PASUKAN PENYELIDIK
INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
PERTUBUHAN AKADEMI PENDIDIKAN DEMOKRASI & KEWARGANEGARAAN MALAYSIA (APDK) INSTITUT KAJIAN PILIHAN RAYA DAN PEMAJUAN DEMOKRASI (IESAD) UNISEL
ANALISIS KEPUTUSAN RAKYAT JOHOR YANG LAYAK MENGUNDI TERHADAP
PARTI-PARTI POLITIK
PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR PADA
12 MAC2022
[ BERDASARKAN DPPR : 2,597,743 JUTA PENGUNDI]
Rakyat Negeri Johor telah bersuara membuat pilihan dalam peti undi Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Johor ke-15 sebagai salah satu proses demokrasi di Malaysia pada 12 Mac 2022 (Sabtu) yang lalu. Kesan daripada pindaan Perlembagaan yang menurunkan had mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran undi automatik, maka secara rasminya SPR mengumumkan seramai 2,597,742 rakyat JOHOR adalah layak menunaikan hak mengundi.
Analisis IDE ini mengambil kira nilai 100 peratus daripada seramai 2,597,742 rakyat Johor yang layak mengundi berdasarkan kategori kedudukan berikut :
1. JUMLAH KESELURUHAN PENGUNDI 2. JUMLAH KELUAR MENGUNDI
3. SOKONGAN PENGUNDI YANG KELUAR MENGUNDI TERHADAP PARTI POLITIK ATAU BEBAS.
4. KERTAS UNDI ROSAK OLEH PENGUNDI ATAS PELBAGAI SEBAB 5. KERTAS UNDI YANG TIDAK DIKEMBALIKAN
6. JUMLAH RAKYAT JOHOR YANG LAYAK TETAPI MEMILIH UNTUK TIDAK KELUAR MENGUNDI
Perincian pecahan adalah seperti berikut: (slide berikut)
KATEGORI UNDI PERATUS JUMLAH PENGUNDI
2,597,743
(SELURUHJOHOR) KELUAR MENGUNDI
1,426,573
54.92%BARISAN NASIONAL (BN) 599,753 23.09%
PAKATAN HARAPAN (PH+) (PH + PKR + MUDA)
416,956 16.05%
PERIKATAN NASIONAL (PN) 334,457 12.87%
PEJUANG 18,692 0.72%
WARISAN 6,532 0.25%
PARTI BANGSA MALAYSIA (PBM)
3,521 0.14%
PUTRA 247 0.01%
PSM 997 0.04%
BEBAS 10,007 0.39%
KERTAS UNDI ROSAK 25,953 1.00%
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN
9,458 0.36%
TIDAK KELUAR MENGUNDI 1,171,170 45.08%
Pengundi yang mengundi
selain BN
817,362 (31.46%)
BARISAN NASIONAL
(BN) 23%
PAKATAN HARAPAN
(PH+) PERIKATAN 16%
NASIONAL (PN) 13%
TIDAK KELUAR MENGUNDI
45%
SOKONGAN RAKYAT JOHOR YANG LAYAK MENGUNDI TERHADAP PARTI
POLITIK
Analisis adalah berdasarkan kepada keseluruhan DAFTAR PEMILIH PRN JOHOR 2022
(2,597,743 juta pengundi)
Sokongan BN adalah
(23%)
daripada Rakyat Johor
yang layak mengundi.
KESAN PERATUS SOKONGAN PARTI
Berdasarkan kedudukan perolehan undi di atas, Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Negeri dengan kemenangan 40 kerusi DUN, telah memperolehi 599,753 undi dengan hanya disokong 23% peratus rakyat Johor yang layak menunaikan hak mengundi.
Kedudukan kedua sokongan terbanyak adalah Pakatan Harapan (PLUS) yang merangkumi AMANAH dan DAP, KEADILAN dan juga MUDA (42,711 undi – 1.64%) (Persefahaman politik intra parti yang dibina sebelum PRN) telah memperolehi 416,956 undi dengan peratusan 16.05%. Perikatan Nasional (PN) di tempat ketiga dengan perolehan undi 334,457 (12.8%) Parti-parti lain seperti PEJUANG, WARISAN, PBM, PUTRA, PSM dan CALON BEBAS memperolehi peratusan sokongan kurang daripada 1%.
