyyah menetapkan cukai taksiran menggunakan mata wang emas. Bahkan sejak abad ke-10 M semua perbelanjaan dan

perniagaan dibuat menerusi mata wang emas.

Ini bermakna pada zaman kerajaan Abbasiyyah sudah wujud penyelarasan dari segi penggunaan mata wang emas di

(26)

KESIMPULAN

1. Penggunaan mata wang dalam ekonomi Islam telah mendorong perkembangan ekonomi Islam dan telah memudahkan sistem perdagangan dilaksanakan secara berkesan.

2. Perkembangan mata wang Islam telah mengalami pelbagai

proses evolusi , bermula dengan mengambil model mata wang Rom dan Parsi sehinggalah wujudnya mata wang Islam yang beridentitikan Islam dapat digunakan sepenuhnya.

3. Mata wang Islam amat berperanan dalam aktiviti perdagangan, pertukaran barangan, alat untuk membayar cukai dan zakat, pertukaran mas kahwin, dan pembayaran gaji.

(27)

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu peran guru sangatlah penting dalam menumbuhkan kedisiplinan belajar siswa khususnya pada mata pelajaran SKI menggunakan metode pembelajaran yang

9 Metode ini digunakan untuk memperoleh data tentang pelaksanaan pendekatan saintifik pada mata pelajaran sejarah kebudayaan Islam pokok bahasan mendeskripsikan masa kelahiran

Mata uang adalah alat pembayaran yang sah yang dibuat dari emas atau perak dan sebagainya, yang dipakai sebagai ukuran sebagai ukuran nilai harga sesuatu. Logam adalah jenis

Nilai intrinsik , yaitu nilai bahan untuk membuat mata uang, misalnya berapa nilai emas dan perak yang digunakan untuk mata uang.. Nilai nominal , yaitu nilai yang tercantum

Tujuan dari penelitian pengembangan buku saku sebagai bahan ajar untuk mata pelajaran sejarah di SMA yakni bertujuan menghasilkan produk buku saku yang layak dan praktis digunakan oleh