• Tidak ada hasil yang ditemukan

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 3)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 3)"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

WD8013

Sejarah Pendidikan Islam I

(Minggu 3)

PENSYARAH:

Ustazah Dr Nek Mah Batri

PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM)

PhD – Fiqh Sains & Teknologi (UTM)

(2)

Silibus

1. Tujuan dan matlamat pendidikan Islam

2. Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Islam

3. Sejarah pendidikan Islam Zaman Rasulullah

4. Sejarah pendidikan Islam zaman Khulafa’ al-Rashidin

5. Sejarah pendidikan Islam zaman Umayyah, Abbasiyah

dan Andalus

6. Sejarah pendidikan Islam zaman Islam di India

7. Sejarah pendidikan Islam zaman penjajahan dan

(3)
(4)

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM

ZAMAN UMAYYAH

(5)

•Pada masa dinasti Umayyah pola pendidikan bersifat desentrasi iaitu berkembang didaerah yang telah dikuasai.

•Pakar pendidikan Islam menggunakan kata Al-Maddah untuk pengertian kurikulum kerana pada masa itu kurikulum lebih identik dengan serangkaian mata pelajaran yang harus diberikan pada murid dalam tingkat tertentu.

•Dasar muatan kurikulum merangkumi pengetahuan agama dan umum . Lembaga pendidikana Islam digolongkan ke dalam duan bentuk iaitu

lembaga pendidikan formal dan tidak formal dan termasuk falsafah(Charles Michael Stanton, 1990 )

(6)

PERKEMBANGAN KURIKULUM

•Pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah merupakan kesinambungan daripada pendidikan zaman permulaan dengan

penambahan dari segi struktur institusi,kurikulum dan kepelbagaian guru-guru yang mengajar.

Tahap pendidikannya mirip tahap pendidikan pada zaman moden di mana terdapat peringkat pembelajaran yang bermula dari prasekolah yang

dinamakan kuttab, peringkat persekolahan yang diadakan di madrasah dan juga masjid yang terbahagi kepada peringkat rendah, menengah dan tinggi. Ilmu-ilmu yang diajarkan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari Al-Qur’an dan tafsirannya, hadith dan pengumpulannya, serta fiqih (tasri’).

Kurikulum pendidikan tingkat ini dibagi kepada dua jurusan, jurusan ilmu-ilmu agama (al-ulum al-naqliyah) dan jurusan ilmu pengetahuan (al-ulum

(7)

Khuttab atau maktab berasal dari kata dasar kutaba bererti menulis atau tempat menulis.

Institusi kuttab adalah sebuah institusi dimana kurikulumnya tertumpu pada pembelajaran asas-asas agama, pembelajaran Al-Quran, cara membaca serta menulis.

Menurut Philip K. Hitti (2002), kurikulum pendidikan di kuttab ini berorientasi kepada Al-Quran sebagai suatu buku teks dan merangkumi pengajaran

membaca dan menulis, kaligrafi, gramatikal bahasa Arab, sejarah Nabi, hadith khususnya yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Pendidikan percuma diberikan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar miskin yang disebut kuttabus sabil. Pendidikan bagi orang awam dikenakan bayaran.

(8)

SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH

Istana berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan di zaman kerajaan Umayyah di mana anak-anak raja, pemimpin dan

pembesar-pembesar dididik dan dita’dib dari segi ilmu yang pelbagai terutamanya sejarah, sastera, ilmu berpidato, tatasusila, cara-cara bergaul dan berhadapan dengan masyarakat (ilmu sosial).

(9)

Institusi Suffah

Pada masa Rasulullah s.a.w, suffah adalah suatu tempat yang telah

digunakan untuk aktiviti pendidikan. Di sini pelajarnya diajar membaca dan menghafal Al-Quran secara benar dan hukum Islam di bawah bimbingan

(10)

•Merupakan sebuah wahana tarbiyah (pembinaan) iaitu kelompok kecil yang terdiri dari murabbi (pembina) dan sejumlah mutarabbi (binaan), dengan manhaj (kurikulum) yang jelas, dan

diselenggarakan melalui berbagai peringkat tarbiyah. Kurikulum pendidikan tinggi (halaqah) bervariasi tergantung pada syaikh yang mengajar.

