• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASJID DAN AKTIVITI JUAL BELI PROSPEK DA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MASJID DAN AKTIVITI JUAL BELI PROSPEK DA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

MASJID DAN AKTIVITI JUAL BELI:

PROSPEK DAN CABARANNYA

Sumaiyah Binti Mat Desa, Suhaili Sarif

Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. tasnimasrar@siswa.um.edu.my, suhaili@um.edu.my

Abstrak: Institusi masjid memainkan peranan penting dalam menghidupkan persekitaran Islamik dalam masyarakat. Antara isu yang penting untuk dibahaskan berkaitan fungsi masjid hari ini ialah peranannya dalam membangunkan ekonomi umat Islam melalui aktiviti perniagaan. Oleh itu, artikel ini akan mengenalpasti kedudukan hukum jual beli serta prospek dan cabarannya kepada institusi masjid pada hari ini.

Kata kunci: Masjid, jual beli, ekonomi umat Islam.

PENDAHULUAN

Sebagai sebuah institusi bukan bermatlamatkan keuntungan, masjid di Malaysia padat dengan aktiviti dakwah yang bertujuan memberikan kefahaman Islam kepada masyarakat. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai pusat untuk khidmat masyarakat, kegiatan ekonomi dan juga berperanan memastikan kebajikan ahli qariahnya tidak terabai [1,2,3]. Kebiasaannya, sumber dana masjid di Malaysia sebahagian besarnya bergantung kepada peruntukan kerajaan, sumbangan syarikat, orang awam, dan perniagaan. Di Selangor, kebanyakan masjid aktif membuka ruang niaga untuk barang jualan seperti buku ilmiah, pakaian solat, dan juga makanan [4]. Oleh itu, melalui kajian ini, penulis akan melihat perbahasan di kalangan ulama’ berkaitan hukum berjual beli di masjid serta amalannya di Malaysia.

PENGURUSAN MASJID DI MALAYSIA

(2)

Berdasarkan organisasinya yang tersusun, masjid dilihat mampu untuk mengurus institusinya sendiri secara lebih profesional dan cekap. Maka, inisiatif untuk menjana pendapatan masjid sendiri melalui aktiviti jual beli wujud di banyak masjid di Malaysia. Sebagai contoh, masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, menyediakan hampir 20 buah gerai di sekitar halaman masjid yang menjual barangan seperti kelengkapan solat, pakaian muslimah, makanan sunnah, dan gerai menjual buku. Keadaan ini juga berlaku di beberapa buah masjid lain di sekitar Selangor, tetapi berbeza jumlah gerai bergantung kepada saiz masjid masing-masing.

JUAL BELI DALAM ISLAM.

Jual beli merupakan kegiatan antara dua pihak iaitu penjual dan pembeli [5]. Para sarjana telah memberikan pelbagai definisi mengenai jual beli, antaranya [6]:

i- Imam al-Razi, di dalam kitabnya Mafatih al-Ghaib, memberi definisi perniagaan sebagai sejenis transaksi barang-barang yang wujud, belum atau tidak wujud. ii- Ibnu Khaldun di dalam kitabnya al-Muqaddimah mendefinisikan jual beli

sebagai satu cara perluasan modal.

iii- Al-Alusi di dalam kitabnya Ruh al-Ma’ani, mendefinisikan perniagaan sebagai bentuk prosedur pemusingan modal bagi memperoleh keuntungan sama ada untuk pembeli atau penjual.

iv- J.F. Steiner dan G.A. Steiner menyatakan bahawa perniagaan sebagai satu usaha untuk mendapatkan keuntungan melalui pengeluaran barangan atau memberikan perkhidmatan [7].

Berdasarkan definisi – definisi yang telah dinyatakan, bolehlah disimpulkan bahawa

al-Razi menyatakan bahawa jual beli adalah pertukaran barang, sama ada pertukaran itu berbentuk barang dengan barang, barang dengan wang, mahupun barang dengan perkhidmatan. Manakala Ibnu Khaldun, al-Alusi dan Steiner mengaitkan jual beli dengan modal dan keuntungan. Oleh itu, secara konseptualnya jual beli memberi maksud transaksi di antara dua pihak (penjual dan pembeli) berdasarkan modal tertentu untuk memperolehi keuntungan dengan akad (perjanjian) yang dipersetujui oleh kedua pihak.

