• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASPEK PENYEDIAAN PEMAKANAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH

AL-HADITH: SATU TINJAUAN AWAL

Siti Sarah Izham165, Khadher Ahmad166, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff167



Abstrak

Islam menerusi al-Qur‟an dan hadith telah meletakkan panduan dalam segenap kehidupan hambanya dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Dalam soal pemakanan, yang merangkumi makanan dan minuman merupakan aspek penting dalam sesebuah kehidupan. Kekurangan atau berlebihan antara keduanya mampu membawa kepada kehilangan zat dan nutrisi yang sebenar yang diperlukan oleh tubuh badan dalam proses pertumbuhan. Bukan itu sahaja, bahkan kekurangan serta berlebihan dalam proses penyediaan makanan mampu membawa terjerumusnya melakukan perkara yang dilarang oleh Islam. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji aspek penyediaan pemakanan menurut perspektif fiqh al-hadith. Penyelidikan ini menggunakan metode perpustakaan

(library research) sepenuhnya. Manakala ketika menganalisis menggunakan analisis induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan aspek penyediaan pemakanan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang dibenarkan dan yang dilarangan. Untuk bahagian pertama iaitu penyediaan yang di benarkan terdapat tujuh keadaan manakala untuk bahagian kedua iaitu pencampuran yang di larang terdapat tujuh belas keadaan. Kajian ini dapat memberi impak yang besar kepada proses pembuatan makanan dan minuman demi memastikan pembuatan makanan tidak terjerumus kepada perkara yang dilarang oleh Islam dan demi kemaslahatan tubuh badan serta menghindari kemudharatan.

Kata kunci: Makanan, pemakanan, penyediaan, sunnah

Pengenalan

Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh. Memberi panduan dalam hal segenap kehidupan. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Antara perkara besar yang dibincangkan dan dititik beratkan dalam Islam ialah dalam soal makanan dan minuman. Perbincangan atau garis panduan

165 Pelajar Pascasiswazah PhD, Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.

166 Pensyarah Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala Lumpur.

167 Profesor dalam bidang tafsir di Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603 Kuala Lumpur.

mengenainya telah disebutkan dalam al-Qur‟an mahupun hadith. Pentingnya makanan dan minuman sehingga diterangkan secara panjang lebar dalam dua kitab panduan ummat ini, adalah kerana melalui makanan dan minuman akan terbentuk darah daging. Yang mana darah daging yang datang dari sumber yang bersih dan halal maka akan lahir manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Manakala darah daging yang tumbuh daripada hasil yang haram dan kotor akan menatijahkan seseorang itu berkelakuan jahat dan tidak taat kepada Allah.

Proses dalam menentukan sesuatu makanan itu benar-benar menepati apa yang Islam gariskan sudah tersedia di dalam al-Qur‟an mahupun hadith. Proses penentuan ini bukan sahaja dengan cara bagaimana mendapatkan makanan itu seperti gaji yang bersih daripada riba atau bukan dari jalan mencuri, bahkan dititik beratkan soal penyediaan sesuatu makanan itu, adakah ianya benar-benar menepati piawaian yang telah Islam letakkan? Kajian ini akan membincangkan secara mendalam berkaitan aspek penyediaan makanan yang telah digariskan oleh baginda SAW.

Metodologi Dan Skop

Pengkajian ini mengaplikasikan metode perpustakaan sepenuhnya dalam mengumpulkan data. Dalam proses pengkaji menyelesaikan kajian ini, pengkaji hanya akan menggunakan buku-buku yang terdiri daripada bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Selain itu, pengkaji turut sama menggunakan sumber-sumber dari artikel. Manakala dalam menganalisis data pengkaji menggunakan analisis induktif dan deduktif. Iaitu dari semua hadith yang membincangkan mengenai makanan dan minuman pengkaji akan menganalisis seterusnya mendapatkan hadith-hadith yang hanya menyentuh berkaitan dengan aspek penyediaan makanan dan minuman sahaja. Setelah itu pengkaji akan membahaskan hadith- hadith tersebut.

