• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN PERSPEKTIF astronomi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN PERSPEKTIF astronomi "

Copied!
229
0
0

Teks penuh

(1)

PENYELIDIKAN TENTANG

MAKANAN

PERSPEKTIF NABAWI DAN

SAINTIFIK

(2)
(3)

PENYELIDIKAN TENTANG

MAKANAN

PERSPEKTIF NABAWI DAN

SAINTIFIK

Editor

:

MOHD YAKUB @ ZULKIFLI MOHD YUSOFF

KHADHER AHMAD

MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK

(4)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Penyelidikan Tentang Makanan: Perspektif Nabawi Dan Saintifik Cetakan Pertama 2016

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISBN: 978-967-5534-52-2

Editor:

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Khadher Ahmad & Monika @ Munirah Abd Razzak

Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Times New Roman dan Traditional Arabic

Diterbitkan oleh:

Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur.

Emel: api_quran@um.edu.my Tel: +603-79676046

Faks: +603-79676143

Dengan kerjasama:

Center for Natural Product Research & Drug Discovery (CENAR)

University of Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel : 03-79674064 Faks : 03-79674193

(5)

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN PRAKATA

v viiii

BAB I

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Halaman

1. PEMAKANAN LABU AIR (CUCURBITA LAGENARIA L.) DARI PERSPEKTIF HADITH: ANALISIS TERHADAP MANFAAT DARI SUDUT SAINS KESIHATAN

Ahmad Za‟im Sabirin Mohd Yusoff, Khadher Ahmad,

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah Abd Razzak

3-16

2. LAWSONIA INERMIS LINNAEUS (INAI) DALAM

AGAMA ISLAM DAN TRADISI SERTA PENEMUAN SAINTIFIK

Muhammad Remy Othman, Mohd Farhan Md Ariffin, Nooraqilah Che Rozenan, Hazrina Hazni, Mohd Rais Mustafa, Khalijah Awang, Rozana Othman

17-34

3. INTERVENSI PENEMUAN SAINTIFIK DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH: TINJAUAN TERHADAP PERSEPSI KESARJANAAN

Selamat Amir, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi

35-46

4. ASPEK PENYEDIAAN PEMAKANAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH: SATU TINJAUAN AWAL

Siti Sarah Izham, Khadher Ahmad, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff

47-56

5. DETERMINATION OF THE CONCENTRATIONS OF

TOTAL REDUCING SUGARS AND TRACE

ELEMENTS IN DIFFERENT TYPES OF DATES Ayman Ahmed Alkhidir Jacknoon

(6)

BAB II

MANFAAT DAN KELEBIHAN PENEKANAN TERHADAP SUNNAH DALAM ASPEK PEMAKANAN

Halaman

6. RAWATAN HERBA DALAM MENGUBATI PENYAKIT FIZIKAL: ANALISIS MENURUT AL-SAHIHAYN Khairunnisa Mohamed Yusoff, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohamad Zaim Isamail

73-86

7. KLASIFIKASI SAYUR-SAYURAN DALAM AL-QURAN DAN KHASIAT PEMAKANANNYA CRITERIA OF CONVENTIONAL DIETS FOR CHILDREN WITH AUTISM

Feezyha Azmi, Siti Patonah Mohamad, Nazean Jomhari, Noor Naemah Abdul Rahman, Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff, Durriyyah Sharifah Hasan Adli KURMA MENURUT AL-QURAN DAN AL-HADITH: PENILAIAN TERHADAP TERJEMAHAN MAKNA KALIMAH AL-RUTAB DAN AL-TAMR

Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Selamat Amir, Zulkarnin Zakaria

119-128

10. PENYALAHGUNAAN SUNNAH NABI DALAM

PELABELAN DAN PROMOSI PRODUK HALAL

Sayidah Asma Basir, Muhammad Remy Othman, Khadher Ahmad

(7)

DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN

Halaman

12. PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN

APLIKASI PRINSIP „UMUM AL-BALWA: SATU

TINJAUAN

Mohd Farhan Md Ariffin, Muhammad Ikhlas Rosele, Muhd Afiq Abd Razak, Mohd Anuar Ramli

161-170

13. TUMBUHAN INAI DALAM AL-QURAN DAN HADITH: MANFAAT DAN CADANGAN LANJUTAN BERASASKAN PENYELIDIKAN SEMASA

Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Monika @ Munirah Abd Razzak, Nurulwahidah Fauzi, Mohd Asmadi Yakob

171-194

14. BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizat Jamaludin

195-206

15. A STUDY OF MALAYSIAN EDUCATION AND PURCHASING PATTERNS ON PROPHETIC FOODS Asmaddy Haris, Aimi Fadzirul Kamarubahrin

207-216

(8)
(9)

lhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah SWT di atas segala kurniaan nikmat-Nya. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat sekalian alam, salam dan sejahtera buat ahli keluarga dan para sahabat baginda SAW yang senantiasa berada di bawah keredaan Allah SWT.

Makanan merupakan nikmat kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai kepada semua makhluk-Nya. Di dalam al-Quran, Allah SWT mengungkapkan perihal makanan bagi menyedarkan manusia tentang tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang Maha menjadikan segala-galanya. Firman Allah SWT;

Terjemahan: “Hendaklah manusia melihat kepada makanannya

(bagaimana Kami mentadbirkannya); sesungguhnya Kami telah

mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan; kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan; lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian; dan buah anggur serta sayur-sayuran; dan zaytun serta pohon-pohon kurma; dan taman-taman yang menghijau subur; dan berbagai buah-buahan serta

bermacam-macam rumput; untuk kegunaan kamu dan haiwan ternakan kamu.” [Surah

„Abasa (80): 24-32]

Tidak memadai sebutan secara umum, Allah SWT juga menyebutkan beberapa jenis makanan secara khusus seperti madu, kurma, anggur, zaytun, tin, delima, pisang, labu, daging, burung, ikan, susu, halia, mentimun, bawang putih, bawang merah dan sebagainya. Makanan-makanan yang disebut Allah SWT ini secara tidak langsung mewakili semua makanan dan minuman berkhasiat yang wujud di atas muka bumi.

Daripada himpunan hadith Nabi SAW, kita dapat perhatikan bahawa Nabi SAW bukanlah seorang yang cerewet dalam hal-hal makanan. Baginda SAW menikmati semua jenis makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat dalam kadar sederhana, iaitu sekadar untuk keperluan badannya sahaja. Meskipun hidup dalam keadaan serba sederhana. Keadaan tersebut tidak menghalang Nabi SAW untuk menikmati makanan yang berkhasiat.

(10)

dapat perhatikan semua kategori makanan yang disyorkan ini dapat dicontohi daripada sunnah baginda Nabi SAW.

Oleh sebab itu, Baginda SAW merupakan seorang yang sentiasa sihat dan cergas. Dikatakan bahawa jika kita mencari seseorang yang tidak pernah sakit melainkan di hujung usianya, maka beliau ialah Nabi Muhammad SAW.

Oleh yang demikian, buku “Penyelidikan Tentang Makanan: Perspektif Nabawi

Dan Saintifik” merupakan sebuah buku yang berusaha untuk mendedahkan

beberapa kajian baru dan kekeliruan yang berlaku berhubung penggunaan istilah sunnah dalam aspek pemakanan sejagat di samping mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian terhadap isu.

Buku ini terdiri daripada empat bab utama iaitu membicarakan mengenai penyelidikan terhadap aspek pemakanan berasaskan kepada Quran dan al-Sunnah dalam bab pertama, diikuti dengan manfaat dan kelebihan penekanan terhadap sunnah dalam aspek pemakanan dalam bab kedua, bentuk-bentuk salah faham, penyelewengan dan kesan terhadap penggunaan istilah sunnah dalam aspek pemakanan dalam bab ketiga dan diakhiri dengan cadangan dan rumusan dalam menangani salah faham penggunaan istilah sunnah dalam pemakanan dalam bab keempat.

Perbincangan dalam setiap bab dalam buku ini adalah hasil daripada penulisan para ahli akademik yang telah dipilih, dinilai dan dibentangkan sempena International Conference On Food Research Based On Sunnah Nabawiah

(ICFRS 2016) yang berlangsung pada 12 April 2016 di Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Semoga segala perbincangan yang telah dikemukakan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan bersama ke arah mengangkat lagi martabat Islam serta mengembangbiakkan lagi pelbagai ilmu untuk manfaat bersama. Akhir kalam, diharapkan segala perbahasan yang dipaparkan mendapat keberkatan Allah SWT dan memberikan sumbangan dalam membangunkan umat Islam dengan jayanya.

Penghargaan ditujukan kepada Universiti Malaya atas pemberian geran penyelidikan TRGS (TR001A-2014A) bertajuk „Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal

Importance in Islamic Products in Malaysia‟.

