• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penjagaan Diri Sendiri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Penjagaan Diri Sendiri"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Penjagaan Diri Sendiri

Hidup dengan Demensia:

Kit Sumber untuk Pengasuh

(2)

Kit ini terdiri daripada 4 buku kecil dan senarai perkhidmatan. Buku kecil berjudul Penjagaan Diri Sendiri memberikan maklumat penting, petua

praktikal, aktiviti dan sumber mengenai demensia bagi menyokong anda untuk menjaga orang yang disayangi yang mengalami demensia.

Kit ini direka untuk pengasuh seperti anda agar anda dapat menerima dan memahami peranan sebagai seorang pengasuh, dan kepentingan dan petua menjaga diri sendiri. Anda juga akan mendapat tips mengenai menangani emosi anda, tekanan sebagai pengasuh, mengelakkan ‘burnout’

dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan dalam rumah dan di kalangan masyarakat. Ingatlah bahawa anda bukan sendirian dalam penyediaan penjagaan ini.

Sekiranya anda mengenali seseorang yang mungkin memerlukan bantuan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sokongan dan perkhidmatan untuk demensia, hubungi kami di [email protected] atau di talian penting Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), 1800 650 6060.

2

6

12

20

Kami menghargai maklum balas anda mengenai buku kecil 26 ini. Kami berharap anda dapat meluangkan masa untuk melengkapkan soal selidik yang pendek melalui kod QR ini.

Terima kasih.

Bagaimanakah kit ini boleh

membantu anda? Muka surat Kandungan

Semua hak terpelihara © Agency for Integrated Care Pte Ltd. Maklumat adalah tepat pada tarikh November 2021.

Tidak ada bahagian daripada penerbitan ini yang boleh disalin, diubah, diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh didapatkan semula atau dihantar dalam bentuk material dengan apa cara sekali pun (sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya dan sama ada tidak sengaja atau tidak berkenaan

1. Peranan seorang Pengasuh dan Bagaimana untuk Menerimanya

• Adakah anda seorang pengasuh • Peranan seorang pengasuh

• Menerima peranan anda sebagai pengasuh 2. Pentingnya Penjagaan Diri

• Mengawal kehidupan anda • Menjaga diri sendiri • Menangani emosi

3. Menangani Tekanan Mengasuh • Petua meringankan tekanan • Mengambil masa untuk berehat • Sumber dan rujukan

4. Menangani Kesedihan dan Kehilangan • Menangani kehilangan

• Mengharungi kesedihan • Kesedihan yang dijangka • Dapatkan bantuan profesional 5. Mencari Bantuan

• Kumpulan sokongan pengasuh • Kumpulan sokongan hospital

(3)

“Terdapat hanya empat golongan manusia di dunia: Mereka yang pernah menjadi pengasuh, mereka yang buat masa ini pengasuh. Mereka yang akan menjadi pengasuh, dan mereka yang memerlukan pengasuh.’’ – Rosalynn Carter

1. Peranan seorang

Pengasuh dan Bagaimana untuk Menerimanya

Adakah anda seorang pengasuh

Peranan seorang pengasuh

Keperluan boleh dikategorikan secara ringkas seperti di bawah.

Seorang pengasuh adalah orang yang memikul tanggungjawab menjaga seorang yang tidak berupaya mengurus diri mereka sendiri sepenuhnya kerana sakit, lemah, cacat atau mengalami masalah kesihatan mental. Individu ini boleh jadi anggota keluarga, pasangan, saudara, rakan, atau jiran.

Peranan anda sebagai pengasuh bermula sewaktu orang yang anda sayangi menerima diagnosis tentang keadaan kesihatan beliau atau berlaku kejadian seperti terjatuh atau serangan jantung.

Sebagai seorang yang menjaga orang yang anda sayangi, anda membantunya dengan aktiviti dari hari ke-hari, keperluan perubatan, keperluan emosi, dan membuat keputusan penting bagi pihak mereka. Tahap penglibatan berbeza bergantung kepada keperluan orang yang anda sayangi.

Mula bincang awal mengenai keperluan penjagaan dan peraturan dengan orang yang anda sayangi jika mereka hilang keupayaan mental. Ini termasuk melengkapkan Perancangan Penjagaan Awal dan Surat Berkuasa Berkekalan.

Mengurus perbelanjaan harian, insurans, aset, dan kewangan.

Sedia mendengar luahan orang yang anda sayangi, dan berikan kasih sayang dan sokongan. Anda dan orang yang anda sayangi boleh sertai kumpulan sokongan dalam masyarakat. Untuk maklumat lanjut, rujuk ke muka surat 26.

Perancangan awal

Keperluan undang-undang dan kewangan Keperluan psiko-sosial dan emosi

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Mengurus Kewangan di www.aic.sg/caregiving/manage-finances-grants atau imbas kod QR ini.

Bagi petua perancangan kewangan lain, ketahui lebih lanjut di www.spd.org.sg/financial-planning-tips-for-caregivers/

atau imbas kod QR ini.

Pelajari lebih lanjut di www.mylegacy.gov.sg atau imbas kod QR ini.

(4)

Menerima peranan anda sebagai pengasuh

Anda mungkin menjadi pengasuh dalam sekelip mata atau tanpa disedari.

Mungkin orang yang anda sayangi tiba-tiba jatuh sakit atau ditimpa kemalangan.

