PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
100% Transaksi Perkhidmatan Web: Persediaan Pasca Pandemik Untuk Payungan Masa Hadapan
Khairul Asyrani Sulaiman1, Firdausiah binti Ahamad2 dan Nurul Kashfi Subri3
1Tuanku Bainun Library, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Emel: [email protected]
2Tuanku Bainun Library, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Emel: [email protected],
3Tuanku Bainun Library, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Emel: [email protected]
ABSTRAK
Pandemik COVID-19 telah memberikan ruang dan peluang kepada perpustakaan konvensional untuk mula mengorak langkah menjadi sebuah perpustakaan hibrid di dalam mengendalikan urusan perkhidmatan harian. Norma baharu dalam kaedah pembelajaran yang berbentuk hibrid ini menjadikan perpustakaan bergerak lebih proaktif dalam menawarkan perkhidmatan berasaskan web dan seterusnya meningkatkan visibiliti fungsi sesebuah perpustakaan dalam penyediaan sumber maklumat terkini. Lima aspek penyediaan perkhidmatan yang diberi tumpuan iaitu perkhidmatan sirkulasi, pertanyaan rujukan, program literasi maklumat, pengaksesan bahan digital dan juga pemasaran maklumat telah diberi penekanan secara digital sepanjang pandemik COVID-19. Dengan penumpuan kepada penggunaan medium internet, perkhidmatan-perkhidmatan ini boleh diolah untuk memberikan keselesaan kepada bukan sahaja pengguna tetapi juga kepada segenap lapisan pengurusan perpustakaan. Penerokaan kepada penggunaan teknologi menjadikan tugasan pustakawan dan kakitangan pelaksana semakin mencabar dan mereka perlu membiasakan diri dengan norma baharu ini. Justeru, aspek teknikal dalam penyediaan perkhidmatan dan metodologi pelaksanaan terbaik harus menjadi keutamaan bagi memastikan perpustakaan kekal relevan.
Kata Kunci: Perkhidmatan berasaskan internet, Pandemik COVID-19, Perpustakaan digital, Rujukan perundingan dan penerbitan dalam talian, Repositori institusi, Pangkalan data elektronik, Pemasaran maklumat
ABSTRACT
COVID-19 pandemic has given space and opportunities for conventional libraries to begin embarking on a journey to become a hybrid library in order to fulfill it daily services. The new norm of hybrid-based education method has made libraries move proactively in delivering web based services that eventually increase their functional visibility in preparing the latest information resources. There are five (5) aspects to focus namely circulation services, reference enquiries, information literacy program, access to digital materials and lastly information marketing. All these aspects has been looked via digital solutions through out the COVID-19 outbreak. With the main focus eyed on the medium of internet, these services can be manipulated to deliver ease-of-access for not only to library users but also to the library staff. Venturing into the use of technology has made roles of a librarians and their assistants more challenging than before as they need to familiarize with this new norm. Therefore, technical aspect of preparing any services and its methodology of implementation needs to be a main priority in order to make sure libraries stay relevant in the eyes of the public.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Keywords: Internet based services, COVID-19 pandemic, Digital library, Online reference consultation and publication, Institutional repository, Electronic database, Information marketing
PENGENALAN
Pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di Malaysia bagi menangani penularan pandemik COVID-19. Arahan ini memberi kesan kepada masyarakat termasuk institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta yang tidak lagi membenarkan semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara bersemuka sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara dalam talian. Perubahan norma PdP ini menjadi titik permulaan kepada perpustakaan untuk menambah baik dan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berasaskan internet. Jika dilihat secara positif, pandemik ini merubah seluruh pengurusan perpustakaan dan menjadikan pustakawan lebih bergerak proaktif dalam memastikan perpustakaan masih relevan di mata masyarakat.
Penulisan artikel ini akan menumpukan secara teknikaliti alatan serta proses dan konfigurasi yang dapat digunapakai oleh perpustakaan khususnya perpustakaan akademik untuk mendepani matlamat ke arah 100% transaksi perkhidmatan berasaskan internet. Tumpuan akan diberikan kepada lima (5) perkhidmatan utama iaitu:
● Sirkulasi merangkumi peminjaman dan pemulangan
● Pertanyaan rujukan merangkumi perundingan, penyelidikan dan penerbitan
● Program literasi maklumat
● Pengaksesan bahan digital
● Pemasaran maklumat
Tumpuan-tumpuan di atas dikhususkan terhadap cabaran utama yang dialami oleh sesebuah perpustakaan oleh kerana faktor bekerja dari rumah (BDR) dan penutupan operasi perpustakaan yang dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik. Adalah sedia maklum bahawa setiap perpustakaan lazimnya sudah membentuk kuasa kerja atau task force tersendiri bagi memastikan pengguna mereka sentiasa mendapat informasi terkini mengenai operasi perkhidmatan yang ditawarkan tatkala pelbagai cabaran yang muncul.
