• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelayaran yang Penuh Peristiwa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pelayaran yang Penuh Peristiwa"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang ingin pulang ke Tanah Jawa. Dalam pelayaran itu, kebanyakan penghuni geliung itu mabuk dan tidak sedarkan diri. Hanya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung yang tidak mabuk. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memujuk Awang Sulung Merah Muda untuk menjaga kemudi geliung panjang itu. Setelah tiga hari, mereka berlabuh di Pulau Tapai. Di Pulau Tapai, Awang Sulung menenangkan air laut yang bergelora dengan mencampakkan tulang pelanduk putih ke dalam laut. Apabila penghuni geliung yang lain tersedar, jurumudi segera menemui Tuanku Nakhoda Tua dan mengaku bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua mempercayainya.

Tuanku Nakhoda Tua berjanji akan mengahwinkan puteri baginda, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayaran itu hingga ke Tanah Jawa. Pelayaran mereka kemudiannya meredah Laut Sekona Lingga yang terdapat banyak lanun. Ketika melintasi Pulau Salah Nama, geliung mereka diserang lanun. Anak-anak kapal itu masing-masing lari dan menyembunyikan diri. Sekali lagi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memujuk Awang Sulung untuk membantu menyelamatkan geliung itu. Selepas mandi dan menggosokkan badannya dengan limau selimpat pagar yang diberi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Awang Sulung berseru kepada lanun-lanun itu. Lanun-lanun itu mengecam suara Awang Sulung. Mereka ketakutan dan segera menyembah. Lanun berjanji akan memenuhkan kapal itu dengan rial batu dan emas bagi melangsaikan hutang Awang Sulung terhadap Datuk Batin Alam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terpikat akan ketampanan wajah Awang Sulung. Apabila Awang Sulung menyatakan hasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak terjun ke laut. Apabila dihalang, dia tidak sedarkan diri. Dia tersedar apabila mendengar pantun daripada Awang Sulung. Sementara itu, jurumudi pula telah mengambil kesempatan memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua. Kononnya, dialah yang mengalahkan lanun-lanun tersebut. Tuanku Nakhoda Tua ingin mengahwinkan jurumudi dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa bagi mengotakan janji baginda. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa membantah tindakan itu dan menyatakan bahawa Awang Sulung Merah Muda yang sebenarnya berjaya menumpaskan serangan lanun. Nakhoda Tua mengahwinkan puteri baginda itu dengan Awang Sulung.

Kapal mereka kemudiannya berlabuh di perairan Negeri Pati Talak Terengganu. Sultan di Negeri Pati Talak Terengganu menjemput penghuni geliung itu naik ke darat, setelah mendengar cadangan puterinya, iaitu Tuan Puteri Pinang Masak. Awang Sulung, jurubatu, dan Bujang Senang turun ke darat dengan membawa ayam sabungan, Kinantan Suci. Sebelum naik ke balairung seri, Kinantan Suci bersabung dengan ayam tempatan. Kinantan Suci menang.

Tema

Cerita ini mengemukakan tema kelebihan dan kesaktian yang ada pada Awang Sulung Merah Muda dan kemampuannya menghadapi pelbagai rintangan sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa.

Persoalan

1. Keistimewaan dan kelebihan seseorang tidak dapat dinilai daripada penampilan luaran semata-mata. 2. Dugaan semasa pelayaran.

3. Sesuatu tempat pasti mempunyai adat resam tersendiri. 4. Pembohongan yang bertujuan mendapatkan ganjaran dan pujian.

5. Tindakan raja yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik sesuatu yang didengarnya.

Watak dan Perwatakan Awang Sulung Merah Muda

1. Awang Sulung ialah anakanda kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.

2. Awang Sulung menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

3. Awang Sulung merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjukkan kelebihan dan kesaktian yang dimilikinya. 4. Awang Sulung berwajah tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina terpikat

padanya.

5. Awang Sulung memiliki keris dan pedang Sakti.

6. Awang Sulung memiliki pelbagai kesaktian. Baginda dapat menenangkan air laut yang bergelora, tidak perlu memegang kemudi semasa belayar, menukarkan air masin menjadi air manis, dan sebagainya.

(2)

7. Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. 8. Awang Sulung pandai berpantun.

9. Awang Sulung suka bersabung ayam.

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

1. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua. 2. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung.

3. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terlalu mengikut perasaan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.

4. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tegas dalam menegakkan kebenaran apabila menyanggah pendapat ayahandanya yang terpengaruh oleh tipu daya jurumudi.

