• Tidak ada hasil yang ditemukan

Matematik untuk Alam Semesta Dan Tata surya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Matematik untuk Alam Semesta Dan Tata surya"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

MATEMATIK UNTUK ALAM SEMESTA

1

Wan Mohd Aimran bin Wan Mohd Kamil

Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

1. Tinjauan isu-isu asas

Modul ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan para pelajar tentang penghayatan

alam semesta menerusi kaedah ilmu matematik. Justeru difikirkan bahawa kefahaman yang tepat

dan jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan (i) penghayatan, (ii) alam semesta, dan (iii)

matematik harus dimiliki oleh para pembimbing modul ini:

Penghayatan di sini bermaksud caragaya ataupun pendekatan yang dibawa oleh seseorang

dalam mencerap, mengetahui dan menyingkap setiap kejadian yang berlaku di alam semesta.

Ini pula bersangkut-paut dengan hakikat insan dan alam tabii itu sendiri seperti yang

dianjurkan oleh agama atau sistem kepercayaan yang ada di dunia ini.

Insan merupakan makhluk yang mempunyai dwi-wajah: aspek rohani atau jiwa, dan aspek

jasmani atau badan. Aspek rohani atau jiwa insan pula terdiri daripada dua bahagian: jiwa

yang bersifat hayawaniyyah (kebinatangan) yang cenderung ke arah kejahatan dan jiwa yang

bersifat aqliah (kerasionalan) yang cenderung ke arah kebaikan; keadilan terhadap diri sendiri

bermaksud penundukkan atau penaklukan jiwa kebinatangan (animal soul) oleh jiwa rasional

(rational soul) yang didokong dengan ilmu yang benar dan diselia dengan hikmah atau

kebijaksanaan. Selain itu, insan telah dikurniakan dengan dayakuasa yang sempurna untuk

memperolehi ilmu pengetahuan tentang segala kejadian yang berlaku di sekelilingnya

menerusi indera jasmani yang lima, perkhabaran yang benar daripada mereka yang

berwibawa dan akal fikiran.

Alam tabii dipadati dengan petanda dan simbol yang sekiranya ditafsir dengan akal fikiran

yang sihat dan indera jasmani yang sempurna, akan membawa diri insan kepada pengenalan

terhadap kewujudan Tuhan yang telah mencipta, mentadbir dan menampung keberlakuan

alam tabii ini. Hakikat alam tabii ini tidak seharusnya ditanggapi dari sudut pandang

kebendaan (materialism) semata-mata, seolah-olah ianya hampa daripada maksud-maksud









(2)

kerohanian, justeru boleh dipergunakan sesuka-hati dan secara sambil lewa bagi memenuhi

keperluan dan kehendak insan. Pengosongan alam tabii daripada pengaruh mana-mana

kuasa yang bersifat rohani merupakan salah satu ciri proses pensekularan sebagai sebuah

rencana falsafah yang terselinap dalam andaian asas falsafah dan sains masani.

Amatlah penting untuk difahami hubung-kait intim di antara hakikat penciptaan insan

dengan hakikat alam tabii yang dipenuhi dengan keteraturan dan ketertiban kerana hal ini

telah dipermasalahkan dalam falsafah dan sains moden. Dalam pandang alam Islam,

bahawasanya struktur dan kejadian dalam alam semesta ini mempamerkan sifat-sifat

keteraturan dan ketertiban bukanlah suatu kenyataan yang membingungkan apabila diingati

bahawa tujuan penciptaan insan sepertimana yang disebut dalam al-Qur’an adalah sebagai

pemegang amanah Allah S.W.T. yang telah diberikan tanggungjawab dan kewajipan untuk

ditunaikan di dunia ini dengan sesempurna mungkin. Oleh itu, keteraturan dan ketertiban

yang terpamer di alam tabii ini tampak mesra dengan keperluan kehidupan insan atas sebab

alam tabii ini sememangnya telah dicipta untuk menampung keberadaan insan di dalamnya.