•Elemen-elemen halaqah adalah (1) murabbi, (2) mutarabbi, (3) manhaj tarbiyah, dan (4) sarana (perangkat) tarbiyah.

•Dalam sebuah halaqah, murabbi dan mutarabbi bekerjasama untuk melaksanakan manhaj yang ada menurut peringkat-peringkat yang sesuai.

Halaqah

(11)

Institusi Masjid

Masjid pada masa Nabi s.a.w, ia telah menjadi pusat kegiatan dan informasi berbagai masalah kaum Muslimin, baik yang bersangkut-paut dengan pendidikan maupun sosial ekonomi.

(12)

Institusi Majlis

Istilah majlis telah dipakai dalam pendidikan sejak abad pertama Islam.

Mulanya ia merujuk kepada tempat-tempat pelaksanaan belajar/mengajar.

Pada perkembangan berikutnya di saat dunia pendidikan Islam mengalami zaman keemasan, majlis bererti sesi dimana aktiviti pengajaran atau diskusi/perbincangan berlangsung.

Kemudian majlis bererti sejumlah aktiviti

pembelajaran, sebagai contoh, majlis Al-Nabi, ertinya majlis yang dilaksanakan oleh nabi.

SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH

(13)

Institusi Hospital

Hospital pada masa bani Umayyah bukan hanya berfungsi sebagai tempat merawat dan mengubati orang-orang sakit, tetapi juga mendidik tenaga-tenaga yang

berhubungan dengan perawatan dan perubatan.

(14)

Institusi Perpustakaan dan Kedai-Kedai Buku

Perpustakaan memiliki peranan penting dalam kegiatan pendidikan keilmuan Islam.

Kedai-kedai buku tidak hanya berperan sebagai tempat menjual buku, juga sarana untuk berbincang dan berdebat.

SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH

(15)
(16)
(17)
(18)
(19)

Institusi Khan

Khan biasanya berfungsi sebagai penyimpanan barang-barang dalam jumlah besar atau sebagai sarana komersial yang banyak memiliki kedai-kedai.Selain itu, khan juga berfungsi sebagai asrama untuk murid-murid dari luar kota yang berasal dari jauh yang hendak belajar hukum Islam di sesuatu masjid.Khan juga digunakan sebagai tempat untuk belajar secara peribadi (private tuition).

Institusi Ribbath

Ribath adalah tempat kegiatan kaum sufi yang ingin menjauhkan diri dari

kehidupan duniawi dan menumpukan perhatian penuh untuk ibadah sematamata. Juga memberikan perhatian terhadap kegiatan keilmuan yang dipimpin oleh

seorang syeikh yang terkenal dengan ilmu dan kesolehannya.

Institusi Badiah (Tempat tinggal Badwi)

(20)
(21)

Madrasah Makkah

Guru pertama yang mengajar di Makkah ialah Mu’az bin Jabal. Beliau telah mengajar Al Qur’an dan hukum-hukum tentang halal dan haram dalam Islam.

Pada masa khalifah Abdul Malik bin Marwan, Abdullah bin Abbas telah pergi ke Makkah, dan mengajar tafsir, fiqh dan sastera di Masjidil Haram dan dia merupakan pengasas madrasah Makkah, yang termasyur seluruh negeri Islam.

Madrasah Madinah

Madrasah Madinah lebih masyhur dan lebih dalam ilmunya kerana di sanalah tempat tinggal sahabat-sahabat Nabi yang mana ramai

(22)

Madrasah Basrah

Ulama’ sahabat yang termasyur di Basrah ialah Abu Musa Al-asy’ari dan Anas bin Malik. Abu Musa Al-Asy’ari adalah ahli fiqih dan ahli hadith, serta ahli Al-Quran. Sedangkan Anas bin Malik termasyhur dalam ilmu hadith. Al-Hasan Basry sebagai ahli fiqh, juga ahli pidato dan kisah, ahli fikir dan ahli tasawuf. Dia bukan saja mengajar tentang ilmu-ilmu agama kepada pelajar-pelajar, bahkan juga mengajar orang awam dengan mengadakan majlis ilmu di masjid Basrah.

