• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti II

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti II"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Maruwiah Ahmat

1

CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

BAB 4

Ibadah Membina Insan

Berkualiti II

Menghuraikan pengertian ibadah Menjelaskan pembahagian ibadah Menjelaskan asas-asas ibadah

Menjelaskan impak ibadah dalam kehidupan muslim

4. Ibadah Membina Insan Berkualiti

4.1 Pengertian Ibadah 4.2 Pembahagian

Ibadah

4.3 Asas-asas ibadah 4.4 Impak ibadah dalam kehidupan muslim

Hasil Pembelajaran Kandungan

PENDAHULUAN

2

Seperti yang kita sedia maklum, sejak azali lagi Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Hal ini terbukti apabila Allah SWT membuktikan pengisytiharan manusia sebagai khalifah dalam Surah al-Baqarah: ayat 30 yang bermaksud;

(Dan ingatlah) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi, khalifah”.

Menurut Kitab al-Asas fi al-Tafsir, Said Hawa berkata, “(Khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya. Sebenarnya, tugas sebagai khalifah adalah sangat berat. Mereka wajib untuk beribadah dan menyembah Allah SWT di muka bumi.”

3

PENDAHULUAN

Malah ibadah adalah tujuan hidup mereka. Hal ini

telah ditetapkan oleh Allah SWT di mana perkara

dapat dikukuhkan lagi dalam surah al-Zariyat, ayat

56; “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk

beribadah kepada-Ku”.

Ibadah mempunyai kaedah dan syarat-syaratnya.

Dalam surah al-Baqarah (112), Allah SWT

menyatakan “Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya

kepada Allah di samping beliau bersikap muhsin baginya

ganjaran dari sisi Tuhan-Nya, tidak ada ketakutan

kepadanya dan dia tidak akan berdukacita.”

4

PENDAHULUAN

Berhubung dengan ayat ini, dalam tafsir Al-Quran

al-Azim, Ibnu Kathir berkata, “(Ayat ini) menjelaskan,

Allah SWT hanya menerima amalan yang mempunyai

dua kriteria, iaitu pertama,

ikhlas

dan kedua,

muhsin

.”

Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan

ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Jika

sesuatu amal dilakukan dengan tulus dan ikhlas tetapi

caranya tidak mengikut syariat, ia tidak diterima oleh

Allah SWT.

5

PENDAHULUAN

Ibadah dalam Islam berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan-amalan kepercayaan dan agama lain. Ia bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan

meninggalkan kehidupan dunia, ia bukan juga terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang tertentu atau dewa-dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan kononnya tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima. Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat langsung

di dalam syariat Islam.

6

(2)

Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan sempit

terhadap pelaksanaan ibadah dalam Islam. Ada yang

menganggap ibadah itu hanyalah tertumpu kepada

solat, puasa, haji dan zakat sahaja.

Terdapat juga mereka yang mengaku beribadah

kepada Allah tetapi ubudiyyah mereka mereka juga

diberikan kepada selain daripada Allah.

Malah ada yang berpendapat ibadah itu tidak

berkaitan dengan urusan masyarakat terutamanya di

bidang politik (siasah), ekonomi (iqtisadiyah),

pelancongan (siyahah), bahkan pendidikan (tarbiah).

7

PENDAHULUAN

Contoh ayat Al-Quran:

Politik dan pengurusan

“Bermesyuaratlah dalam kalangan kamu”

“Taatlah pemimpin (ulul amri)….”

Ekonomi

“Allah mengharamkan riba dan mengharuskan jual

beli..”

Pendidikan

“Allah meningkatkan darjat orang yang berilmu

beberapa darjat…”

8

Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak berlandaskan dan mematuhi asas dan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Oleh kerana Islam sebagai agama yang syumul dan sempurna sentiasa mengambil kira kehendak dan keredhaan Allah SWT. Terdapat dua asas penting dalam beribadah iaitu:

IMAN ILMU

9

ASAS-ASAS IBADAH

IMAN

Keimanan menjadi tonggak untuk mengerjakan ibadah. Selain itu, keimanan jugalah antara perkara yang membezakan orang Islam dan orang bukan Islam. Jikalau manusia mengikat pergantungan

kepada Allah, maka baharulah sesuatu amalan baik itu dapat dinilai dan diterima oleh Allah SWT.