Pengkaji akan menggunakan kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pada bab al-ath‟imah (makanan) dan al-asyribah (minuman) sahaja. Pemilihan hanya

kepada dua kitab ini bertitik tolak daripada status kitab tersebut. Di mana, pengkaji memerlukan hanya hadith-hadith yang sahih sahaja dijadikan panduan supaya hasil kajian adalah datang daripada sumber yang benar, sahih dan tiada pertikaian. Manakala pemilihan hanya kepada bab al-Ath‟imah (makanan) dan al- Asyribah (minuman) adalah kerana objektif utama kajian ini adalah untuk

mengkaji berkaitan penyediaan pemakanan. Elemen yang membentuk pemakanan adalah makanan dan minuman.

Pemahaman Berkaitan “Penyediaan Pemakanan”

Asal perkataan penyediaan ialah sedia. Sedia bermaksud perbuatan atau hal bersedia; persiapan. Namun, setelah berlaku penambahan imbuhan pe-an maka perkataan sedia yang merupakan kata kerja akan bertukar penyediaan iaitu ianya

membentuk kata nama terbitan. Penyediaan membawa maksud perbuatan menyediakan atau persiapan168.

Makanan pula asal dari perkataan makan yang telah di tambah imbuhan – an dibelakangnya. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan dan juga mengunyah.169 Manakala makanan dari sudut bahasa ialah apa sahaja yang boleh dimakan seperti roti, nasi dan lain-lain.170 Dari sudut istilah terdapat beberapa pendapat mengenai maksudnya, menurut Suriah dan Tengku Aizan, makanan ialah sumber nutrient yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta pemeliharaan fungsi tubuh sepanjang hayat. Dengan itu, jika sesuatu nutrien diabaikan daripada diet, kesihatan individu akan terjejas.171

Manakala menurut Phuah Kooi Ean yang pendapatnya selari dengan apa yang didefinisikan oleh Suriah dan Tengku Aizan, bahawa makanan adalah bahan yang boleh dimakan dan digunakan oleh badan untuk melaksanakan fungsinya.172 Beliau turut menambah, makanan mengandungi zat makanan dan apabila dimakan ia digunakan oleh badan untuk:

i. Mengeluarkan tenaga bagi mengekalkan suhu badan dan memberi kesan terhadap pergerakan dalam dan luar

ii. Membina dan menjaga kesempurnaan tisu badan serta untuk pembiakan iii. Membekal bahan-bahan bagi melaksanakan berbagai proses dalam badan

Makanan atau ُماعطadalah kata benda dalam bentuk mufrad, jamaknya

ialah at‟imah (ةمعطأ). Ta‟am ialah nama keseluruhan bagi setiap yang dimakan dan ada yang menyatakan ia dikhususkan bagi gandum. Al-Kafawi berkata, ta‟am kadangkala digunakan bagi menyebut minuman.173 Di dalam al-Qur‟an,

ta‟am mengandungi beberapa makna:

1. Sejenis makanan iaitu al-mann (roti) dan al-salwa (madu)

2. Mencakupi semua jenis makanan. Ia terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu nabati, haiwani dan olahan.174

Kesimpulannya ialah makanan yang juga minuman merupakan sesuatu bahan yang boleh dimakan dan ia merupakan sumber nutrient yang diperlukan untuk proses pertumbuhan dan perkembangan serta pemeliharaan fungsi tubuh sepanjang hayat. Dan ia terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu makanan bersumberkan tumbuhan, haiwan dan yang berbentuk olahan.