Atau mungkin anda membantu anggota keluarga atau rakan yang memerlukan bantuan tetapi ianya berlanjutan dan menjadi lebih genting. Walau apapun penyediaan penjagaan mungkin tidak mudah pada awalnya.

Oleh itu ianya penting bagi anda untuk menerima peranan pengasuh supaya anda boleh membuat kesiapan, dan mengatur semula kehidupan anda. Banyak faktor seperti keluarga, pekerjaan dan keperluan kehidupan sendiri juga akan menjejas kehidupan anda. Fahamilah bahawa menjadi pengasuh melibatkan risiko tekanan, masa penjagaan yang panjang, kesepian dan keletihan, kurang tidur atau berehat, tekanan akibat panik, naik/turun berat badan dan keadaan kesihatan lain. Memahami semua kemungkinan ini adalah penting untuk mengelaknya.

Membantu orang yang anda sayangi memakai baju, gunakan tandas, membeli barang keperluan dan melakukan kerja ringan di rumah.

Galakkan orang yang anda sayangi untuk meneruskan amalan kepercayaan agama mereka.

Keperluan fizikal

Keperluan rohani

Keperluan perubatan dan kesihatan

Memastikan orang yang anda sayangi bersenam, diberi makanan seimbang dan mengambill ubat tepat pada masanya. Pelajari lebih lanjut bagi menyediakan makanan berkhasiat untuk orang yang anda sayangi di rumah.

Dapatkan maklumat mengenai Care. Cook. Inspire. Cookbook www.aic.buzz/cookbook-care-cook-inspire dan resipi lain dengan mengimbas kod QR ini.

Pelajari lebih lanjut daripada Panduan Pengasuh di www.aic.buzz/guide-burnout atau imbas kod QR ini.

(5)

“Anda hanya boleh mengawal perubahan yang anda pilih untuk lakukan.” – Nancy L. Krisema

2. Pentingnya Penjagaan Diri

Menjaga orang yang anda sayangi penting, tetapi menjaga diri sendiri juga sama penting. “Self-care” bererti anda bertanggungjawab menjaga diri sendiri. Ini melibatkan segala yang membuat anda sihat dan ceria, sama ada secara fizikal, mental atau kerohanian.

Mengutamakan penjagaan diri sendiri mungkin wajar, tetapi ia sering diabaikan apabila anda menghadapi keadaan yang rumit. Dengan meluangkan masa untuk diri anda sebagai seorang pengasuh, anda boleh lepaskan tekanan hari ke hari dan memulakan semula supaya anda boleh mengoptimumkan produktiviti.

Mengawal kehidupan anda

“Jika anda tidak boleh mengubah nasib anda, ubahlah sikap anda.” – Amy Tan

Tanya diri sendiri:

Bolehkah saya lakukan ini?

Imbas balik bagaimana anda menangani tekanan. Anda hanya mendapat faedah jika anda lakukan aktiviti yang anda rancang, seperti berkebun.

Adakah harga jadi faktor?

Jika ya, berjalan atau berlari-lari anak di taman terdekat.

Tidak perlulah mendaftar untuk kelas Zumba kerana ia hanya membuat anda lebih tertekan jika anda tidak dapat hadir.

Adakah saya melakukan banyak perkara tanpa henti?

Usah berlebihan mengatur jadual anda dengan aktiviti kerana anda boleh keletihan semasa menjaga diri sendiri di samping melakukan tugas sebagai seorang pengasuh.

Ada masa untuk ini semua?

Amalan terbaik bagi menjaga diri sendiri ialah melakukan rutin yang tetap. Rancang sesuatu yang mudah yang anda boleh penuhi di samping tugas pengasuh seperti menikmati minuman kegemaran anda.

Apakah yang anda pernah buat yang memuaskan hati?

Kenal pasti perkara yang membuat anda bahagia dan positif mengenai kehidupan, dan cari ketenangan dalam diri anda sendiri.

1 2 3 4

5

(6)

Gaya hidup yang kurang aktiviti fizikal melibatkan risiko

mengalami penyakit yang berbahaya. Senaman yang sederhana seperti berjalan merupakan cara bersenam yang mudah.

Bersenam dengan tetap bukan sahaja mengingkatkan mood dan penampilan anda, tetapi juga memberi anda peluang bertemu orang baru. Seberapa banyak yang boleh, atur rutin bersenam setiap hari.

Disyorkan bersenam selama 30 hingga 40 minit, tetapi bersenam selama 5 – 10 minit juga memberikan manfaat.

Pemakanan penting. Jadikan membaca label makanan satu kebiasaan dan elakkan makanan mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pelajari, fahami dan pantau saiz bahagian.

Pelajari bagaimana untuk mengenal pasti aktiviti dan amalan yang boleh membantu anda bersikap positif dalam penjagaan diri untuk jangka panjang.

Ramai pengasuh tidak cukup tidur kerana orang yang dijaga perlukan bantuan pada malam hari. Penyelesaian terbaik untuk ini ialah merangka jadual supaya anda dan anggota keluarga yang lain boleh bergilir-gilir untuk berjaga.

Tidur Bersenam

Pemakanan

Menjaga diri sendiri

Menangani emosi

Anda boleh mengetahui lebih lanjut resipi pemakanan dengan meninjau www.aic.sg/

resources/video-gallery#Recipes atau imbas kod QR ini.

