• Tidak ada hasil yang ditemukan

Falsafah dan teori hak asasi manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Falsafah dan teori hak asasi manusia"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

Falsafah dan teori hak

asasi manusia.

(2)

Isi Kandungan

2.1. Natural Law/Undang-undang Semula Jadi 2.1.1. Aristotle 385 BCE-322BCE

3. 3.1. Teori-teori dan Hak Asasi Manusia 3.1 Teori Realis

3.2 Teori Idealis

(3)

3.3 Teori Liberalis 24-25

4. 4.1. Kesimpulan 26-27

5. Bibliografi 28-32

1.0. Pengenalan

1.1. Falsafah

Falsafah merupakan satu perkataan yang akan memberikan pelbagai maksud mengikut individu yang mendalami mengenai falsafah. Dalam bahasa melayu falsafah diistilahkan sebagai cinta kepada hikmah, dalam bahasa Yunani pula, disebut sebagai Filo dan Sofia. Menurut Socretes falsafah ialah ilmu yang menyintai hikmah fitrah semulajadi, bagi Aristotle falsafah adalah suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud.1 Maka dari itu falsafah merupakan peringkat ilmu yang paling tinggi, tidak semua orang dapat mengeluarkan falsafah mahupun berfalsafah.

Falsafah menjadi ilmu dasar kepada ilmu-ilmu yang lain sebagaimana hak asasi manusia terdapat falsafah mengenai hak asasi manusia yang menerangkan konsep dan istilah mengenai hak asasi manusia itu sendiri. Wolf berkata falsfah adalah cinta kepad kebijaksanaan, menurut B.Russel pula, falsafah adalah sesuatu diantara teologi dan sains yang mana ianya mengandungi perkara yang belum tepat atau belum nyata dan bagi W.W. Howick beliau mengaitkan falsafah ini antara manusia dengan alam sejagat.2 Dapat dirangkumkan bahawa falsafah merupakan satu bidang ilmu yang merungkaikan kerumitan mengenai alam sejagat atau disiplin tertentu iaitu mencari kebenaran.

1 Scribd, apakah yang Dimaksudkan dengan Falsafah, Bagaimana Berfungsi dalam

Kehidupan Manusia, diambil daripada URL https://www.scribd.com/doc/24853264/Apakah-yang-dimaksudkan-dengan-falsafah-bagaimana-berfungsi-dalam-kehidupan-manusia. Diakses pada 24 September 2014

(4)

Mengenai falsafah hak asasi manusia juga terdapat pelbagai falsafah, contohnya Thomas Aquinas mengenai hak asasi manusia iaitu undang-undang semula jadi atau natural law beliau berpendapat bahawa menyatakan bahawa seluruh daratan dan isinya merupakan ciptaan Tuhan, undang-undang itu telah ada secara semula jadi dan ada pada diri manusia. Menurut Jacque Rousseau pula ialah lebih menjelaskan hungaan manusia ini sebagai kontrak sosial atau social contract, antara rakyat bahawan dan pemerintah. Dua penadapat yang berbeza mengenai falsafah hak asasi manusia.

Perbezaan dalam memberikan perspketif mengenai hak asasi manusia bukanlah dikira salah, hal ini disebabkan kedua-dua pemikir ini mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza dan hidup di zaman yang berbeza juga. Oleh itu, kajian dan pemerhatian yang dibuat adalah berdasarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Pentingnya mempelajari falsafah hak asasi manusia ini adalah memudahkan kita untuk memahami mengenai hak asasi manusia. Selain itu, falsafah-falsafah yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana awal menunjukkan bahawa keprihatinan mengenai hak asasi manusia telah muncul sejak dulu lagi hanya sahaja tidak menyeluruh.

1.2. Teori

(5)

Dengan adanya teori perlakuan dalam hak asasi manusia di peringkat antarabangsa adalah lebih jelas dan mudah difahami. Kerumitan-kerumitan ini boleh berlaku kerana kesukaran untuk memahami maksud yang ditujukan. Maka, teori merupakan jalan yang boleh dipergunakan bagi memahami konteks hak asasi manusia terutamanya diperingkat antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai negara, budaya dan ragam manusia.

1.3. Hak Asasi Manusia

Tiada pendefinisian yang khusus untuk menerangkan maksud hak asasi manusia, menurut kamus Oxford, Concise Dictionary of Politics iaitu human rights are a special sort of inalienable moral entitlement. They attach to all person equally, by

virtue of their humanity, irrespective of race, nationality, or membership of any

particular social group. They specify the minimum conditions for human dignity and

tolerable life.3

Hak asasi manusia boleh ditakrifkan sebagai asas sah muktamad untuk manusia sejagat iaitu yang merujuk kepada sebuah peraturan yang ideal untuk manusia yang diilhamkan untuk faedah individu secara kolektif.4 Dalam pendapat lain mengenai istilah hak asasi manusia adalah hak-hak manusia yang berhak dinikmati oleh setiap manusia da perlu dilindungi. Hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang wujud dalam budaya masyarakat.5

3 Iain Mclean and Alistair McMillan, The Concise Oxford Dictionary of Politics, Third edition, New York, 2009 , Oxford University Press Inc. Hlm. 250.

4 Alan S. Rosenbaum, The Philosophy of Human Rights International Perspective, 1980,

United State of America, Greenwood Press. Hlm. 4

(6)

Penjelasan mengenai hak asasi manusia juga termaktub dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu dalam The United Nations Charter and Human Rights yang menjelaskan mengenai hak asai manusia iaitu;

“Human Rights are based on mankind’s increasing demand for a decent,

civilized life in which the inherent dignity of each human being well receive respect and

protection. That idea reaches beyond the comforts and conveniences which science

and technology can provide. We do not speak merely of biological needs when we talk

about human rights. We mean those conditions of life which allow us fully to develop

and use our human qualities of intelligence and conscience and to satisfy our spiritual

needs. Human rights are fundamental to our nature; without them, we cannot live as

human beings. To deny human beings their rights is to set the stage for political and

social unrest-wars, hostility between nations and between groups within a nation and

human rights, far from being an abstract subject for philosophers and lawyers, affect

the daily lives of everyone such as man, woman, and child.”6

Berdasarkan definisi-definisi yang dipaparkan dapat disimpulkan mengenai hak-hak asasi manusia iaitu hak-hak untuk hidup, hak-hak untuk memiliki harta, hak-hak untuk mendapatkan pendidikan, hak untuk bersuara atau mengeluarkan pendapat, hak-hak dalam menganut agama atau kepercayaan dan hak untuk mendapat perlindungan, merupakan hak asasi yang paling asas dan perlu diperolehi dan dinikmati oleh setiap orang.

