• Tidak ada hasil yang ditemukan

Guru Granth Sahib Peranan dan Kedudukan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Guru Granth Sahib Peranan dan Kedudukan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KANDUNGAN HALAMAN

1. PENGENALAN 2

2. GURU GRANTH SAHIB 3

3. AJARAN-AJARAN DI DALAM GURU GRANTH SAHIB 5

4. PERANAN GURU GRANTH SAHIB 10

4.1 HARI MELAHIRKAN ANAK

4.2 PERKAHWINAN

4.3 KEMATIAN

5. RUMUSAN 13

(2)

1. PENGENALAN

Agama Sikh merupakan agama kelima yang terbesar dan yang teramai penganut di dunia. Penganut agama Sikh turut di gelar sebagai Sikh yang membawa maksud ‘pengikut, pelajar atau pencari kebenaran’. Dalam mengembangkan agama Sikh, terdapat sepuluh orang Guru yang memainkan peranan penting. Guru-Guru tersebut ialah:

i. Guru Nanak

ii. Guru Angad

iii. Guru Amar Das

iv. Guru Ram Das

v. Guru Arjan

vi. Guru Hargobind

vii. Guru Har Rai

viii. Guru Har Krishan

ix. Guru Tegh Bahadur

x. Guru Gobind Singh

(3)

2. GURU GRANTH SAHIB

Guru Granth Sahib atau turut dikenali sebagai Adi Granth merupakan kitab suci utama bagi agama Sikh. Bagi menamakan kitab suci Sikh, penggunaan Adi Granth adalah yang terawal di mana perkataan Granth membawa maksud koleksi, antologi atau buku manakala perkataan Adi membawa maksud pertama atau utama. Penamaan kitab ini sebagai Guru Granth Sahib muncul selepas tahun 1708 apabila guru kesepuluh melantik kitab tersebut sebagai warisnya. (Ellode 1983 : 28)

Guru Granth Sahib ini telah dihimpunkan oleh Guru Arjan Dev pada tahun 1604 di Amritsar dengan menggunkan bahan-bahan yang telah dikumpulkan oleh Guru Nanak iaitu pengasas agama Sikh dan daripada Guru Amar Das iaitu Guru ketiga dalam agama Sikh yang turut membuat beberapa penambahan sendiri. Penulis atau penyalin kitab suci ini adalah Bhai Gurdas. (Ellode 1983 : 28)

(4)

v. Sadhna- Islam

vi. Kabir- Islam

vii. Bhikhan- Islam

viii. Surdas- Hindu

ix. Sundar- Sikh

x. Kumpulan penyair yang dinamakan ornag-orang Bhat

Guru Granth Sahib kebiasaannya akan diletakkan di atas meja atau tempat yang lebih tinggi di dalam Gurdwara iaitu rumah ibadat agama Sikh. Hal ini adalah kerana masyarakat Sikh menganggap Guru Granth Sahib sebagai seorang raja yang sedang bersemayam di atas singgahsananya. Semasa penganut agama Sikh berkumpul untuk bersembahyang, seorang penganut akan pergi berhampiran dengan Guru Granth Sahib dan mengipasnya dengan satu kipas (chawr). Selain itu, apabila seseorang penganut itu hendak menghadap Guru Granth Sahib hendaklah dia menyembah kitab itu seolah-olah mengadap seorang raja. Disamping itu, mereka hendaklah sujud ke lantai dan memberikan wang persembahan (nazrana).

(5)

3. AJARAN-AJARAN DI DALAM GURU GRANTH SAHIB

Di dalam kitab The Gospel of the Guru Granth Sahib yang ditulis oleh Duncan Greenless, M.A. (Oxon), (The Theosophical Publisihing House, Adyar, Madras, India). Dalam kitab ini terdapat beberapa ajaran dari sabda-sabda Guru agama sikh. Ajaran-ajaran tersebut ialah:

i. Bagaimanakah alam ini terjadi?

Menurut agama Sikh tiada siapa melainkan Tuhan yang Maha Kuasa dimana dengan kuasanya terjadilah alam yang berubah-ubah dari masa ke semasa.

ii. Siapakah Tuhan?

