• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAWATAN HERBA DALAM MENGUBATI PENYAKIT FIZIKAL: ANALISIS MENURUT AL-SAHIHAYN

DALAM ASPEK PEMAKANAN 

RAWATAN HERBA DALAM MENGUBATI PENYAKIT FIZIKAL: ANALISIS MENURUT AL-SAHIHAYN

Khairunnisa Mohamed Yusoff1, Khadher Ahmad2, Mohd Farhan Md Ariffin3, Mohamad Zaim Isamail4



Abstrak

Rawatan herba mula diamalkan sejak zaman nabi-nabi lagi, malah ia turut dipraktikkan oleh masyarakat di zaman Nabi Muhammad SAW. Masyarakat pada zaman sekarang berbeza daripada masyarakat terdahulu, di mana masyarakat moden lebih terdedah dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Maka kajian lebih tertumpu kepada menyenaraikan dan mengumpulkan hadith-hadith berkaitan dengan rawatan penyakit fizikal di dalam al-Sahihain serta mengemukakan

penjelasannya, menjelaskan perbezaan pendekatan rawatan fizikal yang disarankan oleh Nabi SAW dengan rawatan herba dan menganalisis justifikasi dari sudut perbezaan dan persamaan dan perbezaan terhadap rawatan penyakit fizikal yang terpilih melalui pendekatan rawatan herba. Melalui metode analisis induktif dan deduktif, kajian ini menfokuskan perbincangan terhadap peranan pengubatan herba dalam mengubati sepuluh penyakit fizikal manusia dengan berpandukan kepada hadith daripada al-Sahihain. Kajian ini

membuktikan kaedah rawatan herba bertepatan dengan ajaran Nabi SAW melalui hadith-hadithnya. Hasil kajian mendapati bahawa rawatan herba bertepatan Sunnah Nabawiyyah memandangkan terdapat beberapa buah hadith yang turut mengutarakan penggunaan rawatan herba.

Kata Kunci: Rawatan herba, hadith, penyakit fizikal,al-Sahihain. Pengenalan

Menurut takrifan herbalist, herba bermaksud tumbuhan yang boleh digunakan

sebagai bahan makanan, ubatan dan bahan aroma. Ini bermaksud, tidak hanya

1 Pelajar Pascasiswazah Sarjana, Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur. Pascasiswazah di bawah penyeliaan Dr Ishak bin Hj. Suliaman E-mel: khairun @siswa.um.edu.my.

2 Pensyarah Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.

3 Pelajar Pascasiswazah PhD, Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.

4 Pelajar Pascasiswazah PhD, Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.

tumbuhan renek, bahkan pokok yang berkayu juga boleh ditakrifkan sebagai herba jika ada potensi bagi mana-mana tiga kegunaan tersebut.5

Rawatan herba terdiri daripada bahan-bahan alam semula jadi iaitu sudah tersedia. Ia mengandungi penawar yang dapat membantu menyembuhkan penyakit kusta dan pesakit tanpa campuran sebarang kimia. Dan manusia hanya perlukan sedikit usaha demi mencari bagi mengaplikasikannyadan perlu disertakan dengan keyakinan.

Metode Pemilihan Hadith

Gabungan hadith di antara dua orang perawi yang terkemuka iaitu Abu „Abd

Allah Muhammad bin Isma„il dan Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al- Qushayri al-Naysaburi sungguh meluas walaupun pembahagian hadith-hadith sahih kepada beberapa buah kitab telah diagihkan. Susulan dari bilangan hadith

yang mencecah angka ribuan, pengkaji telah menetapkan beberapa aspek dalam pemilihan sesuatu hadith yang berkaitan dengan perbincangan tajuk kajian ini.

Pertamanya adalah penelitian terhadap kitab berkaitan, sebagai contoh, pada Sahih al-Bukhari lebih tertumpu dalam menggunakan Kitab al-Tibb yang

bererti perubatan sebagai Kitab utama, manakala Sahih Muslim pula

menggunakan Kitab al-Salam yang bermaksud sejahtera. Pengkaji memetik teks- teks hadith daripada Kitab al-Tibb dan Kitab al-Salam secara khusus bagi

menjelaskan beberapa penyakit. Namun pengkaji juga mengambil hadith-hadith daripada kitab-kitab dan bab-bab lain yang berkaitan dengan aspek yang dikaji.