(7)

2.0. Falsafah-falsafah Hak Asasi Manusia

2.1. Natural law/ Undang-undang Semula Jadi

2.1.1. Aristotle 385 BCE-322 BCE

Aristotle dilahirkan pada 385 BCE dan meninggal pada 322 BCE merupakan ahli falsafah Yunani purba dan ahli sains dan seorang tokoh intelektual terbesar sejarah Barat. Beliau merupakan pengarang kepada falsafah dan sistem saintifik yang menjadi rangka kerja terhadap Kristian Scholasticism dan falsafah Islam zaman pertengahan. Aristotle juga menguasai dalam bidang seni, biologi, botani, kimia, etika, sejarah, logik, metafizik, retorik, falsafah fikiran dan falsafah sains. 7

Bagi beliau political justice atau keadilah politik adalah sebahagian daripada perkara yang natural atau semula jadi dan juga sebahagian perundangan yang sah atau legal. Mengapa ia boleh dikatakan sebagai perkara yang natural dan legal.

Natural : That which everywhere has the same force and does not exist by people’s

thinking this or that, legal : that which is originally indifferent, but when it has been laid

down is not indifferent.8

Kata-kata beliau sukar difami tetapi apa yang dinyatakan oleh beliau ialah mengenai persamaan antara manusia yang mempunyai keupayaan atau daya yang sama, jika ia dilihat dengan lebih mendalam lagi, tiada perbezaan antara manusia. Contohnya, seorang pesalah yang melakukan kesalahan dan tebusannya adalah berupa seekor kambing bukan dua ekor kambing, dan dengan ini pesalah akan

7 Encyclopedia Britannica, Aristotle, diambil daripada URL

http://global.britannica.com/EBchecked/topic/34560/Aristotle, diakses pada 25 September 2014

(8)

terlepas daripada hukuman. Inilah yang dimaksudkan bahawa dalam kehidupan ini jika kita melakukan kesalahan ada sahaja balasan.

Kemudian kita berfikir bahawa untuk mendapat keadilan adalah semudah perkara diatas, ini kerana apa yang ada dalam alam semula jadi adalah tidak berubah-rubah hukumnya dan kuasa atau keupayaan yang sama. Akan tetapi perkara sebegini juga dikatakan tidak benar tetapi ianya benar mengikut akal. Apa yang membuat kita menjadi berlainan adalah bukan kerana perkara-perkara yang diaturkan secara semula jadi tetapi enakmen yang dibuat oleh manusia.

2.1.2. St. Thomas Aquinas (1225-1274)

Thomas Aquinas dilahirkan di United Naples di Rocca Secca pada tahun 1225 dan meninggal pada 7 Mac 1274 di Fossa Nuova. 9Beliau merupakan ahli teologi dan ahli falsafah. Pemikiran Thomas Aquinas banyak dipengaruhi oleh Aristotle dan Neoplatonisme. St. Thomas Aquinas merupakan salah satu pemikir pada zaman pertengahan yang berpengaruh dengan doktrinnya natural law atau undang-undang semula jadi. Pemahamannya mengenai ketuhanan dan hubungan antara makhluk dan Tuhan, asas daripada teori beliau adalah undang-undang yang semula jadi ini merupakan satu undang-undang yang bersifat kekal.

Beliau mendefinisikan undang-undang iaitu, undang-undang adalah ditentukan oleh sebab daripada pemerintah kepada yang diperintah.10 Hal ini perlu dilakukan bagi memastikan pemerintahan berfungsi dengan baik. Dari segi teori politik ia mengaitkan

9 The European Graduate School, Thomas Aquinas-Biography, diambil daripada URL

http://www.egs.edu/library/thomas-aquinas/biography/. Diakses pada 23 September 2014. 10 Thomistic Philosophy Page, Thomas Aquinas on the Natural Law, diambil daripada URL

(9)

bahawa raja yang memerintah demi yang ditadbir otau yang diperintah adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka, dan Aquinas mempercayai bahawa Tuhanlah yang mengawal alam semesta ini.

Natural law, yang diaplikasikan dalam setiap kes manusia perlu mempunyai ketepatan yang lebih besar kerana pada hakikatnya manusia mempunyai alasan dan kehendak kepada kebebasan, kecenderungan manusia untuk melakukan sesuatu. Sebagai manusia kita berhak untuk memilih apa yang kita mahukan dan kecenderungan kita untuk dilakukan kerana menerusi alasan untuk kebebasan adalah natural law, dan melalui akal dan kehendak manusia yang mengambil kira mengenai hukum Tuhan adalah selarasdengan Natural law untuk membezakan yang baik dan yang jahat.

Menurut Aquinas untuk menggunakan idea ini manusia perlu memutuskan mengenai kecenderungan mereka kearah yang bagaimana kerana setiap benda mempunyai sifat yang diberikan oleh Tuhan. Jika seseorang telah menemui sebab tujuan hidupnya adalah maka dia menemui akhir semula jadinya adalah.11Perkara yang baik perlu dilakukan dan perkara yang jahat perlu ditinggalkan merupakan konsep paling asas yang diguna pakai oleh setiap manusia. Manusia perlu mempunyai sebab yang kuat dalam melakukan sesuatu dan seterusnya perlu melihat dengan lebih mendalam apa yang dilakukannya merupakan perkara yang baik atau yang buruk.