Wabillahi al-Tawfiq

Sidang Editor.



(11)

(12)
(13)

BAB PERTAMA

PENYELIDIKAN TERHADAP

ASPEK PEMAKANAN

BERASASKAN KEPADA

AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

(14)
(15)

PEMAKANAN LABU AIR (CUCURBITA LAGENARIA L.) DARI PERSPEKTIF HADITH: ANALISIS TERHADAP MANFAAT DARI

SUDUT SAINS KESIHATAN

Ahmad Za„im Sabirin Mohd Yusoff1

, Khadher Ahmad2, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff3, Monika @ Munirah Abd Razzak4



Abstrak

Perbincangan tentang labu menurut perspektif sunnah dapat dirujuk melalui hadith dan kajian saintifik khususnya dalam menjelaskan manfaatnya terhadap kesihatan manusia. Pemahaman yang jelas mengenai pemakanan labu amat penting bagi membuktikan kebenaran kata-kata Rasulullah SAW dan kaedah pemakanan labu yang dijelaskan dalam hadith bagi mencegah dan merawat penyakit. Kajian ini memfokuskan kepada analisis terhadap 115 hadith mengenai labu dalam al-Kutub al-Sittah. Melalui metode analisis induktif dan deduktif, kajian ini memfokuskan perbincangan terhadap pelbagai aspek yang berkaitan labu. Hasil kajian mendapati bahawa labu air (Cucurbita lagenaria L.) adalah salah satu makanan kesukaan Rasulullah SAW. Baginda menyukai buah labu air kerana sifatnya yang sejuk dan menyejukkan badan selain boleh merawat penyakit demam panas, leukimia, hypertension, diarrhea, anthelmintic, diabetes, insomnia, kanser prostat dan rheumatism.

Kata kunci: Lagenaria L., Cucurbitaceace, Manfaat, Sains Kesihatan, al-Kutub al-Sittah

Pengenalan

Labu berasal daripada keluarga Cucurbitaceace. Keluarga ini terdiri daripada 90 genera dan melebihi 700 spesies yang ditanam di setiap pelosok dunia. Namun, kebanyakan spesies ini mati dalam cuaca sejuk. Hanya yang mampu bertahan dengan suhu yang panas sahaja masih hidup dan membesar di kawasan tropika yang dimakan sebagai sayuran atau pencuci mulut. Kebanyakan labu dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan penduduk setempat dan tidak dieksport ke pasaran yang lebih besar sehingga hanya sesetengah spesies labu sahaja dikenali.

1 Pembantu Penyelidik Projek Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur. E-mel: sabirinyusoff92@gmail.com.

2 Pensyarah Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.

3 Profesor dalam bidang tafsir di Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

(UM), 50603 Kuala Lumpur.

(16)

Sesetengah spesies labu mempunyai khasiat yang baik untuk diet seharian. Buah labu digunakan dalam makanan sama ada ianya dimakan secara mentah, dimasak, dibuat jeruk, dijadikan sebagai manisan, dikeringkan atau dijadikan sebagai sos dan dimasukkan dalam masakan kari. Sebahagian spesies labu mempunyai kulit yang keras apabila kering digunakan sebagai bekas makanan dan minuman, alat muzik, dijadikan hiasan dan sebagainya.

Terminologi Labu

Terdapat tiga terminologi bahasa Arab yang merujuk kepada labu iaitu al-Yaqṭīn (ُ نْيِطْقَيلا), al-Qar„ (ُ عْرَقلا) dan al-Dubbā‟ (ُ ءاَّبُّدلا). Al-Quran menggunakan lafaz al-Yaqṭīn manakala hadith pula menggunakan perkataan al-Qar„ dan al-Dubbā‟ yang merujuk kepada labu.

Labu Dalam al-Quran

Lafaz Yaqṭīn tercatat sekali di dalam al-Quran dalam kisah Nabi Yunus AS. Kisah Nabi Yunus AS tercatat dalam Surah al-Ṣaffāt, ayat 139-148:

(17)

Menurut Ibn Manẓūr5, perkataan

Yaqṭīn merujuk kepada semua jenis tumbuh-tumbuhan yang tidak mempunyai batang seperti pokok al-Dubbā‟, al-Qar„, al-Biṭṭīkh6, al-Ḥanẓal7, dan al-Qiththā‟ (timun). Al-Suddī mengatakan perkataan Yaqṭīn adalah sama makna dengan al-Qar„ iaitu labu. Orang Arab pula memanggilnya dengan nama al-Dubbā‟8. Ibn al-Qayyīm al-Jawziyyāh menjelaskan bahawa perkataan Yaqṭīn bermaksud pokok labu, manakala perkataan al-Qar„ dan al-Dubbā‟ pula bermaksud buah labu.9

Labu Dalam al-Kutub al-Sittah

Hadith-hadith berkaitan labu banyak disebutkan dalam al-Kutub al-Sittah iaitu sebanyak 115 hadith termasuk jumlah hadith yang berulang. Jadual 1.0 menunjukkan taburan hadith-hadith berkaitan labu dalam al-Kutub al-Sittah.

Jadual 1.0. Taburan Hadith-Hadith Berkaitan Labu Secara Umum Dalam al-Kutub al-Sittah (Termasuk Jumlah Hadith Berulang) no.hadith 5379, Bāb al-Tharīd, no.hadith 5420, Bāb al-Dubbā‟, no.hadith 5433, Bāb Man Aḍāf Rajulā Ilā Ṭa„ām wa Aqbal Huwa „Alā „Amalih, no.hadith 5435, Bāb al-Maraq, no.hadith 5436, Bāb al-Qadīd, no.hadith 5437, Bāb Man Nāwal Aw Qaddam Ilā Ṣāḥibih „Alā al-Mā‟idah Shai‟ā, no.hadith 5439, satu [1] hadith dalam Kitāb al-Īmān, Bāb Adā‟ al-Khums Min al- Īmān, no.hadith 40, satu [1] hadith dalam Kitāb al-„Ilm, Bāb Taḥriḍ al-Nabiyy SAW Wafd „Abd al-Qais „Ala An Yaḥfaẓū al-Īmān wa al-„Ilm wa Yukhbirū Man Warā‟ahum, no.hadith 87, satu [1] hadith dalam Kitāb Mawāqīṭ al-Ṣolāh, Bāb Qawl Allāh Ta„ālā: Munībīn Ilaih wa Ittaqūh wa Aqīmū al-Ṣolāh wa La Takūnū Min al-Mushrikīn [Rūm:31], no.hadith 523, satu [1] hadith dalam Kitāb Zakāh, Bāb Wujūb Zakāh, no.hadith 1398, satu [1] hadith dalam Kitāb Farḍ Khams, Bāb Adā‟ al-Khums min al-Dīn, no.hadith 3095, dua [2] hadith dalam Kitāb al-Manāqib, Bāb al-Manāqib, no.hadith 3492, Bāb (5), no.hadith 3510, dua [2] hadith dalam Kitāb

5 Ibn Manẓūr, Lisān al-„Arab (Kaherah: Dār al-Ma„ārif, 1996), 11:233.

6 Buah tembikai atau buah semangka. Lihat Dr. Abu Abdullah Hanafi Hj Dollah et al. Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad, 2006), 41.

7 Sejenis buah labu yang pahit. Lihat Ibid., 130.

8 Abū Ja„afar al-Ṭabārī, Muḥammad bin Jarīr bin Yazīd bin Kathīr bin Ghālib al-Āmilī, Jāmi„ al-Bayān fī Ta‟wīl al

-Qurān. ed. Aḥmad Muḥammad Shākir (Kaherah: Mu‟assasah al-Risālah, 2000) 21:114.

9 Ibn Qayyim al-Jawziyyāt, Muḥammad bin Abū Bakr, Al-ib al-Nabawīy, ed. Sa„īd Muḥammad „Abd Khāliq

(18)

al-Maghāzī, Bāb Wafd „Abd al-Qais, no.hadith 4368 dan 4369, tiga [3] hadith dalam Kitāb al-Ashribah, Bāb al-Khamr Min al-„Asal wa Huwa al-Bit„u, no.hadith 5587, Bāb Tarkhiṣ Nabiyy SAW fī Aw„iyah wa Ẓurūf ba‟d al-Nahy, no.hadith 5594 dan 5595, satu [1] hadith dalam Kitāb al-Adab, Bāb Qawl al-Rajul Marḥabā, no.hadith 6176, satu [1] hadith dalam Kitāb Akhbār al-Āḥād, Bāb Waṣāh al-Nabiyy SAW Wufūd al-„Arab an Yuballighū man Warā‟āhum, no.hadith 7266 dan satu [1] hadith dalam Kitāb al-Tawḥīd, Bāb Qawl Allah Ta„ālā: Wa Allah Khalaqakum wa Ma Ta„malūn, no.hadith 7556.

