• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBENTUKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBENTUKA"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN

TAMADUN DUNIA DI PELBAGAI BIDANG.

PENGENALAN

Tamadun Islam merupakan satu tamadun yang paling unik. Ini dapat dilihat dari segi kelahirannya. Tamadun Islam lahir daripada asas agama. Tidak ada satu tamadun pun yang boleh dijadikan contoh bagi sesuatu kelahiran yang berteraskan agama, sebagaimana yang dimiliki oleh tamadun Islam.

Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t melalui malaikat Jibrail a.s pada bulan Ramadan tahun 610 Masihi, ketika Baginda berusia 40 tahun. Ketika Baginda dilahirkan, Semenanjung Arab berjiran dengan tamadun-tamadun terkemuka dalam sejarah, iaitu tamadun Greek dan Byzantin di sebelah utara, tamadun Iran (Parsi) di sebelah timur, tamadun India di sebelah tenggara, dan tamadun Aramik-Hebrew dan Aryan di sebelah barat laut. Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya membentuk sebuah peradaban yang tinggi.

Dengan ajaran yang datang daripada Allah s.w.t., Islam mampu melahirkan pengikut yang berperadaban tinggi dan berakhlak mulia. Daripada peradaban tersebut, terbinalah sebuah tamadun. Ini bermakna tamadun Islam berkembang maju dengan asas peradaban yang telah terbentuk. Ini berbeza dengan tamadun lain yang membina peradabannya hasil daripada perkembangan dan kemajuan tamadun tersebut.

Tamadun Islam berkembang di segenap pelosok dunia, antaranya di Damsyik, Kaherah, Baghdad, Cordova dan Delhi. Fenomena ini berbeza sama sekali dengan sebarang tamadun lain yang mencapai tahap kegemilangannya di tempat ia diasaskan. Kekuatan pengaruh tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasan pengaruhnya hingga ke kepulauan Melayu.

Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun-tamadun dunia yang agung termasuklah tamadun Babylon, tamadun Yunani, tamadun Rom, tamadun Parsi, tamadun China, dan tamadun India. Pertembungan tersebut berlaku melalui beberapa saluran seperti perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Peluasan pengaruh Islam di Iraq menemukan tamadun Islam dengan tamadun Babylon, manakala di Syria dan Parsi, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Yunani dan tamadun Rumawi. Zaman kerajaan bani Umaiyah dan Abbasiyah pula menyaksikan pertembungan tamadun India dan China apabila mereka meluaskan penjajahan di sana. Pertembungan yang paling meluas berlaku ialah antara tamadun Islam dan Eropah semasa pemerintahan orang Islam di Afrika Utara. Sempadan antara Afrika Utara dan Eropah ialah Laut Mediterranean. Orang Islam telah merentas ke Sepanyol dan Sicily melalui laut tersebut dan seterusnya ke Portugal dan selatan Perancis.

Tamadun Islam telah memberikan sumbangan besar kepada tamadun dunia dalam pelbagai bidang termasuk bidang agama, falsafah, sains, ekonomi, perubatan, matematik, kemasyarakatan, bahasa dan sastera. Tokoh-tokoh Islam telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan peradaban dan tamadun dunia. Karya-karya tokoh Islam banyak pengaruhi pemikiran ahli falsafah dan pemikiran Barat dan menjadi sumber rujukan utama kepada pelajar di seluruh dunia.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBENTUKAN TAMADUN DUNIA DI PELBAGAI BIDANG. 1. Bidang Agama

(2)

kawasan geografi. Sistem perundangan yang berdasarkan al-Quran dan hadis menjadi panduan dan pedoman tetapi cara hidup, adat, dan budaya masyarakat setempat tidak dihapuskan. 2. Bidang Politik

Kawasan penyebaran dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam juga diperluaskan. Pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat wujud dalam dunia Islam. Antara contohnya ialah kerajaan Delhi Mughal di India. Kerajaan Islam walaupun tidak wujud di China tetapi di situ telah lama muncul masyarakat Islam yang masih wujud hingga hari ini. Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah telah berjaya membentuk sistem kerajaan pusat yang kuat di samping empayar yang luas. Sistem politik dalam dunia Islam berasaskan akidah dan syariah walaupun institusi, organisasi dan sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam mungkin berbeza.

