• Tidak ada hasil yang ditemukan

ULASAN DAN PENILAIAN DISERTASI p1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ULASAN DAN PENILAIAN DISERTASI p1"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1 ULASAN DAN PENILAIAN DISERTASI TAFSIR AL-QUR’AN OLEH ORIENTALIS : KAJIAN TERHADAP THE KORAN TRANSLATED WITH A CRITICAL RE-ARRANGEMENT OF THE SURAHS

OLEH RICHARD BELL ( MOHD ZULFAHMI BIN MOHAMAD - 2011 )

Oleh :

Shaafiqah binti Idris ( IGB 110051 )

Abstrak

Penyelidikan yang telah dihasilkan oleh para mahasiswa di peringkat Ijazah

Doktor Falsafah mahupun peringkat Sarjana Usuluddin yang dikendalikan

oleh Ijazah Tinggi di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya memerlukan

kepada gerakan transformasi ke arah melahirkan penyelidikan bermutu yang

akan memberikan suatu sumbangan baru ke arah dunia akademik khususnya

dan kepada seluruh masyarakat amnya. Gerakan transformasi dalam hal ini

adalah meliputi empat kriteria berikut iaitu originaliti dalam penghasilan

sesuatu disertasi, memiliki metodologi kajian atau penyelidikan yang jelas,

mempunyai suatu penganalisisan data yang ‘baru’ dan penghasilan data yang

baru dari aspek sumbangannya terhadap dunia ilmu, ummah dan

kemanusiaan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian penulis melalui

artikel ini adalah membuat penilaian dan menganalisis sebuah karya disertasi

Sarjana Usuluddin tahun 2011 yang ditulis oleh Mohd Zulfahmi bin Mohamad

iaitu Tafsir al-Qur’an oleh Orientalis : Kajian terhadap The Koran Translated

With a Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh Richard Bell, dan melihat

sejauh mana disertasi ini mampu memenuhi empat kriteria transformasi

penyelidikan tersebut. Untuk mencapai objektif ini, penulis menggunakan

kaedah kualitatif atau kajian teks dalam menemukan data-data ketika penulis

membuat penilaian dan ulasan terhadap disertasi ini. Hasilan kajian menemui,

bahawa disertasi ini telah mampu memenuhi empat kriteria yang digariskan

sebagai transformasi penyelidikan di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis dan ia

nya wajar diteruskan di masa-masa akan datang dalam penghasilan

penyelidikan yang berkesan sekali gus memberi sumbangan kepada dunia

(2)

2 1.0 Pendahuluan

Menjadi pra-syarat kepada calon Ijazah Tinggi sama ada Sarjana Usuluddin atau Syariah,

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya secara Kursus dan Disertasi untuk melakukan

penyelidikan yang membawa penghasilan sebuah disertasi pada bahagian kedua setelah calon

menyempurnakan bahagian satu yang melibatkan subjek-subjek yang telah ditetapkan.1 Untuk

menghasilkan sebuah disertasi yang berjaya, calon perlu mengambil kira pelbagai aspek daripada

penentuan bidang kajian, topik, data-data yang mudah diperoleh untuk dianalisis sehinggalah

penghasilan disertasi yang dapat memberikan sumbangan kepada dunia akademik dan

kemasyarakatan. Dalam menghasilkan sebuah disertasi yang ‘baru’, sudah tentu tidak boleh

berada di takuk yang lama malah sentiasa memerlukan kepada transformasi daripada satu masa ke

satu masa agar ia nya berterusan menghasilkan sumbangan yang baru.

Sehubungan dengan itu, penulis akan cuba menyelami perkara ini dan membuat penilaian

serta ulasan terhadap sebuah disertasi di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis dalam melihat sejauh

mana disertasi ini memenuhi perkara-perkara tersebut untuk membina transformasi yang

mempunyai objektif yang mantap, berkesan sekali gus dapat memartabatkan Pengajian Islam di

Malaysia. Dalam mengulas disertasi ini, penulis akan berpandukan kepada empat kriteria yang

akan ditransformasikan dalam sesuatu penyelidikan tesis ataupun disertasi khususnya di Jabatan

Al-Qur’an dan Al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Empat perkara tersebut

adalah penentuan topik kajian atau penyelidikan yang mempunyai originaliti tersendiri,

mempunyai metodologi kajian dan pengaplikasian kaedah kualitatif atau kuantitatif yang jelas,

melaksanakan analisis data berautoriti yang bersifat ‘baru’ dan menyumbangkan pengetahuan

serta dapatan bersifat ‘baru’ kepada teori ilmu dan kemasyarakatan.2

1

PDF Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Islam Universiti Malaya Sesi 2011/2012 (2011), h.65

2 Ishak bin Suliaman (2011), Transformasi Penyelidikan Ijazah Tinggi Dalam Pengajian Hadith : Pengalaman dan

(3)

