• Tidak ada hasil yang ditemukan

ELEMEN KEBANGSAWANAN DALAM PEMILIHAN PEM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ELEMEN KEBANGSAWANAN DALAM PEMILIHAN PEM"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

71

ELEMEN KEBANGSAWANAN DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN: ANALISIS KONTEKSTUAL PEMILIHAN SAYYIDUNĀ ABŪ BAKR RAIYALLAHU CANHU DAN

SAYYIDUNĀ MUCĀWIYAH RAIYALLAHU CANHU

Mohd Haidhar Kamarzaman, Norakmal Azraf Awaluddin,

Muhammad Akmal Othoman & Yusri Mohamad Ramli**

Abstact

The selection of national leaders in Islam is a topic that has long been debated over the years because being a leader is a very heavy responsibility in consonance with its symbolic significance as a khalīfah (vicegerent) for the Prophet Ṣallallahu cAlaihi Wasallam in spreading Islam and governing the people to submit to Allah Subḥānahu Watacālā. One of the factors that influences the selection of leaders is the criterion of aristocratic lineage or nobility. Therefore, this article focuses on the history of how element of the Quraish aristocratic lineage of Sayyidunā Abū Bakr Raḍiyallahu c

Anhu became the most influential factor in his appointment as the first Islamic Caliph as well as Sayyidunā Mucāwiyah Raḍiyallahu c

Anhu as the first sovereign from the Umayyad Dynasty. The main method used here is literature study whereby references are made to all works related to the matters discussed at hand. The findings of this study revealed that aristocratic lineage is one factor that complements the selection of a leader, albeit not conclusively. Even the aristocratic term was being used to fit in with the local culture as exemplified in the context of previous elections of Caliphs of Islam.

Pendahuluan

Islam dan politik adalah simbiosis yang sama sekali tidak dapat dipisahkan kerana pengamalan politik yang berlandaskan kehendak Tuhan Subḥānahu Watacālā dan sunnah RasulNya Ṣallallahu cAlaihi

Pelajar sarjana di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

**

(3)

72

Wasallam serta para Sahabatnya Raḍiyallahu cAnhum akan menjamin

kelangsungan cahaya Islam di muka bumi ini. Kajian ini menjurus kepada pemilihan pemimpin yang diamalkan pada zaman awal Islam khususnya Sayyidunā Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dan Sayyidunā Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu. Ini kerana, sejak dari zaman inilah yang menjadi sebab utama bagaimana kebanyakkan ulama mewartakan bahawa kebangsawanan adalah faktor penting dalam melantik pemimpin.

Namun, sebagaimana yang dikatakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud1, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja berkaitan menguruskan perubahan tetapi apa yang lebih penting ialah menguruskan kehidupan dengan kesedaran yang penuh, tetap dan juga tidak berubah. Kepimpinan itu adalah amanah, yang datang sekali dengannya adalah tanggungjawab dan kebolehan.

Justeru persoalannya di sini, apakah Islam memandang kepada darah kebangsawanan dalam pelantikan pemimpin ini? Adakah golongan berada sahaja yang seharusnya memegang tampuk pemerintahan di dunia Islam? Adakah kebangsawanan hanyalah sebagai suatu kebetulan dalam sejarah pemilihan pemimpin-pemimpin Islam. Kajian ini mengupas persoalan-persoalan ini berdasarkan analisis kepada pemilihan Sayyidunā Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dan Sayyidunā Mucāwiyah Raḍiyallahu c

Anhu sebagai khalīfah pada

zaman mereka.

Pendefinisian Bangsawan

Tidak lengkap kajian ini jika tidak diterangkan definisi kebangsawanan ini terlebih dahulu dalam memberi gambaran umum mengenai terma ini. Kebangsawanan adalah terminologi yang asal kalimahnya adalah bangsa yang merujuk kepada jenis manusia daripada sesuatu keturunan yang memiliki kemuliaan dan darjat yang tinggi di mata masyarakat. Justeru, bangsawan ialah orang yang berketurunan mulia. Manakala makna kebangsawanan pula adalah

1

(4)

73

kedudukan yang bersifat bangsawan dan sifat kemuliaan2. Manakala dalam bahasa Inggeris istilah yang digunakan adalah aristocracy, aristocrat dan aristocratic yang mana membawa makna pemerintahan oleh golongan bangsawan, orang dari golongan bangsawan dan kelakuan seperti orang bangsawan.3 Ini jelas menunjukkan bahawa dalam konteks Melayu, melihat kebangsawanan adalah istilah yang merujuk kepada keturunan atau nasab yang mulia jika dibandingkan dengan rakyat marhaen. Bangsawan amat sinonim dengan keturunan sultan, raja, pemimpin atau pembesar.

Manakala jika ditinjau pendefinisian kebangsawanan di Barat, istilah bangsawan ini sangat sinonim dengan terma feudal atau feudol. Dalam Bahasa Jerman pula edelinge, Bahasa Latin pula nobiles yang membawa makna yang sama dengan bangsawan. Status kebangsawanan ini membolehkan seseorang yang memilikinya mendapat status yang sangat tinggi berbanding dengan rakyat lain dan yang pastinya golongan-golongan ini sering dilantik sebagai pemimpin sesebuah komuniti hatta sesebuah negara. Di samping itu, ada juga yang mengganggap bahawa golongan feudal ini adalah suci dan memiliki hak istimewa yang asli. Namun sejarah feudalisme di Barat tidak bertahan lama kerana keangkuhan dan keegoan sebagai pemimpin sehingga revolusi serta rampasan kuasa berlaku.4 Berlandaskan kepada definisi ini, tabiat pemerintahan kebangsawanan itu tidak bertahan lama jika pemerintah sentiasa bermegah-megah sehingga meninggikan keegoan, korupsi dan pelbagai lagi masalah sehingga ia dijatuhkan sendiri oleh rakyat mereka sendiri.

Dalam budaya atau tamadun China pula, bangsawan diistilahkan sebagai shen-shih yang menggambarkan sekumpulan kelompok manusia yang memiliki posisi dan fungsi tertentu dalam masyarakat tradisional China. Ini berlaku setelah kejatuhan era feudal di China dan digantikan dengan sistem maharaja sekitar abad 200 S.M. Selain itu, kebangsawanan juga disebut sebagai shih ta fu yang bermaksud pejabat cendekiawan. Di zaman feudal, shih (bangsawan)

2

Kamus Dewan. Ed. ke-4. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005). Hlm. 123.

3 Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia

. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1985). Hlm. 62.