(3)

Islam meraikan fitrah manusia yang berkemahuan untuk mengumpul harta, salah satu caranya ialah melalui perniagaan. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu”. (2:198)

Dalam usaha untuk memastikan jual beli tersebut halal, beberapa prinsip wajib diamalkan iaitu urusniaga tanpa riba, tiada unsur penipuan, melindungi hak penjual dan pembeli serta jujur dan amanah. Sepertimana hadis Rasulullah saw:

Bermaksud:“Peniaga yang jujur dan amanah akan ditempatkan bersama-sama para

Nabi, orang-orang salih dan para syuhada.[8]” (HR Al-Tirmidhi)

Prinsip halal dan haram yang boleh diinterpretasikan di dalam muamalat Islam yang dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi sepertimana berikut [9]:

i. Asal segala sesuatu adalah harus (dibolehkan).

ii. Kuasa halal dan haram adalah hak Allah swt semata-mata.

iii. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, sama dengan syirik kepada Allah swt.

iv. Pengharaman membawa kepada keburukan dan bahaya.

v. Penggunaan halal tidak lagi berhajat kepada penggunaan haram. vi. Apa yang membawa kepada perkara yang haram, hukumnya haram. vii. Haram membuat tipu helah untuk perkara yang haram.

viii. Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.

ix. Memelihara diri dari perkara yang shubhah, iaitu samar-samar. x. Sesuatu yang haram itu tetap haram kepada semua.

xi. Darurat membolehkan sesuatu yang dilarang [10].

Berdasarkan prinsip tersebut, sesungguhnya Allah swt telah menjelaskan sesuatu yang haram dan apa yang tidak dinyatakan akan keharamannya maka perkara itu adalah harus, selagimana terangkum di dalam adat dan muamalat bukannya ibadat [11]. Syariat Islam juga terkandung di dalamnya prinsip memudahkan, toleransi dan tidak membebankan. Syariat Islam juga apabila dikaji dengan lebih mendalam, dapat kita lihat bahawa jika Allah menyempitkan satu bidang, maka Allah memberi kelonggaran dalam bidang lain. Ini juga dijelaskan oleh Ibnu Qayyim iaitu [12]:

(4)

mengharuskan untuk mereka apa yang dapat memenuhi keperluan mereka (dengan jalan yang halal) agar memudahkan mereka meninggalkan perkara yang haram. (Contohnya) Syarak mengharamkan ke atas mereka jual beli (dengan bertukar) rutab (kurma basah/ berkualiti) dan tamar (kurma kering) (yang dimaksudkan adalah jual beli riba) dan menggantikannya dengan mengharuskan (untuk mendapatkan tamar/ rutab) dengan sistem pinjaman, sebagaimana mengharamkan ke atas mereka melihat kepada ajnabi, tetapi dibolehkan dalam melihat tunang, dalam bermuamalah dan merawat pesakit…”

Antara aspek lain yang perlu dilihat dalam mengaplikasikan prinsip ini ialah dari sudut fiqh waqi’iyyah (semasa) iaitu fiqh yang perlu mengambilkira realiti, keperluan, uruf dan maslahah semasa dan setempat dalam proses penilaian dan pengenalpastian hukum bagi persoalan-persoalan yang juga bersifat semasa dan setempat tanpa perlu terikat secara rigid kepada hasil ijtihad para fuqaha lepas [13]. Namun, dalam penentuan sesuatu hukum, bukanlah berdasarkan akal dan hawa nafsu semata-mata, ianya perlu didasari dengan nas yang sahih, mengambilkira maslahah, maqasid dan terbuka (fiqh yang tidak ta’asub kepada pandangan mazhab) [14].

Oleh itu, para ulama’ dalam membahaskan hukum jual beli di dalam masjid telah melihat pelbagai aspek termasuk kemaslahatan mahupun kemafsadatan sesuatu penetapan hukum.