Dalam Ṣaḥīḥ Muslim didapati sebanyak tiga puluh dua [32] hadith berkaitan labu iaitu dua [2] hadith dalam Kitāb Ashribah, Bāb Jawāz Akl al-Maraq wa Istiḥbāb Akl al-Yaqṭīn wa Īthār Ahl al-Mā‟idah Ba„ḍihim Ba„ḍā wa In Kānū Ḍifānā Idhā Lam Yakrah Dhālik Ṣāḥib al-Ṭa„ām, no.hadith 144 dan 145, lima [5] hadith dalam Kitāb al-Īmān, Bāb al-Amr bi al-Īmān bi Allāh wa Rasūlih wa Shara‟i„ al-Dīn Ilaih wa al-Su‟āl „Anh wa Ḥifẓih wa Tablīghih Man Lam Yablighuh, no.hadith 23 , 24 , 25 , 26 dan 28, dua puluh lima [25] hadith dalam Kitāb al-Ashribah, Bāb al-Nahy „An al-Intibādh Fī al-Muzaffat wa al-Dubbā‟ wa al-Naqīr wa Bayān Annah Mansūkh wa Annah al-Yawm Ḥalāl Ma Lam Yaṣir Muskirā, no.hadith 30, 31, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 44, 45, 46, 48, 51, 52, 53, 54, 55, 57, 58, 59, 60, dan satu [1] hadith yang tidak diwakili sebarang nombor.

Labu turut disebutkan dalam Sunan Abū Dāwud sebanyak lapan [8] hadith iaitu satu [1] hadith dalam Kitāb al-Aṭ„imah, Bāb Fī Akl al-Dubbā‟, no.hadith 3782 dan baki tujuh [7] hadith lagi disebutkan dalam Kitāb al-Ashribah, Bāb Fī al-Aw„iyah, no.hadith 3690, 3692, 3693, 3695, 3696, 3697 dan 3700.

Sebanyak empat [4] hadith disebutkan dalam Jāmi„ al-Tirmīdhī iaitu dua [2] hadith dalam Kitāb Abwāb al-Aṭ„imah, Bāb Mā Jā‟a Fī Akl al-Dubbā‟, no.hadith 1839 dan 1850, satu [1] hadith dalam Kitāb Abwāb al-Ashribah, Bāb Ma Jā‟a Fī Karāhiyah An Yanbidh Fī al-Dubbā‟ wa al-Naqīr wa al-Ḥantam, no.hadith 1868 dan satu [1] lagi hadith disebutkan dalam Kitāb al-„Ilal, tanpa dinyakan nama Bāb dan no.hadith.

(19)

Dalam Sunan Ibn Mājah pula hanya terdapat tujuh [7] hadith sahaja berkaitan labu iaitu tiga [3] hadith dalam Kitāb Abwāb Aṭ„imah, Bāb al-Dubbā‟, no.hadith 3302, 3303 dan 3304, empat [4] lagi hadith disebutkan dalam Kitāb Abwāb al-Ashribah, Bāb Al-Nahy „an Tanbīdh al-Aw„iyah, no.hadith 3401, 3402, 3403 dan 3404.

Labu Menurut Perspektif Saintifik

Morfologi Dan Habitat Tanaman Cucurbita lagenaria L.

Cucurbita lagenaria L. adalah salah satu famili tumbuhan Cucurbitatceace

daripada genus Lagenaria Ser. Pokok Cucurbita lagenaria L. adalah jenis pemanjat dengan batang yang mempunyai jalur-jalur panjang dan sulur yang kuat. Sulur biasanya terbahagi kepada dua, satu lebih panjang daripada yang satu lagi. Daunnya ringkas, susunan berselang-seli, membulat bujur, ukuran garis pusat hingga 30cm, dan mempunyai 5 hingga 9 cuping kecil, berbulu serta berbau. Tangkai daun berukuran sehingga 20cm panjang. Bunganya tumbuh pada ketiak daun secara tunggul, berwarna putih dan ukuran garis pusat sehingga 12cm. Isi buahnya berwarna putih dan bertekstur lembut. Buahnya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk, kebanyakannya adalah bulat seperti bentuk air, panjang sehingga 1m atau lebih. Buah yang sudah matang atau tua mempunyai kulit yang keras dan tahan lama.

Rajah 1.0. Gambar pokok Cucurbita lagenaria L.

Cucurbita lagenaria L. dikatakan berasal dari kawasan tropika Afrika dan

sekarang mempunyai taburan di keseluruhan kawasan tropika dunia. Ia juga telah lama ditanam di Asia dan juga Amerika.

Cucurbita lagenaria L. ditanam secara biji dan bercambah antara lima

(20)

menjadi lambat apabila ia mula berbunga iaitu antara 55 hingga 65 hari selepas disemai. Pokok akan terus berbunga selama enam hingga tujuh bulan. Nisbah bunga betina dengan bunga jantan menjadi lebih tinggi dalam keadaan cuaca yang lebih sejuk. Bilangan bunga jenis betina sangat berkurangan jika lebih daripada dua atau tiga labu air dibiarkan menjadi matang dan masak. Buah yang sentiasa dipetik semasa ia masih muda akan menggalakkan tahap penghasilan buah yang baru dan memanjangkan jangka masa penghasilan.

Tanah yang terlalu lembap menyebabkan pokok Cucurbita lagenaria L. lebih mudah diserang penyakit, terutamanya penyakit busuk batang iaitu penyakit utama yang dihasilkan oleh kulat dan virus. Serangga perosak pula terdiri daripada penghisap cecair, pemakan buah dan penebuk daun10.

Sinonim dan Nama Vernacular

Cucurbita lagenaria L. adalah sinomin dengan nama Lagenaria vulgaris, L.

leucantha, dan Lagenaria siceraria (Molina) Standl.11 iaitu labu air12. Ianya

dikenali dengan pelbagai nama dalam bahasa vernakular. Jadual 1.1 menunjukkan kepelbagaian nama dalam bahasa vernakular13 bagi Cucurbita lagenaria L.

Jadual 1.1. Nama-nama Cucurbita lagenaria L dalam bahasa vernakular

Bil. Bahasa Vernakular Nama

1. Malaysia Labu air, Labu botol, Labu manis

2. Inggeris Bottle gourd, Trumpet gourd, Calabash gourd, White-flowered gourd14

3. Perancis Courge bouteille, Calebasse/Calabassier 4. Indonesia Labu air, Labu putih, Kukuk (Jawa Barat) 5. Papua New Guinea Air wara, Sel kambang

6. Filipina Talagay, Cucuzzi, Zucca melon, Upo (Tagalog), Tabungaw (Ilocano), Kalubay (Bisaya)

7. Kemboja Khlôôk

8. Laos Namz taux

9. Thailand Khi-luu-saa (Karen), Namtou (bandar Thailand), Manamtao (utara Thailand)

10. Vietnam B[aa][uf]

11. Sepanyol Cojombro, Guiro amargo

12. Cina Mo kwa, Oo lo kwa

Sumber: Plant Resources of South-East Asia15 dan Vegetables in The Tropics16

10 Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2003), 60.

11 Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8. (Netherlands: Pudoc Scientific Publishers, 1993). 190.

12 Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan. 60.

13 Bahasa vernakular ialah bahasa yang dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu. Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005), 432, entri “vernakular.”

14 Whitaker, Thomas W. dan Davis, Glen N. Cucurbits Botany, Cultivation, and Utilization. (New York: Interscience

(21)

Kandungan Nutrisi Cucurbita lagenaria L.

Labu air atau Cucurbita lagenaria L. mengandungi nutrisi dan kimia yang berbeza-beza pada buah, kulit buah, biji benih dan daun.

1. Buah

Buah labu air mengandungi 2.5% karbohidrat, 0.2% protien, 0.1% lemak (termasuk yang diekstrak), 0.6% serat, 0.5% bahan mineral, <0.01% kalsium dan fosforus, 0.7 mg/100g iron, 11.0 mg/100g sodium, 4.5μg/kg iodine dan 15.8μg/g retinol. Selain itu, buah labu air turut mengandungi komposisi asid amino yang terdiri daripada 0.8mg leucines, 0.9mg phenylalanine, 0.3mg valine, 0.4mg

tyrosine, 0.4mg alanine, 0.5mg threonine, 0.2mg glutamic acid, 0.3mg serine,

0.6mg asparticacid, 1.9mg cystine, 0.3mg cystiene, 0.4mg arginine dan 0.3mg/g

proline.