Jika dirangkumkan, akan didapati bahawa, penyaksian pengundian yang menolak BARISAN NASIONAL (BN) secara
‘solid’ keseluruhan termasuk undi rosak adalah 817, 362 (31.46%). Jika wujud solidariti pertandingan antara semua parti selain BN, pastinya memberikan kedudukan kemenangan kerusi yang berbeza.
Rekod peratusan keluar mengundi terendah di Johor adalah 43.28% di DUN N46 Perling. Kebanyakan peratusan undi di bawah 50% adalah kawasan yang dimenangi oleh PH – DAP dan satu kawasan iaitu DUN N41 Puteri Wangsa oleh Parti MUDA.
Peratusan tertinggi keluar mengundi adalah DUN N18 Sri Medan dimenangi BN. Hampir semua 14 DUN yang melebihi 60% keluar mengundi adalah DUN yang dimenangi oleh BN kecuali DUN N07 Bukit Kepong (61%) yang dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN), YB Sahruddin Jamal (Mantan MB) yang memperolehi 9,873 undi.
DUN KERUSI PERATUSAN KELUAR
MENGUNDI
BAWAH 50%
1. DUN N12 BENTAYAN PH
2. DUN N41 PUTERI WANGSA PH - MUDA
3. DUN N45 STULANG PH
4. DUN N46 PERLING PH
5. DUN N48 SKUDAI PH
Peratusan keluar mengundi paling rendah, 43.28% - DUN N46 Perling.
DUN KERUSI
PERATUSAN KELUAR MENGUNDI ANTARA
50% - 55%
14 DUN55% - 60%
23 DUNLEBIH 60%*
14 DUN* Peratusan paling tinggi keluar mengundi adalah 68.02% di DUN N18 SRI MEDAN (BN)
* DUN N36 SEDELI - 67.61% (BN)
* 14 DUN yang melebihi 60% keluar mengundi adalah DUN yang dimenangi oleh BN kecuali N07 BUKIT KEPONG (61.01%) (PN).
ANALISIS PERATUSAN KELUAR MENGUNDI
Analisis adalah berdasarkan kepada keseluruhan DAFTAR PEMILIH PRN JOHOR 2022 (2,597,743 juta pengundi)
UNDI ROSAK: 25,953 UNDI !
Undi rosak sebanyak lebih 25 ribu undi boleh disebabkan oleh pelbagai isu dan sebab. Mungkin wujud tiga keadaan yang boleh ditafsirkan iaitu:
1. Undi Rosak 25 ribu ini adalah refleksi kepada undi protes oleh rakyat Johor. Bahkan ada PACA yang memaklumkan kepada penyelidik IDE, wujud situasi orang menconteng kertas undi dengan ekspresi tidak puas hati.
2. Undi Rosak 25 ribu ini juga boleh diertikan kemungkinan wujud keadaan rakyat yang tidak tahu untuk mengundi. Justeru, pendidikan politik yang betul untuk mencelikkan rakyat perlu dalam suasana kini oleh SPR, Parti Politik dan NGO.
3. Mungkin juga wujud isu-isu teknikal yang menyebabkan undi tersebut menjadi undi ragu dan seterusnya ditolak dan dianggap undi rosak. Antara isu yang ditimbulkan soal dakwat dan lain- lain. Satu kajian khusus perlu dibuat oleh SPR bagi mengelak masalah teknikal berlaku hingga semangat demokrasi hak mengundi pengundi telah gugur dari diambil kira sebagai satu undi.
Wujud beberapa pemerhatian menarik dalam penelitian terhadap undi rosak ini yang boleh dipermudahkan seperti berikut:
ANALISIS UNDI ROSAK (25,953)
DUN UNDI ROSAK
UNDI ROSAK PALING RENDAH 1. DUN N32 ENDAU (PN) 212 2. DUN N14 BUKIT NANING (BN) 238 3. DUN N12 BENTAYAN 239 UNDI ROSAK MELEBIHI 1000
UNDI
1. DUN N42 JOHOR JAYA (DAP) 1262 2. DUN N40 TIRAM (BN) 1053 3. DUN N49 KOTA ISKANDAR (BN) 1038 4. DUN N43 PERMAS (BN) 1024 UNDI ROSAK MELEBIHI
MAJORITI
1. DUN N08 BUKIT PASIR (BN) (MAJORITI 198)
381 2. DUN N21 PARIT YAANI (BN)
(MAJORITI 294)
424 3. DUN N51 BUKIT BATU (PH)
(MAJORITI 137)
624
Undi ROSAK yang paling rendah dibawah 300 undi (3 DUN).