4

(5)

74

dan ta fu (rakyat) jurangnya adalah sangat besar sehingga menyekat

kebebasan para rakyat. Situasi di China sama sahaja di mana sahaja yang mengamalkan sistem kebangsawanan pasti tidak dapat terhindar dari kancah keegoan dan keangkuhan sehingga wujudnya gerakan bawah tanah yang cuba untuk menggulingkan kekuasaan kebangsawanan raja tersebut. Kata mudahnya “tahkta yang diperolehi secara kekerasan akan dihancurkan dengan kekerasan juga”. Bahkan dalam sejarah China, tiada raja yang diturunkan tahkta dengan sukarela. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa kebangsawanan yang berlandaskan kepada keturunan sama sahaja situasinya dengan di Barat iaitu tidak bertahan lama.5

Berdasarkan kepada definisi yang dikemukakan di atas, dapat disimpulkan kebangsawanan secara umumnya itu sangat berkait-rapat dengan pertalian darah yang mewakili setiap pemimpin yang dilantik yang dianggap mulia, tinggi dan hebat dalam kalangan penduduk sesebuah negara. Di samping itu, sejarah di Timur dan Barat menyaksikan bahawa kedudukan seseorang bangsawan dalam mempertahankan tampuk pemerintahan itu amat sukar kerana sifatnya yang sentiasa membangga diri dan tidak memandang ke bumi apabila sudah mengecapi langit.

Syarat-Syarat Perlantikan Pemimpin

Pada zaman awal Islam, kepimpinan tertinggi yang memegang jawatan pemimpin utama menggunakan istilah khalīfah. Secara umumnya

khalīfah juga sinonim dengan al-imām dan juga sulṭān. Secara

bahasanya khalīfah bermaksud yang berada di belakang atau yang mengganti dan dalam menyesuaikannya dengan konteks politik, ia membawa maksud seseorang yang berada di belakang Rasulullah

Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam dan menggantikannya dalam menegakkan hukum-hukum Islam. Dalam erti kata lain khalīfah ialah seseorang ketua yang dilantik bagi menjalankan perintah-perintah agama dan mengurus dunia sebagai pengganti Nabi MuhammadṢallallahu cAlaihi

Wasallam. Ibn Khaldūn melihat khalīfah adalah seseorang yang

dipertanggungjawabkan sebagai wakil Nabi dalam menjalankan

5

(6)

75

siyāsiyyah dan juga agama yang pada akhirnya nanti membawa kepada

kebahagiaan dunia dan akhirat.6

Pelantikan khalīfah atau pemimpin bukan satu jawatan yang sengaja diputuskan oleh sesiapa sahaja. Ini kerana ia juga adalah perintah dari Tuhan. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subḥānahu Watacālā:

Tafsirnya: Apakah kamu (tidak percaya) dan hairan bahawa datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu yang dibawa oleh seorang laki-laki di antara kamu untuk memberi peringatan kepadamu? Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nūh, dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan perwatakanmu (daripada kaum Nūh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat

Tafsirnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang

(7)

76

khalīfah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalīfah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.8

Ini jelas menunjukkan bahawa pelantikan khalīfah bukan sahaja membawa misi kelangsungan untuk hidup di dunia ini tetapi misi yang lebih penting adalah membawa misi kelangsungan sistem Islam terus bersinar dan berkembang. Oleh yang demikian, syarat-syarat untuk menjadi pemimpin dalam Islam adalah sangat ketat. Selayaknya dalam mengkaji mengenai politik Islam, antara tokoh yang paling terkenal membicarakan hal ini ialah Ibn Khaldūn menerusi karya utamanya iaitu Muqaddimah. Dalam karyanya ini, Ibn Khaldūn secara terperinci membincangkan mengenai ciri-ciri pemimpin yang perlu ada pada individu yang mahu bergelar seorang pemimpin menurut Islam. Antaranya adalah:

i. Pengetahuan. ii. Berhemah tinggi. iii. Berkesanggupan.

iv. Pancaindera dan anggota badan yang tidak mempunyai sebarang kecacatan yang mampu mempengaruhi pertimbangan dan tindakannya sebagai pemimpin.

v. Berketurunan Quraish.

Manakala Ibn Hazm mendahulukan kebangsawanan Quraish dalam pensyaratan pemilihan pemimpin dalam Islam. Kemudiannya barulah, Ibn Hazm mengemukakan syarat yang menyusul iaitu baligh, lelaki, muslim, tidak cacat, tegas, berani, tidak kedekut dan tidak membazir.9 Al-Bāqillānī pula telah mengemukakan empat syarat iaitu:

i. Seorang yang berbangsa Quraish. ii. Seorang yang memiliki keilmuan.

8

Surah al-Baqarah 2:30.

9

Muḥammad Yūsuf Mūsā. Niẓām al-hukm fī al-Islām. (al-Qāhirah: Dār al-Kitāb

al-c

(8)

77

iii. Kemampuan untuk memimpin peperanan dan mentadbir tentera dan mampu untuk melindungi rakyat dari kezaliman dan mampu juga untuk menentang kezaliman tersebut.

Al-Baghdādī mengatakan pemimpin itu perlu memiliki syarat-syarat seperti seorang yang berilmu dan adil, mampu memimpin politik dan baik pentadbirannya dan juga nasabnya mesti Quraish. Begitu juga al-Māwardī meletakkan beberapa syarat iaitu:

i. Adil.

ii. Berilmu dalam berijtihad dan menurunkan hukum. iii. Baik pancainderanya.

iv. Baik anggota badannya. v. Pentadbiran yang baik. vi. Mampu berjihad. vii. Nasab iaitu Quraish.

Abū Yacla pula mengatakan pemimpin itu mesti berbangsa Quraish, alim, berkemampuan dalam memimpin peperangan, politik dan menjatuhkan hukuman dan juga paling afdāl dalam kalangan manusia yang beragama.10 Jikalau kita lihat pendapat-pendapat tokoh-tokoh Islam di atas, ternyata keturunan atau kebangsawanan menjadi satu syarat penting dalam pemilihan seseorang khalīfah atau pemimpin Islam. Mengapa faktor kebangsawanan Quraish menjadi sangat dominan dalam pemilihan pemimpin?

Sejenak persoalan timbul dalam beberapa persepsi, mengapakah dalam kesemua teori-teori kepimpinan di atas diletakkan syarat oleh ulama-ulama muktabar Islam dihadirkan dengan syarat kebangsawanan iaitu berbangsa Quraish yang dilihat sebagai kaum yang paling mulia di kalangan bangsa Arab? Dari sudut ini perlu dilihat dalam beberapa aspek persoalan iaitu mengapa kaum Quraish dan bukan kabilah Arab yang lain yang jumlahnya beratus-ratus dan pelbagai bangsa lain sekitar zaman tersebut. Adakah kelayakan bangsa lain tidak setaraf dengan Quraish? Atau adakah

10

(9)

78

bangsa lain tidak pernah memimpin atau tidak mampu memimpin masyarakat pada ketika itu?