HUKUM JUAL BELI DI MASJID.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, jual beli adalah diharuskan. Namun, sesuatu hukum itu boleh berubah mengikut keadaan, masa, tempat dan adat. Menurut Muhammad, perubahan hukum yang dimaksudkan oleh sebahagian ulama’ antaranya al-Syatibi, al-Qarafi dan Ibnu al-Qayyim adalah menggantikan hukum syara’ (bukan menasakhkan) yang furu’ berdasarkan kemaslahatan, ini kerana syariat Islam didirikan berlandaskan maslahah yang membolehkan ianya berubah mengikut keadaan, masa, dan uruf [15].

(5)

Al-Syirazi di dalam al-Majmu’ dan Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni

menyebut bahawa harus bagi orang yang sedang beriktikaf untuk berjual beli dan tidak berlebih-lebihan sehingga melengahkan waktu solat dan menggangu ibadah jema’ah lain kerana ianya membawa kepada makruh [16, 17]. Mereka merujuk pendapat Imam Syafie yang menyebut di dalam al-um [18]:

Yang bermaksud: dibolehkan orang yang sedang beriktikaf itu berjual beli [19]…

Kemudian al-Syirazi juga mendatangkan beberapa pendapat ulama’ yang berbeza pandangan berkaitan hukum jual beli bagi orang yang beriktikaf iaitu:

i- Al-Mawardi mengatakan bahawa jual beli makruh bagi semua yang berada di dalam masjid samaada beriktikaf atau tidak di samping tidak membatalkan ibadah ‘iktikafnya.

ii- Ibnu al-Sabbagh pula menyatakan sekiranya orang yang beriktikaf itu berjual beli maka adalah diharuskan berdasarkan pendapat Imam Syafie dalam al-Umm [20].

iii- Menurut al-Qadhi Abu al-Tayyib, al-Buwaiti menyebut tentang masalah ini yang berbunyi :

“Sekiranya orang yang beriktikaf atau tidak iktikaf berjual beli, maka hukumnya adalah makruh”

Al-Qadhi menyambung lagi, makruh di sini disebabkan oleh tempat itu adalah masjid bukan kerana sebab ibadah ‘iktikaf tersebut.

iv- Al-Mutawalli pula berpendapat apabila orang yang beriktikaf menyibukkan diri dengan berjual beli kerana amat berhajat kepada barang tersebut, maka diharuskan.

v- Al-Darimi menerangkan dimakruhkan bagi orang yang iktikaf berjual beli di dalam masjid.

(6)

Bermaksud: Rasulullah saw melarang berjual beli di masjid [22].

(HR Abu Dawud) Menurutnya lagi pandangan ini disokong pula oleh al-Syaukani yang mengatakan bahawa [23]:

“Hadis di atas menunjukkan pengharaman jual beli di masjid, namun, pendapat jumhur mengatakan bahawa “ﻲ ﳯ ا” di dalam hadis menunjukkan makruh.

Kesimpulan bagi pendapat ulama’ di atas didapati bahawa perbezaan pandangan Ulama’ berkisar di antara hukum makruh dan harus terhadap amalan berjual beli di dalam masjid. Dalam konteks Malaysia, aktiviti jual beli di masjid tidak berlaku di dalam masjid bahkan aktiviti tersebut hanya berlaku di luar atau halaman masjid. Di samping penjual dan pembeli perlu mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran masjid, antaranya menghentikan sebarang transaksi jual beli sebelum dan semasa solat jema’ah berlangsung, menjaga kebersihan kawasan masjid, barang yang dijual dijamin halal dan sebagainya [24].

Merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), terdapat dua negeri di Malaysia yang mengeluarkan Garis Panduan yang berkaitan jual beli di masjid iaitu Negeri Selangor dan Negeri Melaka [25, 26]. Garis Panduan bagi Negeri Selangor menyebut pada perkara 5.4 iaitu ‘Larangan Bersyair, Berjual Beli dan Berhimpun di dalam Masjid sebelum Solat’. Larangan berjual beli di sini adalah merujuk di dalam masjid ketika waktu solat atau hampir waktu solat. Ini kerana ianya mengganggu konsentrasi jema’ah jika disibukkan dengan urusan jual beli. Sepertimana yang dipraktiskan di Masjid Negeri, Shah Alam, jual beli hanya dibenarkan di luar masjid (halaman), manakala tiada gerai yang dibenarkan beroperasi semasa azan dan solat.