3 2.0 Pengenalan disertasi

Disertasi yang menjadi pilihan penulis untuk dianalisis dan dibuat ulasan adalah sebuah disertasi

yang dihasilkan oleh pelajar Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Qur’an dan Al- Hadis, Mohd Zulfahmi

bin Mohamad ( No. Matrik : IGB 070002 ) yang bertajuk Tafsir al-Quran oleh Orientalis :

Kajian Terhadap The Koran Translated With A Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh

Richard Bell. Disertasi ini merupakan syarat wajib yang perlu dikemukakan oleh pelajar sebagai

memenuhi keperluan bagi Ijazah Sarjana Usuluddin ( mode kursus dan disertasi ) kepada bahagian

Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Disertasi ini telah diluluskan pada

tahun 2011 atas seliaan Profesor Dato’ Dr. Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff, selaku pensyarah di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Penyelidikan yang dilaksanakan dalam penghasilan disertasi ini adalah berbentuk kajian

kualitatif atau kajian perpustakaan yang sebahagian besarnya adalah merujuk kepada data bertulis

sama ada tesis, disertasi, prosiding seminar, artikel jurnal dan sebagainya. Selain itu, beliau turut

menemu bual melalui email untuk mendapatkan data berkenaan latar belakang dan biografi

Richard Bell daripada dua orang pensyarah iaitu Profesor Andrew Rippin daripada University of

Victoria di British Colombia dan Dr. Christian Lange daripada University of Edinburgh di

Scotland. Manakala, metodologi kajian yang beliau gunakan sebagai dasar panduan dalam

penghasilan tesis ini adalah metode penentuan subjek, metode pengumpulan data ( historis dan

dokumentasi ), metode induktif dan metode deduktif yang mana penulis akan membuat ulasan

semula pada bahagian berikutnya dalam artikel ini.

Manakala skop kajian disertasi ini ialah beliau akan membongkar hakikat Orientalisme,

khususnya dalam Pengajian al-Qur’an termasuk bidang Tafsir al-Qur’an. Skop kajian yang

dijalankan adalah berkisar mengenai sejarah penubuhan orientalis dan perkembangannya termasuk

sejarah kajian mereka terhadap al-Qur’an, latar belakang Richard Bell, pengenalan karya tafsir dan

terjemahannya ‘The Koran’, metodologi pentafsiran ‘The Koran’, serta analisis kritis terhadap

teori dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Richard Bell dalam kajiannya terhadap al-Qur’an.3

(4)

4

Disertasi ini dibahagikan kepada lima bab utama iaitu bab pertama sebagai pendahuluan

yang membicarakan metodologi kajian, permasalahan kajian, sorotan literatur, kepentingan, skop,

objektif kajian dan sistematika penulisan. Bab kedua membincangkan mengenai sejarah

penubuhan orientalis dan perkembangannya bermula pada abad 15 Masihi hingga abad 20 Masihi.

Pada bab ini juga, dibicarakan secara rencam mengenai perkembangan dan peranan golongan

orientalis dalam Pengajian al-Qur’an dan Tafsir yang bermula pada abad 16 Masihi sehingga abad

20 Masihi. Pada bab ketiga pula, disertasi ini memperkenalkan biografi seorang tokoh orientalis

Richard Bell yang menghasilkan karya tafsir dan terjemahan iaitu The Koran Translated With A

Critical Re-Arrangement of The Surahs. Selain itu, bab ini memberi tumpuan terhadap metodologi

pentafsiran yang terkandung dalam karya Richard Bell. Manakala dalam bab yang keempat,

pengarang disertasi telah melakukan analisis dan kritikan yang tuntas terhadap

permasalahan-permasalahan menyeleweng yang terdapat dalam karya Richard Bell selain tidak meninggalkan

perbahasan mengenai kelebihan karya ini yang boleh dimanfaatkan kepada Pengajian Al-Qur’an.

Pada bab yang terakhir, pengarang disertasi membuat rumusan am serta penilaian terhadap karya

‘The Koran’ dan cadangan kepada pelbagai pihak khususnya di Malaysia.

3.0 Keperluan transformasi penyelidikan di Ijazah Tinggi, APIUM

Penyelidikan di peringkat Ijazah Tinggi di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

memerlukan kepada transformasi khususnya dari aspek topik, metodologi, analisis dan dapatan

kajian serta proses pembentukan sarjana yang unggul dan sebagai qudwah dalam menghadapi era

cabaran globalisasi kini. Gagasan transformasi penyelidikan ini khususnya melalui pengalaman

seliaan ke atas tesis dan disertasi pascasiswazah di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis, Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya telah dicetuskan ideanya oleh Profesor Madya Dr. Ishak bin

Suliaman dan cetusan ini telah dibentangkan melalui prosiding seminarnya yang menumpukan

aspek Pengajian Hadis bertajuk Transformasi Penyelidikan Ijazah Tinggi Dalam Pengajian Hadis :

Pengalaman dan Cabaran di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, APIUM. Prosiding Seminar ini

telah dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah : Realiti dan Cabaran Semasa

pada 12 hingga 13 Julai 2011 yang lalu bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Antara perkara-perkara penting yang digariskan dalam prosiding ini ialah realiti

pengalaman di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis dalam mengurus selia tesis dan disertasi calon

