RAHSIA
10 RESEPI MASAKAN DAGING
1 http://portaljutawan.com
TAHNIAH!
Anda Mendapat Hak Milik Penuh Ke Atas Ebook ini.
Anda sekarang mempunyai hakmilik
penuh ke atas ebook ini. Anda boleh menjual, memberi atau menghadiahkannya
sebagai bonus dalam mana-mana produk atau kempen perniagaan anda.
PENGUMUMAN PENTING
Maklumat yang dipaparkan dalam ebook ini adalah hasil pengalaman dan pandangan penulis. Oleh kerana berlaku pelbagai perubahan dalam keadaan semasa, idea dan resepi masakan yang dipaparkan dalam ebook ini adalah sebagai rujukan dan panduan
kepada sesiapa yang berminat dalam bidang masakan. Panduan ini tidak menjamin sebarang kepandaian memasak tanpa hasil usaha yang gigih. Penulis tidak nenjamin sebarang kepandaian memasak dan kesedapan masakan jika idea dalam panduan ini
tidak diusahakan atau tidak dipraktikkan dengan sepenuh hati tanpa putus asa.
Penyerahan Lesen & Hak Menjual Semula (Master Resell Rights)
• Anda mendapat hak penuh & lesen ke atas produk ini.
• Anda boleh menjual semula dan memberi hak/lesen kepada pembeli.
• Anda boleh memberi produk ini sebagai bonus tambahan kepada produk lain yang dijual.
• Anda boleh memberi produk ini sebagai hadiah percuma
• Anda mempunyai hak penuh untuk melakukan pengedaran produk ini secara percuma atau berbayar.
• Anda boleh menjual semula produk ini di Ebay atau mana2 ruang lelongan
• Sebagai menghormati lesen & hakmilik yang telah diberikan, anda hendaklah mengekalkan semua isi kandungan ebook seperti asal dan tidak mengubah segala maklumat dalam ebook ini.
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA!
Terimakasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi memiliki mini-ebook ini.
.
Sekian, Terimakasih & Selamat Membaca!
Salam Hormat,
Mazri Zani Abdul Hamid
3
SERUNDING DAGING CHEF_GREDZ
Resipi utk Serunding Daging..Bg Yg Teringin Nak Buat ...
Bahan-bahan ( Ni Resipi Utk 2kg Daging )
2 kg Daging (Btg Pinang @ Topside) Direbus Empuk 400 gram Cili Kering
2 labu Bawang Merah Besar 5 ulas Bawang Putih
4 cm Lengkuas 2.5 cm Halia 4 - 5 btg Serai
150 gram Ketumbar (pandai2 agak) 150 gram Jintan Manis (pandai2 agak) 250 gram Gula Merah @ Gula Perang
@ Gula Putih
1 bj Kelapa (perah jd santan pekat) Jus Asam Jawa
50 gram Kerisik (tak letak pun takpe) 2-3 Org Pembantu & Kesabaran Yg Tinggi
(percaya la nak siat daging 2 kilo sorang2 ni bukan kerja yg "menyeronokkan" ...) Cara-cara
Bahan2 nih blend sekali dgn Bwg Besar,Bwg Putih,Ketumbar Dan Jintan (yg dah digoreng tanpa minyak)
Kemudian tumis bhn2 yg dah blend td (agak2 minyak ya...jgn terlebih plak) Masukkan Gula Merah dan kerisik tu td
Masukkan Jus Asam Jawa (agak2 rasanya) Masukkan Santan pekat
Goreng Tumisan tuh sampai pecah minyak (tapi jgn masukkan dulu daging) Tunggu sampai garing tumisan kita ...
Ambil daging yg kita dah carik2 (
daging ni dah "diangin2kan" ...utk kering kan lebih2an air rebusan tu...
tutup api tumisan kita tuh ...dan masukkan daging yg kita dah anginkan ...
Kacau sampai rata ...baru bukak api balik ...tp gunakan api yg kecil ..kat sini kesabaran memainkan peranan yg penting...kalau melekat2 "JGN TAMBAH MINYAK!!!"...masukkan sedikit air je...