168 Kamus Dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), 1408 entri “penyediaan” 169 Kamus Dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), 980 entri “makan” 170 Kamus Dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), 981 entri “makanan”

171 Suriah Abdul Rahman & Tengku Aizan Hamid (2001), Pemakanan Warga Tua, Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 85

172 Phuah Kooi Ean, Pemakanan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992), 2, 1.

173 Zulkifli Haji Mohd Yusoff et.al, Kamus al-Qur‟an (Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, 2009), 342-343 174 Muhammad Quraish Shihab, Wawasan al-Qur‟an, c. 7 (Bandung: Penerbit Mizan, 1997), 140-143

Berdasarkan maksud penyediaan dan makanan seperti yang dibincangkan di atas, dapat disimpulkan bahawa pemahaman berkaitan penyediaan makanan yang juga penyediaan minuman ialah cara atau kaedah dalam proses menyediakan sesuatu bahan untuk dimakan dengan mengambil kira bahan tersebut berfungsi sebagai sumber nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan, perkembangan dan pemeliharaan fungsi tubuh sepanjang hayat. Dan sumber tersebut daripada tumbuhan, haiwan dan olahan.

Taburan Hadith-Hadith Berkaitan Aspek Penyediaan Pemakanan Dalam

Al-Sahihain

Berikut merupakan jadual berkaitan taburan hadith yang membincangkan berkaitan pemakanan iaitu makanan dan minuman dalam kitab al-sahihain.

Bil Perkara Bahagian No. hadith

1. penyediaan Khatifah 1. Campuran tepung dan keju SB: 5450 2. Penyediaan Khamr atau

Arak

1.Campuran Busr (kurma muda) dan tamr SB: 5580, 5600 SM: 5131, 5135, 5136, 5145, 5149, 5150, 5151, 5153, 5158, 5159, 5160, 5161, 5162 2. Campuran anggur, kurma, madu,

hinthoh dan syai‟r

SB: 5585, 5586, 5588

3. Campuran zabib, tamr, madu,

hinthoh dan syai‟r

SB: 5589 4. Campuran Zahw (kurma tua)

dengan tamr

SB: 5602 SM: 5137 5. Campuran Zabib (kismis) dengan

tamr SB: 5602 SM: 5145, 5146, 5147, 5148, 5149, 5150, 5151, 5153, 5154, 5156, 5157, 5158, 5159, 5160, 5161, 5162, 5163, 5164

6. Campuran ruthb (kurma matang) dengan Busr (kurma muda)

SB: 5622 SM: 5133, 5136, 5137, 5138, 5164, 5165

7. Dari dua pohon -al-Nakhlah dan al-„Inab -al-Karamah dan al-Nakhlah

SM: 5142, 5143, 5144

8. Campuran zabib dengan basr SM: 5153

9. Campuran zahw dengan ruthab SM: 5154, 5155,

5156, 5157, 5158, 5159

10. Campuran ruthab dengan zabib SM: 5156 11. Disebut sebagai fadhih iaitu

minuman yang dicampurkan air dan kurma muda

SM: 5132

3. Penyediaan al-Bit‟u 1. Merendamkan madu sehingga rasanya menjadi keras

SB: 5585, 5586 SM: 5211, 5212, 5213, 5214, 5215, 5216

4. Penyediaan Nabiz 1. Mencampurkan beberapa kurma kering pada waktu malam di dalam

taur.

