• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kritikan artikel cabaran dan isu dalam p

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kritikan artikel cabaran dan isu dalam p"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Kritikan artikel : 1.0 Pengenalan

Artikel yang dikritik bertajuk cabaran dan isu dalam perancangan dan pembangunan kurikulum prasekolahan di Malaysia yang ditulis oleh Dr. Sharifah Nor Puteh dan Prof Dr. T Subahan Mohd Meerah dari Falkulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk memberi penerangan tentang kurikulum dalam Malaysia. Dalam mengenali kurikulum dalam Malaysia, penulis juga membincangkan cabaran dan isu-isu yang terdapat dalam kurikulum Malaysia sebelum KSSR dilaksanakan.

Penulis bermula dengan memberikan penerangan tentang pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan kurikulum yang ada dalam Malaysia. Walaupun penggubalan kurikulum melibatkan banyak pusat yang berlainan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan teknikal (pendidikan teknikal dan vokasional), Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab), Jabatan Pendidikan Khas (Pendidikan Khas) tetapi keputusan dasar berkaitan dengan kurikulum adalah di bawah kuasa Jawatan Kurikulum Pusat (JKP). Perkara berkaitan dengan dasar dan kewangan diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) dan seterusnya dibincang secara terperinci oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Kurikulum (JPK) untuk pelaksanaan.

(2)

penilaian. Ini diikuti dengan kajian semula, penyemakan dan reformasi di mana mereka akan mengkaji kekuatan dan kelemahan kurikulum untuk dibaiki. Penulisan ini juga berbincang tentang perubahan dan inovasi kurikulum. Lewin dan Stuart (1991) merumuskan enam pendekatan dalam inovasi kurikulum dalam Asia Timur termasuk Malaysia. Pendekatan-pendekatan tersebut termasukalah Pendekatan Sistem, Pendekatan Birokratik, Pendekatan Saintifik, Pendekatan Penyelesaian Masalah, Pendekatan Resapan dan Pendekatan Karismatik.

(3)

Kurikulum yang sama juga merupakan salah satu isu di mana ianya tidak dapat memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Dari segi penilaian pula, hasil pentaksiran pencapaian pelajar jarang dimanfaatkan untuk membetulkan kekurangan dalam pelaksanaan kurikulum berpusat.

Penulis dalam penutupnya berharap pihak yang terlibat perlu menggariskan fokus, merancang strategi dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan kurikulum relevan untuk masa yang akan datang.

2.0 Perbincangan

Kepentingan kurikulum tidak dinafikan kepentingannya dalam pembangunan pendidikan Negara kita. Dalam artikel, penulis menulis tentang salah satu isu dalam kurikulum Malaysia ialah tiada jangka masa yang jelas dalam penyemakan semula KBSR dan KBSM. Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana KBSR hanya disemak semula pada 2003 dan telah diubah menjadi KSSR. Dengan ini, apabila KSSR diperkenalkan, 3 Fasa Gelombang Kurikulum Standard Baru dilaksanakan. Semakan semula KSSR pada 2016 dan KSSM pada 2017 telah menunjukkan pihak penggubal mengetahui masalah tersebut dan membuat perubahan untuk melonjakan lagi sistem pendidikan Negara kita ke arah kecemerlangan.

(4)

teknologi maklumat dan kemahiran-kemahiran untuk menyiapkan diri untuk masa depan. Sukatan mata pelajaran juga bertambah berbanding dengan KBSR.

Saya juga bersetuju dengan isu-isu yang dikemukakan oleh penulis dalam proses pelaksanaan. Antara isu yang dikeutarakan ialah persekitaran yang berbeza, penolakan perubahan, tekanan peperiksaan awam dan strategi penyebaran. Persekitaran yang berbeza sememangnya dipersetujui oleh semua warga pendidik. Kurikulum yang dihasilkan sebahagiannya lebih sesuai dengan sekolah Bandar di mana semua kemudahan adalah lengkap dan pengetuan awal yang tidak sama bedasarkan kerana latar belakang murid yang tidak sama. Asraf Mubarak bin Atan (2013) dalam artikelnya telah menerangkan beban tugas guru dalam pelaksanaan PBS di sekolah kebangsaan bandar dan luar bandar di daerah Muar . Pelaksanaan PBS menambah tugas guru dalam bidang pengajaran dan pentaksiran murid. Keadaan yang membebankan ini telah menjadikan guru menolak perubahan yang berlaku.