Menurut kitab ini, Tuhan itu sentiasa ada tetapi ia tidak dapat dilihat. Dia adalah Raja, Dia adalah Bapa, Dia adalah pengasih kepada semua yang dijadikannya di seluruh alam ini. Dia terdapat di dalam seluruh alam ini dan Dia juga sebagai sebuah lautan yang suci.

iii. Di manakah Tuhan?

Menurut Guru Granth Sahib Tuhan terdapat di dalam semua yang dijadikannya sebagai rohnya.

iv. Tidak adakah sebuah rumah sembahyang untuk Tuhan?

Menurut Guru Granth Sahib, di seluruh alam, di hati-hati tiap-tiap makhluk, di mana-mana sahaja namanya disebut itulah rumah sembahyang untuk Tuhan.

v. Mengapa Tuhan menjadikan alam ini?

Menurut Guru Granth Sahib, Dia sentiasa suci. Dia menjadikan alam ini supaya dapat peluang kepada diriNya memberikan apa yang Dia miliki kepada orang lain.

vi. Adakah Dia behajat kepada sesuatu?

(6)

vii. Bolehkah kebendaan itu kekal?

Tidak. Kerana kebendaan itu terjadi oleh kehendak atau kuasa Tuhan. Semuanya itu akan musnah apabila tidak dikehendaki lagi oleh Tuhan yang Maha Kuasa.

viii. Kekalkah syurga dan neraka?

Tidak. Tiada apa-apa yang kekal melainkan Tuhan dan roh-roh yang bersatu dengan-Nya.

ix. Adakah alam ini satu benda yang benar?

Oleh sebab alam ini dijadikan oleh Tuhan sendiri maka ia boleh dlihat secara fizikal. Tetapi oleh kerana Tuhan yang menjadikannya maka Dia juga boleh membinasakannya. Oleh itu barulah kita dapati alam ini bukanlah satu benda yang bebas dari kuasa Tuhan. Jika kita bandingkan antara Tuhan dan alam maka kita dapati alam ini adalah seperti bayang-bayang Tuhan atau satu mimpi malam.

x. Alam ini baik atau buruk?

Dengan sendirinya alam ini baik kerana ia dijadikan oleh Tuhan sendiri. Tetapi alam ini akan menjadi buruk bagi roh yang memilih alam ini lebih daripada Tuhan.

xi. Apakah yang dikatakan dosa atau kejahatan?

Dengan sengaja melakukan perkara-perkara yang patut dikhidmatkan kepada Tuhan tetapi dibuat untuk faedah diri sendiri dan mencari kesukaan dunia ini untuk kesukaan sahaja. Maksudnya kita tahu perintah Tuhan tetapi kita tidak taat seperti yang dikehendaki oleh Tuhan yang maha Kuasa itu.

xii. Bagaimnakah kejahatan berlaku di dunia ini ?

(7)

xiii. Mengapa Tuhan membiarkan kejahatan itu ada?

Supaya setiap orang dapat mempelajari melalui pendapatnya sendiri bagaimana hendak menyelamatkan dirinya dan menunjukkan kasih kepada Tuhan. Dengan ini manusia boleh mendapat kebaikan yang boleh menyatukan mereka dengan Tuhan.

xiv. Apakah Tuhan yang jadikan kejahatan yang menguasai dunia ini?

Tuhan menghantar pesuruhnya dengan kuasanya untuk menunjukkan dan mengilhamkan kepada manusia dalam kehiupan yang sebenarnya dan untuk menarik kepercayaan kepada Tuhan dengan contoh-contoh yang diberikan.

xv. Wujudkah syaitan dalam agama Sikh?

Orang yang membuat dosa adalah syaitan tetapi tidak ada siapa yang boleh melawan Tuhan yang Maha Kuasa itu.

xvi. Siapakah manusia?

Manusia adalah keturunan Tuhan. Manusia boleh binasa bila dia menyatukan dirinya dengan perkara dunia yang fana tetapi ia tidak akan binasa jika dia dapat menyatukan rohnya dengan Tuhan.

xvii. Mengapakah Tuhan menjadikan manusia?

Supaya sejenis kejadian yang hidup boleh memilih dan sayang kepada kepada Tuhan dan pada akhirnya boleh bersatu dengan Tuhan,

xviii. Darimankah datangnya roh itu?

