• Tidak ada hasil yang ditemukan

Diterbitkan Oleh: Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Diterbitkan Oleh: Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Copyright © 2020, by Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad

Ketua Editor:

Asyraf Farique

Reka bentuk kulit & Susun Atur:

Wafiq Azman

No. 6-23-3A Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Taman Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

TEL: 018-2084917 EMAIL: admin@iris.institute

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam dokumen ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan bentuk dengan apa jua cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Interdisciplinary Research and

(3)

1

LANDSKAP EDISI 5/2020

Wabak COVID-19 dan Implikasi

Ekonomi

LANDSKAP EDISI 52020 IRIS INSTITUTE

Krisis Ekonomi Kesan Daripada COVID-19

1. Wabak COVID-19 (COVID-19) yang bermula pada Disember 2019 di Wuhan China, kini telah merebak menjadi wabak Pandemik Global. Sehingga 25 Mac 2020, sebanyak 163 buah negara telah terlibat dalam wabak COVID-19 (COVID-19) dengan 536,755 kes dan 24,114 kematian dicatatkan di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, sehingga kini 2031 kes dan 23 kematian telah dicatatkan (setakat 27 Mac 2020).

2. Kemunculan wabak ini telah meningkatkan risiko berlakunya krisis ekonomi global dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan tidak menentu sejak sebelum munculnya wabak ini. Krisis ini membabitkan aktor-aktor penting seperti kerajaan, syarikat swasta, dan institusi kewangan dunia. Berdasarkan pemerhatian, wujud reaksi tindakbalas biasa dan wujud juga tindakan mengambil kesempatan di atas krisis yang berlaku.

3. Berikut merupakan ringkasan tinjauan respons negara-negara yang terbabit, institusi-institusi kewangan global, serta syarikat-syarikat multinasional (MNC) dalam menghadapi wabak COVID-19 ini.

Respons Negara-Negara: ‘Pakej Rangsangan

Ekonomi’ Elak Kegawatan

1. Kebanyakan negara yang terlibat dalam wabak COVID-19 ini telah melancarkan pakej rangsangan ekonomi secara besar-besaran untuk mengelakkan jatuh ke kancah kegawatan.

(4)

sebanyak 2 trilion dolar bagi berhadapan dengan wabak COVID-19 ini. Diikuti oleh Jerman sebanyak 810 bilion dolar, Jepun sebanyak 500 bilion dolar, Britain sebanyak 436 bilion dolar, negara-negara Afrika sebanyak 100 bilion dolar, negara-negara Timur Tengah 47 bilion dolar, Kanada sebanyak 18.8 bilion dolar, Australia 17 bilion dolar, Turki 15.5 bilion dolar, Korea Selatan 13.7 bilion dolar, Singapura 34 bilion dolar, manakala Malaysia pula sebanyak 57.76 bilion dolar. China sehingga kini belum lagi melancarkan pelan rangsangan ekonomi mereka secara komprehensif dan menyeluruh.

3. Federal Reserve Amerika Syarikat sekali lagi menurunkan kadar faedah pinjaman kepada 0.00%- 0.25% dan menyuntik 700 bilion dolar ke dalam ekonomi untuk melindungi ekonomi daripada terus terkesan. Federal Reserve juga turut melaksanakan beberapa pakej rangsangan monetari seperti mengumumkan pemanjangan tempoh pinjaman oleh bank-bank serta mengumumkan penambahan pinjaman sebanyak 1.5 trilion dollar. Dari sudut rangsangan fiskal, Trump telah mengumumkan 50 bilion dolar bantuan kepada negeri-negeri di seluruh Amerika Syarikat. Walaupun mendapat suntikan monetari dan fiskal yang besar, ekonomi masih memberikan reaksi negatif dan berterusan mencatatkan penurunan.

4. Sementara itu, Bank Pusat China dan Bank Rakyat China (PBOC) telah melancarkan beberapa polisi rangsangan monetari bagi mendepani masalah ini. Antaranya adalah memanjangkan tempoh pinjaman bank-bank di China serta membenarkan jumlah rizab tunai yang besar sebanyak 174 bilion dolar. Selain itu, Bank Pusat tersebut juga turut memotong kadar mata faedah kepada 0.10%-0.05%. Sebelum ini China telah melancarkan pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2008 dan 2015 semasa krisis kewangan global.