Bagi bahagian buah labu air yang boleh dimakan pula mengandungi 44μg

thiamine, 23μg riboflavin, 0.33mg niasin, 13 mg/100g ascorbicasid dan choline.

Buah labu adalah sumber terbaik bagi vitamin C, vitamin β-carotene, vitamin

B-complex, pectin dan 16.02mg/g choline. Buah labu turut mengandungi

triterpenoids, 22-deoxocurbitacin-d dan 22-deoxosiocucurbitacin d.17

Rajah 1.1. Struktur triterpenoids (22-deoxocurcubitacin-D dan 22-deoxoisocurcubitacin-D) daripada Cucurbita lagenaria L.

2. Kulit

Kulit buah labu air pula mengandungi 17.5% crude protein, 18.1% cellulose, dan 8.0% lignin.18

3. Biji Benih

Biji benih labu pula mengandungi komposisi amino asid. Bagi 100g biji benih labu air, terdapat 2.41g aspertic acid, 0.85g threonine, 1.24g serine, 4.71g

glutamic acid, 0.83g boline, 1.44g glycine, 1.22g alaine, 0.49g cystine, 1.33g

16 Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics (London: Macmilan Education LTD, 1983). 171.

17 Lim, T. K. "Benincasa hispida cv-gr. Wax Gourd." dalam Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants, Springer

(22)

valine, 0.70g methionine, 0.99g isoleucine, 0.80g tyrosine, 1.72g pheylalanine, 0.72g histidine, 0.87g lysine dan 4.77g arginine.19

4. Daun

Daun labu air mengandungi 83ml air, 43 kalori, 4.4g protein, 0.3g lemak, 8g karbohidrat, 1.8g serat, 88mg fosforus dan 7.4 ferum.20

Secara ringkasnya, bahagian tumbuhan labu air yang boleh dimakan ialah isi buah dan daun sahaja. Jadual 1.2 menunjukkan jumlah nilai nutrisi dan kimia dalam 100g isi buah labu air dan daun.

Jadual 1.2. Jumlah nilai nutrisi bagi 100g bahagian tumbuhan labu air yang boleh dimakan

Bil. Nutrisi Bahagian Tumbuhan

Isi Buah Daun

1. Air (ml) 93 83

2. Kalori 21 43

3. Protein (g) 0.5 4.4

4. Lemak (g) 0.1 0.3

5. Karbohidrat (g) 5 8

6. Serat (g) 0.6 1.8

7. Kalsium (mg) 443 -

8. Fosforus (mg) 34 88

9. Ferum (mg) 2.4 7.4

10. Vitamin β-carotene equiv. (μg) 25 -

11. Thiamine (mg) 0.03 -

12. Niasin (mg) 0.4 -

13. Asid absorbic (mg) 10 -

Sumber: Vegetables in the Tropics21

Manfaat Amalan Pemakanan Labu Air Menurut Fiqh al-Hadith dan Kajian Sains

Amalan memakan buah labu dalam diet seharian mampu merawat beberapa jenis penyakit iaitu:

1. Demam Panas

Menurut Imam al-Nawawī dalam al-Minhāj22, buah labu mampu menyembuhkan

demam panas dan demam al-Rib„. Demam al-Rib„ ialah demam yang berlaku pada hari pertama kemudian hilang selama dua hari tetapi kembali semula pada

19 Axtell B.L. dan Fairman R.M., Minor Oil Crops: Edible oils Food and Agriculture Organization of the United Nations dalam FAO Agricultral Service Bulletin 94 (Rome, 1992), dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.fao.org/docrep/X5043E/x5043E07.htm#Bottle gourd

20 Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics. 91. 21 Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics. 91.

(23)

hari keempat. Hal ini kerana labu adalah bersifat sejuk dan mampu menyejukkan dan menurunkan suhu badan.

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad23, terdapat banyak sebab-sebab terjadinya demam. Malah demam sendiri didefinisikan oleh pelbagai orang dengan pelbagai ukuran. Seseorang dikatakan mengalami demam apabila bacaan suhu badannya melebihi bacaan suhu badan yang normal 36.5-37.5°C (98-100°F). selain itu, demam berlaku apabila suhu badan seseorang di waktu pagi melebihi 37.2°C (>98.9°F) atau suhu badan seseorang di waktu petang melebihi 37.7°C (>99.9°F) dan perbezaan suhu sepanjang hari 0.5°C (0.9°F). Oleh itu, demam haruslah diukur menggunakan thermometer bagi mendapatkan bacaan suhu tubuh.

Buah labu bersifat analgesik iaitu bertindak sebagai ubat yang dapat meredakan rasa sakit tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran. Hal ini berlaku kerana isi buah labu mengandungi vitamin C yang menguatkan sistem imunisasi badan terutamanya apabila dimakan semasa demam.24 Vitamin C adalah vitamin larut air juga dikenali sebagai Ascorbic Acid membantu mengawal dan mengurangkan selsema.25

2. Barah Darah (Leukimia)

Leukimia ialah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sumsum tulang. Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Gejalanya ialah lemah dan letih lesu, kurang selera makan dan kurang berat badan, bengkak dan gusi berdarah, sakit kepala, bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati, limfa dan lain-lain.26

Leukemia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel tidak matang dan terus membahagi dan membiak. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (Hematological

Neoplasm).

Penyakit leukimia berlaku disebabkan kekurangan komposisi nutrisi dan kimia dalam tubuh badan kerana kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian. Buah labu adalah salah satu sayur yang mampu mencegah dan merawat penyakit Leukimia kerana isi buahnya mengandungi

23 Zubaidi Hj Ahmad, “Apakah PuncaDemam?”, laman sesawang drzubaidi.com, dicapai pada 18 Disember 2015, http://drzubaidi.com/blog/apakah-punca-demam/

24 Muhammad Akhbar Abdullah, “Manfaat Vitamin C: Berapa Dos Yang Diperlukan Sehari?”, laman sesawang Healthmassa, dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/manfaat- vitamin-c-berapa-dos-yang-diperlukan-sehari/

25 Norman, “Vitamin C: Fungsi dan Kelebihannya”, laman sesawang Dr Norman-Live to Serve!, dicapai pada 18 Disember 2015, http://doknorm.blogspot.my/2012/08/vitamin-c-fungsi-dan- kelebihannya.html

(24)

bahan antioksidan yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya.

3. Hipertensi

Hipertensi (Hypertension) atau darah tinggi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Dengan kata lain, penyakit darah tinggi atau hipertensi merupakan satu tekanan di dalam sistem pengaliran darah yang membolehkan darah mengalir daripada jantung melalui arteri terus ke vena dan kembali ke jantung.27

Pesakit darah tinggi digalakkan memakan buah labu air yang telah direbus tanpa kulit bagi mengurangkan tekanan darah tinggi. Hal ini kerana pengambilan buah labu air dalam diet seharian mengurangkan tekanan darah dalam arteri dan kadar jantung.28

4. Diarea

Diarrhea ialah diarea iaitu keadaan yang dicirikan sebagai penyakit buang air

besar (najis cair) yang terlalu kerap pengulangannya. Diarea lebih dikenali dengan penyakit cirit-birit. Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selepas rawatan simptomatik diberi serta-merta. Bagi orang dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, jika penghidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Menurut Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, buah labu bersifat sejuk dan lembap. Isi buah labu adalah lembut dan empuk serta cepat kesannya. Buktinya, buah labu mampu melegakan perut yang sakit kerana buah labu mudah meninggalkan perut walaupun belum hancur sempurna. Sekiranya buah labu direbus dan airnya dicampur dengan madu akan menghasilkan banyak cairan tubuh yang membantu proses pembuangan najis.

Antara masalah utama berlaku diarea ialah masalah kekurangan beberapa jenis vitamin seperti vitamin B, asid folic, vitamin B-complex, thiamine, vitamin D, kalsium, protien dan tenaga yang menyebabkan masalah darah yang tidak sihat, kebas-kebas anggota kaki dan tangan, terencat perkembangan tulang dan sebagainya.

27 Nurul Syafiqah, Soal Jawab Penyakit (Selangor: Era Ilmu Sdn. Bhd., 1995), 47.

(25)

5. Kecacingan (Anthelmintic)

Secara ringkas, tanda-tanda kecacingan bergantung kepada jenis cacing yang terlibat dan bagaimana cacing ini boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada perumah. Secara umumnya, terdapat tiga jenis cacing iaitu; [Pertama] Cacing kerawit (ancylosotomadoedenali necator americanus) yang boleh menyebabkan anemia, tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing. [Kedua] Cacing gelang (ascaris

lumbricoides, ascaris suum) yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit, saluran

pemakanan tersumbat dan tindak balas alergi. [Ketiga] Cacing rambu (Enterobius

vermicularis) yang menghalang makanan daripada dihadamkan dengan

sempurna, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur dan aktiviti menggaru boleh menyebabkan jangkitan.

Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Amit Kumar yang menggunakan sebatian daun labu air yang telah dikeringkan dan dikisar lumat sebelum dicampur dengan air dan methanol menunjukkan aktiviti anthelmintic yang mampu melumpuhkan cacing seterusnya membunuhnya dalam perut. Cacing-cacing tersebut dibuang dari perut melalui dubur semasa proses pembuangan najis besar.29

6. Diabetes

Diabetes ialah keadaan yang dicirikan dengan perembesan dan perkumuhan air kencing yang berlebihan yang dikenali dengan penyakit kencing manis. Penyakit diabetes ialah sejenis penyakit di mana terdapat paras kandungan gula yang sangat tinggi dalam darah seseorang yang menghidapinya. Kandungan gula yang tinggi yang melebihi paras normal ini menjelma dalam air kencing.

Penyakit kencing manis berpunca apabila tubuh seseorang itu tidak mengimbangi tahap gula dalam badannya disebabkan kurang insulin atau kurangnya keberkesanan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas. Oleh itu tisu tidak boleh menyerap gula dan menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi tinggi. Dalam keadaan ini, gula tersebut akan ditapis keluar oleh buah pinggang dan keluar bersama air kencing. Selalunya pesakit kecing manis akan diperiksa air kencingnya bagi menentukan tahap gula di dalamnya. Lazimnya, jika tahap gula dalam darah tinggi, tahap gula dalam air kencingnya juga tinggi.

Pokok labu air sering digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun temurun di kebanyakan negara bagi mengubati penyakit diabetes mellitus. Satu kajian yang telah dijalankan dalam makmal menggunakan pucuk daun labu air ke atas sekumpulan tikus yang dijangkiti penyakit diabetes. Hasil kajian memdapati bahawa pucuk daun labu air membantu mengawal tahap gula dalam darah tanpa

29 Amit Kumar dan Sangh Partap, In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria siceraria Leaves in Indian Adult

(26)

menghasilkan hypolycemia disebabkan kandungan flavonoid dan polyphenolic yang terdapat pada pucuk daun tersebut.30

7. Insomnia

Insomnia ialah ketidakupayaan tidur iaitu ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau „merehatkan minda‟ melebihi beberapa minit.

Menurut Dr Muhammad Akbar Abdullah31, sekiranya anda susah untuk melelapkan mata atau mengekalkan tidur yang lena, ini bermakna anda mempunyai penyakit insomnia. Insomnia berlaku disebabkan oleh tekanan emosi, tekanan hidup seperti kematian orang tersayang, dibuang kerja dan sebagainya, suasana yang tidak tenteram seperti bunyi yang bising, lampu yang terang di kamar tidur, waktu tidur yang tidak teratur terutama bagi golongan pekerja yang berkerja mengikut shif, kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit seperti heartburn, lelah, migrain, arthritis dan sebagainya. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh menjadi puncanya. Sekiranya tidak dibendung, insomnia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mengantuk semasa berjaga, sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugasan, sakit atau pening kepala, letih, kemurungan, kurang selera makan dan naik berat badan.

Insomnia berlaku adalah disebabkan kekurangan vitamin B1 atau tiamin yang akan membuat hilangnya nafsu makan, gangguan pencernaan, sembelit, lemah otot, denyut nadi lebih lambat, depresi dan mudah tersinggung. Berdasarkan fakta farmakologi, buah labu mengandungi vitamin B1 atau tiamin yang membantu mengatasi masalah gangguan tidur atau insomnia.

8. Kanser prostat

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.32

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin

30 Prerona Saha, Upal K. Mazumder, Pallab K. Haldar, Sriparna Kundu Sen dan Sagar Naskar, Antihyperglycemic Activity of Lagenaria siceraria Aerial Parts on Streptozotocin Incudec Diabetes in Rats, dicapai pada 15 Januari 2015, http://www.idb.hr/diabetologia/11no2-3.pdf.

31 Muhammad Akhbar Abdullah, “6 Tips Rawatan Penyakit Insomnia”, laman sesawang Healthmassa, dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/tips-rawatan-penyakit-insomnia/

(27)

tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak di antara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.33

Biji labu merupakan diet pemakanan yang baik untuk lelaki. Biji labu mengandungi unsur alanine, glisina, glutamate, fitosterol dan mineral zink serta magnesium yang diperlukan oleh kelenjar prostat. Kandungan fitiserol yang terdapat dalam biji labu dapat membantu untuk mengimbangi tumbesaran prostat dan seterusnya menggalakkan penghasilan hormon testosterone yang dapat meningkatkan kandungan sperma lelaki.

Kesimpulan

Terdapat banyak persamaan antara fiqh al-ḥadīth dan saintifik dalam menjelaskan manfaat labu untuk kesihatan tubuh badan manusia. Labu air adalah sumber vitamin, serat dan protien mampu merawat dan mencegah penyakit-penyakit yang sering dialami oleh manusia seperti kencing manis, sakit jantung, kecacingan, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Buah labu yang dimakan secara mentah lebih baik kerana seluruh kandungan vitaminnya dapat diserap oleh tubuh badan berbanding dengan buah labu yang telah dimasak yang boleh menghilangkan jumlah kandungan vitamin.

Penghargaan

Penghargaan ditujukan kepada Universiti Malaya atas pemberian geran penyelidikan TRGS (TR001A-2014A) bertajuk „Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal

Importance in Islamic Products in Malaysia‟.

Rujukan

Abū Zakariā Muḥy al-Dīn Yaḥya bin Sharaf al-Nawawī. Al-Minhāj Sharḥ Ṣaḥīḥ

Muslim bin al-Ḥajjāj. Beirut: Dār Iḥyā‟ al-Turāth al-„Arabī, t.t.

Amit Kumar dan Sangh Partap. “In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria siceraria Leaves in Indian Adult Earthworm”. Journal of Pharmacognosy and

Phytochemistry bil 1:4, dicapai pada 3 Januari 2015.

http://www.phytojournal.com/vol1Issue4/Issue_nov_2012/5.1.pdf

Arief Budiman Abdul Aziz, “Kanser Prostat”, laman sesawang MyHealth

Kementerian Kesihatan Malaysia, dicapai pada 22 Disember 2015,

http://www.myhealth.gov.my/index.php /kanser-prostat

(28)

Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2003.

Dr. Abu Abdullah Hanafi Hj Dollah et al. Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad, 2006.

Faszly Rahim, Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Aminah Abdullah. Indahnya

Pemakanan dan Perubatan Islam. cet. ke-1, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.

Bhd., 2015.

Ibn Manẓūr. Lisān al-„Arab. Kaherah: Dār al-Ma„ārif, 1996.

Ibn Qayyim al-Jawziyyāt, Muḥammad bin Abū Bakr. Al-Ṭib al-Nabawīy, ed. Sa„īd Muḥammad „Abd Khāliq. Beirut: Dār al-Fikr, 1957.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,

2005.

Lim, T. K. "Benincasa hispida cv-gr. Wax Gourd" dalam Edible Medicinal And

Non-Medicinal Plants. Springer Netherlands (2012).

Muhammad Akhbar Abdullah, “6 Tips Rawatan Penyakit Insomnia”, laman sesawang Healthmassa, dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/tips-rawatan- penyakit-insomnia/

Muhammad Akhbar Abdullah. “Manfaat Vitamin C: Berapa Dos Yang Diperlukan Sehari?”. laman sesawang Healthmassa. dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/manfaat- vitamin-c-berapa-dos-yang-diperlukan-sehari/

Norman. “Vitamin C: Fungsi dan Kelebihannya”. laman sesawang Dr

Norman-Live to Serve!, dicapai pada 18 Disember 2015,

http://doknorm.blogspot.my/2012/08/vitamin-c-fungsi-dan- kelebihannya.html

Nurul Syafiqah, Soal Jawab Penyakit. Selangor: Era Ilmu Sdn. Bhd., 1995. Prerona Saha, Upal K. Mazumder, Pallab K. Haldar, Sriparna Kundu Sen dan

Sagar Naskar. Antihyperglycemic Activity of Lagenaria siceraria Aerial Parts

on Streptozotocin Incudec Diabetes in Rats, dicapai pada 15 Januari 2015,

http://www.idb.hr/diabetologia/11no2-3.pdf.

Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8. Netherlands: Pudoc Scientific Publishers, 1993.

Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics. London: Macmilan Education LTD, 1983.

Vishal Ramhari Mali dan Subhash Laxaman Bodhankar. Effect of Lagenaria

siceraria (Ls) Powder on Dexamethasone Induced Hypertension in Rats.