3. Bidang Falsafah

Di antara falsafah yang berpengaruh sebelum kedatangan Islam ialah Falsafah Yunani yang dipelopori oleh Socrates, Plato, Aristoles dan lain-lain. Falsafah-falsafah ini diasaskan atas kekuatan akal semata-mata tetapi falsafah Islam diasaskan di atas kekuatan wahyu dan akal memperkukuhkannya. Pengaruh Islam ke atas orang Eropah menyebabkan pemikiran mereka bebas dari belenggu pelbagai doktrin Kristian, terutama tentang hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makluk pasif lantaran dosa warisan. Perubahan ini melahirkan fahaman Humanisme pada abad ke-13. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rushd dan Ibn Tufayl. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Ibn Rushd banyak memberi perhatian kepada ilmu akal dan mantik. Tulisan beliau dijadikan rujukan di Eropah dan kuat mempengaruhi pemikiran Eropah sehingga tercetusnya Zaman Renaissance. 4. Bidang Matematik

Tokoh-tokoh seperti Al-Khawarizmi dan Al-Battani memberikan sumbangan terhadap perkembangan intelektual dunia.

Al-Khawarizmi (780-850M)

Beliau merupakan ahli matematik Islam yang mengemukakan asal usul angka. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Beliau telah memperkenalkan Algebra di dalam kitab al-Makhtasar fi Hisab al Jabr wa al-Muqabalah. Adelard dari Britain telah berguru dengan orang Islam dan menterjemahkan karya beliau tentang teori geometri dalam matematik dan statistik.

Al-Battani (858-929M)

Beliau terkenal dalam bidang trigoneometri dan menghasilkan teorem tangen, cotangent, sin dan sinus. Istilah ini merupakan terjemahan kepada istilah Latin.

5. Bidang Astronomi

Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Di antara tokoh-tokoh Islam dalam bidang ini ialah:

Abu Ma’syar (78-886M)

Beliau dikanali sebagai Albumasar di Barat. Beliau telah mengemukakan teori berkaitan dengan pasang dan surut air laut yang terbukti benar dan tepat kini. Karyanya diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath.

Al-Biruni (362-442H/973-1050M)

Buku beliau iaitu Qanun al-Mas’udi membincangkan siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, perbezaan takwim, maklumat tambahan tentang kalendar India, mengubah takwim Sakkala kepada takwim Hijrah. Beliau mengira bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 49 minit yang tidak jauh berbeza dengan perbezaan moden, iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat. Beliau merupakan orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau turut membincangkan alasan bagi tempoh fajar dan senja. Senja terjadi apabila matahari berada pada 18 darjah di bawah ufuk. Teori ini disahkan benar dalam penyelidikan moden.

Al-Fazari (abad ke-8M)

Beliau memperkenalkan cara mengukur tinggi dan jarak bintang menerusi alat ciptaannya yang dikenali sebagai Asturlab (astroble). Kitab-kitabnya diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah seperti Latin, dan dijadikan buku teks di universiti-universiti Eropah.

(3)

Beliau menghasilkan kitab Tazkirah (catatan astronomi). Beliau juga orang pertama membina balai cerap (teropong bintang) dan dikenali juga sebagai bapa balai cerap.

Ibnu Sina (abad ke-11M)

Beliau telah menterjemahkan teori kosmologinya yang diambil oleh Einstein, ahli falsafah Barat yang termasyhur pada abad ke-20.

