• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA MPU 3123 SEME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA MPU 3123 SEME"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

k

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (MPU 3123)

SEMESTER MEI 2014

TUGASAN KAJIAN

JANGGUT DAN TUDUNG KEPALA DALAM TRADISI BERAGAMA

DI MALAYSIA

PENSYARAH: En.

Muhammad Yusri Yusof Al-Sayburiyy

No. Nama Ahli Kumpulan Nombor ID Program

1 Muhammad Azamuddin bin Zulkarnain 18773 Petroleum Geoscience 2 Luqman Sharoff bin Zainol Abidin 19814 Petroleum Geoscience 3 Ammar Rusyaidi bin Rosli 19787 Petroleum Geoscience 4 Mohd Atiq Azizan bin Ependi 20302 Petroleum Geoscience 5 Sahathevan a/l Mohana Sundaram 20351 Petroleum Geoscience 6 Muhammad Aiman Amiz bin Abdul Mutalib 20358 Petroleum Geoscience

Tarikh Diterima: __________________

Jumlah Markah: _______ / 30

1. Pengenalan dan sorotan kajian lepas (6m) 2. Isi dan latar belakang tajuk serta teori-teori (6m) 3. Dapatan dan analisis soal selidik (10m)

4. Kesimpulan (3m)

(2)

PENGHARGAAN

Dalam usaha menyediakan projek penyelidikan ini kami ingin berterima kasih kepada

En.Muhammad Yusri Yusuf Al-Sayburiyy sebagai pensyarah yang telah banyak memberi bimbingan dan idea kepada kami terutamanya dalam proses perancangan dalam menyiapkan projek ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan kursus Petroleum Geosains atas bantuan dan rujukan yang telah diberikan. Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan yang telah bertungkus lumus dan bertitik peluh dalam menyediakan projek ini.

(3)

PENGENALAN

______________________________________________________________________________

1.1 LATAR BELAKANG

Adat dan budaya tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang pada suatu ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi

suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai agama yang dianut. Namun adat dan budaya tradisional ini kadang kadang bertembung dan bercanggah dengan nilai-nilai moden kini. Ini kerana ianya diamalkan mengikut

cara yang salah atau terlalu taksub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah

percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama. Dalam kajian ini, kami hanya akan mengkaji amalan-amalan pemakaian tudung dan menyimpan janggut dalam beberapa agama di Malaysia dan bagaimana

ia telah diterima oleh generasi kini.

(4)

Tudung- Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tudung merupakan kain untuk menutup kepala, aurat (Dalam Islam bagi perempuan).

Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."

Janggut- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, janggut merupakan seluruh rambut di wajah yang tumbuh di seluruh dagu dan di bawah dua tulang dagu, di atas kedua belah pipi dan di kedua pelipis semua itu dinamakan janggut kecuali misai (kumis).

(5)

Secara umumnya, setiap kajian mempunyai tujuannya yang tersendiri. Begitu juga dengan kajian yang telah dijalankan oleh kami, iaitu konsep pemakaian tudung kepala dan konsep janggut dalam tradisi beragama di Malaysia. Melalui kajian ini, terdapat tiga objektif yang boleh kita jadikan panduan semasa membuat kajian ini. Objektif pertama kajian adalah untukmengetahui

tradisi agama Islam, Sikh, Hindu dan Kristian di Malaysia dalam konsep pemakaian tudung kepala dan konsep amalan berjanggut serta mengenalpasti tuntutan-tuntutan agama atau bukti

yang menggariskan perihal tersebut.

Selain itu, kajian ini adalah untuk membuat perbandingan dan rumusan secara holistik mengenai perspektif pemakaian tudung kepala dan amalan berjanggut dalam tradisi beragama di Malaysia. Hal ini kerana, masyarakat Malaysia yang majmuk juga mempunyai berbagai-bagai pegangan agama mempunyai tahap pengetahuan tersendiri dan mungkin berbeza secara rawak

mengenai tuntutan pemakaian tudung dan berjanggut dalam tradisi agama masing-masing.

Dalam pada itu, kajian ini juga menitik beratkan konsep versus realiti mengenai pemakaian tudung kepala dan pengamalan berjanggut dalam setiap agama yang akan dibincangkan. Pada

zaman era globalisasi kini, keadaan realiti semasa amat bercanggah dengan konsep yang berasaskan tuntutan agama, malah konsep tudung kepala dan janggut ini semakin dipandang alpa oleh generasi muda. Oleh itu, penerapan ilmu mengenai konsep-konsep ini perlu diambil

berat dan diketahui oleh setiap lapisan masyarakat yang berbilang agama sebagai suatu pengetahuan umum.

(6)

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk dan terdiri daripada berbagai-bagai anutan agama. Kita mungkin mengenali antara sesama agama tetapi hanyalah dari segi luaran dan fizikal, namun tidak secara lebih mendalam. Perasaan individualisme masih

lagi menebal di dalam diri setiap masyarakat walaupun kita hidup dalam negara yang terdiri daripada berbilang kaum.

Tambahan pula, kita telah didedahkan dengan sejarah tamadun-tamadun yang ada di dalam Malaysia melalui pelbagai kaedah seperti media massa, pembelajaran, majalah, kajian dan juga

isu-isu semasa. Namun, perkara ini telah di pandang remeh oleh masyarakat Malaysia. Ini akan mewujudkan jurang di antara setiap kaum.

Perbezaan agama dan bahasa dan budaya akn mempersulitkan lagi jurang hubungan antara kaum. Lantaran itu, setiap kaum terus menyuntik semangat perkaumannnya yang menebal untuk mempertahankan agama, bahasa dan kebudayaannya, Impaknya akan menyebabkan setiap anggota kumpulan kaum lebih mengutamakan anggota dari kaum yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarasi kaum atau etnik. Lebih mencabar lagi apabila setiap kumpulan etnik menjadikan fahaman etnosentrisme sebagai pegangan dalam masyarakatnya. Di mana budaya dan nilai etnik sendiri

lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya dan nilai etnik yang lain (Esa, Sansalu, & Tarming, 2012). Sebagai contoh, kita dapat melihat apabila berada di mana –mana , perasaan ingin berada dalam kaum tersendiri masih lagi kukuh. Hanya segelintir kelompok etnik yang tidak

mengamalkan sifat perkauman.