Di sini, pengkaji akan mendahulukan matan riwayat Imam al-Bukhari diikuti pula dengan matan riwayat Imam Muslim. Kaedah yang kedua pula, pengkaji membuat saringan dengan memilih hadith-hadith yang jelas berkaitan dengan rawatan penyakit fizikal yang disarankan oleh Nabi SAW. Pada metode ketiga, pengkaji menetapkan tajuk bagi hadith-hadith yang dipilih berdasarkan kepada pemahaman melalui penjelasan daripada kitab syarah seperti kitab Fath al-Bari karya Ibn Hajar al-„Asqalani, dan kitab SyarahSahih Muslim oleh Imam

an-Nawawi serta beberapa kitab lain yang membahaskan berkenaan rawatan alternatif Islam.

Taburan Hadith-Hadith Rawatan Penyakit Fizikal dalam Kitab Sahih al-

BukhariMengikut Tajuk Bab (Kitab Dan Bab)

Jadual 1.0: Taburan Hadith-Hadith Rawatan Penyakit Fizikal dalam kitab Sahih al-Bukhari

Mengikut Tajuk Bab (Kitab dan Bab)

5 Samsudin Salleh, “Pengenalan Asas Herba Ubatan,” laman sesawang darussyifa.org, dikemaskini 28 Mei 2012, dicapai 4 April 2016, http://herba.berita1.com/pokok-inai-lawsonia-inermis.

Kitab Sahihal-Bukhari

Bil. Nama Kitab

Nama Bab No.

Hadith

Bilangan Hadith

1

(Bekam kerana sakit migren dan pening)

5700-

5702 3

2

(Peperangan Hudaybiyyah) (Mencukur rambut kerana sakit)

4190 5703

2

3

(Mengubati penyakit mata dengan celak)

5706 1

4

(Penyakit kusta)

5707 1

5

()Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Mann” dan “Salwa,” (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri)(

(Cendawan merupakan penyembuh bagi penyakit mata)

4478

5708

2

6

(Penawar bagi penyakit cirit-birit)

5716 1

7

(Perisai, dan orang yang menggunakan kawannya sebagai perisai)

(Bakar tikar dan gunakan abunya untuk menahan darah)

2903

5722

2

8

(Sifat api dan sesungguhnya ia adalah makhluk)

(Demam berasal dari wap api neraka)

3261, 3263- 3264 5723- 5726 7

Sumber: Data terkumpul dari Kitab Mawsu،at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih

bin „Abd al-„Aziz Al al-Shaykh (Riyadh: Dar al-Salam, 2000)

Jadual 1.0 dikategorikan berdasarkan penyakit mengikut susunan. Di samping itu ia disenaraikan mengikut nama kitab, nama bab, no. hadith serta bilangannya termasuk hadith yang berulang. Melalui penyelidikan perpustakaan, pengkaji mendapati bahawa sebahagian matan hadith berlaku pengulangan.

Hal ini disedari oleh pengkaji apabila matan yang sama turut dibicarakan di dalam kitab yang lain. Ini kerana sebuah kaedah rawatan itu boleh diaplikasikan dalam pelbagai keadaan. Contohnya seperti keistimewaan cendawan ketika mana airnya mampu merawat penyakit mata yang dibahaskan di dalam Kitab al-Tibb, disebut juga didalam Kitab al-Tafsir: Surah al-Baqarah.

Begitu juga dengan penggunaan abu untuk merawat luka dari terus mengalir darah yang tercatat di dalam Kitab al-Tibb, terdapat juga di dalam Kitab al-Jihad dan penyakit berjangkit taun yang dinyatakan di dalam Kitab al-Hiyal,

selain dari Kitab al-Tibb. Kesimpulannya, jumlah keseluruhan hadith termasuk

hadith berulang adalah 25.

