• Tidak ada hasil yang ditemukan

PINJAMAN YEN KEPADA PROJEK KLIA: KESAN SOSIOEKONOMI DAN PENGAJARAN KEPADA MALAYSIA-INDONESIA.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "PINJAMAN YEN KEPADA PROJEK KLIA: KESAN SOSIOEKONOMI DAN PENGAJARAN KEPADA MALAYSIA-INDONESIA."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PINJAMAN YEN KEPADA PROJEK KLIA: KESAN SOSIOEKONOMI DAN PENGAJARAN KEPADA MALAYSIA-INDONESIA

Asmadi Hassan, Rohayati Paidi, Mohd Ikbal Mohd Huda Universiti Malaya, Kuala Lumpur

madisan@um.edu.my

Fax: 603-79675675 Tel. 603-79675631

Abstrak

Pada tahun 1994, Kerajaan Malaysia telah menerima 61.518 juta yen untuk memulakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini terletak di daerah Sepang, Selangor, yang asalnya merupakan ladang kelapa sawit dan kampung-kampung kecil. Projek pembinaan berjaya disiapkan dan mula digunakan pada tahun 1998. Kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk mengkaji kesan pinjaman yen yang merupakan sebahagian dari bantuan seberang laut (ODA) Jepun kepada sosioekonomi kawasan sekitarnya dan kedua, pengajaran yang boleh dipelajari dari pengalaman projek tersebut kepada Malaysia dan Indonesia. Dari segi kesan sosioekonomi, terdapat pembangunan pesat di kawasan sekitar KLIA seperti pertumbuhan bandar baru seperti Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Baru Nilai, Banting, Bandar Enstek dan Cyber Jaya. Begitu juga perumahan baru, sekolah, kompleks membeli-belah serta kemudahan lain seperti Litar Antarabangsa Sepang dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibina. Jalan-jalan baru yang menghubungkan dengan lapangan terbang turut melengkapkan pembangunan bandar-bandar sekitar KLIA. Dari segi peluang pekerjaan pula, jika sebelum ini penduduk sekitarnya bergantung kepada pertanian kini berubah kepada perniagaan, hospitaliti, perkhidmatan, pengangkutan dan lain-lain. Manakala bahagian kedua tentang pengajaran yang boleh diperolehi dari projek ini mencakupi bagaimana hasil pelaburan yang besar ke atas projek KLIA memberi kesan signifikan kepada penduduk sekitarnya sehingga melahirkan perbandaran moden, pusat perniagaan, pendidikan dan sumber pendapatan baru yang boleh dipelajari oleh kedua-dua buah negara.

Kata kunci: KLIA, ODA, Pinjaman yen, Sosioekonomi, Jepun

Biografi

DR. ASMADI HASSAN, Pensyarah Kanan, Pengajian Jepun, Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya penghususan dalam Pengajian Jepun, Ijazah Sarjana dari Keio Universiti, dan Ph.D dari Universiti Malaya. Kursus-kursus yang diajar oleh beliau adalah Sistem Pentadbiran dan Politik Jepun, Ekonomi Politik Jepun dan Kerajaan Tempatan Jepun.

DR ROHAYATI PAIDI, Pensyarah Kanan, Pengajian Jepun, Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kobe, Sarjana dari Universiti Shiga dan Ph.D dari Universiti Malaya. Kursus-kursus yang diajar di Jabatan Pengajian Asia Timur ialah Pembinaan Bangsa Jepun, Budaya dan Masyarakat Jepun dan Budaya Organisasi Jepun.

(2)

English translation

YEN LOANS TO KLIA PROJECT: SOCIOECONOMIC IMPACT AND LESSON FOR MALAYSIA AND INDONESIA

Abstract

In 1994, the Government of Malaysia received 61.518 million yen to commence Kuala Lumpur International Airport (KLIA) project. The airport is located in the district of Sepang, Selangor, which was originally oil palm plantations and small villages. The construction project completed and began in used in the 1998. This project paper is divided into two parts, first, to evaluate the impact of Japan's ODA for Malaysia, particularly yen loan to socioeconomic and second lesson that can be learned by from KLIA project experience. In term of socioeconomic impact, many new cities existed such as Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Baru Nilai, Banting, Bandar Enstek and Cyber Jaya. Similarly, new housing, schools, shopping malls and other facilities such as the Sepang International Circuit and Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) were built. New roads connected to the airport also completed the development of the cities. In terms of the job opportunity, previously many of the folks depended on agriculture turned to business, hospitality, services, transportation and others. While the second part of this paper is to explore the lessons can be learned from this project, including how the huge investment on the project significantly affect the surrounding people, particularly the existent of modern town, business and education center, as well as new job opportunity that can be learned by both countries.