Tidak terkecuali juga sikap stereotaip yang ditanggapi negatif yang telah lama bersarang dalam kotak pemikiran seseorang. Kesannya menyebabkan tidak tanduk seseorang itu sering kali bersifat bias dan berat sebelah. Sikap ini akan membawa kesan negative dan tidak membantu

(7)

Melalui permasalahan di atas telah terbentuknya kajian terhadap budaya dan kepercayaan masyarakat di Malaysia. Kajian ini lebih mengklasifikasikan kepada pandangan dan pengetahuan

para pelajar Universiti Teknologi Petronas terhadap konsep pemakaian tudung dan amalan berjanggut dalam pelbagai agama di Malaysia dan juga bagi mengukur sejauh mana

(8)

1.5 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian yang digunakan adalah mengedar borang soal selidik atas talian (online) kepada beberapa orang pelajar di UTP yang merangkumi pelbagai bangsa dan juga agama secara rawak. Jumlah borang soal selidik yang telah dijawab adalah sebanyak 62 respon. Borang

soal selidik yang disediakan mengandungi 16 pertanyaan berkenaan isu atau pendapat dan pengetahuan mereka yang dikaitkan dengan tajuk kajian kami. Borang tersebut dilengkapi dengan 5 skala-Likert bagi setiap persoalan yang terdiri daripada sangat setuju, setuju, tidak

pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Melalui penerimaan jawapan daripada peredaran borang, kami akan dapat memperolehi pandangan mereka serta pengetahuan mereka terhadap konsep pemakaian tudung kepala dan

amalan berjanggut dalam tradisi beragama di Malaysia. Kemudian, analisis dapat dilakukan untuk mendapat peratusan bagi setiap pertanyaan yang dikemukakan. Peratusan tersebut akan

digunakan untuk menilai segala pengetahuan dan reaksi kami semua sebagai pelajar UTP di dalam topik kajian ini. Secara tidak langsungnya, borang soal selidik inilah yang akan menjadi

sumber bagi mendapatkan pendapat yang luas daripada pelajar-pelajar UTP.

Selain pengagihan boring soal selidik, kami juga menggunakan kaedah sesi temu bual (dipersembahkan melalui persembahan ‘slide’). Temu bual yang dilakukan adalah kepada pelajar-pelajar UTP dan juga kepada seorang penjual buku Islamik di kawasan Pocket D, UTP. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka berkait rapat dengan tajuk kajian yang kami lakukan. Bagi sesi temu bual tersebut, kami telah merakam video agar dapat kami menyimpan

(9)

BAB 2:

LITERATURE REVIEW (SOROTAN KAJIAN)

______________________________________________________________________________

2.1 PEMAKAIAN TUDUNG DALAM AGAMA ISLAM: KONSEP VS REALITI SEMASA

Antara isu yang sering menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam adalah berhubung dengan isu wanita. Isunya pelbagai tetapi temanya sering sama berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tiada kebebasan yang

diberikan kepada wanita Islam dalam menjalankan kehidupan mereka. Sejarah Tudung

Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan

oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan

Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta

tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan.

Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan

hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut, (K.H Husein Muhammad, 2004) Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada

(10)

budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.

Shah Iran pada tahun 1936 misalnya memulakan polisi membuka tudung wanita dan memaksa mereka berpakaian cara Barat. Pemandu teksi akan dikenakan denda sekiranya membawa wanita bertudung dan polis disuruh mencabut tudung wanita yang berjalan di jalanraya. Malah

arahan diberikan supaya tudung wanita ini dikoyakkan sekiranya mereka memakainya di khalayak umum. Di Malaysia sendiri sebelum tahun 1970-an, amat jarang wanita memakai

tudung kecuali mereka di pedalaman dengan fesyen menampakkan jambul.

Dengan bermulanya era kebangkitan Islam zaman 1970-an dan 1980-an, wanita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar. Mereka menyedari kewajiban menutup aurat dan dengan kesedaran dan kerelaan sendiri mereka mula memakai tudung. ‘Tudung dakwah’ adalah sinonim

dengan cara pemakaian tudung yang betul mengikut syariat selari dengan golongan dakwah yang mengamalkannya.

Lama-kelamaan amalan ini meresap ke dalam masyarakat sehingga menjadi semacam kewajiban yang tersirat dan dijadikan sebahagian pakaian seragam sekolah. Akibatnya, kian

ramai yang mengenakan tudung hanya kerana terpaksa, sebagai pakaian seragam ataupun kerana mengikut perkembangan fesyen semasa dan bukannya bersandarkan kefahaman dan

kesedaran untuk mengamalkan syariat Allah. Tidak sedikit yang mencemari kesucian tudung yang dipakai dengan terlibat dalam pelbagai kelakuan yang tidak bermoral lagi sumbang. Namun, fenomena ini juga tidak bertahan lama. Idea-idea asing atas nama pembebasan wanita

dan perjuangan menuntut hak wanita mula bertapak di Malaysia, kali ini dalam bentuk pemikiran Islam Liberal yang mempersoalkan hal tudung ini. Menggunakan platform kebebasan

(11)

REALITI SEMASA- Beberapa peristiwa mutakhir di Malaysia menunjukkan keruncingan kemelut tudung ini. Antaranya:

 Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat negeri kerana membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];

 Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];

 Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikanny, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006];

 Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar Bakri semasa bertugas pernah memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006]; Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];

Sebelum ini, isu pemakaian tudung pelajar MRSM dan Universiti Islam Antarabangsa telah pun mencetuskan kontroversi. Antara hujah mereka yang menentang penguatkusaan tudung sebagai pakaian seragam samada di sekolah mahupun dalam pasukan beragam adalah kerana ia kononnya mencabuli kebebasan individu dan menurut mereka terdapat khilaf ulama berhubung

bentuk pakaian wanita Islam khususnya dalam pentafsiran Surah An Nur ayat 31. Mereka mahukan ayat ini ditafsir semula mengikut citarasa dan kehendak nafsu mereka. Sedangkan jumhur ulama sebenarnya sudah sepakat berhubung dengan maksud ayat ini dan meletakkan

(12)

Di peringkat antarabangsa pula, isu tudung bagi wanita Islam terus mencetuskan kontroversi. Kes Ahli Parlimen terkemuka Turki, Merve Safa Kavakci daripada Parti Kebaikan Turki yang dipecat kerana bertudung, Shabina Begum, 17 tahun di London dan empat pelajar Singapura yang dinafikan persekolahan juga kerana bertudung, terus menjadi antara kes sekularisme vs

Islam yang akan tersimpan dalam lipatan sejarah.