Madrasah Kufah

Madrasah Ibnu Mas’ud di Kufah melahirkan enam orang ulama besar, iaitu: ‘Alqamah, Al-Aswad, Masroq, ‘Ubaidah, Al-Haris bin Qais dan ‘Amr bin Syurahbil. Mereka menggantikan Abdullah bin Mas’ud menjadi guru di Kufah.

(23)

Madrasah Damsyik

Negeri Syam (Syria) menjadi perhatian para khalifah setelah ia menjadi sebahagian negara Islam dengan ramai penduduknya yang memeluk agama Islam. Madrasah itu melahirkan imam penduduk Syam, iaitu

Abdurrahman Al- Auza’iy. Mazhabnya tersebar di Syam sampai ke Magrib dan Andalusia. Tetapi kemudian mazhabnya itu lenyap, kerana pengaruh mazhab Syafi’i dan Maliki yang lebih besar pada ketika itu.

Madrasah Fustat

Ulama’ yang terawal yang menjadi pengasas madrasah di Mesir ialah Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘As, iaitu di Fustat (Mesir lama). Beliau

merupakan ahli hadith yang amat mahir dan alim dalam ilmu tersebut kerana beliau bukan sahaja menghafal hadith-hadith yang beliau dengar dari Nabi s.a.w., bahkan beliau juga turut menulis dalam buku catatan,

(24)

1.

Tiadanya kurikulum yang terbatas, baik untuk peringkat

rendah maupun untuk peringkat tertinggi, kecuali Al-Quran

yang terdapat pada kurikulum.

2.

Kesukaran tidak ada masa tertentu yang mengikat

murid-murid untuk belajar pada setiap lembaga pendidikan.

KETERBATASAN SUSUNAN

KETERBATASAN SUSUNAN

(25)

Hassan Langgulung. 1996. Pengenalan Tamaddun Islam dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Sa’id Ramadan Al Buti. 1997. Fiqh Al-Sirah 2. Terj. Mohd Darus Sanawi. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Norliyana. 2007. Pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz : Persamaan dan Perbezaan. Projek Ilmiyah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(26)

Referensi

Dokumen terkait

Astii Puspita Sari.. Kata Kunci: Implementasi, Kurikulum 2013. Skripsi ini mengkaji tentang Persepsi Guru terhadap Implementasi Kurikulum 2013 pada mata pelajaran

Dari beberapa pengertian tentang sejarah, jelas bahwa sejarah dapat menjadi mata pelajaran yang berguna bagi masa depan. Sebab didalamnya terdapat makna dari setiap peristiwa atau

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad telah berjaya membimbing manusia ke jalan yang benar, namun kerana kemajuan hari ini yang memberikan peluang yang luas kepada penyebaran

Ibtidaiyah UIN Sunan Ampel Surabaya. dan pembimbing II Drs. Kata Kunci : Peningkatan Pemahaman, Strategi Guided Note Taking , Mata Pelajaran Sejarah Kebudayaan Islam. Berdasarkan

kurikulum mata pelajaran Pendidikan Agama Islam yang terdapat di sekolah. SMP pada umumnya, tetapi hanya penerapan dalam

Menurut hemat penulis, kurikulum (rencana pelajaran) yang tawarkan pada masa klasik masih relevan untuk ajarkan pada masa saat ini, namun perlu diintegrasikan antara mata

Untuk mengetahui proses penerapan kurikulum 2013 pada mata pelajaran. Pendidikan Agama Islam di SMAN 1

Ekosistem merupakan salah satu materi pokok dalam kurikulum tingkat satuan pendidikan untuk mata pelajaran Biologi yang diajarkan kepada peserta didik SMP