(5)

5

tesis tahun ( 1999 hingga 2009 ) dan disertasi tahun ( 1996 hingga 2010 ) yang telah diluluskan

berserta nama penyelia masing-masing. Melalui perkara ini, Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis

sedang melakukan transformasi ilmiah secara berperingkat dalam jangka masa 11 tahun bagi

Ijazah Doktor Falsafah dan 14 tahun bagi Ijazah Sarjana dan akan melihat sejauh mana

transformasi ini akan dibawa dan bagaimana pula cabarannya.4 Pada bahagian terakhir prosiding

seminar ini, Profesor Madya Dr. Ishak bin Suliaman membentangkan suasana cabaran

transformasi penyelidikan Ijazah Tinggi dalam Pengajian Hadith yang bersifat teknikal dan prinsip

bagi mencapai objektif atau kriteria transformasi yang telah beliau gariskan. Harapan beliau, telah

tiba masa bagi penyelidikan Ijazah Tinggi mengorak langkah dalam memberi perhatian kepada

pengurusan setiap jabatan di APIUM dan aspek penyeliaan yang wajar ditransformasikan

mengikut kriteria-kriteria yang telah beliau gariskan.5

4.0 Analisis empat kriteria transformasi penyelidikan

Dalam artikel ini, penulis telah memilih disertasi saudara Mohd Zulfahmi bin Mohamad

yang bertajuk The Koran Translated With a Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh Richard

Bell ( Disertasi ini telah diluluskan pada tahun 2011 di bawah bidang Pengajian Al-Qur’an) dan

penulis akan membuat ulasan dan penilaian berdasarkan empat kriteria transformasi penyelidikan

yang berikut :

4.1 Originaliti topik

Dalam menentukan sesuatu topik kajian atau penyelidikan, pengkaji perlu berfikir, merancang dan

memilih suatu topik kajian yang mempunyai originaliti supaya topik yang dikemukakan itu

benar-benar merupakan topik yang bersifat matang dan global sebagai sebuah elemen penting dalam

penghasilan sebuah disertasi yang dinamik dan dapat memberikan sumbangan yang baru kepada

dunia akademik.6 Tindakan awal bagi sesuatu penghasilan disertasi di peringkat Sarjana mahupun

tesis di peringkat Ijazah Doktor Falsafah haruslah membuat sorotan perpustakaan7 terlebih dahulu

4

Ishak bin Suliaman (2011), op.cit., h. 582 5 Ibid., h. 597

6 Ibid., h.580 7

(6)

6

dalam melihat sejauh mana topik penyelidikan yang ditetapkan itu telah dilakukan kajian atau pun

tidak. Jika banyak kajian lepas yang dilakukan ke atas fenomena tertentu dan kesemuanya

mempunyai pandangan dan persetujuan yang sama, perkara ini adalah tidak wajar dan merugikan.8

Jika masih berlaku, keadaan ini sudah tentu menjejaskan keoriginalitian sesebuah disertasi yang

dihasilkan.

Dalam meneliti disertasi ini, pada bahagian sorotan perpustakaan, penulis mendapati

saudara Mohd Zulfahmi telah menyenaraikan bahan-bahan kajian yang pernah dijalankan kepada

empat bahagian iaitu yang pertama, bahan-bahan kajian lepas yang mengandungi perbahasan

secara umum, kedua, kajian-kajian lepas dalam bentuk artikel jurnal dan prosiding seminar,

ketiga, kajian lepas dalam bentuk tesis, disertasi serta latihan ilmiah dan keempat

kajian-kajian lepas yang membahaskan secara khusus mengenai perspektif dan metodologi golongan

Orientalis dalam pengkajian terhadap al-Qur’an.9

Pada bahagian pertama, beliau telah menyenaraikan banyak kajian merangkumi buku-buku

yang perbincangannya menjurus kepada orientalis dalam bentuk perbahasan yang umum seperti

sejarah orientalis, motif golongan tersebut, penyelewengan yang dilakukan oleh mereka dan

sedikit penerangan berkenaan tokoh-tokoh orientalis.10 Kemudian, pada bahagian kedua beliau

telah menemui bahan-bahan kajian lepas dalam bentuk artikel jurnal dan prosiding seminar.