(3)

PINJAMAN YEN KEPADA PROJEK KLIA: KESAN SOSIOEKONOMI DAN PENGAJARAN KEPADA MALAYSIA-INDONESIA

Asmadi Hassan, Rohayati Paidi, Mohd Ikbal Mohd Huda Jabatan Pengajian Asia Timur

Universiti Malaya

Pengenalan

Dalam konteks mana-mana negara yang baharu mencapai kemerdekaan, bantuan kewangan dan kerjasama ekonomi dari negara-negara asing amat diperlukan untuk menggerakkan projek-projek pembangunan. Malaysia juga tidak terkecuali apabila pasca awal kemerdekaan memperlihatkan era mencabar dalam pentadbiran negara yang sarat dengan pelbagai cabaran seperti kemiskinan dan ketidakstabilan ekonomi. ODA1 Jepun telah memenuhi sebahagian keperluan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek pembangunan tersebut. ODA mula disalurkan kepada Malaysia selepas sembilan tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin.2 Sejak itu Malaysia berterusan menerima ODA dari Jepun.

Pada 19 Julai 1994, Malaysia telah menerima pinjaman yen sebanyak 61.518 juta yen bagi memulakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pinjaman yen yang merupakan sebagian dari komponen ODA dikenakan faedah sebanyak 3%, tempoh pembayaran balik pinjaman selama 25 tahun serta tempoh kelonggaran selama 7 tahun.

Kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk mengkaji kesan projek KLIA dari pinjaman yen kepada sosioekonomi kawasan sekitarnya dan kedua, pengajaran yang boleh dipelajari dari projek tersebut.

Pinjaman Yen kepada Malaysia

Pinjaman yen merupakan bantuan kewangan yang disalurkan dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh pembayaran balik yang panjang, sehingga 40 tahun.3 Agensi yang bertanggunggjawab menyalurkan pinjaman yen adalah Japan Bank for International Cooperation (JBIC).4

Pinjaman yen telah membiayai pelbagai projek pembangunan dan telah mencorakkan landskap baharu Malaysia. Dari tahun 1966 sehingga 2010, sebanyak USD1,242.45 juta atau 45% daripada jumlah keseluruhan ODA Jepun yang disalurkan ke Malaysia adalah dalam bentuk pinjaman yen.

1 Bantuan Seberang Laut Jepun (ODA) diklasifikasikan sebagai bantuan yang disalurkan oleh sebuah negara kepada negara lain bertujuan untuk membantu produktiviti sosioekonomi negara penerima. Bantuan yang disalurkan tersebut boleh dalam pelbagai bentuk seperti modal, bantuan teknikal dan kepakaran. Rujuk Cameron M. Otopalik, “Japan’s Overseas Development Assistance: Assessing Conformance With Shifting Priorities,” International Journal of Politics and Good Governance, Volume 1, No. 1.1, halaman 5-7, Rui Faro Saraiva, “Japanese Foreign Policy and Human Security in the Context of an Emerging New Global Order” Journal of Conflict Transformation & Security, Volume 3, No. 1, halaman 36-39, Mitsuya Araki“Japan’s Official Development Assistance: The Japan ODA Model That Began Life in Southeast,” Asia-Pacific Review, Volume 14, No. 2, halaman 24-29.

2 Lihat artikel Bronson Percival, “Japan-Southeast Asia Relations:Playing Catch-up with China,” Comparative

Connections, A Quarterly E-Journal on East Asian Bilateral Relations, halaman 2.

3 http://www.jica.go.jp/english/our_work/types_of_assistance/oda_loans/standard/index.html. Dilayari pada April

2014.

(4)

Berikutan kekurangan modal domestik, pinjaman yen menjadi mekanisme yang digunapakai bagi menggerakkan projek-projek berimpak tinggi yang dianggap penting dalam proses modenisasi negara. Sebagai contoh, komitmen pinjaman yen berjumlah JPY917,113 bilion yang disalurkan ke Malaysia sehingga penghujung tahun 2010, berjaya melaksanakan 74 projek dalam 6 sektor iaitu elektrik dan gas sebanyak 32 projek, pengangkutan 16 projek, perkhidmatan sosial 13 projek, perlombongan dan perkilangan 10 projek, pertanian dan perikanan 1 projek dan telekomunikasi 2 projek.