Selain itu, tindakan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di sekolah awam telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Eropah menentang tindakan yang tidak bertamadun

ini. Ribuan wanita turun membanjiri jalan raya London membawa sepanduk menegaskan bahawa hijab adalah satu kewajiban dan menjadi pilihan wanita Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Hijab juga melambangkan kebebasan, bukan penindasan terhadap kaum

wanita. Dengan berhijab, wanita menuntut supaya mereka dinilai dan dilihat atas dasar keimanan dan kebijaksanaan serta budi pekerti dan bukan hanya bahan tontonan objek seks

semata-mata. Tudung dan Syariat

Isu tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ia bukan soal etika berpakaian. Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama yang wajib dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam permulaan ayat 256 Surah Al Baqarah yang bermaksud “Tiada paksaan dalam agama…” sebagai sandaran tidak boleh menguatkuasakan perintah bertudung telah melakukan kebatilan dalam agama. Memang benar tiada paksaan dalam menganut agama

Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah ajaran hidup yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada menjalankan peritah Allah secara keseluruhannya sebagaimana firman Allah

dalam surah yang sama pada ayat awal dari surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu. Peri hal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam surah An

(13)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan

hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka (Danial

Zainal Abidin, 2007). Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat

Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita Muslim. namun, ulama

memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah: 1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;

2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;

3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh; 4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau

mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain dan menarik perhatian;

5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri,

(14)

2.2 KONSEP PEMAKAIAN TUDUNG WANITA WUJUD DALAM SEMUA AGAMA

Kebangkitan agama yang terjadi ekoran meletusnya revolusi Syiah di Iran pada tahun 1979 telah membawa beberapa perubahan dalam kehidupan agama masyarakat Islam di seluruh dunia.

Salah satu perubahan itu ialah sebilangan besar kaum wanita Islam kembali kepada amalan memakai tudung atau hijab. Bagaimanapun, isu ini sukar dibincangkan secara ilmu terutama pada waktu sekarang dan sesiapa yang cuba menggeledahnya boleh dituduh macam-macam

termasuk dicap menentang hukum Allah. Bukan tiada ulama pragmatis yang mengetahui tentang kedudukan sebenar mengenai tudung ini, tetapi mereka tidak mahu bercakap tentang

perkara tersebut.

Ketika ulama dogmatis menjadikan hukum memakai tudung sebagai kewajipan yang tidak boleh bertolak ansur dan sesetengah pergerakan agama menjadikannya sebagai agenda perjuangan, ulama pragmatis pula memandangnya sebagai kecil dan remeh (K.H Husein Muhammad, 2004). Pada pandangan ulama golongan kedua ini, perkara seperti itu tidak ada faedah dan tidak patut

diberi perhatian, tetapi yang patut diberi perhatian ialah soalan pembangunan umat yang menyeluruh termasuk pendidikan, politik, ekonomi dan lain-lain.

Sepintas lalu agak logik juga mendengar ulama pragmatis di negara-negara Arab berhujah pada tahun 80-an. Bagaimanapun, jika diteliti betul-betul perkara kecil dan remeh inilah yang membawa banyak masalah kepada orang ramai jika ulama tidak sanggup memberi penjelasan dengan sebaik-baiknya. Ini kerana perkara kecil dan remeh ini boleh menjadi perkara besar yang

berbahaya. Dalam kehidupan harian kita terdapat banyak perkara kecil dan remeh yang boleh mengganggu dan mengancam kita.

Sebagai contoh sebiji atau beberapa biji pasir yang termasuk dalam kasut kita dianggap perkara terlalu remeh dan kecil, tetapi ia boleh menyebabkan kita kehilangan imbangan, apatah lagi jika

(15)

Hasil daripada kehilangan imbangan itu mencetuskan perkara yang lebih berbahaya iaitu kemarahan. Jika kemarahan itu pula melanda diri kita, mungkin kita tidak akan berlaku adil

terhadap diri sendiri dan orang lain.

Dalam kehidupan kita di rumah, di tempat kerja dan di sekeliling kita selalu ada masalah seperti ada sebiji atau beberapa biji pasir dalam kasut ini. Sesetengah orang mungkin lebih sakit dan menderita apabila berhadapan dengan perkara-perkara kecil kerana tidak pandai mencari jalan keluar daripada masalah itu. Tetapi sebenarnya manusia yang hilang pertimbangan tidak dapat membezakan antara masalah kecil dan masalah besar. Pada manusia seperti ini masalah kecil adalah masalah besar. Dengan itu tidak wajar membiarkan perkara remeh dan kecil itu menjadi masalah besar dan dalam kes tudung ini jika dibiarkan tanpa penjelasan sebaik-baiknya ia boleh

menyebabkan orang mengecap wanita yang tidak bertudung sebagai kurang Islam ataupun terus mengecapnya tidak Islam dan kafir.

Terdapat sejenis tudung dipanggil wimple dipakai oleh wanita Kristian di atas kepala dan di sekitar leher, pipi dan dagu. Ia biasanya diperbuat daripada linen putih atau sutera yang bagus.

Ia digunakan dengan membingkaikan muka dan menudung leher dan bahagian dada. Sekurang-kurang pada penghujung abad ke-12 sehingga permulaan abad ke-14, pemakaian

tudung begitu ketara di seluruh Eropah pada zaman pertengahan. Kini pakaian itu masih kelihatan dipakai semula oleh sesetengah wanita Barat yang kuat beragama di selatan Eropah

dan pulau-pulau di Laut Mediterranean. Begitu juga ada sejenis fesyen tudung digunakan di kalangan wanita Kristian kini dikenali sebagai hajab iaitu hijab atau tudung. Dikatakan pakaian

itu diterima oleh wanita Barat pada zaman pertengahan dulu dengan meniru pakaian wanita Islam di Asia Barat. Para pejuang Kristian yang melancarkan perang Salib dulu yang membawa

fesyen itu ke Barat.