Thomas Aquinas dengan Natural Law lebih bersifat Ketuhanan segala sesuatu yang dilakukan perlu disandarkan dengan hukum alam dan sifat semula jadi manusia. Hal ini juga dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan Aquinas yang lebih

(10)

mengenengahkan kepercayaan terhadap Tuhan dalam hukum-hakam duniawi. Dapat disimpulkan bahawa Aquinas lebih kepada keagamaan yang menyandarkan semuanya kepada Tuhan, dan mempercayai bahawa kuasa Tuhan yang menjaga dan mengawal alam semesta.

2.2. Human Nature

2.2.1. Thomas Hobbes (1588-1979)

Thomas Hobbes dilahirkan di Westport pada 5 April 1588, Hobbes mendapatkan pendidikan di London dengan ilmuan terkenal seperti Francis Bacon, Herbert dan Ben Johnson. Selain menjadi ahli falsafah beliau merupakan political saintis, pakar akademik dan jurnalis. Hobbes mempunyai rancangan untuk memikirkan falsafah masa depan, beliau merancang untuk bermula dengan perkara, badan, sifat manusia dan kemudiannya masyarakat.

(11)

Gambar 1: Penentangan Terhadap Teori Thomas Hobbes

Sumber: www.libertarians.com.co.uk12

Negeri yang dicipta oleh manusia, pertama sekali Hobbes menggariskan untuk menggambarkan sifat manusia. Oleh itu, Hobbes menasihatkan agar setiap manusia dapat melihat kedalam diri mereka untuk mendapat gambaran mengenai sifat manusia secara umum, kerana semua perbuatan pada akhirnya adalah lebih mementingkan diri sendiri walaupun manusia tersebut kelihatan baik hati, kerana ini adalah perkara yang semula jadi.13

Moral manusia terdiri daripada Undang-Undang Alam, dan undang-undang ini melalui social kontrak kerana perkara ini bertujuan untuk memelihara kehidupan manusia. Lima prinsip umum yang dinyatakan oleh Hobbes ialah;

I. Manusia hanya mengejar untuk kepentingan mereka sendiri. II. Semua orang adalah sama

III. Tiga sebab semula jadi yang akan menyebabkan pergaduhan. IV. Keadaan semula jadi untuk perang adalah selama-lamanya

12www.libertarian.com.co.uk, Hobbes’s Theory of Human Nature, diambil daripada URL

http://www.biography.com/people/thomas-hobbes-9340461. Diakses pada 24 Sepmtember 2014.

13 The European Graduate School, Thomas Hobbes-Biography, diambil daripada URL http://

(12)

V. Motivasi untuk keamanan. 14

Berdasarkan prinsip yang diatas falsafah Hobbes kelihatan seperti kearah Realisme kerana pemikirannya mengenai tanggapan manusia yang suka akan peperangan, dan sifat manusia yang mementingkan diri sendiri. Sememangnya, ada manusia yang sangat mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak orang lain, tetapi ada ramai lagi manusia yang berganding bahu untuk kesejahteraan bersama seperti masyarakat sivil.

Kerajaan perlu bertanggungjawab untuk melindungi rakyat daripada mementingkan diri mereka sendiri, kerajaan yang terbaik perlu mempunyai kuasa raksasa. Kuasa raksasa iaitu memiliki tahap kekuasaan yang tinggi, menggerunkan musuh dan dapat menundukkan musuh. Demokrasi tidak akan berfungsi jika mereka lebih terdorong untuk mementingkan diri sendiri. Manusia yang didorong oleh keinginan yang berterusan untuk mempunyai kuasa dan untuk memberi kuasa kepada individu yang akan mengakibatkan perang antara satu sama lain akan menjadikan kehidupan bersendirian, miskin, jahat dan bodoh dan pendek.

2.3. Natural Rights

2.3.1. John Locke (1632-1704)

John Lock dilahirkan 29 Ogos 1632 di Warington, England, beliau tamat dalam bidang perubatan pada tahun 1974, dan pada tahun 1684 beliau melanjutkan pelajaran di perguruan tinggi dan memiliki mentor seperti Robert Boyle. Lock mempunyai idea mengenai kebebasan beragama dah hak-hak rakyat yang dianggap telah mencabar kuasa Raja oleh kerajaan Inggeris. Locke telah menulis mengenai Kerajaan Sivil pada

(13)

tahun 1680-an mengenai teori undang-undang adalah semulajadi dan mengenai hak yang dibezakan menerusi kerajaan yang sah dan tidak sah serta membincangkan mengenai rasionalnya dalam menentang kezaliman.

John Locke berkata bahawa penubuhan kerajaan adalah untuk melindungi nyawa, kebebasan dan harta orang awam, dan jika matlamat ini tidak dihormati maka pemberontakan adalah dibenarkan. 15 Falsafah Jonh Lock yang muncul ketika era enlightenment di barat member kesedaran terhadap masyarakat sekitarnya. Kuasa raja-raja harus terhad dan harus berdasarkan persetujuan rakyat, dan raja-raja seharusnya menghormati hak-hak rakyat, John Locke juga menyokong pandangan bahawa orang mempunyai hak semula jadi kerana mereka adalah manusia dan hak-hak semula jadi ini perlu dilindungi oleh kerajaan.16

Oleh itu, Locke percaya bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama tiada yang perlu dapat lebih mahupun ada manusia yang perlu dapat kurang, meskipun adanya kerajaan atau pemerintahan dan ada manusia yang mendapat kuasa untuk memimpin mereka perlu mejaga hak-hak manusia bukan mencabuli hak mereka. John menegaskan bahawa semua orang dilahirkan dengan persamaan hak-hak tertentu, tanpa mengiraan kewarganegaraan mereka kerana manusia dating daripada asal yang sama iaitu daripada Tuhan, maka dari iu hak semula jadi tidak boleh diambil sesuka hati tanpa kebenaran.17 Hak-hak yang perlu dilindungi dalam Rang Undang-Undang Hak Asasi Manusia adalah kebebasan bersuara, hak untuk

15 The European Graduate School, John Locke-Biography, diambil daripada URL

http://www.egs.edu/library/john-locke/biography/. Diakses pada (24 September 2014) 16 University of Nebraska Lincoln, John Lock and Human Rights, diambil daripada URL http://

unlhumanrights.org/01/0102/0102_04.htm. Diakses pada 24 September 2014 17 Bill of Right Institute, Natural Rights, diambil daripada URL

(14)

beragama, hak untuk hidup, hak dalam pemilikan harta, dan hak untuk mendapatkan pendidikan.