Taburan Hadith-Hadith Rawatan Penyakit Fizikal dalam kitab Sahih

Muslim Mengikut Tajuk Bab (Kitab dan Bab)

Jadual 1.1: Taburan Hadith-Hadith Rawatan Penyakit Fizikal dalam kitab SahihMuslim Mengikut Tajuk Bab (Kitab dan Bab)

9

(Apa yang disebut tentang penyakit taun) (Penipuan apa yang dibenci adalah melarikan diri dari wabak)

5728- 5730 6973- 6974 5 10

(Meruqyah dengan Ummu al-Kitab)

5736 1

Jumlah Keseluruhan Hadith (termasuk hadith berulang) 25

Kitab SahihMuslim

Bil. Nama Kitab

Nama Bab No.

Hadith

Bilangan Hadith

1

(Setiap penyakit ada penawar dan dibolehkan berubat) 2205, 2209, 2210 3 2

(Keharusan bercukur bagi orang yang sedang berihram jika ia

Menyakitkan, juga wajib membayar wang

Sumber: Data terkumpul dari Kitab Mawsu،at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih

bin „Abd al-„Aziz Al al-Shaykh (Riyadh: Dar al-Salam, 2000)

Jadual 1.1 menunjukkan kesinambungan kepada Jadual 1.0. Sebahagian hadith di dalam kitab Sahih al-Bukhari didapati juga di dalam kitab Sahih Muslim. Namun di sini, pengkaji hanya mendapati terdapat 2 hadith yang

berkaitan tetapi tidak disebutkan di dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti hadith

dalam Kitab al-Salam, Bab Istihbab al-Ruqyah min al-„Ayni wa al-Namlah wa al-Humah wa al-Nazrah pada nombor 2196 iaitu penyakit demam dianggap

sebagai salah satu penyakit yang boleh disembuhkan melalui rawatan ruqyah. Begitu juga dalam Kitab al-Salam, Bab al-Ta„un wa al-Tiyarati wa al- Kahanati wa Nahwiha pada nombor 2218 iaitu mengenai penyakit taun iaitu

azab siksaan bagi orang yang menyekutukan Allah SWT pada zama nabi-nabi. Pada masa yang sama dinasihatkn agar menjauhi wabak sebaik sahaja mengetaui akan kejangkitan wabak di negara lain dan larangan ke atas penduduk yang dijangkiti wabak tersebut.

Bilangan Matan Hadith Rawatan Penyakit Fizikal dalam Kitab al-Sahihain Jadual 2.0: Bilangan Matan Hadith Berkenaan Rawatan Penyakit Fizikal

Bil. Kitab al-Sahihayn Bilangan Hadith

1 Sahih al-Bukhari 25

2 Sahih Muslim 9

Sumber: Analisis Pengkaji Melalui Data (Jadual 1.0 dan Jadual 1.1)

tebusan

untuk pencukuran dan nyatakan kadarnya)

3

((Wajibnya melakukan ihdad (tidak berhias) bagi wanita yang ditinggal mati suaminya dan dilarang dalam tempoh tiga hari))

1488 1

4

(Keutamaan cendawan dan mengubati mata dengannya)

2049 1

5

(Sunahnya meruqyahdari sakit „Ain, sakit cacar dan demam)

2196 1

6

(Wabak, tukang tenung, pawang dan sebagainya)

2218- 2219

2

Jadual 2.0 merupakan bilangan keseluruhan bagi matan hadith berkenaan rawatan penyakit fizikal. Setelah mengira bilangan matan hadith berdasarkan Jadual 1.0, pengkaji mendapati 25 matan hadith berkenaan rawatan penyakit fizikal yang disebut di dalam kitab Sahih al-Bukhari. Manakala, 9 matan hadith

disebut di dalam kitab Sahih Muslim melalui Jadual 1.1. Berikutnya, graf palang di bawah dapat memberikan gambaran yang lebih jelas lagi ringkas tentang kadar jumlah matan hadith di dalam kitab Sahihal-Bukhari dan kitab SahihMuslim.