Si Kembang Cina

1. Si Kembang Cina orang suruhan. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. 2. Si Kembang Cina taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. 3. Si Kembang Cina pandai memujuk Awang Sulung.

4. Si Kembang Cina bersubahat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.

Tuanku Nakhoda Tua

1. Tuanku Nakhoda Tua ialah ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. 2. Tuanku Nakhoda Tua mudah percaya akan percakapan orang.

3. Tuanku Nakhoda Tua kesal akan kesilapannya yang memandang rendah terhadap Awang Sulung.

4. Tuanku Nakhoda Tua menepati janji, iaitu mengahwinkan sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayarannya dengan puterinya.

Jurumudi

1. Jurumudi pandai menipu dengan mendakwa bahawa dialah yang menyelamatkan geliung daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan serangan lanun.

2. Jurumudi bercita-cita untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

3. Jurumudi berasa iri hati terhadap Awang Sulung yang mendapat perhatian Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. 4. Jurumudi pengecut apabila lari lintang-pukang menyelamatkan nyawa daripada serangan lanun.

Latar

Latar Tempat

Latar tempat dalam cerita ini adalah di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, di Pulau Tapai, di Pulau

Salah Nama, dan di Negeri Pati Talak Terengganu. Latar Masa

Latar masanya pula ialah siang dan malam, iaitu sepanjang pelayaran menuju ke Tanah Jawa.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat golongan bangsawan yang menjadi pemerintah. Contohnya, raja di Negeri Pati Talak Terengganu yang memerintah di situ.

2. Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja, misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

3. Masyarakat yang taat akan pemerintah seperti Si Kembang Cina dan Bujang Selamat. 4. Masyarakat lanun yang suka melakukan rompakan di laut.

5. Masyarakat yang suka bertaruh seperti Awang Sulung yang mempunyai ayam sabung, Kinantan Suci, dan pihak di Negeri Pati Talak Terengganu pun siap mempunyai ayam dan gelanggang sabungan.

6. Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam. Contohnya, raja di Negeri Pati Talak Terengganu mempunyai adat menyambut tetamu asing dan Awang Sulung pula berminat untuk mengetahui adat di negeri itu.

(3)

Plot Binaan Plot

1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedang mengemudi geliung

panjangnya dengan laju. Dia kemudiannya meminta bantuan Awang Sulung yang ketika itu berkeadaan hitam dan comot kerana anak-anak kapal yang lain mabuk dan tidak sedarkan diri.

3. Plot terns berkembang dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan kelebihan dan kesaktian Awang Sulung

semasa dalam pelayaran.

4. Pada bahagian perumitan, kumpulan lanun menyerang geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa itu.

Apabila Awang Sulung telah berjaya menyelamatkan geliung itu, jurumudi pula memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua sehingga Tuanku Nakhoda Tua hampir menikahkan jurumudi itu dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

5. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi ayahandanya kerana

terlalu mempercayai jurumudi. Tuan Puteri menyatakan bahawa Awang Sulunglah yang bertanggungjawab menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun.

6. Pada bahagian peleraian, Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang

Sulung. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke Negeri Pati Talak Terengganu dan singgah di sana.

Gaya Bahasa

1. Bahasa klasik. Contohnya: geliung. (hal. 31)

2. Bahasa istana. Contohnya: santap (hal. 32), bonda (hal. 36), beta, patik, adinda, kakanda, titah. (hal. 37)

3. Simile. Contohnya: bagai pucuk dilancarkan (hal. 31), bagai air di kuali (hal. 32), bagai purnama empat belas

hari bulan (hal. 40), bagai kilat sembur-menyembur. (hal. 47)

4. Peribahasa. Contohnya: bagai kumbang putus tali (hal. 31), berkecil hati, enau mencari sigai, dan lesung

mendapatkan antan. (hal. 41)

5. Puisi.

(a) Pantun. Contohnya:

Anak udang kepit kepayang, Berderai-derai pucuknya jati; Anak orang tengahlah sayang,

Pada bercerai maulah mati. (hal. 44)

Nilai

1. Nilai berani. Setiap orang mesti berani menentang kejahatan. Contohnya, Awang Sulung berani menentang lanun semasa dalam pelayarannya.

2. Nilai merendah diri. Sikap merendah diri tidak akan merendahkan darjat atau kelebihan seseorang. Contohnya, Awang Sulung yang berketurunan baik-baik sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.

3. Nilai bijaksana. Setiap pemimpin mestilah bijaksana menyelesaikan masalah. Contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.

4. Nilai kasih sayang. Setiap orang mesti hidup dalam suasana kasih sayang. Contohnya, Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi antara satu dengan yang lain.

