• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTERVENSI PENEMUAN SAINTIFIK DALAM AL-QURAN DAN AL SUNNAH: TINJAUAN TERHADAP PERSEPSI KESARJANAAN

Selamat Amir107, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi108



Abstrak

Selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan teknologi kini, pelbagai penemuan saintifik telah menjadi pemangkin kepada fakta dan isharah yang telah dikemukakan menerusi al-Quran dan al-Sunnah sebelumnya. Hal ini bukan sekadar menyerlahkan kemukjizatan yang terkandung dalam mesej al-Quran dan al-Sunnah, malah mengukuhkan lagi kedudukan ilmu wahyu sebagai sumber tertinggi dalam peradaban Islam. Namun kepelbagaian metodologi dalam implimentasi kedua bidang ilmu ini telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan sarjana mahupun ulama. Justeru, melalui penelitian kualitatif, kajian ini bertujuan meninjau persepsi kesarjanaan dalam intervensi al-Quran dan al-Sunnah melalui penemuan sains dan fokus kajian tertumpu dalam aspek saintifik tabii. Hasil kajian menunjukkan sikap sarjana terhadap isu ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu; Pertama, Sarjana yang menolak intervensi al-Quran dan al-Sunnah dengan penemuan saintifik. Kedua, Sarjana yang menerima intervensi ini namun meletakkan prinsip dan dawabit. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada kelestarian implimentasi al-Quran dan al-Sunnah dan teknologi semasa.

Kata kunci: Penemuan Saintifik, Al-Quran dan Al-Sunnah,

Persepsi Sarjana, Saintifik Tabii

Pengenalan

Perkembangan gagasan keilmuan al-Quran dan al-Sunnah pada hari ini adalah hasil daripada interaksi terhadap perkembangan intelektual semasa. Jika dilihat menerusi sejarah perbahasan ilmu yang terkandung di dalam al-Quran dan al- Sunnah, khasnya pada zaman Rasulullah SAW, tidak wujud pelbagai pengelasan ilmu secara formal, perbahasan dan perdebatan seperti yang terdapat pada hari

107 Felo Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Emel: selamat_amir@yahoo.com/selamat_amir@um.edu.my.

ini, disebabkan pada ketika itu Rasulullah SAW berperanan sebagai seorang „pakar rujuk‟109

dalam pelbagai isu.

Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa sumber primer tamadun Islam serta evolusi pembentukan sains Islam, di sekitar seratus tahun pertama Hijrah, mempunyai hubungan erat dengan epistemologi pengajian Islam. Al-Quran dan al-Sunnah yang sarat dan padat dengan rujukan. Ia menganjur serta mendorong umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis dan mengguna akal semaksimum mungkin untuk manfaatnya110. Misalnya al-Tabataba„i telah membuktikan bahawa al-Quran dan al-Sunnah telah memaparkan kedudukan ilmu yang tinggi dan peranan ilmu pengetahuan dalam kehidupan insan serta setiap individu Muslim agar mencari, mengkaji, mengumpul dan memanfaatkan ilmu pengetahuan111.

Kegemilangan Ketamaduan Keilmuan Islam

Sifat keterbukaan yang wujud dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam ini merupakan faktor dalaman yang mendorong umat Islam menguasai ilmu sains dengan cemerlang dan gemilang, sehingga aplikasi dan implikasi sains juga menjadi lebih realistik dan bukan sekadar mistik. Qadir112 memperkatakan bahawa perkembangan sains dalam ketamadunan Islam, adalah terhasil daripada interaksi dan integrasi mantap antara sumber agung ajaran Islam dan adaptasi sumber keilmuan asing.