SB: 5591

5. Penyediaan Naqi‟ 1. Rendaman tamr di malam hari di dalam taur

SB: 5597 6. Penyediaan al-Bazaq 1. Air perahan anggur yang dimasak

sehingga hitam

SB: 5598 7. Penyediaan al-Mizr 1. membuat minuman dari jagung

dan/atau gandum sampai rasanya menjadi keras

SM: 5214, 5215, 5216, 5217 8. Penyediaan minuman

yang dibenarkan

1. Membuat perahan atau jus dalam bekas dan minum tidak melebihi 3 hari yakni tidak sampai rasanya menjadi keras

SM: 5226, 5227, 5228, 5229, 5230, 5231, 5232, 5233, 5234

2. Membuat minuman dalam bekas diperbuat dari batu

SM: 5235 3. Campuran Madu, Nabiz, air dan

susu

SM: 5237 4. Meminum secara berasingan zabib,

tamr dan basr

SM: 5152 9. Penyediaan makanan

yang dibenarkan

1. Buat lauk yang berkuah, isi dalamnya labu dan daging

SM: 5325 2. Wathbah: Yakni sejenis makanan

dari campuran kurma, tepung dan mentega

SM: 5328

Jadual di atas memaparkan berkaitan penyediaan pemakanan yang terdapat dalam al-sahihain. Daripada jadual tersebut, penyediaan pemakanan terbahagi kepada dua kategori iaitu penyediaan pemakanan yang dibenarkan dan penyediaan pemakanan yang dilarang. Terdapat tujuh jenis penyediaan pemakanan yang dibenarkan. Manakala tujuh belas jenis penyediaan pemakanan yang dilarang.

Perbincangan Mengenai Hadith-Hadith Aspek Penyediaan Pemakanan

Dalam Al-Sahihain

Penyediaan pemakanan yang dibenarkan merupakan pemakanan yang telah dimakan serta diminum oleh baginda s.a.w. dan juga pemakanan yang tidak ditegah oleh baginda daripada memakannya. Manakala pemakanan yang dilarang pula ialah pemakanan yang secara jelas dilarang oleh baginda untuk memakan serta meminumnya. Ini kerana larangan keatas penyediaan pemakanan tersebut membawa kepada kemabukan, kerosakkan fungsi tubuh dan menghilangkan kewarasan akal.

Sebagai contoh, penyediaan pemakanan yang dilarang adalah atas faktor proses penyediaannya sememangnya bertujuan untuk membuat khamr.

Sebagaimana hadith yang terdapat dalam Sahih Bukhari bernombor 5580;

Terjemahan: Dari Thabit al-Bunani, dari Anas, telah berkata: “Di haramkan bagi kami khamr ketika pengharamannya, dan tidak

didapatinya - yakni di Madinah- khamr daripada anggur kecuali sedikit. Kebanyakkan khamr adalah dari busr (kurma muda) dan tamr (kurma kering).175

Hadith ini menceritakan berkaitan penyediaan khamr yang dilakukan oleh masyarakat Arab di Madinah. Menurut al-Thahawi, “khamr adalah haram,

sedikit mahupun banyak. Adapun yang memabukkan dari selain khamr juga

haram hukumnya, tetapi tidak seperti haramnya khamr. Nabiz yang dimasak tidak dilarang apapun bahannya. Tetapi yang diharamkan adalah kadar yang biasa memabukkan.176 Nabiz disini membawa maksud air rendaman. Iaitu penyediaan khamr adalah rendaman air hasil pencampuran antara kurma muda dan kurma

kering177 dalam suatu jangka waktu yang memberi kesan perubahan pada rasa dan bau rendaman ini sehingga menjadikan peminumnya mabuk.

Dalam proses pembuatan khamr, selain menggunakan kurma samaada muda mahupun tua, khamr juga dibuat daripada hasil rendaman anggur. Pada

asalnya, penyediaan rendaman anggur adalah dibenarkan dan tidak membawa kemudharatan kerana fungsi anggur itu baik untuk menjaga kesihatan jantung, melindungi tubuh badan daripada radiasi, membantu pemulihan otot178 dan sebagainya. Tetapi kebaikan-kebaikan yang dimiliki anggur ini tidak akan dirasai sekiranya penyediaan ke atasnya menyalahi daripada yang sepatutnya. Oleh itu, sekiranya berlaku penyediaan rendaman anggur sehingga menatijahkan hasil rendaman tersebut menjadi keras lalu membawa kepada kemabukan, maka sudah pasti ianya dilarang dan dihukumkan haram. Ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari bernombor 5598.