ILMU

Ilmu ialah antara perkara yang dapat membezakan darjat kualiti yang ada pada seseorang. Oleh itu, untuk beribadah, seseorang

itu haruslah mempunyai ilmu mengenai ibadah yang mahu dilaksanakan. Jika tanpa ilmu seseorang itu dibimbangi akan sesat dan tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nabi

Muhammad SAW dan juga manusia akan mudah ditipu oleh syaitan. 10

ASAS-ASAS IBADAH

11

ASAS-ASAS IBADAH

12

ASAS-ASAS IBADAH

3. Tidak membebankan – terdapat rukhsah (kelonggaran) jika seseorang tidak mampu untuk melakukannya

2. Tidak terikat dengan sesuatu tempat dan masa tertentu – boleh beribadat pada kepada Allah S.W.T. pada bila-bila masa

1. Bebas dari sebarang perantaraan – terus berhubung dengan Allah S.W.T. [al-Zumar: 3]

(3)

Hubungan Ibadah dengan Akidah

1. Ibadah adalah hasil daripada akidah iaitu keimanan

terhadap Allah sebenarnya yang telah membawa

manusia untuk beribadat kepada Allah SWT.

2. Akidah adalah asas penerimaan ibadah iaitu tanpa

akidah perbuatan seseorang manusia bagaimana

baik pun tidak akan diterima oleh Allah SWT.

3. Akidah merupakan tenaga penggerak yang

mendorong manusia melakukan ibadat serta

menghadapi segala cabaran dan rintangan.

13

ASAS-ASAS IBADAH

14

Ibadah dalam Islam memberi kesan positif kepada diri

insan:

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Kesan positif

ibadah

Individu

Masyarakat

Negara

15 Individu Membentuk budaya hidup Islam Mendidik seseorang berlaku jujur Ditakuti syaitan Membentuk akhlak dan melatih jiwa yang murni Faedah di dunia dan akhirat Melahirkan kerja berkualiti

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Huraian Kesan Ibadah kepada Individu Melahirkan Kesatuan Matlamat

Ibadah melahirkan kesatuan matlamat dalam kehidupan individu dan masyarakat. Melalui ibadah menjadikan mereka dapat memusatkan kepada Allah SWT segala usaha amalan duniawi dan ukhrawi.

Membentuk Budaya Hidup Islam

Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah, kerana mereka sentiasa terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah SWT dalam budaya yang membentuk keyakinan dalam segala aspek atau sudut kehidupan. Mereka yakin hanya sistem hidup Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan mereka sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

16

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Mendidik Seseorang Berlaku Jujur

Ibadah mendidik seseorang berlaku jujur. Pastinya

ibadah itu memerlukan seseorang yang ikhlas yang

tidak mengharapkan balasan dari manusia. Bukan

mengharapkan pujian tetapi memenuhi tuntutan dan

syarat-syarat sah seseuatu ibadah sekalipun tidak

dilihat ataupun diperhatikan oleh makhluk kerana yakin

hanya Allah SWT Yang Maha Melihat lagi Maha

Mengetahui.

17

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Ditakuti Syaitan

Syaitan adalah makhluk yang menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia kecuali orang yang ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah umpamanya mempunyai kekuatan dan kehebatan di atas syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Iblis berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), dku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.” (Surah Shad, ayat 82-83)

18

(4)

Selamat Dari Pengaruh Kejahatan dan Kemaksiatan:

Orang yang beribadah adalah orang yang ihklas.

Orang yang ikhlas akan diselamatkan dari pengaruh

kejahatan dan juga pengaruh kemaksiatan, hal ini

dijelaskan oleh Allah SWT Firman-Nya yang

bermaksud: “. . . Demikianlah (takdir Kami) untuk

menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik

dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana

sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang

dibersihkan dari segala dosa.” (Surah Yusuf, ayat 24)

19

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Menghasilkan Pekerjaan yang Berkualiti

Jika sesuatu pekerjaan didasarkan kepada ibadah,

maka kerja itu akan menghasilan pekerjaan yang

berkualiti, iaitu pekerjaan yang jauh dari kecurangan,

pekerjaan yang jauh dari kemaksiatan dan juga jauh

dari kemungkaran, dan sebaliknya mereka akan

menghasilkan pekerjaan yang memberi kemanfaatan

bagi umat manusia, pekerjaan yang mendatangkan

kemaslahatan bagi seluruh alam ini. Sebagaimana

tujuan dari Islam adalah sebagai rahmat kepada

seluruh alam.