Dalam Injil pula disebut (1st Corinthians 11:5 E6): ``Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau sembahyang dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudung kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah

(16)

kepalanya.''Jika merujuk kepada zaman Roman, kita juga boleh mendapati tudung menjadi pakaian wanita di kalangan orang Roman.

Mohammad Ali El-Zahiri dalam Huquq al-Mar'ah Wa Ghairiha menulis: ``Kaum wanita Roman bekerja di rumah. Sedangkan para suami dan bapa mereka pula ikut serta dalam peperangan. Selain kerja dalam rumah, kaum wanita Roman juga melaksanakan kerja menenun... mereka

sangat keterlaluan dalam mengenakan pakaian tudung.''

Sebagai contoh seorang bidan tidak akan keluar dari rumah kecuali menutup lingkup dirinya dan tidak kelihatan kecuali muka yang berpurdah tebal. Sedangkan pakaiannya pula labuh sehingga

mencecah buku lali. Di atas pakaian itu pula terdapat jubah (menutupi badan) dan tidak boleh ternampak sedikit pun bentuk liuk tubuhnya.

Di kalangan penganut Hindu pula terdapat juga amalan memakai tudung. Sejenis tudung wanita Hindu dikenali sebagai parda dan ia adalah purdah yang dipakai wanita Islam di Asia Barat. Bagaimanapun, pakaian tradisi wanita India secara keseluruhannya adalah hampir sama dengan

pakaian wanita Islam. Ini barangkali disebabkan India pada masa lalu pernah diperintah oleh beberapa kerajaan Islam.

Banyak lagi agama dan budaya lain yang mewajibkan atau sekurang-kurangnya menggalakkan kaum wanita memakai tudung. Tetapi penulis percaya apa yang telah dibincangkan di atas adalah mencukupi untuk menjadi hujah bahawa tudung merupakan fenomena agama dan

(17)

2.3 PERBANDINGAN DASTAR DALAM AGAMA SIKH DENGAN PEMAKAIAN SERBAN DALAM AGAMA ISLAM

Serban dalam konteks Malaysia merupakan satu istilah yang cukup sinonim dengan agama Islam dan agama Sikh. Kedua-dua agama ini menjadikan pemakaian serban sebagai salah satu amalan yang mempunyai tujuan dan falsafahnya yang tersendiri. Dalam agama Sikh, pemakaian serban atau dalam bahasa Punjabi ia dipanggil dastar, dianggap satu kemestian yang perlu dilaksanakan

untuk membuktikan kepatuhan dan keyakinan mereka kepada ajaran Guru serta kitab suci mereka. Dalam Islam pula, serban merupakan pakaian Rasulullah s.a.w. dan umat Islam digalakkan untuk memakainya. Walaupun secara umumnya, terdapat persamaan antara serban

(18)

BAB 3:

LANDASAN TEORI

___________________________________________________________________

3.1 LANDASAN TEORI UNTUK TUDUNG KEPALA BERDASARKAN AGAMA ISLAM

(UNTUK KAUM WANITA)

1.Menurut al-Quran

Ayat terpenting yang menetapkan kewajiban berhijab pada kaum wanita yang akan kita bahas adalah ayat ke-31 surat an-Nur dan ayat ke-59 surat al-Ahzab. Allah swt dalam surat an-Nur ayat

ke 31 berfirman:

(Wahai Rasulullah) Dan katakanlah kepada kaum wanita yang beriman agar mereka menahan pandangan mereka dan menjaga kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan

perhiasan mereka kecuali sesuatu yang (biasa) tampak darinya. Hendaknya mereka

(19)

saudara-saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara-saudara laki-laki mereka, atau anak laki-laki dari saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka atau budak-budak mereka atau laki-laki (pembantu di rumah) yang tidak memiliki syahwat atau anak kecil yang tidak paham terhadap aurat wanita. Dan janganlah kalian mengeraskan langkah kaki kalian sehingga diketahui perhiasan yang tertutupi (gelang kaki). Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kalian semua kepada Allah swt supaya kalian termasuk orang-orang yang beruntung.

Para ahli tafsir menyebutkan bahwa sebab turunnya ayat ini adalah sebuah kisah yang dinukil dari Imam Muhammad Baqir a.s. Beliau bersabda: “Pada satu hari, di kota Madinah ada seorang

wanita cantik yang sedang berjalan dengan mengikatkan kerudungnya ke telinganya (yang menjadi kebiasaan wanita pada saat itu) sehingga tampak leher dan dadanya. Seorang laki-laki dari golongan Anshar berpapasan dengannya, karena kecantikan wanita tersebut dia terpesona dan tidak peduli akan keadaan sekelilingnya, dia telah mabuk akan kemolekan wanita tersebut. Sang wanita memasuki gang sempit, sedang pandangan laki-laki tersebut terus membuntutinya

sampai tak terasa dia terbentur sebuah benda keras dan tajam sejenis tulang atau kayu yang menjorok dari tembok sehingga kepala dan dadanya mengucurkan darah segar yang melumuri pakaiannya.Dalam keadaan seperti itu dia datang menghadap Rasulullah saw dan menuturkan

semua yang terjadi. Pada saat itulah, malaikat Jibril a.s. datang membawa ayat ini.”

Daripada ayat di atas kita dapat menyimpulkan beberapa perkara penting, antaranya:

 Hendaknya kaum wanita menutup pandangan mereka dari pandangan yang penuh syahwat kepada laki-laki bukan muhrim.

(20)

 Wajib bagi kaum wanita menutupi badan dan perhiasan mereka.

 Diperbolehkan bagi kaum wanita untuk menampakkan badan dan perhiasan mereka di hadapan para muhrimnya.