Justeru, persoalan yang sering bergelora dalam jiwa dan pemikiran manusia Barat seperti

“Mengapakah aku dicipta?”, “Apakah matlamat aku berada di alam ini?”, “Siapakah yang

telah menghadirkan aku di alam ini?” dan faham-faham yang mengalir daripadanya seperti

aliran pemikiran Eksistentialisme pada awal abad ke-20 tidak seharusnya memerangkap diri

seorang yang beragama, lebih-lebih lagi mereka yang beragama Islam.

Implikasi lain yang penting untuk dijadikan iktibar daripada kenyataan ini adalah apa yang

harus diutamakan bukanlah jumlahan bukti-bukti bersifat empirikal yang berjaya dikutip oleh

seseorang tentang sifat dan kejadian alam tabii semata-mata, tetapi kerangka fikir dan nilai

yang digunakan oleh seseorang dalam menafsir dan memberi makna yang sah dan tulen ke

atas bukti-bukti bersifat empirikal yang dihidangkan untuk tatapan dan penelitian individu

tersebut. Kerangka fikir dan nilai itulah yang akan menatijahkan makna yang benar dan sah

daripada bukti-bukti bersifat empirikal yang diperolehi daripada cerapan terhadap alam tabii.

Penjelasan tentang hakikat insan dan hakikat alam tabii sepertimana yang dijelaskan secara

ringkas sebelum ini merupakan perincian kerangka fikir dan nilai yang dimaksudkan, selain

tentang hakikat ketuhanan, hakikat ilmu, makna dan pengalaman kebahagiaan dan faham

perubahan, kemajuan dan pembangunan.

Dalam menzahirkan penghayatan insan terhadap alam tabii, harus disebut bahawa insan

ditakrifkan sebagai haiwan yang berkata-kata ataupun memiliki keupayaan untuk berbicara,

justeru mengikrarkan bahawa keistimewaan insan terletak kepada dayakuasanya untuk

(3)

bermakna dan benar. Oleh itu, pertuturan boleh dianggap sebagai usaha memindahkan

makna yang terkandung dalam akal fikiran ke dalam bentuk bahasa samada menerusi

pengucapan ataupun penulisan.

Sekiranya apa yang terkandung dalam akal fikiran insan adalah hasil pemerhatian dan

pencerapan kejadian alam tabii di sekelilingnya, maka pertuturan itu merupakan penzahiran

pengalaman yang membekas pada dirinya tentang kejadian alam tabii dalam bentuk bahasa,

samada dalam bentuk ayat-ayat matematik, ataupun kenyataan dan kesimpulan sains,

ataupun hasil rupacita falsafah, kesenian dan sastera. Setiap satu bentuk pengungkapan ini

tidak semestinya bercanggahan antara satu sama lain, yakni hasil renungan sains terhadap

sifat alam tabii tidak semestinya bertentangan dengan hasil citarupa kesenian dan sastera

terhadap kejadian alam tabii, tetapi sekiranya difahami dan diletakkan pada tempat yang

sewajarnya, saling melengkapi dan memperkukuh di antara satu sama lain.

Dalam sains masani, khususnya dalam ilmu fizik dan kimia, kenyataan dan kesimpulan

tentang sifat dan kejadian alam tabii seringkali diungkapkan dalam bentuk ayat-ayat

matematik ataupun hukum-hukum tabii yang sejagat sifatnya. Ini bertitik-tolak daripada

beberapa sebab, antaranya: (i) hasrat sains untuk mencirikan kejadian alam tabii secara jitu

dan jelas, (ii) hasrat sains untuk menerangkan kejadian alam tabii secara sejagat dan seragam

(yakni berdasarkan prinsip ‘the least number of causes for the largest number of phenomena’), (iii) hasrat

sains untuk meramalkan berlakunya kejadian-kejadian baru yang boleh ditentusahkan di depan

khalayak umum, dan (iv) hasrat sains untuk mengawal kejadian-kejadian yang berlaku di alam

tabii menerusi pemasrahannnya kepada keperluan dan kehendak insan untuk maslahatnya.