Ramai orang anggap berehat setakat lapangkan fikiran, tetapi sebenarnya ia melibatkan memahami sesuatu bagi mengatasi fikiran negatif dan memupuk pemikiran yang positif. Anda boleh pergi urutan, rawatan muka (facial) atau berenang kerana aktiviti-aktiviti ini adalah cara anda boleh berehat dan bermeditasi.

Teknik berehat

Mengamalkan kewaspadaan juga membantu anda tumpukan perhatian kepada masa kini. Pelajari lebih lanjut menerusi kursus-kursus dalam talian dan sumber di Brahm Centre www.brahmcentre.com atau imbas kod QR ini.

Anda mungkin berasa keseorangan dan fikir hanya anda yang menangani perasaan ini. Oleh kerana orang yang mengalami demensia menjadi lebih bergantung kepada pengasuh mereka, keluarga orang yang dijaga kadang- kadang bimbang mereka akan terpencil daripada masyarakat.

Berehat (apabila tugas diambil alih sementara) dan mendapatkan sokongan adalah teknik mengatasi masalah tersebut. Setiap pengasuh perlu membina rangkaian sokongan emosi.

Anda mungkin berasa tidak dipedulikan di sebelah orang yang mengalami demensia. Ramai pengasuh mengatakan bahawa tiada sesiapa pun bertanya tentang keadaan mereka kerana semua orang menumpukan perhatian kepada orang yang mengalami demensia. Perasaan sebegini tidak boleh dibiarkan, seperti yang dinasihatkan oleh pakar kesihatan mental.

Kumpulan sokongan, penasihat agama dan rohani, atau kaunselor kesihatan mental sentiasa sedia memberi nasihat kepada pengasuh mengenai banyak cara positif untuk mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Dapatkan bantuan profesional sekiranya anda:

• Minum alkohol lebih daripada biasa.

• Selalunya mengambil ubat tanpa nasihat doktor.

• Menderita ruam kulit, sakit belakang, selesema, atau selesema yang tidak hilang.

• Dapati diri anda tidak dapat memberi tumpuan atau berfikir dengan jelas.

• Rasa letih dan tidak mahu melakukan apa-apa.

• Rasa tidak berharga, bersalah, atau sedih sepanjang masa.

• Berasa takut dan bimbang.

• Rasa tertekan selama dua minggu atau lebih lama.

• Merancang mencederakan diri sendiri atau orang yang anda jaga.

Bila harus dapatkan bantuan - “Mengapa tidak ada yang bertanya bagaimana keadaan saya?”

(7)

Adakah anda menghadapi masalah ini sebagai pengasuh? Walaupun semuanya berjalan lancar, anda mungkin berfikir bahawa anda tidak melakukan secukupnya. Rasa serba salah timbul apabila harapan anda tidak dipenuhi. Ini mungkin termasuk pemikiran bahawa anda tidak mahu menjadi pengasuh atau terasa kurang masa lapang untuk diri sendiri.

Dalam keadaan seperti itu, adalah baik untuk mengingatkan diri sendiri:

• Berapa banyak sokongan yang anda berikan kepada orang yang anda sayangi.

• Niat anda berasal dari cinta, mengambil berat, dan kasih sayang untuk orang yang anda sayangi.

• Melakukan ini bukan sahaja merangsang anda untuk meningkatkan kemahiran menjaga diri tetapi juga memberi anda kepuasan sebagai individu, untuk masa sekarang dan masa depan.

Adalah normal berasa kecewa, terjerat dan marah dengan keadaan yang anda lalui. Walau bagaimanapun, menunjukkan emosi ini kepada orang yang anda sayangi atau orang lain bukanlah cara yang baik untuk memperbaiki keadaan; sama seperti tidak baik memendam perasaan.

Sokongan dan pemahaman sangat penting. Sertailah kumpulan sokongan untuk pengasuh bagi mendapatkan nasihat dan ketenangan dari pengasuh lain yang mungkin mengalami pengalaman serupa, berbual dengan ahli terapi, atau memiliki buku harian untuk meluahkan perasaan anda.

Pengasuhan boleh menimbulkan tekanan emosi dan mencetuskan emosi negatif. Kadang-kadang tanpa

disedari, emosi negatif ini boleh menyebabkan kemurungan yang membahayakan kesejahteraan anda dan orang yang anda sayangi.

Kemurungan juga boleh meningkatkan risiko terkena penyakit seperti sakit jantung, jadi luangkan masa untuk anda, berehat, dan berbincang dengan pengasuh profesional, keluarga, atau rakan.

Menguruskan emosi negatif Rasa bersalah

Kemarahan

Kemurungan Rasa

bersalah Masalah

kewangan Rasa tidak

dapat mengatasi

masalah

Takut akan masa depan

(8)

• Luangkan masa untuk diri sendiri.

• Berseronok dengan berehat sambil minum kopi atau berurut.

• Teruskan hubungan dengan rakan dan menyertai aktiviti yang seronok.

3. Menangani Tekanan Mengasuh

Petua meringankan tekanan

Ubah pemikiran anda

Menangani emosi

Menangani tekanan melalui “mindfulness”

Sekiranya anda berasa tertekan, rujuk petua mudah berikut untuk berehat sementara.

• Ingatkan diri anda bahawa anda melakukan sesuatu yang penting bagi orang yang anda jaga.

• Ketahui had anda, jaga harga diri anda.

• Jangan beralah apabila orang yang anda jaga terlalu mendesak.

• Usah terlalu membebankan diri.