Secara amnya, penting untuk kita memahami apa itu sebenarnya perkhidmatan perpustakaan konvensional. Perkhidmatan perpustakaan konvensional didefinisikan sebagai fasiliti yang disediakan oleh perpustakaan untuk kegunaan seperti bahan bacaan, jurnal, tesis, disertasi dan lain-lain lagi yang mengikuti keperluan pengguna perpustakaan (Gavit, 2019). Maka bagi mendepani isu pandemik ini, perpustakaan perlu beralih daripada perkhidmatan konvensional kepada pengimplementasian berasaskan web seiring dengan perkembangan teknologi semasa untuk memenuhi kehendak pengguna.
PERKHIDMATAN SIRKULASI
Sirkulasi adalah denyutan nadi asas bagi sesebuah perpustakaan yang merangkumi tiga (3) aspek utama iaitu peminjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan. Di dalam keadaan yang memerlukan operasi perpustakaan ditutup, perkhidmatan utama ini boleh diteruskan namun di dalam bentuk pengolahan tertentu.
Bagi proses peminjaman, kaedah Books on Demand boleh digunapakai. Mekanisma yang boleh digunakan sekiranya sistem integrasi perpustakaan tidak menyokong fungsi ini adalah penggunaan borang dalam talian seperti Google Forms. Adalah lebih baik jika penggunaan medan-medan diminimumkan bagi memudahkan proses pengisian. Di bawah adalah contoh-contoh penyedia perkhidmatan borang dalam talian yang boleh digunakan:
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Jadual 1: Merujuk kepada edisi percuma bagi Google Forms, Microsoft Forms, JotForm
dan WuFoo manakala edisi paling asas atau murah untuk Formstack dan Paperform.
Google Forms Microsoft Forms
Formstack JotForm WuFoo Paperform
Harga edisi paling asas USD0 USD0 USD59 sebulan
RM0 USD0 USD12.50
sebulan Jumlah template
ditawarkan
11+ 12+ 200+ 10,000+ 400+ 300+
Jumlah borang Tidak terhad Tidak terhad
20 5 5 Tidak
terhad Jumlah submission
sebulan
Tidak terhad Tidak terhad
1,000 100 100 1,000
Jumlah medan untuk satu borang
Tidak terhad Tidak terhad
Tidak terhad Tidak terhad
10 Tidak
terhad
Storan Tidak terhad Tidak
terhad
1GB 100MB - 10MB/fail
Ciri tambahan bagi edisi berbayar
Integrasi dengan Google Spreadsheet
Integrasi dengan Excel
Menerima pembayaran menerusi borang dan borang Offline
Analytic, menerima pembayaran menerusi borang
Google Analytic
Semua penyedia borang dalam talian di atas, mempunyai beberapa kelebihan namun untuk mendapatkan fungsi yang lebih baik, perpustakaan disaran untuk melanggan secara berbayar.
Formstack misalnya menawarkan fungsi template dengan penghasilan borang yang menarik sehingga membolehkan pengguna membuat pembelian seperti online shopping. Dengan tipikal rakyat Malaysia yang gemarkan segalanya percuma, lazimnya penggunaan Google Forms sedia ada sudah memadai.
Berbalik kepada implementasi borang, penggunaan medan untuk menerima permohonan Books on Demand ini boleh diminimumkan seperti berikut:
Jadual 2: Medan-medan yang dicadangkan untuk pembinaan borang Books on Demand
Medan Jenis
Nama pemohon Teks
Nombor identiti (kad pengenalan atau matrik) Nombor Alamat penghantaran atau ambil sendiri Teks
Tarikh yang diingini Tarikh
Masa yang diingini Waktu dalam masa pilihan
Nombor telefon yang boleh dihubungi Nombor
Alamat emel Emel
Nombor panggilan bahan Teks
Judul bahan Teks
Melalui perkhidmatan Books on Demand, kakitangan perpustakaan boleh menentukan kaedah penyerahan buku kepada pemohon iaitu sama ada penghantaran ke alamat yang ditentukan atau pelaksanaan secara self pickup. Self pickup ini boleh dilakukan sama ada pandu lalu atau kaunter khas yang ditentukan di luar bangunan perpustakaan. Dengan ini urusan boleh berlaku tanpa berlaku kontak rapat sekaligus mengamalkan penjarakan fizikal.
Untuk urusan pemulangan pula, perpustakaan boleh menyediakan kotak pemulangan bahan secara berpusat di lokasi-lokasi strategik. Misalnya bagi sesebuah perpustakaan di dalam universiti awam,
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 kotak-kotak berkunci boleh diletakkan di ruang-ruang legar asrama pelajar. Kutipan pula boleh dilakukan secara berjadual dan sela masa tertentu.
Rajah 1: Kotak pemulangan buku
Pembangunan polisi pemulangan perlu mengambil kira pengiraan denda dan sebagainya, namun perpustakaan boleh mengambil inisiatif untuk tidak mengenakan denda sepanjang PKP berkuatkuasa bagi memberikan lebih ruang kepada pengguna menggunakan bahan rujukan perpustakaan.