Pelaksanaan projek-projek yang mempunyai matlamat jangka panjang tersebut meninggalkan impak besar ke atas pertumbuhan sosioekonomi negara berdasarkan pelbagai projek usaha sama dan pelaburan syarikat-syarikat asing di Malaysia. Antara contoh terbaik projek ialah pembinaan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pembukaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran yang terletak di dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia bukan sahaja telah mencatatkan sejarah baru di dalam landskap pembinaan bandaraya moden Malaysia, malah menjadi contoh bandar di dalam taman yang lengkap dengan jaringan teknologi multimedia terbaik di dunia. Putrajaya bukan sahaja diiktiraf sebagai model pembangunan bersepadu sebagai pusat pentadbiran negara dan penempatan, malah pembangunan berterusan tanpa mengorbankan unsur semula jadi bagi menjaga keseimbangan ekosistem.

Oleh kerana Malaysia terus membangun dan mencatat pertumbuhan ekonomi yang stabil, pada masa kini pinjaman yen menjadi lebih selektif. Pinjaman yen terkini yang diterima oleh Malaysia adalah bagi penubuhan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia Jepun (MJIIT) pada Disember 2011.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

KLIA merupakan sebuah lapangan terbang unik yang menawarkan keselesaan kepada setiap individu, sama ada untuk perniagaan, hiburan atau pelancongan. Lapangan terbang tersebut juga adalah sebahagian daripada Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menggunakan teknologi terkini. Rajah 1 menunjukkan lokasi KLIA. Lapangan terbang ini terletak di daerah Sepang, Selangor, berkeluasan 100km persegi dan merupakan terluas di dunia. Keluasannya membolehkan KLIA mengembangkan lagi operasinya apabila diperlukan pada masa hadapan. Tapak asal KLIA merupakan ladang kelapa sawit dan kampung-kampung kecil. KLIA mula digunakan pada tahun 1998.

(5)

perkhidmatan yang cemerlang kepada para penumpang, KLIA juga telah muncul sebagai salah satu dari lapangan terbang terbaik di dunia pada tahun 2014.5

Perlaksanaan projek seperti lapangan terbang membantu merancakkan lagi pembangunan sosioekonomi negara. Dengan komitmen pinjaman yen, Malaysia kini mempunyai kemudahan infrastruktur pengangkutan yang terbaik setanding kebanyakan negara maju.

Rajah 1: Lokasi KLIA

Kesan Pelaksanaan Projek KLIA

Projek KLIA memberi kesan pembangunan kepada kawasan sekitarnya. Kesan ini dibahagikan kepada perbandaran dan industri pelancongan.

Perbandaran

Pembinaan KLIA telah mewujudkan perbandaran baru sekitarnya seperti Bandar Baru Salak Tinggi dan Cyberjaya (dalam daerah Sepang), Bandar Baru Enstek dan Nilai. Pertumbuhan di kawasan-kawasan yang menerima tempias dengan projek KLIA telah mengubah landskap pembangunan dari ladang kelapa sawit dan getah kepada kawasan komersial bernilai tinggi.6

Sepang terletak di bahagian selatan Selangor yang bersempadan dengan daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Bandar Baru Nilai dan memanjang ke arah selatan dari

5 Malaysia’s KLIA Ranked Sixth-Best Airport, Singapore is No.1, The Malay Mail, 21 Oktober 2014.

(6)

Universiti Putra Malaysia (UPM), kampung Sungai Buah dan Bukit Unggul, daerah Kuala Langat di barat. Manakala di sebelah selatan pula mengadap ke Selat Melaka. Manakala bandar yang terdapat dalam Sepang adalah seperti Pinggiran Cyberjaya, Cyberjaya, Sungai Merab, Ampar Tenang, Salak Tinggi, Pinggiran KLIA dan Sungai Pelek.