Misalnya perkembangan teknologi yang pesat pada hari ini telah membawa perubahan yang besar dalam tradisi menguak nilai keilmuan khususnya dalam al-Quran dan al-Sunnah. Penggabungan kepakaran saintifik telah membuka suatu era baru terhadap nilai dan rahsia dalam ayat al-Quran dan saranan Rasulullah SAW dalam setiap sunnah yang ditinggalkan. Walaupun pengkajian elemen kemukjizatan dalam al-Quran lebih menonjol, namun secara tidak langsung telah membawa kepada pengkajian terhadap kemukjizatan berdasarkan al-Sunnah kerana sifatnya sumber wahyu utama itu saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Dalam tradisi pengkajian al-Quran dan al-Sunnah menerusi implimentasi saintifik kini, komponen pengkajian utama yang sering mendapat perhatian dalam kalangan sarjana ialah mengenai penelitian saintifik tabii atau ilmu al- Kawniyyah.

109 Mustafa al-Azami, Sejarah teks al-Quran sampai Kompilasi, terj. Sohirin Solihin (Jakarta: Gema Insani Press, 2005), 54

110 Ziauddin Sardar, Explorations In Islamic Science (London & New York: Mansell Publishing Limited, 1989), 15. 111 Alias Azhar, Faktor Pembangunan dan Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam, Jurnal Hadhari, Institut Islam

Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, (Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, bil .3, 2010), 43-59 112 Qadir, C. A, Philosophy And Science In The Islamic World (London & New York: Croom Helm Ltd, 1988), 36.

Definisi Saintifik Tabii

Istilah saintifik berasal daripada kalimah sains iaitu bermula dari kalimah sienz, ciens, cience, syence, scyens, scienc, sciens, scians atau dalam bahasa Inggeris

disebut science. Kesemua istilah ini berasal dari frasa scientia yang bermaksud knowledge atau ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya, cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata.113.

Kepelbagaian pandangan berkenaan istilah saintifik ini telah diperincikan antaranya oleh Medawar (1984)114 dan Bueche (1986)115. Namun pada hemah pengkaji pandangan oleh Shaharil (1987) yang dirumuskan oleh Mohd Yusof Othman adalah merupakan satu argumentasi terbaik untuk menginterpretasikan saintifik berdasarkan kajian ini iaitu satu analisis fenomena secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai116.

Manakala istilah „Tabii‟ adalah bermaksud sesuatu yang bersifat alamiah yang terhasil daripada proses-proses tertentu117 meliputi kejadian alam, kejadian manusia dan kejadian makhluk keseluruhannya118. Istilah Tabii adalah induksi ilmiah daripada perkataan Bahasa Inggeris yang boleh diterjemahkan sebagai;

universe, cosmos, animated, creature dan the world. Di antara pengertian tersebut, pengkaji mendapati istilah universe adalah menepati makna Tabii

berdasarkan definisi yang dihuraikan oleh The Chambers Dictionary 10th Edition, iaitu: “the cosmos; a system of stars such as the galactic system; the whole system if things; all that is; the world, everyone”119.

Manakala idea kritis yang dikemukakan oleh Encyclopedia Americana

telah memberi definisi „universe‟ yang lebih luas dan holistik, iaitu: “refers to the totality of existing and processes. Since in this sense

the term includes reference to all modes of natural existence,

113 Tahir Ahmad al-Zawi, Tartib al-Qamus al-Muhit, 281. Lihat juga Kamus Dewan, ed. ke-4, 511, entri “saintifik”. Manakala menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka saintifik diertikan sebagai satu istilah yang mengikut kaedah sains; teratur atau bersistem seperti ilmu sains. Lihat laman sesawang Persuratan

Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, dicapai 3 Mac 2012,

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saintifik, entri “saintifik”.

114 Peter Brian Medawar, The Limit of Science (Oxford: Oxford University Press, 1988), 108.

115 Frederick Bueche, Introduction to physics for scientists and engineers (New York: McGraw-Hill, 1986), 2.

116 Mohd Yusof Othman, “Penerokaan Al-Quran melalui Sains” dalam Wacana Sejarah dan Falsafah Sains – Sains dan Masyarakat, ed. Mohd Yusoff Hj Othman (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009), 638. Lihat juga. Kamus Dewan, ed. ke-4, 1367, entri “saintifik”.