2. Menurut Hadis

Banyak hadis-hadis atau riwayat-riwayat yang membahas tentang hijab, oleh karenanya perlu kita pilah-pilah dan kelompokkan riwayat-riwayat tersebut dalam beberapa kategori. a. Hadis tidak diwajibkannya menutup wajah dan telapak tangan

 Mas’adah bin Ziyad menukil dari Imam Ja'far Shadiq a.s. ketika beliau ditanya tentang perhiasan yang boleh untuk ditampakkan, Imam menjawab:”Wajah dan telapak tangan.”

 Ali bin Ja'far ditanya tentang batasan seorang laki-laki dapat melihat wanita non muhrim, Imam menjawab: “Wajah, telapak tangan dan pergelangan tangan.”

(21)

menjawab bahawa wajah pucatnya kerana rasa lapar yang menderanya. Mendengar hal itu Rasulullah langsung berdoa kepada Allah agar menghilangkan rasa lapar yang

diderita oleh putrinya.

Daripada hadis di atas kita dapat mengambil dua kesimpulan:

1. Sayyidah Fathimah tidak menutup wajahnya di hadapan laki-laki bukan muhrim. 2. Tidak wajib menutup wajah di hadapan laki-laki bukan muhrim.

b. Hadis tentang diwajibkannya berhijab di hadapan Yahudi dan Nasrani

 Imam Shadiq a.s. bersabda: “Tidak dibenarkan seorang wanita muslim menampakkan auratnya di hadapan wanita Yahudi dan Nasrani, karena mereka akan menceritakan ciri-ciri jasmaninya kepada suami-suami mereka.”

c. Hadis tentang ciri-ciri dan waktu hijab

 Imam Shadiq a.s. bersabda: “Bukan termasuk maslahat jika wanita memakai kerudung dan baju yang tipis.”

(22)

 Imam Shadiq a.s. bersabda: “Cukuplah sebagai tolok ukur kehinaan seseorang ketika dia memakai baju yang menyebabkan kemasyhurannya.”

 Imam Shadiq bersabda: “Rasulullah Saw selalu melarang laki-laki untuk menyerupai wanita dan melarang wanita untuk menyerupai laki-laki dalam segi berpakaian.”

d. Hadis tentang balasan bagi mereka yang tidak berhijab

 Rasulullah saw bersabda: “Wanita yang di neraka menggantungkan dirinya dengan rambutnya adalah wanita yang tidak menutup rambutnya di hadapan selain muhrim.”[27]

 Rasulullah saw bersabda: “Dua golongan penghuni Jahanam belum pernah aku lihat. Kelompok yang disiksa dengan sebuah pecut (menyerupai ekor sapi). Kedua para wanita yang berbusana namun telanjang (mereka yang mengenakan baju tipis dan

transparan)...”[28]

(23)

(UNTUK KAUM LELAKI)

1. Pandangan Ulama’ Terhadap Serban dan Kopiah

Firman Allah Taala dalam Surah Al-A’raf ayat 31

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah ( atau mengerjakan sembahyang ) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. Menurut Imam al-Mawardi, maksud berhias di dalam sembahyang

ialah memakai secantik-cantik pakaian. Manakala menurut pendapat Imam Abu Hayyan, zahir ayat di atas menunjukkan bahawa berhias dengan secantik-secantik pakaian

(termasuklah memakai songkok dan berserban) bukan sahaja dituntut di dalam sembahyang bahkan di luar waktu sembahyang (setiap masa dan ketika) . Menurut Sheikh Mahmud Syaltut, ketika memberi jawapan kepada soalan berhubung dengan sembahyang tanpa serban, kopiah atau songkok di kepala, beliau berpendapat tidaklah menjadi syarat

sah sembahyang dengan menutup kepala atau tidak dan tidak pula disyaratkan jikalau untuk menutup kepala mesti dengan penutup khas. Walaupun begitu, bagi seseorang Islam

eloklah dia bersembahyang dengan memakai serban, kopiah atau songkok dengan syarat tidak menutup dahi ketika sujud. At- Tarmizi dan Muslim meriwayatkan daripada Ja’far bin

‘Amrin bin Huraith, daripada bapanya katanya:

Maksud: “Aku melihat Rasulullah SAW di yang memakai serban hitam di mana Baginda melabuhkan kedua hujungnya di antara dua bahunya”.

Berkata pengarang kitab Al-Mishbah : Hassan bin Ali dan Ibnu Zubair pernah memakai serban hitam ketika berkhutbah dan begitu juga Anas, Muawiyah, Ammar dan lain-lain lagi. Dan adalah Sa’id bin Musayyib memakai serban hitam pada hari raya puasa dan

haji. Berdasarkan yang demikian, sebahagian ulama berpendapat tidak perlu mengkhususkan dirinya dengan memakai serban hitam sama ada hari Jumaat atau

(24)

Berkata Imam Nawawi : “Memakai warna putih adalah lebih utama. Dan serban putih adalah lebih sesuai sebagai perhiasan para ulama’ pada zaman ini”.Sheikh Muhammad

Rasyid Reda pernah ditanya adakah memakai serban itu sunnah rasulullah SAW dan adakah orang yang memakai serban itu mendapat pahala. Untuk menjawab soalan itu,

beliau memberikan jawapan berikut :

”Telah tersabit dalam hadith bahawa Nabi SAW terkadang : 1. memakai serban di atas kopiah, dan inilah sering berlaku 2. memakai serban tanpa kopiah

3. memakai kopiah tanpa serban

2. Pandangan Ulama’ Terhadap Songkok

Songkok harus dipakai kerana tidak bertentangan dengan Islam dan ia merupakan pakaian kebiasaan yang dipakai oleh masyarakat Melayu terutama semasa solat dan dipakaikan bersama Baju Melayu. Asasnya kerana ia berkonsepkan sebagai penutup kepala. Perbuatan menutup kepala bagi lelaki adalah Sunnah Nabi berdasarkan mafhum

hujah berikut:

Menurut Imam As-Sayuti yang diringkaskan dari buku ”Al-Hawi”nya (2:111-112) : Berdasarkan keterangan lalu, Nabi Muhammad SAW pernah memakai kopiah putih dan

(25)

terdedah begitu sahaja, akan tetapi Baginda akan membalutnya sehingga sampai ke dahi”.