Rajah 2 pula menunjukkan jaringan jalan raya dalam daerah Sepang. Dari segi jaringan jalan raya, projek KLIA memberi kesan langsung kepada kerajaan untuk membangunkan sistem jalan raya yang sistemetik di sekitarnya. Jaringan jalan raya dibina menghubungkan KLIA dengan lebuh raya dan jalan persekutuan yang moden. Contohnya Lebuh raya Elite di bahagian barat, Lebuh raya Utara Selatan (PLUS Highway) di bahagian Timur dan Jalan persekutuan B20 di pertengahan dan South Klang Valley Expressway (SKVE), Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban di Timur. Kesemua lebuh raya dan jalan persekutuan ini melalui daerah Sepang dan memberi kesan kepada pemodenan perbandaran Sepang.

Rajah 2: Jaringan Jalan Raya dalam Sepang

Manakala Sistem Express Rail Link (ERL) yang dibina untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke KLIA melalui daerah Sepang juga telah melengkapkan landskap perbandaran daerah tersebut. Hasilnya, kebolehaksesan yang mudah dalam daerah Sepang membolehkannya menghubungkan dengan daerah yang lain dan memudahkan aktiviti ekonomi penduduk yang tinggal di daerah Sepang.

(7)

dan 67 buah syarikat bertaraf multinational beroperasi Cyberjaya. Sehingga penghujung tahun 2013, antaranya syarikat asing besar yang kukuh bertapak termasuk Samsung, ON Semiconductor, Nestle, TDK, ALPS, Hitachi Cables, 3M, Philip Morris, Dumex, SKF Bearing dan Camcar Textron.

Kerajaan turut melaksanakan projek baru seperti KLIA Aeropolis sebagai hab pengangkutan udara yang berintegrasi bersama pembangunan komersil, zon komersil bebas, taman tema, hotel, zon pemuliharaan alam semula jadi serta zon pelancongan hijau. KLIA dan kawasan sekitarnya bukan hanya berfungsi sebagai hab pengangkutan sebaliknya berkembang sebagai pembangunan komersil untuk destinasi perindustrian, pelaburan, perumahan, serta pendidikan.

Rajah 3: Pecahan Gunatanah dan Taburan Pembangunan Bandar Enstek

Selain Sepang, Bandar Enstek yang terletak di lokasi strategik dan dilengkapi dengan rangkaian jaringan komunikasi sofistikated turut menerima kesan projek KLIA. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 3, Pecahan Gunatanah dan Taburan Pembangunan Bandar Enstek, projek komersial di Bandar Enstek melibatkan empat komponen pembangunan utama iaitu kawasan komersial, kawasan industri yang melibatkan pusat pengajian tinggi, kawasan perumahan serta kawasan industri mesra alam menjadi bandar pilihan kepada pembeli dan pelabur luar negara.

(8)

University College dan Murni Nursing College.7 Bandar Enstek dijangkakan akan menjadi pusat pendidikan dan penyelidikan dengan berpusatnya sebilangan besar universiti di kawasan tersebut.

Jadual 1: Universiti, Kolej dan Pusat Penyelidikan

Universiti, Kolej dan Pusat Penyelidikan Centre for Foundation Studies

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Inti International College

Nilai University College Murni Nursing College Politeknik Nilai Institut Aminudin Baki Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Pusat Latihan Bahasa Inggeris

Kolej Lagenda

Kolej Pertama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Institut Latihan Perindustrian

Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan Kolej Komuniti Rembau

Kolej Komuniti Jempol Kolej Komuniti Jelebu Kolej Mara Seremban Politeknik Port Dickson

Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Kolej Tafe Seremban

Kolej Uniti Port Dickson Institut Teknologi Seremban Institut Teknologi Putra

Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) East West College

Institut Medical Sciences (IMM) Kolej Linton

Sumber: Dikemaskini dari http://www.mpn.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=7b910a1a-5ed5-4e1c-ad77-9abe235067f7&groupId=82677

Manakala Rajah 4 menunjukkan kebolehaksesan dari Bandar Enstek ke KLIA dan ke kawasan sekitarnya. Dari segi pelaburan pula, dalam tempoh hanya 10 tahun, Bandar Enstek telah berjaya menarik pelabur seperti Pure Circle Sdn Bhd, FELDA Biotechnology Centre Sdn Bhd, Holista Biotech, YHI Manufacturing, Bio Molecular Industries Sdn Bhd.