5. Nilai baik hati. Setiap orang seharusnya bersikap baik hati, terutamanya kepada pihak yang ada membantu kita. Contohnya, Awang Sulung sudi membantu menjadi jurumudi apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepenatan.

6. Nilai rasional. Setiap orang mestilah berfikir dan bertindak secara rasional. Contohnya, Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan anakandanya agar tidak terpengaruh lagi oleh kata-kata jurumudi.

7. Nilai semangat bermasyarakat. Kita mesti hidup bermasyarakat. Contohnya, Awang Sulung berminat untuk mengetahui adat resam masyarakat luar dengan bertanya kepada penghulu gelanggang tentang adat bergelanggang.

(4)

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan.

2. Kita janganlah suka meninggi diri dan berbangga akan darjat keturunan. 3. Kita hendaklah bijak menyelesalkan masalah yang timbul.

4. Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan tidak berdendam.

5. Kita hendaklah bersedia memberikan bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan. 6. Kita hendaklah sanggup menerima kebenaran dan tidak mudah diperdayakan.

(5)

Merah Silu

Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah mendapat dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Puteri Betong mempunyai sehelai rambut yang berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya. Merah Gajah mahu mencabut rambut yang sehelai itu, namun Puteri Betong melarangnya. Namun, Merah Gajah berdegil. Tindakan Merah Gajah mencabut rambut tersebut menyebabkan Puteri Betong mangkat. Ayahanda mentua Merah Gajah, iaitu Raja Muhammad begitu marah lalu bertindak membunuh Merah Gajah. Sebagai akibat tindakan Raja Muhammad itu, ayahanda Merah Gajah, iaitu besannya, Raja Ahmad telah memerangi Raja Muhammad. Akhirnya, kedua-duanya mati dalam peperangan.

Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat mahu meninggalkan negeri mereka yang bernama Semerlanga. Mereka berdua menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Di sana, Merah Silu telah menahan bubu bagi menangkap ikan. Setiap kali diangkat, bubunya dipenuhi cacing gelang-gelang. Setelah beberapa hari keadaan yang sama berulang, akhirnya Merah Silu membawa cacing gelang-gelang itu pulang lalu direbusnya. Cacing gelang-gelang itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu bertukar menjadi seorang yang kaya-raya.

Merah Hasum mendapat berita bahawa Merah Silu telah menjadi kaya-raya. Merah Hasum terdiam dan tiada berkata-kata. Dalam pada itu, antara hobi kegemaran Merah Silu termasuklah memikat kerbau liar. Tindakan Merah Silu tidak digemari oleh Merah Hasum. Baginya, Merah Silu telah memalukannya kerana kerbau tiada manfaatnya. Akhirnya, Merah Silu mencari petempatan baru akibat perselisihan pendapat dengan Merah Hasum. Merah Silu turut membawa harta dan kerbau-kerbaunya hinggalah tiba di Hulu Karang.

Kehadiran Merah Silu tidak disenangi oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbaunya memusnahkan tanaman. Merah Silu berpindah lagi hingga tiba di negeri yang bernama Buluh Telang. Dia bertemu dengan Megat Iskandar dan Merah Silu menyatakan hasratnya untuk mendiami tempat tersebut. Megat Iskandar pun bersetuju.

Dalam pada itu, Megat Iskandar telah melantik Merah Silu sebagai raja di Rimba Jerun. Pelantikan tersebut ditentang oleh Tun Aria Benong. Pada suatu hari, Sultan Maliku'l-Nasar datang ke Rimba Jerun lalu tercetus peperangan antara Merah Silu dengan Sultan Maliku'l-Nasar. Peperangan antara Sultan Maliku'l-Nasar dengan Merah Silu berlanjutan hingga ke beberapa tempat. Sultan Maliku'l-Nasar tewas juga akhirnya. Baginda berundur ke Kumat namun diserang pula oleh Megat Iskandar. Akhirnya, Merah Silu secara rasminya ditabalkan sebagai Raja Rimba Jerun.

T e m a

Cerita ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama Merah Silu.

P e r s o a l a n

1. Perselisihan faham sesama adik-beradik yang berpunca daripada perkara yang kecil. Merah Hasum sanggup mengusir saudaranya, Merah Silu semata-mata kerana dia tidak menyukai sikap Merah Silu yang gemar memikat kerbau. Kononnya, sikap Merah Silu itu telah mengaibkannya.