5. Bank Negara Malaysia (BNM) pula telah mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sehingga 50 mata asas menjadikan kadar faedah turun kepada 2.0% berbanding 2.50% pada ketika ini. Melalui pelan moratorium yang telah dijalankan, BNM membenarkan pelanggan perbankan termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli untuk tempoh enam bulan.

(5)

3

LANDSKAP EDISI 5/2020

Respon Institusi Kewangan Dunia

1. Sementara itu institusi-institusi kewangan global dunia seperti World Bank telah melancarkan pelan rangsangan ekonomi dengan melancarkan pelan pinjaman sebanyak 14 bilion dolar dan menyasarkan bantuan kepada negara-negara miskin dan sedang membangun.

2. Respon yang sama juga turut dilakukan oleh International Monetary Fund (IMF) apabila melancarkan pelan pinjaman sebanyak 1 trilion dolar kepada negara-negara miskin dan sedang membangun yang terkesan dengan impak wabak COVID-19 ini.

3. Bank Pusat Eropah pula mengumumkan pakej rangsangan baru dengan melancarkan pembelian bon baru bernilai 750 bilion euro daripada kerajaan dan swasta di seluruh zon Eropah termasuk Greece dan Itali. Sehingga kini, masih lagi tidak diketahui apakah syarat pinjaman yang ditetapkan oleh bank-bank terbabit.

Respons Syarikat-Syarikat Multinasional

Jumlah hutang korporat meningkat dengan mendadak

1. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Koperasi dan Pembangunan Ekonomi (OECD), jumlah hutang korporat telah meningkat sebanyak 13.5 trilion dolar sejak berlakunya wabak Covid 19 ini pada penghujung Disember 2019.

2. Sekiranya krisis ini berpanjangan, dijangka 40% daripada jumlah hutang ini tidak dapat dibayar oleh syarikat-syarikat multinasional terbabit dan ini boleh menyebabkan sektor perbankan menghadapi kerugian dan berkemungkinan boleh meruntuhkan sistem ekonomi sedia ada. Di Malaysia, syarikat-syarikat yang paling teruk terjejas adalah syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysian Airlines (MAS), Air Asia, syarikat-syarikat perhotelan dan perjudian, Genting Group dan lain-lain.

(6)

muflis

1. Wabak COVID-19 memberi tekanan dan kesan yang besar kepada syarikat-syarikat Multinasional di serata dunia. Menurut satu laporan di Bloomberg, sektor penerbangan dan pelancongan dijangka akan mengalami kesan yang paling buruk berbanding sektor-sektor yang lain.

2. Menjelang Mei, sekiranya krisis ini berlanjutan, majoriti syarikat-syarikat penerbangan besar dunia akan mengalami kebankrapan. Hal ini menuntut negara-negara untuk menyelamatkan syarikat-syarikat terbabit daripada mengalami muflis melalui pakej khas rangsangan ekonomi.

Pergerakan-pergerakan besar Syarikat Kapitalis Yahudi sepanjang wabak

1. Terdapat beberapa pergerakan besar yang ditunjukkan oleh Syarikat-syarikat Kapitalis Yahudi sepanjang wabak Covid 19 ini berlaku khususnya pemain-pemain di dalam sektor pelaburan dan kewangan.

2. Wabak Covid 19 yang melanda China pada penghujung Disember yang lalu mengakibatkan ekonomi negara tersebut merudum dengan teruk. Nilai syarikat-syarikat gergasi China di dalam pasaran saham jatuh dengan sangat drastik dan ketara. Pelabur-pelabur utama kapitalis Yahudi seperti Blackstone, Jardine Matheson, Blackrock, Vanguard dan lain-lain melakukan pembelian secara besar-besaran.

3. Blackstone sebagai contoh mengambil alih syarikat pemaju hartanah terkemuka China, Soho China Ltd dengan nilai di bawah harga pasaran semasa sebanyak 4 bilion dolar. Selain itu syarikat-syarikat seperti Vanguard, Blackrock pada 31 Disember 2019 yang lalu membeli sebanyak 18.2 Juta dolar pemilikan dalam Ali Baba. Bagi mengukuhkan sumber kewangan mereka, proksi kepada syarikat Kapitalis Yahudi di Asia, Soft Bank yang juga merupakan pemegang saham terbesar Ali Baba berhasrat ingin menjual 14 bilion dolar pegangan mereka di dalam Ali Baba sebagai langkah pengukuhan sumber kapital syarikat. Walaubagaimanapun tidak dinyatakan syarikat yang akan membeli saham tersebut.