Rajah 1.0: Jumlah Bilangan Matan Hadith bagi kitab Sahih al-Bukhari dan kitab Sahih Muslim

Sumber: Analisis Pengkaji Melalui Data (Jadual 2.0).

Analisis Taburan Hadith-Hadith Rawatan Fizikal dalam Kitab al-Sahihain. Jadual 3.0: Hadith-Hadith Terpilih dalam kitab al-Sahihain

Bil. Pangkal Awal Matan Hadith Kitab al-Sahihain

Jenis Penyakit Fizikal Sahih al- Bukhari Sahih Muslim 1. / Sakit Kepala 2. / 3. / / 4. / / Kutu 0 5 10 15 20 25 Bilangan Hadith Sahih al-Bukhari Sahih Muslim

5. / / Penyakit Mata Berjangkit 6. / Kusta 7. / / Sakit Mata 8. / Sakit Perut 9. / Luka 10. / / Demam 11. / 12. / / 13. / 14. / Taun 15. / / 16. / 17. / Sengatan Binatang Berbisa Sumber: Analisis Pengkaji Melalui Data (Jadual 1.0 dan Jadual 1.1)

Jadual 3.0 menjelaskan bahawa jumlah hadith yang berhubung dengan penyakit fizikal dalam kitab al-Sahihain adalah sebanyak tujuh belas buah hadith. Selajutnya, pengkaji ingin menjelaskan jumlah hadith yang berkaitan dengan skop pengkaji di dalam kitab al-Sahihain. Pertama, matan hadith mengenai sakit

kepala terdapat 3 matan hadith; dua hadith pertama didapati berada di dalam kitab Sahihal-Bukhari sahaja, manakala hadith ketiga didapati di dalam kitab al-

Sahihain. Kedua, terdapat 4 matan hadith yang menyatakan tentang demam,

dimana hadith pertama dan ketiga ada di dalam kitab al-Sahihain.

Sementara, hadith kedua wujud di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan hadith keempat wujud di dalam kitab Sahih Muslim. Ketiga, disebutkan 3 matan

hadith berkenaan taun, hadith pertama disebut didalam kitab Sahih al-Bukhari,

hadith kedua disebut di dalam kitab al-Sahihain dan hadith ketiga disebut didalam kitab SahihMuslim.

Ekoran dari itu, hanya 1 matan hadith yang membincangkan perihal kutu, penyakit mata berjangkit dan sakit mata di dalam kitab al-Sahihain. Akhir sekali,

matan yang membahaskan penyakit kusta, sakit perut, luka dan sengatan binatang berbisa juga terdapat 1 matan hadith sahaja, tetapi ia cuma terdapat di dalam kitab Sahihal-Bukhari.

Analisis Justifikasi dari Sudut Persamaan dan Perbezaan Terhadap Rawatan Penyakit Fizikal yang Terpilih Melalui Pendekatan Rawatan Herba

Penyakit Pertama: Sakit Kepala

Hadith pertama dan kedua membahaskan bahawa Nabi SAW pernah berbekam6 di kepala kerana rasa sakit yang diderita olehnya. Hadith ketiga pula merupakan sabdaan baginda SAW berkenaan sekiranya terdapat sesuatu yang lebih baik untuk digunakan sebagai ubat (di mana kebiasaannya) terdapat pada madu, berbekam atau sengatan api panas, sesungguhnya baginda SAW tidak suka terhadap rawatan yang menggunakan api. Salah satu pendekatan yang dilakukan oleh Nabi SAW dalam merawat sakit kepala ialah dengan berbekam kerana ia mampu mengelurkan darah kotor sebagai punca kepala terasa sakit.

Bahkan, Rasulullah SAW juga mengamalkan rawatan herba seperti inai untuk menyejukkan kepala. Ini kerana inai 7 mengandungi pewarna glukosid dan asid henotanik. Sifat inai yang sejuk memberi kesan apabila ia bergabung dengan kolagen pada sel kulit atau rambut.