Prosiding seminar yang disenaraikan bertajuk Dogma-dogma dan Bahaya Orientalis dalam

Pengkajian al-Qur’an : Pandangan-pandangan Orientalis Mengenai al-Qur’an yang ditulis oleh

Amini Amir Abdullah. Hasil penelitian, prosiding seminar ini hanya menjurus secara ringkas

berkenaan risiko golongan orientalis dalam pengkajian mereka terhadap al-Qur’an. Prosiding

seminar yang kedua ialah Undang-undang Islam dan Orientalis oleh Abdul Monir Yaacob yang

hanya memfokuskan perbincangannya dari aspek undang-undang sahaja. Beliau juga

menyenaraikan satu artikel jurnal yang ditulis oleh Mohd Muhiden Abd Rahman bertajuk

Pandangan Orientalis Terhadap al-Hadis dan Jawapannya dari Perspektif Islam yang mana

perbahasan dalam artikel ini berlegar dalam konteks hadis.11

8

Ibid., h.36

9 Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), op.cit., h.9 10 Ibid., h.10

(7)

7

Dalam pembahagian ketiga, beliau menyenaraikan kajian-kajian lepas yang berbentuk

tesis, disertasi dan latihan ilmiah. Antaranya ialah Orientalis dalam Pengajian Tafsir : Kajian Ignez

Goldziher yang ditulis oleh saudari Noorhayati Mohd Noor. Disertasi ini membahaskan

pembabitan orientalis dalam bidang tafsir dan seorang tokoh orientalis iaitu Ignez Goldziher

menjadi tumpuan kajiannya yang utama. Beliau juga turut menyenaraikan empat latihan ilmiah

yang membincangkan berkenaan orientalis dalam skop yang kecil.12 Kemudian, pada bahagian

terakhir, beliau menyenaraikan bahan-bahan yang membahaskan mengenai orientalis dalam

menyentuh al-Qur’an al-Karim itu sebagai subjek kajian. Dalam erti kata lain, kajian-kajian yang

menyentuh berkenaan perspektif dan metodologi mereka terhadap al-Qur’an.13

Saudara Mohd Zulfahmi telah memberi kesimpulan bahawa kajian khusus mengenai karya

tafsir orientalis jarang diperkatakan dan dilakukan penyelidikan. Kebanyakan karya atau kajian

hanya menyentuh persoalan umum mengenai mereka seperti ancaman, pemikiran, penyelewengan

dan asal-usul golongan tersebut. Atas kesedaran ini, beliau telah menegaskan perlunya ada suatu

usaha pengkajian terhadap orientalis berbentuk kajian terhadap karya-karya yang dihasilkan oleh

mereka.14

Berdasarkan pada penelitian penulis terhadap disertasi ini dengan berpandukan kepada

sorotan perpustakaan yang beliau lakukan serta semakan semula penulis, ada beberapa kajian

lepas yang tidak beliau senaraikan antaranya ialah disertasi yang bertajuk Orientalis dan Kajian

Sanad : Analisis pendapat G.H.A Juynboll oleh Muna Arif Chasanul dan tesis yang bertajuk

Pandangan Orientalis terhadap Khalifah Uthman bin ‘Affan r.a : Satu Kajian Analisis Kritik oleh

Ayman Ahmad Husein Al-‘Uqbi. Walau bagaimanapun, jelas bahawa kajian-kajian ini

menumpukan kepada aspek yang lain dan tidak menjejaskan originaliti topik kajian saudara

Zulfahmi, iaitu menjadikan sebuah karya tafsir berjudul The Koran Translated With A Critical

Re-Arrangement of The Surahs yang dihasilkan oleh tokoh orientalis bernama Richard Bell.

Memandangkan kajian-kajian lepas tidak memfokuskan secara mendalam terhadap karya ini

khususnya dalam aspek metodologinya dan ancamannya terhadap pengajian Tafsir, saudara Mohd

Zulfahmi telah menjadikan karya ini sebagai disertasi beliau dan menjelaskan kepelbagaian

(8)

8

maklumat berkenaan karya ini sekali gus memberi kekuatan kepada beliau dalam membuktikan

bahawa disertasi ini mempunyai aspek originaliti beliau yang tersendiri.

4.2 Metodologi kajian yang jelas

Metodologi adalah dirujuk sebagai kaedah yang saintifik untuk huraian pendekatan dan kaedah

yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan. Metodologi amat penting kerana ia menentukan

keberkesanan dan kejelasan kajian melalui cara kerja untuk memahami dan mengkaji objek atau

perkara yang menjadi sasaran kajian. Sesuatu kajian ilmiah akan bertambah tinggi kualitinya

apabila metodologi yang digunakan bertepatan dan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih dan

tujuan sesuatu kajian itu dijalankan.15

Dalam disertasi yang ditulis oleh saudara Mohd Zulfahmi, beliau telah mengaplikasikan

empat metodologi penyelidikan yang penting sebagai dasar beliau dalam penghasilan disertasi.

Empat metodologi tersebut ialah metode penentuan subjek, metode pengumpulan data ( kaedah

historis dan kaedah dokumentasi), metode induktif dan metode deduktif.16 Dalam penjelasan

mengenai pengaplikasian metodologi kajian yang terdapat pada bahagian pendahuluan disertasi,

saudara Zulfahmi ada menjelaskan secara umum setiap metodologi yang beliau gunakan berkaitan

perkara yang dikaji. Namun pada dua metodologi terakhir, beliau tidak menjelaskannya melainkan

hanya menyebut bab kajian yang menggunakan metodologi tersebut.