(7)

5

LANDSKAP EDISI 5/2020

4. Selain itu, Wabak Covid-19 ini juga mengurangkan harga hartanah di bandar-bandar besar China. Di Shanghai, Jardine Matheson membeli 23 ekar tanah yang disifatkan sebagai sangat strategik dengan harga 4.4 bilion dolar di bawah harga pasaran.

5. Syarikat-syarikat ini juga membeli dan mengambil alih syarikat yang bermasalah akibat krisis covid 19 ini secara “pukal”. Seperti contoh di Amerika Syarikat, Warren Buffet meningkatkan lagi pegangan beliau dalam syarikat penerbangan Delta Air Lines, keluarga Rausing dalam syarikat IFF, keluarga Reimann dalam syarikat Keurig di Pepper dan kesemua pembelian itu dianggarkan bernilai 562 juta dolar dan masih lagi disifatkan kecil, dan mereka masih lagi memburu syarikat-syarikat yang bermasalah dan berpotensi mendapat keuntungan yang besar seperti syarikat-syarikat farmasi.

6. Pelabur-pelabur Kapitalis Yahudi ini juga dilantik menjadi penasihat Bank-bank Pusat besar di serata dunia untuk merangka strategi pelan pengambilalihan syarikat-syarikat multinational yang didapati bermasalah dan tidak mampu membayar hutang. Di Britain, syarikat Rothschild dilantik menjadi penasihat dalam pelan pengambilalihan syarikat penerbangan utama negara tersebut. Di Amerika Syarikat pula, Federal Reserve melantik Blackrock Group sebagai penasihat kepada pelan pakej ransangan Ekonomi yang bernilai sebanyak 2 trilion dolar.

Syarikat multinasional teknologi rebut peluang laksanakan “total

surveilance”

1. Bagi mengatasi wabak COVID-19 ini, Kerajaan di negara-negara kuasa besar bekerjasama dengan syarikat multinasional teknologi untuk melakukan pemantauan secara total, melalui kaedah pantauan geolokasi dan biometrik 2. Di Amerika Syarikat, syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan

CIA dalam menjalankan kerjasama pantauan sebelum ini seperti Palantir Inc, Facebook, Alphabet Google, Amazon, dan lain-lain telah menjalankan kerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk menjalankan “total surveilance” kepada rakyatnya yang disyaki menghidap simptom wabak COVID-19 ini. 3. Di China, kerajaan China bekerjasama dengan syarikat seperti Tencent, Baidu,

Ali Baba untuk menjalankan pemantauan biometrik terhadap rakyat China semasa wabak ini berlaku. Di Malaysia, kerajaan di bawah (MOSTI) sedang menyiapkan aplikasi telefon pintar bagi mengesan pergerakan individu.

(8)

oleh GovTech.

Pembekal “test kit” wabak COVID-19 dan syarikat pembangun vaksin

dapat keuntungan besar

1. Syarikat-syarikat besar multinasional farmasi dunia seperti Roche yang mempunyai nilai semasa sebanyak 50 bilion dolar adalah antara syarikat yang mendapat keuntungan ketika wabak ini berlaku. Roche merupakan syarikat farmasi milik keluarga La-Roche ditubuhkan pada tahun 1896 berpengkalan di Switzerland. Roche pada ketika ini telah menandatangani perjanjian membekalkan 400,000 “test kit” seminggu kepada kerajaan Amerika Syarikat. Keputusan itu dibuat atas kuasa khas Presiden sempena situasi kecemasan tanpa melalui mekanisme pembuatan polisi yang biasa.

2. Sementara itu di Malaysia, terdapat beberapa buah syarikat kesihatan swasta yang menjadi pembekal kepada “test kit” yang digunakan ini antaranya adalah Bookdoc, Doctor On Call, Pantai Permier Pathology Sdn Bhd, Lablink (M) Sdn Bhd, Qualitas Medical Group Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur, Twin Tower Medical Centre KLCC dan lain-lain.

Jangkaan ekonomi global sepanjang wabak

1. Wabak COVID-19 ini membawa dunia menuju krisis ekonomi pada masa akan datang. Kedudukan ekonomi negara-negara di serata dunia seperti Amerika Syarikat, China, negara-negara Eropah dijangkakan mengalami penurunan sebanyak 20-30%.