Urus tugas anda

• Tetapkan matlamat yang realistik. Ingat bahawa anda mungkin tidak dapat melakukan semua perkara seperti dulu.

• Buat senarai bagi tugas penting.

• Fikirkan cara untuk memudahkan kerja anda, dan tangguhkan beberapa perkara hingga masa yang lebih baik.

• Semasa menangani tugas yang sukar, permudahkan dengan melakukannya secara bertenang atau mendengar muzik.

Jaga kesihatan anda

• Berehat sekejap di antara aktiviti atau tugas.

• Cuba tidur dengan selesa dan bukan lebih banyak tidur.

• Luangkan masa untuk meditasi, berfikir secara mendalam atau menaruh harapan.

• Makan makanan yang seimbang, dan luangkan masa untuk bersenam secara kerap.

• Jangan rasa bersalah tentang emosi anda. Ianya normal di kalangan orang biasa.

• Luahkan kemarahan dan kekecewaan anda dengan berkongsi bersama rakan atau rakamkan dalam tulisan.

• Menangislah jika perlu.

• Duduk tegak di atas kerusi atau bantal pejal yang besar.

• Semasa anda tarik nafas, tegangkan seluruh badan anda - lengan, kaki, punggung, buku lima. Gosokkan otot-otot di wajah anda juga.

• Tahan selama dua hingga tiga saat.

• Lepaskan nafas dan berehat (ulangi dua kali).

• Tarik nafas panjang. Biarkan perut anda mengembang.

• Bernafas secara normal dan tumpukan pada pemikiran anda selama lima minit. Jangan menyerah kepada pemikiran anda atau menentangnya.

• Bayangkan setiap pemikiran sebagai gelembung yang terapung dan menghilang - contohnya pemikiran sedih, pemikiran gembira, pemikiran marah.

Jangan memikul semua tanggungjawab

• Bercakap dengan lengkap, terbuka dan jujur kepada orang yang dapat memahami dan membantu anda.

• Sertai kumpulan sokongan atau mulakan untuk berkongsi idea dan sumber.

• Bercakap dengan doktor mengenai tanggungjawab tugas penjagaan anda, yang sama penting dengan membincangkan keperluan orang yang anda sayangi.

Buat perkara yang anda seronok lakukan

Dengar bagaimana Richard, seorang pengasuh, menangani tekanan tugas penjagaannya. Lawati www.aic.buzz/ATE-ep6 atau imbas kod QR ini.

(9)

Mengambil masa untuk berehat

Lakukan sesuatu dengan berhati-hati dari awal untuk mengelakkan

membebankan diri. Minta bantuan dan berehat sekali-sekala sehingga anda dapatkan tenaga untuk persediaan seterusnya.

Masa rehat

Berikut adalah beberapa pilihan bagi anda mengalih tugas sementara:

Waktu rehat memberikan anda peluang untuk lepaskan tanggungjawab anda.

Ini dapat membantu anda menghilangkan tekanan, dan ianya satu keperluan dalam peranan anda sebagai pengasuh. Mungkin sukar untuk memikirkan keperluan anda sendiri ketika menjaga orang yang anda sayangi, tetapi jika anda tidak membuat demikian, hidup anda akan diambil alih oleh tugas dan keletihan.

• Minta ahli keluarga atau rakan anda untuk menemani orang yang anda sayangi selama satu jam atau lebih agar anda dapat berehat sebentar.

• Ahli keluarga atau rakan boleh mengikuti kursus yang disubsidi oleh Geran Latihan Pengasuh untuk pelajari lebih lanjut mengenai cara menjaga orang disayangi yang mengalami demensia.

• Bawa orang yang anda sayangi ke pusat jagaan harian. Ini bolehkan anda berehat pada siang hari atau beberapa hari.

• Dapatkan perkhidmatan penjagaan di rumah seperti perkhidmatan menjaga warga emas (eldersitting) bagi membantu menjaga orang yang anda sayangi selama beberapa jam seminggu atau sebulan.

• Ambil khidmat pembantu rumah asing terlatih yang telah menjalani latihan komprehensif melalui Skim Pembantu Rumah Asing bagi Warga Emas.

Selain daripada itu, anda boleh menggunakan Konsesi Levi Pembantu Rumah Asing untuk Orang Kurang Upaya yang dapat membantu anda mengimbangi kos menggajikan pekerja.

• Bantu orang yang anda sayangi menyertai kumpulan sokongan.

Rangkaian Sokongan Pengasuh (Caregiver Support Network) adalah

sebahagian daripada usaha di bawah inisiatif Singapura Yang Mesra Demensia (Dementia-Friendly Singapore) untuk menyokong dan berhubung dengan pengasuh yang menjaga orang yang mengalami demensia, masalah kesihatan mental atau masalah kesihatan fizikal.

Matlamat CSN adalah untuk memperkasakan penjaga melalui Rangkaian Sokongan Rakan Setugas yang memfokuskan diri pada rawatan diri, perubahan minda dan pengiktirafan. Lihat muka surat 28 untuk butiran lanjut.

Mendapatkan sokongan

(10)

Zon berehat

Ruang berehat khusus bagi anda berehat sementara orang tua atau warga emas dijaga oleh orang lain. Anda boleh menggunakan ruang di mana-mana sahaja, asalkan anda berasa selesa seperti bilik tidur, bilik untuk tetamu atau sebuah pejabat.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diperhatikan semasa berada di zon berehat:

• Cari ruang yang sesuai di rumah anda, seperti bilik untuk tetamu atau bilik kosong.