Oleh itu, John Locke amat tidak menyukai terhadap penindasan terutamanya penindasan yang dilakukan oleh pihak atasan keatas orang awam. Ini kerana mereka yang berada diatas untuk menjalankan tanggungjawab mentadbir negara dengan baik. Maka dari itu kezaliman perlu ditentang dan kebenaran perlu ditegakkan. Dengan memahani hak-hak semulajadi ini manusia akan bersikap saling menghormati antara satu sama lain sekaligus mewujudkan keamanan.

2.4. Social Contract/ Kontrak Sosial

2.4.1. Jacque Rousseau (1712-1778)

Rosseau dilahirkan pada 28 Jun tahun 1712 di Geneva, Switzerland. Sejak kecil beliau lebih mendalami dalam bidang seni muzik dan sains namun semakin beliau dewasa Rosseau lebih memberi perhatian terhadap sistem pemerintahan dan keadaan masyarakat pada masa itu sehingga beliau muncul sebagai seorang ahli falsafah. Pada tahun 1762 telah menerbitkan buku yang bertajuk Du Contrat Sosial, Principes du droit politique yang bererti Kontrak Sosial, Prinsip Hak Politik. Beliau mengalami nasib yang sama seperti ahli falsafah sebelum ini apabila beliau diusir dan perlu hidup dalam penyamaran.18

Falsafah politik beliau ialah rumusan tentang kontrak social atau contractarianism yang dipengaruhi oleh Revolusi Perancis, Pembangunan Liberal, Kemunculan teori Konservatif dan Sosialis. Frasa Rousseau yang paling terkenal ialah

18 Luke Mastin, The Basic of Philosophy, diambil daripada URL

(15)

“man is born free but he is everywhere in chains,”19 kebanyakannya negara moden dilihat mengekang kebebasan awam dan melakukan apa sahaja demi kepentingan mereka untuk masuk kedalam masyarakat sivil, dengan kuasa politik yang sah perlunya kontrak social yang dipersetujui oleh semua rakyat untuk memelihara kebaikan bersama.

Apakah sosial kontrak itu?

Social contract mean the agreement with which a person enters into civil

society. The contract essentially binds people into a community that exists for mutual

preservation. In entering into civil society, people sacrifice the physical freedom of

being able to do whatever they please, but they gain the civil freedom of being able to

think and act rationally and morally. Rousseau believes that only by entering into the

social contract can we become fully human.20

Kontrak sosial merupakan suatu perjanjian antara pemerintah dan yang diperintah, meskipun perjanjian ini tidak perlu meliputi perjanjian diatas kertas yang meliputi tanda tangan antara pemerintah dan yang diperintah. Pemerintah perlu menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan, dan orang yang diperintah pula perlu patuh dan akur terhadap undang-undang yang telah ditetapkan. Jikalau pemerintah dan yang diperintah tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut maka dikatakan bahawa mereka telah melanggar social kontrak.

19 Spark notes, The Social Contract, diambil daripada URL

http://www.sparknotes.com/philosophy/socialcontract/summary.html. Diakses pada 25 September 2014

20 Spark Note, The Social Contract, diambil daripada URL

(16)

Dari segi hak asasi manusia sosial kontrak menjadi adil apabila kedua-dua belah pihak menjalakan tanggungjawab masing-masing. Demi keadilan kedua-dua belah pihak memiliki tanggungjawab masing-masing yang perlu dijalankan, jika mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah mahupun rakyat maka perkara tersebut boleh dikategorikan mencabuli hak asasi manusia orang lain.

2.4.2. Immanuel Kant (1724-1804)

Immanuel Kant dilahirkan pada 22 April pada tahun 1724 di Kaliningrad sekarang dikenali Konisburg, Rusia. Kant telah merangka satu model iaitu satu epistemology individu dengan melihat kepada pengetahuan manusia dan hadnya. Beliau telah membawa idea-idea rasionalisme, dan pemikir yang berpengaruh seperti Leibniz Wolff dengan empirisme seperti cadangan David Hume. Falsafah kritikan Kant ialah untuk mewujudkan dan mengkaji had pengetahuan manusia. Pengetahuan merupakan objek yang waras yang akan membentuk dirinya terlebih dahulu kepada struktur keupayaan minda manusia kepada sebab, oleh itu semua objek menepati diri dalam apa-apa berhubung dengan pengetahuan, legitimasi objek adalah terhad kepada bagaimana mereka muncul untuk kita.21

Idea beliau mengenai hak asasi manusia dalam politik ialah “hanya sebuah kerajaan yang sah yang akan menjamin hak semula jadi masyarakat untuk kebebasan dan kebebasan dari sinilah asalnya hak lain”. 22 Asas ini dilihat oleh Kant dalam pembangunan, pembentukan dan pelaksanaan hak-hak manusia yang semula jadi

21 The European Graduate School, Immanuel Kant-Biography, diambil daripada URL

(17)

bergantung kepada bagaimana keadaan dalam kerajaan itu berfungsi. Oleh itu, jika kerajaan tersebut telus maka setiap manusia mendapat layanan yang sama tetapi jika kerajaan atau kepimpinan itu tersebut mengalami kepincangan ketidak telusan dalam pemerintahan rakyat bahawan biasanya selalu tertindas.