(5)

pentaksiran tahap penguasaan pelajar. Contohnya, petaksiran KSSR sekarang dikatakan tidak ditentukan dengan peperiksaan awam sahaja tetapi digabung dengan pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah.

Pada pendapat saya, penulis boleh menambah lagi isu seperti campur tangan politik dan kekurangan latihan dalaman. Dalam penggubalan kurikulum, parti-parti politik akan mengutarakan objektif dan polisi mereka dan ini boleh mempengaruhi banyak pihak dalam perpektif mereka terhadap kurikulum. Kekurangan latihan dalaman juga merupakan salah satu isu yang penting kerana latihan dalaman yang kurang akan mengelirukan pendidik dalam menjalankan kurikulum tersebut. Kurikulum yang baru iaitu KSSR mengalami masalah yang sama di mana pendidik keliru dengan sukatan dan juga cara pelaksanaan kurikulum.

3.0 Kritikan Jurnal 3.1 Kekuatan Jurnal

(6)

dengan pembaca yang ingin mendalami kurikulum dalam negara kita serta mendalami masalah dalam penggubalan kurikulum kepada KSSR pada masa kini.

Selain itu, kekuatan yang ada pada artikel ini ialah penulis telah mendalami isu dan masalah kurikulum di Malaysia dan mengupasnya dengan baik. Penulis amat peka terhadap perubahan dan cara pelaksanaan yang berlaku dalam kurikulum dari peringkat analisis keperluan kepada proses penilaian. Penulis mempunyai pengetahuan dan fikiran yang tersendiri untuk mengemukakan pendapat beliau. Dari situ, penulis dapat mengolah isu-isu yang terdapat dalam kurikulum negara dan cabaran yang berlaku. Contohnya, penulis dilengkapi dengan pengetahuan tentang masalah dalam kurikulum KBSR. Penulis dalam artikelnya mengatakan antara masalah yang timbul ialah perubahan yang diubah secara mendadak tanpa mengikut prosedur proses perkembangan kurikulum yang sewajaranya dan tindakan ini telah mempengaruhi perancangan, pengembangan dan pelaksanaan kurikulum.

Cara susunan fakta dan maklumat penulis juga merupakan salah satu kekuatan dalam artikel ini. Penulis menyusun maklumat beliau dengan menarik di mana tajuk utama dan sub topik dipisahkan. Perenggan fakta juga penting dalam sesuatu artikel dan penulis telah membuat yang terbaik dalam memudahkan ayat-ayat dan idea supaya lebih senang difahami oleh pembaca.

3.2 Kelemahan Jurnal

(7)

juga membawa kita kepada masalah penggunaan istilah-istilah yang mungkin mengelirukan pembaca. Pembaca mungkin terkeliru dengan penggunaan istilah seperti tall order, grass root, back lash dan singkatan seperti R&D yang mungkin tidak diketahui oleh sesetengah pembaca artikel ini. Ini berkemungkinan akan menyebabkan pembaca hilang minat terhadap artikel tersebut kerana pembaca biasaya tidak dilengkapi dengan ilmu-ilmu tersebut.

Pada pendapat saya, antara kelemahan dalam artikel ini ialah penulis tidak memberi cadangan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Pada pendapat saya, selepas mengenalpasti isu dan masalah dalam penggubalan kurikulum, seharusnya dikuti dengan cadangan kritikal yang boleh digunakan dalam membendung masalah-masalah tersebut. Penulis seharusnya memberi pendapat beliau dalam menangani masalah atau isu dalam kurikulum kita pada masa kini.