• Gunakan tirai atau langsir untuk privasi jika anda tidak boleh menutup pintu.

• Ingat apa yang ingin anda buat di sana, seperti membaca, melukis atau menulis.

• Ubah suai ruang mengikut keperluan anda. Sediakan apa sahaja yang diperlukan untuk aktiviti rehat anda.

• Luangkan waktu untuk menggunakannya, seperti semasa orang yang anda sayangi sedang tidur, atau ketika seseorang mengambil alih tugas anda menjaga.

Anda boleh pertimbangkan untuk melayari Internet atau menikmati aktiviti riadah seperti menjahit dan menulis, asalkan ia dapat buat anda lupakan tanggungjawab pengasuhan anda.

Anda perlu berasa aman di zon rehat anda. Ianya penting bagi orang yang anda tinggal bersama memahami bahawa ruang ini adalah milik anda. Mengkhususkan ruang dan masa untuk diri sendiri bukan sifat mementingkan diri sendiri.

Aktiviti & hubungan di luar rumah

Terdapat beberapa perkhidmatan sokongan yang kurangkan tekanan pengasuh. Simpan senarai ahli keluarga, jiran dan rakan yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan bantuan.

Sekiranya rakan anda mahu mengetahui bagaimana mereka dapat meringankan beban anda, minta mereka untuk:

• Telefon dan jadilah pendengar yang baik kerana anda mungkin luahkan perasaan yang mendalam.

• Ucap penghargaan atas usaha anda.

• Berkongsi makanan.

• Bantu anda mencari maklumat berguna mengenai sumber komuniti

• Tunjukkan minat yang tulen.

• Berkunjung, menghantar kad, surat, gambar, atau keratan akhbar yang menghibur.

• Kongsi tugas jika mereka boleh.

“Pengasuh tidak perlu mengubah sepenuhnya rutin dan aktiviti biasa mereka.”

(11)

Cara lain untuk berehat

Berikut adalah beberapa saranan lain bagi membantu anda berehat mental atau fizikal:

• Belajar untuk mengatakan ‘tidak’ kerana menetapkan had dapat memupukkan hubungan lebih baik.

• Ubah pemikiran anda. Cuba jangan fikirkan perkara yang anda tiada atau tidak boleh ubah.

• Ketahui dan hargai apa yang anda ada dan boleh lakukan.

• Cari cara mudah untuk bersantai - bermain permainan papan, menyusun foto keluarga, mendengar muzik, membaca mengenai orang yang memberi inspirasi.

• Pelajari cara mengurus masa dan aktiviti masa lapang dengan lebih baik.

Pertimbangkan rutin penjagaan diri, seperti bagaimana anda merancang penjagaan untuk orang yang anda sayangi.

• Pengetahuan memperkasakan. Dapatkan maklumat mengenai keadaan orang yang anda sayangi.

• Kongsi perasaan anda dengan seseorang.

• Simpan buku catatan atau bersolat. Ingat tiga perkara baru yang anda syukuri setiap hari.

• Hafal puisi yang memberi inspirasi.

• Lakukan meditasi atau latihan pernafasan semasa anda mengalami tekanan.

Sumber dan rujukan

Gunakan perkhidmatan penjagaan sementara yang boleh meringankan tugas penjagaan anda. Lawati www.aic.buzz/

RespiteCare atau imbas kod QR ini.

Gunakan sumber yang ada untuk menjaga diri dengan lebih baik dalam pelbagai aspek kesihatan dan kesejahteraan seperti Alat Kesejahteraan Pengasuh, rujuk dari We Care Toolkit

www.ncss.gov.sg/caregiving atau imbas kod QR ini.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan pusat di www.aic.buzz/daycare atau imbas kod QR ini.

Lawati www.aic.buzz/NursingHome atau imbas kod QR ini untuk mendapat maklumat tentang Penjagaan Sementara di Rumah Penjagaan.

(12)

4. Menangani Kesedihan dan Kehilangan

Menangani kehilangan

Mengharungi kesedihan

Menangani kehilangan adalah sebahagian daripada kehidupan dan ia biasa untuk berasa sedih ketika orang yang dikasihi meninggal dunia.

Kesedihan adalah reaksi kita apabila kehilangan seseorang yang penting bagi kita. Walaupun merupakan pengalaman sejagat, tindak balas terhadapnya berbeza dari seorang ke seorang, bergantung pada pelbagai faktor seperti hubungan seseorang dengan orang yang disayangi.

Berikut adalah beberapa reaksi kesedihan yang mungkin anda dan ahli keluarga lain alami:

• Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Jika anda tidak dapat tidur nyenyak di malam hari, tidur siang, bersantai dan membaca buku atau mendengar muzik.

• Teruskan aktiviti biasa anda sebanyak mungkin. Ini akan membantu anda menyesuaikan diri dengan lebih baik dan melupakan kehilangan anda sementara waktu.

• Bertemu dengan orang yang anda sayangi. Berkongsi kenangan tentang orang yang sudah meninggal.

• Elak ambil jalan mudah. Ramai orang beralih kepada alkohol, makan berlebihan atau ketagihan lain semasa kesedihan. Walaupun nampaknya ia membantu buat sementara, ia sebenarnya akan membuat hidup lebih sukar dalam jangka panjang.