Dalam metodologi kajian pertama iaitu metode penentuan subjek, dasar utama beliau

dalam menentukan topik atau subjek kajian adalah ingin melihat prinsip dan kecenderungan

golongan orientalis dalam dunia pentafsiran al-Qur’an. Melalui hasrat ini, beliau telah menentukan

subjek kajian disertasi kepada karya seorang tokoh orientalis iaitu Richard Bell yang berjudul The

Koran Translated With A Critical Re-Arrangement of The Surahs. Melalui metode yang kedua

iaitu metode pengumpulan data, disertasi ini telah mengaplikasikan dua kaedah pengumpulan data

iaitu kaedah historis dan kaedah dokumentasi. Kaedah historis bererti terdapatnya pendapat yang

tepat mengenai sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku. Kaedah ini telah diaplikasikan oleh

beliau ketika membahaskan mengenai sejarah kemunculan orientalis dan latar belakang Richard

Bell yang beliau peroleh daripada bahan-bahan bacaan yang beliau temui dalam bentuk

(9)

9

penghuraian yang jelas dan mendalam. Pada kaedah dokumentasi, huraian-huraian yang

dikemukakan banyak diperoleh melalui buku, tesis, disertasi, kertas kerja seminar, artikel jurnal

dan rujukan terhadap laman web yang berautoriti seperti al-waqfeya.com, alukah.net dan

al-maktabeh.com.

Pada metode induktif17, beliau mengaplikasikannya pada bab yang kedua di mana

golongan orientalis akan dibincangkan dari aspek sejarah, perkembangan dan lain-lain. Pada

metode keempat pula iaitu metode deduktif18, beliau mengaplikasikannya dalam bab keempat

dalam membuat penganalisisan data yang beliau peroleh dengan meletakkan sebuah teori untuk

menjelaskan pemerhatian yang beliau lihat. Contohnya pada bab ini beliau meletakkan teori

analisis dan kritikan terhadap permasalahan penyelewengan yang berlaku dalam karya tafsir dan

terjemahan Richard Bell.

Berdasarkan metodologi-metodologi penyelidikan yang digunakan dalam disertasi ini, dapat

dilihat dengan jelas bahawa disertasi ini menjurus kajiannya dalam bentuk penyelidikan kualitatif

atau disebut sebagai penyelidikan bukan eksperimental ataupun penyelidikan perpustakaan.

Kaedah-kaedah yang biasanya digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.19

Dalam memperoleh data atau bahan untuk dimuatkan dalam disertasi, beliau tidak hanya

menganalisis data yang berbentuk dokumen atau disebut sebagai data-data bertulis. Namun, beliau

turut menemu bual dua orang pensyarah iaitu Profesor Andrew Rippin daripada University of

Victoria di British Colombia dan Dr. Christian Lange daripada University of Edinburgh di

Scotland melalui email untuk memperoleh data berkenaan latar belakang Richard Bell dan

beberapa maklumat penting untuk disertakan dalam disertasi ini.20 Jawapan temu bual kedua-dua

pensyarah ini melalui email, telah disertakan dalam disertasi pada bahagian lampiran disertasi.

17 Metode induktif : Penyelidikan bermula dengan satu set dapatan kajian atau hasil kajian daripada sesebuah

penyelidikan dan kemudian berusaha untuk mewujudkan satu penjelasan teoritikal daripada hasil tersebut. Lihat : Sabitha Marican (2005), Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Selangor : Prentice Hall, h.18

18 Metode deduktif : Penyelidik memulakan proses kajian dengan sesuatu teori untuk menjelaskan sesuatu

pemerhatian. Kemudian, akan membentuk strategi penyelidikan dan mengumpul data untuk menguji teori tersebut. Lihat : Ibid., h.19

19 Mok Soon Sang (2009), op.cit., h.42

(10)

10

Selain itu, dari sudut metodologi penulisan ( aspek teknikal ) berdasarkan penilaian,

penulis mendapati bahawa beliau amat berhati-hati dalam pengambilan sesuatu data dan tidak

meninggalkan nota kaki iaitu rujukan yang beliau ambil. Ini membuktikan bahawa beliau

mengelakkan plagiarisme dalam pengkajian dan membuktikan bahawa beliau jelas memahami

kejujuran dalam ilmu.

4.3 Analisis data yang bersifat ‘baru’

Setelah melalui proses penentuan topik kajian atau penyelidikan yang mempunyai originaliti

sebagai suatu sumbangan baru terhadap dunia akademik dan penentuan metodologi penyelidikan

yang akan dijalankan terhadap disertasi yang dihasilkan, perkara penting seterusnya yang menjadi

nadi transformasi sesebuah kajian akademik adalah perlunya para pengkaji melakukan

penganalisisan data secara betul, tepat, berautoriti dan menampakkan sumbangan analisis terhadap

data mahupun fakta yang bersifat ‘baru’.21 Dalam melakukan analisis, para pengkaji perlu

meluaskan pemikiran dan sentiasa menambahkan pengetahuan khususnya dalam bidang atau topik

yang dikaji dan sentiasa menilai sejauh mana segala data ataupun bahan yang diperoleh itu

benar-benar berautoriti dan absah untuk dianalisis sebagai data yang tepat dan menjadikannya sebagai

maklumat dalam disertasi.