Pembaharuan pula boleh dilaksanakan menerusi pusat panggilan yang didirikan atau menerusi kaedah elektronik seperti emel dan platform sembang (chat). Pusat panggilan yang didirikan menerusi task force tertentu perlulah sentiasa peka dengan keperluan pengguna perpustakaan yang berada di tempat masing-masing pada sepanjang proses sirkulasi bagi sesuatu bahan.
Pertanyaan rujukan dan bantuan perundingan, penyelidikan serta penerbitan.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan penyediaan sumber maklumat yang dimiliki oleh pustakawan, arahan PKP ini membuka ruang bagi pustakawan rujukan untuk memberi maklumbalas bilangan pertanyaan rujukan secara dalam talian sama ada melalui emel dan ruang sembang(chat) dengan lebih pantas dan efisien. Justeru, perpustakaan disarankan untuk menambah bilangan kakitangan dan membuat pelaburan terhadap penggunaan teknologi yang lebih baik.
Kepelbagaian bilangan pertanyaan rujukan dalam apa jua aspek, baik untuk tujuan perundingan, penyelidikan, penerbitan ataupun hanya maklumbalas biasa akan bertambah kerana pengguna tidak lagi dapat mengunjungi perpustakaan mereka. Kebanyakkan portal moden perpustakaan kini telahpun mempunyai fungsi platform sembang terbina (built-in) dan tidak kurang pula ada yang menggunakan aplikasi seperti Telegram dan Whatapp. Masing-masing mempunyai kebaikan tersendiri.
Aplikasi sembang misalnya, adalah lebih bersifat one-to-one dan kesinambungan antara satu penyataan sembang dengan satu penyataan yang lain adalah tersusun. Namun begitu, ada sebilangan kakitangan perpustakaan yang mungkin tidak selesa berhubung secara langsung dengan pengguna menggunakan nombor telefon peribadi mereka. Dalam hal ini, pengurusan tertinggi perpustakaan haruslah bijak mencari inisiatif bagi kakitangan yang menjadi barisan hadapan ini dengan memberikan insentif di dalam bentuk pemberian telefon pintar dan elaun khas. Kemudiannya memberikan kad sim yang menjadi hak milik jabatan untuk digunakan oleh kakitangan berkenaan.
Melihat semula kepada platform online chatting, terdapat pelbagai alternatif berbayar atau percuma wujud di internet namun yang terbaik adalah platform yang dapat diintegrasikan dengan laman web rasmi perpustakaan itu sendiri. Ini memberikan sense of security kepada pengguna yang yakin mereka
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 berada di landasan yang betul untuk membuat sebarang pertanyaan. Contoh aplikasi web yang dapat diintegrasikan dengan sebarang portal perpustakaan adalah Tidio dan tawk.to. Kedua-duanya adalah akses percuma namun begitu, Tidio mempunyai tahap berbayar yang mempunyai lebih banyak fungsi berbanding tawk.to.
Jadual 3: Perbandingan fungsi antara platform sembang integrasi web Sumber: tidio.com
Pengintegrasian kedua-dua aplikasi yang disebutkan ini adalah mudah kerana masing-masing mempunyai antaramuka pembangun yang mudah. Pengintegrasian juga lebih mudah diimplementasi sekiranya perpustakaan membangunkan laman web utama mereka dengan teknologi daripada Wordpress. Pemalam (plug-in) tersedia untuk digunakan dan dapat digunakan terus di dalam jangkamasa kurang 10 minit.
Tidio Tawk.to
Rajah 2: Aplikasi sembang sebagai pengganti interaksi face-to-face
Sesetengah platform sembang juga mempunyai fungsi chat-bot di mana pentadbir atau kakitangan perpustakaan terlatih boleh memberikan ‘tunjuk-ajar’ mengenai soalan-soalan lazim dan chat-bot ini akan menjawab secara automatik setiap persoalan yang dibangkitkan oleh pengguna. Untuk ini,
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 seseorang pustakawan amnya perlu melengkapkan diri dengan kesediaan untuk belajar sesuatu yang baharu di luar pengetahuan sedia ada mereka sendiri (Gbaje, Yani, & Odigie, 2017).
Rajah 3: Tatacara pengoperasian chat-bot yang mudah digunakan Sumber: Tidio.com
Tidio misalnya mempunyai lebih daripada 65,000 chat-bot templates yang sedia digunakan bagi menjawab kepelbagaian pertanyaan pengguna. Templates ini boleh merangkumi semua aspek pengoperasian yang berkaitan dengan soalan lazim. Pengguna juga merasakan seperti mereka bercakap dengan pustakawan barisan hadapan yang benar. Malahan, pengimplementasian sembang dalam talian ini boleh dijadikan sebagai one stop centre bagi rujukan, perundingan dan penyelidikan.