• Bersikap terbuka dan terima bantuan. Ini akan membantu anda elak rasa terlalu letih.

• Nikmati ketenangan dalam kumpulan sokongan atau kepercayaan anda.

Menghadiri sesi kumpulan sokongan dapat membantu anda berkomunikasi dengan orang lain yang mengalami keadaan yang sama. Bersolat dan meditasi membantu anda berasa lebih sihat.

• Jadi kreatif. Mengarang puisi atau melukis untuk meluahkan perasaan dan anda akan dapat mengatasi kehilangan anda dengan cara yang lebih baik.

• Nikmati semula atau sertai aktiviti berseorangan atau bersama kumpulan.

• Luangkan masa menyemak kewangan anda. Sebilangan pengasuh berhenti kerja untuk lakukan penjagaan, anda mungkin ragu-ragu untuk sertai semula tenaga kerja, berikut adalah beberapa inisiatif untuk membantu anda dalam peralihan ini.

Contoh

Tingkah laku Ketegangan, kegelisahan, keletihan, terlalu banyak aktiviti, menangis, mengeluh, memencilkan diri, kehilangan minat, tidak bertenaga, mimpikan orang yang sudah meninggal, terus mengingati / mengelakkan barang-barang orang yang sudah meninggal dan lain lagi.

Reaksi fizikal /

tubuh Kehilangan selera makan, gangguan tidur, kehilangan tenaga, keletihan, mengadu perut tidak selesa, dada terasa sesak, tekak tersekat, sesak nafas, hipersensitiviti pada apa yang dilihat/ bau / bunyi, rasa sakit serupa dengan orang yang sudah meninggal, imuniti lebih rendah dan lain lagi.

Pemikiran Sentiasa fikirkan orang yang sudah meninggal, berasa kehadiran orang yang sudah meninggal, tidak percaya, berkhayal, tidak berdaya, putus asa, sukar mengingat dan menumpukan perhatian, jadi pelupa, fikiran bercelaru dan lain-lain lagi.

Perasaan Tertekan, putus asa, dukacita, cemas, takut, rasa bersalah, menyalahkan diri sendiri, mudah marah, kesepian, sedih, rindu, terkejut, sebal, rasa bebas, lega dan lain-lain lagi.

Adapt and Grow membantu warga Singapura mencari pekerjaan dan meneroka peluang kerjaya baru. Lawati www.wsg.gov.sg/adapt-and-grow.html atau imbas kod QR ini.

SkillsFuture adalah gerakan nasional untuk memberi anda peluang untuk mengembangkan potensi anda melalui penguasaan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

Lawati www.skillsfuture.gov.sg atau imbas kod QR ini.

e2i’s Career Trial adalah sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan kerjaya untuk perkukuh kelayakan kerja warga Singapura. Lawati www.e2i.com.sg/businesses/

manpower/career-trial/ atau imbas kod QR ini.

(13)

Kesedihan yang dijangka

Demensia secara beransur-ansur mengubah keperibadian orang yang anda sayangi.

Kesedihan yang dijangka adalah apabila anda bertanya jika “orang asing” ini orang yang sama yang kita kenal dan sayangi. Ia sukar diterima, terutama jika anda ada ikatan istimewa dengan mereka. Tetapi ingat bahawa orang yang anda sayangi masih orang yang sama walaupun mereka kini menghadapi cabaran dalam berkomunikasi dan meluahkan perasaan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat ketika menangani kesedihan yang dijangkakan:

Terima bahawa kesedihan yag dijangkakan adalah perkara biasa

Anda akan berasa kesedihan seperti ini ketika kehilangan sebenar semakin hampir. Ini adalah fenomena biasa yang telah telah berlaku selama hampir satu abad. Anda tidak sendiri.

Akui kehilangan anda

Ia perkara biasa untuk bersedih walaupun orang yang anda sayangi masih hidup dan ada perkara lain yang baik untuk anda.

Pertimbangkan mencari jalan keluar untuk luahkan perasaan yang tidak lagi terkesan, takut dan kemurungan.

Kesedihan yang dijangka adalah perkara biasa di kalangan pengasuh. Malangnya, anda

mungkin berasa keseorangan dan terpencil jika sepanjang masa anda tekun sebagai pengasuh.

Cari kumpulan sokongan pengasuh sama ada di kawasan rumah anda atau melalui talian, supaya anda dapat berhubung dengan orang lain yang memahami cabaran yang anda hadapi.

Ingat bahawa kesedihan yang dijangka tidak bererti anda berputus asa

Selagi anda disampangi orang yang anda sayangi untuk menyokong dan menjaga beliau, anda tidak akan berputus harapan. Penyakit yang membawa maut adalah di luar kawalan kita. Sebaliknya, berikan tumpuan pada apa yang anda lakukan dan mengalihkan tenaga mewujudkan detik- detik tenang dan bererti bersama.

Renungkan masa yang masih ada

Manfaatkan baki masa bersama supaya kedua-dua pihak berasa puas. Ini adalah masa untuk melakukan sesuatu bersama yang tidak akan dapat anda lakukan lagi dengan mereka. Sekiranya orang yang anda sayangi bersikap terbuka, anda mungkin juga ingin membincangkan perkara-perkara yang praktikal, seperti wasiat dan aturan pengebumian bagi memastikan anda dapat memenuhi kehendak mereka.

Berkomunikasi

Kesedihan yang dijangka berbeza bagi setiap orang.