Mekah sejak dari awalnya dikawal oleh keturunan Yamanī sekitar tahun ketiga Masihi lagi. Seterusnya Mekah termasuk selatan Ḥijāz dijaga oleh Bani Qahtān dan Khuzācah. Jika kita lihat carta alir keluarga Quraish ini ia diawali oleh seseorang yang bernama Fihr yang menggunakan nama gelarannya iaitu Quraish. Dari keturunan Fihr ini lah terjadinya pelbagai keluarga yang mendasari dalam pemerintahan Mekah. Bagi Abū Bakr keturunannya adalah Taim, cUmar pula dari keluarga Adi, dan cAli pula dari keturunan Qusay.11

Quraish adalah suku kaum atau bangsa yang Nabi Muḥammad

Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam turut termasuk dalam kalangan bangsa ini yang mana datuknya iaitu Abdul Muṭālib adalah ketua bagi bangsa ini pada zamannya. Bangsa ini menduduki tempat yang sangat penting di Mekah khususnya bagi penduduk Arab pada ketika itu. Berdasarkan kepada tradisi Islam, sememangnya diakui bangsa ini mempunyai tempat yang sangat baik di sisi Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam sebagaimana yang telah disebut oleh Baginda sendiri.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn cUmar

Raḍiyallahu c

Anhu, Baginda Ṣallallahu cAlaihi Wasallam pernah

bersabda mengenai kelebihan bangsa Quraish:

Maksudnya: Jawatan khalīfah itu seharusnya diberikan kepada kepada bangsa Quraish walaupun yang hanya tinggal dua orang, seorang akan menjadi pemimpin dan seorang menjadi rakyat.12

Adapun pengaruh bangsa Quraish dalam menjawat posisi penting dalam pentadbiran nampaknya sudah berkurangan seperti

11

Sherwani, Haroon Khan. Muslim Political Thought and Administration. (Delhi: Jayyed Press, 1942). Hlm. 39.

12

(10)

79

mana zaman pemerintahan Abāsiyyah dan juga Dawlah c

Uthmaniyyah.13 Bahagian seterusnya akan menghuraikan bagaimana

boleh timbulnya penetapan kaum Quraish sebagai syarat penting dalam pemilihan seseorang pemimpin dalam Islam sehinggakan ulama-ulama terdahulu meletakkannya sebagai satu syarat yang penting dalam pelantikan ketua negara.

Kebangsawanan Dalam Pelantikan Sayyiduna Abu Bakr

Radiyallahu cAnhu.

Kepentingan kebangsawanan sudah wujud sejak Nabi Muḥammad

Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam masih bersama-sama dengan Sahabat

Raḍiyallahu c

Anhum yakni ketika Baginda masih hidup. Ini adalah kerana terdapat banyak hadith yang sahih yang menyatakan keutamaan Quraish diangkat sebagai pemimpin. Namun dasar kebangsawanan ini telah menjadi suatu konflik antara penduduk Ansar dan juga Muhajirin yang berbangsa Quraish. Taraf kebangsawanan Quraish ini ada diriwayatkan oleh Imam al-Bukhārī dan Imam Muslim dalam Ṣaḥīḥ mereka, iaitu:

Maksudnya: Sesungguhnya kekuasaan itu terletak di tangan kaum Quraish dan sesiapa yang memberontak terhadap kaum ini, Allah akan membinasakannya pula.14

Selain itu al-Bukhārī juga meriwayatkan dari Abū al-Walīd mengenai hadith tentang Quraish iaitu:

13

Hughes, Patrick Thomas. A Dictionary of Islam Being a Cyclopedia of the Doctrines, Rites, Ceremonies, and Customs, Together with the Technical and Theological Terms of the Muhammadan Religion. (Lahore: Premier Book House Publisher & Booksellers. 1964). Hlm. 483.

14

(11)

80

Maksudnya: Ibn cUmar pernah meriwayatkan, bahawa Rasulullah pernah bersabda: “kekuasaan itu terletak di tangan kaum Quraish walaupun mereka hanya berjumlah dua orang sahaja”.15

Imam Muslim pula meriwayatkan dari Abū Hurayrah

Raḍiyallahu c

Anhu:

.

Maksudnya: “Manusia dalam hal kebajikan dan keburukan adalah ikut kepada kaum Quraish; kemusliman mereka juga mengikut kemusliman kaum Quraish demikian pula halnya dengan kekufuran mereka”.16

Begitu juga dengan hadith dari Jābir bin Samurah

Raḍiyallahu c

Anhu:

Maksudnya: Agama ini akan sentiasa berjaya dan kuat di tangan dua belas khalīfah dan mereka itu semuanya datang dari kalangan kaum Quraish.17

15

al-Bukhārī. Kitāb: Manāqib. Bāb: Manāqib Quraish.

16

Muslim. Kitāb: al-Imārah. Bāb: al-Nās Tabc li Quraish wa al-Khilāfah fī Quraish.

17Muslim. Kitāb:

(12)

81

Atas dasar ini ramai dalam kalangan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah meletakkan syarat bahawa bangsa Quraish diutamakan untuk menjadi pemimpin berbanding kaum yang lain.18 Walaupun demikian, masih terdapat hadith yang melonggarkan keutamaan kaum Quraish ini sebagaimana yang pernah disabdakan sendiri oleh Nabi Muḥammad Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam iaitu:

.

Maksudnya: Dengarlah dan taatilah walaupun seandainya yang memimpin kamu semua adalah seorang hamba Habshī.19

Namun Ahli Sunnah menafsirkan hadith yang disebutkan oleh Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam tadi hanya mencakupi tugas pemimpin yang kecil bukan pemimpin dalam sesebuah negara.20 Ketika mana Nabi telah wafat, banyak dialog yang menyebut Quraish adalah kaum yang hebat berbanding kaum yang lain dan layak diangkat menjadi khalīfah. Selepas sahaja Nabi Muḥammad Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam wafat, umat Islam di Madinah kelihatannya terkejut kerana pada saat itu masih tiada lagi pemimpin yang dilantik untuk meneruskan kelangsungan Islam. Oleh yang demikian, atas dasar inilah umat yang pelbagai di Madinah bersatu dalam membentuk dan melantik pemimpin serta merencana satu pelembagaan yang memberi keutamaan kepada penduduk Madinah yang mempunyai pelbagai kaum.21 Dalam kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Ibn Kathīr22 ada menyebutkan bahawa pemilihan pemimpin adalah masalah yang paling penting ketika itu kerana sebahagian kaum Anṣār dan Muhājirīn dan suku-suku yang lebih kecil beranggapan bahawa jawatan khalīfah itu mestilah dari kalangan mereka. Namun apabila Abū Bakr

18

Dhiaudin Rais. Teori politik Islam. (Jakarta: Gema Insani. 2001). Hlm. 241.