PROGRAM LITERASI MAKLUMAT
Program literasi maklumat adalah cabang servis yang selalunya dikaitkan dengan sesebuah perpustakaan akademik. Namun begitu, ianya boleh menjadi servis yang baik di dalam membentuk masyarakat berilmu tidak kira jenis perpustakaan mana sekalipun. Program yang diadakan dengan modul yang tersusun akan melahirkan masyarakat berilmu sekaligus menjadi pemangkin kepada generasi yang berfakta di dalam pencarian maklumat yang sahih. (Haslinda Husaini, 2020). Ianya juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang berani dalam membuat keputusan dan sentiasa dahagakan pembelajaran sepanjang hayat.
Sebelum pandemik berleluasa, tenaga pengajar yang terdiri daripada pustakawan terlatih memainkan peranan yang penting dalam mengadakan sesi-sesi program literasi maklumat di perpustakaan akademik secara on-site di bilik kuliah atau makmal komputer tertentu. Keadaan tentunya berubah selepas kewujudan pandemik COVID-19. Justeru itu, pustakawan perlu proaktif dan berkemahiran dalam mencari solusi terbaik bagi memastikan persekitaran pelajar yang mahir dengan kemahiran literasi maklumat. Terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan sebagai pengganti kelas on-site ini. Penggunaan aplikasi persidangan video dapat dimanfaat untuk tujuan ini, tetapi tenaga pengajar mestilah jelas dari segi fungsi dan peranan yang berbeza untuk setiap satu.
Pertamanya, bagi sesi yang lebih kepada penyampaian yang kurang-kepada-tiada maklumbalas yang diperlukan oleh peserta, penggunaan Video Live seperti Facebook Live atau YouTube Live adalah lebih bermanfaat. Sesi seperti ini boleh diulang siar walaupun selepas berakhirnya sesi berkenaan. Sasaran audien juga boleh disasarkan kepada jumlah yang besar malahan boleh menjangkaui puluhan atau ratusan ribu. Sesi seperti ini amat sesuai bagi pendidikan yang diasaskan kepada bentuk taklimat atau tutorial.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Jadual 4: Dua bentuk video conferencing yang boleh dimanfaatkan oleh
perpustakaan bagi mengendalikan sesi pendidikan pengguna.
Graf 1: Kadar keberkesanan kelas atas talian sebanyak 15 sesi terhadap 199 orang pelajar pengajian tinggi di India menggunakan aplikasi Zoom yang mendapati hampir 40% pelajar
tidak dapat mengikuti progres setiap kelas yang diadakan (Hironmoy et.al, 2020)
Jenis aplikasi kedua adalah lebih bersifat personal touch iaitu melalui penggunaan aplikasi persidangan video seperti Zoom dan Google Meet yang sangat popular di waktu pandemik COVID-19 terutamanya di Malaysia. Melaluinya tenaga pengajar boleh mengehadkan jumlah peserta secara munasabah bagi membolehkan sesi diadakan dengan berkesan. Sasaran maksimum 20 orang peserta adalah sangat ideal di mana tumpuan dapat diberikan kepada semua peserta. Sesetengah aplikasi juga menyokong fungsi rakaman, namun begitu pengendali perlulah bersiap sedia untuk mengedit dan mengolah semula video agar menjadi lebih informatif dan tidak terlalu nampak membuang masa.
Tidak kira apa sekalipun aplikasi yang digunakan, tempoh masa yang disarankan adalah tidak melebihi 60 minit. Tumpuan kelas secara dalam talian adalah amat berbeza berbanding kelas bersemuka.
Tenaga pengajar harus bijak mengawal masa dan kaedah pengajaran yang tidak terlalu serius. Ini dapat
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 dilaksanakan dengan memperbanyakkan elemen kuiz bagi menarik minat peserta sepanjang berlangsungnya sesi kelas.
Graf 2: Dapatan soal selidik yang diadakan bagi mengukur keberkesanan kelas pendidikan pengguna secara atas talian melalui penstriman video. Penjanaan graf adalah automatik
menggunakan sistem SiberPROP yang dibangunkan oleh PTB sendiri.
Kajian dilakukan di Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tempoh 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020 melibatkan 1594 respondan terhadap 137 kelas sesi pendidikan pengguna yang diadakan menggunakan medium Google Meet dan Cisco Webex mendapati pelajar amat menyukai kelas atas talian seperti ini.
Penggunaan peranti untuk kedua-dua jenis aplikasi ini juga tidak perlulah begitu tinggi spesifikasinya.
Namun, penggunaan aplikasi ini perlu dilengkapi dengan sebuah telefon pintar dengan sambungan internet yang baik berserta sistem mikrofon yang sempurna untuk mengadakan kelas atas talian ini.
Perpustakaan disarankan untuk memasangkan access point bagi WI-FI yang menggunakan teknologi WI-FI 6E yang didedikasikan khas untuk penggunaan persidangan video. Ini dapat memastikan video dapat disalurkan (stream) dengan sempurna kepada semua peserta di samping menjamin mutu audio yang baik.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Jadual 5: WI-FI 6E mampu mengendalikan penyaluran video yang
lebih baik melalui latensi yang rendah serta kapasiti yang tinggi
Kini kebanyakkan telefon pintar telah mula menyokong pemasangan mikrofon luaran yang lebih baik daripada apa yang terbina di dalamnya. Mikrofon luaran ini lazimnya sama ada di dalam bentuk sambungan USB-C atau Apple Lightning dapat menjamin mutu audio yang sangat jelas dan baik.