117 Interpretasi umum daripada sesuatu situasi. Kamus Dewan, ed. ke-4, 1072, entri “natural”. 118 Ibid.

119 Ian Brookes et al., The Chambers Dictionary 10th Edition (Edinburg: Chambers Harrap Publisher Ltd., 2006), 1686.

Lihat juga kesimpulan umum Mohamed Akhiruddin Ibrahim, “Pentafsiran Ayat Kawniyyah : Kajian Terhadap

Metodologi Muhammad Al-Amin Al-Harari Dalam Tafsir Hada'iq al-Rawh wa al-Rayhan fi Rawabi 'Ulum al-

Qur'an” (Tesis Kedoktoran Jabatan al-Quran al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2013), 31.

various science such as astronomy, physics and biology

contribute to man‟s understanding”120

.

Maksudnya: “merujuk kepada keseluruhan entiti yang wujud dan proses yang sedia ada. Berdasarkan kepada pengertian istilah ini ia termasuk semua bidang kewujudan semula jadi, pelbagai ilmu sains seperti astronomi, fizik, biologi menyumbang kepada pemahaman manusia”.

Manakala jika dilihat dari perspektif Bahasa Arab, perkataan yang paling hampir dengan makna Tabii ialah al-Kawniyyah121. Menurut Ibn Manzur

etimologi kalimah al-Kawniyyah ialah berasal daripada perkataan kawn yang merupakan kata terbitan dari kata kerja kana122, yang bermaksud semua makhluk

yang terdapat di alam ini sama ada hidup atau tidak123, atau alam yang wujud, dan ia juga membawa maksud satu jumlah perkara yang wujud, mempunyai tempat dan masa124. Kawn juga bermaksud komponen jirim yang membentuk alam. Al-Kawn al-A„la adalah terjemahan eksklusif kepada Allah SWT, manakala al-Kawnan pula ditujukan kepada fenomena dunia dan akhirat. Al-Kawni adalah

kalimah yang digunakan oleh masyarakat Arab untuk menunjukkan perkara yang disandarkan kepada alam. Justeru ilmu al-Kawniyyah adalah ilmu yang

membicarakan tentang hakikat umum penciptaan alam dari aspek kejadian, sudut asal dan keadaannya125.

Berdasarkan istilah-istilah yang telah dinyatakan tadi, maka al-Kawniyyah

boleh didefinisikan sebagai ayat yang membicarakan tentang alam semesta, iaitu segala ciptaan Allah SWT yang berada di langit dan di bumi, yang boleh dikenal pasti menerusi mata kasar atau sebaliknya126. Atau disebut oleh Osman Bakar dengan lebih spesifik dalam tiga keadaan fundamental; keadaan material atau bendawi; keadaan psikik atau animistik dan keadaan spiritual atau malakut127. Secara umumnya juga dikategorikan dalam alam lembut dan alam kasar.128

120 Kren Fairchild et al., Encyclopedia Americana (Danbury: Grolier Incorporated, 2000), 27:777.

121 Al-Marbawi, Kamus al-Marbawi (Kuala Lumpur: Darul Fikir, 2008), 985. Mohd Khairi Zainuddin et al., Kamus al-

Miftah: Mu„jam „Asri , ed. ke- 2 (Shah Alam: al-Azhar Media Enterprise, 2008), 1418.

122 Ibn Manzur, Lisan al-„Arab, 5:3959. Lihat juga Abu Mansur Muhammad bin Ahmad al-Azhari, Tahdhib al-Lughoh (Qaherah: Maktabah li al-Nashr wa al-Tawzi‟, 1973), 10:376.

123 Karim al-Sayid Ghanim, Al-Isharat al-„Ilmiyyah fi al-Quran al-Karim Bayn al-Dirasah wa al-Tatbiq (Qaherah: Dar al-Fikr al-„Arabi, 1995), 226.