19

al-Bukhārī. Kitāb: al-Jamācah wa al-Imāmah. Bāb: Imāmah al-cAbd wa al-Mawlā.

20

Dhiaudin Rais. Op-cit. Hlm. 241.

21

M. Mukarram Ahmed. Encyclopedia of Islam. Vol 7. Islam campaign against evil. (New Delhi: Anmol Publications Pvt. Ltd. 2005).

22Ibn Kathīr

(13)

82

Raḍiyallahu c

Anhu mengatakan bahawa pemimpin tidak dilantik melainkan datangnya dari kaum Quraish, maka elemen kebangsawan memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik tersebut.

Pertelingkahan ini bermula ketika mana Rasulullah Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam telah wafat dan berlaku satu persidangan kaum Anṣār di Saqīfah Bani Sācidah yang mana Sacd bin cUbādah telah berpidato dalam menyakinkan masyarakat bahawa kaum Anṣār adalah pemimpin yang layak dengan mengatakan: “Kami adalah kaum Anṣār penolong Allah dan pejuang-pejuang Islam, dan kalian wahai kaum Muhājirīn adalah dari kalangan Nabi Muḥammad yakni Nabi kami, dan sesungguhnya telah muncul tanda-tanda dari kamu bahawa kamu akan turut menguasai kami di sini, di tempat tinggal kami ini dan akan mengambil alih kekuasaan dari kami”. Penyataan Sacd bin cUbādah ini telah membuatkan cUmar Raḍiyallahu cAnhu marah dan hampir menimbulkan huru-hara tetapi dihalang oleh Abū Bakr yang sangat dihormati oleh cUmar kerana beliau adalah gurunya sendiri.23

Kemudian barulah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu berdiri dan menyampaikan apa yang ingin diketengahkan lalu beliau berkata:

Apapun kebaikan yang telah kamu sebutkan tadi sememangnya ada kebenarannya dan kalian adalah orangnya. Namun orang Arab hanya mengenali dan mengetahui kabilah ini iaitu kaum Quraish. Secara nasab merekalah yang paling mulia antara bangsa-bangsa Arab. Demikian pula tempat tinggal mereka adalah yang paling mulia daripada seluruhnya. Oleh yang demikian itu, aku rela jika urusan kekhalīfahan ini diserahkan kepada salah satu daripada kedua orang ini iaitu Abū cUbaydah bin al-Jarrāḥ dan cUmar al-Khattab.24

Namun cUmar Raḍiyallahu cAnhu mengatakan bahawa pemimpin yang layak hanyalah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu sahaja. Kemudian ada seorang dari kalangan kaum Anṣār yang mencadangkan melantik pemimpin dalam kalangan Anṣār dan juga dalam kalangan Muhājirīn menjaga kelangsungan puak masing-masing. Dari sini berlaku sekali lagi huru-hara. Maka cUmar meminta Abū Bakr

23Ibid.

Hlm. 48.

24

(14)

83

Raḍiyallahu c

Anhu memberikan tangannya dan segera cUmar

Raḍiyallahu c

Anhu membaycah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu sebagai

pemimpinnya. Kemudian diikuti oleh semua Muhājirīn dan barulah kaum Anṣār juga membai’ah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu sebagai pemimpin.25

Apakah Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dilantik disebabkan oleh keturunannya yang datang dari kalangan kaum Quraish? Jawapannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Aḥmad dalam Musnadnya yang mengatakan:

Tatkala Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam wafat, kaum Anṣār telah mencadangkan pemimpin itu dilantik di pihak Anṣār dan juga di pihak Muhājirīn. Bermaksud ada dua orang pemimpin yang dicadangkan oleh Anṣār. Namun

cUmar segera menempelak dengan mengatakan: “Wahai

kaum Anṣār, bukankah kamu mengetahui bahawa Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam telah memerintahkan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu menjadi imam manusia ketika solat? Siapa antara kamu yang mempunyai hati yang lebih mulia dari Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu? Maka kaum Anṣār mengatakan: “Nacuzubillah bila kami mengaku bahawa kami lebih mulia dari Abū Bakr Raḍiyallahu c

Anhu?26

Di samping juga, Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu itu adalah manusia yang menjadi peneman kepada Baginda ketika berada dalam gua dalam peristiwa hijrah. Dia lah yang menjadi keutamaan dan paling dikedepankan berbanding yang lain.27

Berdasarkan kepada dua bukti yang cukup kuat dari segi periwayatannya iaitu melalui hadith Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam dan peristiwa pelantikan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu telah menunjukkan kronologi yang menyeluruh mengapa Quraish dilantik sebagai seorang pemimpin dalam Islam. Seperti mana yang pernah dikatakan, bahawa kedua-dua dalil ini menjadi titik tolak ulama terkemudian terpengaruh untuk meletakkan syarat Quraish sebagai

25Ibid.

26Ibid. 27

(15)

84

sesuatu yang perlu diamalkan dalam melantik ketua negara. Namun Imam Aḥmad menjelaskan dalam Musnadnya bahawa pelantikan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu bukan kerana keturunannya atau kebangsawanannya yang Quraish tetapi adalah kerana kemuliaannya di mata umat Islam ketika itu yang memandang beliau adalah sebaik-baik manusia selepas Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam dalam memimpin manusia ketika itu. Mungkin kebangsawanan itu adalah bonus kepada Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu untuk dilantik sebagai pemimpin. Namun, yang paling utama adalah kebaikan akhlaknya dan dia adalah manusia yang terbaik ketika itu.

Berlandaskan kepada beberapa hadith dari Rasulullah

Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam yang mengatakan bahawa Quraish adalah sebaik-baik bangsa yang wajar dipilih sebagai ketua menjadi batu asas yang kuat mengapa para ulama meletakkan keturunan Quraish sebagai syarat dalam pemilihan pemimpin dalam Islam. Di samping itu, sejarah pelantikan Khulafā’ al-Rāshidīn seterusnya iaitu cUmar, c

Uthmān dan cAli Raḍiyallahu cAnhu yang juga mengambil batu asas dari sabda Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam adalah begitu menyakinkan kenyataan bahawa kaum Quraish adalah sebaik-baik kaum yang mampu untuk memimpin umat Islam walaupun pada masa itu Quraish sekadar kaum Muhājirīn atau pendatang berbanding kaum Anṣār yang telah lama menetap di Madīnah.