Mikrofon luaran terbaik yang dipasangkan, perlulah menepati beberapa ciri utama iaitu mempunyai signal-to-noise ratio yang baik, kabel yang kukuh serta panjang, mempunyai mount point yang memudahkan ianya disambungkan dengan telefon pintar dan akhir sekali mempunyai pelindungan tambahan untuk bunyi yang tidak diperlukan seperti windshield. Fungsi lain yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah boleh berfungsi secara bebas wayar. Namun begitu ini perlulah hadir dengan sokongan realibiliti penghantaran audio yang baik juga kerana bagi majlis atau acara yang berlangsung dalam durasi yang panjang, mutu rakaman audio akan boleh menjadi tidak begitu sempurna.
Graf 3: Perbandingan nominal (juga disebut sebagai signal-to-noise ratio) sound level antara microfon internal sesebuah telefon pintar berbanding microfon yang dipasang secara luaran pada 4 aplikasi iaitu SoundMeter, SPLnFFT, SPL Pro dan NoiSee mendapati
ketepatan rakaman suara sesebuah telefon pintar adalah lebih baik dengan microfon luaran (Kardous et.all, 2016).
Namun begitu, kelas fizikal adalah kaedah pembelajaran yang terbaik di mana semua halangan teknikal tidak wujud dan ianya lebih sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran (Cole & Timmerman, 2015). Namun di masa-masa genting seperti di waktu pandemik melanda ini, sesebuah perpustakaan
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 perlu berterusan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna tanpa mengira halangan dan kekurangan, tetapi berusaha mencari penyelesaian kepada halangan tersebut.
AKSES BAHAN DIGITAL
Satu lagi tumpuan penting adalah akses dan capaian terhadap bahan-bahan digital yang disediakan oleh perpustakaan seperti e-buku, e-jurnal atau lain-lain lagi jenis bahan. Dengan mengambil contoh perpustakaan akademik yang lazimnya pada era sekarang telah mula memperbanyakkan sumber elektronik, sumber-sumber ini seeloknya dipusatkan aksesnya bagi kemudahan para pengguna.
Penggunaan sistem capaian seperti EZproxy oleh OCLC adalah satu contoh yang terbaik. Pengguna seharusnya diberikan kemudahan untuk satu tempat untuk semua. EZproxy memungkinkan pengguna mengakses bahan yang diperlukan tanpa perlu berada di dalam bangunan perpustakaan mahupun mengingati banyak kata laluan. Ini adalah lazimnya, sesetengah sumber maklumat berbayar mempunyai mekanisma alamat protokol internet (IP) yang dikunci berdasarkan alamat IP fizikal pada sesebuah perpustakaan.
Rajah 4: Cara pengoperasian EZproxy.
Sumber: OCLC
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
Rajah 5: Stanza Taylor and Francis Ebooks.
Sumber: OCLC
Pengoperasian EZproxy bukan hanya terhad kepada sumber-sumber yang ditentukan di dalam laman web OCLC sahaja. Perpustakaan yang mempunyai sumber dalaman seperti laman web yang dihoskan secara intranet yang menyediakan capaian e-buku tertentu juga boleh dimuatkan ke dalam EZproxy menggunakan stanza minima yang diperlukan oleh fail config.txt. Stanza adalah penyataan untuk bagaimana EZproxy berhubung dengan sumber elektronik di bawa awalan perpustakaan. Sebagai contoh, di bawah adalah stanza penuh untuk capaian ke e-buku Taylor and Francis
Sekiranya perpustakaan ada sebuah server dalaman yang menghoskan e-buku dengan ip misalnya 10.16.0.24 dengan alamat pengaksesan seperti http://10.16.0.24/ebuku maka penggunaan stanza minima seperti berikut boleh dimuatkan ke dalam fail config.txt
Title E-buku Perpustakaan Saya URL http://10.16.0.24/ebuku HJ 10.16.0.24
Rajah 6: Stanza minima untuk menghoskan sumber intranet sesebuah perpustakaan yang menggunakan alamat IP
Setelah memuatkan penyataan di atas ke dalam fail config.txt, mulakan semula EZproxy dan pengguna kini boleh mengakses sumber intranet tersebut hanya dengan log masuk ke dalam EZproxy. EZproxy adalah contoh penggunaan berpusat yang terbaik di dalam mengetengahkan bahan bacaan yang tidak hanya terhad kepada sumber yang dilanggan sahaja.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
Selain daripada EZproxy, penggunaan Virtual Private Network atau VPN juga membolehkan semua sumber yang dilanggan oleh pihak perpustakaan diakses oleh pengguna di rumah masing-masing.