Proses pe-matematik-an yang berlaku dalam sains juga didorong oleh hakikat ilmu matematik

itu sendiri yang dianggap sebagai bersifat objektif (dalam erti kata kesimpulan dan

kenyataannya tidak bergantung kepada sikap dan perilaku peribadi mereka yang

menanggapinya dan tidak berbeza secara bermakna dari satu tempat ke satu tempat, atau

dari satu waktu ke waktu yang lain) selain berupaya untuk menangkap sesuatu hal dengan

tepat dan pada tahap kejituan yang tinggi. Tidak menghairankanlah sekiranya objek ilmu

matematik – seperti angka dalam arimetik dan rupa dalam geometri – dianggap sebagai satu

bentuk kebenaran hakiki (eternal truth) yang bersifat mistika oleh para filosof Yunani seperti

Pythagoras dan Plato, yang kemudiannya diteruskan oleh ahli falsafah tabii dan fizikawan

seperti Johannes Kepler, Galileo Galilei, Rene Descartes dan Isaac Newton.

Usaha ini juga dipacu oleh kepercayaan bersifat hampir-keagamaan bahawa rahsia tentang

(4)

dianggapi bahawa Tuhan berkata-kata dalam ayat-ayat matematik, justeru mengandaikan

bahawa Tuhan merupakan seorang ahli matematik.

Keyakinan ini diperkukuhkan juga dengan deretan kejayaan dalam bentuk penemuan dan

penciptaan yang terhasil daripada penerokaan dan pengawalan alam tabii menerusi ilmu

sains dan teknologi – sepertimana yang berlaku semasa Revolusi Perindustrian di England –

yang membolehkan insan menjinakkan kuasa-kuasa alam tabii seperti air dan angin, selain

merubah bentuk muka bumi dan mengeluarkan sumber-sumber bernilai yang tersimpan di

dalam perut bumi bagi menampung keperluan peradaban insan. Ilmu sains dan teknologi

juga membenarkan insan untuk menembusi lapisan langit dan merantau ke angkasa lepas,

menyelami ke dasar lautan dan menikmati sumber kekayaan yang berada di dalamnya, lantas

melebarkan ufuk ilmu pengetahuan insan tentang alam semesta, di samping menjulang

dayakuasa akal fikiran dan kemampuan jasmani insan untuk membongkar rahsia-rahsia di

sebalik ketertiban, keteraturan dan keindahan alam semesta.

Justeru, penghayatan alam semesta menerusi kaedah ilmu matematik boleh ditakrifkan

sebagai penyingkapan dan pengungkapan sifat dan hakikat alam semesta dan segala kejadian

yang berlaku di dalamnya menerusi ilmu matematik yang dicirikan oleh angka (numbers) dan

rupa (shapes) yang akan tertayang makna sebenarnya apabila ditafsir dalam satu sistem

metafizika – atau kerangka fikir dan nilai – yang lebih luhur yang bersumberkan agama.

2. Cadangan tema

Bertitik-tolak daripada takrifan yang telah dikemukakan di atas, ingin diusulkan agar modul

ini didasarkan kepada empat tema berikut:

i. Cerapan dan pemerhatian alam tabii.

ii. Perekodan dan pengkelasan data cerapan dan pemerhatian.

iii. Penyaringan, penyusunaturan dan pemerian data cerapan dan pemerhatian dalam

sebuah kerangka penjelasan yang benar dan bermakna.

iv. Penentu-sahihan kerangka penjelasan yang dijana menerusi penilaian keputusan

(5)

Setiap satu daripada tema-tema ini merujuk kepada aspek-aspek ilmu matematik yang

berlainan dan secara umumnya mewakili pergerakan daripada cerapan yang sifatnya

bercampur-aduk dan terdiri daripada data yang beraneka rupa dan jenis kepada penjelmaan

sebuah kerangka penjelasan (atau teori) yang utuh dari segi kebolehannya untuk

menerangkan fenomena yang dicerap selain membuat ramalan yang boleh ditentusahkan

dalam sebuah ujikaji berkawal ataupun cerapan selanjutnya. Ianya merupakan usaha untuk

melatih insan – keseluruhan akal, jiwa dan raganya – dalam menyingkap, memahami dan

menafsir keteraturan dan ketertiban yang sedia wujud dalam alam tabii, lalu mengenal akan

hakikat sebenar alam tabii dan mengiktirafi Penciptanya di sebalik tabir fenomena tersebut.