2. Peperangan dan permusuhan dua negara yang hanya berpunca daripada masalah keluarga. Sikap Merah Gajah yang berdegil dan sanggup mencabut sehelai rambut berwarna keemasan di tengahtengah kepala isterinya, Puteri Betong telah menyebabkan dua negara saling berperang dan bermusuhan. Raja Muhammad telah membunuh Merah Gajah dan tindakannya itu telah menyebabkan Raja Ahmad mengisytiharkan perang dengan Raja Muhammad.

3. Perkara yang di luar logik akal bagi menunjukkan keistimewaan seseorang yang berketurunan raja. Selama beberapa hari Merah Silu menahan bubu di sungai, hasilnya hanyalah cacing gelang-gelang. Apabila cacing gelang-gelang itu dibawa pulang dan direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya berubah menjadi perak.

4. Keberanian anak raja untuk merantau dan mencari kawasan baru untuk dijadikan negeri jajahan. Merah Silu tidak pernah putus asa untuk mencari kawasan yang sesuai dijadikan negeri. Baginda merantau dari satu tempat ke satu tempat di samping berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan.

5. Sikap raja yang gemar berjudi. Hobi Merah Silu bersabung ayam. Banyak juara sabung ayam datang bersabung ayam dengan ayam Merah Silu. Orang yang kalah akan dibayar taruhannya. Merah Silu bermurah hati memberikan seekor kerbau kepada setiap orang yang bertaruh dan yang datang menonton persabungan. 6. Peperangan sebagai cara untuk meluaskan jajahan. Sultan Maliku'lNasar berperang dengan Merah Silu

kerana tidak berpuas hati terhadap pertabalan Merah Silu sebagai raja. Beberapa siri peperangan telah berlalu yang menyaksikan Sultan Maliku'l-Nasar tumpas dan Merah Silu ditabalkan secara rasminya sebagai raja di Rimba Jerun.

(6)

Watak Jan Perwatakan Merah Silu

1. Anak pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong. 2. Adindanya bernama Merah Hasum.

3. Merah Silu menjadi yatim piatu sejak kecil.

4. Merah Silu berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai negeri selepas kedua-dua orang datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad meninggal dunia dalam peperangan.

5. Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya bertukar menjadi emas dan perak.

6. Kegemaran Merah Silu ialah menangkap kerbau liar dan menyabung ayam. 7. Merah Silu kerap menang dalam beberapa siri peperangan.

8. Merah Silu bersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiap orang yang datang menyaksikan pertandingan ayam sabung.

9. Merah Silu ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.

Merah Hasum

1. Adinda kepada Merah Silu.

2. Setelah kematian ibu baps, baginda bersama-sama dengan Merah Silu merantau mencari petempatan baru. 3. Merah Hasum tidak suka akan sikap Merah Silu yang gemar memikat kerbau.

4. Merah Hasum tidak menghormati kakandanya, sanggup mengusir kakandanya hanya kerana tidak sefahaman.

Merah Gajah

1. Merah Gajah ialah ayahanda kepada Merah Silu dan Merah Hasum. 2. Isteri Merah Gajah bernama Puteri Betong.

3. Merah Gajah tidak mendengar kata, mencabut rambut keemasan yang ada di tengah-tengah kepala Puteri Betong dan tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat.

4. Baginda mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong hingga menyebabkan kematiannya.

Puteri Betong

1. Puteri Betong ialah anakanda Raja Muhammad.

2. Puteri Betong merupakan bonda Merah Silu dan Merah Hasum. 3. Suami Puteri Betong bernama Merah Gajah.

4. Baginda mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah-tengah kepalanya. 5. Puteri Betong meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh Merah Gajah.

Megat Iskandar

1. Megat Iskandar ialah saudara kandung kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku'l-Nasar. 2. Megat Iskandar seorang yang pengasih dan baik hati.

3. Megat Iskandar sanggup menerima Merah Silu yang tiada tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang.

Latar

Latar Tempat

1. Di Semerlanga. Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar merantau. 2. Di Beruana. Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.

3. Di Kerbau Kampung. Tempat Merah Situ memikat kerbau liar.

4. Di hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang. Tempat persinggahan Merah Situ ketika dalam perjalanan selepas mengambil keputusan keluar dari tempat Merah Hasum.

5. Di Buluh Telang. Peristiwa Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.

6. Di Benua, di Pertama Terjun, di Gunung Telawas, dan di Kumat. Sultan Maliku'l-Nasar melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.

(7)

Latar Masa

Latar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu hingga Merah Silu dewasa dan dirajakan oleh

Megat Iskandar di Rimba Jerun. Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Contohnya, Merah Silu telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.