Namun begitu, kaedah ini agak bersifat teknikal dan memerlukan pengguna arif di dalam penggunaan aplikasi VPN. Kos perolehan peralatan VPN juga bergantung kepada kapasiti dan kemampuannya di dalam mengendalikan jumlah trafik di dalam satu-satu masa. Ianya juga memerlukan kesediaan dari segi perjawatan di dalam bidang teknologi maklumat berkaitan untuk mengemudi aspek teknikal di dalam penyediaan VPN.
Seterusnya adalah akses kepada bahan di dalam koleksi digital. Bagi perpustakaan yang baharu sahaja hendak mendirikan koleksi digital mereka, beberapa sistem open source dan percuma boleh digunakan. Ini termasuklah Eprints, Dspace dan OJS. Sistem-sistem repositori ini boleh diolah untuk menghoskan sumber-sumber elektronik sesebuah perpustakaan di dalam kepelbagaian format.
Dokumentasi dan cara-cara pemasangan turut dihoskan dengan baik oleh setiap pengeluar perisian berkenaan.
Di PTB UPSI, sistem repositori yang dibangunkan sendiri telah digunapakai sejak 2019. Diberi nama sWADAH, ianya dibangunkan setelah pembangunan terperinci selama 10 tahun. sWADAH telah dibangunkan dengan dua output harapan utama iaitu mudah digunakan dan mudah dipasang. PTB kini menghoskan 3 instances sWADAH iaitu pengurusan kertas peperiksaan, pengaksesan koleksi tesis repositori institusi dan akhir sekali penyerahan secara digital tesis dan disertasi pelajar pasca siswazah.
Graf 4: Sasaran pembangunan sWADAH oleh Perpustakaan Tuanku Bainun yang menyaksikan prestasi dan penggunaan ruang storan yang lebih baik.
sWADAH telah dibangunkan dengan matlamat sebagai perisian sumber terbuka dan boleh digunapakai secara bebas untuk semua jenis kandungan kertas digital di dalam format Adobe PDF.
Maka, perpustakaan di Malaysia mempunyai alternatif di dalam penghosan bahan digital mereka menggunakan sWADAH ini. Selain itu, sWADAH juga menyokong piawaian OAI-PMH serta mempunyai API (Applicaition Programmable Interface) tersendiri bagi memastikan ianya tidak ketinggalan di dalam matlamat perkongsian metadata. sWADAH juga dibina khusus bagi tujuan pengskalaan tahap sederhana ke tinggi, di mana institusi boleh memiliki berbilang installasi sWADAH pada beberapa buah komputer pelayan yang boleh dihubungkan secara berpusat menerusi penggunaan API. Ini amat berguna bagi perpustakaan yang dijangka menyebarluaskan pengaksesan bahan digital untuk tahun- tahun mendatang.
Perpustakaan juga boleh mengambil iktiar daripada pandemik ini untuk mempelbagaikan lagi sumber elektronik untuk diakses oleh pengguna mereka. Perolehan e-buku seharusnya dirancakkan dan dipercepatkan bagi memastikan kesinambungan operasi perpustakaan. Peralihan tumpuan pengguna
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 daripada bahan bercetak kepada bahan digital ini dapat memastikan ketidakputusan sumber maklumat untuk mereka.
Proses rujukan untuk sesebuah institusi pendidikan akan masih dan terus berjalan tidak kiralah pada peringkat sekolah rendah, menengah atau pengajian tinggi. Peranan perpustakaan boleh diperluaskan daripada menjadi sebuah gedung buku kepada sebuah ladang server (server farm) yang mempunyai puluhan atau ratusan komputer pelayan yang bersedia untuk menampung keperluan digital pengguna.
PEMASARAN MAKLUMAT
Perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat pada masa kini telah membawa kepada perubahan dan metodologi penyampaian atau pemasaran maklumat sesebuah perpustakaan.
Sebelum berlakunya pandemik COVID-19, perpustakaan rancak menyediakan poster-poster bercetak, dibuat edaran ke fakulti dan jabatan dalam memastikan setiap maklumat sampai kepada setiap orang.
Namun, akhirnya poster-poster bercetak ini hanya akan menjadi longgokan sampah yang perlu dikutip semula.
Media sosial adalah rangkaian teknologi yang semakin popular dan membenarkan perpustakaan bersama pengguna perpustakaan untuk berinteraksi serta bertukar idea dan pandangan. PTB mempunyai lima platform media sosial iaitu Facebook, Instagram, Twitter, Blog dan YouTube yang kini menjadi kaedah utama dalam penyampaian maklumat. Bermula pada Mac 2020 iaitu ketika pandemik COVID-19 melanda, penggunaan media sosial perpustakaan semakin tinggi bagi tujuan hebahan maklumat yang lebih pantas melalui penyediaan poster grafik yang menarik untuk memastikan sasaran audience menerima maklumat tersebut. Beberapa idea dan inisiatif yang boleh digunapakai oleh perpustakaan dalam pemasaran maklumat adalah seperti berikut:
a) Infografik pencarian dan panduan akses bahan secara dalam talian
b) Video tutorial penggunaan sumber atau perisian tertentu yang bermanfaat kepada pengguna perpustakaan
c) Hebahan informasi dari masa ke semasa berkaitan perkhidmatan sedia ada atau baharu yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKP
d) Maklumat pustakawan penghubung tertentu serta kekuatan bidang mereka.