Dr. Ṭaha Ḥusayn28 dalam bukunya Fiṭnah al-Kubrā mengatakan keutamaan kaum Quraish waktu itu yang dilantik sebagai khalīfah bukan kerana darahnya dan tidak juga kerana kerabatnya dengan Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam tetapi semata-mata kerana kedudukan politik dan agama mereka yang sangat kuat pada ketika itu. Kebanyakkan orang Islam yang pertama adalah datangnya dari kaum Quraish sehingga mereka merasai keperitan dan penderitaan dakwah bersama Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam. Kebanyakkan dari pahlawan-pahlawan Islam juga datangnya dari bangsa Quraish. Beliau menegaskan inilah alasannya bukan kerana darah keturunannya. Namun setelah kuasa politik mereka mulai hilang sebagaimana yang diulas oleh Ibn Khaldūn, maka hak untuk menjadi pemimpin diberikan seluas-luasnya kepada kepada

28

(16)

85

sesiapa yang memenuhi syarat agama, moral dan politik yang sempurna. Sebagaimana yang ditulis oleh beliau lagi mengatakan hak kuasa bangsa Quraish ini adalah memiliki hak memerintah dan juga memiliki hak memberi nasihat, adapun orang Anṣār hanya mempunyai hak sebagai pemberi nasihat dan bukannya sebagai pemimpin. Lagi pula jika dilihat dari pandangan Marzuki Mahmood29 yang menjelaskan pemilihan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu untuk menjadi khalīfah pada ketika itu (setelah berlaku sedikit perselisihan antara Muhājirīn dan Anṣār) adalah merupakan pemilihan yang disepakati keseluruhannya oleh kaum muslimin sama ada Muhājirīn mahupun

Anṣār. Tidak ada sebarang paksaan mahupun kecenderungan

pemilihan yang berlaku pada ketika itu yang menerapkan ideologi kebangsawanan atau dalam pemilihan khalīfah Abu Bakr Raḍiyallahu c

Anhu. Bahkan peristiwa perlantikan itu berlaku dalam situasi yang sangat damai, iaitu melalui perbincangan dikalangan dua pihak terbesar, Muhājirīn dan Anṣār dan semua orang boleh memberikan pendapat. Lagi pula ditambah, berlaku dua sesi baycah ketika perlantikan Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu iaitu bai’ah pertama adalah dilakukan oleh kelompok elit dan yang kedua pula oleh keseluruhan

(Baycah cAmmah) menjadikannya tiada kecenderungan pemilihan

berasaskan keturunan.

Hujahan Ṭaha Ḥusayn30 juga turut menjelaskan bagaimana Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu, cUmar dan para sahabat yang sangat berkeras mahu melantik pemimpin yang menggantikan Nabi Muḥammad

Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam mestilah dari kalangan Muhajirin adalah kerana Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu sendiri melihat kegigihan dan penderitaan kaum Muhājirīn bersama Nabi Muḥammad Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam menyebarkan Islam berbanding kaum Ansar yang

kemudiannya baru merasai nikmat Islam. Taha Husayn berhujah berlandaskan kepada, jika Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu memikirkan kebangsawanan dari sudut darah dan pertalian dengan Nabi untuk dilantik sebagai khalīfah, sudah tentu Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu akan melantik al-cAbbās iaitu bapa saudara Nabi Ṣallallahu cAlaihi

Wasallam atau cAlī bin Abū Ṭālib iaitu sepupu Nabi dan ramai lagi

29

Marzuki Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa’ al -Rasyidin. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994). Hlm. 31.

30Ṭaha Ḥusayn

(17)

86

yang berkelayakan berbanding Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dan c

Umar jika kebangsawanan dari sudut darah dipertimbangkan sebagai indikator khalīfah itu dilantik. Sebalikanya Abū Bakr Raḍiyallahu c

Anhu memandang Muhājirīn yang terlebih dahulu menerima Islam

berbanding kaum Anṣār.

Namun pertimbangan memilih pemimpin bukan sesuatu yang melihat kepada sudut luaran atau keturunan semata-mata kerana Islam tidak memandang kepada keturunan dalam menilai kebaikan dan tarafnya di sisi Allah. Ini adalah kerana apa yang penting adalah ketaqwaan kepada Allah. Sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Sayyidunā cUmar Raḍiyallahu cAnhu: “Andaikata Abū cUbaydah masih hidup, pasti aku melantiknya sebagai khalīfah dan andaikata Salim iaitu hamba kepada Abū Huzayfah masih hidup, pasti aku melantik beliau menjadi khalīfah”. Pendapat cUmar ini jelas menunjukkan bahawa prinsip lantikan dalam Islam itu tidak memandang kepada semua ini dan apa yang penting dalam melantik pemimpin adalah ketaqwaan, kecekapan dan juga berpengalaman.31

Ibn Khaldūn32 dalam kitab Muqaddimahnya mengatakan bahawa pensyaratan kaum Quraish ini adalah berdasarkan kepada ijmāc yang diperolehi daripada para sahabat pada hari Sayyidunā Abū Bakr Raḍiyallahu cAnhu dilantik menjadi khalīfah. Sesuatu yang menjadikan kaum Quraish ini seakan istimewa adalah kerana perasaan c

aṣabiyyah atau kekitaan yang sangat kuat antara mereka. Adapun apa

yang berlaku pada zaman kemudiannya adalah kekuasaan kaum Quraish menjadi lemah dan luntur disebabkan perpaduan (caṣabiyyah) antara mereka sudah luntur kerana kuasa yang dimiliki menjadikan mereka orang yang sombong dan cenderung kepada rasuah. Dengan yang demikian, mereka menjadi terlalu lemah untuk mentadbir dan menjalankan tugas sebagai seorang khalīfah. Maka apa yang berlaku adalah kaum-kaum lain cuba untuk mengawal dan merampas kedudukan ekslusif kaum Quraish sebagai prasyarat dalam pemilihan pemimpin.

31Ibid.

32Ibn Khaldūn

(18)

87 Ibn Khaldūn33

turut menukilkan pandangan Qāḍī Abū Bakr al-Bāqillānī yang turut memberi pandangan serupa bahawa perasaan

caṣabiyyah

dalam kalangan orang Quraish telah mulai lemah dan penguasa bukan Arab mula menguasai pemerintahan khalīfah. Ibn

Khaldūn menyatakan juga, bahawa pemilihan Quraish sebagai

pemimpin adalah disebabkan kedudukan kaum ini yang lebih berkuasa dari kaum-kaum di Arab ketika itu, jumlah mereka yang lebih ramai dan perpaduan serta kebangsawanan mereka telah membuat kaum Quraish ini dipandang lebih hebat berbanding yang lain. Jika pemilihan pemimpin diserahkan kepada kaum selain Quraish, maka ketidaktaatan dan penentangan mudah untuk berlaku. Lantaran itulah, Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam menyatakan bahawa kepentingan kaum Quraish dilantik sebagai pemimpin atas dasar kebangsawanan dan kehebatan ini supaya mereka bersatu dan menghindari perpecahan dan kekacauan demi terciptanya persaudaraan, perpaduan dan keselamatan.

