• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU DAN CABARAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISU DAN CABARAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

ISU DAN CABARAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN ISLAM DI

INDONESIA

Aminah Syuhadah Zulkefli

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

PENDAHULUAN

Ghazali Darussalam (2003) menyatakan bahawa kekalnya sesuatu ummah kerana kukuh akhlaknya, sebaliknya akan runtuh ummah itu kerana akhlak yang buruk. Hakikat kenyataan beliau ini telah dijelaskan dalam kisah-kisah kaum Lut, Samud, kaum Nabi Ibrahim, Bani Israil dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah seperti ummah Madinah pada zaman Rasulullah SAW (Zainura Shafie, 2012).

Kepentingan akhlak dalam kehidupan dengan jelas telah dinyatakan dalam al-Quran menerusi pelbagai pendekatan yang meletakkan al-Quran sebagai sumber pengetahuan utama mengenai nilai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan yang digunakan oleh al-Quran adalah berbentuk konseptual dan penghayatan, di mana akhlak manusia yang baik dan buruk ini digambarkan oleh Allah dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa al-Quran itu diturunkan.

(2)

Dari aspek kepimpinan dan pembangunan ummah menurut fikrah Islam, peranan dan matlamat akhlak adalah membawa manusia untuk melaksanakan ibadahnya kepada Allah SWT dengan membangunkan segala potensi dan keperluan dunia akhirat menurut nilai-nilai Islam. Ini kerana, Islam mensasarkan kepimpinan dan pembangunan itu adalah manusia itu sendiri, bermula dengan diri sendiri, keluarga seterusnya masyarakat. Ini hanya akan dapat dicapai melalui keupayaan Islam, ilu dan akhlak yang ada pada pemimpin itu sendiri.

Selain itu, dari aspek adab dan akhlak dalam menjalankan tugas pula, kita ditekankan agar melaksanakan seseuatu pekerjaan atau tugasan yang diamanahkan berlandaskan tatacara yang telah digariskan dalam Islam. Islam mewajibkan umatnya memajukan diri, keluarga dan Negara. Selain itu, bekerja dapat membantu kita menyihatkan badan bahkan dapat menjana ekonomi diri sendiri dan Negara. Di samping bekerja untuk mendapatkan pendapatan bagi menampung keperluan hidup, pekerjaan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan, penuh komitmen, dedikasi serta tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT, akan memperoleh keredhaan dan ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Maka, dengan ini barulah terlahirnya ketamadunan manusia yang proaktif dan maju.

CABARAN DAN HALANGAN DALAM MEMBANGUNKAN SEMULA

TAMADUN ISLAM

Kegemilangan tamadun Islam terhenti disebabkan beberapa musuh peradaban seperti absolutism iaitu sikap mementingkan kesempurnaan, watak pasrah umat Islam itu sendiri, dan kecintaan kepada keduniaan atau materialism yang telah menjadikan umat Islam kurang dan tidak produktif, terbuka dan berdaya maju. Sikap terlalu mencintai dunia atau memandang kepada kebendaan merupakan musibah kepada sesebuah tamadun apabila masyarakatnya tenggelam dalam keseronokan, kemewahan, keselesaan hidup dan mementingkan diri sendiri.

(3)

pada hari ini, maka benarlah analisa yang dibuat oleh Ibnu Khaldun bahawa kebendaan menjadi penghalang kepada pembinaan semula tamadun Islam.

Peradaban pada hari ini tidak lagi mengutamakan budaya ilmu. Barat telah berjaya menanamkan sikap tidak mementingkan pembudayaan ilmu di dalam diri kita. Franz Rosenthal (1997) telah mengakui bahawa kemunculan tamadun Islam menandakan kemenangan ilmu pengetahuan. Beliau menyatakan bahawa pembinaan sesebuah Negara-bangsa haruslah berdasarkan kepada ilmu sepenuhnya, bukannya hasil adunan politik.

Roger Bacon (1561-1626) di dalam F.Budi Hardiman (2004) yang mengambil ungkapan yang diperkenalkan oleh Francis Bacon pada zaman Renaissance yang terpengaruh dengan kebangkitan saintis-saintis Muslim ketika itu, menyatakan bahawa ilmu adalah kuasa (knowledge is power) dan bukan yang berkuasa itu ilmu (power is knowledge) di mana para ilmuwan mesti tunduk kepada kuasa politik. Pernyataan ini adalah sama seperti apa yang ada dalam sistem Islam sendiri. Hanya dengan berdaulatnya ilmu dalam sesebuah masyarakat, maka tamadun itu akan berkembang dengan pesat. Dr.Siddiq Fadzil (2006) turut mengungkapkan kesuburan intelektual sebenarnya banyak ditentukan oleh faktor kualiti kepimpinan dan dasar pemerintahan, kematian intelektualisme terjadi akibat daripada pemerintahan yang absolutis.