Tiga prinsip utama yang ditegaskan oleh Kant;

1. Kebebasan adalah hak bagi setiap masyarakat selaku manusia.

2. Kesamarataan bagi setiap anggota masyarakat dengan masyarakat yang lain sebagai subjek.

3. Kebebasan bagi setiap anggota komanwel sebagai warganegara.23

Berdasarkan prinsip yang dikemukakan oleh Kant menunjukkan bahawa setiap manusia memiliki hak semula ajdi itu, hanya sahaja kerajaan atau pemerintahan yang menghalagng masyarakat untuk mendapatkan hak-hak semula jadi mereka dengan mencipta undang-undang yang mendiskriminasi salah satu kumpulan, etnik atau pihak-pihak tertentu. Keadilan dapat diwujudkan dengan kerjasama antara pemerintah dan yang diperintah untuk menjalinkan masyarakat yang makmur.

2.5. Utilitarianism

2.5.1. Jeremy Bentham (1748-1832)

Jeremy Bentham dilahirkan pada 15 Februari 1748, kedua ibu bapa beliau ialah utilitarianisme (The Greatest Happiness Principle), dan beliau merupakan Bapa

(18)

kepada undang-undang antarabangsa.24 Menerusi pemerhatian, beliau melihat kerosakan moral dan intelektual di mahkamah yang mana berlakunya kemunafikan, ketamakan, rasuah, dan penipuan menjadi amalan dalam dalam undan-undang, dan berpaling arah dari falsafah undang-undang apabila mereka ditawarkan dengan sesuatu yang lebih bagus. Oleh itu, institusi dan sistem undang-undang hendaklah distrukturkan semula untuk menghapuskan penindasan dan menghasilkan kebahagiaan.

Kenikmatan kebebasan dalam hidup sedah dirasai oleh Bentham berdasarkan asuhan orang tuanya. Menurut beliau konsep mengenai negara kebajikan benar-benar utopia dan memanggilnya sebagai “Panopticon Hill Villages” iaitu sebagai tempat perlindungan untuk semua dengan dipenuhi oleh keperluan sosial dan ekonomi sama ada bagi anak yatim atau janda, penganngur, warga tua atau masyarakat yang kurang upaya turut mendapat keistimewaan ini.

Pengembaraan merupakan salah satu daripada kebebasan kerana kepuasan melihat keindahan alam, penulisan Bentham banyak menekankan untuk mengejar kebahagiaan dan kebebasan, kerana hidup dalam kongkongan amatlah menyiksakan, kita tidak dapat melakukan perkara yang kita suka tetapi melakukan perkara-perkara yang mereka minta. Apa yang menjadi kesangsian beliau ialah mengenai perlakuan undang-undang yang tidak adil padahal undang-undang digubal untuk melindungi keadilan, ianya bergantung kepada sikap dan sifat manusia yang kecenderungaanya kepada material sahaja.

24 Living Philosophy, The life of Philosopher Jeremy bentham:Summary, diambil daripada

(19)

2.5.2. John Stuart Mill (1806-1873)

John Stuart Mill yang dilahirkan pada tahun 1806, mendapat didikan mengenai falsafah sejak kecil kerana ayahnya James Mill seorang ahli falsafah, utilitarianisme didapati paling berkesan dalam menjelaskan pendapat dan teori John Stuart Mill yang pernah dibangkitkan oleh bapanya. Mill juga dipengaruhi oleh pemikiran Bentham mengenai prinsip kebahagian yang sebenar, antara pernyataan yang diberikan ialah;

“…actions are right in proportion as they tend to promote happiness, wrong as

they tend to produce the reverse of happiness. By happiness is intended pleasure, and

the absence of pain, by unhappiness, pain, and the privation pleasure.”25

Hujah John Stuart Mill juga berpunca daripada perkara semula jadi iaitu sentiman yang wujud secara biasa dalam alam sosial manusia, jika masyarakat semata-mata untuk menerima tindakan untuk mengurangkan kesengsaraan dan memaksimumkan kebahagiaan maka dengan akan membentuk satu kod etika secara semulajadi. Bermaksud perubahan tersebut dapat diukur namun hal ini juga mendapat kritikan apabila Mil terlalu menfokuskan kriteria tunggal untuk moral universal kerana ragam manusia adalah bermacam-macam.

Utilitarianism menekankan dalam kepentingan moral contohnya, memiliki hati nurani yang tinggi, apabila mereka telah melakukan sesuatu perkara yang tidak betul mereka cepat-cepat berasa bersalah dan menyesal. Selain itu, apabila mereka terlanggar orang lain secara tidak sengaja mereka segera meminta maaf meskipun

25 Britannica, Utilitarianism, diambil daripada URL

(20)

bukan mereka yang bersalah, setiap mereka memiliki rasa tidak mementingkan diri sendiri. Inilah yang dikatakan memiliki nilai moral yang tinggi.

Inilah yang dikatakan sebagai prinsip untiliti yang sepenuhnya iaitu kebimbangan secara semula jadi untuk menegakkan keadilan yang melibatkan rasa hormat mengenai harta, hak dan tidak berat sebelah. Mempertahankan kebebasan manusia individu adalah penting terutamanya untuk membina kehidupan yang lebih adil dan sejahtera.

2.6. Political Liberalism

2.6.1. John Rawls (1921-2002)

John Rawls dilahirkan pada tahun 1921 di Baltimore, beliau membesar dalam lingkungan akademik dan membesar dengan mendapat pendidikan yang sempurna. 1971 beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A Theory of Justice” yang memetik secara meluas dalam falsafah, politik dan ekonomi yang sama, serta dalam karya ini Rawls membangunkan prinsip-prinsip keadilan yang perlu menstruktur masyarakat yang lebih liberal.