Di samping itu, antara kelemahan artikel ini ialah penulis tidak menyediakan kenyataan untuk menyokong hujah beliau. Pembaca mungkin sangsi dengan olahan penulis kerana tiada sokongan daripada bahan bacaan atau kajian yang lain. Rujukan penulis juga didapati tidak mencukupi. Dengan memasukkan jurnal, artikel dan kajian yang lebih banyak sebagai rujukan, artikel ini akan menjadi lebih menyakinkan.

(8)

4.0 Cara penambahbaikan

Berdasarkan kelemahan yang disenaraikan di atas, penulis boleh menyelitkan glossari dalam penulisan beliau. Ini boleh membantu pembaca dalam memahami artikel dengan lebih baik dengan merujuk kepada glossari dan tidak perlu meneka maksud sebenar penulis.

Selain itu, penulis boleh memasukkan data sokongan dalam penulisan beliau untuk mengukuhkan hujahan beliau. Dengan data-data emperikal yang ditunjukkan, secara langsungnya pembaca akan melihat dengan jelas statistik perkara tersebut. Sokongan ataupun petikan yang dipetik daripada kajian atau pembacaan juga boleh diggunakan dalam penulisan.

Selepas mengetahui masalah dan isu-isu dalam penggubalan kurikulum, penulis boleh mengutarakan cara untuk mengatasi masalah tersebut dalam bahagian perbincangan. Cadangan-cadangan yang diberikan dapat menjadikan artikel penulis lebih menarik lagi.

5.0 Penutup

(9)

kurikulum pendidikan yang sistematik sesebuah negara dapat mencapai status Negara yang maju. Kesimpulannya, artikel ini telah menjelaskan cabaran dan isu dalam kurikulum dengan baik dan artikel ini amatlah sesuai dibaca oleh pendidik, dan pelajar kerana ia dipenuhi dengan informasi dan rujukan ilmiash .

6.0 Rujukan:

Asraf Mubarak bin Atan (2013). Beban Tugas Guru Dalam Pelaksanaan PBS di Sekolah Kebangsaan Bandar dan Luar Bandar di Daerah Muar. Muar: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Lewin, K. & Stuart, J. (1991). Educational Innovation in Developing Countries: Case Studies of Changemakers. London: Macmillan.

Fazliza, Zurida Ismail, Nooraida Yakob (2011). Pelaksanaan Sains KSSR Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal. Kuala Lumpur: Universiti Sains Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Pengaruh tidak langsung antar variabel dapat dilihat dari hasil analisis indirect effect atau pengaruh tidak langsung antar variabel yang tersaji pada Tabel 7 dan hubungan

Ada beberapa rekomendasi terkait penyempurnaan penelitian ini dan menjadi keterbatasan peneliti lakukan sehingga bagi peneliti selanjutnya dapat ditindaklanjuti antara lain:

Gambar bercerita adalah gambar yang memiliki narasi yang tujuannya menceritakan sesuatu melalui gambar tanpa tulisan, contohnya adalah bagaimana menggambarkan

Berdasarkan fakta-fakta yang telah penulis gambarkan tersebut, jelas dalam penegakan hukum yang dilakukan oleh institusi peradilan pidana di Indonesia masih kental

This study aims of this research is to determine how cost reduction, contribution margins and the influence of cost reduction toward the company's contribution

Berdasarkan uraian latar belakang tersebut serta dalam rangka meningkatkan kualitas pendidikan sekaligus sebagai solusi terhadap permasalahan proses pembelajaran

Cluster analysis of five sweet tamarind cultivars based on morpho- logical characters of fruit showed that they had 44-100 % of genetic similarity level.. Based on

Sebagai puisi yang ditulis dalam bahasa daerah, puisi tegalan memiliki karakter khas pada penggunaan diksi lokal, idiom-idiom, dan cara ungkap yang berbeda dengan