Dalam usaha untuk membangunkan semula tamadun Islam, ia menuntut umat Islam agar berani mengubah watak yang pasrah, takut dan berjiwa hamba kepada watak yang lebih kritis, bebas dan berani melakukan perubahan. Bangsa yang memiliki watak dan jiwa merdeka pasti mampu mengangkat martabat umat Islam seterusnya membawa mereka ke persada dunia dan mampu bersaing dengan Negara-negara Barat dalam segala aspek kemajuan.

Pemikiran Islam Liberal Di Indonesia

(4)

atau perubahan dalam ajaran Islam itu sendiri. Sebagaimana motto dan syiar yang dilaung-laungkan oleh Jaringan Islam Liberal Indonesia iaitu ‘Islam Yang Membebaskan’. Antara pembebasan agama yang dilakukan

ialah:-1. Sekularisasi dan Sekularisme

Isu dan istilah ‘sekularisasi’ di Indonesia telah diperkenalkan sejak awal 1970 oleh seorang sarjana agama yang bernama Drs. Nurcholis Madjid. Beliau mendakwa bahawa ‘sekularisasi’ bukanlah penerapan ‘sekularisme’ tetapi ia merupakan proses Islami sepertimana yang dalam permulaan kalimah syahadah “La Ilaaha…”. Ini bermakna, menurut Nurcholis, ajaran Tauhid itu merupakan pangkal permulaan proses sekularisasi secara besar-besaran.

Walau bagaimanapun, pendapat Nurcholis ini telah dibantah keras oleh Prof.Dr.H.M.Rasjidi (1972), yang menyatakan bahawa Nurcholis hanya memberikan makna istilah ‘sekularisasi’ mengikut seleranta sendiri seolah-olah Nurcholis mahu menunjukkan kepada masyarakat Islam Indonesia bahawa proses sekularisasi itu tidak semestinya bersifat negatif menurut pandangan Islam. Menurut Dr.Rasjidi lagi, Nurcholis terpengaruh dengan cara Harvey Cox, seorang pemikir Kristian yang menganalisis buku ‘The Secular City’ (1965), yang mengatakan bahawa akar ‘sekularisasi’ itu sudah ada dalam ajaran Bible. Justeru, Nurcholis mengambil gagasan utama Cox ini untuk diterapkan pada ajaran Islam.

Namun demikian, walaupun pandangan ini telah dibantah dan dijelaskan semula secara ilmiah dan akademik oleh Dr.Rasjidi, golongan pendokong pemikiran Islam liberal lebih suka menerima gagasan dan menyahut kembali seruan ‘sekularisasi’ Nurcholis bahkan mendokong pembentukan Negara sekular. Koordinator Jemaah Islam Liberal, Ulil Absar Abdalla, mengatakan Islam liberal boleh menerima bentuk Negara sekular dan mampu menerima amalan kebaikan dan kemaksiatan sekaligus.

(5)

Pluralisme agama ialah suatu fahaman yang menyamakan semua agama, yang lahir akibat daripada sekularisme dan proses sekularisasi masyarakat Barat. Terdapat empat aliran pemikiran utama dalam Pluralisme agama yang sedang berkembang pada hari ini iaitu Civil Religion, Global Theology, Transcendent Unity of Religions dan Syncretisme. Civil Religion dan Global Theology lahir akibat fahaman sekularisme di Barat manakala Transcendent Unity of Religions dan Syncretisme adalah reaksi terhadap sekularisme. Di Indonesia, aliran Transcendent Unity of Religions (TUR) lebih mendapat sokongan daripada tokok-tokoh pemikir Islam liberal.

Ajaran TUR membahagikan agama-agama besar dunia seperti Islam, Kristian, Hindu, Yahudi, dan Buddha kepada dua struktur utama iaitu struktur luaran (exoteric) dan struktur dalaman (esoteric) yang mana semua agama berbeza pada struktur luaran sedangkan struktur dalamannya menuju kepada Tuhan yang satu. Justeru, Nurcholis Madjid membuat permisalan roda di mana jejari roda yang banyak itu mewakili agama-agama anutan dunia, bertemu pada pusat roda (transcendent) iaitu tuhan yang satu.

