DALAM PEMAKANAN
PENYELIDIKAN SEMASA
Khadher Ahmad30, Mohd Farhan Md Ariffin31, Monika @ Munirah Abd Razzak32, Nurulwahidah Fauzi33, Mohd Asmadi Yakob34
Abstrak
Inai (nama saintifik; Lawsonia inermis) merupakan khazanah alam semulajadi yang istimewa. Penyebutan tentangnya yang dirakamkan dalam himpunan al-Hadith telah menyerlahkan sisi istimewanya. Namun begitu, tidak ramai yang menyedari akan fakta ini. Inai dianggap tumbuhan yang tidak berharga disebabkan tidak bernilai komersial. Populariti inai yang kurang berbanding delima, anggur dan kurma menjadikannya dipandang sepi. Kedangkalan manusia untuk mengenal, mengkaji dan memahami manfaat inai menjadikannya tidak dikenali, kurang dikaji, tidak diyakini dan jarang digunakan. Oleh itu, penulisan ini akan menonjolkan kelebihan dan manfaat-manfaat yang boleh didapati daripada inai. Artikel ini menggunapakai keutamaan perincian saintifik untuk menyenarai secara fakta manfaat-manfaat inai. Dalil dari al-Hadith akan menjadi asas bagi menyatakan signifikan inai daripada perspektif Islam. Berikutan itu, corak penerbitan menggunapakai metodologi kajian bibliometrik terhadap inai turut dikaji. Ini penting bagi mendapat data berautoriti. Hasilnya, didapati majoriti penyelidikan lepas mengenai inai didominasi oleh artikel jurnal sebanyak 91.3%. Penyelidikan lepas berkenaan inai kebanyakannya berkisar tentang perincian saintifik. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap inai meliputi bidang sains botani, farmakologi, bio- perubatan, bio-kimia, bio-teknologi dan Mikrobiologi. Hasil analisis
kandungan turut menemui bahawa daun, bunga, akar dan ekstrak daripada pokok inai mempunyai pelbagai nilai tambah dari segi perubatan misalnya sebagai antiulser, antioksidan, antiparasit, antibakteria, antimikrob, antifungus dan antimalaria. Melihatkan potensi sedia ada, lanjutan penyelidikan terhadap inai penting bagi manfaat Malaysia.
30 Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Qur‟an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur. Tel: +603-79676010. E-mel: [email protected].
31 Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).
32 Ketua Jabatan, Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.
33 Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan.
34 Pensyarah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor.
Kata kunci: Inai; Nas; Manfaat; Corak Penyelidikan; Potensi Pengenalan
Tumbuhan dan herba yang ada dinyatakan di dalam al-Qur‟an dan al-Hadith adalah pelbagai. Penyebutan khusus memfokuskan tumbuhan misalnya delima, kurma, zaitun, delima termasuk inai banyak terakam dalam nas wahyu. Pernyataan mengenainya sudah cukup untuk menonjolkan sisi kelebihan dan keistimewaan sesuatu. Ia juga membuktikan rahmat Allah SWT kepada manusia dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan dan manfaat sejagat.
Inai atau nama saintifiknya Lawsonia inermis merupakan tumbuhan berasal dari keluarga Lythraceae yang terkandung di dalamnya lebih 500 spesies
tumbuhan, antaranya delima. Inai merupakan tumbuhan asal dari Afrika dan Asia serta tumbuh meluas di kawasan beriklim tropika.35 Pokok inai boleh membesar sehingga ketinggian 2.6 m. Ia ditanam secara komersial di Maghribi, Algeria, Yaman, Tunisia,36 Libya, Arab Saudi, Mesir, barat India, Iraq, Iran, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki, Somalia dan Sudan.37
Inai merupakan simbol kesuburan bagi kaum India. Ia menjadi amat dekat dengan kaum India didorong faktor agen penyejuk yang terdapat padanya. Maka tidak hairanlah sekiranya inai banyak digunakan sebagai hiasan pemerah kaki dan jari pada kebanyakan majlis-majlis keramaian seperti majlis berinai, majlis kenduri dan lain-lain.