2. Masyarakat bangsawan yang gemar berperang. Contohnya, Raja Muhammad dan Raja Ahmad berperang hingga banyak rakyat terkorban dan cedera.

3. Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru. Contohnya, Merah Gajah dan Merah Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan membuka perkampungan baru bernama Beruana. 4. Masyarakat yang percaya kepada mitos. Contohnya, Merah Silu telah membawa pulang cacing gelang-gelang yang

memenuhi bubunya selama beberapa hari. Apabila direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi perak.

5. Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia. Contohnya, Merah Silu suka memikat kerbau liar dan bersabung ayam.

6. Masyarakat yang menghormati keturunan raja. Contohnya, Megat Iskandar amat menghormati Merah Silu hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua, dan segala rakyat di negeri itu untuk mengangkatnya sebagai raja.

Plot Binaan Plot

1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong dan dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas sehelai rambut emasnya dicabut oleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga hingga mencetuskan peperangan antara dua buah negara.

3. Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri asal mereka, Semerlanga kerana keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah direbus. 4. Pada bahagian perumitan, Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang

dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang. Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja di situ. Namun, cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.

5. Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja. Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke beberapa tempat. 6. Pada bahagian peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut. Baginda berundur ke Kumat tetapi

akhirnya diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya, Merah Silu ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Rimba Jerun.

Gaya Bahasa

1. Bahasa klasik. Contohnya, membantun (hal. 52), senawat (hal. 55) anderak (hlm.54), sekalian. (hat. 56) 2. Bahasa Arab. Contohnya, berkat (hal. 51), Allah Taala. (hal. 53)

3. Bahasa istana. Contohnya, inang (hal. 52), kakanda (hal. 53), adinda (hal. 51), bamba (hal. 51), baginda (hal. 52),

anakanda. (hal. 52)

4. Personifikasi. Contohnya, matahari mati. (hal. 52) 5. Metafora. Contohnya, kerbau jalang. (hal. 53) 6. Hiperbola. Contohnya,

(a) Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan. (hal. 55) (b) Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. (hal. 54)

7. Pemilihan ayat yang panjang dan meleret. Contohnya,

(a) Tidak berapa lama kemudian, Merah Silu mengetahui bahawa Sultan Maliku'l-Nasar berhenti di suatu tempat dengan segala hulubalangnya dan rakyatnya. (hal. 57)

(b) Beberapa lama Sultan Maliku'l Nasar duduk dalam negeri itu, pada suatu hari, datang Merah Silu memerangi Sultan Maliku'lNasar lalu Sultan Maliku'l-Nasar undur ke rimbanya. (hal. 57)

(8)

Nilai

1. Nilai taat setia. Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya. Contohnya, rakyat jelata taat akan anak raja yang bernama Merah Silu.

2. Nilai murah hati. Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain seandainya berkemampuan. Contohnya, Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang yang datang menonton.

3. Nilai berdikari. Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar tabah dengan cabaran hidup. Contohnya, Merah Silu mencari negeri baru kerana tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.

4. Nilai keberanian. Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Contohnya, Merah Silu berani menentang musuh-musuhnya dalam peperangan.

5. Nilai baik hati. Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang memerlukan. Contohnya, Megat Iskandar menerima kedatangan Merah Silu dengan tangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang.

Pengajaran

1. Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.

2. Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan bukannya melalui peperangan. 3. Janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan adalah makhluk Tuhan yang bernyawa.

4. Kita hendaklah berani menentang musuh.

5. Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang yang lebih muda. 6. Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan sebaik mungkin.

(9)

Hikayat Indera Nata

Setelah sekian lama mengembara, Indera Jenaka pun tiba di negeri Rom lalu menghadap ayahandanya, Tuanku Syah Alam. Tuanku Syah Alam pun menanyakan khabar Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu ayahandanya bahawa nama sebenar Si Piatu ialah Indera Nata. Indera Jenaka turut menceritakan kehebatan Indera Nata yang berani dan bijaksana serta boleh bercakap dengan binatang buas. Kisah Indera Nata ini mengagumkan Tuanku Syah Alam.