Kini jelaslah kepada kita bahawa perlantikan Quraish sebagai pemimpin adalah untuk menghindarkan perpecahan dan membina persepaduan dan keharmonian Semenanjung Arab ketika itu dan bukan sebagai satu persyaratan yang mutlak dalam memilih pemimpin.

Penulis mengambil pernyatan Dr. Abdul Rahman Mat34 yang mengatakan kekuasaan adalah peranan yang sangat penting di dalam bidang kepimpinan. Kekuasaan akan membolehkan seseorang yang memilikinya bertindak dengan berkesan ke atas orang lain untuk mendapatkan kehendak walaupun mempunyai beberapa tentangan. Namun di samping kekuasaan, seseorang pemimpin juga harus mendapatkan kemutlakan (authority) yang mana tanpa kemutlakan ini seseorang pemimpin itu sukar untuk mempunyai pengaruh yang menyeluruh. Kemutlakan ini adalah hak yang terdapat pada seseorang pemimpin yang mendapat pengakuan umum dan yang membolehkan pemimpin bertindak dalam rangka ketertiban dan kestabilan umum. Tanpa kemutlakan ini, pemimpin sukar untuk memerintah kerana kunci kemutlakan ini diberikan oleh rakyat yang dipimpin kepada pemimpin.

33Ibid.

hlm. 205-207.

34

(19)

88

Selanjutnya, Ibn Khaldūn35 mengatakan setelah kedudukan politik dan agama semakin menjadi lemah dan rasa fanatik mereka menjadi lenyap sebagai akibat dari kemewahan hidup dan kesenangan duniawi yang diperolehinya dari segenap penjuru negara, maka berkuranglah kewibawaan mereka sehingga menumbulkan keraguan setengah ulama dan akhirnya mereka menolak syarat Quraish sebagai sesuatu yang mutlak sebagai. Dari sini jelas menunjukkan pandangan Ibn Khaldūn terhadap pemilihan pemimpin dikalangan Quraish adalah tertakluk pada konteks keperluan, masa dan tempat tertentu.

Namun, legasi pemilihan kepimpinan dari kalangan keturunan Quraish dilihat berterusan sehingga kepada pemerintahan Umayyah dan cAbbāsiyyah.36 Persoalan pemilihan Quraish sebagai pemimpin adalah kerana kaum ini dikatakan sebagai satu-satunya kaum yang mampu untuk memikul tanggungjawab besar dalam mentadbir Islam selepas ketiadaan Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam. Ini ditambah pula hakikat sejarah bahawa kaum Quraish ini adalah satu kaum yang terkuat dan dihormati di Tanah Arab. Dan ramai dalam kalangan mereka yang dilantik menjadi pemimpin yang kuat dan berkuasa. Disamping itu, keturunan Quraish juga merupakan keturunan secara jelas turun-temurun merupakan pemimpin dan ketua di kalangan masyarakat Arab sebelum zaman kelahiran Nabi lagi yang di mulai dari pucuk pimpinan dari moyang Rasulullah Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam iaitu generasi ketujuh dari kelompok Fihr yang diberi nama Quraish yang dirintis oleh Quṣay bin Kilāb. Malahan kelompok ini menjadi tersangat kuat pengaruhnya sehinggakan kesemua kabilah Quraish yang berpecah menjadi bersatu di bawah pimpinan Qusay. Kedudukan kaum Quraish ini teramat dipandang tinggi di kalangan masyarakat Arab turun temurun sehingga ke zaman Nabi dan seterusnya sebagai satu kelompok yang sangat dihormati selain dari kelompok Qahtān dan Khuzācah.37 Oleh yang demikian, dalam pemilihan pemimpin, seharusnya ia datang dari kelompok kaum yang hebat, besar dan dihormati supaya dapat menjaga kelangsungan Islam tanpa ada sebarang permasalahan berbanding jika memilih

35Ibn Khaldūn

. Op. cit. Hlm. 344.

36

Arnold. Thomas W. The Caliphate. (Routledge & Kegan Paul LTD: London. 1965). Hlm. 47.

37

(20)

89

pemimpin dari kalangan kelompok yang kecil seperti Bani Khazraj. Oleh kerana itu lah, Abū Bakr, cUmar, cUthmān dan cAlī dilantik.38

Begitu juga, jika kita lihat bagaimana besarnya penghormatan yang diberikan oleh Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam kepada Abū Bakr, cUmar, cUthmān dan cAlī, Nabi Ṣallallahu cAlaihi

Wasallam sendiri pernah mengatakan: “Bahawa dalam kalangan aku,

Abū Bakr Raḍiyallahu c

Anhu adalah seorang yang paling baik hatinya, manakala cUmar pula adalah kerana kekuatannya atas nama Allah, c

Uthmān pula sikap dermawannya dan cAlī pula adalah penilai yang paling baik”. Edward Gibbon dalam bukunya Decline and Fall of The Roman Empire mengatakan keempat-empat mereka ini sememangnya pemimpin yang mempunyai keseimbangan akhlak dan mantap dalam amalan ibadat. Mereka sangat tenang, ikhlas, amanah, suci dan walaupun kaya dan berkuasa mereka hidup berlandaskan kepada akhlak dan ibadat yang hebat sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi

Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam. Begitu juga cAbdullah bin cUmar pernah

mengatakan bahawa mereka adalah ikutan atau contoh yang baik kerana mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam yang paling baik lantaran hati mereka yang bersih dan tidak langsung tertarik dengan keduniaan.39

Manakala A. Hasjmy40 juga mengatakan bahawa perlantikan memihak kepada kaum Quraish adalah sesuatu yang masih diperdebatkan dan masih tidak dianggap mutlak semata-mata merujuk kepada kaum ini sahaja. Namun, pensyaratan Quraish sebagaimana yang diterangkan di atas hanyalah bersifat kesempurnaan sahaja. Beliau mengatakan lagi bahawa hadith-hadith yang mengarahkan kepada baycah kepada keturunan Quraish sebagai syarat penting dalam pelantikan khalīfah hanyalah merujuk kepada waktu dan tempat yang tertentu. Dalam hal ini juga, ramai dalam kalangan sarjana Islam yang tidak mengemukakan atau menyetujui syarat Quraish sebagai penentu kepada pelantikan pemimpin mengemukakan alasan bahawa umat Islam semuanya bersaudara dan tidak ada yang teristimewa berbanding taqwa.

