• Tidak ada hasil yang ditemukan

EKONOMI B2 F4 STUDYWITHADMIN

N/A
N/A
nur

Academic year: 2022

Membagikan "EKONOMI B2 F4 STUDYWITHADMIN"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

HUKUM PERMINTAAN

: keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tetentu dan jangka masa tertentu.

: permintaan yang disokong oleh kuasa beli (kemampuan)

• Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya.

: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.

• Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah bersifat songsang (negative). Apabila harga meningkat, kuantiti diminta menurun.

: kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa

tertentu.

• Keluk permintaan individu lebih curam manakala keluk permintaan pasaran lebih landai kerana keluk permintaan pasaran menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta semua individu. (Jumlahkan semua kuantiti diminta individu untuk membentuk keluk permintaan pasaran)

: ikut hukum permintaan. Menyebabkan pergerakan sepanjang keluk yang sama.

: Apabila harga barang pengganti menurun, kuantiti diminta menurun. (pengguna membeli barang pengganti) Apabila harga barang penggenap menurun, kuantiti diminta meningkat.

: meningkat permintaan. Iklan dan kesedaran kesihatan mempengaruhi cita rasa masyarakat.

: Apabila pendapatan meningkat, permintaan meningkat.

: Musim perayaan/ Cuaca panas, permintaan segelintir barang meningkat.

: Apabila harga dijangka meningkat, permintaan kini akan meningkat.

: cukai akan menurun kuantiti diminta. Bantuan kerajaan akan meningkat kuantiti diminta.

(2)

KESEIMBANGAN PASARAN

• prubahan atau pergerakan di sepanjang keluk yang sama.

• dipengaruhi oleh harga barang itu.

• ditunjukkan oleh pergerakan ke bawah (penguncupan penawaran) kuantiti berkurang, harga menurun dan pergerakan ke atas (pengembangan penawaran) kuantiti meningkat, harga meningkat.

• dipengaruhi oleh factor bukan harga barang itu.

• ditunjukkan melaui peralihan keluk ke kiri (pengurangan penawaram) atau ke kanan (pertambahan penawaran) yang selari dengan keluk penawaran asal

Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan

keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran

: pembeli berdepan dengan penjual apabila menjalankan urus niaga

: segala urus niaga dijalankan secara atas talian

: lebihan penawaran

kerana pada harga tinggi, permintaan berkurang dan penawaran bertambah. Hal ini mungkin menyebabkan pembaziran berlaku. Harga akan turun dan pengguna akan bertambah permintaan. Pengeluar akan mengurangkan penawaran sehingga keseimbangan pasaran tercapai.

: lebihan permintaan

kerana pada harga rendah, permintaan meningkat dan penawaran berkurang, hal ini menyebabkan kekurangan produk dalam pasaran. Harga akan meningkat dan pengguna akan mengurangkan permintaan. Pengeluar akan menambahkan penawaran sehingga keseimbangan pasaran tercapai.

(3)

: keluk permintaan beralih ke kanan, harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.

: keluk permintaan beralih ke kiri, harga dan kuantiti keseimbangan menurun.

: keluk penawaran beralih ke kanan, harga

keseimbangan menurun, kuantiti keseimbangan meningkat.

: keluk penawaran beralih ke kiri, harga keseimbangan meningkat, kuantiti keseimbangan menurun.

(4)

KEANJALAN HARGA PERMINTAAN ]

• peratus perubahan dalam kuantiti diminta kesan daripada peritus perubahan harga barang itu.

• Keanjalan harga permintaan (Ed) = peratus perubahan kuantiti diminta(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)

• %ᴧQ = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100

• %ᴧP = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100

• Ed= Elasticity of demand, Q= quantity, P= Price

• Jawapan pengiraan keanjalan harga permintaan mempunyai tanda

negative. Tanda negative tersebut menunjukkan hubungan negative antara harga dengan kuantiti diminta (hukum permintaan). Tanda negative

tersebut akan dikecualikan semasa menulis jawapan.

• Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga menaik sebanyak 1%, kuantiti diminta akan menurun sebanyak 2%. Jika harga menurun sebanyak 10%, maka kuantiti diminta akan meningkat sebanyak 20%.

Anjal Tidak Anjal

Ed > 1 Ed < 1

%ᴧQ > %ᴧP %ᴧQ < %ᴧP

Contoh: barang mewah Contoh: barang keperluan

Keluk permintaan berbentuk landai Keluk permintaan berbentuk curam

• Contohnya, barang mewah adalah anjal kerana apabila harga jatuh sedikit, pengguna akan membelli dengan banyak, kuantiti diminta akan meningkat dengan banyak.

• Contohnya, barang keperluan tidak anjal kerana walaupun harga menaik secara banyak, namun pengguna tetap beli untuk keperluan hidup.

(5)

penentu keanjalan harga permintaan ]

1. Jenis Barangan : barang mewah anjal, barang keperluan asas tak anjal.

2. Faktor jangka masa : jangka masa pendek tak anjal kerana sukar mencari barang pengganti.

3. Bilangan barang pengganti : banyak maka anjal, kurang maka tak anjal.

4. Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan : semakin besar nisbah semakin anjal.

5. Bilangan kegunaan : banyak kegunaan maka anjal, penggunaan terhad maka tak anjal

6. Ketagihan : tahap ketagihan tinggi tak anjal. Walaupun harga naik, pengguna tetap beli.

7. Ketahanan barang : tahan lama maka anjal kerana boleh simpan. Tidak tahan lama tak anjal.

perhubungan antara keanjalan harga permintaan dengan jumlah hasil ]

• jumlah hasil= Kuantiti × Harga

• Anjal : penurunan harga boleh meningkatkan jumlah hasil kerana penurunan harga sedikit boleh meningkatkan kuantiti diminta dengan banyak.