Melalui disertasi saudara Mohd Zulfahmi yang menjadi sampel penulis untuk dinilai dan

dibuat ulasan, penulis cuba memahami dan telah mendapati bahawa beliau telah memperoleh dan

menganalisis data-data yang berautoriti dan melakukan komentar semula terhadap sesuatu data

yang beliau paparkan. Penulis menilai bahawa kaedah menganalisis data dan mengeluarkan

komentar peribadi banyak terkandung pada bab ketiga dan keempat yang menumpukan

perbahasannya kepada pengarang ‘The Koran’ iaitu Richard Bell dan kajiannya terhadap

al-Qur’an dengan menghasilkan karya tafsir nya yang tersendiri. Contoh pada bab ketiga yang ingin penulis jelaskan di sini ialah ketika saudara Zulfahmi membahaskan mengenai teori Written

Document22 iaitu salah satu teori yang menjadi pegangan pemikiran Richard Bell dalam

menghasilkan ‘The Koran’, beliau telah mengeluarkan pandangan dan persepsi beliau dalam

21 Ishak bin Suliaman (2011), op.cit., h.580 22

(11)

11

memahami teori ini bahawa teori ini harus ditolak kerana secara terang-terangan Richard Bell

telah melakukan pembohongan dan bersifat fitnah terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam

secara umumnya. Richard Bell telah mendakwa bahawa Zaid bin Thabit serta rakan-rakannya

pada zaman pemerintahan Sayidina Uthman bin ‘Affan tidak tahu menyusun al-Qur’an dan mereka

sekadar menyusun al-Qur’an mengikut nafsu dan akal sahaja.23

Pada bab keempat, beliau telah mengkhususkan dua aspek perbincangan dengan

melakukan analisis dan kritikan terhadap permasalahan yang diungkapkan oleh Richard Bell

dalam ‘The Koran Translated With a Critical Re-arrangement of the Surahs’. Pada bab ini, beliau

telah mengemukakan pelbagai isu dan permasalahan yang ditimbulkan oleh Richard Bell iaitu

berkenaan penyusunan al-Qur’an, teori Makkiah dan Madaniah, ayat al-Qur’an dan

penomborannya, isu-isu linguistik al-Qur’an, isu bahasa celupan, isu asonansi dan rima al-Qur’an,

isu-isu Bible serta al-Qur’an dan konsep wahyu.24 Pada akhir bab ini, beliau telah mengemukakan

kritikan umum sebagai komentar beliau terhadap isu-isu yang ditimbulkan oleh Richard Bell

terhadap tafsir al-Qur’an. Kritikan-kritikan beliau adalah seperti sikap berat sebelah Richard Bell

terhadap sumber-sumber autoriti Islam, kesilapan ketika mentafsir al-Qur’an, kesalahan

terjemahan yang nyata menyalahi makna sebenar, Richard Bell tidak mengetahui makna-makna

tertentu dalam al-Qur’an, penafian fakta yang thabit dalam al-Qur’an, keterlaluan dalam

menyokong prinsipnya terhadap Kristian dan beberapa kritikan yang lain.25

Salah satu contoh yang penulis boleh bawakan di sini berkaitan analisis beliau terhadap

data yang ditampilkan seperti pandangan Richard Bell terhadap perbincangan malam Laylah

al-Qadr dalam Surah al-Qadr, Richard Bell mengatakan idea malam ini tidak dapat diterangkan.

Richard Bell telah berpendapat bahawa kemungkinan malam tersebut berasal daripada pengolahan

idea Eve of Navity iaitu malam perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Isa a.s. Saudara Zulfahmi

mengeluarkan analisa dan komentarnya bahawa Richard Bell telah mengamalkan sikap berat

sebelah kerana pernyataannya bercanggah dengan fakta sejarah. Sikap Richard Bell yang gemar

mendahulukan sentimen berbanding fakta menyebabkannya meninggalkan rujukan utama Islam

(12)

12

iaitu al-Qur’an dan al-Hadis serta menimbulkan kekeliruan dalam menemukan tafsiran yang

sahih.26

4.4 Hasilan data yang bersifat ‘baru’

Dalam menghasilkan suatu penyelidikan tesis atau disertasi yang berkualiti sekali gus mencapai

merit bagi peringkat Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana di Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya, ia perlu memenuhi kriteria terakhir iaitu penghasilan data yang bersifat ‘baru’ dan dapat

menyumbangkan sesuatu yang ‘baru’ terhadap teori ilmu.27 Segala data dan bahan-bahan yang mengandungi maklumat sesuatu penyelidikan tersebut perlulah dibuktikan bahawa ia nya

berkualiti, berautoriti dan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi di sisi pembaca untuk

diterapkan sebagai pengetahuan bersifat ilmiah dan menjadikannya sebagai rujukan serta panduan

kepada dunia ilmu, ummah dan kemanusiaan. Atas tujuan inilah, perlunya para pengkaji memiliki

sikap bersungguh-sungguh dan niat yang betul dalam melakukan penyelidikan dan tidak hanya

bersikap melepaskan batuk di tangga. Sesuatu kajian yang dilaksanakan dengan baik dan teratur

sudah tentu akan menghasilkan sesuatu yang baik di akhir kajian. Manfaat yang diperoleh tidak

hanya memberi kelebihan kepada diri pengkaji malahan kepada ummah keseluruhannya.

