SOALAN LAZIM
PENGAMBILAN PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BAGI SESI 2022/2023
1. Bilakah pengambilan pelajar Politeknik / Kolej Komuniti?
Ijazah Sarjana Muda: sekali setahun (Sesi Akademik I 2022/2023) Diploma dan Sijil: Dua kali setahun (Sesi I 2022/2023 dan Sesi II 2022/2023)
Sila rujuk http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk tarikh terkini.
2. Berapa bilangan Politeknik dan Kolej Komuniti di Seluruh Malaysia?
Politeknik = 36 (3 Premier, 28 Konvensional 5 METrO) Kolej Komuniti = 105
3. Siapakah yang layak memohon ke Politeknik / Kolej Komuniti?
Warganegara Malaysia yang layak mengikut syarat kemasukan.
Rujuk http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp untuk semakan kelayakan.
4. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?
Sesi I 2022/2023 :
Bagi lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021 Permohonan kemasukan melalui web http://upu.mohe.gov.my
Tarikh tutup permohonan : 28 Jun 2022
Bagi lepasan SPM 2018 ke bawah, Lulusan Sijil yang diiktiraf MQA, Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, Lulusan APEL. Permohonan melalui web
http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 31 Mac 2022
Maklumat lanjut layari http://ambilan.mypolycc.edu.my atau hubungi kami di talian 03-8888 3837 (pejabat) / 019-868 3738 (Whatsapp sahaja)
5. Apakah syarat kemasukan ke Politeknik / Kolej Komuniti?
Sistem Semakan Syarat Kemasukan Ke Politeknik/Kolej Komuniti Untuk Lepasan SPM http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
6. Apakah program yang ditawarkan di Politeknik / Kolej Komuniti?
36 Politeknik =
I. 7 program peringkat Sarjana Muda II. 72 program peringkat Diploma III. 2 program Pra Diploma dan
IV. 5 program Sijil Kemahiran (Pelajar ketidakupayaan pendengaran) 105 Kolej Komuniti =
I. 16 program peringkat diploma II. 41 program peringkat sijil
III. 8 program sijil asas kolej komuniti (masalah pembelajaran) Maklumat lanjut sila layari http://ambilan.mypolycc.edu.my
7. Bilakah tarikh pendaftaran pelajar bagi sesi I 2022/2023?
Tarikh pendaftaran bagi sesi I 2022/2023 bermula 15 Ogos 2022.
Maklumat lanjut rujuk surat tawaran yang diterima.
TARIKH PENDAFTARAN BAGI POLITEKNIK KOTA KINABALU ADALAH PADA 14 OGOS 2022 (kemasukan ke Asrama)
8. Berapakah yuran pengajian Politeknik / Kolej Komuniti?
Yuran pengajian ke semua program di Politeknik/ Kolej Komuniti adalah RM200 / semester.
9. Adakah Politeknik / Kolej Komuniti menyediakan asrama kepada pelajar?
Politeknik = Penginapan / asrama terdapat di semua Politeknik kecuali di Politeknik Melaka, Politeknik Kuala Terengganu dan Politeknik METrO Kuala Lumpur & Politeknik METrO Kuantan
Kolej Komuniti = Penginapan / asrama hanya terdapat di 6 Kolej Komuniti sahaja iaitu di KK Jelebu, KK Gerik, KK Rompin, KK Segamat 2, KK Paya Besar dan LTA @ KK Langkawi.
10. Adakah Politeknik / Kolej Komuniti menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar?
Politeknik = Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
= Calon boleh memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Rujuk portal https://www.ptptn.gov.my atau hubungi PTPTN di talian 03-8870 6835
Kolej Komuniti = Program Sijil
= Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti RM1800/semester *kepada yang layak
= Permohonan pembiayaan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah kepada calon B40 yang berkelayakan (memenuhi syarat pembiayaan).
Sila rujuk Kolej Komuniti tersebut.
11. Jika saya gagal mendapat tawaran melalui UPU, bagaimanakah cara untuk membuat rayuan ke Politeknik / Kolej Komuniti?
Permohonan melalui UPU (SPM 2021, 2020 & 2019):-
Rayuan ke Politeknik - rayuan boleh dikemukakan melalui laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my
Rayuan ke Kolej Komuniti melalui portal rasmi ambilan POLYCC : http://ambilan.mypolycc.edu.my
Permohonan melalui eBorang (SPM 2018 dan Tahun Sebelumnya serta Sijil Berkaitan):- Isi rayuan pada eBorang
Keputusan akan diumumkan pada 22 Ogos 2022
12. Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan pertukaran institusi / program pengajian ke Politeknik / Kolej Komuniti?