Begitu juga dalam penyediaan al-Mizr. Iaitu melalui rendaman jagung

atau gandum sehingga mengubah rasanya menjadi keras dan membawa kepada kemabukan. Ianya juga tergolong dalam kalangan khamr iaitu sesuatu yang

memabukkan sekalipun ianya bukan terdiri daripada bahan yang menjadi kebiasaan dibuat khamr.

175 Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Ashribah, Bab Al-Khamr min al-„Inab, no. Hadith 5580. Lihat Abu„Abd Allah Muhammad bin Isma‟il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari,” dalam Mawsu‟at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih bin „Abd al-„Aziz Al al-Shaykh (Riyadh: Dar al-Salam, 2000), 475.

176 Ibn Hajar al-Asqolani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Imam Abi „Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. (Kaherah: Dar al-Diyan li al-Turath, 1977).

177 Ibid.

Penyediaan pemakanan yang dibenarkan adalah seperti membuat rendaman kurma dan meminumnya tidak melebihi tiga hari. Kurma adalah tanaman yang telah disebutkan dalam al-Qur‟an mahupun hadith. Penyebutannya adalah bertitik tolak daripada kelebihan dan khasiat yang banyak yang terdapat padanya. Antara kelebihan dan khasiat kurma adalah sebagai agen antitumor. Omar dan Kennedy telah menjalankan kajian akan potensi glukan yang diperolehi daripada kurma dari Libya dimana menunjukkan bahawa kurma sememangnya berpotensi dalam aktiviti antitumor.179

Kurma juga mengandungi agen neuroprotektif iaitu berfungsi sebagai agen dalam perlindungan sisterm saraf. Selain itu, kurma juga sebagai pengawal kolestrol. Menurut Salah, beliau mendapati diet yang mengandungi 1.5% serat biji kurma berpotensi untuk menurunkan kadar kolestrol LDL (Low density lipoprotein). Kurma juga sangat baik dan berkhasiat buat ibu yang mengandung

dan melahirkan anak. Kelebihan pemakanan kurma bagi ibu yang akan melahirkan anak adalah satu alternatif yang berkesan dalam mencegah kehilangan darah180 dan memudahkan dalam proses melahirkan bayi.181

Terdapat banyak kelebihan dan khasiat pada buah kurma ini. Sehingga menjadikan ia makanan sepanjang zaman. Bahkan Nabi s.a.w. bersabda, “rumah yang tidak mempunyai kurma penduduknya kelaparan”. Antara lain menunjukkan peri pentingnya kurma. Walaubagaimanapun, kebaikan kurma itu akan terhapus sekiranya berlaku pencampuran sehingga menatijahkan kemabukan. Sebagaimana hadith Nabi yang menyebut berkaitan air rendaman kurma dibolehkan tetapi mestilah diminum tidak melebihi tiga hari. Ini kerana, selepas melepasi tiga hari rendaman kurma tersebut akan bertukar bau dan rasa. Dan ia membawa kepada kemabukan. Oleh itu, untuk pemakanan yang dibenarkan adalah air rendaman kurma yang dibuat dan tidak melebihi tiga hari.

Seterusnya penyediaan pemakanan yang dibenarkan adalah pemyediaan lauk yang mencampurkan beberapa jenis bahan seperti kuah yang di dalamnya terdapat labu dan daging. Juga penyediaan wathbah yakni sejenis makanan

daripada campuran kurma, tepung dan mentega.

Prinsip Berkaitan Penyediaan Pemakanan

Perbincangan mengenai aspek penyediaan makanan dari perspektif fiqh al-hadith di atas dapat menerbitkan tiga prinsip yang dapat menjadi panduan buat semua pengusaha dan pengamal pemakanan dalam usaha menjadikan aspek penyediaan

179 Omar dan Kennedy, The anti-cancer activity of polysaccharide prepared from Libyan dates (Phoenix dactylifera L.) in Carbohydrate Polymers, (,2004), bil 59, 531-535

180 Khadem et.al, Comparing the Efficacy of Dates and Oxytocin in the Management of Postpartum Hemorrhage in Shiraz e-Medical Journal, (,2007) j. 8. Bil 2.