Whitaker, Thomas W. dan Davis, Glen N. Cucurbits Botany, Cultivation, and

Utilization. New York: Interscience Publishers, Inc., 1962.

Zubaidi Hj Ahmad. “Apakah Punca Demam?”. laman sesawang drzubaidi.com, dicapai pada 18 Disember 2015, http://drzubaidi.com/blog/apakah-punca-demam/

(29)

LAWSONIA INERMIS LINNAEUS (INAI) DALAM AGAMA ISLAM DAN TRADISI SERTA PENEMUAN SAINTIFIK

Muhammad Remy Othman34, Mohd Farhan Md Ariffin35, Nooraqilah Che Rozenan36, Hazrina Hazni37, Mohd Rais Mustafa38, Khalijah Awang39, Rozana

Othman40



Abstrak

Hampir 80% penduduk dunia ketiga masih menggunakan tumbuhan herba sebagai perubatan mereka yang dikenali dengan nama “pengubatan tradisi” traditional knowledge (TK) telah banyak di pasaran kini.41 Kertas candangan ini, ingin menggariskan kepentingan tumbuhan terpilih iaitu tumbuhan inai (Lawsonia inermis L.) kerana tumbuhan inai amat berpontensi sebagai ubat-ubatan selain daripada hiasan pewarna semulajadi. Inai dilaporkan sebagai salah –satu ramuan perubatan dalam tradisi perubatan melayu seperti rawatan sengal-sengal badan, merawat bengkak dalam perut, pening kepala, cuit dan perecut, keradangan, keguguran, berkhatan dan juga dalam merawat barah tulang.42 Kajian fitokimia mendapat sebatian utama inai adalah lawson, kamferol dan kuersetin.43

Kata kunci : Inai (Lawsonia inermis L.), pengetahun tradisi dan fitokimia

Pengenalan

Terdapat beberapa tumbuhan yang disebut di dalam al-Quran dan Hadith berkaitan dengan kegunaan dalam perubatan Alam Melayu, antaranya pokok bidara, buah delima, halia, serai, madu, jintan hitam (habbatussauda), kurma ajwah, bawang merah (duan) , pisang emas (kulit) dan pokok inai.44

Kertas candangan ini, ingin menggariskan kepentingan tumbuhan terpilih iaitu tumbuhan inai (Lawsonia inermis L.) kerana tumbuhan inai amat

34 Pelajar Pascasiswazah PhD, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).

35 Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). 36 Pelajar Pascasiswazah Sarjana, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM). 37 Pelajar Pascasiswazah PhD, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM). 38 Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), 50603 Kuala Lumpur.

39 Profesor Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.

40 Pensyarah Kanan, Jabatan Farmasi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), 50603 Kuala Lumpur. 41 Herba Malaysia (2014). Berita harian bertarikh 28 mei 2014.

42 Fatan Hamamah Hj. Yahya (2003) Potensi tumbuh-tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Jurnal e-bangi. Boleh diakses: eprints.ukm.my/75/1/Fatan-1.pdf .

43 Endrini, S. (2007). Comparing of the Cytotoxicity Properties and Mechanism of Lawsonia inermis and Strobilanthes

crispus Extract Against Several Cancel Cell Lines. Journal Medical Sciences, 7(7), 1098-1102.

(30)

berpontensi sebagai ubat-ubatan. Dilaporkan daun inai digunakan dalam perubatan melayu yang kaya dengan sumber ubatan dan telah diamalkan dan digunakan dalam rawatan sengal-sengal badan, merawat bengkak dalam perut, pening kepala, cuit dan perecut.45

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyenaraikan kandungan fitokimia yang ada dalam inai dan potensi perubatan yang ada dalam inai yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Kegunaan inai pada Alam Melayu di Malaysia dan beberapa negara yang menggunakan inai sebagai ramuan dalam ubatan mereka.

Asal Usul Inai Dan Taburannya

Nama saintifik inai adalah Lawsonia inermis Linn. sinonim Lawsonia alba Lam, berasal daripada keluarga Lythraceae seperti pokok delima. Asal Lawsonia

inermis tidak diketahui. Bukti bahasa menyokong asal usul dalam bidang

Baluchistan (Iran/Pakistan) ke barat India, di mana ia masih boleh ditemui tumbuh di hutan. Ia merebak ke arah timur ke seluruh India dan Indonesia, dan ke arah Barat ke Timur Tengah di mana ia menjadi salah satu tumbuhan yang penting dalam Islam. Bagaimanapun, telah disebutkan dalam Al-kitab (Bible) untuk minyak wanginya ('kopher') dan di Mesir Purba ('kwpr')46. Ia kemudiannya dibawa oleh tentera Islam dan pedagang dari Saudi ke Sepanyol, Utara Afrika, Madagascar, Maluku, Indo-China dan Jepun. Inai kebanyakannya ditanam di halaman rumah dan pengeluaran komersial adalah terhad kepada beberapa tempat di India, Pakistan, Iran, Mesir, Libya, Niger dan Sudan. Di Afrika ia sering menjadi aktivis alam sekitar, terutamanya di tanah aluvium di sepanjang sungai. Di Madagascar ia telah menjadi begitu biasa di sepanjang beberapa sungai yang tidak ada keperluan untuk penanaman dan kini tumbuh di hampir seluruh kawasan tropika. 47,48

Morfologi Pokok Inai

Inai merupakan tumbuhan renek herba, dan boleh mencapai ketinggian 6 meter. Bercirikan dikot dan berbuah dua tahun sekali.49 Daun inai tumbuh secara berpasangan di sisi batang dan ranting. Inai adalah tumbuhan muda untuk tahun pertama dan tahun ke dua. Daun tidak mempunyai kandungan lawsone tinggi, dan rantingnya tidak mempunyai duri lagi. Pada peringkat matang, duri mula terbentuk di hujung tunas daun semasa proses tidak aktif (dormant). Daunnya yang telah matang berwarna gelap, dengan bintik-bintik kehitaman. Buah inai

45 Fatan Hamamah Hj. Yahya (2003) Potensi tumbuh-tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Jurnal e-bangi. Boleh diakses:

eprints.ukm.my/75/1/Fatan-1.pdf .

46 P. C. M. Jansen, D. Cardon (2005). Dyes and tannins. Volume 3 of Plant resources of tropical Africa, ISSN 1877-430X

47 Borade, A. S., Kale, B. N., & Shete, R. V. (2011). International Journal Of Pharmacy & Life Sciences. Int. J. of Pharm. & Life Sci.(IJPLS), 2(1), 536-541.

48 Diakses pada 4 april 2016. http://uses.plantnet-project.org/en/Lawsonia_inermis_(PROTA)

(31)

masak pada akhir musim panas. Dalam setiap buah inai terdapat purata 40-45 biji. Inai mempunyai warna bunga yang berbeza. Bunga putih dipanggil jenis alba, tetapi ia digunakan untuk pewarna kuning, merah jambu dan merah. Inai membiak melalui keratan batang dan juga biji benih. Tumbuhan ini sukakan kelembapan tetapi boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lama.50,51

Gambar Pokok Inai Bunga Pokok Inai

Nama Tempatan Bagi Inai

Camphire (Eng. King James Version of the Bible), Hana (Arab. Yemen),

Henna, Cypress Shrub (English), Henne (Spinish)

Hinna, Panna (Persian) Inai (Malaysia)52, kopher (Hebrew)53 Kurinji (Tamil) Kuravamee (Telgu) Kypors (Greek)

Medhika, Medika,Dviranta, Kokanda (Sanskirt) Mhendi (Hindi, Urdu, Guj., Beng., Mar.), Pacar Jawa (Indonesia),

50 Burkill, H.M., 1995. The useful plants of West Tropical Africa. 2nd Edition. Volume 3, Families JL. Royal Botanic Gardens, Kew, Richmond, United Kingdom. 857 pp.

51 Jain, V. C., Shah, D. P., Sonani, N. G., Dhakara, S., & Patel, N. M. (2010). Pharmacognostical and preliminary

(32)

Kegunaan Dan Manfaat Inai

Inai merupakan sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan tinggi.54 Inai telah digunakan secara turun temurun sejak 9000 tahun dahulu.55 Daun inai juga telah digunakan selama berabad di Timur Tengah, Timur Asia dan Utara Afrika sebagai pewarna untuk kuku, tangan, rambut dan kain (tekstil). Inai turut digunakan untuk mengubati penyakit kulit, sakit kepala, pening,56 penyakit demam kuning, demam kura dan amebiasis.57 Daun inai penting dalam perubatan tradisional58 dan pembuatan pewarna (dye) kosmetik.59 Tumbuhan inai digunakan sebagai bahan pemerah di kuku dan rambut.60

Inai Di Zaman Rasulullah SAW

Menurut kamus Bahasa Arab, al-Hinna‟ (ُ ءاَّنِحْلا) bermaksud sejenis tumbuhan yang ma„aruf (dikenali ramai).61 Pokok inai mempunyai daun seakan-akan daun

pokok delima. Ia mengeluarkan bunga putih seperti pokok anggur dan dari daunnya boleh mengeluarkan warna merah sebagai pewarna (khidab).62 Kegunaan inai pada zaman rasullullah digunakan sebagai perubatan seperti mengurangkan sakit pada kaki, bisul, dan menghitamkan rambut. Kegunaannya dibahagikan mengikut bahagian tumbuhan, seperti daun digunakan sebagai pewarna semulajadi untuk dijadikan hiasan di kuku, jari dan kaki dengan pelbagai corak.