6. Bidang Ekonomi

Peluasan kuasa dan wilayah Islam membolehkan orang Islam menguasai ekonomi khususnya perdagangan dengan berkesan keselamatan laluan perdagangan di kawasan kerajaan Islam dan di kawasan naungannya diberi perhatian untuk membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan licin. Contohnya, armada laut diwujudkan kerajaan Uthmaniyah untuk memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Lautan Hindi. Antara pusat-pusat ekomomi Islam yang penting ialah Aden, Siraf, Basrah, Iskandariah dan Istanbul. Istanbul yang terletak di antara dunia Timur dan barat telah menjadi pusat aktiviti perdagangan pada zaman kerajaan Uthmaniyah. Sejak abad ke-7M, pedagang Islam telahpun berdagang ke India, Ceylon, Kepulauan Melayu dan China di sebelah Timur. Di sebelah Barat pula pedagang Islam berdagang hingga ke Sepanyol, selatan Perancis, Armenia dan kawasan selatan Gurun Sahara di benua Afrika.

7. Bidang Perubatan

Perubatan Islam berasaskan falsafah, konsep dan prinsip penyakit datang daripada Allah s.w.t dan Allah yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya. Ajal dan maut adalah di tangan Allah s.w.t. Di samping ubat dan rawatan klinik, doa dan ayat al-Qur’an menjadi ubat untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit. Kesakitan penyakit ialah cubaan dan dugaan Allah s.w.t untuk menguji ketabahan dan kesabaran seseorang.

Pencapaian dan sumbangan tokoh Islam :

Abu Bakar Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi r.h. (251-313H/865-925M)

Di Barat beliau dikenali sebagai Rhazes. Beliau merupakan ahli perubatan pertama yang membezakan antara cacar dengan campak, menyediakan beberapa jenis ubat daripada tumbuhan dan tanaman, dan merekodkan banyak kes klinik dengan tepat. Beliau membahagikan ubat kepada tiga kategori iaitu galian (mineral), sayuran dan benda hayat (biological) serta menjelaskan fungsi masing-masing. Al-Hawi adalah karya beliau yang masyhur, diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, dan menjadi rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Beliau juga menghasilkan kitab yang berkaitan dengan ruang, waktu, gerak, ilmu vitamin, perkembangan, pembusukan, iklim, ilmu mata, dan alkemi.

Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi r.h. (936-1037M)

Beliau telah mengenengahkan banyak pengetahuan penting tentang pembedahan antaranya pembedahan biasa, kaedah-kaedah mengeluarkan batu dari pundi kencing, pembedahan mata dan gigi, pemotongan organ dari tubuh badan dan sebagainya. Beliau juga menulis tentang gynaecologi, masalah mata dan telinga. Dalam farmakologi dan farmakognosi, al-Zahrawi dalam kitab al-Tasrif yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Medical Vademecum menulis mengenai herba dan ubat dan dianggap sebagai ensaiklopedia perubatan terbesar. Ibnu Sina (370-442H/980-1037M)

Abu Ali Husin bin Abdullah adalah nama penuh Ibnu Sina. Dikenali sebagai Avincenna di Barat, beliau ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis. Beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, menjelaskan penyakit yang menyebabkan demam kuning (jaundice). Pengaruh ilmunya luas sekali di Eropah dengan karangannya Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine). al-Qanun dianggap ensaiklopedia perubatan yang paling besar sehingga ke hari ini.

8. Bidang Kebudayaan

Orang Islam mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang, dan berpolitik masyarakat setempat. Di Sepanyol pada zaman Umaiyah, segolongan orang bukan Islam telah mengamalkan cara hidup orang Islam, iaitu mereka bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam. Pada zaman pertengahan sehinggalah kepada zaman Renaissance, tatasusila kehidupan harian orang Islam telah mempengaruhi kehidupan harian orang Eropah. Golongan Mudejar, iaitu orang Islam minoriti setempat yang tinggal di kawasan pemerintahan kerajaan Kristian telah memainkan peranan yang penting dalam aspek ini.