Jangkakan bahawa setiap orang dalam keluarga anda mungkin mengalami dan mengatasi kesedihan yang dijangka dengan cara yang berbeza. Oleh itu, saling menyokong dan memahami. Pertimbangkan untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan dalam baki masa orang yang anda sayangi.

Jaga diri anda

Ia tidak semudah yang dijangka tetapi itu benar. Ingat klise lama: Anda tidak boleh menjaga orang lain jika anda tidak menjaga diri sendiri.

Gunakan rangkaian sokongan anda

Penjagaan dan kesedihan yang dijangka boleh menjadi perjalanan yang panjang dan sukar. Nilaikan dan lakarkan rangkaian sokongan anda untuk mengetahui siapa yang mungkin dapat membantu anda.

1

2

3

4

5

6

7

(14)

Dapatkan bantuan profesional

Semua orang memerlukan bantuan untuk menangani emosi manusia yang rumit dan perlu masa untuk diri mereka sendiri.

Berkongsi kesedihan membawa keselesahan. Usah rasa takut meluahkan perasaan atau menghalang diri dari mendapatkan bantuan. Anda boleh mula di rumah di mana anda mungkin berasa selesa bercakap dengan ahli keluarga atau rakan yang dipercayai. Bagi pengasuh lain, mereka mungkin berasa lebih selesa tidak melibatkan orang yang dikenali dan meminta bantuan profesional, seperti bercakap dengan kaunselor.

Lega adalah perkara biasa

Apabila seseorang meninggal, mengalami rasa lega adalah reaksi biasa.

Walaupun ini juga dapat menimbulkan rasa bersalah, ingatlah bahawa perasaan lega yang timbul daripada kematian yang dijangka tidak bererti anda tidak sayangi orang itu. Ini adalah reaksi semula jadi setelah tempoh tertekan dan yang telah mempengaruhi keseluruhan hidup anda.

Jangan menganggap anda tidak akan bersedih.

Jangan menganggap bahawa oleh kerana anda telah menjangka kehilangan orang yang disayangi, kesedihan yang anda menghadapi setelah kematian beliau akan menjadi cepat atau lambat. Ingat setiap orang berbeza cara bersedih.

Perkhidmatan kaunseling disediakan untuk pengasuh yang menjaga orang yang mengalami demensia. Semua maklumat dirahsiakan. Konsultasi bersemuka juga disediakan melalui janji temu, untuk menyediakan ruang untuk membincangkan isu lebih lanjut dan meneroka pilihan yang ada yang dapat membantu mengatasi situasi yang mencabar yang dihadapi.

Jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor atau kaunselor jika anda terus mengalami lima atau lebih gejala berikut 12 bulan setelah orang tersayang meninggal dunia:

• Anda merasakan kesedihan anda membuat anda tidak sihat atau sakit.

• Anda merasakan bahawa anda telah berduka lebih lama daripada yang anda mahukan.

• Anda terus berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau mengakhiri hidup anda.

• Anda bimbang anda mungkin menyakiti orang lain.

• Anda berhalusinasi mengenai perkara-perkara yang sebenarnya tidak ada.

• Tingkah laku atau rutin anda tiba-tiba berubah.

• Anda telah berasa putus asa dan tidak dapat meneruskan kehidupan selama lebih dari dua minggu secara berterusan.

• Anda tidak boleh berfungsi di rumah, tempat kerja atau sekolah.

• Anda tidak dapat mengatasi rasa bersalah.

• Pertuturan dan pergerakan tubuh anda menjadi perlahan dan letih.

Anda juga boleh menghubungi Pasukan Intervensi Komuniti untuk kaunseling. Cari perkhidmatan menggunakan panduan di www.aic.buzz/CGSupport atau imbas kod QR ini.

Kaunseling

(15)

Dalam kebanyakan kumpulan sokongan, anda dapat berkongsi masalah anda dan mendengar masalah orang lain. Ini bukan saja membuat anda terima bantuan yang anda perlukan tetapi juga memberi anda peluang untuk membantu orang lain.

Anda tidak seorangan dalam persediaan penjagaan anda. Anggota-anggota dalam kumpulan sokongan anda mungkin mempunyai pengetahuan dan nasihat yang relevan, terutamanya jika mereka menjaga seseorang dengan penyakit yang sama dengan orang yang anda sayangi. Kumpulan sokongan penjagaan ada di hospital, di komuniti, dan juga melalui talian.

5. Mencari Bantuan Kumpulan sokongan hospital

Kumpulan sokongan pengasuh

Anda boleh minta bantuan dengan pekerja sosial perubatan di mana-mana hospital. Anda juga boleh meminta rakan pengasuh untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan sokongan untuk anda dan orang yang anda sayangi.

Mencari kumpulan sokongan

Kumpulan sokongan untuk Demensia

• Kumpulan Sokongan Pengasuh oleh Dementia Singapore

• Kumpulan sokongan demensia di Hospital Khoo Teck Puat dan InstitutNeurosains Nasional

• Kumpulan sokongan demensia di Hospital Besar Singapura Kumpulan sokongan untuk Penyakit Parkinson

• Kumpulan sokongan bulanan di Hospital Besar Singapura, Hospital Tan Tock Seng dan Hospital Universiti Nasional

Kumpulan sokongan komuniti

• Demensia Singapura (Tel: 6593 6440)

• Perikatan Pengasuh Terhad (Tel: 6460 4400)

• Persatuan Kebajikan Pengasuhan (Tel: 6466 7957)

• Perkhidmatan Komuniti Filos (Tel: 6242 5978)

• GoodLife!@Bedok oleh Montfort Care (Tel: 6312 3988)

• Sokongan Pengasuh TOUCH (Tel: 6258 6797)

(16)

Komuniti dalam talian

Terdapat banyak kumpulan komuniti swasta aktif di laman media sosial seperti Facebook.