(21)

Menurut Rawls, kontrak yang terhasil daripada keadaan hipotetikal, iaitu “kedudukan asal” akan mewujudkan dua prinsip asas. Pertama, Liberty Prinsip atau Prinsip Kebebasan, iaitu melindungi kebebasan sebaik mungkin bagi setiap individu seperti kebebasan berfikir, agama dan kepercayaan dan lain-lain. Kedua, “Difference Principle” atau Prinsip Perbezaan iaitu ketidaksamaan sosial dan ekonomi hanya dianggap paling teruk apabila anggota masyarakat mendapatkan keuntungan secara tidak sama rata dari segi agihan barangan dan peluang.26

Liberalisme politik menandakan bagaimana untuk menjustifikasi prinsip-prinsip Rawls untuk memerintah dengan membuat struktur asas masyarakat. Jelasnya, masih belum ada lagi mana-mana negara yang menghasilkan kerja sepadan dengan prinsip Rawls ini, akan tetapi prinsip-prinsip ini mendorong negara-negara sentiasa berlaku adil. Banyak kritikan mengenai falsafah Rawls ini antaranya ialah pernyataan mengenai keadilan sebagai keadilan ini kerana penerangan mengenai konsep keadilan sebagai keadilan adalah kurang jelas dan akan mendapat pertindihan pandangan mengenai konsep tersebut. Oleh itu, terkadang pandangan dan pelaksanaan amat jauh berbeza, kerana pelaksanaan memerlukan manusia yang akur dengan prinsip-prinsip political liberalisme akan tetapi manusia berubah-rubah sikapnya dan tidak dapat dijangkakan.

3.0. Teori-Teori dan Hak Asasi Manusia

3.1. Teori Realis

Teori realis melihat dunia sebagai anarki, kelihatan kacau balau, kucar-kacir dan tidak teratur, diperingkat antarabangsa tiada suatu kuasapun yang dapat mengawal

26 Liberal International, John Rawls, diambil daripada URL

(22)

negara-negara lain, meskipun ada undang-undang antarabangsa ianya tidak mampu mengawal negara lain untuk menyerang negara lain dan mencabuli hak asasi manusia walaupun dalam negara sendiri. Contohnya serangan Israel ke atas Palestin, pengusiran rakyat Palestin namun apakah tindakan undang-undang antarabangsa keatas isu ini, penindasan etnik Rohingya di Myanmar sehingga menyebabkan kesengsaraan dan menyebabkan etnik Rohingya sebagai pelarian.

Realis mempunyai syak wasangka yang tinggi terhadap negara lain, begitu juga jika manusia itu cenderung kearah realis mereka selalu mempunyai prasangka yang buruk terhadap orang lain. Oleh itu, setiap negara perlu memperkukuhkan negara mereka dengan menambah kuasa, negara perlu memiliki kekuatan yang padu untuk mempertahankan negara daripada serangan negara lain. Realisme melihat dunia manusia sebagai manusia yang tamak, kejahatan, melakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang dihajat. Begitu juga dengan negara selalu memiliki syak wasangkan keatas negara lain, maka dari itu negara tersebut perlu mengukuhkan kuasanya untuk menundukkan negara lain, kuasa diperlukan untuk berkuasa, mengukuhkan kuasa, mengekalkan kuasa, serta meneruskan kuasa. Inilah hal yang menjadi sangat penting begai realisme.

Saranan Niccolo Machiavelli, dalam bukunya The Prince beliau menasihatkan agar pemerintah menggunakan penipuan dan keganasan sebagai alat terhadap negeri-negeri lain. Matlamat moral begitu berbahaya dan bertindak secara moral akan membawa bencana.27 Oleh itu, untuk mempertahankan diri, pelbagai cara menjadi halal,asalkan mencapai matlamat.

27 Spark note, Theories of International Relations, diambil daripada URL

(23)

3.2. Teori Idealis

Idealis merupakan disiplin khusus yang menekankan keperluan bagi negara-negara untuk mencapai matlamat moral dan bertindak secara beretika di arena antarabangsa, idealis percaya bahawa tingkah laku yang dianggap tidak bermoral pada tahap interpersonal juga tidak bermoral dalam dasar luar. Oleh itu, hujah idealis adalah kecurangan, tipu muslihat, dna keganasan perlu dijauhi.28

Idealisme melihat dunia akan menjadi baik dan lebih baik jika manusia dididik dengan kebaikan, manusia sebenarnya baik jika diberi asuhan dan tinggal di lingkungan yang baik-baik. Negara dapat menjalankan kerjasama dan melakukan diplomasi tetapi hal ini bertentangan dengan teori Realis yang mengatakan bahawa hubungan kerjasama mahupun diplomasi merupakan suatu muslihat. Dunia semamangya akan menjadi baik dengan adanya hubungan serantau, badan-badan organisasi antarabangsa seperti PBB tentunya hubungan antara negara menjadi semakin baik, manusia jika diasuh dengan akan menjadi baik, inilah cita-cita idealisme menjadikan dunia dalam keadaan harmoni. Maka manusia akan hidup dengan aman dan tenteram

Kewujudan organisasi antarbangsa merupakan satu bukti yang menunjukkan bahawa idealisme wujud, keamanann dunia dapat dibentuk, pengakhiran Perang Dunia Pertama ditandai dengan kemunculan Liga Bangsa meskipun Liga Bangsa agak rapuh sehinga tidak mampu membendung meletusnya Perang Dunia Kedua tetapi tamatnya Perang Dunia Kedua ditandai dengan kemunculan Persatuan

(24)

Bangsa Bersatu sebagai sebuah organisasi antarabangsa sehingga sekarang. Oleh itu, Idealisme yakin bahawa dunia yang aman dapat diwujudkan.

3.3. Teori Liberalisme

Liberalisme adalah sebuah ideologi yang didasarkan dengan pemahaman bahawa persamaan dan kebebasan hak adalah nilai politik yang utama. Liberalisme lebih menenkankan kebeasan seperti kebebasan berfikir, kebebasan untuk bersuara dan mengemukakan pendapat. Oleh itu, Liberalisme amat menolak dengan adanya konkongan daripada mana-mana pihak.