Sorotan Literatur Mengenai Inai
Menurut kamus Bahasa Arab, al-Hinna‟ ( ) bermaksud sejenis tumbuhan
yang ma„aruf (dikenali ramai).38 Pokok inai mempunyai daun seakan-akan daun delima. Ia mengeluarkan bunga putih seperti pokok anggur dan daripada daunnya boleh mengeluarkan warna merah sebagai pewarna (khidab).39
35 A.E Musa, G.A Gasmelseed, 2012, Characterization of Lawsonia inermis (Henna) as Vegetable Tanning Material, Journal of Forest Products & Industries, 1(2), h. 36.
36 Anissa Boubaya, Nidhal Marzougui, Laila Ben Yahia, Ali Ferchichi, Chemical Diversity Analysis of Tunisian Lawsonia Inermis L. Populations, (t.tp: African Journal of Biotechnology, 2011), 10 (25), 4980-4897.
37 Anissa Boubaya, Nidhal Marzougui, Laila Ben Yahia & Ali Ferchichi, 2011, Chemical Diversity Analysis of Tunisian Lawsonia Inermis L. Populations, African Journal of Biotechnology, 10(25), h. 4980-4897.
38 Al-Nawawi, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Misr: al-Matba‟ah al-Misriyyah bi al-Azhar, 15: 95.
39 Shawqi Dif, et. al., al-Mu‟jam al-Wasit, Jumhuriyyah Misr al-„Arabiyyah: Maktabah al-Shuruk al-Dawliyyah, 201. Rujuk juga Ibrahim Md Kur, et. al., al-Mu‟jam al-Wajiz, Misr: Majma‟ al-Lughah al-„Arabiyyah, 174.
Rajah 1: Illustrasi pokok inai dalam kamus
Memfokuskan manfaat inai, ia mempunyai warna terang (merah cerah api), digemari, membangkitkan daya cinta kasih dan berbau wangi. Inai berguna untuk menyembuhkan luka-luka pada mulut atau bengkak-bengkak. Air daunnya berguna untuk memulihkan bahagian anggota yang melecur40 atau terkena kulat air pada celah-celah jari kaki atau tangan. Ia merupakan pencelup yang boleh memerah dan memperelokkan rambut serta menguatkan kuku.41
Berdasarkan penelitian, terdapat banyak hadith tentang inai memfokuskan manfaatnya sebagai pewarna rambut, menyembuhkan luka dan sakit kepala. Dalam satu hadith mengenai inai;
Terjemahan: Dari AbuDhar RA, dari Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang terbaik untuk mengubah (mewarnakan) uban dengannya ialah inai dan katam (sejenis dengan inai).”42
Berkenaan al-Katam, al-Fayyumi mengatakan bahawa dalam kitab al-
Lisan dan kitab-kitab perubatan, al-Katam ( ) merupakan satu jenis tanaman
gunung43 yang terdapat di daerah Yaman. Ia mengeluarkan warna hitam
kemerahan. Disebutkan di dalam kitab „Awn al-Ma‟bud, mewarnakan rambut dan
40
Rujuk H.S Muhammad & S. Muhammad, 2005, The Use of Lawsonia Inermis Linn. (Henna) in the Management of
Burn Wound Infections, African Journal of Biotechnology, 4(9), h. 934-937.
41 Mustaqim Mohd Najib, 2010, Thibbun Nabawi Perubatan Wahyu Nabi, t.t.t., Klinik Muallij Islamiah, h. 53. 42 Muhammad Ibn „Isa Ibn Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Libas, Bab Ma Ja‟a fi al-Khidab, Riyadh:
Maktabah al-Ma‟arif li al-Nashr wa Tawzi‟, h. 407, no. Hadith 1753.