124 Mohamed Akhiruddin Ibrahim, “Pentafsiran Ayat Kawniyyah : Kajian Terhadap Metodologi Muhammad Al-Amin Al-Harari Dalam Tafsir Hada'iq al-Rawh wa al-Rayhan fi Rawabi 'Ulum al-Qur'an”, 30.

125 Mahir Ahmad al-Dawfi, Ayat al-„Ulum al-Kawniyyah (Beirut: Maktabah al-„Asriyyah, 2008), 1:79.

126 Menurut Dr. Muhsin „Abd al-Majid, kesemua komponen ini dapat dikenal pasti apabila pengamatan dan penyelidikan rinci terhadap al-Quran dan pengetahuan semasa. Lihat Muhsin „Abd al-Majid, Tatawwur Tafsir al- Quran (Baghdad: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, 1998), 225.

127 Osman Bakar, Tauhid & Sains: Perspektif Islam tentang Agama dan Sains, 93-94. 128 Ibid.

Bidang Kajian Saintifik Tabii Dalam Al-Quran Dan Al-Sunnah

Penelitian terhadap bidang kajian saintifik tabii al-Quran dan al-Sunnah adalah sangat luas seperti yang pernah disebut oleh Imam al-Ghazali129, al-Razi130 dan Tantawi Jawhari131, yang meliputi isyarat jelas atau sebaliknya (hint -

suggestion). Bagi membincangkan topik ini, pengkaji telah membuat

pembahagian ayat kawniyyah (saintifik tabii) berdasarkan tema yang dikenal pasti

mendominasi di dalam karya-karya saintifik tabii al-Quran terkini, seperti yang diketengahkan oleh Zaghlul al-Najjar, iaitu132;

i. Alam Semesta: iaitu ayat yang meliputi astronomi133, astrologi134, meteorologi135, geologi136, oseanografi137, zoologi138, botani139 dan fenomena alam seperti kejadian hari kiamat.

ii. Penciptaan Manusia: ayat yang berkaitan tema ini merangkumi elemen embriologi140, arkeologi141, fisiologi142 dan genetik143. iii. Kesihatan: ia merangkumi perawatan penyakit, ubat-ubatan,

pemakanan dan kebersihan.

Sikap Sarjana Terhadap Implementasi Saintifik Dalam Al-Quran Dan Al- Sunnah

Refleksi terhadap perkembangan tradisi keilmuan Islam kini, ulama sentiasa peka terhadap pengaruh dan penyerapan unsur asing dengan sentiasa meletakkan syarat dan batasan dalam setiap perbahasan. Penetapan ini bukanlah untuk

129 Thomas Glick et al., Medieval Science, Technology, and Medicine: An Encyclopedia (New York: Routledge Taylor & Francis Group, 2005), 194. Martin Whittingham, Al-Ghazali and the Qur'an: One Book, Many Meanings (New York: Routledge Taylor & Francis Group, 2007), 45.

130 Thomas Glick et al., Medieval Science, Technology, and Medicine: An Encyclopedia,155. Sally Ganchy, Islam and Science, Medicine, and Technology (New York: The Rosen Publishing Group, 2009), 30. David Deming, Science and Technology in World History, Volume 2: Early Christianity, The Rise of Islam and The Middle Ages (North Carolina: McFarland Company, 2010), 92-94.

131 Tantawi al-Jawhari, al-Jawahir fi Tafsir al-Quran (Qaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi, t.t.), 1:2-3. Lihat juga Hassan

Hanafi, “Method of Thematic Interpretation of The Quran”, dalam The Qur‟an as Text, ed. Stefan Wild (New York: Korn Brill, 2007), 200-201.