Nilai-nilai asas Liberalisme;

1. Hold The Basic Equality of All Being.

2. Treat the Others Reason Equally.

3. Government by the Consent of the People or The Governed.29

Dalam Liberalisme setiap manusia berhak dan bebas untuk bersuara dan mengemukakan pendapat, kerana menurut liberalisme dengan adanyan peluang yang sama manusia akan hidup lebih adil. Liberal juga mengajarkan dengan konsep keterbukaan, berfirikiran terbuka dapat menerima pendapat serta kritikam orang lain. Manusia yang berfikiran terbukan tentunya akan dapat mengetahui pendapat dan kehendak orang lain.

Konsep Liberalisme berkaitan dengan amalan demokrasi, berfikiran terbuka dan berdasarkan suara majority, untuk menjadikan lebih adil, dalam pemilihan pemimpin dilakukan secara demokrasi iaitu melalui sistem pilihan raya, setiap pilihan raya rakyat

(25)

berhak memilih pemimpin atau parti yang akan mentadbir negara meraka. Disinilah terletaknya kuasa rakyat, dan pemerintah juga berkuasa disebabkan kepercayaan rakyat. Jika pemimpin tidak amanah maka rakyat berhak menggulingkan atau membantah. Rakyat dan pemimpin juga mempunyai kuasa masing-masing, undian rakyat menetukan pemimpin yang akan menjadi pemimpin negara.

Disinilah menunjukkan kebebasan dan keterbukaan, rakyat berhak memilih sesiapa sahaja yang dirasakan layak untuk menjadi pemimpin mereka, tiada unsur paksaan mahupun hasutan, undian adalah rahsia bagi menjamin ketelusan dalam pemilihan pemimpin negara. Hak rakyat adalah perlu akur dengan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara dan pemimpin atau pemerintah juga perlu melaksanakan pemerintahan dan menjaga kesejahteraan rakyat sebagaimana yang termaktub dalam perlembagan.

4.0. KESIMPULAN

(26)

memahami perkara asas mengenai hak asasi manusia maka akan mudahlah manusia untuk memahami lebih lanjut mengenai isu-isu yang berlaku mengenai hak asasi manusia. Falsafah dan teori telah memudahkan manusia sekarang ini untuk lebih memahami mengenai konsep hak asasi manusia, dengan memahami akar kepada disiplin hak asasi manusia maka mudahlah kita untuk memahami isu-isu yang terbangkit mengenai hak asasi manusia.

Para ahli falsafah meskipun mempunyai pendapat yang berbeza dalam menjelaskan hak-hak manusia, tetapi mereka berbalik kepada perkara asal iaitu demi kesejahteraan manusia. Hak-hak manusia yang perlu dijaga adalah untuk menjamin kesejahteraan, serta ketinggian moral manusia untuk menghormati hak orang lain. Walaubagaimanapun teori dan falsafah ini boleh sahaja tidak sama untuk menggambarkan mengenai manusia masa kini, ini kerana sikap dan sifat manusia yang sentiasa berubah dan hati manusia yang tidak dapat dibaca oleh orang lain mungkin sahaja apa yang dinyatakan dahulu tidak sama dengan manusia pada masa kini. Oleh itu, teori boleh sahaja berkembang mahupun akan muncul teori yang baharu untuk menjelaskan situasi manusia.

(27)

tahu itu adalah hak anda tetapi anda perlu memikirkan keselamatan juga, kerana dunia tidak seindah dalam cerita, maka sikap berhati-hati dan berwaspada itu mesti sentiasa ada.

Setiap manusia juga perlu menjaga haknya sendiri bukan mengharapkan orang lain untuk memberi perhatian sepenuhnya menjaga hak anda. Perlulah bertegas dalam hal ini, agar hak-hak kita tidak begitu mudah dicabuli oleh orang lain. Dengan demikian, ramai antara mereka yang tidak mengetahui apa hak mereka yang sebenarnya sehingga orang lain begitu mudah mengambilnya terutamanya dalam permainan politik, terkadang ahli politik ini bersikap tidak adil dan lebih memihak kepada kroninya sahaja.

(28)

Alan S. Rosenbaum editor, (1980), The Philosophy of Human Rights, International Perspective, London. Aldwych Press.

Mahathir Mohamad, (1999), Human Rights views of Dr Mahathir Mohamad, Kuala Lumpur, World Youth Foundation.

Benjamin Gregg, (2012), Human Rights as Social Construction, Cambridge, Cambridge University Press.

Ifdhal Kasim editor, (2001), Hak Sipil dan Hak politik Esai-esai Pilihan,

Jakarta, Lembaga Studi dan Advokasi Masyarakat (ELSAM).

Asbjorn Eide dan Bernt Hagtvet editor, (1992), Human Rights in Perspective a Global Assessment, Norway, Blackwell Publishers.

Ifdhal Kasim dan Johanes da Masenus Arus, (2001), Hak Ekonomi Sosial, Budaya Esai-esai Pilihian, Jakarta, Lemabaga Studi dan Advokasi Masyarakat (ELSAM).

Paul E. Sigmund, (1971), Natural Law in Political Thought, Cambridge, Winthrop Publisher, Inc.

Martin Robertson, (1973), Theory and Explanation in International Politics, London, The Pitman Press, Bath.

K.C. O’Rouke, (2001), John Stuart Mill and Freedom of Expression The genesis of a theory, London, Routledge.

(29)

Laman Web

Scribd, (24 September, 2014), Apakah yang Dimaksudkan dengan Falsafah, Bagaimana Berfungsi dalam Kehidupan Manusia, diambil daripada URL

https://www.scribd.com/doc/24853264/Apakah-yang-dimaksudkan-dengan-falsafah-bagaimana-berfungsi-dalam-kehidupan-manusia.

Encyclopaedia Britannica, (25 September 2014), Aristotle, diambil daripada URL http://global.britannica.com/EBchecked/topic/34560/Aristotle.

The European Graduate School, (23 September 2014), Thomas Aquinas-Biography,diambil daripada URL http://www.egs.edu/library/thomas-aquinas/biography/

Thomistic Philosophy Page, (23 September 2014), Thomas Aquinas on the Natural Law, diambil daripada URL http://www.aquinasonline.com/Topics/natlaw.html.