I. Layari portal ambilan.mypolycc.edu.my, klik semakan mulai 25 Julai 2022.
II. Klik saya menolak tawaran ini dan pilih no. 8. Isi rayuan di portal ambilan.
III. Keputusan rayuan akan diumumkan pada 22 Ogos 2022 jika terdapat kekosongan, jika tiada kekosongan, calon akan ditempatkan pada sesi II 2022/2023.
IV. Pelajar yang telah mendaftar: Rujuk pegawai pengambilan pelajar di Politeknik / Kolej Komuniti
Tawaran asal adalah terbatal dan permohonan ke program lain bergantung kepada kekosongan.
13. Saya ditawarkan ke Kolej Komuniti tetapi ingin memohon ke Politeknik?
I. Layari http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 25 Julai 2022 II. Klik semakan keputusan
III. Klik saya ingin menolak tawaran IV. Pilih pilihan 1
V. Isi borang permohonan ke politeknik melalui eSemakan politeknik (link seperti di portal ambilan)
VI. Keputusan akan diumumkan pada 22 Ogos 2022 jika terdapat kekosongan. Jika tiada kekosongan calon akan ditempatkan pada Sesi II 2022/2023
14. Calon ditawarkan ke UA tetapi ingin memohon ke Politeknik?
I. Layari portal ambilan UA tersebut II. Klik tidak bersetuju dengan alasan
III. Isi borang permohonan ke politeknik melalui eSemakan politeknik (link seperti di portal ambilan)
IV. Keputusan akan diumumkan pada 22 Ogos 2022 jika terdapat kekosongan. Jika tiada kekosongan calon akan ditempatkan pada Sesi II 2022/2023
15. Calon tidak mengisi UPU/borang dan ingin memohon ke Politeknik
I. Layari portal ambilan.mypolycc.edu.my, klik semakan mulai 25 julai 2022.
II. Kemudian isi borang.
III. Keputusan akan diumumkan pada 22 Ogos 2022
16. Jika saya GAGAL SPM, bolehkah saya memohon ke Politeknik / Kolej Komuniti?
Rujuk syarat permohonan ke Politeknik / Kolej Komuniti. Layari http://ambilan.mypolycc.edu.my
17. Mengapa gagal rayuan ke Politeknik / Kolej Komuniti?
Rayuan bergantung kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat.
18. Bagaimanakah cara untuk tangguh urusan pendaftaran ke Politeknik / Kolej Komuniti?
Urusan tangguh pendaftaran boleh dibuat di Politeknik/ Kolej Komuniti yang telah ditawarkan kepada calon.
19. Bilakah tarikh semakan rayuan kemasukan bagi sesi I 2022/2023?
Semakan rayuan boleh dibuat pada 22 Ogos 2022 selepas jam 5 petang di http://ambilan.mypolycc.edu.my
20. Apakah tindakan yang perlu dilakukan setelah mendapat tawaran ke Politeknik/Kolej Komuniti?
Calon perlu membuat pengesahan setuju terima di laman web
http://ambilan.mypolycc.edu.my dalam tempoh 7 hari dari tarikh tawaran dikeluarkan.
21. Bagaimanakah cara untuk menolak tawaran ke Politeknik / Kolej Komuniti?
Calon perlu klik butang TOLAK TAWARAN di web http://ambilan.mypolycc.edu.my
22. Adakah terdapat kesan jika saya menolak tawaran ke Politeknik / Kolej Komuniti?
Tawaran ke Politeknik/ Kolej Komuniti akan terbatal dan calon perlu memohon atau membuat rayuan semula ke Institusi yang ingin dipohon.
23. Bagaimanakah cara untuk hubungi Politeknik / Kolej Komuniti?
Maklumat lanjut sila hubungi : I. Talian pejabat – 03 8888 3837 II. Melalui WhatsApp – 019 868 3738 III. Emel – [email protected]
IV. Hubungi Politeknik / Kolej Komuniti terdekat (rujuk direktori) Direktori Politeknik -
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=politeknik Direktori Kolej Komuniti -
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=kk
24. Apakah laluan kerjaya bagi lepasan Politeknik / Kolej Komuniti?
I. Sambung pengajian di Politeknik / MTUN / UA II. Bekerja
III. Usahawan / Job Creator
25. Jika saya terlepas tarikh permohonan ke Politeknik / Kolej Komuniti, apa yang perlu saya lakukan?
Bagi pemohon yang tidak sempat dan tidak pernah memohon UPUOnline, boleh membuat permohonan pada :
Politeknik:-
22 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022.