132 Selamat Amir et al., “Scientific Assimilation In The Interpretation Of The Qur‟ān: An Approach To Zaghlūl El-

Najjār‟s Work Entitled „Tafsīr Al-Ayah Al-Kawnīyyah Fī Al-Qur‟ān Al-Karīm‟” Al-Bayan Journal (Journal of Al- Quran & Al-Hadith), Department of Al-Quran & Al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, v. 10, no. 2 (December 2012), 60-61. Elemen ini juga turut ketengahkan di dalam karya beliau yang lain yang cukup terkenal antaranya ialah kitab al-I‟jaz al-I‟lmi fi al-Sunnah al-Nabawiyyah yang telah diterjemahkan dalam versi bahasa melayu yang berjudul Keajaiban Sains Dalam Hadith terjemahan Nor Hasanuddin dan Faisal Salleh terbitan al-Hidayah Publication Sdn. Bhd. Lihat juga Lihat Zaghlul al-Najjar, Tafsir Al-Ayah Al-Kawniyyah Fi Al-Quran Al- Karim 1:9.

133 Ilmu Falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang). Kamus Dewan, ed. ke-4, 86, entri “astronomi”.

134 Ilmu Nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang-bintang). Ibid.,

135 Sains tentang atmosfera dan fenomenanya, terutamanya cuaca dalam ramalan cuaca. Ibid., 1029 136 Sains tentang asal usul sejarah, struktur, komposisi dan kaji bumi. Ibid., 460.

137 Ilmu tentang segala aspek yang berkaitan dengan lautan. Ibid., 1104

138 Sains biologi alam haiwan termasuk pengelasan, kehidupan, tabiat dan strukturnya. Ibid., 1817. 139 Cabang biologi yang berkaitan dengan kehidupan tumbuh-tumbuhan. Ibid., 204.

140 Salah satu cabang perubatan yang mengkaji perkembangan embrio. Ibid., 388.

141 Cabang ilmu tentang struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Ibid., 78. 142 Proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma. Ibid., 412. 143 kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat). Ibid., 458.

menghadkan atau menghalang perkembangan ilmu, sebaliknya sebagai satu mekanisme agar setiap perbincangan sentiasa dalam mandala keagamaan. Dalam erti kata lain mengelak berlakunya ketaksuban dan pemesongan dari prinsip dan etika Islam yang sebenar144.

Justeru, walaupun bidang ini semakin giat dikaji oleh para ilmuwan, namun terdapat pendapat dalam kalangan ulama yang menerima dan menolak implimentasi ilmu al-Quran dan al-Sunnah menerusi perspektif saintifik kini. Ini kerana menerusi pengamatan pengkaji, sememangnya wujud segelintir sarjana yang taksub dan rigid ketika menginterpretasikan saintifik semasa dalam pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah sehingga tersasar dari prinsip sebenar. Namun dalam kajian ini pengkaji cuba mencari titik pertemuan dalam kedua-dua pendapat demi kemaslahatan sejagat dan kelangsungan keilmuan saintifik menerusi intervensi al-Quran dan al-Sunnah berdasarkan isu semasa. Justeru menerusi metode analisis deduktif, pengkaji merumuskan beberapa idea kesarjanaan terpilih yang harus diteliti, antaranya:

Al-Ghazali

Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali adalah merupakan salah seorang sarjana

terawal yang memberikan sokongan terhadap penggunaan metode pentafsiran saintifik al-Quran dan al-Sunnah. Beliau menyatakan, segala jenis ilmu yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah bertujuan menerangkan kekuasaan Allah meliputi zatNya, perbuatanNya dan sifatNya. Ilmu ini pada asasnya tiada penghujungnya. Semakin dikaji semakin berkembang selaras dengan pengetahuan manusia. Justeru segala yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah adalah merupakan rumuz (simbol) dan dilalah (bukti/petunjuk)

terhadap keagungan Allah SWT. Hal ini tidak akan dicapai melainkan menerusi pengamatan dan penyelidikan yang rencam berdasarkan pengetahuan ilmiah semasa.145