Penyakit Kedua: Kutu di kepala

Hadith keempat mengemukakan keadaan Ka„b bin „Ujrah yang mengalami masaalah kutu di kepala pada peristiwa Hudaibiyyah. Nabi SAW menemuinya

6 Rujuk Abdul Aziz Ismail, Setiap Penyakit Ada Ubatnya: Pengubatan mengikut al-Quran dan as-Sunnah; berbekam mengeluarkan darah kotor dari bawah kulit, bukan dalam daging. Nabi SAW memerintah agar melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika darah sedang bergejolak dan darah bertambah banyak, bukan pada awal bulan di saat darah belum bergejolak dan bukan juga pada akhir bulan kerana gejolak darah sudah berkurangan.

7 Azuan, “Pokok Inai-Lawsonia Inermis,” laman sesawang Blog, dikemaskini 2 Disember 2013, dicapai 25 Disember 2013, http://herba.berita1.com/pokok-inai-lawsonia-inermis.

semasa beliau sedang menyalakan api di bawah tungku dalam berpakaian ihram. Justeru, baginda menyarankan agar mencukur rambut di kepalanya setelah Ka„b memberitahu bahawa kutu tersebut menggangguinya. Saranan Nabi SAW bertujuan untuk menghalang pembiakan kutu dan mengelak dari berjangkit kepada para sahabat yang lain.

Bahan-bahan rawatan herba turut diaplikasi bagi menyingkirkan segala yang memudaratkan diri umpama bawang merah yang dikisar untuk disapu pada kulit kepala.8 Sesungguhnya, air bawang merah boleh membersihkan kepala dan berfungsi membunuh kuman dan bakteria9 sekaligus mematikan kutu yang berselindung disebalik rambut tersebut.

Penyakit Ketiga: Sakit Mata Berjangkit

Hadith kelima membincangkan perihal seorang wanita yang ditinggal mati oleh suaminya, sehingga menyebabkan matanya menjadi bengkak akibat sering menangis yang berpanjangan. Lantas orang ramai mengadukan hal tersebut kepada Nabi SAW, baginda SAW menasihatkan agar wanita tersebut menggunakan celak kerana khawatir matanya akan semakin parah. Celak yang dimaksudkan di dalam hadith ini dikatakan sebagai itsmid 10 dan fungsinya

adalah untuk memperkuatkan saraf mata, menajamkan penglihatan, menjaga kesihatan, menghapus daging lebihan pada koreng dan bisul pada mata, membersih kotoran, menjernih penglihatan dan lain-lain lagi.

Rawatan herba pula mencadangkan agar daun sirih dilarutkan bersama air panas dan garam. Setelah air kembali sejuk, daun sirih tersebut akan diramas lalu ditapis untuk dikerlip-kerlipkan mata ke dalamnya bagi menyembuhkan penyakit mata berjangkit dari terus berlarutan.11 Adapun, kandungan daun sirih mempunyai kemampuan untuk mematikan bakteria, mematikan cendawan, dan juga mempunyai peranan sebagai antioksidan.12 Sementara garam mengandungi energi yang menjadikan ia berkualiti sebagai pembersih, pencegah kemudharatan dan sebagainya.13

8 “Penulis tidak diketahui,” “Cara Menghilangkan Kutu Rambut dan Telurnya,” laman sesawang Penyakit.Us: Info Penyembuhan Segala Penyakit, dicapai 15 Disember 2013,

http://www.penyakit.us/2013/04/cara-menghilangkan-kutu-rambut-dan-telurnya.html.

9 Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ath-Thibbun Nabawi: Metode Pengobatan Nabi SAW, dirumikan oleh Abdul Ghani Abdul Khaliq (Jakarta: Griya Ilmu, 2004), 350.