Berdasarkan pendapat Imam Sayuti di atas, pemakaian songkok adalah diharuskan sebagai satu konsep menutup kepala sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja tanpa penutup kepala.

Berdasarkan kepada hujah Imam Sayuti sebelum ini berkenaan dengan maksud Qalansuah (bahawa ianya adalah lebih menyerupai sesuatu yang diperbuat dari jenis kain kapas dan

(26)

3.2 LANDASAN TEORI UNTUK JANGGUT BERDASARKAN AGAMA ISLAM

 Hukum penyimpanan janggut merupakan sunnah nabi, tapi hukum ini berbeza bagi setiap mazhab yang wujud. Berikut dibawakan hukum menyimpan janggut mengikut

empat mazhab yang mashyur. (Rumusan al-Qaradawi dalam Fiqh Thaharah)

(27)

3.3 LANDASAN TEORI UNTUK TUDUNG KEPALA BERDASARKAN AGAMA SIKH

Sejarah pemakaian serban ini dapat dilihat melalui pemahaman terhadap pengenalan 5 artikel keimanan (5 Articles of faith) yang telah diperkenalkan oleh Guru Sikh yang kesepuluh, iaitu Guru Gobind Singh pada hari perayaan Vaisakhi pada 1699 (Aman

Daima Md Zain, 2012).

 Sebab utama pemakaian serban dalam agama Sikh adalah:

untuk memelihara rambut,

memperkenalkan konsep kesamaan (equality)

dan untuk memelihara atau mengekalkan identiti seorang penganut Sikh.

Bagi wanita pula, mereka juga boleh memakai serban atau memilih untuk memakai selendang tradisional. Selain itu, wanita Sikh juga boleh memakai serban di bawah

selendangnya.

Pengamalan ini berkait rapat dengan prinsip 5 K, Kesh (rambut yang dibiar panjang dan tidak dipotong), Kangha (sikat kecil yang dibuat daripada kayu), Kara ( gelang besi), Kacchera ( seluar pendek) dan Kirpan (pedang kecil). Signifikan Kesh sebagai salah satu

artikel keimanan. Rambut sesorang merupakan sebahagian daripada ciptaan Tuhan. Jadi, perbuatan membiarkannya panjang dan tidak dipotong menunjukkan bahawa

(28)

3.4 LANDASAN TEORI UNTUK JANGGUT BERDASARKAN AGAMA SIKH

Apabila seseorang penganut Sikh memohon amrit, iaitu menjadi anggota Persaudaraan Khalsa, mereka diminta untuk tidak boleh memotong atau mencukur sebarang rambut di mana-mana bahagian badannya. Yakni, adalah dilarang untuk memotong atau mencukur rambut dari mereka bayi lagi sehinggalah mereka dewasa sebab mana-mana rambut atau

bulu di anggota badan adalah anugerah tuhan. Hal ini kerana atas kepercayaan mereka bahawa ,emotong rambut kepala dapat memusnahkan tenaga dari Chakra Sahasrara (Crown Chakra) dan memotong rambut badan dapat merosakkan aura yang terdapat di

sekeliling badan mereka. Oleh itu mereka perlu menyimpan rambut yang panjang dan menjaganya dengan teliti dipercayai sebuah amal ibadat untuk Tuhan mereka. Rambut, janggut dan dastar akan menjadi sebuah simbol untuk membezakan di antara penganut agama Sikh dengan penganut agama lain. Tambahan lagi, rambut dan janggut adalah simbol

ketaatan kepada Tuhan dan Guru mereka di dalam agama Sikh. Rambut kepala dan badan yang tebal dapat memberi kekuatan dan mengurangkan kepanasan badan. Menyimpan dan

(29)

3.5 LANDASAN TEORI UNTUK TUDUNG KEPALA BERDASARKAN AGAMA KRISTIAN

Telah dinyatakan di dalam kitab Bible bahawa pemakaian tudung ini adalah wajib bagi setiap wanita Kristian terutama sewaktu upacara keagamaan.

 Kitab Bible 1 Korintus,Bab 11 :

1) 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang

dicukur rambutnya.

2) 11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa

rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. 3) 11:10 Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh

karena para malaikat. Tudung bagi seorang perempuan bukan sekadar hiasan mencantikkan wajah dan penampilan. Sebenarnya ia adalah lebih daripada itu, iaitu tudung adalah tanda kewibawaannya. Sekiranya wanita kristian memakai tudung, ini

(30)

3.6

LANDASAN TEORI UNTUK JANGGUT BERDASARKAN AGAMA KRISTIAN

Kini, ahli-ahli masyarakat agama Katolik, terutamanya mereka yang berasal dari Franciscan, gunakan janggut sebagai tanda kerjaya mereka. Sejarah menunjukkan gereja

Katholik ada masanya membenarkan ada masanya melarang penyimpanan bulu muka dalam kalangan ulama. Sebahagian besar Roman atau Latin-upacara ulama adalah bercukur licin. Walaupun kebanyakan orang Kristian Protestan menganggap janggut sebagai perkara pilihan, ada yang telah menjadi peneraju dalam fesyen secara terbuka menggalakkan pertumbuhan sebagai “tabiat yang paling semula jadi, kitab, jantan dan

bermanfaat” atau dengan mengharamkan bercukur sama sekali, seperti dalam kes beberapa Gereja Presbyterian.

3.7

LANDASAN TEORI UNTUK TUDUNG KEPALA BERDASARKAN AGAMA HINDU

Hinduism, juga dikenali sebagai Dharma Vaidika ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah

(31)

pengasas-pengasasnya, atau dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang utama masih lagi menjadi tanda soal. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung

masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.

Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap

dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung, Brahman, sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman, umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme. Hinduisme

ialah agama yang ketiga terbesar di dunia. Perihal mengenai pemakaian tudung kepala dalam agama Hindu adalah seperti berikut:

 Tiada sebarang nas yang menyuruh penganut agama Hindu untuk menutup kepala atau memakai tudung kepala.

 Namun begitu, sebarang pakaian yang sopan dan menutupi hampir kesuluruhan badan dianggap paling baik.