144 Situasi ini dapat dilihat menerusi aliran pemikiran falsafah Barat tradisional dan moden. Dalam aliran tradisional, pemisahan secara total kerangka tauhid dalam menginterpretasikan matlamat menerusi pengamatan terhadap alam membentuk aliran yang disebut sebagai aliran idealisme. Abdul Rahim Hamdan, Falsafah & Pemikiran Pendidikan (Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2011), 7-9. Lihat juga Ahmad Suhelmi, Pemikiran Politik Barat, ed. ke- 3, (Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama, 2007), 72. Dan aliran realisme (Aliran ini juga dikenali sebagai aliran materialisme atau naturalisme). Ibid. h. 41-43. Lihat juga Ninian Smart, Falsafah Dunia (Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara, 2009), 406. Hal ini turut dikenal pasti dalam aliran pemikiran falsafah Barat moden yang dikenali sebagai aliran pragmatisme. Ibid., 73-75. Lihat juga Theo Huijbers, Filsafat Hukum Dalam Lintasan Sejarah (Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 1982), 146. Dan aliran eksistensialisme. Pemesongan yang paling ketara dalam kesemua aliran ini ialah mereka bebas untuk memilih dan menentukan cara untuk mencapai matlamat khasnya dalam soal metafizik. Daripada pemikiran ini juga lahir kelompok dari umat sendiri yang memahami inti pati ajaran Islam berdasarkan perspektif Liberal dan sekular yang jelas terpesong dari landasan Islam yang sebenar. Lihat Ibid., 101-103. Lihat juga Jan Hendrik Rapar, Pengantar Filsafat (Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 1996), 117.

145 Al-Ghazali, Ihya‟„Ulumuddin (Beirut: Matba„ah „Isa al-Babi al-Halabi, 1939), 258. Seiring dengan pendapat al- Ghazali, al-Razi menerusi tafsir beliau dengan tegas menyanggah penolakan golongan yang mengatakan penggunaan kaedah saintifik semasa tidak relevan dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Al-Razi berpendapat ayat al-Quran yang mengandungi elemen saintifik seperti elemen al-Kawniyyah perlu difahami berdasarkan konteks keilmuan semasa. Hal ini adalah penting kerana memberikan nilai tambah dalam menyelesaikan kekeliruan di samping menolak dakwaan musuh Islam. Lihat Al-Razi, Tafsir al-Fakhr al-Razi (Tafsir al-Kabir) (Qaherah: Matba‟ al- Rahman, t.t.), 12:122.

Al-Suyuti

Selain itu, Imam al-Suyuti juga adalah merupakan ulama terawal yang dikenal pasti membahaskan elemen saintifik menerusi karya beliau berjudul Mu‟tarak al- Aqran fi I„jaz al-Quran146. Analisis mendapati, al-Suyuti telah membawa

kepelbagaian dalam memahami konteks sebenar saintifik al-Quran. Di antara kelebihan karya beliau dalam menerangkan saintifik al-Quran, al-Suyuti mendatangkan bukti ilmiah yang tidak pernah dinyatakan oleh sarjana sebelumnya147. Turut diketengahkan pendapat-pendapat para ulama yang berbeza pandangan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang sesuai. Selain itu, beliau juga menyarankan agar kajian yang dilakukan hendaklah berdasarkan fakta dan syarat yang telah digariskan oleh para ulama, serta sekali-kali tidak mengamalkan sifat taksub terhadap mana-mana teori sebaliknya melakukan pengamatan dan penelitian yang mendalam148. Penemuan ini diperkuatkan lagi menerusi kajian yang dilakukan oleh Muhammad Bin Hassan „Aqil dalam kajian beliau berjudul I„jaz al-Quran al-Karim Bayna Imam al-Suyuti wa al-„Ulama‟149

Sayyid Qutb

Pendapat yang hampir sama diperolehi menerusi argumen Sayyid Qutb, beliau menyatakan al-Quran dan al-Sunnah adalah pencetus kepada ketamadunan manusia, kerana segala sumber peradaban tercetus daripada pensyariatan serta petunjuk al-Quran. Sayyid Qutb menegaskan, pengkajian yang lebih teliti perlu dilakukan untuk membongkar elemen saintifik sosial (يعيرشتلاُ زاجعإ) yang terkandung di sebalik ayat-ayat pensyariatan. Kerana tata-susunan setiap huruf dalam ayat al-Tashri„i memiliki keistimewaan tersendiri150. Seperti yang pernah diungkapkan oleh al-Baqillani, yang bermaksud;

