• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam dan Hak Asasi Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Islam dan Hak Asasi Manusia"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SUBJEK

IDE 4533 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

TUGASAN 2

ISLAM DAN SALAH FAHAM BERKAITAN

HAK ASASI MANUSIA

NAMA PENSYARAH

DR. AZYYATI BT MOHD LAZIM

NAMA PELAJAR

(2)

1.0 Pengenalan

Rentetan kemelut pergolakan dunia pada hari ini menyaksikan bahawa manusia semakin percaya pada suatu hari nanti pereng dunia ke-tiga pasti akan berlaku. Ini adalah kerana peristiwa dan krisis pergaduhan antara Negara dunia semakin mencapai kemuncaknya. Perseteruan ekonomi antara blok kapitalis yang ditunjangi oleh Amerika Syarikat dan blok komunis dibawah pakatan Russia dan China hampir tiada penamatnya, isu Palestin-Israel yang bermula tahun 1948 masih lagi berlarutan hingga ke hari ini bagai tiada pengakhiran. Tidak hanya diperingkat itu, dalam kalangan masyarakat awam juga dapat disaksikan perlawanan dalam gelanggang agama, penindasan terhadap kaum minoriti dan perebutan untuk menaiki takhta berlaku di mana-mana sahaja.

Ketiga-tiga permasalah yang dinyatakan sebentar tadi amatlah berkait rapat dengan isu hak asasi. Istilah dan penggunaan terma “hak asasi manusia” dijadikan alasan yang paling kukuh bagi menghalalkan setiap perkara untuk melakukan peperangan, penindasan dan kekejaman. Lebih menyedihkan lagi apabila setiap konflik yang berlaku ini akan dipalitkan dengan agama Islam. Dunia Barat dewasa ini melakukan propaganda dengan melancarkan fahaman “Islamophobia” bagi menakutkan masyarakat dengan agama tersebut. Dalam satu sudut dapat dilihat betapa agenda yang dilancarkan oleh pihak Barat ini merupakan satu mekanisme untuk menunjukkan seolah-olah Islam ialah suatu fahaman kuno yang tidak menerima pembaharuan kerana ingin melaksanakan syariah Islam dimuka bumi.

(3)

Justeru, penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan salah faham yang berlaku dalam kalangan penduduk dunia tentang agama Islam dan menghubungkaitkan agama ini dengan hak asasi manusia. Usaha ini seiring dengan gerak kerja sarjana Muslim dewasa ini yang gigih tanpa rasa putus asa menepis sebarang salah faham yang berkaitan dengan Islam.

2.0 Salah Faham terhadap Islam mengenai Hak Asasi Manusia

Sejak berakhirnya Perang Dunia ke-2, kesedaran tentang kepentingan hak kemanusiaan mula mendapat perhatian di segenap negara terutamanya di benua Eropah. Pelbagai demonstrasi, rusuhan dan usaha memperkasakan hak-hak kemanusiaan direcana supaya kebebasan mutlak setiap individu yang bernyawa dapat dikembalikan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedia maklum dengan tindakan tersebut dan menjemput masyarakat dunia untuk membincangkan perkara itu dengan serius. Akhirnya pada 10 Disember 1948, 48 negara yang menyertai perhimpunan agung PBB telah bersetuju untuk menerima pakai deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 (DHAMS).

Menurut Haji Mahamad Naser Bin Disa (2012), dalam konteks manusia sejagat, hak asasi bermaksud semua manusia adalah bebas dan mempunyai hak yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit agama, keturunan, bahasa dan lain-lain dimata undang-undang. Berdasarkan maksud tersebut maka hak asasi menjadi satu tuntutan agar setiap manusia diberikan haknya secara sama rata dan adil. Namun begitu, negara Barat yang menekankan kebebasan individu dalam DHAMS seringkali menafikan kebebasan tersebut apabila ianya bertembung dengan dasar dan polisi negara. Bukan itu sahaja, jika terdapat apa-apa sahaja agama di dunia ini yang menyekat kebebasan seseorang individu, sudah pasti ia akan dikatakan berlawanan dengan DHAMS sedangkan saranan agama tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membawa kebaikan kepada manusia.