 Wanita Hindu mungkin memakai tudung atau selendang, tetapi ia bukanlah sebahagian dari ketetapan etika pakaian oleh agama. Hal yang sama juga berlaku dalam kalangan lelaki Hindu, di mana cara berpakaian mereka berbeza mengikut budaya masing-masing.  Terdapat sesebuah kuil yang menyembah dewa yang bujang sepanjang hidup. Oleh itu

(32)

3.8

LANDASAN TEORI UNTUK JANGGUT BERDASARKAN AGAMA HINDU

Teks purba mengenai janggut bergantung kepada Deva dan ajaran yang lain, yang berbeza-beza. Ramai Sadhus, Yogi, atau pengamal Yoga menyimpan janggut, dan mewakili semua keadaan hidup. Pertapa Shaivite umumnya mempunyai janggut, kerana

mereka tidak dibenarkan untuk memiliki apa-apa, termasuk pisau cukur sendiri. Lelaki Vaishnava pula sering bercukur licin sebagai tanda kebersihan. Tok-tok sami juga banyak

menyimpan janggut kerana dua sebab. Satu, kerana mereka tidak mementingkan penampilan mereka. Selain itu, mereka tidak ingin membunuh sel-sel rambut yang hidup

dan menggangap ia sebagai sebahagian diri mereka yang penting. Ada juga penganut agama Hindu yang menyimpan janggut semasa berkabung sebagai tanda penghormatan

kepada orang yang meninggal.

KONSEP VS REALITI: PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN JANGGUT DALAM AGAMA HINDU (TUDUNG)

 Memakai selendang bukan disebabkan oleh agama tetapi budaya.

 Sesetengah penganut agama Hindu yang berada dalam kelompok konservatif di India atau di mana-mana sahaja menutup kepala mereka dengan selendang tetapi komuniti

(33)

 Misalnya, seorang yang beragama Hindu di perkampungan kecil di Rajasthan akan menutup kepala atau rambut dengan kain menutup kepala, tetapi seseorang yang beragama Hindu di Malaysia atau Bombay tidak memakai kain menutup kepala. Malah, dalam perkahwinan juga bukanlah satu kewajipan untuk wanita memakai tudung kepala,

sekali lagi menekankan pengaruh budaya sekalipun ianya diamalkan.

(Janggut)

 Manakala konsep janggut di dalam agama Hindu tidak menyatakan apa-apa tuntutan mengenai perihal penyimpanan janggut.

 Janggut yang disimpan kebanyakan adalah disebabkan gaya yang mengikut peredaran semasa dan tiada halangan atau paksaan dalam menyimpan janggut dalam agama

Hindu.

BAB 4:

HASIL DAPATAN KAJIAN

(34)

Kajian soal selidik bagi tajuk “Janggut dan Tudung Kepala dalam Tradisi Beragama di Malaysia” dijalankan ke atas 62 responden yang terdiri daripada 56 orang beragama Islam, 3

orang beragama Hindu, 2 orang beragama Kristian dan 1 orang beragama Buddha. 62 responden ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan agama dan mereka merupakan

pelajar UTP itu sendiri.

Berikut merupakan hasil soal selidik :

No. Pernyataan Sangat

tidak setuju

Tidak

setuju Tidak pasti Setuju Sangatsetuju 1 Saya tahu sedikit sebanyak

tentang hukum mempunyai

untuk menyimpan janggut 1 6 35 8 12

4 Janggut yang dimiliki melambangkan kealiman

sesorang lelaki dalam agama. 14 10 17 16 5

5 Lelaki Muslim digalakkan

menyimpan janggut 1 0 4 13 44

6 Janggut adalah sebahgian dari

fesyen bagi orang Kristian 5 7 39 3 8

7 Lelaki berjanggut kelihatan

kurang kemas dan pengotor 21 27 6 4 4

8 Saya tahu sedikit sebanyak tentang hukum memakai

tudung dalam Tradisi Beragama di Malaysia.

(35)

9 Pemakaian tudung bagi wanita Adalah wajib bagi setiap

agama di Malaysia 25 12 15 2 8

10 Agama Islam sahaja yang mewajibkan pemakaian

upacara keagamaan sahaja. 2 6 30 19 5

13 Tiada halangan untuk wanita

beragama Buddha bertudung. 2 2 22 22 14

14 Tudung hendaklah dipakai dengan menutup beberapa

bahagian kepala sahaja. 39 15 4 3 1

15 Pemakaian tudung dalam kalangan wanita Hindu adalah

sebahagian dari budaya 3 12 35 10 2

16 Tudung dipakai oleh wanita Sikh hanyalah untuk tujuan

perkhahwinan sahaja

4 10 42 2 4

Secara kesuluruhannya 24 orang bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan dalam hukum mempunyai janggut dalam Tradisi Beragama di Malaysia. Namun, 28 orang tidak

pasti bahawa penyimpanan janggut bagi lelaki beragama Sikh membuktikan kepatuhan mereka kepada guru dan kitab suci. Selain itu, 35 orang dan 17 orang tidak pasti akan kenyataan bahawa agama Buddha tidak menetapkan sebarang hukum untuk menyimpan janggut dan janggut yang dimiliki melambangkan kealiman sesorang lelaki dalam agama. 44

(36)

Kristian. Pelajar UTP kebanyakannya tidak bersetuju apabila orang yang berjanggut ini dikatakan kurang kemas dan pengotor kerana 27 orang telah tidak bersetuju dalam hal ini.

Secara keseluruhannya, ramai di antara pelajar tidak mengetahui hukum ataupun konsep tentang tudung kepala dan janggut dalam agama yang lain secara mendalam. Maka usaha

penerapan dalam unsur pelajaran dan pengetahuan perlu diambil berat dan diambil tindakan. Antara usaha kerajaan dalam penerapan unsur boleh dilihat melalui pengwujudan

subjek TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) dan juga Hubungan Etnik (Ethnics Relationship) di IPTA dan IPTS.