(8)

xix. Apakah kewajipan manusia di atas muka bumi ini kepada Tuhan, kepada orang lain dan kepada dirinya sendiri?

Kewajipan manusia di atas bumi ini ialah sayang dan menyembah Tuhan, selalu ingat Tuhan hadir dalam hatinya dan melakukan sesuatu dengan nama Tuhan. Berkhidmat dan menolong manusia dengan merendahkan diri,lemah lembut dan berani. Cita-citanya ingin menjadi penganut Tuhan dan membuat kerja di atas muka bumi ini dengan taat setia kepada Tuhan supaya mendapat mutu yang boleh menolongnya bersatu dengan Tuhan.

xx. Bagaimanakah manusia itu boleh menjadi bebas?

Berhubung dengan Gurunya, mengingati Tuhan setiap masa, taat setia kepada kewajipannya dengan demikian soal mementingkan diri sendiri akan musnah dan seorang itu akan sedar bahawa dirinya tiak berbeza dengan Tuhan.

xxi. Bolehkah manusia membuat ini dengan tidak ada sebarang pertolongan?

Tidak. Untuk mendekati dengan Tuhan kurnia Tuhan adalah yang paling penting sekali.

xxii. Bagaimana Tuhan menolong manusia?

Apabila manusia ini bersedia Tuhan mendatangkan peluang melalui pangajaran agama yang mencontohi perhubungan dengan Tuhan.

xxiii. Mengapa Tuhan tidak memberi pertolongan ini kepada semua orang?

Dengan kehendak Tuhan semua orang mesti ada harapan untuk mendapat pertolongan itu. Tetapi manusia apabila mereka dihantar ke dunia mereka bebas untuk mencari jalan untuk kehidupan mereka. Jika mereka ingin pertolongan ini mereka mesti bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ketika roh itu telah bersedia Kurnia Tuhan akan diturunkan melalui ajaran agama untuk member petunjuk kepada mereka.

xxiv. Apakah keputusan perlakuan yang sebenarnya?

(9)

xxv. Apakah yang akan terjadi kepada orang yang kejam?

Dalam hidup ini mereka melalui hidup yang susah kerana Tuhan tidak member keberkatan kepada mereka. Selepas mereka mati roh mereka berpusing-pusing kerana perbuatan mereka itu. Kemudian apabila giliran mereka menjadi manusia semula sekali lagi mereka akan dapat peluang untuk membaiki hubungannya dengan Tuhan.

xxvi. Kalau begitu bolehkan roh itu kembali ke dalam tubuh manusia?

Tentu boleh, tetapi sehingga dia dapat menghindarkan dirinya daripada kesukaan dunia dengan hati yang penuh dengan kemahuan sebenar kembali kepada Tuhan.

xxvii. Apakah yang patut dibuat oleh orang yang berdosa supaya dapat mengelakkan daripada rohnya berpusing?

Bertaubat dengan dosa-dosanya dengan terus menumpukan ingatan yang tidak berbelah bagi kepada Tuhan. Mereka boleh melakukannya dengan mengamalkan ajaran agama.

xxviii. Bagaimanakah manusia boleh menemui Tuhan yang Maha Kuasa?

Manusia melakukan perbuatannya dengan mengingati Tuhan dalam setiap masa. Oleh itu hatinya menjadi suci dan Tuhan mendekatinnya.

xxix. Bolehkah pengetahuan mengenai ketuhanan diberikan kepada seseorang kepada seseorang yang lain?

Tidak, seorang Guru sahaja yang boleh melakukan demikian iaitu membuka pandangan roh kepada cahaya Tuhan. Sebenarnya Tuhan sendiri memberikan pengetahuannya tetapi melalui Guru.

xxx. Siapakah Guru yang sebenarnya?

(10)

4. PERANAN GURU GRANTH SAHIB

Peranan Guru Granth Sahib dapat dilihat terutamanya di dalam pelbagai keraian-keraian atau upacara-upacara tertentu.