Seterusnya, cerita berkisar tentang pengembaraan Indera Nata yang mendaki sebuah gunun g. Di puncak gunung itu terdapat sebuah rumah yang terlalu tinggi. Di rumah itu, Indera Nata mendapati ada pakaian berwarna keemasan, manakala di sebelah rumah itu pula ada sebuah mahligai. Di situlah Indera Nata bertemu dengan tujuh orang puteri. Puteri-puteri itu sangat gembira apabila melihat Indera Nata yang mempunyai rupa paras yang tampan. Indera Nata pun menceritakan perihal dirinya yang diperintahkan oleh Raja Rom untuk mencari gajah bergadingkan emas. Salah seorang puteri itu, iaitu Puteri Cendera Kesuma memperkenalkan nama kesemua puteri itu. Puteri Cendera Kesuma memberitahu Indera Nata bahawa mereka dipelihara oleh raksasa di mahligai itu untuk dimakan apabila mereka sudah besar. Ketujuh-tujuh orang puteri merayu kepada Indera Nata agar dibawa ke benua Rom. Sebagai balasannya, mereka sanggup memperhambakan diri kepada Indera Nata. Untuk membolehkan Indera Nata mendapatkan gajah bergadingkan emas dengan segera, Puteri Cendera Kesuma mencadangkan agar mereka meminta pertolongan raksasa. Indera Nata pun bersetuju dengan cadangan tuan puteri itu.

Tiba-tiba terdengar bunyi seperti ribut yang menandakan raksasa datang. Mereka pun menyorokkan Indera Nata di dalam sebuah peti emas. Raksasa terhidu bau manusia itu lalu bertanyakan punca datangnya bau tersebut. Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu raksasa bahawa merekalah manusia tersebut. Raksasa bertanyakan sama ada hati puteri-puteri itu sudah besar untuk dimakan. Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu bahawa jika raksasa mahukan hati mereka cepat besar, raksasa perlu mencari gajah bergadingkan emas.

Raksasa yang tertipu oleh kata-kata tuan puteri itu pun mencari gajah bergadingkan emas. Raksasa berjaya mendapatkan gajah bergadingkan emas setelah membunuh raja Rom yang menaiki gajah tersebut semasa berburu. Tuan Puteri Cendera Kesuma sekali lagi merayu kepada raksasa agar mencarikannya kijang putih bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam sehingga putih. Keesokan harinya, raksasa lelaki pergi mencari kijang putih bertandukkan emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam itu. Ketika itulah Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri menaiki gajah untuk melarikan diri. Setelah gagal mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam hingga putih, raksasa pulang dalam keadaan marah. Raksasa itu semakin berang apabila mendapati gajah dan ketujuh-tujuh orang puteri itu telah tiada. Raksasa itu segera memburu mereka dengan berpandukan bekas tapak kaki gajah.

Apabila melihat kedatangan raksasa dalam keadaan marah, ketujuh-tujuh orang puteri itu menangis dan mengenangkan nasib diri. Indera Nata memohon bantuan gemala hikmat daripada Betara Gangga. Betara Gangga pun memerintah lembur dan naga menyeberangkan Indera Nata dan tuan puteri ke seberang laut. Setelah lembur dan naga menyeberangkan dan menyelamatkan Indera Nata dan tujuh orang Puteri, lembur dan naga menarik tangan raksasa laki bini itu pula ke tengah laut. Raksasa itu lemas lalu mati.

Indera Nata membawa ketujuh-tujuh orang puteri pulang ke benua Rom. Setiba di istana, Indera Nata segera bertemu dengan bondanya, Tuan Puteri Cenderawati. Indera Nata menceritakan peristiwa-peristiwa yang dilaluinya sepanjang pengembaraan itu. Akhirnya, ketujuh-tujuh orang puteri itu hidup dan tinggal bersama-sama di istana Tuan Puteri Cenderawati.

Tema

Cerita ini mengemukakan tema keberanian luar biasa seorang raja yang bernama Indera Nata dalam usaha mencari gajah bergadingkan emas dan menyelamatkan tujuh orang puteri daripada menjadi makanan kepada raksasa

Persoalan

1. Kehebatan putera raja dalam usaha menyelamatkan nyawa orang lain. 2. Kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.

3. Kebijaksanaan menghadapi cabaran dengan menggunakan akal.

4. Sikap tidak malu untuk memohon bantuan ketika menghadapi kesusahan merupakan tindakan yang bijak. 5. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak tidak akan lupus selama-lamanya.

(10)

Watak dan Perwatakan Indera Nata

1. Indera Nata ialah anak Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati.

2. Indera Nata seorang yang berani. Baginda berani mengembara seorang diri untuk mencari gajah bergadingkan emas.

3. Indera Nata memiliki kesaktian, iaitu boleh bercakap dengan binatang.

4. Baginda suka menolong orang lain. Indera Nata telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada binatang buas dan tujuh orang puteri daripada dimakan oleh raksasa.