Sesungguhnya keistimewaan dan keindahan yang terdapat dalam susunan huruf al-Quran mengandungi pensyariatan dan hukum- hakam tertentu. Dalam masa yang sama menjadi hujah membatalkan tuduhan para penyeleweng151”

Justeru Sayyid Qutb berpendapat kombinasi ayat-ayat al-Quran dan al- Sunnah berdimensi saintifik perlu jelaskan dengan pembuktian keilmuan semasa (al-Haqaiq al-„Ilmiyyah), dengan tidak mengabaikan prinsip-prinsip utama iaitu

146 Al-Suyuti, Mu‟tarak al-Aqran fi I„jaz al-Quran (Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyyah, t.t.), 1:348, 147 Ibid., 486.

148 Ibid., 14-27, 246, 465. Situasi ini juga dikuatkan berdasarkan sebuah athar yang dinyatakan oleh al-Suyuti dalam

karyanya, menerusi sebuah riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn Mas„ud berbunyi: مك نآرقنا يف لزوأ نآرقنا يف اىن هيب امع رصقي اىمهع هكن ئش مك هيف اىن هيبو ووهعنا

Bermaksud: Diturunkan al-Quran; kesemua ilmu pengetahuan terdapat di dalamnya dan dijelaskan kepada kita setiap perkara,tetapi keterbasan kemampuan kita untuk mengetahui ilmu dalam teks al-Quran yang telah diterangkan kepada kita. Penjelasan lanjut boleh dilihat dalam al-Suyuti, al-Itqan fi „Ulum al-Quran (Beirut: Dar al-Fikr, t.t.), 2:126-127.

149 Muhammad Bin Hassan „Aqil, I„jaz al-Quran al-Karim Bayna Imam al-Suyuti wa al-„Ulama‟ (Su„diyyah

„Arabiyyah: Dar al-Andalus al-Khadra‟, 1998).

150 Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal al-Quran (Qaherah: Dar Shuruq, 1992), 1:37-38. 151 Al-Baqillani, I„jaz al-Quran, 44.

bertepatan dengan makna sebenar al-Quran seperti yang telah disepakati oleh jumhur ulama152. Perkara ini disepakati oleh Prof. Dr. Fahd al-Rumi dalam karyanya Ittijahat al-Tafsir fi al-Qurn al-Rabi‟ „Ashar153.

Shaykh Al-Sha„rawi

Beliau sependapat tmenyokong pengkajian sains terhadap ayat al-Quran dan dalil nubuwwah bertujuan mendedahkan kemukjizatan dan rahsia yang terkandung di dalamnya. Beliau juga menyatakan, walaupun makna sebahagian ayat al-Quran dan al-Sunnah sukar untuk difahami, namun hikmah tersebut mampu dicapai menerusi akal dan pengamatan teliti khasnya terhadap ayat-ayat bercorak saintifik154. Hal ini terbukti apabila perkembangan ilmu pengetahuan membolehkan manusia pada hari ini memahami sebahagian ayat al-Quran yang menceritakan perihal alam semesta iaitu pengetahuan yang mampu dicapai menerusi aplikasi teknologi terkini berlandaskan prinsip dan kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama, serta rahsia-rahsia yang terdapat dalam al-Sunnah. Al-Sha„rawi menegaskan, pentafsiran saintifik al-Quran dan al-Sunnah tidak mengubah makna ayat al-Quran dan dalil nubuwwah, sebaliknya menjadi penguat terhadap maksud tersirat ayat tersebut155 sekali gus membuktikan keesaan Allah SWT156.

Manakala ulama yang menolak intervensi saintifik dalam al-Quran dan al- Sunnah memiliki hujah tersendiri iaitu:

I. Pertama, dikhuatiri mereka memahami ayat-ayat al-Quran dan al-