Berbalik kepada ulasan penulis terhadap disertasi saudara Zulfahmi yang bertajuk Tafsir

al-Quran oleh Orientalis : Kajian Terhadap The Koran Translated With A Critical

Re-Arrangement of The Surahs oleh Richard Bell, penulis berani menegaskan bahawa disertasi ini

begitu memberikan suatu hasilan dan sumbangan yang bersifat ‘baru’ kepada dunia akademik khususnya dalam lapangan penyelidikan. Melihat kepada objektif beliau dalam penghasilan

disertasi ini, beliau telah menyenaraikan empat objektif iaitu mengenal pasti sejarah dan

penglibatan orientalis dalam pentafsiran al-Qur’an, mengenal pasti metode yang digunakan oleh

pengarang ‘The Koran’ sama ada dari sudut penyusunan, syarahan teks dan rujukan pengarang,

menganalisis pemikiran dan persepsi pengarang terhadap al-Qur’an dan mengesan penyelewengan

yang berlaku dalam karya ini.28 Atas komentar penulis, disertasi ini telah berjaya mencapai

keseluruhan objektif yang digariskan sekali gus hasilannya merupakan dapatan dan sumbangan

yang baru kepada teori ilmu.

26 Ibid., h.224

27 Ishak bin Suliaman (2011), op.cit., h. 580

(13)

13

Penulis ingin membawakan beberapa contoh berkenaan dapatan bersifat ‘baru’ dalam

disertasi ini. Antaranya yang pertama, beliau telah menemui kelebihan karya Richard Bell ini yang

boleh dimanfaatkan dan diimplementasikan dalam metode tafsir kontemporari iaitu Richard Bell

telah menerapkan penulisan gaya Eropah seperti beberapa kalimah al-Qur’an akan dilakukan

statistik untuk memudahkan pengkaji membuat tinjauan terhadap karyanya. Richard Bell turut

meletakkan kalimah-kalimah tertentu dalam senarai seperti kalimah-kalimah Arab dan ganjil yang

sukar diterjemahkan. Senarai perkataan terbabit dijelaskan pada halaman yang telah dikhabarkan.

Selain itu, antara kelebihan karya ini yang boleh dimanfaati, Richard Bell telah meletakkan sub

topik perbincangan dalam senarai berserta nombor halaman. Dalam karya ini juga, Richard Bell

turut mengulas perumpamaan dalam al-Qur’an dan Bible. Sekali gus membuktikan agungnya al

-Qur’an yang sememangnya mengandungi mukjizat pemberian Allah s.w.t. kepada Rasul-Nya.29 Dari sini penulis menilai bahawa saudara Zulfahmi tidak melihat kepada satu sisi sahaja iaitu

penyelewengan dan kebobrokan yang terang nyata pada karya ‘The Koran’ namun beliau turut melihat pada sisi sebaliknya iaitu kelebihan karya ini dalam memberi impak positif kepada medan

pengajian al-Qur’an khususnya dalam bidang tafsir.

Selain itu, penulis turut menilai sebagai dapatan baru yang ditemui, beliau membuat

kesimpulan sekali gus memberi peringatan kepada cendekiawan Islam dan masyarakat Islam

khususnya di Malaysia, perlu menyedari dan memikirkan implikasi negatif sekiranya metode

karya ‘The Koran’ oleh Richard Bell ini diaplikasikan dalam pentafsiran al-Qur’an. Implikasi

negatif tersebut ialah pengajian al-Qur’an menjadi subjektif30 dan spekulatif31, akan mewujudkan

gejala anakronisme32 dalam al-Qur’an dan mengundang prejudis33 terhadap al-Qur’an, (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.1529

31 Spekulatif : Dengan pemikiran semata-mata, secara teori, bersifat spekulasi (tidak berasaskan fakta-fakta). Lihat :

Ibid.,h.1521

32 Anakronisme : Seseorang (sesuatu) yang ketinggalan zaman, kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh,

tempat dan lain-lain pada zaman yang sebenarnya. Lihat : Ibid., h.51 33

Prejudis : Rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Lihat : Ibid., h.1230

(14)

14

kepada cendekiawan Islam di Malaysia kerana pengkajian terhadap karya-karya golongan

orientalis khususnya dalam bidang al-Qur’an di Malaysia masih di tahap rendah dan jarang

diperdebatkan.