(4)

Dunia kesusasteraan juga dipengaruhi sasterawan Islam. Omar Khayyam telah menulis tentang Ruba’iyah. Al-Jahiz pula terkenal dengan Kitab al-Bayan. Jalal ad-Din Rumi telah menghasilkan puisi-puisi bertemakan ketuhanan. Rabi’ah al-Adawiah ialah pemuisi wanita yang terkemuka. Beliau telah menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan serta berkaitan dengan hubungan manusia dengan Tuhan.

10. Bidang Kesenian

Kesenian Islam menyumbangkan kepada perkembangan ketamadunan dunia. Tema seni Islam menonjolkan unsur-unsur dalam kepercayaan tauhid dan akidah. Antara bangunan yang melambangkan ketinggian tamadun Islam ialah Masjid Cordova di Sepanyol, Istana Alhambra di Granada, dan Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed) di Istanbul.

11. Bidang Botani

Umat Islam telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang botani. Ini dapat dibuktikan melalui taman-taman bunga yang cantik yang terdapat di Cordova, Kaherah, Baghdad, dan Fez. Para saintis Islam sangat berminat dalam kajian botani kerana kebanyakan ubat yang digunakan untuk rawatan dan pemulihan berasal dan datang daripada sumber tumbuhan herba dan pokok-pokok ubatan. Ibn Arabi menulis buku tentang botani. Buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan diterbitkan oleh al-Ghafiqi. Ibn Sina mengulas tentang tumbuh-tumbuhan. Ibn al-Baytar telah menyusun buku tentang 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuhan dan bahan galian. Karya botani yang berkaitan dengan perubatan bagi membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuhan yang berkhasiat untuk perubatan telah dihasilkan.

12. Bidang Bahasa

Bahasa Arab telah dijadikan bahasa utama di Sepanyol pada pemerintahan Bani Umaiyah. Banyak istilah Arab telah digunakan untuk memperkayakan lagi perbendaharaan kata masyarakat Eropah dalam bidang keilmuan. Antaranya termasuklah sukkar (sugar), alchemy (chemistry), arsyek (cheque) dan sebagainya.

RUMUSAN DAN PENUTUP

Referensi

Dokumen terkait

Selanjutnya, bagaimana kemudian sehingga pelayanan bergeser atau berpindah/pemekaran dari desa Borgo ke desa Ranowangko yang sekarang sebagai suatu jemaat mandiri

Saat ini di Kota Balikpapan masih banyak masyarakat yang belum memahami tentang bahaya ketinggian bangunan yang melebihi batas rekomendasi yang dikeluarkan, untuk itu

Berdasarkan hasil penyusunan kinerja Rencana Kerja Dinas Kehutanan Kabupaten Tambrauw, mencakup sasaran, program dan kegiatan yang dilaksanakan pada tahun lalu

Hasil penelitian menunjukkan bahwa; (1) Permasalahan dalam pembelajaran IPS adalah beban mengajar guru, kualifikasi pendidikan guru IPS yang belum berlatar

Urine normal berwarna jernih transparan berwarna kuning muda dan urine kuning pekat biasanya tidak normal atau terindikasi dehidrasi berat, akan tetapi masyarakat

Pergeseran kurva penawaran juga dapat terjadi pada waktu terjadi perubahan biaya bahan mentah atau biaya modal perusahaan (biaya-biaya overhead).. Kemajuan teknologi

23 PEMANFAATAN PROGRAM GEOGEBRA DALAM UPAYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN PADA POKOK BAHASAN SEGITIGA DITINJAU DARI HASIL BELAJAR SISWA KELAS VII. Adi

Untuk menguji hipotesa sebagai upaya penarikan kesimpulan dari penelitian ini, apakah ada perbedaan sebelum dan sesudah diberikan bimbingan kelompok terhadap peningkatan