(4)

Wilayah Persekutuan) dalam kertas kerja yang bertajuk “Penghakisan Nilai Agama Melalui Doktrin Hak Asasi Manusia”. Beliau menulis bahawa :

“Sudah banyak perkara batil, kejahatan dan kerosakan dilancarkan ke atas negara kita oleh musuh yang berlindung di balik tabir HAM. Antara yang paling hangat ialah kes murtad Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain (2007), isu permohonan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Kristian dan kisah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas dewan DUMC kerana wujudnya usaha kristianisasi. Malah di Gombak, golongan Syiah yang diketuai oleh saudara Kamil Zuhairi telah cuba menggunakan saluran hak asasi manusia untuk menidakkan usaha pihak berkuasa membanteras penyelewengan akidah.

Selain itu, kesetaraan gender atau feminisme, perlakuan songsang homoseksual, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) turut diperjuangkan oleh pihak pro HAM melalui program Seksualiti Merdeka. Atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi juga, pengamal homoseksual Irsyad Manji dibawa ke Malaysia pada Mei 2012 oleh kelompok tertentu yang mendukung serta menerbitkan bukunya”.

Setelah meneliti tentang kes yang dinyatakan di atas, seharusnya umat Islam tidak boleh lagi bersahaja dan bersenang lenang serta perlu bangun untuk bersama-sama mengembeling tenaga untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini adalah kerana tindakan yang dilakukan oleh golongan ini bukan sahaja mampu untuk meruntuhkan institusi agama Islam di negara Malaysia, malah cubaan mereka juga bersifat serampang dua mata kerana hasil tindakan menghalang usaha yang dibuat oleh kelompok ini akan menampakkan seolah-olah Islam adalah agama yang tidak mengizinkan kebebasan dan telah melakukan penganiayaan kepada umat manusia.

(5)

3.0 Memperbetulkan Salah Faham

Mengikut sarjana ulung Islam kelahiran India, Maulana al-Maududi sebenarnya dunia Barat tidak mengenali konsep “human and civil rights” hinggalah ke kurun ke-17 malah di akhir kurun ke-18 barulah konsep ini mendapat tempat di dalam perlembagaan Amerika dan Perancis. C.C Weeramantry, seorang bekas hakim Mahkamah Agung Sri Lanka dan Professor Undang-Undang di Universiti Monash, Australia serta pernah menjadi Timbalan Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, dalam bukunya ”Islamic Jurisprudence : An International Perspective” telah mengakui bahawa Islam telah mengiktiraf hak asasi manusia 1,000 tahun lebih awal daripada Barat. Langkah-langkah awal untuk menginstitusikan hak kemanusiaan insan boleh dilihat daripada Perlembagaan (Piagam) Madinah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad S.A.W. pada awal abad ke-7 bagi umat Islam dan bukan Islam setelah tertubuhnya negara Islam yang pertama itu di Madinah. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 Fasal yang antaranya mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

Hak untuk bebas beragama misalnya diberi dan diamalkan oleh penduduk Madinah ketika itu khususnya melalui Fasal 25. Walaupun Rasulullah S.A.W. menerbitkan konsep “ummah” namun konsep itu tidak mengetepikan identiti dan agama kaum lain. Khutbah wada’ atau khutbah terakhir yang disampaikan oleh Nabi S.A.W. pada penghujung hayat Baginda, iaitu pada tahun 10H. dirakam oleh sejarah sebagai deklarasi ulung perlindungan hak insan. Pada masa yang sama, khutbah berkenaan membentuk garis panduan penting dalam pengurusan aspek-aspek utama dalam kehidupan seperti perundangan, ekonomi, siasah, kekeluargaan dan kemasyarakatan. Antara ciri penting yang membezakan kandungan Khutbah Wada’ dengan instrumen hak asasi manusia barat ialah khutbah Nabi S.A.W yang berasaskan wahyu dan bertujuan mentaati serta menunaikan hak Allah S.W.T yang menjamin kemaslahatan umum (maslahah `ammah).