20

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Melahirkan Perasaan Bebas

Ibadah dapat melahirkan perasaan bebas dari sebarang perhambaan kepada yang lain daripada Allah SWT. Seorang hamba tidak mudah tunduk kepada segala perintah

yang bercanggah dengan perintah Allah SWT kerana diri dan jiwanya telah diserahkan kepada mentaati Allah SWT semata-mata.

Iman dan keyakinannya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Tindakan dan perlakuannya bukan kerana takut kepada makhluk tetapi skima hidupnya adalah pengabdian diri kepada Tuhan Maha Berkuasa.

21

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Membentuk Akhlak dan Melatih jiwa yang Murni.

Ibadah dapat membentuk akhlak dan melatih jiwa

yang murni kerana orang yang beribadah sentiasa

melatih dirinya untuk tunduk dan patuh kepada

segala perintah dan ingin mencari keredaan Allah

SWT dalam semua aspek kehidupan.

22

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Mendapat Kebaikan Dunia dan Akhirat

Segala perintah Allah SWT kepada umat manusia, sama ada individu atau masyarakat semuanya mengandungi hikmah. Semua perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT jika

dikerjakan pasti mempunyai kebaikan kepada yang melakukan. Sebaliknya segala larangan Allah SWT adalah

perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesosakan atau keburukan kepada manusia.

Segala perlakuan yang baik mempunyai nilai yang diberi ganjaran pahala yang sangat berguna terutama untuk kehidupan di akhirat kelak.

23

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Mendapat Pertolongan AIlah SWT

Orang yang beribadah dengan ikhlas pastinya akan

mendapat pertolongan Allah SWT di atas

perbuatannya. Maka Allah SWT akan mencintainya

dan juga menolongnya. Hadis yang bermaksud:

"Sesiapa yang meninggalkan dunia dengan ikhlas

kerana Allah tanpa mempersekutukannya, mendirikan

solat dan membayar zakat, nescaya dia akan pergi

dari dunia, di mana Allah sangat senang kepadanya.”

24

(5)

25 Masyarakat Melahirkan kesatuan matlamat Membentuk budaya hidup Islam Selamat dari pengaruh kejahatan dan kemaksiatan Melahirkan masyarakat yang produktif

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Huraian Kesan Ibadah kepada Masyarakat

1. Mewujudkan suasana harmoni, tenang, bekerjasama dan sekata. Permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri dapat dielakkan. Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. 2. Wujudnya suasana berkasih sayang dan cinta mencintai antara

satu sama lain. Orang tua mengasihi yang muda dan yang muda menghormati yang tua.

3. Penurunan kadar jenayah dan segala perbuatan salah laku. Orang yang menyibukkan diri mereka dengan melaksanakan ibadah menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk menyibukkan diri mereka dengan perkara yang salah.

26

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

4. Tidak akan mudah ditipu dan dikalahkan oleh musuh kerana Allah SWT akan membantu. Sebaliknya jikalau umat Islam lemah beribadah dan ditambah lagi berterusan melakukan maksiat, Allah SWT tidak akan membantu mereka dan mereka hanya menunggu saat-saat kehancuran. 5. Masyarakat akan aman, bersatu padu dan saling

bantu-membantu. Ibadah menjadi asas perpaduan umat Islam kerana dalam menunaikan ibadah kepada Allah semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melafazkan niat, gerak dan bacaan yang sama, malah menggunakan bacaan yang satu dalam bacaan Al-Quran.

27

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

6. Melahirkan masyarakat yang produktif. Ibadah

dapat membina masyarakat yang produktif

lantaran ibadah dilaksanakan dalam semua aspek

kehidupan seperti bidang ekonomi, sosial,

pendidikan dan sebagainya. Manusia akan

berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat

yang murni lagi baik kerana semua aktiviti yang

dilakukan tergolong di dalam ibadah dan ingin

mendapat keredaan Allah SWT.

28

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

7. Mensifarkan gejala sosial. Remaja yang ada adalah remaja yang faham agama dan sentiasa menyahut cabaran hayya ‘alal falah (mari menuju kejayaan). Tidak ada lagi remaja yang akan membuang masa. Remaja yang ada hanyalah remaja yang mementingkan ajaran Islam seperti solat berjamaah, belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta berkata tidak kepada perkara yang mazmumah seperti minum arak, penagihan dadah, seks bebas, pendedahan aurat dan juga hedonisme yang melampau.