Selain berdekatan dengan KLIA, pelbagai faktor pendorong kemajuan bandar Enstek seperti kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas yang baik, bekalan air dan elektrik yang terjamin serta kemudahan ICT dan telekomunikasi maju. Dengan kemudahan-kemudahan

(9)

tersebut menjadikan Bandar Enstek yang dahulunya tidak mempunyai nilai komersial melonjak sebagai kawasan rebutan dan bernilai tinggi.8

Rajah 4: Kebolehaksesan dari KLIA ke Kawasan Sekitar

Sumber: www.skyscrapercity.com

Selain itu, impak pembangunan turut berkembang dengan terlaksananya beberapa rancangan berimpak tinggi lain seperti di kawasan seluas 9,000 ekar di Labu dan 11,000 ekar di Sendayan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Jaringan lebuhraya yang efisien meliputi dari KLIA ke Sendayan, Rantau, Sg. Gadut hingga ke Lebuhraya LEKAS dan bercantum di Kuala Pilah dan Senawang telah mewujudkan jaringan jalan raya yang cekap memberi impak apabila berjaya menarik penyertaan syarikat-syarikat konglomerat dan antarabangsa untuk melabur dan mewujudkan operasi baru di Negeri Sembilan.

Situasi tersebut menjelaskan bahawa projek KLIA telah mewujudkan limpahan ekonomi di kawasan tersebut dengan menjadikannya sebagai kawasan perbandaran yang dinamik dan berpotensi besar untuk terus berkembang pada masa hadapan.

Industri Pelancongan

(10)

Berdasarkan statistik, jumlah kehadiran pelancong ke Malaysia sejak pembukaan KLIA pada 27 Jun 1998 menunjukkan peningkatan yang amat signifikan. Pada tahun 1998, jumlah pelancong ke Malaysia adalah seramai 6.5 juta, tahun 1999 seramai 13.2 juta, tahun 2000 seramai 14.8 juta, tahun 2001 14.6 juta, tahun 2002 16.3 juta, tahun 2003 17.5 juta, tahun 2004 seramai 21.1 juta, tahun 2005 23.2 juta, tahun 2006 24.6 juta dan tahun 2007 26.5 juta. Walaupun tragedi kehilangan pesawat MH370 yang membawa 329 penumpang dan anak kapal dan tragedi MH17 yang ditembak jatuh memberi impak besar ke atas sektor pelancongan negara, namun dengan promosi giat oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk Tahun Melawat Malaysia 2014, jumlah kehadiran pelancong terus meningkat kepada 28 juta.

Laporan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia menunjukkan jumlah peratusan pendapatan dari industri pelancongan meningkat daripada 32.7% atau RM11.2 bilion pada tahun 2000 kepada 43% atau RM18.1 bilion pada tahun 2005. Peningkatan jumlah pelancong ke Malaysia telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi domestik apabila mencatatkan pendapatan melebihi RM57 bilion hasil industri pelancongan pada tahun 2010 dan kira-kira RM66 bilion pada tahun 2013. Manakala pada tahun 2014 meningkat 12.5% kepada RM76 bilion. Kerajaan mensasarkan 36 juta pelancong dengan pendapatan RM168 billion pada tahun 2020.9

Indikator Pencapaian Sosioekonomi

Pembinaan KLIA telah memberi impak baik dari segi perbandaran, pelancongan dan aktiviti ekonomi ke kawasan sekitarnya. Bagaimana pula kesan sosioekonomi kepada penduduk. Indikator pencapaian ditunjukkan dalam penempatan penduduk, pendapatan isi rumah, nilai hartanah dan peluang pekerjaan.

Penempatan Penduduk

Projek KLIA turut menarik migrasi penduduk dari seluruh negara ke kawasan sekitarnya. Impak pembangunan di Sepang telah mewujudkan pola demografi kependudukan yang tinggi. Seperti ditunjukkan dalam Jadual 2, jumlah penduduk di Sepang pada tahun 2001 hanyalah 117.9 ribu orang. Walau bagaimanapun jumlah ini meningkat kepada 207,354 orang pada tahun 2010. Perkembangan jumlah penduduk dikaitkan dengan pembinaan perumahan baru sekitarnya hasil tarikan KLIA. Kebanyakan penduduk yang tinggal di persekitaran tersebut menjalankan kerja berkaitan KLIA seperti kakitangan penerbangan dan industri yang tumbuh sekitarnya hasil pembinaan lapangan terbang tersebut.