181 Nur Khasanah, Kandungan Buah-buahan dalam al-Qur‟an: Buah Tin (Fircus carica L), Zaitun (Olea europea L), Delima (Punica granatum L), Anggur (Vitis vinivera L), dan Kurma (Phoenix dactylifera L) untuk Kesihatan dalam Jurnal Phenomenon, v. 1, n. 1 (Jul 2011), 24.

pemakanan benar-benar menurut panduang yang Nabi s.a.w. anjurkan. Berikut merupakan prinsip-prinsipnya:

a. Larangan penyediaan makanan yang membawa kepada perubahan bau dan rasa yang asal sehingga menjadikannya wujud unsur mabuk dan terhasilnya arak atau khamr

Asal sesuatu makanan itu adalah harus. Sehinggalah terdapat nas yang sahih dan jelas daripada syariat yang menetapkan pengharamannya. Sekiranya tidak ada nas yang sahih, umpamanya ada sesetengah hadith yang dhaif, iaitu

lemah ataupum tidak jelas dalam dalil tentang pengharamannya, maka tinggallah perkara itu seperti asalnya, iaitu mubah (harus).182 Tetapi jika sekiranya sesuatu itu dihukumkan makruh, maka jatuhlah ia pada perkara yang syubhah. Dimana, perkara syubhah adalah lebih baik untuk ditinggalkan. Ini sebagai langkah untuk menghindari sebelum terjadinya haram.

Dari sudut penyediaan pemakanan yang telah dibincangkan sebelum ini, penyediaan pemakanan yang dilarang adalah penyediaan pemakanan yang mampu membawa kepada perubahan bau dan rasa yang asal sehingga menjadikannya wujud unsur mabuk. Dan terhasilnya aral atau khamr.

Mabuk ialah keadaan yang tidak stabil, hilang kewarasan akal akibat kejadian yang menyebabkan hilangnya daya kawalan terhadap tubuh untuk mengikuti kewarasan dan perkara yang sepatutnya. Manakala maksud perkara yang memabukkan ialah sesuatu yang jelas atau thabit boleh menyebabkan mabuk tanpa melihat kepada kadar yang menimbulkan kesan mabuk. Oleh itu, sesuatu pemakanan yang dikategorikan sebagai memabukkan adalah dilarang untuk diambil walaupun sedikit sekalipun untuk tujuan perubatan atau penawar sebarang kesakitan.

Nabi Muhammad SAW bersabda; “setiap yang memabukkan adalah khamr dan setiap khamr itu adalah haram”183

. Berdasarkan hadith ini bahawa apa sahaja yang membawa kepada kemabukan ianya adalah khamr dan membawa

kepada hukum haram. Sekalipun, pembuatan khamr terbabit adalah terdiri

daripada bahan yang umum mengetahui khasiatnya yang besar samaada melalui hadith Nabi mahupun melalui kajian sains.

b. Penyediaan makanan melalui pencampuran bahan atau rendaman bahan adalah dibolehkan dengan memenuhi beberapa syarat berikut:

i. Jika rendaman makanan, ia mestilah tidak melebihi tiga hari pembuatannya.

182 Yusuf al-Qaradhawi, Halam wa Haram fi al-Islam, terj. Zulkifli Mohammad al-Bakri (Nilai: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., 2014), 28-29

183 Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Ashribah, Bab Bayan An Kulli Maskar Khamr, wa An Kulli Khamr haram, no. Hadith 5211. Lihat Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim, “Sahih Muslim,” dalam Mawsu‟at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih bin „Abd al-„Aziz Al al-Shaykh (Riyadh: Dar al-Salam, 2000), 1035.

ii. Penyediaan makanan tidak membawa kepada perubahan bau dan rasa yang keras atau

iii. Penyediaan makanan tersebut tidak sampai membawa kepada unsur mabuk.