Peranan ilmu matematik dalam usaha ini adalah dalam mensistemkan hasil keputusan yang

dicerap dan diperolehi daripada alam tabii dan menjelmakan pada pandangan akali insan

segala corak dan keteraturan yang tersurat dalam alam tabii yang terpamer pada indera

jasmani insan. Sekiranya segala kejadian alam tabii itu boleh diibaratkan sebagai titik-titik

tersusun yang membentuk sebuah grid, maka ilmu matematik berperanan untuk

membimbing insan dalam menyambung satu titik ke titik yang lain dengan garisan sehingga

terhasil sebuah corak yang bermakna yang memperkenal diri insan kepada hakikat yang

tersembunyi di sebalik taburan titik-titik tersebut.

3. Cadangan tajuk

Sebaik-baiknya tajuk yang dipilih untuk diperkenalkan kepada para pelajar merangkumi

keempat-empat tema yang disenaraikan di atas agar dapat didedahkan kepada para pelajar

akan kemampuan dan nilai ilmu matematik yang sepenuhnya dalam memberi faham kepada

insan akan sifat dan hakikat alam tabii.

Tajuk-tajuk yang dipilih juga seharusnya bersifat menyeluruh dalam erti kata memiliki

dimensi falsafah, sejarah dan estetika, selain dimensi matematik dan sains kerana harus

disedarkan kepada para pelajar ini bahawa meskipun pengungkapan (atau perupacitaan)

struktur dan kejadian alam semesta itu boleh dilakukan secara objektif dan jitu menggunakan

ayat-ayat matematik, namun usaha pencitarupaan fenomena alam tabii itu memanfaatkan

seluruh jiwa dan raga insan menerusi saluran-saluran ilmu yang tiga yang telah disenaraikan

sebelum ini – indera jasmani yang sempurna, perkhabaran yang benar daripada mereka yang

berwibawa dan akal fikiran yang sihat – selain dipengaruhi oleh latar nilai individu tersebut

(6)

Ketegangan ketara (apparent tension) di antara sifat objektif dan subjektif dalam menanggapi

makna dan hakikat alam tabii ini dapat dirungkaikan sekiranya diingati bahawa meskipun

segala ilmu itu akhirnya berpunca dan datang daripada Allah S.W.T. jua, pemerolehan dan

penafsiran ilmu yang dikurniakan itu berbeza-beza dari satu individu ke individu yang lain,

bersesuaian dengan latar ilmu, mutu akhlak dan tahap kesungguhan yang dimiliki oleh

seseorang itu. Sepertimana sebuah tempayan yang besar dan bersih boleh menakung lebih

banyak air hujan yang turun dari langit berbanding dengan sebuah baldi yang kecil dan

kotor, sebegitu jugalah insan yang berbeza akan dapat menanggapi dan memahami sesuatu

ilmu bersesuaian dengan dayaupaya unik masing-masing.

Antara tajuk-tajuk yang difikirkan sesuai untuk diperkenalkan dalam modul ini termasuklah:

a. Penentuan peredaran masa dan waktu

Prinsip asas pengukuran masa dan waktu; kejadian alam tabii yang sering digunakan untuk

mengukur peredaran masa dan waktu; objek-objek cakerawala (seperti Matahari dan Bulan)

yang dijadikan penanda peredaran masa dan waktu; sejarah penghasilan kalendar dan jam

dalam peradaban-peradaban yang berbeza; sistem kaledar dan pembahagian waktu dalam

peradaban-peradaban yang berbeza; faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan sistem

kalendar dan sistem jam; cara haiwan dan tumbuhan mengesan dan bertindak-balas dengan

peredaran masa dan waktu; konsep kejituan dalam pengukuran masa dan waktu; konsep

kerelatifan masa dan waktu dan skala-skala waktu yang berbeza, misalnya waktu astronomi