3. Al-Quran Edisi Kritis

Pemikir Islam liberal di Indonesia mempunyai agenda untuk mengedit Al-Quran yang sedia ada. Justeru, mereka menimbulkan isu Al-Quran Edisi Kritis dengan menimbulkan

persoalan-persoalan yang boleh menyebabkan keraguan masyarakat awam terhadap keaslian kitab suci Al-Quran itu sendiri. Golongan pemikir Islam liberal ini berpendapat teks-teks Al-Al-Quran yang digunapakai oleh kaum Muslimin pada hari ini mengandungi banyak permasalahan yang

memerlukan pengeditan semula secara kritikal. Modal utama mereka untuk mengedit semula Al-Quran sedia ada ialah sejarah pembukuan Al-Al-Quran dan kepelbagaian qiraah yang wujud dalam tradisi umat Islam. Golongan ini mengungkit sejarah pembukuan Al-Quran dengan menuduh Khalifah Uthman bin Affan membakar mushaf-mushaf lain dengan kuasa politiknya sehingga Mushaf Uthmani sahaja yang layak digunapakai oleh umat Islam.

(6)

Kemudian, timbul pula isu hermeneutika yang bertujuan untuk mengubah orientasi tafsir Al-Quran. Hermeneutika yang pada asalnya merupakan metodologi penafsiran Bible, dikembangkan menjadi aliran falsafah moden oleh salah seorang pemikir Protestant, Friedrich Schleiermacher. Lalu, golongan kaum liberal pula menerapkan hermeneutika kepada penafsiran Al-Quran. Jika diperhatikan dalam tradisi kajian Bible, para pemuka Kristian mengakui bahawa teks-teks Bible bukanlah wahyu Tuhan secara keseluruhannya, kerana di dalamnya terjadi percampuran firman Tuhan dengan nukilan-nukilan manusia disamping bahasa wahyu yang asal juga telah tiada. Justeru, hermeneutika dikembangkan menjadi metodologi penafsiran untuk mencari kebenaran Bible itu sendiri.

Mengikut perbahasan falsafah pula, hermeneutika mengkaji sesebuah karya melalui tiga sudut iaitu dari segi teks, pengarang dan pembaca. Menerusi tiga sudut pandangan ini, teks-teks Bible bukanlah wahyu Tuhan, oleh itu, Bible ada pengarangnya dan pembaca Bible mempunyai jarak masa dan bahasa dengan wahyu Tuhan yang sebenar. Ini diakui sendiri oleh para ahli teologi Kristian yang mengatakan bahawa teks-teks Bible mempunyai banyak masalah. Oleh yang demikian, jika teksnya sudah bermasalah, maka sudah pastilah tafsirannya juga bermasalah.

Dari situ, hermeneutika diterapkan pula dalam kajian Al-Quran. Maka, kebenaran teks-teks dan ayat-ayat Al-Quran akan dipersoalkan terlebih dahulu seperti persoalan adakah Al-Quran itu kalamullah? Bukankah bahasa yang digunakan bahasa Arab iaitu bahasa yang digunakan oleh manusia? Adakah Tuhan bercakap dalam bahasa Arab? Pelbagai lagi persoalan yang sudah pastinya akan menggoyahkan keimanan orang Islam terhadap Al-Quranul Karim.

5. Feminisme

(7)

dinyatakan secara undang-undang. Golongan ini turut menuntut agar perkahwinan yang berbeza agama antara Muslim dengan bukan Islam dikira sah. Selain itu, masa ‘iddah bukan hanya untuk wanita, namun lelaki juga hendaklah diberi masa ‘iddah iaitu selama 130 hari. Dalam kes

perceraian pula. Mereka turut menuntut agar wanita juga diberikan hak untuk menjatuhkan talak. Dari aspek harta pusaka, golongan ini menuntut bahagian pusaka bagi anak lelaki dan perempuan diberikan sama rata.

Pemikiran Islam Kontemporari di Indonesia

Selain daripada isu aliran pemikiran Islam liberal yang dibawakan, Indonesia turut mengalami konflik dalam pemikiran Islam kontemporari.