Antara kawasan penempatan baru yang dibangunkan di sekitar KLIA adalah di Cyberjaya di mana MTC Consortium Bhd melancarkan perumahan bernilai RM3.6 bilion. Keberanian untuk melabur dalam jumlah yang besar kerana keyakinan pemaju dengan permintaan rumah dari penduduk yang bekerja berhampiran dengan KLIA.10 Manakala Salak Perdana turut

dibangunkan bagi menampung permintaan perumahan di sekitar KLIA. Salak Perdana yang berada dalam kawasan Bandar Baru Salak Tinggi mempunyai 2,000 unit menjadi penempatan bagi kakitangan lapangan terbang di samping menjadi rumah tumpangan semasa perlumbaan F1 berlansung.11 Kedudukan berhampiran dengan KLIA, iaiut 20 minit dengan kereta menjadi tarikan pembelian penempatan di situ.

9 Airport city planned near KLIA, The Star, 13 June 2014

(11)

Manakala pemaju hartanah yang lain seperti IOI Properties, membangunkan Bandar Warisan dengan keluasan 132.8 hektar, Glomac yang memiliki 76.8 hektar tanah di Dengkil membangunkan township12 dan PNSB membangunkan 112 unit kedai/pejabat di 30 ekar di

Bandar Baru Salak Tinggi.13 Pada masa hadapan dijangkakan lebih banyak penempatan akan

dibina berikutan pembangunan pesat di sekitar KLIA.

Manakala bagi Bandar Enstek pula, analisis mendapati bahawqa faktor kedudukannya berhampiran KLIA menjadikan Bandar Enstek sebagai pilihan penduduk.

Jadual 2: Pola Demografi Kependudukan Sepang, Tahun 2001-2010

Tahun Penduduk ('000)

2001 117.9

2002 121.6

2003 125.5

2004 129.6

2005 133.9

2006 138.1

2010 207.4

Sumber: http://www.selangor.gov.my/sepang.php/pages/view/23 dan

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/05Jadual_Mukim_negeri/Mukim_ Selangor.pdf

Seiring dengan perubahan penempatan, perubahan kualiti hidup juga semakin baik dengan adanya kemudahan moden seperti sekolah, pusat kesihatan dan sebagainya yang dibina dalam perancangan penempatan baharu.

Nilai Hartanah

Pembinaan KLIA merancakkan lagi landskap industri hartanah di Sepang yang sebelum itu lebih banyak tertumpu kepada pertanian. Sebagai contoh, harga tanah yang bernilai antara 45 sen dan 70 sen satu kaki persegi telah melonjak kepada RM35 dan RM100 satu kaki persegi.

Di bandar Enstek pula, di dalam sektor perumahan dan komersial, harga kediaman teres dua tingkat yang dijual pada harga RM138,000 pada tahun 2000 kini telah mencecah lebih dari RM450,000 ekoran faktor pertumbuhan kawasan sekitarnya. Walaupun harga rumah menunjukkan peningkatan ketara, namun unit kediaman di Bandar Enstek masih mendapat sambutan sebagai kediaman impian termasuk penduduk di sekitar Lembah Klang kerana faktor kemudahan ekses dan kemudahan yang ada disekitarnya.

Dengan perubahan landskap daerah Sepang yang sebelum ini merupakan antara daerah yang termundur di Selangor kepada sebuah kawasan komersial dengan pelbagai aktiviti sosioekonomi turut memberikan impak limpahan ekonomi sehingga ke Negeri Sembilan dan Melaka.

Peluang Pekerjaan dan Pendapatan Isi Rumah

Kesan langsung modenisasi infrastruktur ODA Jepun ke Malaysia ialah kejayaan menarik masuk jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang besar. Bukan sahaja dari Jepun tetapi juga dari Amerika Syarikat, negara-negara Asia serta Eropah. Jumlah aliran FDI terus menunjukkan

12 Ibid.

(12)

peningkatan yang signifikan apabila Malaysia disenaraikan pada tempat ke-10 sebagai destinasi FDI yang paling kompetitif di dunia pada tahun 2010. Kajian indeks keyakinan FDI oleh firma perunding pengurusan global, A.T. Kearney mendapati bahawa keyakinan pelabur menjadi semakin bertambah apabila infrastrukur moden dan cekap dibina. Kelengkapan infrastruktur yang sofistikated mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif serta pengukuhan struktur daya saing Malaysia.14