Inai tidak disebut di dalam al-Quran tetapi ada pendapat yang merujuk “kāfūra” di dalam ayat al-Quran [Surah al-Insān (76): 5] “Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah kāfūr.” Ramai mufassir berpendapat bahawa “kāfūra” merujuk kepada kapur (Camphor Malaya- Dryobalanops aromatica keluarga Dipterocarpaceae ataupun Cinnamon camphora dari keluarga Lauraceae berasal dari China dan Jepun) tetapi ada mufassir dalam Tafseer-i Majidi berpendapat sesuatu yang berbeza camphor yang berada di dunia dan ia tidak memudaratkan.63

54 Amit S. Borade, Babasaheb N. Kale, Rajkumar V. Shete, A Phytopharmacological Review on Lawsonia inermis (Linn.), (t.tp: International Journal of Pharmacy and Life Sciences, 2011), 2 (1), 536.

55 Gagandeep Chaudhary et al. Lawsonia inermis Linnaeus: A Phytopharmacological Review. International, 2010. 56 Fatin Hamamah Hj. Yahaya, Potensi Tumbuh-Tumbuhan Sebagai Ubat-Ubatan, Bahagian Arkib Jurnal e-Bangi,

(Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003), 1-13.

57 Amebiasis ialah penyakit yang terjadi di saluran pencernaan. Lazimnya, ia merebak ketika seseorang makan dan minum sesuatu yang tercemar dengan kuman bernama Entamoeba histolytica.

58 Gagandeep Chaudhary, Sandeep Goyal, Priyanka Poonia, Lawsonia inermis Linnaeus: A Phytopharmacological

Review, (t.tp: International Journal of Pharmaceutical Sciences and Drug Research, 2010), 2 (2), 91.

59 A.E Musa, G.A Gasmelseed, Characterization of Lawsonia inermis (Henna) as Vegetable Tanning Material, (t.tp: Journal of Forest Products and Industries, 2012), 1 (2), 36.

60 Noresah Baharom et al. (2002). Kamus Dewan (ed.3). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 61 Al-Nawawi, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Misr: al-Matba‟ah al-Misriyyah bi al-Azhar, 15: 95.

(33)

Ini disokong dengan pendapat Dr M.I. H Farooqi, “kāfūra” itu merujuk kepada inai berdasarkan penggunaan dari segi bahasanya diambil dari Al-Kitab(Bible) Kopher seperti Delima di dalam Al-Quran menggunakan “Rumman” dan di dalam Bible (Hebrew) sama dengan Rimmon. Katanya lagi sifat inai sama dengan kafur iaitu sejuk, harum dan wangi tetapi ia tidak toksid seperti kapur (Camphor- Dryobalanops aromatica). Dr Farooqi mencadang “kāfūra” ditukar kepada Lawsonia inermis iaitu Inai kerana tidak toksid, namanya berdasarkan penggunaan bahasa dari AlKitab (Bible). 64

Hal ini, memerlukan kajian demi kajian sari sudut saintifik dan kajian istilah penggunaan kafur kerana di dalam hadith juga banyak perkataan kafur digunakan seperti hadith berkenaan dengan memandikan jenazah dengan kafur yang berbunyi dari Ummu „Atiyyah RA berkata, tatkala Zainab binti Rasulullah RA meninggal dunia, Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami; “Mandikannya dengan bilangan ganjil, tiga atau lima kali, dan jadikanlah mandian kelima daripada kapur atau air yang bercampur kapur. Apabila kamu telah selesai memandikannya, beritahulah kepadaku.” Ummu „Atiyyah RA berkata lagi, maka kami pun memberitahu baginda SAW dan baginda SAW memberikan kain sarungnya kepada kami dan bersabda; “Pakaikanlah ia dengan kain ini (sebagai kain kafan).”65

Mengikut kitab mufradāt al-Qurān, “kāfūra” yang dimaksudkan adalah pokok yang diambil darinya kapur berwarna putih bersih, sejuk dan wangi. Rasanya pahit dan digunakan untuk melawan bau busuk dan sebagainya. Al-Fayruz Abadi mengatakan “kāfūra” dan al-Qafur adalah sesuatu yang putih lagi wangi dan terdapat di dalam pokok yang terkenal di negeri India.66 Oleh demikian, secara logiknya “kāfūra” yang dinyatakan dalam al-Quran amat sinonim dengan kapur yang berasal daripada Barus. Sehubungan itu, para

mufassir dari Indonesia seperti Hasbi as-Shiddieqy67 dan Hamka68

menterjemahkan “kāfūra”dengan kapur barus.69

Di dalam hadith Rasullullah S.A.W. Inai kerap disebut. Banyak hadith menyebut tentang inai dan cara penggunaannya.70 Terdapat empat perkara yang dinyatakan di dalam hadith berkenaan dengan inai. Antaranya adalah seperti beikut:-

64 Dr. Mohamed Iqtedar Hussein Farooqi - Henna or Camphor in the Light of Quran A Scientific Study. Diakses di http://www.irfi.org/articles4/articles_5001_6000/henna_or_camphor_in_the_light_of.html

65 (Hadith riwayat Muslim)

66 Zulkifly Mohd Yusoff, et al, Kamus al-Quran, (Kuala Lumpur: PTS Islamika, t.t), 629.

67 Hasbi as-Shiddieqy, Tafsir al-Quranul Majid, Cet. II, (Semarang: Pustaka Rizki Putra Semarang, 1995), 5: 4259. 68 HAMKA, Tafsir al-Azhar, (Jakarta: Pustaka Panjimas, 1983), XXIX: 268.

69

Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad, Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff, Khalijah Awang, Rozana Othman, Monika@Munirah Abd Razzak, Raja Jamilah Raja Yusof, Nurulwahidah Fauzi dan Mohd Asmadi Yakob (2015). Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru. UiTM Jurnal Intelek (2015) Vol 10 (1): 12-24.

(34)

I. Nilai warna yang dibenarkan

Dari Abu Dhar RA, dari Nabi SAW sabdanya: “Sesungguhnya yang terbaik untuk mengubah (mewarnakan) uban dengannya ialah inai dan katam (sejenis dengan inai).” 71

Dari Abu Rimthah berkata: aku dan ayah menghadap Rasulullah SAW. (Ketika itu) rambutnya panjang (mencapai hujung daun telinga) yang diwarnakan dengan inai serta sedang memakai dua pakaian berwarna hijau.72

Diriwayatkan bahawa al-Hakim Ibn „Amru al-Ghiffari pernah masuk bersama aku dan saudaraku mengadap „Umar Ibn al-Khattab dalam keadaan aku memakai inai dan saudaraku memakai sufrah. Maka „Umar RA berkata kepadaku dan saudaraku: “Inilah khidab (pewarna) Islam dan itulah khidab Iman.” Adapun khidab dengan warna hitam adalah makruh di sisi ahl-al-„Ilm tanpa ragu-ragu sebagaimana jawapan Imam Ahmad apabila ditanya: Adakah makruh mewarnakan (khidab) dengan warna hitam? Maka dijawab oleh Imam Ahmad: “Ya”.73

Dari Abu Rimthah katanya: Aku dan ayahku menghadap Rasulullah SAW, maka Rasulullah bertanya kepada ayahku: Siapa ini? Maka dijawab: “Dia anak ku.” Baginda bersabda, "Janganlah kamu hukum (berlaku jahat kepadanya). (Ketika itu) dia mewarnai janggutnya dengan inai.” 74

II. Nilai perbezaan antara tangan lelaki dan perempuan

Dari „A‟ishah RA, seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda SAW. Lalu baginda melihat tangan itu seraya bersabda: "Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan". Perempuan itu menjawab: "Aku seorang wanita". Baginda bersabda: "Sekiranya kamu seorang wanita, berbezalah (dengan lelaki) dengan memakai inai (di jari)".75