Atas komentar penulis sendiri, disertasi ini benar-benar mendatangkan suatu sumbangan

dan hasil dapatan yang bersifat baru dengan melihat kepada ketekunan dan penjelasan yang tuntas

kepada sesuatu permasalahan yang timbul berkaitan karya Richard Bell ini. Disertasi ini telah

mencapai tujuannya iaitu melihat sejauh mana penglibatan orientalis dalam kajian al-Qur’an.

Kebanyakan daripada mereka melakukan kajian terhadap al-Qur’an dengan niat untuk melakukan

penyelewengan dan menjatuhkan agama Islam. Sebagaimana Richard Bell telah menimbulkan

pandangan-pandangan menyeleweng seperti isu integriti Nabi Muhammad ketika hayatnya serta

isu mukjizat Nabi Muhammad dan al-Qur’an. Fakta-fakta yang benar telah diputarbelitkan oleh

Richard Bell, timbulnya penipuan-penipuan terhadap agama Islam, Rasulullah s.a.w. dan ummah

nya. Perkara ini tidak dapat diterima dan umat Islam perlu berwaspada dan berhati-hati untuk

mempertahankan aqidah Islam yang mulia.36

5.0 Saranan dan kesimpulan

Pada pandangan penulis secara keseluruhannya, disertasi ini telah memenuhi empat kriteria

transformasi yang telah penulis nyatakan di awal penulisan artikel ini. Penulis meletakkan 90 %

kejayaan beliau dalam memenuhi empat kriteria transformasi penyelidikan ini terhadap

penghasilan disertasi beliau di atas usaha beliau yang gigih dalam mendapatkan segala data dan

maklumat kajian serta membuat penganalisisan dan kritikan terhadap karya Richard Bell ini sekali

gus berada di hadapan sebagai suatu sumbangan baru terhadap teori ilmu. Justeru itu, empat

kriteria yang menjadi nadi transformasi ini amat wajar diteruskan pada masa hadapan dalam

memenuhi kehendak zaman dan mendepani cabaran di arena global. Untuk melaksanakannya, ia

amat memerlukan kepada komitmen daripada semua pihak sama ada penyelidik sendiri, penyelia

terhadap tesis atau disertasi yang akan dihasilkan dan pihak yang mengendalikannya iaitu Ijazah

Tinggi khususnya di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadis.

(15)

15 BIBLIOGRAFI

Mohd Zulfahmi bin Mohamad (2011), Tafsir al-Qur’an Oleh Orientalis : Kajian Terhadap The

Koran Translated With a Critical Re-Arrangement of The Surahs oleh Richard Bell.

(Disertasi Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya)

Ishak bin Suliaman (2011), Transformasi Penyelidikan Ijazah Tinggi Dalam Pengajian Hadith :

Pengalaman dan Cabaran di Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, APIUM ( Seminar

Antarabangsa Sunnah Nabawiah : Realiti dan Cabaran Semasa 12-13 Julai 2011) Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya

PDF Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Islam Universiti Malaya Sesi 2011/2012 (2011)

Mok Soon Sang (2009), Literatur dan Kaedah Penyelidikan, Selangor : Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd

Sabitha Marican (2005), Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Selangor : Prentice Hall

Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan, Malaysia : Mac Graw Hill Education

Hajah Noresah Baharom (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Referensi

Dokumen terkait

Pada bab ini, tim peneliti akan memetakan kajian al- Qur’an dari ketiga perguruan tinggi Islam tersebut sesuai dengan tema yang telah ditentukan, yaitu disertasi yang

Kajian ini dilakukan di kawasan Sipitang - Merapok adalah secara berperingkat yang merangkumi kajian awal, kajian lapangan, kajian makmal, analisis data, dan penulisan disertasi

Penulis menyatakan Malaysia tidak mempunyai satu jangka masa yang jelas dalam proses pengembangan dan pelaksanaan sesuatu kurikulum.. Terdapat juga pertindihan dalam

Pada amnya semua universiti yang terlibat dalam kajian ini mempunyai pusat atau unit berstruktur yang mempunyai entiti sendiri untuk mengendalikan program penyelidikan dan

Pada dasarnya setiap ilmu mempunyai dua macam obyek yaitu obyek material dan obyek formal. Obyek material adalah sesuatu yang dijadikan sasaran penyelidikan,

Kajian untuk penggunaan lavender secara oral juga dilakukan, namun penyelidikan ini masih boleh diperbahaskan, melainkan data diperolehi dari tempoh kajian yang lebih panjang..

Kriteria penerimaan yang diterhadkan dalam pangkalan data adalah tahun penerbitan, jenis penerbitan, bahasa, metodologi kajian, lokasi kajian dan skop kajian iatu yang berkaitan dengan

Ketokohan Abū Ayyūb al-Anṣārī RA dan sumbangannya dalam periwayatan hadith dibahaskan oleh Murina Mustafa 1990 dalam disertasi sarjana di Universiti Malaya yang bertajuk “Satu kajian