(astronomical time), waktu geologi (geological time) dan sebagainya; konsep zon-zon masa dan

implikasi praktikalnya; perkaitan di antara putaran Bumi pada paksinya dengan penentuan

masa dan waktu; hakikat masa dan waktu daripada tinjauan agama; penentuan usia sesuatu

objek atau peristiwa silam; masa depan dan nasib akhir insan dan alam semesta; peredaran

masa dan waktu dan hubungkaitnya dengan faham perubahan dan kemajuan.

b. Penentuan kedudukan dan arah di muka Bumi dan di langit

Prinsip asas dalam pemetaan; kejadian alam tabii yang sering digunakan untuk menentukan

arah dan kedudukan sesuatu tempat; objek-objek cakerawala yang dijadikan penunjuk arah

dan kedudukan sesuatu tempat; sejarah penghasilan peta dalam peradaban-peradaban yang

berbeza; sistem pemetaan dalam peradaban-peradabaan yang berbeza; faktor-faktor yang

mempengaruhi penghasilan peta dan kesepakatan lazim (convention) yang berkait dengannya;

cara haiwan menentukan kedudukan dan arah; penentuan arah dan kedudukan oleh

(7)

penentuan jarak dari satu tempat ke tempat yang lain di permukaan Bumi; penentuan jarak

dari Bumi ke Bulan, ke Matahari dan ke planet-planet lain di dalam Sistem Suria; penentuan

saiz objek di langit; pengukuran luas sesebuah kawasan di permukaan Bumi; keluasan alam

semesta dan cabaran untuk merentasinya.

c. Cerapan objek langit dengan mata kasar

Hikmah kejadian siang dan malam; kaedah cerapan objek langit; prinsip pengkelasan

objek-objek langit; kelebihan dan kekurangan mata kasar sebagai indera cerapan; penciptaan

teleskop dan alat optik lain bagi menambah kuasa cerapan insan; spektrum elektromagnet

sebagai penyampai maklumat utama berkenaan alam semesta; kaedah penyingkapan rahsia

yang tersirat dalam spektrum elektromagnet; teleskop bukan optik, misalnya teleskop zarah

neutrino, teleskop gelombang graviti; cabaran pencerapan anak bulan; cerapan sebagai satu

kaedah ilmiah bagi menentusahkan ramalan; cerapan Matahari dan objek lain di waktu

siang; cabaran cerapan objek langit seperti pencemaran cahaya, cuaca dan jarak; perbezaan

di antara astronomi dengan meterologi; cerapan dan penentuan objek baru yang jarang

kelihatan seperti komet, nova dan planet luar suria (extrasolar planet).

d. Penentuan kedudukan, gerakan dan sifat objek langit

Cara merekod kedudukan dan gerakan objek langit; faktor kejituan dan keberterusan dalam

merekod kedudukan dan gerakan objek langit; citarupa corak dalam perubahan kedudukan

dan gerakan objek langit; prinsip penyaringan dan pensistematikan kedudukan dan gerakan

objek langit; penakrifan dan prinsip pengkelasan objek langit seperti planet, bintang dan

sebagainya; kitaran-kitaran jangka pendek dan jangka panjang yang dipamerkan oleh objek

langit; model gerakan objek langit dalam peradaban-peradaban berbeza; alam semesta seperti

yang ditanggapi dalam peradaban-peradaban berbeza; hakikat objek langit daripada tinjauan

agama; mitos dan kisah yang disabitkan kepada objek langit dalam peradaban-peradaban

berbeza; hubungkait gerakan dan perubahan objek langit dengan peristiwa di muka Bumi;

perbezaan di antara astrologi dengan astronomi; penerokaan objek langit (Bulan) oleh

manusia; tujuan dan cabaran penerokaan angkasa lepas; konsep dua kitab agung dalam

Islam, yakni alam semesta dan al-Qur’an.

e. Keseimbangan alam semesta

Konsep ‘timbal-balik’ (feedback) dan keseimbangan (equilibrium) dalam sains; kitaran yang