Dari Abu Hurayrah RA meriwayatkan seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan inai dibawa ke hadapan Rasulullah SAW. Dikatakan kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-Naqi' (sebagai hukuman dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang solat."76

71 (Hadith riwayat al-Tirmidhi, Abu Dawud, al-Nasa‟i & Ibn Majah) 72 (Hadith riwayat Abu Dawud)

73 (Hadith riwayat Ibn Majah)

(35)

III.Nilai mengubat luka (bisul) dan luka terkena duri

Dari „Ali bin „Ubaidillah, dari datuknya, Salmi RA yang pernah melayani Nabi SAW berkata: “Apabila Rasulullah SAW luka (bisul) atau tertusuk duri, maka baginda SAW memerintahku untuk meletakkan inai di atas luka tersebut.77

IV.Nilai mengubat sakit di kaki

Telah diceritakan kepada kami Fa‟id hamba „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi‟, dari tuannya, „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi‟, dari datuknya Salmi, khadam Rasulullah SAW katanya: “Jika ada seseorang mengeluh kepada Rasulullah SAW akan sakit kepala yang menimpanya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu, “Berbekamlah! Dan jika ada orang yang mengeluh kepada Baginda SAW tentang sakit pada kedua belah kakinya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu. Balutlah dengan inai.” 78

Pengaruh Inai Di Alam Melayu

Di alam Melayu elemen pokok Inai amat sinonim dengan kebudayaan orang melayu sebagai penghias halaman rumah, sumber ukiran pintu dan tingkap, pantun dan lagu rakyat, dan perubatan melayu. Elemen adat perkahwinan sebagai contohnya dalam adat berbalas pantun yang berfungsi sebagai peraturan dalam masyarakat Melayu.79 Bahkan inai digunakan sebagai sumber komestik dan ubatan.

Awal Bismillah nenepek inai, Inai ditepek di tapak tangan; Mari berdoa beramai-ramai, Supaya pengantin di dalam aman.

Penggunaan inai di majlis-majlis perkahwinan umpamanya sekiranya pengantin perempuan tidak memakai inai di jari sebagai perhiasan tidak lengkap dan berseri pengantin perempuan tersebut. Hiasan inai dijari bakal pengantin perempuan biasanya dilakukan diupacara pertunangan. Secara tidak lansung orang ramai diberitahu bahawa anak dara yang berinai dijari sudah dipinangi. Inai ini diperolehi dari pokok inai yang memang mudah didapati di halaman rumah Melayu.80

Lagu rakyat Terengganu istilah „Jong Inai‟ digunakan. Ini memberikan perkataan inai sudah lama wujud di alam Melayu seiring dengan usianya. 81

77 (Hadith riwayat al-Tirmidhi & Ibn Majah) 78 (Hadith riwayat Abu Dawud).

79 Abdulla Sani Ahmad, Jamil Abu Bakar, dan Fawazul Khair Ibrahim (2006). Kajian elemen rekabentuk landskap Melayu. Jabatan Senibina , Fakulti Alam Bina, UTM. http://eprints.utm.my/2806/3/74226.pdf

80

Abdullah Sani Ahmad, Jamil Abu Bakar, Fawazul Khair Ibrahim dan Hazel Khamis. Senibina Landskap Melayu Tradisi - Analisis Dari Perspektif Nilai. Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia. 81 Prof. Dr. Maimun, Hidayat b Syafie, Mohd Radzi b Othman, Mohd Riduan b Khairi. Tajuk: Jong Di Alam Melayu

(36)

Jong jong inai Mak ipong waja wali Sepak tunggul inai Berdarah ibu kaki

Foto Seni Ukiran Inai di pintu rumah Melayu.82

Kegunaan Etnobotani Di Alam Melayu, Malaysia

Ilmu perubatan tradisi Alam Melayu kaya dengan etnobotanini yang merupakan satu cabang etnosains yang penting. 83 Etnobotani merupakan gabungan antara dua istilah iaitu, Etno merujurk kepada “ethnic” iaitu ras, suku kaum ,bangsa dan juga merujuk kepada sesuatu kawasan tertentu. Botani pula merujuk sub disiplin dari ilmu sains biologi yang berkaitan dengan tumbuhan bahagian-bahagian tumbuhan. Maka gabungan etnobotani adalah satu bidang imu yang berkaitan dengan hubungan dan interaksi antara etnik dengan sesuatu tumbuhan. Secara dasarnya ia merujuk kepada satu bidang kajian multidiplin yang diasaskan oleh pengentahuan tentang penggunaan tumbuhan oleh sesuatu etnik.

Perubatan alam Melayu dilaporkan dalam buku Medicine in Malay

Villages jilid 2, ramuan adalah seperti jadual di bawah.84

Jenis sakit Cara rawatan

Kelahiran Daun inai direbus dan hasil rebusan dijadikan ubat meroyan

Berkatan Daun inai ditumbuk dan ditampal (poultice).

Keradangan kulit Daun inai ditumbuk dengan kunyit dan beras, dan ditampal (poultice).

Sakit perut Daun inai direbus dan dijadikan sebagai minuman. Luka Daun inai ditumbuk dan ditampal (poultice). sakit sendi dalam

badan dan kembung perut

Ambil daun, keringkan dan jadikan serbuk; kemudian campurkan dengan telur kuning dan lumurkan pada tempat yang sakit.

Keluruhan jari Ambil segemgam daun inai; dan sedikit alum (tawas). Kisar sehingga menjadi halus kemudian dicampur

82

Diakses di http://dayudesigns.tumblr.com/page/20

83

Mat Rofa Ismail (2009). Ilmu Hikmah Dalam Kajian Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu. Seminar bulanan

(37)

dengan perahan limau. Selepas itu letakkan pada kawasan jari dan biarkan ia sehingga merasa lega.

Penyakit

singgah-ramuan tadi diambil dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Kisarkan. Kemudian balutkan ramuan tadi dengan daun pisang raja (plantaif) dan letakkan pada panggang abu api. Aplikasikan pada bahagian kemaluan perlahan-lahan selagi tahan dan biarkan lega.

Dalam siri pengajian pengubatan Islam di Darussyifa‟ buku ke 2 dan ke 3 dalam rawatan penyakit jasmani I dan II, Tuan Guru Dato‟ Haron bin Din telah menyatakan beberapa rawatan yang menggunakan inai. Antaranya barah tulang dan sakit kepala.

1. Dalam rawatan barang tulang. Tiga buah delima yang diambil kulit dan pangsa buah , satu genggam daun inai dan ibu kunyit sebesar ibu jari dikisar sehingga hancur. Kemudian kisaran tersebut dimasukkan ke dalam mangkuk putih yang tiada sebarang corak dan tulisan. Bancuhan tersebut hendaklah dikacau dengan akar rumput sambau, iaitu dengan memegang batang rumput sambau manakala akarnya mengacau kapur. Semasa mengacau dibaca dengan ayat rukyah yang diajarkan doa rawatan penyakit barah. Sapukan bancuhan tersebut dengan menggunakan akar rumput sambau di kawasan tempat tulang yang sakit. Lakukan pada 3 hari berturut-turut.

2. Menurut Tuan Guru dalam rawatan sakit kepala berdasarkan sepotong hadith, Rasulullah S.A.W pernah merawat sakit kepala dengan menggunakan inai. Kaedah rawatan dengan menggunakan inai adalah dengan memasukkan beberapa helai daun inai yang telah didoakan. Air tersebut digunakan untuk membasahkan kepala. Boleh juga dibalutkan kepala dengan daun inai yang telah dipecahkan dalam bekas air tadi

Pengunaan Inai Di India

Inai digunakan secara turun temurun sejak 9000 tahun dahulu. Inai merupakan simbol kesuburan bagi kaum India. Ia menjadi amat dekat dengan kaum India kerana faktor penyejuk yang terdapat padanya. Maka tidak hairanlah sekiranya inai banyak digunakan sebagai hiasan pemerah kaki dan jari pada kebanyakkan majlis-majlis keramaian seperti majlis berinai, majlis kenduri, dan lain-lain. Satu kajian yang dijalankan di India mendapati inai merupakan herba penting dalam tamadun Ayurveda (Ayurvedic).85

85 “The plant (henna) has been reported to have analgesic, hypolycemic, hepatoprotective, immunostimulant, anti -flammatory, antibacterial, antimicrobial, antifungal, antiviral, antiparasitic, ntitrypanosomal, antidermatophytic, antioxidant, antifertility, tuberculostatic and anti-cancer properties. It is now considered as a valuable source of

Gambar

Gambar Pokok Inai
Fig 3: The relation between the element in sample 3
Fig 4: The relation between the element in sample 4
Figure 1 below is the frequency of purchasing patterns of Malaysian towards prophetic foods based on their level of education
+5

Referensi

Dokumen terkait