• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sinkratisme agama dan islam pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sinkratisme agama dan islam pdf"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

RENCANA

ARKIB : 26/02/2010

Sinkretisme agama dan Islam

Oleh DR. HASHIM FAUZY YAACOB

SINKRETISME telah lama menular dalam pelbagai agama sehingga sebahagian agama baru lahir daripada proses itu. Di Afrika dan Amerika Latin, Tuhan menurut kepercayaan tradisi masyarakat tempatan telah mengalami proses sinkretik ke dalam agama Kristian sehingga dikecam oleh gereja Roman Khatolik.

Di Vietnam, Caodaism adalah adunan Buddhisme, Katolikisme dan Kardesisme. Sinkretisme di Jepun telah melahirkan beberapa agama baru seperti Konkokyo dan Seicho-No-Ie, manakala menurut Chinahttp://en.wikipedia.org/wiki/Taoism, Buddhisme, Taoisme dan Konfusianisme telah diadun menjadi satu amalan tersendiri yang menyimpang daripada ketulenan kepercayaan-kepercayaan yang mendasarinya.

Sinkretisme bermaksud penerapan prinsip dan amalan yang datang dari luar ke dalam amalan keagamaan, meskipun ia bertentangan dengan agama itu sendiri.

Ia juga boleh berupa budaya atau amalan keagamaan yang tidak ditinggalkan kerana telah sebati dengan amalan dan kepercayaan sejak turun temurun, meskipun manusia yang mengamalkannya telah menganut satu agama yang baru.

Di Kepulauan Melayu, sinkretisme turut melanda beberapa golongan meskipun masyarakat di kepulauan itu sebahagian besarnya telah menganut agama Islam atau Kristian. Ahli antropologi terkemuka berbangsa Belanda, Gliford Geertz pernah menulis sebuah buku yang terkenal dalam bidang tersebut bertajuk The Religion of Java yang membicarakan unsur-unsur sinkretisme dalam masyarakat Jawa di Indonesia.

Sungguhpun buku itu tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam Indonesia khususnya di Kepulauan Jawa kerana berdasarkan perspektif Geertz sendiri yang kurang memahami tentang Islam, namun ada beberapa perkara menarik yang boleh diteliti mengenai masyarakat Kepulauan Jawa yang dibahagikan oleh beliau kepada priyayi, santri dan abangan.

(2)

Masih terdapat kepercayaan-kepercayaan mistik dalam masyarakat tersebut diamalkan dan dianggap oleh pengamalnya sebagai tidak bertentangan dengan Islam.

Apa yang berlaku sebelum tahun 1950-an itu menular ke tahun-tahun 1970-an dan 1980-an apabila kita seringkali membaca berita melalui akhbar tentang artis Indonesia beragama Kristian berkahwin dengan orang Islam. Ia dianggap bukan satu kesalahan oleh sesetengah pihak kerana banyak gereja menggunakan perkataan Allah sebagai ganti kepada 'god' dalam bahasa Inggeris, selain dikaitkan dengan isu hak asasi manusia.

Meskipun kesnya tidak banyak tetapi ia memberi impak yang besar kepada kesucian agama Islam di Indonesia sendiri kerana majoriti rakyat Indonesia beragama Islam.

Di Malaysia, para ulama dan institusi-institusi Islam telah lama berusaha memerangi unsur-unsur yang boleh mencemari kesucian dan ketulenan ajaran Islam, misalnya amalan khurafat seperti mandi safar, puja pantai serta kubur dan sebagainya. Namun kesucian agama sekali lagi tercabar apabila timbul isu penggunaan nama Allah bagi menggantikan perkataan 'God' dalam bahasa Inggeris oleh sebuah penerbitan Kristian di Borneo.

Bagi masyarakat Islam, ia merupakan bibit-bibit awal yang boleh merosakkan pegangan akidah. Ia boleh membawa kepada amalan-amalan seperti yang diyakini oleh segolongan masyarakat di negara jiran apabila perkahwinan campur antara Islam dan Kristian boleh dilakukan kerana menggunakan nama Tuhan yang sama. Di Malaysia, ia tidak pernah berlaku, melainkan orang yang ingin berkahwin dengan pasangan beragama Islam memeluk Islam terlebih dahulu.

Sinkretisme tidak semestinya berpunca daripada manusia dalam agama itu sendiri tetapi boleh berpunca dari luar kerana interaksi yang berlaku. Penggunaan nama Allah oleh sebuah akhbar Borneo seakan-akan amalan sinkretisme yang berlaku ke atas agama Kristian seperti di negara-negara Afrika dan Amerika Latin. Sedangkan kalimah Allah tidak boleh dikelirukan dengan 'god' atau 'dewa' seperti dalam kepercayaan agama lain.

Kekeliruan seperti itu boleh membawa kepada gejala sinkretisme dalam Islam pada satu masa nanti. Justeru, ia perlu dibendung supaya tidak berlaku ketegangan antara agama dan mencemar akidah umat Islam.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz3S5G H1sEM

Referensi

Dokumen terkait

Saran yang dapat disampaikan berdasarkan hasil penelitian ini adalah bagi pengajar, dalam mengajarkan mahasiswa membuktikan konsep limit fungsi dengan definisi hendaknya

Merujuk pada peningkatan hasil belajar, Gunay dan Bekiroglu (2014) telah melakukan penelitian untuk mengetahui dampak penilaian portofolio terhadap hasil belajar

Pada ayat di atas sangat jelas keharusan Hakim Ketua Pengadilan Negeri untuk mengupayakan perdamaian terhadap perkara perdata yang diperiksanya. Dalam kaitannya

menghormati perbedaan, 2) Dengan menciptakan waktu berkomunikasi, kita dapat mengenal potensi timbulnya suatu masalah dan membantu anak dalam menghadapi permasalahn

Pastikan juga untuk memeriksakan kesehatan pasangan Anda saat ini atau orang yang pernah berhubungan seksual dengan Anda jika Anda terdiagnosis sifilis.. Anda bisa

Hasil dari penelitian diharapkan dapat menjadi masukan bagi perusahaan Mischief Denim untuk bisa mengembangkan dan mengahsilkan strategi komunikasi pemasaran khususnya

Sloka 2a dan 2b dalam Teks Bhuwana Mahbah menunjukkan bahwa pada mulanya tidak ada apa-apa, kemudian dari ketidakadaan tersebut Tuhan mengadakan diri-Nya yang menjadi awal dan

Memastikan bahwa proses pembongkaran, renovasi maupun pembangunan pembongkaran, renovasi maupun pembangunan gedung harus dilakukan sesuai dengan prinsip-prinsip pencegahan