4.1 HARI MELAHIRKAN ANAK

Pada hari seorang anak itu dilahirkan, ianya akan dianggap sebagai suatu yang setaraf dengan pemberian daripada Tuhan. Wanita-wanita akan membuat karah parshad dan membawanya ke Gudwara. Selain itu, romalla iaitu sutera atau kain bertenun benang emas juga akan dibawa untuk diberikan kepada Guru Granth Sahib. Sabda-sabda daripada Guru Granth Sahib juga akan dibaca. Antaranya ialah yang dikarang oleh Guru Arjan semasa kelahiran anaknya, Hargobind dan juga oleh Guru kelima iaitu:

“The supreme Lord has given me his support, the abode of distress and disease is demolished. Men and women alike make merry as God, the Lord masters has extended his mercy to them. O saints, now there is peace everywhere” (Cole & Sambhi 1978 : 112)

Nama anak itu akan diberikan pada hari itu juga jika mengikut adat istiadat masyarakat Sikh di Malaysia dan Singapura. Manakala jika di Punjab mereka akan menamakan atau memberi nama kepada anak mereka pada hari keempat puluh anak itu dilahirkan.

Cara untuk menamakan anak mereka ialah dengan membuka Guru Granth Sahib dan membaca sabda yang pertama pada muka surat tersebut dan di sebelah kiri dan diambil huruf yang pertama. Oleh itu, huruf itu akan dijadikan huruf permulaan bagi nama anak tersebut. Sebagai contoh, jika huruf pertama itu adalah huruf ‘S’ lalu budak itu akan dinamakan dengan “Swaran Singh” jika kanak-kanak itu lelaki manakla jika kanak-kanak itu perempuan, dia akan dinamakan “Sunderjeet Kaur”.

(11)

bacakan sabda-sabda Guru Nanak I kepada anak itu dan dan ibunya. Air gula itu telah diasahkan khanda di dalamnya. Upacara ini juga dinamakan Janam Sanskar.(Gurbachan Singh 1969:60)

4.2 PERKAHWINAN

Dalam adat istiadat perkahwinan pada mulanya seorang imam atau ahli agama menerangkan kepada mereka yang hadir tentang tujuan mereka berkumpul pada hari itu. Selain itu juga imam dalam agama Sikh akan menerangkan tujuan-tujuan berkahwin menurut pandangan dalam agama Sikh dimana perkahwinan bukanlah seperti satu sosial kontrak tapi adalah penyatuan dua jiwa kepada satu. Ini dianalogikan sebagai penyatuan manusia dan Tuhan yang merupakan matlamat utama ketaatan kepada agama.(Gurbachan Singh 1969:61). Antara sabda-sabda yang dibacakan semasa majlis perkahwinan ialah:

“The bride should knowno other man except her husband, so the Guru ordains. She alone is of good family, she alone shines with light who is adorned with the love of her husband. There is only one way to the heart of the beloved, to be humble and true and to do his bidding. Only thus is true union attained. They are not man and wife who have physical contact only. Only they are truly wedded who have one spirit in two bodies” (Cole & Sambhi 1978 : 116)

Seterusnya kedua-dua pengantin akan menghadiri majlis perkahwinan dan tunduk kepada Guru Granth Sahib. Sebaik sahaja mereka duduk, ayah kepada pengantin perempuan akan mengalungkan kalungan bunga kepada Guru Granth Sahib dan mengikatkan dupatta kepada hujung kain skarf yang tergantung di bahu pengantin lelaki. Seterusnya, sabda ini akan dinyatakan:

“Praise and blame I forsake both. I seize the edge of your garment. All else I let pass. All relationship I have found false. I cling to thee, O my Lord”

(12)

mereka akan duduk danayat kedua pula dibacakan dan mereka akan melalukan putaran mengelilingi Guru Granth Sahib buat kali kedua. Ritual ini dilakukan sebanyak empat kali.

(Cole & Sambhi 1978 : 116)

4.3 KEMATIAN

Apabila seseorang meninggal dunia hendaklah dimandikan mayatnya kemudian dipakaikan baju yang lengkap lalu mayat itu dibawa ke tempat pembakaran (shamsan bhumi). Upacara ini dilakukan pada hari itu juga kerana mayat tidak boleh disimpan lama dirumah.