Dan kacau lah sampai betul kering dan garing ...kacau jgn berketul2 pastikan kita gunakan api yg betul2 kecil ...jgn gatal2 tangan nak besarkan api....
And resipi ni boleh tahan sehingga 8 bulan jika ditutup dan diletakkan di tempat yg kering ... Tahan setahun jika diletak dalam peti ais...Dan pantang kalau dihinggap lalat... Sepanjang pembuatan serunding ni kena ingat ..jgn sampai dihinggap lalat ..
Ok Maka bila dah siap korang boleh la hidang kan ...dan resipi ni nampak hitam bukan sebab hangus ..tp sebab gula merah yg sy guna menyebabkan warnanya jd gelap ...
02
KEEMA MRS.DAYAT
Masakan india..sdp di makan ngan roti pita, roti jala, chapati & nasik!
Bahan-bahan ( 2 org ) 200g daging hancur 1 biji bwg besar (di dadu) 1 biji kentang (dadu) 1 tbsp cili boh
*1 tsp campuran ketumbar dan jintan (kisar)
*1 tsp garam masala
*1 tsp serbuk kunyit
*1" halia dan 2 ulas bwg putih(tumbuk)
*2 tsp serbuk kari daging 1 biji tomato (dadu) stgh cwn air
1 tbsp serbuk badam
2 pokok daun ketumbar (hiris) 1 cwn kacang peas
garam dan bahan perisa secukup rasa
Cara-cara
tumiskan bawang besar sampai kekuningan masukkan cili boh..tumis sampai agak garing
masukkan daging hancur..masak sampai warna daging bertukar (sampai masak lah tu..)
masukkan bahan bertanda *, tomato dan air. didih selama 5-10minit kemudian, masukkan serbuk badam,daun ketumbar dan kacang peas.
tambahkan garam dan bahan perisa secukup rasa...
masak dgn api kecil lebih kurang 5 minit.
masakan ni mmg tak berkuah..tp kalo suke, bule je tambah air..=)
5 http://portaljutawan.com
03
DAGING GORENG CENDAWAN ROSSITAMZ
Senang dan cepat untuk disediakan dan rasanya....emmm..nyam nyam!
Bahan-bahan ( Satu family (4-5 orang) 500gm daging
3 ulas bawang putih - dihiris 2 ulas bawang merah - dihiris 2 kuntum bunga lawang 5 tangkai bunga cengkih 2 inci kulit kayu manis 3 camca besar sos tomato 3 camca besar sos cili 2 camca besar sos tiram
5 biji cili padi - dibelah dua tapi tak putus 1 labu bawang besar - dipotong bulat 2 pokok daun bawang + daun sup
2 camca besar kicap - manis ataupun pekat
10 biji cendawan butang (dibelah 2) - saya guna yang dalam tin punya Garam secukup rasa
Cara-cara
Hiris daging nipis-nipis ataupun ikut citarasa sendiri.
Tumiskan bawang putih, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Setelah kekuningan, masukkan daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan juga sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram.
Masak di atas api sederhana hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.
Setelah daging lembut, masukkan bawang besar, cili padi dan cendawan butang tadi dan masak hingga kuahnya menjadi pekat.
Tambah air lagi jika perlu.
Hmm...siap untuk dihidangkan.
04
MEATBALL & PASTA SOUP YUMMIEZ
diambil dari majalah "recipes+".. jgn dicari kat mane pasta dlm gambo ni sebab pastanye takde and tak letak.. hehehe...
Bahan-bahan
18-20 biji meatball (ikut size meatball yg anda buat) Meatball:
500g daging mince
2 Weet-bix diramas (ganti dgn cornflakes yg diramas) 1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 biji bawang besar - didadu kecil2 1/2 biji carrot - didadu kecil2
1 sudu besar Worcestershire sos (sy ganti dgn HP sos) 1 sudu besar tomato/cili sos
Soup:
1 liter stok ayam (1 liter air+1 1/2 kiub ayam) 1-2 sudu besar kicap soya pekat
2 ulas bawang putih - dihiris
250 g macaroni (atau apa2 pasta yg sesuai) 1 biji carrot - dihiris bulat2
1 biji zucchini - dihiris bulat2 (ganti dgn timun) 1/2 biji capsicum - didadu
garam secukup rasa
daun sup atau parsley utk hiasan Cara-cara
Sediakan meatball. Gaulkan semua bahan2 utk meatball dlm sebiji mangkuk.