Kumpulan ini termasuk:

Rangkaian Sokongan Pengasuh (Caregiver Support Network) Rangkaian Sokongan Pengasuh adalah sebahagian daripada usaha di bawah inisiatif Singapura Yang Mesra Demensia (Dementia-Friendly Singapore) untuk menyokong dan berhubung dengan pengasuh yang menjaga orang yang mengalami demensia, masalah kesihatan mental atau masalah kesihatan fizikal.

Matlamat CSN adalah untuk memperkasakan penjaga melalui Rangkaian Sokongan Rakan Setugas yang memfokuskan diri pada penjagaan diri,

perubahan minda dan pengiktirafan. Mereka ada di Komuniti Mesra Demensia berikut untuk membolehkan pengasuh menjaga diri mereka sendiri dan menjadi tunggak sokongan antara satu dengan lain. Cari CSN berhampiran anda.

1. Kumpulan sokongan dalam talian di mana pengasuh

berinteraksi dengan rakan penjaga seperti DFSG. Lungsuri www.facebook.com/DementiaFriendlySingapore atau imbas kod QR ini.

2. Projek Jaringan Komuniti, seperti Projek Kita Lupa Jaringan Komuniti. Ketahui lebih lanjut mengenai

www.projectweforgot.com atau imbas kod QR ini.

Pengasuh yang ingin bergabung melalui kumpulan sokongan boleh mendapati maklumat yang berkaitan di www.aic.sg/

caregiving/caregiver-tips atau imbas kod QR ini.

AMKFSC Community Services (Teck Ghee) Tel: 6453 5364

AWWA (Yio Chu Kang) Tel: 6511 6690

AWWA (Woodlands) Tel: 9784 9247

Brahm Centre (Macpherson) Tel: 6741 1 131

Care Corner Seniors Service Ltd (Toa Payoh) Tel: 6258 6601 Fei Yue Community Services (Queenstown) Tel: 6471 2022

GoodLife! @ Bedok Tel: 6312 3988

GoodLife! @ Yishun Tel: 6484 8040

NTUC Health (Taman Jurong) Tel: 8612 8302

REACH Community Services (Hong Kah North) Tel: 6801 0878

(17)

Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) bertujuan untuk mewujudkan masyarakat penjagaan yang bersemangat dan bertenaga supaya orang

ramai dapat hidup dengan baik hingga ke usia senja. AIC menyelaras dan menyokong usaha dalam menyepadukan penjagaan supaya dapat

mencapai hasil penjagaan terbaik untuk pelanggan kami.

Kami mendekati para penjaga dan warga emas dengan maklumat untuk kekal aktif supaya mereka dapat hidup dengan baik, dan menghubungkan mereka kepada perkhidmatan yang mereka perlukan.

Kami menyokong pihak berkepentingan dalam usaha mereka untuk meningkatkan kualiti penjagaan, dan juga bekerja dengan rakan kesihatan dan penjagaan sosial untuk menyediakan perkhidmatan bagi penduduk yang semakin tua. Usaha kami dalam masyarakat ialah untuk membawa perkhidmatan dan maklumat penjagaan lebih dekat kepada

mereka yang memerlukan.

Kunjungi AIC Link Hubungi

1800 650 6060 Klik

www.aic.sg

The Heart of Care

Referensi

Dokumen terkait

Pertanggungan Manfaat Meninggal Dunia akibat Kecelakaan ini tidak berlaku jika Tertanggung mencapai Usia 70 tahun (tujuh puluh) tahun saat Tanggal Polis Mulai Berlaku atau

Berdasarkan nilai Exp(B) dapat diinterpretasikan bahwa perilaku hidup bersih dan sehat (PHBS) mempunyai hubungan positif dengan kejadian diare, yang berarti bahwa

Selain untuk mencari keuntungan juga untuk memanfaatkan potensi yang ada karena biji kopi berkualitas juga banyak terdapat di Negara kita, sehingga produksi dari biji kopi

• Kelompok Kerja (Pokja) Kelas Inspirasi adalah suatu tim terdiri dari beberapa orangtua/wali murid anggota Paguyuban Orangtua (Paguyuban Kelas) yang secara khusus melaksanakan

secara definisi adalah kerja teoritik maksimum yang dapat diperoleh hingga sistem tersebut mencapai kesetimbangan dengan lingkungannya (Atau kerja minimum yang diperlukan bila

Menurut Sugiyono, “penelitian kuantitatif dapat diartikan sebagai metode penelitian yang berlandaskan pada filsafat positivisme, digunakan untuk meneliti pada populasi

Tujuan penelitian untuk mengetahui faktor- faktor yaitu pengetahuan, sikap dan kebiasaan menginang yang mempengaruhi perilaku pemeliharaan kebersihan gigi dan mulut ibu hamil

Upaya yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat nelayan di Kecamatan Bonang adalah menyalurkan Bantuan Langsung Mandiri (BLM) dan bantuan sarana