Dalam penyediaan poster dan juga video beberapa aplikasi yang boleh digunakan secara percuma atau langganan tahunan sepanjang pandemik COVID-19. Antaranya adalah :
Jadual 6: Perisian penghasilan poster dan video
Perisian Tujuan
Canva Penyediaan rekabentuk pelbagai template seperti poster, infografik, risalah dan banyak lagi yang boleh dibuat secara dalam talian melalui komputer dan juga telefon pintar masing-masing. Selain daripada itu, Canva juga menyediakan platform dihantar secara terus kepada media sosial, emel, Google Drive dan sebagainya. Penggunaan Canva adalah platform yang paling membantu ketika pelaksanaan PKP kerana template yang sedia ada memudahkan kerja-kerja pengeditan.
Freepik Platform terbesar sumber penyediaan grafik yang membantu dalam mendapatkan kualiti gambar dengan resolusi tinggi, ilustrasi , imej vektor dan
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
juga fail berformat Photoshop (PSD) untuk menghasilkan poster yang lebih menarik dan kreatif.
Powtoon Ianya merupakan aplikasi persembahan animasi yang semakin popular dan sering digunakan pada masa kini. Elemen-elemen seperti grafik, video, carta dan teks dalam Powtoon menjadi daya tarikan dalam penyediaan video pendek seperti panduan akses ke pangkalan data dalam talian.
Rajah 7 : Antara platform yang boleh dihantar secara terus melalui Canva love.di
Aplikasi-aplikasi ini memerlukan pengguna untuk mendaftar serta membuat pilihan sama ada ingin menggunakan versi percuma atau berbayar. Apabila membuat pemilihan berbayar terdapat tambahan dalam fungsi-fungsi tertentu antaranya adalah tiada gangguan watermark dalam poster yang disediakan serta tiada had dalam muatnaik video. Sudah pastinya, langganan secara berbayar mendapat lebih banyak kelebihan. Penggunaan aplikasi ini bukan sahaja dapat membantu staf dalam mempercepatkan proses penyediaan poster dan video malahan ia meningkatkan produktiviti dan mendorong kakitangan perpustakaan menjadi lebih kreatif.
Penggunaan media sosial pada masa kini bukan sahaja untuk mencipta keseronokan pada individu, malahan ianya kini menjadi satu keperluan kepada organisasi terutama para penggerak maklumat untuk membuat hebahan dan juga perkongsian maklumat. Ditambah pula dengan kesan pandemik COVID-19, penggunaan media sosial melonjak tinggi bukan sahaja bertujuan untuk membantu pencarian buku dan jurnal, tetapi juga salah satu alternatif dalam berinteraksi dengan lebih luas dan perkongsian ilmu di antara perpustakaan dan pengguna (Kamarudin, Kamal, Syakir, & Safar, 2019) Dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna perpustakaan, PTB sentiasa bergerak proaktif membuat hebahan dan pemasaran maklumat terkini melalui media sosial untuk memastikan integrasi di antara teknologi dan kaedah pemasaran maklumat dicapai. Malahan kebanyakan kajian menunjukkan media sosial adalah cara komunikasi terbaik di antara organisasi dan pengguna (Kraten et al., 2017; Cheng, Lam, & Chiu, 2020; Kamarudin, Kamal, Syakir, & Safar, 2019).
Pengurusan media sosial tidak rumit seperti penggunaan Disk Operating System (DOS) pada tahun 1980 yang mempunyai bahasa dan coding sendiri untuk berfungsi (Swanson, T. 2012). Penggunaan
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 web di seluruh dunia pada hujung tahun 1990, menjadikan media sosial satu keperluan dalam kehidupan masyarakat terutama kepada generasi kini. Justeru, perpustakaan perlu mempunyai strategi dalam penggunaan media sosial untuk mendapat lebih banyak interaksi (engagement) seperti suka (like), komen (comment) dan berkongsi (share) hantaran (post) tersebut.
Kebanyakan platform media sosial mempunyai beberapa elemen yang membolehkan posting mereka di capai oleh jumlah pengikut yang lebih ramai. Di antaranya adalah perpustakaan disarankan untuk tidak hanya menggunakan fungsi ‘percuma’ yang ada pada satu-satu platform sosial media. Fungsi boost misalnya yang ada pada Facebook boleh digunakan untuk mendapatkan lebih outreach dan pengguna melihat promosi yang dibuat di dalam bentuk iklan. Meskipun ianya adalah fungsi berbayar, namun sekiranya hebahan yang dilakukan oleh perpustakaan adalah bersifat mendatangkan keuntungan, tidak ada salahnya menggunakan ciri ini.