BAB 5: RUMUSAN

___________________________________________________________________ Melalui kajian yang telah kami lakukan ini, kami dapat memperoleh pelbagai pengetahuan tentang konsep pemakaian tudung kepala dan amalan berjanggut dalam agama Islam, Sikh,

Kristian dan Hindu. Terutamanya mengenai tuntutan, dan persoalan kewajipan mengenai konsep-konsep tersebut. Kami juga dapat menganalisa sedikit sebanyak tentang sejauh mana pengetahuan pelajar-pelajar UTP terhadap konsep tudung kepala dan janggut dalam

(37)

Pada pendapat kami, pemakaian tudung kepala mahupun janggut bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Semua pihak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk mempertahankan

tradisi pemakaian tudung dan janggut agama masing-masing kerana ada sebab kenapa ada suruhan untuk berbuat demikian. Tuntutan atau konsep tudung kepala dan amalan berjanggut

perlu dilihat sebagai suatu cara untuk melengkapkan diri sebagai penganut agama yang bukan hanya pada nama, tetapi turut menjadikan suruhan atau perintah agama sebagai amalan.

Di Malaysia, kami mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan juga agama. Adalah penting bagi kita semua untuk memahami antara satu sama lain agar kita dapat mengukuhkan lagi hubungan sesama rakyat. Kita juga seharusnya bermesra dengan semua kalangan rakyat tanpa mengira bangsa. Dengan cara inilah kita akan dapat mewujudkan semangat kekitaan

yang seharusnya dicapai dari dahulu lagi. Sepanjang kajian ini dilakukan, kami dapat menjawab pertanyaan yang diragu-ragukan dan tidak pernah dikemukakan. Dalam kata lain,

kami bersyukur kerana mendapat penjelasan yang lebih mendalam.

Bibliograf

Esa, M. S., Sansalu, D., & Tarming, B. A. (2012). Hubungan Etnik: Kelansungan Pembinaan Negara Bangsa. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

NOR, M. S. (1993). Masyarakat dan Perubahan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Danial Zainal Abidin (2007), Quran Saintifik, Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd.

K.H Husein Muhammad (2004), Fiqh Wanita: Pandangan Ulama’ Terhadap Wacana Agama & Gender, Kuala Lumpur: Sisters In Islam.

(38)

News Straits Times, 23 Mac 2006 Utusan Malaysia, 25 Februari 2006 Utusan Malaysia, 27 Februari 2006 News Straits Times, 22 Mac 2006

Aman Daima Md Zain (2012). JURNAL ISLAM dan Masyarakat Kontemporari Jilid 5: Perbandingan Antara Dastar Dalam Agama Sikh dan Serban dalam Agama Islam, 37-43. http://www.scribd.com/doc/47295054/SEJARAH-AGAMA-SIKH-1

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK ATAS TALIAN (ONLINE)

Janggut dan Tudung Kepala dalam Tradisi Beragama di Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Kami merupakan pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi PETRONAS yang sedang mengambil matapelajaran TITAS bagi semester ini. Kami sedang menjalankan kajian bertajuk "Janggut dan Tudung Kepala dalam Tradisi Beragama di Malaysia" Justeru, kami memohon jasa baik pihak Tuan dan Puan untuk menjawab soalan di bawah dengan sejujurnya. Segala maklumat yang diberi adalah sulit.

* Required Jantina *

(39)

o Perempuan

Saya tahu sedikit sebanyak tentang hukum mempunyai janggut dalam Tradisi Beragama di Malaysia. *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Penyimpanan janggut bagi lelaki beragama Sikh membuktikan kepatuhan mereka kepada guru dan kitab suci*

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Agama Buddha tidak menetapkan sebarang hukum untuk menyimpan janggut *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

(40)

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Lelaki Muslim digalakkan menyimpan janggut *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Janggut hanyalah dianggap sebahagian dari fesyen bagi penganut Kristian *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Lelaki berjanggut kelihatan kurang kemas dan pengotor *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Saya tahu sedikit sebanyak tentang hukum memakai tudung dalam Tradisi Beragama di Malaysia *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Pemakaian tudung bagi wanita adalah wajib bagi setiap agama di Malaysia *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Agama Islam sahaja yang mewajibkan pemakaian tudung bagi wanita. *

(41)

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju Tudung hanyalah digunakan sebagai penutup kepala untuk mengelakkan diri dari cuaca yang tidak menentu. *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Wanita Kristian hanya memakai tudung ketika upacara keagamaan sahaja *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Tiada halangan untuk wanita beragama Buddha bertudung *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Tudung hendaklah dipakai dengan menutup beberapa bahagian kepala sahaja *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Pemakaian tudung dalam kalangan wanita Hindu adalah sebahagian dari budaya sahaja dan bukannya tuntutan agama *

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

Tudung yang dipakai oleh wanita Sikh hanyalah untuk tujuan perkhahwinan sahaja *

(42)

Referensi

Dokumen terkait

Lithos filling machine adalah suatu mesin yang digunakan untuk pengisian pelumas ke dalam lithos (botol kemasan plastik ) yang menggunakan

pengertian sistem informasi prototype digunakan untuk membantu sistem desain yang akan dibangun sistem informasi secara intitusi dan mudah diubah untuk end user, prototipe

PNS yang menderita sakit lebih dari 14 (empat belas) hari berhak atas cuti sakit, dengan mengajukan permintaan secara tertulis kepada Pejabat Yang Berwenang

HH-02.KU.02.02 Tahun 2010 tentang Tata Cara Pengelolaan dan Pelaporan Penerimaan Negara Bukan Pajak atas Biaya Pelayanan Jasa Hukum di Bidang Notariat, Fidusia, dan

Berdasarkan hasil yang didapat, maka assessment berbasis problem solving pada materi pokok kelarutan dan hasilkali kelarutan (Ksp) yang dikembangkan

(1) Apabila pengurus KJK PEMK tidak dapat memberikan alasan yang dapat diterima sebagaimana dimaksud dalam Pasal 12 ayat (2), maka kewajiban pengembalian dana bergulir dari

Tujuan penelitian ini untuk menentukan tingkat kemiripan sekuens barcode DNA tanaman Anggrek Payus Limondok (Phaius tancarvilleae) dengan spesies kerabatnya yang

kelompok KKN Al-Musyarokah melakukan sosialisasi kepada setiap isntansi pendidikan yang menjadi target kami bahwa kami ingin membantu kegiatan belajar mengajar selama