Kolej Komuniti:-
Hubungi Kolej Kutkomuniti terdekat (rujuk direktori)
Bagi pemohon yang telah memohon sebelum ini, boleh mengemaskini pilihan program pengajian, sila layari laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my
26. Adakah semua program di Politeknik / Kolej Komuniti perlu ditemuduga?
Tidak, hanya program tertentu sahaja seperti Diploma Kejuruteraan Perkapalan dan Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat bagi Politeknik dan beberapa program Diploma Kolej Komuniti seperti; Diploma In 3D Animation, Diploma In Sound & Lighting Technology dll.
27. Berapakah had umur minimum sekiranya ingin membuat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Had umur minimum 18 tahun. (Lepasan SPM)
28. Adakah calon boleh mengisi borang permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti atau isi salah satu sahaja?
Calon boleh mengisi permohonan bagi kedua-dua institusi kerana borang permohonan kemasukan yang digunakan adalah berbeza.
29. Jika calon Lulusan Diploma Kolej Komuniti, bolehkah calon menyambung pengajian ke peringkat seterusnya?
Calon boleh menyambung pengajian ke Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia atau Malaysian Technical University Network (MTUN) iaitu gabungan 4 buah Universiti berasaskan teknikal
iaitu:
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
30. Bilakah tarikh akhir pembayaran yuran pengajian dan yuran penginapan asrama?
Segala pembayaran yuran perlu diselesaikan sebaiknya seminggu sebelum hari pendaftaran pelajar ke Politeknik atau Kolej Komuniti tersebut.
31. Pendaftaran dan pembelajaran untuk sesi I 2022/2023 ini akan dibuat secara bersemuka atau atas talian?
Sila layari portal rasmi atau hubungi Politeknik dan Kolej Komuniti yang berkenaan bagi makluman lanjut.
32. Bagaimana cara untuk memohon Diploma Politeknik bagi pelajar OKU yang mempunyai masalah pendengaran?
Sila layari portal http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk mengisi eBorang Politeknik.
Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kad OKU. Isi butiran maklumat yang diperlukan. Permohonan rayuan eBorang dibuka mulai 25 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022.
33. Bilakah permohonan Diploma Separa Masa akan dibuka?
Kemasukan Diploma Separa Masa Politeknik (KSS) bagi Sesi 2022/2023 akan diumumkan kemudian. Sila rujuk portal http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk tarikh terkini.
34. Bagaimana cara untuk memohon Program Sarjana Muda jika calon masih belum mengambil MUET berikutan situasi Covid-19 yang tidak menentu?
Calon masih boleh memohon dan jika ditawarkan ke program Sarjana Muda, calon hendaklah mengambil MUET semasa sesi pembelajaran bermula.
35. Program Sarjana Muda yang ditawarkan hanya sepenuh masa atau separuh masa dan berapa lama tempoh pengajian?
Program ini hanya ditawarkan secara sepenuh masa sahaja dan tempoh pengajian selama 4 tahun. Walaubagaimanapun, calon boleh membuat pindahan kredit jika memenuhi syarat.
36. Berapakah yuran pengajian bagi Program Ijazah Sarjana Muda di Politeknik?
Yuran pengajian bagi Program Sarjana Muda juga RM200 bagi setiap semester.
37. Bagaimanakah cara untuk memohon Program Sarjana Muda jika senarai diploma politeknik tiada dalam senarai dalam borang permohonan?
Calon perlu rujuk semula syarat khas program di portal ambilan.mypolycc.edu.my. Jika program lepasan diploma yang dimiliki tiada dalam senarai, calon boleh mengemukakan salinan diploma / transkrip ke BAPP.
38. Sekiranya saya bukan lulusan diploma politeknik, adakah saya layak memohon ke Program Sarjana Muda?
Tidak layak memohon kerana program ini hanya untuk lulusan diploma politeknik sahaja
39. Program Sijil di Kolej Komuniti SKM tahap berapa?
Sijil Kolej Komuniti adalah setara dengan SKM tahap 3. Program sijil di Kolej Komuniti mendapat akreditasi penuh oleh MQA.
40. Bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada calon akan ditawarkan program atau tidak berdasarkan merit?
Keputusan adalah berdasarkan merit tertinggi calon yang memohon program tersebut dan kekosongan tempat.