Selepas mayat itu di bakar maka semua orang yang hadir pada masa itu hendaklah pergi ke Gurdwara lalu sembahyang beramai-ramai dan kemudian mereka ini diberi makan halwa. Pada masa inilah Guru Granth Sahib dibacakan. Pembacaan kitab suci ini dibaca di Gurdwara atau di rumah si mati itu.

Dalam agama Sikh semua penganut yang hadir tidak dibenarkan menangis atas pemergian si mati kerana menurut sabda Guru Nanak: “Mati, hidup, lahir, adalah Kuasa Tuhan”. Sebab itulah itulah pembacaan kitab Suci itu dimulakan. Dengan keadaan demikian orang yang datang menziarahi keluarga si mati tidak menangis atau meratap atas kematian itu tetapi datang untuk mendengar bacaan kitab suci tersebut.

Selepas beberapa hari selepas itu atau pada masa lapang, ahli keluarga atau saudara-mara si mati berkumpul dirumahnya atau Gurdwara untuk bersama-sama membaca doa memohon roh simati itu kembali ke rahmat Tuhan. Selepas itu tidak dibenarkan untuk mengingati si mati tersebut. (Gurbachan 1969:63)

5. RUMUSAN

(13)

berdasarkan temubual juga mereka menyatakan bahawa agama Sikh merupakan jalan perdamaian antara kedua agama tersebut dan bersifat lebih universal.

Secara keseluruhannya, Guru Granth Sahib meliputi hampir keseluruhan tatacara serta kepercayaan di dalam agama Sikh. Ini dapat dilihat berdasarkan sabda-sabda yang wujud di dalam Guru Granth Sahib iaitu mengenai:

i. Konsep ketuhanan

ii. Alam dan makhluk

iii. Baik dan buruk

iv. Taraf dan kedudukan Guru

v. Kitab suci

vi. Gudwara

Selain daripada digunakan sebagai bahan bacaan, kitab ini turut digunakan semasa majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, kematian serta kelahiran anak. Walaupun dilihat seolah-olah masyarakat Sikh memuja Guru Grand Sahib seperti masyarakat Hindu memuja para dewa, namun begitu, ia hanyalah sekadar satu penghormatan bagi sebuah kitab yang dianggap sebagai suci.

Secara kritisnya, kitab Guru Granth Sahib bukanlah seperti kitab-kitab suci agama lain seperti al-Quran, Injil dan sebagainya. Ini adalah kerana kitab ini merupakan satu kompilasi daripada kata-kata hikmah atau ajaran-ajaran baik daripada Guru-Guru dan individu lain yang beragama Islam dan Hindu.

RUJUKAN

(14)

Ellade, Mircea. 1983. The Encyclopedia of Religion. Jil 1. New York. Macmillan Publishing Company.

Fisher, Mary Pat. 1999. Living Religion. Ed. 7. Prentice Hall

Referensi

Dokumen terkait

Pembelajaran matematika harus mengalami perubahan dalam konteks perbaikan mutu pendidikan sehingga dapat meningkatkan hasil pembelajaran yang optimal. Oleh karena itu, upaya

ANALISIS PERBAND INGAN MOTIVASI OLAHRAGA PARTISIPAN JAWA BARAT D AN LUAR JAWA BARAT SERTA PENGARUHNYA TERHAD AP KEPUTUSAN MENGIKUTI TAHURA TRAIL RUNNING RACE..

Tentukanlah nilai dari bentuk logaritma dibawah

Suatu penelitian untuk mengetahui efektivitas bakterin bagi pengendalian infeksi bakteri pada farva kepiting bakau (Scylla paramamosarn) dalam pemeliharaan skala massal

 Title: Community Forestry in New Era of encouraging local livelihoods under international climate change and forest conservation policies.  Fund: Japanese

Merupakan model perilaku pembelian yang mempunyai ciri-ciri terdapat keterlibatan mendalam oleh konsumen dalam memilih produk yang akan dibeli dan adanya perbedaan pandangan

Berikut adalah rencana penggujian yang dilakukan pada sistem informasi pendaftaran klinik yaitu dengan menggunakan data uji berupa data masukan dari pengguna. Tabel 7

Sebelum pegulat menguasai teknik-teknik bantingan, pegulat mutlak diharuskan menguasai teknik-teknik dasar. Penguasaan teknik dasar merupakan modal utama untuk meraih