1. Islam Radikal

Sejak berakhirnya zaman reformasi lebih sepuluh tahun lalu, perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah kuatna arus pemikiran Islam Radikal. Radikal adalah respon terhadap keadaan yang sedang berlaku, yang biasanya uncul dalam bentuk penilaian atau penolakan atau berlawanan terhadap apa sahaja yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam. Islam Radikal

mengandungi satu program atau pandangan dunianya yang tersendiri. Keyakinan pengikut radikalis ini sangat kuat terhadap segala program dan ideology yang mereka bawa, lalu membuatkan golongan ini sukar untuk menerima pemikiran orang lain. Justeru, mereka lebih cenderung menjadai kelompok yang anti-dialog. Antara ciri-ciri golongan Islam Radikal ini ialah memperjuangkan Islam secara totalistik di mana syariat Islam sebagai dasar Negara dan Islam sebagai sistem politik. Golongan ini mengatakan bahawa sistem di Indonesia hari ini bukanlah sistem yang terbaik dan masih tidak mampu menyelesaikan krisis bangsa. Golongan Islam Radikal juga mengamalkan dasar keagamaan salafi. Mereka sangat membenci Barat dan produk peradabannya seperti sekularisasi dan modenisasi, justeru menentang liberalism yang telah berkembang di Indonesia.

(8)

Pada masa lalu, aliran-aliran sesat di Indonesia bersifat personal dan intelektualistik, namun pada hari ini aliran seperti ini telah berkembang dengan pengikut yang lebih ramai dan mereka

semakin berani tampil di tengah-tengah masyarakat dengan mempaerkan eksistensinya. Keadaan ini semakin parah apabila masyarakat mudah tertarik dan kerap melakukan kekerasan dan kehancuran secara membabibuta.

3. Lahir pemikir-pemikir muda Islam yang lebih progresif dan dinamis.

Kemunculan para sarjana muda ini turut mewarnai dinamika pemikiran Islam di Indonesia dengan cara yang tersendiri dan penulisan mereka sangat berbeza dengan apa yang dibawakan oleh Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyah yang sedia ada di Indonesia.

KESIMPULAN

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara yang baik dan melarang daripada

Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada

yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”

(9)

kepada umat Islam untuk melangkah jauh ke hadapan tanpa perlu mengambil pandangan falsafah-falsafah Barat yang mengelirukan.

RUJUKAN

Al-Quranul Karim.

Fatimah Hj. Ali Hassan, Rokiah Othman, Husnaa Salehah Yahya & Amal Hayati Md. Nor. 2013.

Kesan Tamadun Islam kepada Pembentukan Akhlak Manusia. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Franz Rosenthal. 1997. Keagungan Ilmu:Tterjemahan oleh Syed Muhammad Dawilah Syed Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

F. Budi Hardiman. 2004. Filsafat Moden: Dari Machiavelli Sampai Nietzsche. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Khalif Muammar A.Harris. 2006. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal. Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan.

Mohd Kamil Abd Majid. 2009. Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembangunan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun. dalam Jurnal Hadari v. 1, hh. 45-76.

Siddiq Fadhil. 2006. Krisis Kependidikan Masa Kini: Cabaran Membina Generasi Berjiwa Merdeka. Madaniyat: Akademi Kajian Ketamadunan.

Syed Hussein al-Attas. 2005. Watak Tertawan Di Negara Membangun. Dalam Mohamad Daud Mohamad (ed.). Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1990). Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun. Dalam

Referensi

Dokumen terkait

Menurut para ulama, makna kedua hadits ini bukan berarti semua perkara yang baru adalah urusan agama tergolong bid‟ah, karena mungkin ada perkara baru dalam

The birth of the Constitutional Court as part of the institution of judicial power in addition to the MA who specializes in administrative or judicial justice of

Semakin besar ROA maka semakin baik karena tingkat keuntungan yang dihasilkan perusahaan dari pengelolaan assetnya maka semakin besar, dengan pengelolaan asset yang

[r]

Kenyataan ini sering terjadi dalam pekerjaan, bahwa seseorang yang memiliki Intelligence Quotient (IQ) tinggi belum tentu dapat mencapai prestasi secara memuaskan,

In this research, response of the crop by cutting height of 0-5 cm showed more shoots or tillers and leaf area index (Table 2 and 3) because cutting the tip part

Artikel ini akan meneliti kedudukan hadith dalam kitab Risalah Tarekat Naqshabandiyyah karya Sheikh Yahya daripada mana sumber pengambilan hadith-hadith tersebut, sanad dan

Bentuk-bentuk dari alam dan fenomenanya yang menginspirasi munculnya ide untuk memvisualkannya dengan improvisasi bentuk dengan mengeksplorasi berbagai teknik dan bahan