43
„Ali Ibn Adam Ibn Musa al-Ityubi al-Wallawy, Sharh Sunan al-Nasa‟i al-Musamma Dakhirah al-„Uqba fi Sharh al-
janggut dengan gabungan kedua-duanya (inai dan katam) akan mengeluarkan warna di antara hitam dan merah. Inilah yang menjadi amalan Abu Bakar RA yang sering melakukan khidab dengan gabungan inai dan katam sepertimana hadith;44
Terjemahan: Dari Thabit berkata: Anas Ibn Malik telah ditanya adakah Rasullullah SAW mewarnakan rambutnya (melakukan khidab)? Dia menjawab:
“Sekiranya saya mahu mengira jumlah uban yang berada di rambut Nabi SAW,
sudah tentu aku boleh lakukan. Dia berkata lagi: Rasullullah SAW tidak mewarnakannya. (Manakala) Abu Bakar pernah berkhidab dengan inai dan
katam dan „Umar dengan inai sahaja (secara berasingan).”45
Istilah “khidab” dalam hadith di atas membawa maksud mengubah
(mewarnakan) rambut yang ada di atas kepala dan janggut. Merujuk definisi al- Khidab di dalam al-Qamus dan al-Fath, ia memberi maksud yang sama iaitu mengubah uban yang terdapat di kepala dan janggut.46 Dalam mengulas bab keizinan mengamalkan al-Khidab, al-Fayyumi mengatakan salah satu cara untuk khidab ialah dengan inai (hinna‟) dan seumpamanya. Ibn Manzur pula menyatakan khidab ialah mengubah (mewarnakan) dengan menggunakan inai, katam (tumbuhan sejenis dengan inai) dan seumpama. Apabila melakukan khidab, warna (pada anggota badan) akan berubah kepada kemerahan, kuning atau seumpamanya. Setiap warna anggota yang berubah dipanggil makhdub. Al- Sahili menyebutkan „Abd al-Mutalib merupakan orang pertama yang berkhidab dengan warna hitam dari kalangan masyarakat Arab.47 Dalam hadith yang lain;
Terjemahan: Dari „Ali Ibn „Ubaydillah, dari datuknya, Salmi yang pernah
melayani Nabi SAW berkata: “Apabila Rasullullah SAW luka atau tertusuk
44
„Ali Ibn Adam Ibn Musa al-Ityubi al-Wallawy, Sharh Sunan al-Nasa‟i al-Musamma Dakhirah al-„Uqba fi Sharh al-
Mujtaba, al-Mumlikah al-„Arabiyyah al-Sa„udiyyah: Dalwal Barum lil Nashr wa al-Tawzi‟j. 38, h. 56.
45 Abu al-Husayn Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qushairi al-Naysaburi, “SahihMuslim,” dalam al-Mawsu„at al-Hadith al- Sharif al-Kutub al-Sittah, ed. SalihIbn „Abd al-Aziz Al al-Shaykh, Kitab al-Fada‟il, Bab Shaibah SAW, (Riyadh: Dar al-Salam li Nashr wa al-Tawzi‟, 2000), h. 1090, no. 6076.
46
„Ali Ibn Adam Ibn Musa al-Ityubi al-Wallawy, Sharh Sunan al-Nasa‟i al-Musamma Dakhirah al-„Uqba fi Sharh al-
Mujtaba, al-Mumlikah al-„Arabiyyah al-Sa„udiyyah: Dalwal Barum lil Nashr wa al-Tawzi‟j. 38, h. 54.
47
„Ali Ibn Adam Ibn Musa al-Ityubi al-Wallawy, Sharh Sunan al-Nasa‟i al-Musamma Dakhirah al-„Uqba fi Sharh al-
duri, maka baginda SAW memerintahku untuk meletakkan inai di atas luka tersebut.48
Terjemahan: Telah diceritakan kepada kami Fa‟id hamba „Ubaidillah Ibn
„Ali Ibn Abi Rafi‟, dari tuannya, „Ubaidillah Ibn „Ali Ibn Abi Rafi‟, dari datuknya Salmi, khadam Rasullullah SAW katanya: “Jika ada seseorang mengeluh kepada Rasullullah SAW akan sakit kepala yang menimpanya.
Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu, “Berbekamlah! Dan jika
ada orang yang mengeluh kepada Baginda SAW tentang sakit pada kedua belah kakinya. Maka Baginda SAW bersabda kepada orang itu. Balutlah dengan inai.”49
Berdasarkan pandangan ulama‟, penggunaan inai oleh Nabi SAW untuk
diletakkan di atas luka adalah bermanfaat kerana inai bersifat sejuk (bertindak sebagai agen penyejuk) yang membantu melegakan sakit.50 Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka, luka terbakar dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian menumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.51
Selain itu, disebutkan juga oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya bahawa Ibn Majah meriwayatkan dalam sunan-Nya sebuah hadith: “Ketika Nabi SAW menderita sakit kepala, beliau membungkus kepalanya dengan inai dan berkata:
“Ini akan menyembuhkan sakit kepala dengan izin Allah SWT”.52
Rawatan dengan inai yang disebutkan dalam hadith tadi merupakan salah satu cara rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang disebabkan oleh hawa panas yang menyengat, maka inai boleh membantu meredakannya. Caranya adalah dengan ditumbuk halus lalu dicampur dengan cuka dan dilekatkan di dahi. Dengan cara ini, sakit kepala akan sembuh.53
48 Muhammad Ibn „Isa Ibn Sawrah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Tibb, Bab Ma Ja‟a fi al-Tadawa bi al-
Hina‟, Riyadh: Maktabah al-Ma‟arif li al-Nashr wa Tawzi‟, h. 464, no. Hadith 2054.
49 Sulayman Ibn al-„Asyath al-Sajistani, Sunan Abu Dawud, Kitab al-Tibb, Bab fi al-Hijamah, Riyadh: Maktabah al-
Ma‟arif li al-Nashr wa Tawzi‟, h. 693, no. Hadith 3858. Hadith ini dinilai hasan oleh Imam al-Albani.
50
Muhammad „Abd al-Rahman Ibn „Abd al-Rahim al-Mubarak Furi, Tuhfah al-Ahwazi bi Sharh Jami‟ al-Tirmidhi,
t.t.p.: Dar al-Fikr, j. 6, h. 212.
51
Rujuk juga http://herba.berita1.com/pokok-inai-lawsonia-inermis.
52 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Perubatan Rasullullah, (terj.) Nabilah Abd. Jalil, 2013, Selangor: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd, h. 119.
53 Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin, Dr. Shumsuddin Yabi, Mohd Zaini Zakaria, Norullisza Khosim & Haia Ali Mohammed Al-Doum, Perubatan Menurut Quran dan Sunnah dlm Adnan Mohamed Yusof, Mohd Fauzi Mohd Amin, et.al. Quran Melonjak Transformasi Ummah, hlm. 96-115. Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki pernah menderita masalah kuku jarinya yang pecah-pecah. Dia pun menawarkan hadiah wang kepada sesiapa sahaja yang dapat mengubati penyakitnya. Akan tetapi, tiada yang berjaya menyembuhkannya. Seorang wanita lalu memberinya preskripsi agar meminum air rebusan inai selama 10 hari, akan tetapi lelaki tersebut tidak berani melakukannya. Setelah puas berikhtiar dan tidak berjaya, lelaki itu pun mengamalkan petua wanita tersebut. Setelah itu, jarinya mulai sembuh.54
Di samping itu, inai juga boleh menenangkan saraf jika digunakan sebagai pembalut. Inai tidak hanya berguna bagi sakit kepala sahaja bahkan praktikal untuk mengubati beberapa organ tubuh, bengkak dan radang yang muncul di permukaan kulit dengan cara dibalut dengan inai dan cuka.55 Radang selaput mukosa pada mulut kanak-kanak juga merupakan salah satu penyakit yang boleh disembuhkan dengan inai.56
Selain itu, inai boleh dijadikan krim untuk menghalus dan menguatkan jari. Inai membantu mengubati kudis kronik, menyubur dan menguatkan rambut. Inai juga boleh mengubati lepuh dan bisul pada kaki atau bahagian tubuh lain.57
Dalam Islam, harus berubat dengan inai bagi sesiapa yang mempunyai luka, bisul, terkena duri dan seumpama. Aplikasi hadith tersebut turut meliputi kaedah perubatan bagi lelaki dan perempuan. Kaum lelaki perlu berpada dalam berkhidab (mewarnakan) tapak tangan atau kaki yang sakit supaya tidak berlebihan sehingga menyerupai kaum perempuan.58
Berdasarkan perbincangan inai menurut perspektif hadith dan perubatan Islam di atas, jelas memberikan gambaran awal mengenai manfaat-manfaat inai. Namun begitu, realiti yang terjadi di Malaysia jelas kontra dengan ketinggian darjat yang dimiliki oleh inai. Inai dianggap sebagai tumbuhan yang tidak berharga disebabkan tidak bernilai komersial. Popularitinya yang kurang dibandingkan buah delima dan anggur menjadikannya kurang diberi perhatian. Kedangkalan manusia untuk mengenal, mengkaji dan memahami manfaat inai
Sains Islam Malaysia (USIM). Rujuk juga Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Perubatan Rasullullah, (terj.) Nabilah Abd. Jalil, 2013, Selangor: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd, h. 122.