Indera Jenaka

1. Indera Jenaka ialah anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar.

2. Indera Jenaka jujur. Baginda menceritakan keberanian dan kehebatan Indera Nata kepada Tuanku Syah Alam. 3. Indera Jenaka bersikap berterima kasih dan menghargai jasa Indera Nata yang telah menyelamatkannya daripada

binatang buas di hutan.

Tuan Puteri Cendera Kesuma

1. Tuan Puteri Cendera Kesuma ialah anak Raja Mesir.

2. Baginda memiliki rupa paras yang cantik dan petah berkata-kata.

3. Baginda menjadi tawanan raksasa bersama-sama dengan enam orang puteri yang lain. Mereka akan dimakan apabila sudah besar.

4. Tuan Puteri Cendera Kesuma bijak memperdayakan raksasa. Baginda meminta raksasa nencuri gajah bergadingkan emas, kijang bertandukkan emas, dan mencucikan kain yang hitam hingga menjadi putih sebagai alasan untuk melarikan diri.

Raksasa Suami Isteri

1. Raksasa bersikap pemarah dan ganas. Mereka telah membunuh dan membaham Raja Rom dan rakyatnya yang sedang berburu.

2. Raksasa kuat dan gagah. Kedatangan raksasa ke mahligai ketujuhtujuh orang puteri dapat dikesan melalui bunyi seperti ribut.

3. Raksasa mudah diperdayakan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma. Raksasa tertipu oleh kata-kata puteri-puteri itu, misalnya hati gajah bergadingkan emas dapat membesarkan hati mereka.

Latar

Latar Tempat

Latar tempat dalam cerita ini adalah di negeri Rom, di Pattani, di puncak gunung, di mahligai raksasa, dan di tepi

laut. Latar Masa

Latar masanya pula pada waktu pagi, misalnya waktu raksasa keluar pergi mencari kijang bertandukkan emas dan pada

waktu malam, misalnya waktu raksasa suami isteri tidur. Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang taat kepada raja. Contohnya, Indera Nata sanggup menjunjung perintah Raja Rom supaya mencari gajah bergadingkan emas.

2. Masyarakat yang memiliki hikmat dan kesaktian. Contohnya, Indera Nata memiliki kesaktian iaitu berkebolehan berkata-kata dengan binatang buas.

3. Masyarakat yang mempercayai perkara-perkara yang tidak berpijak di bumi nyata. Contohnya lembu dan naga naga yang datang membantu Indera Nata dan tujuh orang puteri.

4. Masyarakat zaman dahulu yang pengaruh Hindunya agak kuat. Buktinya, nama watak seperti Bentara Gangga. 5. Masyarakat yang prihatin dan suka menolong. Contohnya, Indera Nata telah membantu Indera Jenaka dan tujuh

orang puteri. Tujuh orang puteri itu pula menolong Indera Nata mendapatkan gajah bergadingkan emas dengan menipu raksasa.

(11)

Plot Binaan Plot

1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

2. P a d a b a h a gi a n p e n g e n a l a n a t a u e k s p o s i s i , I n d e r a J e n a k a menceritakan keberanian dan kehebatan Si Piatu, iaitu nama sebenarnya Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang bugs.

3. Plot terns berkembang dengan pengembaraan Indera Nata dalam usaha mencari gajah bergadingkan emas. Indera Nata sampai di puncak sebuah bukit. Di situlah Indera Nata bertemu dengan tujuh orang puteri yang menjadi tawanan raksasa suami isteri. Indera Nata bersetulu menyelamatkan mereka daripada dimakan raksasa.

4. Pada bahagian perumitan, Tuan Puteri Cendera Kesuma mencari jalan untuk memperdayakan raksasa suami isteri. Baginda meminta raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hati mereka lekas besar.

5. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Indera Nata dan puteri-puteri itu melarikan diri ketika raksasa keluar mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam sehingga menjadi putih. Raksasa naik berang lalu mengejar mereka hingga ke tepi laut. Raksasa itu dibunuh oleh naga dan lembur atas perintah Betara Gangga.

6. Pada bahagian peleraian, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh orang puteri ke benua Rom. Mereka pun tinggal bersama-sama dengan bonda Indera Nata, iaitu Tuan Puteri Cenderawati.