(8)

bahan sisa, haba) ataupun di angkasa lepas (misalnya, kitaran hidup bintang); keistimewaan

Bumi sebagai satu-satunya planet yang menampung hidupan; penentuukuran halus

(fine-tuning) alam semesta dan implikasi zahir dan batinnya kepada insan; alam semesta sebagai

kosmos; hubungkait keseimbangan dengan kesempurnaan dan keindahan; kebarangkalian

wujudnya hidupan lain di alam semesta; pemerian keseimbangan alam dalam

peradaban-peradaban berbeza dalam bentuk selain daripada sains dan matematik; keseimbangan alam

semesta dan tanggungjawab insan untuk memeliharanya.

5. Cadangan rujukan

Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa sumber rujukan asas yang boleh dimanfaatkan

oleh para pembimbing dalam mengajar modul ini:

Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandang Alam Islam (Pulau

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2007).

Carl Sagan, COSMOS (New York: Random House, 1980).

Mazlan Othman, Astronomi Sezaman (Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1987).

Heather Couper & Nigel Henbest, Space Encyclopedia (London: Dorling Kindersley, 1999).

Science Buddies, “Astronomy Project Ideas.”

http://www.sciencebuddies.org/science-fair-projects/Intro-Astronomy.shtml, terakhir dilawati 29 November 2012.

Astronomy Picture of the Day. http://apod.nasa.gov/apod/astropix.html, terakhir dilawati

29 November 2012.

Hubble Space Telescope. http://hubblesite.org/, terakhir dilawati 29 November 2012.

NASA Multimedia. http://www.nasa.gov/multimedia/index.html, terakhir dilawati 29

November 2012.

Sky and Telescope Magazine. http://www.skyandtelescope.com/, terakhir dilawati 29

(9)

Falak Online. http://www.falak-online.net/portalfalak/, terakhir dilawati 29 November

2012.

MuslimHeritage.com. http://www.muslimheritage.com/, terakhir dilawati 29 November

2012.

Saudi Aramco World. http://www.saudiaramcoworld.com/issue/201206/default.htm,

terakhir dilawati 29 November 2012.

4. Kesimpulan

Diharapkan huraian dan saranan yang telah diberikan sedikit sebanyak berupaya untuk

memperjelas matlamat dan pengisian modul ini kepada para pembimbing, selain sebagai asas

yang kukuh untuk memperkembang ruang lingkup dan memperinci isi kandungan modul ini

bersesuaian dengan keperluan para pelajar dan kehendak para pembimbing pada masa

Referensi

Dokumen terkait

Orang yang pertama kali dapat menjelaskan masalah tersebut dengan baik adalah Sir Isaac Newton (1642-1727), yaitu dengan menggunakan Hukum Newton Tentang

Hubungan antara alam semesta (Insan) dan sang (Khaliq) mempunyai keterikatan erat, antara pencipta dan yang diciptakan. telah mengatur pergantian siang dan

Hubungan antara Bhuana Agung dengan Bhuana Alit sebagai konsep kesimbangan dunia yang dijelaskan dalam aspek Sapta Loka atau dari alam Dewa sampai ke alam kesuniaan (kamoksan),

Planet bumi berada dalam galaksi yang kita sebut sebagai galaksi Bimasakti ( Milky Way) galaksi bima sakti hanya sebagian kecil dari sekian banyak galaksi di luar

Alam semesta adalah segala sesuatu yang ada pada diri manusia dan di luar dirinya yang merupakan suatu kesatuan system yang unik dan misterius dan

Ternyata proses penciptaan menuut sains juga sejalan bahwa penciptaan alam semesta itu dilakukan melalui enam tahap yang diawali oleh tahap terjadinya dentuman besar atau

Galaksi adalah calon bintang atau kelompok bintang yang jumlahnya ribuan juta dan terdapat di alam semesta. Menurut fowler kira-kira 12.000 juta tahun yang lalu, galaksi

Tetapi karena massa planet m jauh lebih kecil dari massa Orang yang pertama kali dapat menjelaskan masalah tersebut dengan baik adalah Sir Isaac Newton 1642-1727, yaitu dengan