(6)

menegaskan persoalan keadilan, salah satunya adalah firman Allah pada surah An-Nisaa’ ayat 135 (Tafsir Pimpinan ar-Rahman 1). Menurut Saari Sungib, sumber hak asasi manusia di dalam Islam adalah Piagam Madinah, kedua ; Khutbah al-Wada’ atau khutbah terakhir Rasulullah SAW dan seterusnya Maqasid asy-Syariah yang bersumber daripada al-Quran dan as Sunah (Saari Sungib 2011).

Menurut cara pandang Islam, gagasan hak asasi manusia terserlah pada doktrin ‘ al-dhoruriyat alkhomsah’ atau boleh dirujuk juga sebagai ‘al-huquq al-insaniyah fi al-Islam’ (hak-hak asasi manusia dalam Islam). Konsep ini mengandung lima pokok yang harus dijaga oleh setiap individu iaitu pertama : Hifdzu al-nafs wa al-ird atau Hak Untuk Hidup (surah al-An’am ayat 151), kedua, Hifdzu al-‘aql atau Hak Persamaan Darjat (surah al-Hujurat ayat 13), ketiga,

Hifdzu al-nasl atau Hak Memperoleh keadilan (surah al-Maidah ayat 2), keempat, Hifdzu al mal

atau Hak Perlindungan harta atau pemilikan (surah al-Baqarah ayat 188); dan kelima, Hifdzu al-din atau Hak Kebebasan Beragama (surah al- Baqarah ayat 256, dan surah Yunus ayat 99).

Justeru, Islam yang disarankan bersumber maqashid as-syari’ah itu hendaklah menjadi ‘kenderaan masyarakat’ dan bukan wewenang negara. Pendek kata, tujuan syariah atau

maqashid as-syari’ah ikut melindungi hak manusia, ‘the rights one has because one is human’

serta menjamin taraf dan keadaan hidup manusia, ‘the idea of human rights ultimately is about improving the lives of real, ordinary human beings’. Kesejajaran matlamat antara hak asasi manusia moden dan maqashid as-syari’ah ini membolehkan satu kesepaduan digerakkan untuk membolehkan kedua-duanya saling beroperasi. Penekanan kepada tujuan syariah, atau maqashid as-syari’ah ini penting memandangkan syariah itu sendiri sebagai satu set undang-undang boleh ketinggalan zaman kerana syariah yang tersedia dalam sejarah perkembangan undang-undang Islam adalah berasaskan kefahaman dan amalan setiap generasi khususnya generasi sebelum.

(7)

‘Alamiyyyah atau sejagat menunjukkan hak manusia yang ditegaskan Islam itu terpakai kepada setiap manusia tanpa perbezaan gender, bangsa, kepercayaan atau status. Hak asasi manusia dengan itu tidak dapat dikurangi kerana alasan kebudayaan atau tamadun (la yuatstsir fiha ikhtilaf al-Tsaqafat wa al-Hadharat), serta melampaui ruang dan waktu (ta’lu ‘ala al-zaman wa al-tarikh). Kesimpulannya, hak asasi manusia adalah hak setiap manusia kerana ia datang secara pakej dengan diri manusia itu sendiri (‘ala al-Insan ayyan kana wa anna kana) (Mohammad Abed al-Jabiri 1997). Oleh kerana itu kemunculan prinsip-prinsip hak asasi manusia iaitu kebebasan, kehormatan, kesetaraan dan persaudaraan seperti terungkap dalam hak asasi manusia moden pada tahun 1948 tidaklah wajar dimusuhi atau dimomokkan sebagai sesuatu yang bertentangan dan bersalahan dengan Islam.