Gaya Bahasa

1. Bahasa klasik. Contohnya: hatta (hal. 59), syahadan (hal. 60), sebermula. (hal. 61)

2. Bahasa Arab. Contohnya: Allah. (hal. 64)

3. Bahasa istana. Contohnya: kakanda, adinda (hal. 61), bonda, anakanda. (hal. 67)

4. Simile. Contohnya: ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia

berkata dengan manusia juga (hal. 59), Maka ia mendengar bunyi seperti ribut. (hal. 63)

5. Hiperbola. Contohnya:

(a) ... carikanlah gajah bergadingkan emas supaya baru kami lekas besar! (hal. 64) (b) ... maka raksasa yang laki-laki itu pun kijang putih bertandukkan emas. (hal. 65) 6. Pemilihan ayat yang panjang dan meleret. Contohnya:

(a) Maka dengan takdir Allah bertemulah ia dengan seorang raja namanya Rom ia pun pergi berburu dengan segala menteri dan hulubalang dan rakyat sekalian. (hal. 64)

(b) Setelah sudah maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu. Bermula adapun tuan puteri yang tujuh orang itu duduklah di atas gajah itu dan tiada berapa antaranya berjalan itu masuk hutan terbit hutan keluar padang masuk padang maka ia pun sampailah ke tepi laut. (hal. 65)

7. Puisi (pantun). Contohnya:

"Rakit-rakit dari Inderagiri,

Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;

jikalau tuan puteri suka menyerah diri,

Nanti esok kakanda bawa. "

Nilai

1. Nilai berani. Setiap orang mesti berani menentang kejahatan. Contohnya, Indera Nata berani mengembara untuk mencari gajah bergadingkan emas dan menyelamatkan tujuh orang puteri daripada raksasa yang jahat.

2. Nilai tolong-menolong. Sikap tolong-menolong merupakan nilai yang mulia. Contohnya, Indera Nata suka menolong orang seperti menolong Indera Jenaka dan tujuh orang puteri.

3. Nilai bijaksana. Setiap masalah hendaklah dihadapi dengan akal fikiran yang bijaksana. Contohnya, Tuan Puteri Cendera Kesuma telah menggunakan akal dengan bijak dalam usaha melepaskan diri daripada raksasa.

4. Nilai kasih sayang, Setiap ahli keluarga hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Contohnya, sikap sayang yang clitunjukkan oleh Tuan Puteri Cenderawati terhadap anaknya, Indera Nata.

5. Nilai menghargai. Sikap menghargai budi dan jasa orang terhadap kita adalah sikap terpuji. Contohnya, ketujuh-tujuh orang puteri yang diculik oleh raksasa sanggup memperhambakan diri kepada Indera Nata sebagai menghargai budi Indera Nata.

(12)

Pengajaran

1. Setiap ahli keluarga mesti sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain kerana sikap ini akan menjamin keharmonian keluarga.

2. Akal fikiran yang ada hendaklah digunakan dengan bijaksana supaya tindakan yang diambil itu berkesan dan bermanfaat.

3. Ibu bapa hendaklah disayangi oleh anak-anak kerana tanpa ibu dan bapa anak-anak tiada di dunia ini.

4. Kita hendaklah menghadapi setiap kejahatan dengan berani kerana dengan sikap berani kejahatan dapat dihapuskan.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian bertujuan untuk mengetahui hubungan konformitas dan kecenderungan perilaku konsumtif remaja SMP Xaverius 4 Bandar Lampung pada produk ponsel Nokia.. Hipotesis yang

Keterangan Diagram Level 1 Proses 1 : Diagram ini menjelaskan arus data yang masuk dari luar entitas karyawan menuju proses merekam data karyawan untuk penggajian, simpanan data

Penelitian ini bertujuan untuk Mempelajari karakteristik profil penderita rinosinusitis kronis di Rumah Sakit PHC Surabaya pada tahun 2013. Penelitian ini

Judul Skripsi/Tugas Akhir : Rancang Bangun Alat Pengatur Suhu Air Otomatis Berbasis Mikrokontroler Atmega 328P Menyatakan dengan sebenarnya bahwa penulisan

menceritakan kekaguman sahabat dalam proses penciptaan manusia. Saat surat al-mu’minu>n ayat 12-14 dibacakan Rasulullah sampai pada ayat tsumma ansya’na>hu khalqan

Hasil penelitian dengan analisis OR menunjukkan bahwa penggunaan pem- balut yang berkualitas rendah (OR = 2,320), penggunaan sabun pH > 4 (OR = 2,360), status sosial ekonomi (OR

Diharapkan peran pemerintah dan instansi terkait melalui petugas lapangan untuk mensosialisasikan dan melakukan pendampingan kepada petani tentang tata cara

Bidang dan Kegiatan Usaha Perdagangan batubara dan pertambangan batubara melalui Anak Perusahaan pemegang 12 (dua belas) Izin Usaha Pertambangan pada Wilayah IUP di Provinsi