Kesimpulan

Penyediaan pemakanan merupakan aspek yang terpenting dalam soal makanan dan pemakanan. Ini kerana penyediaan pemakanan adalah penentu kepada kehalalan dan baiknya sesuatu makanan itu disisi syarak. Oleh itu, penyediaan pemakanan yang sebenar adalah yang benar-benar menepati panduan yang telah al-Qur‟an dan sunnah Nabi s.a.w. gariskan. Melalui hadith-hadith baginda s.a.w., penyediaan pemakanan terbahagi kepada dua kategori iaitu penyediaan pemakanan yang dibenarkan dan penyediaan pemakanan yang dilarang. Terdapat tujuh jenis penyediaan pemakanan yang dibenarkan. Manakala tujuh belas jenis penyediaan pemakanan yang dilarang.

Terdapat dua prinsip yang akan menjadi panduan buat pembuat makanan atau pengusaha makanan dalam urusan penyediaan makanan iaitu pertama, mestilah memastikan bahawa sesuatu makanan yang hendak disediakan tidak membawa kepada perubahan bau dan rasa yang asal sehingga menjadikannya wujud unsur mabuk dan terhasilnya arak atau khamr. Manakala prinsip kedua ialah sesuatu penyediaan makanan melalui pencampuran bahan atau rendaman bahan adalah dibolehkan dengan memenuhi beberapa syarat, jika rendaman makanan, ia mestilah tidak melebihi tiga hari pembuatannya, penyediaan makanan tidak membawa kepada perubahan bau dan rasa yang keras atau penyediaan makanan tersebut tidak sampai membawa kepada unsur mabuk.

Rujukan

Abu „Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari,” dalam Mawsu‟at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih bin „Abd al-„Aziz Al al-Shaykh (Riyadh: Dar al-Salam, 2000), 475.

Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim, “Sahih Muslim,” dalam Mawsu‟at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih bin „Abd al „Aziz Al al-Shaykh (Riyadh: Dar al-Salam, 2000), 1035.

Ibn Hajar al-Asqolani, Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Imam Abi „Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. (Kaherah: Dar al-Diyan li al-Turath, 1977).

Kamus Dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), 1408.

Khadem et.al, Comparing the Efficacy of Dates and Oxytocin in the Management of Postpartum Hemorrhage in Shiraz e-Medical Journal, (2007) j. 8. Bil 2. Muhammad Quraish Shihab, Wawasan al-Qur‟an, c. 7 (Bandung: Penerbit

Nadia Tharayyarah , Mausu‟ah al-Ijaz al-Qur‟ani, (Abu Dhabi: Dar al-Yamama, t.t), M. Zaenal Ariffin. Etc. 802

Nur Khasanah, Kandungan Buah-buahan dalam al-Qur‟an: Buah Tin (Fircus carica L), Zaitun (Olea europea L), Delima (Punica granatum L), Anggur (Vitis vinivera L), dan Kurma (Phoenix dactylifera L) untuk Kesihatan dalam Jurnal Phenomenon, v. 1, n. 1 (Jul 2011), 24.

Omar dan Kennedy, The anti-cancer activity of polysaccharide prepared from Libyan dates (Phoenix dactylifera L.) in Carbohydrate Polymers, (,2004), bil 59, 531-535

Phuah Kooi Ean, Pemakanan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992), 2, 1.

Suriah Abdul Rahman & Tengku Aizan Hamid (2001), Pemakanan Warga Tua, Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 85

Yusuf al-Qaradhawi, Halam wa Haram fi al-Islam, terj. Zulkifli Mohammad al- Bakri (Nilai: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., 2014), 28-29

Zulkifli Haji Mohd Yusoff et.al, Kamus al-Qur‟an (Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, 2009), 342-343

DETERMINATION OF THE CONCENTRATIONS OF TOTAL