Undi ROSAK yang melebihi 1000 undi. (4 DUN)
Undi ROSAK melebihi JUMLAH MAJORITI menang.
Analisis adalah berdasarkan kepada keseluruhan DAFTAR PEMILIH PRN JOHOR 2022 (2,597,743 juta pengundi)
PRN JOHOR 2022
Undi ROSAK paling rendah adalah tidak kurang kurang dari 212 undi, dibawah 300 undi yang direkodkan di TIGA DUN. Amat mengejutkan juga, Undi ROSAK mencapai hampir lebih 1000 undi di 4 DUN iaitu N42, N40, N49 dan N43 yang dimenangi oleh BN dan DAP.
Antara yang cukup unik adalah, apabila didapati wujudnya Undi ROSAK yang melebihi daripada kedudukan kemenangan MAJORITI calon yang menang. Sebagai contohnya di DUN N08 Bukit Pasir, YB Mohamad Fazli dari BN telah menang dengan 6,048 undi mengalahkan PN, PH (AMANAH), PEJUANG dan BEBAS, majoriti 198 undi.
Di DUN N08 ini, terdapat 381 undi rosak yang melebihi daripada keputusan majoriti undi yang diterima. Hal yang sama berlaku di DUN N51 Bukit Batu yang dimenangi oleh PH – KEADILAN dengan majoriti 137. Undi Rosak di N51 adalah seramai 624 undi dikira sebagai Undi Rosak.
45% PENGUNDI MEMILIH UNTUK TIDAK KELUAR MENGUNDI !
Status Pengundi turun mengundi (voters turnout) merupakan satu tanda aras utama ‘crutial indicators’ untuk mengukur bagaimanakan rakyat berpartisipasi dalam kerajaan negaranya.
Peratusan keluar mengundi yang tinggi amat penting dalam mengukur pengukuhan demokrasi, manakala peratusan keluar mengundi yang rendah sering dikaitkan sikap pengundi dan rasa ketidakpercayaan terhadap proses politik yang berlangsung.
Suatu langkah pro aktif perlu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama pelbagai pemegang taruh, bagi mengkaji secara makro dan mikro sebab atau halangan 45%
rakyat Johor untuk turun mengundi. Adakah mereka tidak keluar mengundi kerana:
a. Protes
b. Bosan dengan politik dan pilihan raya c. Tidak sedar wujudnya pilihan raya
d. Beranggapan, akan mengundi sekali lagi jika Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan.
e. Takut dengan COVID19
f. Kurang berkemampuan untuk balik mengundi kerana tinggal di luar DUN.
Kaedah yang lebih efektif harus dicari bagi memudahkan pengundi luar negara untuk mengundi. Pengalaman negara-negara lain seperti mewujudkan pusat pengundian di Kedutaan Malaysia luar negara, antara alternatif yang boleh dipermudahkan.
Sasaran turun mengundi 70% yang disasarkan oleh SPR masih tidak dapat dicapai. PRU Johor hanya mencatatkan peratusan turun mengundi 54.92%. Muafakat bersama harus dicari antara SPR, Parti-parti politik, NGO dan pelbagai agensi-agensi untuk bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran demokrasi di Malaysia bagi membina satu momentum dan memahami aspirasi tanggungjawab turun mengundi.
Proses pilihan raya tidak wajar hanya terhad kepada pengurusan dan teknikal pilihan raya sahaja. Ia wajar diperkukuhkan dengan kekuatan kefahaman pengundi tentang peranan dan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia yang efektif mendukung prinsip Rukunegara dan Perlembagaan Malaysia.
Justeru, pendidikan demokrasi dan kenegaraan adalah penting untuk dipupuk dikalangan rakyat Malaysia khususnya pengundi baru dari pelbagai umur dan UNDI 18.
TERIMA KASIH
PASUKAN PENYELIDIK
INSTITUT DARUL EHSAN (IDE),
PERTUBUHAN AKADEMI PENDIDIKAN DEMOKRASI &
KEWARGANEGARAAN MALAYSIA (APDK),
INSTITUT KAJIAN PILIHAN RAYA DAN PEMAJUAN DEMOKRASI (IESAD) UNISEL
INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
No. 45, Jalan Tukul P 15/P ,Seksyen 15, 40200 Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Tel: +603-5524 5444 Fax: +603-5512-2973
Email: [email protected] Web: www.ideselangor.com