Pembinaan KLIA juga menjadi pemangkin kepada limpahan ekonomi penduduk sekitarnya. Sebagai contoh, pembinaan KLIA yang dibina yang menghubungkan pusat-pusat pertumbuhan koridor ekonomi utama telah mewujudkan sistem komunikasi perkhidmatan udara yang komprehensif terutamanya dalam aspek pengangkutan barang-barang sektor perindustrian.15

Dengan pembukaan kawasan pelaburan, pelaksanaan projek-projek baharu, penambahan pelaburan oleh syarikat-syarikat asing sedia ada, penubuhan pusat pendidikan, perbandaran dan sebagainya seperti di Sepang dan Bandar Enstek telah menyediakan peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang sebelum ini bergantung kepada pertanian. Malahan ada yang beralih kepada membuka perniagaan, perhotelan, perkhidmatan, pengangkutan dan lain-lain.16

Contohnya pembinaan SIC berpotensi mewujudkan 4,712 peluang pekerjaan baru sehingga tahun 2020.

Projek KLIA yang memudahkan pergerakan keluar masuk para pelancong telah mewujudkan peluang pekerjaan baru dengan pengoperasian perhotelan, perniagaan, restoran dan pengangkutan.

KLIA Ekspres yang menawarkan perkhidmatan tren tanpa henti sejauh 57 kilometer antara Kuala Lumpur dan KLIA selama 28 minit ke Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT) menawarkan peluang pekerjaaan sebagai pemandu, pegawai operasi dan sebagainya.

Pelaksanaan KLIA Aeropolis (Airport City) juga menyediakan peluang pekerjaan kerana konsep pembangunan bersepadu di dalamnya. Contohnya The Mitsui Outlet Park KLIA, yang terletak 6 km dari KLIA yang merupakan pusat membeli belah barangan perkilangan terbesar di Asia Tenggara menyediakan peluang pekerjaan, pelaburan dan perniagaan bukan sahaja penduduk sekitarnya tetapi seluruh Malaysia.17 Selain itu menjadi destinasi beli belah kepada 27

juta pengembara dalam dan luar negara di Malaysia setiap tahun, KLIA Aeropolis meningkatkan peluang pekerjaan dan seterusnya merangsang ekonomi penduduk tempatan. Projek menyediakan lebih 1,800 peluang pekerjaan pada tahun 2014.18 Mitsui Outlet Park yang

mempunyai 130 kedai akan diperluaskan kepada 190 kedai pada 2018 sebelum mencapai kapasiti 250 kedai pada 2021.

Apabila disiapkan sepenuhnya pada 2021, Mitsui Outlet Sepang yang secara keseluruhannya membabitkan pelaburan bernilai RM335 juta akan menyediakan lebih 2,500 peluang pekerjaan.

Manakala pembukaan DPulze Shopping Centre di Cyberjaya turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. DPulze Ventures Sdn Bhd menempatkan penyewa seperti 14 Rujuk Buku Tahunan Daya Saing 2012 (WCY), yang diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD) di http://www.pemudah.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=4aa2de97-81a4-4d85-ab2c

b45c021b985f&groupId=172432. Lihat juga laporan

15 Indeks Kompetitif Global yang diterbitkan oleh Bank Dunia di

http://www3.weforum.org/docs/WEF_GlobalCompetitivenessReport_2012-13.pdf. Dilayari pada 15 Jun 2013. 16 Hugh Patrick, “Legacies of Change: The Transformative Role of Japan s Official Development Assistance in its Economic Partnership with Southeast Asia,” Discussion Paper No. 54, Discussion Paper Series APEC Study Center, Columbia University, halaman 13.

17 KLIA Aeropolis Set to Put Malaysia on Aviation Map, The Star, 26 Januari 2015.

(13)

TGV, Jaya Grocer, FOS, Celebrity Fitness, MPH, Yamaha, U Bowl, Song Box, Molly Fantasy, Tune Hotels dan Regus membuka peluang pekerjaan kepda penduduk sekitar.19

Pengajaran dari Projek KLIA

Apa pengajaran yang boleh dipelajari dari projek KLIA? Pertama, hubungan baik antara Jepun dengan Malaysia yang dipupuk selepas mencapai kemerdekaan adalah penting sehingga beberapa jenis bantuan dapat disalurkan. Pinjaman yen yang merupakan salah satu bantuan dari Jepun signifikan bagi pembinaan KLIA di Malaysia. Tanpa pinjaman yen, kos pembinaan menjadi lebih tinggi dan pasti akan membebankan negara. Selain itu pengurusan sumber kewangan yang cekap dan telus dari pinjaman tersebut adalah penting sehingga projek yang dirancang berjalan lancar. Tanpa ketelusan dan kecekapan projek KLIA tidak akan dapat disiapkan.