Graf 5: Peratusan penggunaan media sosial di Malaysia menurut StatCounter.com bagi tempoh Februari 2020 sehingga Februari 2021.
Selain itu, Twitter juga mempunyai fungsi yang sama di bawah ‘Promote your Tweet’ manakala di Instagram ianya di bawah ‘Promote Post’. Ke semua fungsi boosting ini adalah di bawah fungsi pengiklanan pada setiap platform. Pustakawan sudah tentunya perlu membuat perkiraan return-of- investment atau ROI sebelum mengimplementasikan fungsi ini bagi memastikan pulangan terhadap pengiklanan yang baik.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021
Rajah 8: Fungsi Promote your Page pada Facebook serendah RM5.00 sehari dan boleh dilaksanakan di dalam tempoh tertentu mengikut kesesuaian bajet perpustakaan.
Aktiviti boosting ini juga perlu dilihat keberkesanannya sebagai pengganti kepada medium poster dan risalah bercetak yang digunapakai sebelum ini. Kosnya tentunya lebih murah malahan dapat pergi lebih jauh. Untuk itu, perpustakaan juga harus berani berbelanja dan tidak hanya terikat diri pada semua alatan percuma sahaja.
Rajah 9: Keberkesanan boost dilihat dapat meningkatkan jumlah capaian kepada hebahan yang dibuat. Kiri (dengan boost) dan Kanan (tanpa boost)
Namun demikian, kaedah boosting yang memerlukan pembayaran secara debit / kad kredit oleh pustakawan sendiri mungkin tidak dapat dibuat secara berterusan kerana kekangan dalam menampung langganan secara bulanan atau mengikut aktiviti yang dipromosikan. Oleh itu, pengurusan tertinggi dan pentadbiran sesebuah perpustakaan perlu mencari kaedah pembayaran yang sesuai bagi memastikan aktiviti yang diwujudkan itu mendapat sambutan dalam talian yang baik menerusi kaedah boosting ini.
PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 PENUTUP
Di era pasca pandemik kelak, apa-apa kelebihan perkhidmatan berasaskan internet yang telah dimunculkan semasa PKP seharusnya dikekalkan dan sentiasa ditingkatkan sebagai persediaan atau payungan di masa akan datang. Masyarakat tentu saja akan masih berhati-hati untuk terus hadir ke perpustakaan dan mungkin akan menjadikan perpustakaan dengan perkhidmatan digital sebagai keutamaan mereka. Untuk itu, bagi terus kekal relevan, perpustakaan dan pustakawan amnya haruslah lebih proaktif di dalam mendigitalkan segenap aspek perkhidmatan yang ditawarkan serta memanfaatkan teknologi sedia ada dalam memenuhi kehendak pengguna khususnya di dalam aspek pencarian maklumat dan penyelidikan. Pendek kata, apa-apa yang lebih dilaksanakan, haruslah diberikan keutamaan kepada penyediaan perkhidmatan digital.
RUJUKAN
Cheng, W. W. H., Lam, E. T. H., & Chiu, D. K. W. (2020). Social media as a platform in academic library marketing: A comparative study. Journal of Academic Librarianship, 46(5), 102188.
https://doi.org/10.1016/j.acalib.2020.102188
Cole, A. W., & Timmerman, C. E. (2015). What do current college students think about MOOCs.
MERLOT Journal of Online Learning and Teaching, 11(2), 188-201.
Gavit, Prof. Bhagvan Keshav, (2019). Web Based Library Services. Library Philosophy and Practice (e- journal). 2931.
Gbaje, E. S., Yani, S. D., & Odigie, I. O. (2017). Assessing the Competencies and Skills of Academic Librarians in Nigeria for Scholarly Communication.
Haslinda Husaini, (2020). Pembelajaran dalam talian : pengalaman semasa COVID-19. Jurnal Sekitar Perpustakaan, 7-14.
Kamarudin, M. A., Kamal, M., Syakir, M., & Safar, J. (2019). Media Sosial dan Dakwah Menurut Islam.
Prosiding Seminar SainS Teknologi Dan Manusia 2019, 1(1999), 131–142. Retrieved from https://core.ac.uk/download/pdf/287744111.pdf
Kardous, C., and Shaw, P. (2016). Evaluation of smartphone sound measurement applications (apps) using external microphones—A follow-up study. The Journal of the Acoustical Society of America.
140.
Kraten, M., Island, R., Borden, J. P., Christ, P., Arsenault, P., Lapidus, R., … Hayes, J. (2017). Impact and Engagement. Business Education Innovation, 9(2).
Roy, Hironmoy & Ray, Kuntala & Saha, Satyajit & Ghosal, Asis. (2020). A Study on Students’ Perceptions for Online Zoom-app based Flipped Class Sessions on Anatomy Organised during the Lockdown Period of COVID-19 Epoch. Journal of Clinical and Diagnostic Research. 14.
10.7860/JCDR/2020/44869.13797.
Swanson, T. (2012). Managing social media in libraries: Finding collaboration, coordination, and focus.
Elsevier.