10 Rujuk Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ath-Thibbun Nabawi: Metode Pengobatan Nabi SAW; sejenis batu hitam iaitu bahan dasar celak yang didatangkan dari barat, Afshan (Persia). Ia adalah sejenis celak terbaik kerana paling mudah melekat, bahagian dalamnya halus dan tidak mengandungi kotoran. Komposisinya dari unsur dingin dan kering, ia mampu memperkuatkan saraf mata, menajamkan penglihatan, menjaga kesihatan, menghapus daging lebih pada koreng dan bisul pada mata, membersih kotoran, menjernih penglihatan serta menghilangkan sakit pening apabila ia dicampur dengan madu.

11 Siti Fuziah Yusof, Mari Berubat dengan Tumbuhan Sekeliling Anda (Selangor: Ar-Risalah Product Sdn. Bhd., 2011), .245.

12 Penulis tidak diketahui,” “Penyebab Mata Minus,” laman sesawang wordpress, dicapai 4 April 2016, https://penyebabmataminus.wordpress.com/2016/02/08/manfaat-daun-sirih/.

Selain itu, melihat warna hijau dan air mengalir yang bersifat menyejukkan dan menyegarkan14 juga dapat memberi kesan yang baik terhadap penglihatan dan perkara ini telah dibuktikan oleh firman Allah SWT, iaitu;

Terjemahan: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya (akan hal-ehwal sekalian makhluk-Nya). Al-Haj 22:63

Penyakit Keempat: Kusta

Hadith keenam menceritakan amaran Nabi SAW supaya menghindari dari orang yang terkena penyakit kusta seperti menghindari dari singa. Sikap baginda SAW menggambarkan tentang bertapa bahayanya penyakit kusta yang mudah berjangkit. Nabi SAW mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam soal mengawal dan mengubati penyakit kusta iaitu bersikap tegas mengenainya. Walaupun baginda SAW pernah menjamu selera bersama seorang sahabat yang sedang menghidap penyakit kusta, baginda tetap memberi amaran serta melarang orang awam dari menatap terlalu lama pesakit kusta. Sesungguhnya, penyakit berjangkit ini mampu mencacatkan kulit hingga menyebakan kerosakan kekal pada kulit, saraf, otot dan mata jika lewat mendapatkan rawatan.15

Bagi rawatan herba, di antara bahan-bahan tropika yang sesuai bagi merawat penyakit kusta adalah memakan jintan hitam bersama madu pada waktu pagi.16 Sememangnya kandungan madu yang kaya dengan multivitamin bermanfaat untuk kesihatan dan penawar bagi pelbagai penyakit17, juga sifat jintan hitam yang panas kering18 sesuai untuk mengubati penyakit kudis.

Penyakit Kelima: Sakit Mata19

Hadith ketujuh berkaitan dengan rawatan herba di mana Nabi SAW menjelaskan tentang keistimewaan cendawan yang diciptakan oleh Allah SWT disebabkan

14 Jalaluddin as-Suyuthi, Tibb an Nabi: Perubatan Cara Nabi SAW Pasti Sihat, dirumikan oleh Muhammad bin Abdullah (Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd., 2012), 201-2.

15 Ibid., 192-3.

16 Fuziah, Mari Berubat, 221-2.

17 Khalid Gadd, Mausu‟ah ath-Thibb al-Badil, terbitan “Dar al-Ghadd al-Jadid,” terj. Ensiklopedia Pengubatan Herba, cet. 1 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 110.

18 Ibid., 73.

19 Sakit mata ini berbeza dengan sakit mata berjangkit. Jangkitan sakit mata yang penulis maksudkan disini adalah sakit akibat jangkitan bakteria pada mata seperti kelihatan bengkak dan merah.

airnya yang mampu mengubati penyakit mata. Sifat cendawan yang lembab dan berdarah20 bertepatan untuk menyejukkan panas pada mata.

Penyakit Keenam: Sakit Perut

Hadith kelapan dikategorikan sebagai rawatan herba yang mengkhabarkan kisah seorang lelaki telah mengadu kepada Nabi SAW bahawa saudaranya menderita cirit-birit dan baginda SAW menyuruh meminum madu. Kelakuan ini diulang sebanyak tiga kali kerana didapati tiada kesan dengan meminum madu. Lalu baginda SAW bersabda tentang kebenaran Allah SWT tentang khasiat madu dan perut saudaranya yang berdusta.