54
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Perubatan Rasullullah, (terj.) Nabilah Abd. Jalil, 2013, Selangor: Al-Hidayah House of
Publishers Sdn. Bhd, h. 123.
55 Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin, Dr. Shumsuddin Yabi, Mohd Zaini Zakaria, Norullisza Khosim & Haia Ali Mohammed Al-Doum, Perubatan Menurut Quran dan Sunnah dlm Adnan Mohamed Yusof, Mohd Fauzi Mohd Amin, et.al. Quran Melonjak Transformasi Ummah, hlm. 96-115. Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
56 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Perubatan Rasullullah, (terj.) Nabilah Abd. Jalil, 2013, Selangor: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd, h. 122-123.
57 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Perubatan Rasullullah, (terj.) Nabilah Abd. Jalil, 2013, Selangor: Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd, h. 123.
58
Muhammad Shams al-Haq al-„Azim Abadi, „Aun al-Ma‟bud Sharh Sunan Abu Dawud, Madinah: Maktabah al-
Salafiyyah, j. 10, h. 338. Safa al-Dawi Ahmad al-„Adawi, Ihda‟ al-Dibajah „Ala Sunan Ibn Majah, Maktabah Dar al- Yaqin, t.tp., j. 4, h. 574.
menjadikannya tidak dikenali, kurang dikaji, tidak diyakini dan jarang digunakan.59
Skop Dan Metodologi
Makalah ini melalui keutamaan perincian saintifik bagi menyatakan secara fakta sekaligus menonjolkan manfaat semulajadi inai. Dalil dari al-Quran dan al- Hadith akan menjadi dasar bagi menyatakan kedudukan dan keistimewaan inai dari perspektif Islam.
Bagi perolehan data yang berautoriti dan dipercayai, kajian mempraktikkan analisis bibliometrik dalam menilai dapatan hasil penulisan lepas terlibat. Analisis bibliometrik bukan sahaja sering digunakan dalam bidang sains perpustakaan dan sains maklumat tetapi juga digunakan secara meluas dalam bidang lain dalam bentuk analisis kutipan (citation) dan analisis kandungan.
Analisis bibliometrik merupakan satu kaedah untuk mengkaji dan mengukur teks atau maklumat dalam bahan penerbitan bagi menonjolkan aspek kajian yang lebih berkesan.
Kajian bibliometrik boleh digunakan sebagai penunjuk produktiviti penyelidikan, arah aliran dan penekanan yang diberikan kepada penyelidikan dalam pelbagai disiplin. Kajian ini dapat menentukan keutamaan penyelidikan. Artikel yang diterbitkan dalam mana-mana wacana lazimnya hasil penyelidikan atau kajian terkini yang dapat dikembangkan, diedar untuk dikongsi bersama dan dijadikan rujukan saintifik yang dipercayai.60
Ini disebabkan proses penerbitan bahan ilmiah perlu melalui proses penyaringan dan pengulasan oleh pakar dalam bidang berkenaan bagi memastikan bahan yang diterbitkan, bukan sahaja mematuhi ciri-ciri untuk penerbitan jurnal atau bahan ilmiah tetapi turut memastikan penyelidikan yang dijalankan mengikut tatacara sepatutnya.