29

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

8. Sistem ekonomi yang seimbang. Pembangunan

ekonomi yang seimbang dan komprehensif akan

tercapai. Masyarakat yang terlibat dalam

perniagaan akan memastikan perniagaan yang

mereka ceburi bebas dan terhindar dari unsur

rasuah, riba, menguntungkan sebelah pihak dan

merugikan pihak yang lain. Keberkatan akan

mengatasi keuntungan. Itulah matlamat perniagaan

yang sebenar

30

(6)

31

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Negara

Mewujudkan negara yang melaksanakan ajaran Islam. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Mengelakkan diri ditimpa bencana. Memajukan negara. Melahirkan keharmonian sejagat.

Huraian Kesan Ibadah kepada Negara Mewujudkan Negara yang Melaksanakan Ajaran Islam. Ibadah dapat melahirkan sebuah negara yang benar-benar

melaksanakan hukum-hukum pentadbiran dan perundangan Islam.

Keadaan ini hasil dari kesedaran, ketaatan, penghayatan Islam oleh pihak rakyat dan golongan pemerintah yang inginkan sistem hidup Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

32

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

1) Mendisiplin diri seseorang

2) Menjadikan hidup teratur & sistematik 3) Menghalang perbuatan keji dan munkar 4) Memperoleh kebahagiaan 5) Mengikis sifat tercela & menumbuh sifat terpuji 6) Mendatangkan rezeki 7) Mendapat kemuliaan & membangunkan martabat manusia 8) Memberi keyakinan dalam menentukan pilihan 9) Memperkukuh-kan keimanan 10) Mewujudkan perpaduan & persaudaraan 33

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

IMPAK IBADAH SOLAT

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa

yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan

dirikanlah solat (dengan tekun);

sesungguhnya solat

itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar

;

dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih

besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah)

Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(al-Ankabut: 45)

34

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

35

IMPAK

IBADAH

PUASA

Memelihara kesihatan dan menyembuhkan penyakit Menyucikan batin manusia Membuktikan ketaqwaan

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

IMPAK

IBADAH

ZAKAT

36

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

1) Membersihkan harta

2) Melahirkan rasa syukur

3) Menyuci rohani 4) Menolong orang yang lemah 5) Mencegah timbulnya

kerawanan sosial 6) Mendatangkan keberkatan

(7)

37

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Ibadah dalam Islam bersifat syumul meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Semua perkara yang tidak bertentangan dengan syarak termasuk adat akan dikira sebagai ibadat. Secara umumnya keluasan skop ibadah dalam Islam boleh dilihat menerusi perkara berikut: 38

SKOP IBADAH

Masa Tempat Cara Bentuk Kegunaan

Masa: Dalam Islam ada ibadah yang terikat dengan masa dan ada yang tidak terikat, ada ibadah harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Tempat: Terdapat ibadah dilaksanakan di rumah, masjid, Mekah dan lain-lain lagi. Ada yang tidak dikhususkan tempat. Cara: Ibadah boleh dilakukan secara bersendirian dan ada

yang secara berjemaah.

Bentuk: Ada ibadah yang khusus, umum, badaniah, maliah, badaniah dan maliah.

Kegunaan: Untuk diri sendiri seperti solat dan puasa dapat menyihatkan rohani dan jasmani, untuk diri sendiri dan orang lain seperti zakat dan sedekah.

39

SKOP IBADAH

Ibadah wajib

Dengan pengabaian ini akidah akan terjejas dan

manusia secara automatiknya akan terjebak dalam

masalah sosial yang sangat serius. Selain itu,

kehidupan manusia juga akan dibelenggu

kemurungan dan jiwa manusia juga akan berada

dalam resah dan gelisah.

40

KESAN PENGABAIAN IBADAH

Ibadah fardhu kifayah

Dengan pengabaian ini umat ISLAM akan menjadi mundur dan miskin kerana tidak mahu menguasai bidang-bidang yang penting seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, industri makan yang halal, perubatan, kedoktoran dan lain-lain lagi. Kesannya, umat ISLAM iaitu muslim hanya menjadi sebagai pengguna dan bukannya pengeluar utama barangan halal dan teknologi yang canggih dan moden. Hal ini menyebabkan muslim sendiri akan terjebak dalam percampuran barangan halal dan haram selain daripada teknologi-teknologi yang merosakkan umat ISLAM sendiri. Dengan ini juga, umat ISLAM juga mudah ditindas oleh negara-negara yang maju dan moden dengan alat-alat teknologi canggih mereka.