Penyakit Ketujuh: Luka

Hadith kesembilan mengisahkan berkenaan rawatan yang berasaskan kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan. Rasulullah SAW menghadapi kecederaan pada bahagian muka serta gigi gerahamnya patah akibat dari topi besinya yang pecah. Apabila Sayyidatina Fatimah AS melihat darah semakin banyak keluar, dengan pantas beliau membakar tikar sehingga menjadi abu untuk disapukan pada bahagian luka ayahnya dengan tujuan untuk menghentikan darah tersebut dari terus mengalir.

Imam al-Bukhari menjelaskan bahawa tikar yang dimaksudkan di dalam

hadith ini adalah tikar jerami kerana abunya mampu menghentikan pendarahan luka sebaik sahaja ia kering. Di sisi yang lain, menurut al-Kahal bin Tharkan, tikar yang digunakan oleh Fatimah AS diperbuat daripada papirus.21 Adapun,

„Abd al-Mun„im mencatat di dalam bukunya al-Tadawi bi al-Quran bahawa

papirus mengandungi garam mineral dengan kadar yang banyak dan zat inilah yang akan menjadi abu setelah daun-daunnya dibakar nanti. Tambahan pula, Ibn Sina mengatakan bahawa papirus adalah baik untuk kudis dan mampu menyembuhkan luka.22

Penyakit Kelapan: Demam

Hadith kesebelas dan ketiga belas merupakan suatu kenyataan bahawa baginda membenarkan rawatan ruqyah bagi penyakit demam. Sementara hadith kesepuluh dan kedua belas, baginda menyifatkan penyakit demam sebagai percikan atau hembusan api neraka dan cara untuk menyembuhkan demam tersebut adalah dengan menggunakan air.23 Rawatan alami yang disyorkan oleh baginda SAW

20 “Khalid Gadd,” Mausu‟ah ath-Thibb, 48.

21 Penulis tidak diketahui,” “Halaman: Papirus,” http://id.wikipedia.org/wiki/Papirus. 22 Jalaluddin, Tibb an Nabi, 49.

23 Rujuk Ibnul Qayyim al-Jauziyah, ath-Thibbun Nabawi dan Imam Jalaluddin as-Suyuthi, Tibb an Nabi; air adalah perkara asas di dunia, maka ia sangat penting bagi setiap kehidupan. Sesungguhnya, air yang terlalu panas atau terlalu dingin memberi kesan bahaya terhadap saraf dan sebahagian besar anggota tubuh. Ini kerana air yang terlalu dingin boleh mengubah sistem metabolisme, mengakibatkan keparauan serta batuk. Minuman air yang sangat sejuk menjurus kepada pendarahan, kahak dan rasa sakit di dada, namun di sisi yang lain, ia baik untuk meredakan wap dan panas yang naik ke kepala akibat demam. Sementara air yang terlalu panas akan mengentalkan darah,

menyamai dengan unsur saintifik di mana ciptaan Ilahi yang berupa hujan dapat mengurangkan haba matahari yang memanaskan bumi.

Penyakit Kesembilan: Taun

Adapun hadith keempat belas, kelima belas dan keenam belas merupakan amaran baginda agar jangan mendekati penyakit taun jika ia berlaku ke atas sebuah negera atau melarikan diri bagi mereka yang berada di dalamnya. Hal ini kerana wabak berjangkit ini sukar diubati walaupun terdapat penawarnya, bahkan penyakit berjangkit ini berkemungkinan boleh menyabab kepada kematian. Rasulullah SAW telah berpesan kepada beberapa orang sahabat agar tidak perlu menyibukkan diri dalam menghadapi panyakit wabak sedangkan penyakit taun itu dijangkiti di negara lain. Manakala bagi warganegara yang dijangkiti penyakit taun agar jangan melarikan diri malah menghadapinya. Ini kerana ditakuti jika