38

Arnold. Op. cit. Hlm. 76.

39

S. Athar Husain. The Glorious Caliphate. (India: Academy Of Islamic Research and Publications. 1974.) Hlm. 163-164.

40

(21)

90

Signifikan Quraish Dalam Pemilihan Sayyidunā Mucāwiyah

Raḍiyallahu c

Anhu.

Ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidunā cUthmān

Raḍiyallahu c

Anhu, keadaan ketika itu sangat tegang khususnya dalam mencari calon pengganti beliau. Oleh itu berlaku pertelingkahan antara c

Amrū bin al-cAs dan Abū Mūsā al-Asycarī. Abū Mūsā berkata cAmrū bin al-cĀs sebagai membalas pendapatnya yang mengagungkan kebangsawanan Quraish pada Mucāwiyah: “Wahai cAmrū, bertakwalah kepada Allah. Engkau menyebutkan kebangsawanan Mucāwiyah. Dia diangkat bukan kerana kebangsawanannya itu. Kalau kebangsawanan itu diambil kira, maka keluarga Abrahah bin Sabah itu lebih layak akan tetapi kedudukan itu diberikan kepada orang yang beragama dan yang berbudi bahasa. Padahal, kalau aku harus memberikannya kepada orang Quraish yang paling utama, tentu aku akan memberikannya kepada cAlī bin Abī Ṭālib. Adapun ucapanmu bahawa Mucāwiyah berhak menuntut atas darah cUthmān, boleh saja engkau mengatakannya tetapi aku lebih mempercayai kepada para Muhājirīn yang pertama (yakni cAlī).41

Adapun pemerintahan setelah berlalunya zaman Khulafā’ al-Rāshidīn yang empat ini, tidak wujud isu mengenai pemilihan pemimpin berasaskan faktor kebangsawanan kerana sesudah Sayyidunā Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu perlantikan pemerintah sesudahnya sehingga berakhir zaman Umayyah, cAbbāsiyyah, dan c

Uthmāniyyah adalah berdasarkan warisan keturunan. Realitinya, Mucāwiyah adalah orang terakhir yang dilantik melalui sistem pemilihan dan yang pertama melalui sistem warisan sesudah Khulafā’

al-Rāshidīn. Manakala sesudah Mucāwiyah isu kebangsawanan dalam

pemilihan pemimpin tidak lagi timbul berdasarkan pengamalan sistem warisan. Walau bagaimanapun, tindakan Mucāwiyah dan pucuk pimpinan sesudah beliau yang menggunakan sistem warisan ini tidak dapat dihukumkan secara qaṭcī sebagai salah kerana jelas tidak ada nas dari al-Qur’ān dan al-Sunnah yang melarang perbuatan ini, bahkan juga tidak ada nas yang secara jelas kriteria pemilihan pemimpin yang diletakkan. Cumanya hanyalah gambaran-gambaran umum yang diberi oleh Nabi Ṣallallahu cAlaihi Wasallam dan juga kaedah-kaedah dan

41

(22)

91

cara berijtihad dalam pemilihan kepimpinan kepada masyarakat Islam.42

Malah beliau sebagai seorang khalīfah, mempunyai kuasa dan hak untuk melantik mereka yang layak diganti sebagai pemimpin bagi umat pada ketika itu, dan satu lagi nilai tambah yang wujud dalam keturunan beliau iaitu Quraish menjadikan tindakan beliau melantik anaknya Yazīd dilihat wajar di samping beliau juga dikenali seorang sahabat Nabi yang adil. Selain itu, Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu dilantik menjadi khalīfah pada ketika itu bukanlah atas dasar keturunan Quraish kerana seandainya sebegitu, sudah pasti cAlī terlebih layak memegang jawatan itu, tetapi kerana cAlī dianggapnya sebagai tidak mahu menuntut bela di atas kematian Sayyidunā cUthmān

menyebabkan Mucāwiyah menolak untuk mengiktiraf cAlī sebagai khalīfah lalu Mucāwiyah sendiri di baycah oleh majoriti penduduk Shām. Di sini jelas perlantikan Mucāwiyah menjadi khalīfah juga bukanlah atas dasar kebangsawanan yang dimiliki oleh Mucāwiyah tetapi ada beberapa faktor dan elemen tertentu yang menjadikan beliau diangkat menjadi khalīfah menggantikan Sayyidunā c

Alī Raḍiyallahu cAnhu. Sebelum Mucāwiyah dibaiah menjadi

khalīfah, beliau sememangnya merupakan seorang Gabenor dan ketua

tentera di Shām.43

Perlantikan beliau dengan jawatan sebagai gabenor di Shām juga perlu dilihat dari pelbagai perspektif, ia bukan dipilih berdasarkan dari konteks kebangsawanan beliau, tetapi beliau memang seorang yang pakar dalam strategi peperangan dan berbagai bagai kepakaran dalam bidang yang lain menjadikan beliau mempunyai kelebihan dalam perlantikan beliau. Jika tidak masakan beliau diberi kepercayaan oleh tiga orang khalīfah berturut-turut dan memegang jawatan Gabenor di Shām selama dua puluh tahun di samping pengaruh beliau yang sudah begitu kuat di kalangan masyarakat dan penduduk Shām menyebabkan secara terus beliau di baycah oleh penduduk Shām ketika konflik yang berlaku dalam penuntut belaan atas kematian Sayyidunā cUthmān.44

42

Marzuki Mahmud. Op. cit. Hlm. 38.

43Ibid.

Hlm. 184.

44

(23)

92

Selain itu juga Mucāwiyah Raḍiyallahu cAnhu merupakan seorang yang bijak ketika zaman Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam dan beliau merupakan salah seorang daripada juru tulis kepada Rasulullah Ṣallallahu cAlaihi Wasallam yang memberikan nilai tambah kepercayaan masyarakat kepada Mucāwiyah untuk menerima beliau sebagai pemimpin. Berdasarkan kepada perbincangan di atas, adalah jelas bahawa pemilihan kepimpinan dalam Islam itu tidak memandang kepada faktor darah keturunan dan kebangsawanan seseorang. Ini dapat dibuktikan dengan peristiwa pelantikan khalīfah -khalīfah Islam terdahulu yang langsung tidak memandang kepada faktor darah ini. Sekiranya ada yang cuba mengungkit perihal kebangsawanan ini, pasti akan ditempelak oleh para sahabat Nabi ini. Justeru, faktor kebangsawanan hanyalah satu faktor yang menambah kreadibiliti seseorang untuk dilantik sebagai pemimpin dalam Islam. Apa yang paling penting dalam pemilihan pemimpin dalam Islam adalah sikap dan sifat akhlak seseorang itu yang menjadi ukuran penting sebelum syarat kebangsawanan tersebut. Berlandaskan kepada firman Allah di dalam al-Qur’ān:

 Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.45

45

(24)

93 Kesimpulan

Artikel ini menunjukkan bahawa penggunaan kebangsawanan dalam pemilihan pemimpin dalam Islam adalah meluas ini dapat dibuktikan sebagaimana yang berlaku sejak zaman Khulafā’ al-Rāshidīn sehingga ke hari ini.