• Tak anjal : peningkatan harga boleh meningkatkan jumlah hasil kerana peningkatan harga kurang mempengaruhi kuantiti diminta.

KEANJALAN HARGA PENAWARAN ]

• peratus perubahan dalam kuantiti ditawarkan kesan daripada peritus perubahan harga barang itu.

• Keanjalan harga penawaran (Es) = peratus perubahan kuantiti ditawarkan(%^Q) ÷ peratus perubahan harga barang (%^P)

• %ᴧQ = (kuantiti baharu - kuantiti asal) ÷ kuantiti asal × 100

• %ᴧP = (harga baharu - harga asal) ÷ harga asal × 100

• Es= Elasticity of supply, Q= quantity, P= Price

• Jawapan pengiraan keanjalan harga penawaran mempunyai tanda positif.

Tanda positif tersebut menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti ditawarkan (hukum penawaran).

• Jika jawapan ialah 2. Maka apabila harga menaik sebanyak 1%, kuantiti ditawarkan akan meningkat sebanyak 2%. Jika harga menurun sebanyak 10%, maka kuantiti ditawarkan akan menurun sebanyak 20%.

(6)

Anjal Tidak Anjal

Es > 1 Es < 1

%ᴧQ > %ᴧP %ᴧQ < %ᴧP

Contoh: barang perkilangan Contoh: barang pertanian

Keluk permintaan berbentuk landai Keluk permintaan berbentuk curam

• Contohnya, barang perkilangan adalah anjal kerana jika harga meningkat, kilang mampu memproseskan barangan untuk ditawarkan.

• Contohnya, barang pertanian tidak anjal kerana walaupun harga

meningkat, hasil pertanian tidak dapat ditambah kerana memerlukan masa untuk bercambah.

Penentu Keanjalan Harga Penawaran

1. Tambahan kos : tambahan kos pengeluaran sangat besar maka tak anjal.

2. Faktor masa : jangka masa pendek tak anjal kerana memerlukan factor pengeluaran tertentu.

3. Bilangan firma dalam pasaran : banyak maka anjal, kurang maka tak anjal kerana kurang keluaran

4. Corak penggunaan factor pengeluaran : tak anjal jika sukar diperoleh. Anjal jika mudah diperoleh

5. Mobiliti Faktor Pengluaran : boleh dipindah dengan mudah maka anjal 6. Ketersediaan Stok atau Inventori : anjal jika stok barang banyak

membolehkan fima bertindak cepat

KEPENTINGAN KEANJALAN HARGA ] Firma

meningkatkan hasil (rujuk bahagian Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil)

(7)

Kerajaan

• Percukaian : cukai yang dikenakan pada permintaan anjal, beban cukai pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar. Cukai yang dikenakan pada permintaan tak anjal pula, beban cukai pengguna adalah lebih besar daripada pengeluar.

• Hal ini demikian kerana apabila cukai dikenakan, bilangan penawaran akan berkurang, titik keseimbangan akan beralih ke kiri menyebabkan harga berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sebikit sahaja manakala harga berubah banyak bagi permintaan tak anjal.

• Subsidi : subsidi yang diberi untuk permintaan anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengguna adalah lebih kecil daripada pengeluar. Subsidi yang diberi untuk permintaan tak anjal, subsidi yang dinikmati oleh pengguna lebih banyak daripada pengeluar.

• Hal ini demikian kerana apabila subsidi diberikan, bilangan penawaran bertambah, titik keseimbangan akan beralih ke kanan menyebabkan harga berubah. Bagi permintaan anjal, harga berubah sedikit sahaja, manakala harga berubah banyak bagi permintaan tidak anjal.

• Oleh itu, konsep keanjalan harga pentinguntuk menentukan polisi percukaian dan subsidi (cukai pada barangan anjal dan subsidi pada barang tak anjal sebagai keutamaan kerana menguntungkan pengguna)

Referensi

Dokumen terkait

Adapula permasalahan yang dihadapi oleh perusahaan tersebuta adalah kesulitan dalam perhitungan stok barang dalam cakupan yang besar sehingga sering terjadi

“Hubungan antara barang yang diminta dengan harga barang tersebut dimana hubungan berbanding terbalik yaitu ketika harga meningkat atau naik maka jumlah barang yang diminta

Apabila harga barang komplementer (pelengkap) mahal, maka tingkat permintaan terhadap barang utama menurun. Contohnya, jika harga bensin naik, maka permintaan konsumen

transpersonal) adalah istilah yang digunakan dalam mazhab psikologi yang digagas oleh, terutama, para psikolog maupun ilmuwan dalam bidang lainnya yang menekankan

Sebaiknya industri batik pada kelompok 2 aktif dalam mencari jaringan untuk memperluas pangsa pasar dan aktif mencari dukungan di bidang pemasaran dengan mencari informasi

hasil diskusi kelompok dalam bentuk tulisan tentang sistem ekonomi Islam Tugas  diskusi kelompok  membuat notula diskusi kelompok  merangkum hasil diskusi  studi kasus

Salah satu risiko yang sulit diprediksi dan paling berbahaya yang dihadapi pegawai di dalam laboratorium adalah kadar racun berbagai bahan kimia. Di laboratorium kimia, tidak ada

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan dapat disimpulkan sebagai berikut: (1) Media tutorial berbasis web untuk pemecahan masalah dalam fisika, serta instrumen