Tambah garam dan serbuk lada utk perasa.
Bentukkan bulat2 ikut saiz yg anda suka. Simpan dlm peti ais selama 20-30 min supaya bentuk akan kekal.
Sediakan soup. Campukan stok ayam, kicap soya pekat, dan bawang putih di dalam sebiji periuk. Hidupkan api. Tutup periuk, masak sebentar.
Tambahkan meatball dan pasta ke dalam periuk. Masak sehingga meatball dan pasta hampir masak.
Tambahkan semua sayur2. Teruskan memasak hingga 3-4 minit. Siap, hidangkan. Taburkan daun sup atau parsley. Sedap dimakan panas2.
Disebabkan takde pasta dlm stok, sy hidangkan meatball soup dgn bubur nasi.
Dan kalau meatball terlebih, boleh simpan separuh dlm freezer dan masak lain kali.
Meatball juga boleh digoreng. Caranya sediakan meatball spt di atas. Kemudian, salut dgn telur dan gaulkan dgn breadcrumbs dan goreng.
7 http://portaljutawan.com
05
DAGING SAMBAL HALIA SUE_GINOLA
Sesuai dimakan bersama nasik, roti atau cucur tepung..
Bahan-bahan ( 4-5 orang ) Bahan Diperap:
1/2 kg Daging (dipotong mengikut saiz kesukaan) 1 sudu kecil serbuk kunyit dan Halia
(saiz 10sen-dihiris) Bahan kisar (tumis):
15-20 tangkai cili kering 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah
Halia (2 inci)-lagi byk lagi sedap Bahan Dihiris: 1 ulas bawang besar Tips:
-Tambah sedikit madu pada perapan daging (untuk melembutkan) -Goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan),
masukkan semasa sambal hampir masak..
1 Cawan Air Asam Cara-cara
Perap bahan2 utk diperap tadi...perap dan simpan didalam peti sejuk (20- 30minit)
Kisar bahan2 untuk dikisar...
Panaskan kuali..masukkan minyak, masukkan bahan yg telah dikisar...
Masukkan bahan yang telah diperap tadi kedalam kuali...
Tunggu hingga daging masak..dan cili menjadi garing..
Jika daging susah hendak empuk, masukkan air kedalam tumisan..biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk...
Bila tumisan menjadi garing dan berminyak dan daging telah empuk..masukkan garam dan gula (pastikan gula lebih sdikit)
Masukkan air asam jawa kedalam tumisan..biarkan mengelegak dan pekat..(kepekatan ikut selera), tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak
Bile dh makin pekat, masukkan bawang besar tadi..kacau sehingga rata..Kalau anda rajin boleh msukkan kentang goreng yg telah siap digoreng..
Siap...jika rajin hiaskan
06
KUAH DAGING BARYANI MRS.DAYAT
Kuah daging baryani..untuk dimakan bersama nasi baryani.
Bahan-bahan ( 4 org )
setengah kg daging lembu (potong kiub) setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat 1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau 2tbsp tomato puree 1tbsp sos tomato 1/4 cwn susu cair sedikit ghee
sedikit rempah tumis 3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina 1 tbsp yogurt
Cara-cara
gaul daging dgn yogurt.sementara tu, panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris, biar bwg agak garing sedikit masukkan baki bwg2 yg diblend.kacau sampai naik bau
masukkan daging....gaulkan.
masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut.
(pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air) ambil seketul daging, picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.
bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
buleh la di hidang bersama nasi baryani...
update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)
9 http://portaljutawan.com
07
GRILLED TENDERLOIN STEAK
Saya gune tenderloin ajer..sesuai utk marinate steak..yummy
Bahan-bahan ( stgh kg tenderloin ) 1/4 cup olive oil
1/4 cup worcestershire sauce 3 tbsp soy sauce
3-4 biji bawang putih 2" halia
1 tsp garam
2 tbsp blackpepper (tumbuk)..kalo nak lebih pds..tmbah lg 1 tbsp allspices/italian spices
3 tbsp bbq sauce (sy gune heinz chicken&rib bbq sauce) stgh kg tenderloin
Cara-cara
masukkan semua bahan2 dlm blender..blend kan.
potong bahagian tenderloin kira2 setebal 1"..
kemudian hiris sket2 bahagian atas daging(tp tak putus).just nak bg mudah masak..
or bule juge gunakan garfu/pengetuk die
perapkan daging dgn bahan yg dah di blend sekurang2nye 3 jam.
lebih sdap kalau di perap satu mlm.
esoknya bule grill..outdoor grill ataupun pakai oven aje..
sedap di makan mcm tu aje..atau makan dgn blackpepper sauce..
08
OSSO BUCO YUMMIEZ
masakan ala2 omputeh campo italy gitu
Bahan-bahan ( 4 org makan ) 2 - 3 tablespoon olive oil
(2-3 sudu besar minyak zaitun, boleh ganti dgn minyak biase kalau takde)
1 kg hujung kaki anak lembu
tepung gandum secukupnya untuk salut daging tadi 1 biji karot, dipotong dadu
1 biji bawah merah, dipoting dadu.. kalau suka boleh letak lebih dr 1 biji 2 sudu besar tomato pes
3 cawan air rebusan ayam 1 sudu kecil daun oregano kering 1 atau 2 helai daun bay kering
2 parutan kulit buah oren.. tak perlu byk..sket saja dh cukup 2 sudu besar daun parsley yg dipotong, tambah extra untuk hiasan garam secukup rasa
black pepper (serbuk lada hitam secukup rasa) Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius.
Di dalam sebiji mangkuk, gaulkan tepung gandum dgn garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Salutkan hujung kaki anak lembu tadi dgn tepung yg telah digaul.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hujung kaki anak lembu itu hingga warna kekuningan..
tak perlu masak sgt sbb nnt nak masak dlm oven lagi.. bila dah siap goreng, pindahkan ke dalam bekas untuk dimasukkan ke dlm oven.
Kemudian, tumis kan bawang merah tadi sebentar dan masukkan karot.. masak sehingga bawang menjadi lembut.
Masukkan tomato pes dan teruskan memasak selama 1 minit.
Tambahkan air rebusan ayam, daun oregano, daun bay, parutan kulit oren, garam dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.. Teruskan memasak sehingga mendidih.. Kemudian, tutup api dan tuang kuah itu ke dalam bekas yg mengandungi kaki lembu tadi.
Tutup bekas dgn aluminium foil dan bakar selama 75 minit sehingga kaki lembu menjdi agak empuk.. Kemudian, tambahkan daun parsley dan bakar tanpa aluminium foil selama 15-20 minit lagi sehingga kaki lembu lebih empuk dan kuah agak pekat.. Akhir sekali, hiaslah hidangan anda dgn lebihan daun parsley tadi.
Bon appetit~
11 http://portaljutawan.com
09
KUIH CARA BERLAUK DAGING
style bakar punya try la
Bahan-bahan ( 10 keping ) utk kuih cara
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan santan
Garam / gula
Utk inti
6 keping daging di cincang halus
( pakai daging cincang siap dah pun boleh) 1/2 biji capsicum
3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe) 1 biji bawang besar di potong dadu
2 sudu serbuk kari daging
Sedikit Daun bawang di potong halus Sedikit daun sup di potong halus Garam n ajinamoto
Cara-cara
Utk doh ; kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
Utk inti ; panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur sedikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika.
Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam.
Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya.
Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sbb takde acuan kuih cara
& dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.
10
DAGING HITAM NASI KANDAQ FATINI
penang mari Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kg daging 30 biji cili kering
1 sudu serbuk jintan putih 1 in halia
10 ulas bawang putih 10 ulas bawang merah 10 biji bawang besar 2 batang serai 2 tangkai daun kari 2 helai daun pandan
1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz) 1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak 3 biji tomato dihiris asam jawa, garam
sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina kalau suka
Cara-cara
daging potong 18
bawang kecil, bawang putih halia di kisar bawang besar dikisar berasingan
cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina ha....ini la daging hitam nasik kandaq :)
13 http://portaljutawan.com