4.0 Kesimpulan

Sepanjang sejarah HAM dan deklarasi UDHR, gerakan HAM hanya lantang memekik isu-isu batil seperti murtad, LGBT dan seumpamanya. Bukan hendak menafikan adanya usaha HAM membantu masyarakat manusia yang hidup melarat dan terpencil, tetapi suara HAM dalam hal sedemikian hanya bersifat suam-suam kuku atau hidup segan mati tak mahu. Biarpun UDHR telah wujud lebih setengah abad, namun nasib rakyat Palestin masih tidak terbela. Adalah penting untuk kaum muslimin memartabatkan Deklarasi Kaherah berkaitan Hak Asasi Manusia di dalam Islam dengan menjadikannya piagam standard di setiap Negara Islam. Umat Islam mesti lantang bersuara untuk mengetengahkan deklarasi tersebut disamping bersikap kritis terhadap setiap agenda yang dibawa oleh HAM Barat.

(8)

telah dianggap sebagai suatu agama baru yang didukung oleh faham atheisme. Di sisi Islam kedudukan hak yang hakiki ialah apabila perkara yang hak itu tidak dipagari atau dicampur dengan perkara yang batil. Manakala makna kebebasan yang hakiki ialah apabila terhindar dari kejahilan.

Perihal ini berkaitan langsung dengan konsep adil di dalam Islam yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka sewajibnya yang hak diletakkan pada tempat yang hak, dan yang batil ditetapkan pada tempat yang batil. Garis sempadan atau had yang wujud di antara kedua-duanya mesti diperlihat secara jelas dan tidak sama sekali cuba disamar, apatah lagi jika dipadam. Sesungguhnya Islam adalah agama yang hak, yang menyeru kepada hak dan menegak perkara yang hak. Dengan memahami dan melaksana hakikat hak yang hakiki, akan diperoleh hikmah kurnia Ilahi.

(9)

1. Abdul Munir Yaacob, 2013, Maqasid Al-Syariah Dan Hak Asasi, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor.

2. Adjat Sudrajat, 2011, Hak Asasi Manusia Menurut Pespektif Islam, FISE Universiti, Indonesia.

3. Ahmad Sunawari Long, Jaffary Awang dan Kamaruddin Salleh, 2009, Himpunan Kertas kerja Mengenai Hak Asasi Manusia, Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia.

4. Haji Mahamad Naser Bin Isa, 2012, Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara’ Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan, Jabatan Agama Islam Selangor.

Referensi

Dokumen terkait

Jiwa kewirausahaan akan mengalami peningkatan secara signifikan terhadap kemandirian usaha secara tidak langsung dengan dimoderasi oleh perilaku kewirausahaan,

Hal yang sama juga berlaku pada perkawinan campuran yang dilakukan di bawah tangan (nikah siri), karena dalam hal ini, agar dapat menentukan status

Pembentukan bayangan dari suatu organ melalui proses radiografi tidak terlepas dari  pemakaian detector radiasi yang dalam hal ini adalah film radiografi. Selain

Penelitian ini tidak sesuai dengan Teori Tira (2019) dan peneliti berpendapat bahwa terdapat hubungan antara penggunaan media sosial terhadap pengetahuan remaja

ACE Inhibitor dan angiotensin receptor blockers mempunyai efek yang baik pada fungsi renal dan memperbaiki sensitivitas insulin, oleh karena itu ACE Inhibitor dan

Faktor-faktor yang berhubungan dengan berat badan bayi saat lahir antara lain usia ibu hamil, jarak kehamilan, jumlah anak yang dilahirkan, status gizi ibu hamil (kenaikan

Variabel penelitian adalah sebagai suatu konsep ( ide ± ide, pendeskripsian objek atau gejala tertentu yang dinyatakan dalam bentuk kata atau istilah ) yang mempunyai variasi