41

KESAN PENGABAIAN IBADAH

Ibadah-ibadah umum dan sunat

Dengan pengabaian ibadah-ibadah umum dan sunat

ini, muslin akan menjadi lebih pasif dan tidak produktif.

Oleh hal yang demikian, ia dapat melahirkan umat

ISLAM yang lemah, tidak mempunyai daya saing untuk

mempertingkatkan hidup dan ketahanan mental yang

sangat rendah. Selain jasmani, rohani manusia juga

perlu diisi dengan makanannya, iaitu ibadah-ibadah

sunat supaya tidak dapat merosakkan kredibiliti dan

jati diri muslim.

42

(8)

Sesungguh Islam adalah agama yang sempuma kerana ia mencakupi segenap aspek kehidupan. Dalam Islam seluruh pekerjaan itu adalah dikira ibadah sekiranya memenuhi segala peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidak seperti dalam kebanyakkan agama di dunia yang menganggap hanya penyembahan dalam bentuk ritual sahaja dikira ibadah, sedangkan pekerjaan- pekerjaan yang lain tidaklah dikira sebagai ibadah. Bagi ajaran Islam ibadah-ibadah yang dilakukan terutama ibadah-ibadah khusus sebenamya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia kerana impak atau kesan ibadah itu sangat besar kepada kehidupan seseorang muslim, samaada di dunia mahu pun akhirat.

43

KESIMPULAN

Tidak timbul konsep 50% untuk dunia dan 50% untuk akhirat, kerana seluruh kehidupan ini bagi seorang muslim adalah untuk dunia dan akhirat kerana dunia ini adalah ibarat ladang tempat kita menanam atau bercucuk tanam dan akhiratlah tempat kita menuai dan mengutip hasil. Segala yang diperintahkan oleh Allah SWT pastinya manfaatnya kepada manusia, bukan untuk Allah. Allah SWT tidak akan rugi atau berkurang sedikitpun jika manusia memboikot Allah, sebaliknya yang akan rugi manusia sendiri. Oleh itu baik sekali sekiranya kita mengkaji dengan teliti dan mendapatkan hikmah dari ibadah yang diperintahkan kepada kita untuk melakukannnya. 44

KESIMPULAN

45

AKTIVITI BERTULIS 6

Mana soalan

ni?

- Individu -20 minit sahaja

Referensi

Dokumen terkait

diskripsi perkuliahan meliputi: 1) Hakekat ibadah, macam-macam ibadah (ibadah khas/mahdhah dan ibadah ‘am), fungsi, hikmah dan makna spiritual ibadah dalam kehidupan sosial. 2)

Dihimbau kepada seluruh Warga Jemaat GPIB Bukit Sion Balikpapan yang melaksanakan Ibadah-Ibadah yang dilakukan di rumah-rumah (Ibadah Hari Minggu, Ibadah Keluarga, Ibadah

Dihimbau kepada seluruh Warga Jemaat GPIB Bukit Sion Balikpapan yang melaksanakan Ibadah-Ibadah yang dilakukan di rumah-rumah (Ibadah Hari Minggu, Ibadah Keluarga, Ibadah

Dihimbau kepada seluruh Warga Jemaat GPIB Bukit Sion Balikpapan yang melaksanakan Ibadah- Ibadah yang dilakukan di rumah-rumah (Ibadah Hari Minggu, Ibadah Keluarga,

Dihimbau kepada seluruh Warga Jemaat GPIB Bukit Sion Balikpapan yang melaksanakan Ibadah-Ibadah yang dilakukan di rumah-rumah (Ibadah Hari Minggu, Ibadah Keluarga, Ibadah

1) Sistem pemesanan barang secara online ini adalah solusi bagi konsumen Retro Advertising Palopo dalam memberikan layanan kepada pelanggan melalui dunia

Dekomposis proses Sistem Informasi Alumni Teknik Industri UMS terdiri atas 7 proses yaitu registrasi, post, komentar, agenda, forum, galeri dan kuesioner. Untuk keterangan

Pendidikan ibadah dalam keluarga mencakup semua ibadah, baik ibadah khusus yang hubungannya dengan Allah (salat, puasa, zakat, haji) maupun ibadah umum yang