Justeru, metodologi yang betul adalah penting bagi memastikan setiap
data yang ingin di„review‟ dapat dijumpai dengan berkesan. Dengan itu, berjaya
ditemukan penyelidikan berhubung inai memfokuskan bahan ilmiah terdahulu termasuk tesis PhD, disertasi sarjana, bab dalam buku, buku akademik, artikel jurnal dan sebagainya. Selepas dikumpulkan, semua data diimbas dan dijadualkan mengikut bahagian. Data seterusnya dianalisis menggunakan program statistik SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 6.0.
59 Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin. et al. 2015. Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru. Jurnal Intelek, UiTM (Perlis), bil. 10 (1): 12-24. 60 Raihanah Abdullah, Asmak Ab. Rahman, Fifteen Years of Jurnal Syariah (1993-2007): A Bibliometric Study,
Perbincangan Kajian
Justeru bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung manfaat inai secara rinci, dilakukan sorotan kajian lepas berasaskan analisis data berbentuk bibliometrik bagi mendalami autoriti bahan dan skop kajian yang ada berhubung inai sebelum melakukan analisis kandungan bahan terlibat.
Jadual 1: Senarai Jenis Bahan Penerbitan Berhubung Inai61 Disertasi Sarjana
1. Fatimah Abdul Rahiman. 2012. Pigment extraction and antimicrobial properties of Lawsonia inermis syn. Lawsonia alba in vivo and in vitro. Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya
2. Asely Munawaroh Lubis, 2013, Pendapat madzhab Syafi‟i tentang hukum memakai inai bagi laki-laki (Studi Kasus Masyarakat Muslim di Kecamatan Medan Maimun), Fakultas Syariah dan Ekonomi Islam, IAIN Sumatera Utara Medan
Latihan Ilmiah
1. Soraya Mohamad Arsad @ Abdul Hamid. 2009. Pemakaian inai dalam masyarakat Melayu dan India: Kajian perbandingan menurut perspektif Islam. Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Bab dalam Buku
1. Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin, Dr. Shumsuddin Yabi, Mohd Zaini Zakaria, Norullisza Khosim & Haia Ali Mohammed Al-Doum, Perubatan Menurut Quran dan Sunnah dlm Adnan Mohamed Yusof, Mohd Fauzi Mohd Amin, et.al. Quran Melonjak Transformasi Ummah, hlm. 96-115. Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Kertas Kerja Persidangan
1 Fatimah Abdul Rahiman and Rosna Mat Taha. 2009. Induction of multiple shoots and coloured callus from Lawsonia inermis syn. Alba. [Papers of the 23rd International Eucarpia
Symposium, Section Ornamentals "Colourful Breeding and Genetics" held on 31 August - 4 September 2009 in Leiden, The Netherlands]. International Eucarpia Symposium, Section Ornamentals "Colourful Breeding and Genetics" (23rd: 2009: Leiden, The Netherlands) 2. Rosnah Mohamed, Asmah Rahmat, Maznah Ismail, Asmah Yahaya, Zanariah Jarien, Wan
Zurinah Wan Ngah. 1999. Effect of henna on tumor-marker enzyme activities during hepatocarcinogenesis in rats. Interdisciplinary approaches in natural product sciences: proceedings of the 14th Annual Seminar of Natural Product Research Malaysia, 21-22 October 1998, Bangi, Malaysia, edited by Zuriati Zakaria ... [et al.], (Malaysia Malaysian Natural Products Society, 1999), 117-120
3. Adirukmini Noor Saleh, Saleh, M. N., Sarkunavathy & Hassan, S. A. 1993. Types of henna (lawsonia inermis linn) found in Penang. Pulau Pinang: School of Pharmaceutical Sciences, University of Science Malaysia, International Conference on the Use of Traditional Medicine & Other Natural Products in Health-Care (8-11 June 1993: Pulau Pinang). Proceedings. Edited by Kit Lam Chan ... [et al]
Pembentangan Poster
1. F. Zulkifli., W.B. Wan Nik, R. Rosliza. 2012. Study of Henna (Lawsonia inermis) as natural corrosion inhibitor for aluminium alloy in seawater. UMT International Annual Symposium on Sustainability Science and Management 2012 (11th: 9-11 Jul 2012: Kuala Terengganu)
Majalah
1. ًعوبسلأا سذقنا ,تنٌسو ٍفو تحص : ءانحنا Sunday 4 May 2014, Volume 26, Issue 7735: 39
61 Disebabkan jumlah artikel jurnal yang terlalu banyak serta bagi mengelakkan perulangan, pengkaji tidak memasukkan bahagian artikel jurnal berhubung inai dalam jadual. Semua bahan tersebut terus dinyatakan pada bahagian dapatan kajian.