2. Hutang negara-negara di seluruh meningkat dengan sangat drastik sejak wabak ini bermula. Dari jumlah itu Amerika Syarikat mencatatkan jumlah hutang tertinggi mengatasi negara-negara lain sebanyak 23 trilion dolar.

3. Pakej Rangsangan Ekonomi salah satunya ditubuhkan untuk menyelamatkan syarikat syarikat multinasional yang dilihat menuju kepada kemuflisan. Statistik menunjukkan 40% daripada jumlah hutang ini tidak akan mampu dibayar oleh syarikat-syarikat multinational jika krisis ini berlanjutan.

4. Institusi kewangan antarabangsa dilihat mengambil kesempatan atas krisis yang berlaku untuk mengaut keuntungan. IMF, World Bank dan ECB telah

(9)

7

LANDSKAP EDISI 5/2020

negara-negara membangun dan negara-negara miskin di serata dunia. Jika krisis ini berpanjangan, negara-negara yang mempunyai kedudukan ekonomi stabil sebelum ini juga akan terpaksa meminjam daripada institusi kewangan antarabangsa ini. Dikhuatiri, perjanjian pinjaman ini akan mengubah beberapa perkara asas dalam struktur kenegaraan sesebuah negara dan boleh mengancam kedaulatan mereka.

5. Dalam perkembangan aktiviti ekonomi, sektor yang paling terjejas teruk adalah sektor penerbangan dan pelancongan. Sehingga Mei, jika wabak ini tidak surut majoriti syarikat-syarikat penerbangan dunia akan gulung tikar. Begitu juga dengan sektor pembuatan. Kebergantungan dunia kepada China dalam sektor pembuatan menyebabkan aktiviti sektor pembuatan terganggu. Jika krisis ini berpanjangan, kesan yang sama juga akan turut dirasai oleh sektor perkhidmatan.

6. Di Malaysia, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di negara ini akan hiang kerja akibat wabak Covid-19. Badan pemikir itu berkata jumlah pendapatan isi rumah terkumpul sebanyak RM 95 bilion dijangka hilang, iaitu penurunan 12% dari tahap asas sebelum PKP dimulakan pada 17 Mac. Justeru, kerajaan Malaysia telah melancarkan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM 250 bilion untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku.

7. Sementara itu, syarikat-syarikat farmasi yang besar seperti Roche, Glaxosmith dan lain-lain mencatatkan keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada penjualan kit dan kajian penghasilan vaksin.

8. Keuntungan yang sama juga turut dicatatkan oleh syarikat-syarikat kapitalis teknologi ini. Suasana “lockdown” di seluruh dunia menuntut penggunaan teknologi yang lebih cepat dan meluas. Kerjasama yang dijalankan antara kerajaan dan syarikat kapitalis teknologi ini untuk mengadakan “total surveilance” diperlukan bagi mengatasi wabak COVID-19 ini.

9. Sekiranya krisis ini berlanjutan sehingga hujung tahun ini, ekonomi dunia akan lumpuh dan menuju kepada kegawatan.

(10)

IRIS Institute

Interdisciplinary Research and International Strategy

Bandar Baru Bangi No 6-23-3A, Jalan Medan,

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, wujud keperluan bagi pelaksanaan audit syariah di semua institusi berdasarkan syariah selain institusi yang berkaitan dengan kewangan Islam terutamanya institusi

Calon mahasiswa yang namanya tertera pada Daftar Peserta Jalur PMDK Tahun 2016 namun tidak melakukan pendaftaran ulang pada periode waktu yang ditentukan di atas

The developed interactive learning media was tested against 23 students of discrete method class in the Department of Mathematics, Faculty of Mathematics and

Metode analisis regresi linier berganda digunakan untuk tujuan untuk mendapatkan koefisien regresi yang menyatakan hubungan antara variabel terikat (tingkat

Dari uraian pengertian diatas, dapat disimpulkan bahwa Museum Gamelan Jawa di Yogyakarta adalah suatu wadah yang diusahakan untuk kepentingan umum, bertujuan untuk melindungi

Perancangan sistem informasi praktek kebidanan pada Prodi DIII Kebidanan akan menghasilkan sebuah sistem yang dapat mempermudah kegiatan operasional praktek klinik

Pada  (Parhusip  dan  Ayunani,2009,[1])  telah  ditunjukkan  bahwa  hijauan 

Metode pengajaran tematik berpusat pada anak didik (learner-centered), memberikan pengajaran langsung kepada anak didik dan bersifat fleksibel, sesuai dengan minat dan