Pada zaman Khulafā’ al-Rāshidīn, alasan memilih kaum Quraish bukanlah kerana darahnya yang mulia disebabkan Rasulullah

Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam datang dari kaum tersebut, tetapi adalah kerana sikap dan kelompoknya yang sangat kuat dan ramai serta solidariti yang ampuh antara meraka sehingga menjadikan mereka kaum yang sering dikatakan sebagai pewaris kepada kerajaan Islam selepas Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam wafat. Ini sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Ibn Khaldūn dan ramai lagi tokoh dan sarjana yang meneliti mengenai hal ini.

Adalah amat meyakinkan untuk mengatakan bahawa aspek kebangsawanan dalam pemilihan Khulafā’ al-Rāshidīn itu hanya kriteria yang menambahkan lagi kepercayaan kepada masyarakat umum untuk memilih Abū Bakr, cUmar, cUthmān dan cAlī kerana aspek yang lebih besar yang dipandang awam untuk memilih mereka memikul tanggungjawab yang besar ini adalah kerana peribadi, keimanan dan dekatnya mereka dengan Nabi Muḥammad Ṣallallahu c

Alaihi Wasallam yang secara kebetulan mereka datangnya dari keturunan Quraish dan bangsawan. Oleh yang demikian adalah wajar dalam pelantikan pemimpin umat Islam masa kini, untuk diambil iktibar bahawa kebangsawanan sahaja belum dapat memastikan kepimpinan yang berkesan kerana pelbagai aspek dan sisi pandang yang pelbagai dilihat oleh rakyat terhadap pemimpin mereka.

(25)

94 Bibliografi

A. Hasjmy. (1970). Di Mana Letaknya Negara Islam! Singapura: Penerbitan Pustaka Nasional.

Abdul Rahman Mat. (1976). Politik Bangsa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Adabi Sdn. Bhd.

Arnold. Thomas W. (1965). The Caliphate. Routledge & Kegan Paul LTD: London.

al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismācīl Abū cAbd Allah. (1987). Ṣaḥīḥ al

-Bukhārī. Mustafa Dib al-Bugha (pnyt.). Bayrūt: Dār Ibn Kathīr.

Dhiaudin Rais. (2001). Teori politik Islam. Jakarta: Gema Insani. Hsiao Tung Fei. (1953). The China's Gentry: Essays in Rural-Urban

Relations. Chicago: University of Chicago Press.

Hughes, Patrick Thomas. (1964). A Dictionary of Islam Being a Cyclopedia of the Doctrines, Rites, Ceremonies, and Customs, Together with the Technical and Theological Terms of the Muhammadan Religion. Lahore: Premier Book House Publisher & Booksellers.

Ibn Kathīr. (2004). Bidayah wa Nihayah Masa Khulafa’ur Rasyidin. Terj. Abu Ihsan al-Atsari. Jakarta: Darul Haq.

Ibn Khaldūn. (1993). Muqaddimah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2005). Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. (1985). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Kharbuṭlī, cAlī Ḥusnī. (1969). al-Islām wa al-khilāfah. Bayrūt: Dār al-Bayrūt li al-Ṭibācah wa al-Nashar.

M. Mukarram Ahmed. (2005). Encyclopedia of Islam. Vol 7. Islam campaign against evil. New Delhi: Anmol Publications Pvt. Ltd.

Marzuki Mahmood. (1994). Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah

Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Melvi Yendra & Mira Raynayati (pnyt.). (2007). Ensiklopedia untuk Anak-Anak muslim. Bandung: Penerpbit Grasindo.

(26)

95

Muslim bin Hajjāj Abū al-Husayn al-Qushayrī. (t.th). Ṣaḥīḥ Muslim. Muhammad Fu’ad cAbd al-Bāqī (pnyt.). Bayrūt: Dār Ihyā’ al-Turāth al-cArabī.

Naẓar Muḥammad Qādir. (2009). Dirāsah fī Tārīkh al-Fikr al-Siyāsī

al-Islāmī. Dimashq: Dār al-Zamān.

S. Athar Husain. (1974). The Glorious Caliphate. India: Academy of Islamic Research and Publications.

Sartono Kartodirdjo. (1981). Elite dalam Perspektif Sejarah. Jakarta: Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial.

Sherwani, Haroon Khan. (1942). Muslim Political Thought and Administration. Delhi: Jayyed Press.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas & Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007). The Iclif Leadership Competency Model (LCM): an Islamic Perspective. Kuala Lumpur: International Center for Leadership In Finance (ICLIF).

Referensi

Dokumen terkait

bubuk tumeric (Curcuma longa) ke dalam ransurn yang ditakukan oleh Kennanshahi dan Riasi (2006), temyata berpengaruh terhadap perluruuan kadar kolesterol dan LD[-

belajar.”Meskipun kurang didukung oleh fasilitas belajar dan lingkungan sosial, namun masih memiliki motivasi belajar yang kuat maka mempertahankan usaha untuk menyelesaikan

Jika produk ini mengandung komponen dengan batas pemaparan, atmosfir tempat kerja pribadi atau pemantauan biologis mungkin akan diperlukan untuk memutuskan keefektifan ventilasi atau

Kalau dilihat komposisi hijauan bahan pakan yang diberikan, di daerah Nusa Penida lebih banyak memberikan daun talas dan batang pisang.. Di Desa Penida Nusa Penida peternak

Adapun solusi yang dapat diberikan untuk mengurangi factor-faktor tersebut adalah sebagai berikut :.. Memastikan alat yang akan digunakan berfungsi dengan baik. Memastikan

KEMAMPUAN MEMBACA AL- QUR’AN 50 KURANG CUKUP, PERBANYAKLAH TADARRUS HINGGA LANCAR, DISERTAI TAJWID DAN MAKHROJ YANG BENAR.. 2 BACAAN SHOLAT, DOA, DAN DZIKIR 60 CUKUP, TERUS

RSGM Pendidikan adalah RSGM yang menyelenggarakan pelayanan kesehatan gigi dan mulut, yang juga digunakan sebagai sarana proses pembelajaran, pendidikan dan

saat ini penggunaan video klip sebagai media promosi sudah banyak digunakan dan semakin berkembang,dengan menggunakan metode multimedia sebagai salah satu cara