2. 9-8 ,0202 زبوتكأ ,4 دذعنا ,روفراد ٍي ءاذحأ ,ىسجنا ىهع يذٍهقتنا ىسزنا ٍف : ءانحنا Seterusnya merujuk jenis bidang kajian terhadap inai pula, penyelidikan lepas boleh dibahagikan dan mengikut tujuh bidang utama. Berikut merupakan hasil dapatan kajian lepas mengenai inai;
Jadual 2: Senarai Bidang Penyelidikan Berhubung Inai Pengajian Islam
1. Asely Munawaroh Lubis, 2013, Pendapat madzhab Syafi‟i tentang hukum memakai inai bagi laki-laki (Studi Kasus Masyarakat Muslim di Kecamatan Medan Maimun), Fakultas Syariah
dan Ekonomi Islam, IAIN Sumatera Utara Medan
2. Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin, Dr. Shumsuddin Yabi, Mohd Zaini Zakaria, Norullisza Khosim & Haia Ali Mohammed Al-Doum, Perubatan Menurut Quran dan Sunnah dlm Adnan Mohamed Yusof, Mohd Fauzi Mohd Amin, et.al. Quran Melonjak Transformasi Ummah, hlm. 96-115. Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
3. Soraya Mohamad Arsad @ Abdul Hamid. 2009. Pemakaian inai dalam masyarakat Melayu dan India: Kajian perbandingan menurut perspektif Islam. Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
4. ,تٍيلاسلإا تٍبزتنا ىسقب ٌراقًنا هقفنا ,)تغبصنا( تٍيلاسلإا تعٌزشنا ًف باضخنا ىكح ,0202 ,يدذشمٍعاًسإ روتكذنا مٍهخنا / تحوتفًنا سذقنا تعياج
5. ًعوبسلأا سذقنا ,تنٌسو ٍفو تحص :ءانحنا
Sunday 4 May 2014, Volume 26, Issue 7735: 39 6. 9-8 ,0202 زبوتكأ ,4 دذعنا ,روفراد ٍي ءاذحأ ,ىسجنا ىهع يذٍهقتنا ىسزنا ٍف : ءانحنا
Sains Botani
1. Fatimah Abdul Rahiman and Rosna Mat Taha, 2011. Plant regeneration and induction of coloured callus from henna (Lawsonia inermis syn. Lawsonia alba), Journal of Food,
Agriculture & Environment Vol.9 (2): 397-399
2. K. C. Wong& Y. E. Teng. 1995. Volatile Components of Lawsonia inermis L. Flowers. Journal of Essential Oil Research. Volume 7, Issue 4, pp. 425-428
3. Fatin Hamamah Hj. Yahaya, 2003, Potensi Tumbuh-Tumbuhan Sebagai Ubat-Ubatan, Bahagian Arkib Jurnal e-Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Satish, S. and Mohana, D. C. and Ranhavendra, M. P. and Raveesha, K. A. 2007. Antifungal