Bio., 23 (September 20140, Thomas Aquinas Biography, diambil daripada URL http://www.biography.com/people/st-thomas-aquinas-9187231#synopsis.

Thomas. D’ Andrea, (23 September 2014),The Natural Law Theory of Thomas Aquinas, diambil daripada URL http://www.nlnrac.org/classical/aquinas.

The European Graduate School, (24 September 2014), Thomas

Hobbes-Biography, diambil daripada URL

http://www.egs.edu/library/thomas-hobbes/biography/.

www.mtholyoke.edu., (26 September 2014), Human Rights Theoris Modern

(30)

https://www.mtholyoke.edu/~gerla22f/classweb/Human%20Rights%20Theories%20-%20Modern%20Perspectives.html.

Bio, (24 September 2014), Thomas Hobbes Biography, diambil daripada URL http://www.biography.com/people/thomas-hobbes-9340461.

www.libertarian.com.co.uk, (24 September 2014), Hobbes’s Theory of Human

Nature, diambil daripada URL http://www.biography.com/people/thomas-hobbes-9340461.

Spark Notes, (24 September 2014), Thomes Hobbes (1588-1679), diambil daripada URL http://www.sparknotes.com/philosophy/hobbes/themes.html.

Asante U.Todd, (24 September 2014), Thomas Hobbes on Human Nature,

diambil daripada URL

https://www.academia.edu/3047382/Thomas_Hobbes_on_Human_Nature.

The European Graduate School, (24 September 2014), John Locke-Biography, diambil daripada URL http://www.egs.edu/library/john-locke/biography/.

University of Nebraska Lincoln, (24 September 2014), John Locke and Human Rights, diambil daripada URL http://unlhumanrights.org/01/0102/0102_04.htm.

Bill of Rights Institute,(24 Disember 2014), Natural Rights, diambil daripada URL http://billofrightsinstitute.org/resources/educator-resources/americapedia/

(31)

Stanford Encyclopedia of Philosophy,(24 Disember 2014), Locke’s Political Philosophy, diambil daripada URL http://billofrightsinstitute.org/resources/educator-resources/americapedia/americapedia-constitution/natural-rights/.

America.gov, (24 September 2014), Human Rights in Brief, diambil daripada URL http://www.ait.org.tw/en/201001-humanrights.pdf.

Foundation for Economic Education, (24 September 2014), John Locke: Natural Rights to Life, Liberty, and Property, diambil daripada URL

http://fee.org/freeman/detail/john-locke-natural-rights-to-life-liberty-and-property.

Luke Mastin, (25 September 2014), The Basic of Philosophy, diambil daripada URL http://www.philosophybasics.com/philosophers_rousseau.html.

Spark note, (25 September 2014), The Social Contract, diambil daripada URL http://www.sparknotes.com/philosophy/socialcontract/summary.html.

The European Graduate School, (26 Disember 2014), Immanuel Kant-Biography, diambil daripada URL http://www.egs.edu/library/immanuel-kant/biography/.

Stanford Encyclopedia of philosophy, (26 September 2014), Immanuel Kant, diambil daripada URL http://plato.stanford.edu/entries/kant/.

Liberal International, (26 September 2014), John Rawls, diambil daripada URL http://www.liberal-international.org/editorial.asp?ia_id=686.

(32)

Michael Pakaluk, (26 September 2014), The Dignity of the Human Person in the Philosophy of John Rawls, diambil daripada URL

http://michaelpakaluk.files.wordpress.com/2012/02/the-dignity-of-the-human-person-in-the-philosophy-of-john-rawls.pdf.

Russell Hittinger, (26 September 2014), John Rawls,Political Liberalism, diambil daripada URL http://www.jstor.org/stable/20129533.

Ted Vaggalis, (26 September 2014), John Rawl’s Political Liberalism, diambil daripada URL

http://caae.phil.cmu.edu/Cavalier/Forum/meta/background/Rawls_pl.html.

Living Philosophy, (29 September 2010), The life of Philosopher Jeremy Bentham: Summary, diakses daripada URL

http://www.livingphilosophy.org.uk/philosophy/Jeremy_Bentham/.

Thomas Mautner, (29 September 2014), Jeremy Bentham (1748-1832), diambil daripada URL http://www.utilitarianism.com/bentham.htm.

Gambar

Gambar 1: Penentangan Terhadap Teori Thomas Hobbes

Referensi

Dokumen terkait

8. Fakir miskin dan anak terlantar dipelihara negara. Hak- hak dasar yang diakui sebagai hak asasi manusia ini lebih lanjut diterjemahkan kedalam undang-undang,

39 Tahun 1999 yang dimaksud dengan pelanggaran hak asasi manusia setiap perbuatan seseorang atau kelompok orang termasuk aparat negara, baik.. disengaja maupun tidak disengaja

39 Tahun 1999 yang dimaksud dengan pelanggaran hak asasi manusia setiap perbuatan seseorang atau kelompok orang termasuk aparat negara, baik disengaja maupun tidak disengaja

39 Tahun 1999 yang dimaksud dengan pelanggaran hak asasi manusia setiap perbuatan seseorang atau kelompok orang termasuk aparat negara, baik disengaja maupun tidak disengaja

Menyikapi Resolusi DK PBB tersebut yang merupakan bentuk desakan dunia internasional dan demi untuk melindungi kepentingan nasional yang lebih besar lagi, Pemerintah Indonesia

Hal ini adalah kerana tindakan yang dilakukan oleh golongan ini bukan sahaja mampu untuk meruntuhkan institusi agama Islam di negara Malaysia, malah cubaan mereka juga

Secara teoritis Hak Asasi Manusia adalah hak yang melekat pada diri manusia yang bersifat kodrati dan fundamental sebagai suatu anugerah Allah yang harus dihormati,

Kewajiban untuk MelindungiObligation to Protect Dalam melindungi hak asasi manusia makan negara harus selalu memastikan agar pelanggaran hak asasi manusia tidak terjadi baik yang