Kedua, perancangan projek ini berjaya kerana ia telah dirancang dengan teliti dan mengambil kira pembangunan untuk jangkamasa panjang. Perancangan dan pembangunan KLIA bermula pada awal tahun 1990 apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Antarabangsa Subang) tidak berkeupayaan untuk memenuhi peningkatan jumlah penumpang dan kargo. Oleh itu, pembinaan lapangan terbang baru adalah signifikan bagi memenuhi peningkatan pesat dalam pengangkutan udara. Pelbagai kriteria telah ditetapkan dalam mencari tapak baru lapangan terbang seperti keluasan tanah yang mencukupi bagi pembinaan dan menampung perkembangan masa depan. Selain itu kedudukan yang tidak boleh melebihi 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur dan Sepang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kesan alam sekitar (EIA) turut dikaji. Pembinaan KLIA yang teliti telah membawa rahmat kepada kawasan sekitarnya apabila ia disertai dengan pembinaan jajaran jalan raya dan lebuh raya, stesen keretapi, perbandaran baharu, perumahan, kemudahan awam, pelaburan dari dalam dan luar negara, perindustrian, pelancongan, pusat membeli belah dan sebagainya. Kesemua ini telah memberi kesan positif kepada sosioekonomi penduduk dan kawasan sekitarnya dengan peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan, peniagaan dan peningkatan taraf hidup masing-masing. Dengan perancangan yang teliti juga beberapa rancangan pembangunan jangkamasa panjang dibuat dengan matlamat untuk mewujudkan bandaraya lapangan terbang yang moden dan terkini.

Kesimpulan

Kepada Malaysia, pinjaman yen telah menjadi sumber kewangan dalam membantu proses modenisasi negara yang akhirnya memanfaatkan 30 juta rakyat Malaysia. Sekiranya pada masa hadapan Malaysia tidak lagi menjadi negara penerima pinjaman yen ianya adalah sesuatu yang harus dibanggakan kerana telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Jepun.

Akhir sekali, sebagai salah sebuah negara contoh kepada kejayaan mengoptimumkan penggunaan pinjaman yen, adalah wajar untuk berkongsi setiap pengalaman serta strategi perlaksanaan projek dengan negara dunia ketiga lain. Ini akan dapat membantu mewujudkan pembangunan sosioekonomi yang berdaya saing dengan negara-negara tersebut seperti yang dilaksanakan oleh Jepun kepada Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Benjamin dkk (2012), bahwa faktor-faktor penentu yang kritis dari keparahan kemiskinan di Negeria adalah efisiensi ekonomi, pendapatan rumah tangga, rasio ketergantungan,

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id.. digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

Program ini mengembangkan prototipe laik industri yang sesuai dengan kebutuhan industri atau pengguna lainnya, serta mempertimbangkan masukan dari pihak industriy, asosiasi industri

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa motivasi membolos yang dilakukan oleh siswa di SMK Negeri 1 Sarirejo Lamongan berdasarkan latarbelakang (because motive) adalah karena

Adanya pusat pembelanjaan tersebut, menjadi faktor terjadinya banyak aktivitas yang menyebabkan bertambahnya jumlah penduduk yang masuk Jalan Pungkur tepatnya di

Tanjung Jabung Barat, sehingga dari potensi tersebut dapat menjadi landasan untuk mencari solusi dalam merealisasikan potensi pajak daerah di Kabupaten Tanjung

Pekerjaan : Analisis Pengaruh Perbedaan Sumber Fly Ash dan Bottom Ash Terhadap Karakteristik Perkerasan Lentur Lokasi : Laboratorium Perhubungan dan Bahan Konstruksi

menunjukkan bahwa tidak adanya perbedaan yang bermakna pada asupan sumber lemak sebelum dan sesudah pemberian edukasi gizi pada kelompok kontrol, sedangkan pada