Manakala, Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka lebih diperincikan berkaitan penggunaan wang masjid sebagai modal perniagaan atau pelaburan. Merujuk perkara 5.7, garis panduan tersebut menyatakan bahawa :

‘Harus menggunakan dana masjid/surau sebagai modal pelaburan untuk menjana pendapatan, berdasarkan beberapa peraturan yang ditetapkan pihak MAIN’ [27]

(7)

FENOMENA MASJID SEMASA: PROSPEK DAN CABARAN AKTIVITI MASJID HARI INI.

Prospek

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kita dapat melihat bahawa aktiviti perniagaan yang dilakukan di dalam masjid mempunyai prospek dan cabarannya yang tersendiri. Antara prospeknya adalah:

a. Potensi untuk Institusi Masjid Bergerak secara Mandiri.

Kewangan institusi masjid yang stabil dapat menjamin kelancaran perjalanan aktiviti institusi tersebut. Oleh itu, aktiviti perniagaan merupakan satu alternatif untuk institusi masjid menjana pendapatan tambahan selain dari peruntukan dan sumbangan sedia ada. Merujuk kepada laporan beberapa buah masjid di sekitar selangor menunjukkan bahawa hampir 80 peratus dana masjid bergantung kepada sumbangan (kutipan jumaat, sumbangan syarikat dan sebagainya) [28]. Pendapatan mandiri hasil dari rumah sewa, gerai jualan dan pelaburan mewakili peratusan yang masih kecil [28].

b. Pemahaman bahawa Masjid sebagai Sebuah Institusi Mesra Komuniti

Tidak dinafikan bahawa institusi masjid mampu menjadi pusat pelbagai aktiviti untuk komuniti Muslim. Usaha pelbagai pihak dalam membawa institusi ini agar lebih mesra kepada semua peringkat umur terutama generasi muda, amatlah rancak dijalankan. Berdasarkan pemerhatian penulis, kemudahan yang disediakan di masjid seperti pusat jagaan kanak-kanak, padang mini untuk sukan, kafe siber, perpustakaan, koperasi, gerai pelbagai jualan dan sebagainya menunjukkan bahawa telah wujud usaha untuk menarik orang ramai dari pelbagai peringkat umur ke masjid [27,29,30]. Masjid juga tidak ketinggalan mengadakan karnival dan pesta sebagai satu inisiatif memberikan hiburan Islamik kepada masyarakat [31]. Aktiviti-aktiviti tersebut bertepatan dengan tuntutan pengimarahan masjid iaitu [32]:

i- Mengajak manusia bertaqwa dan menjauhi maksiat. ii- Meninggikan syiar Islam dan menghapuskan syirik.

(8)

Secara umumnya difahami bahawa aktiviti pengimarahan adalah untuk menyebarkan ajaran Islam melalui pelbagai program tanpa mengira sasaran, kerana Islam diturunkan untuk semua peringkat umur, bangsa, tanpa mengira warna kulit. Oleh itu, inisiatif mempelbagaikan program pengimarahan masjid amat bertepatan dengan situasi masyarakat hari ini yang memerlukan kepada metod dakwah yang sesuai dengan zaman moden ini. Oleh itu, aktiviti jual beli, karnival dan sebagainya, bukanlah dilihat sebagai menggangu perjalanan fungsi masjid, malahan ianya membantu menaikkan institusi masjid menjadi lebih mesra masyarakat dengan mendapat kunjungan dari pelbagai peringkat umur.

Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIN) telah melancarkan satu gagasan masjid yang dinamakan ‘Masjid Madani’ bermula Januari 2012 [33]. Konsep Masjid Madani yang diperkenalkan ini membawa maksud masjid terkehadapan dari aspek pengimarahan dan menjana tenaga menjadikan masjid sebagai pusat tranformasi untuk membangun masyarakat Islam dengan cemerlang.

Antara fokus utama yang diperjuangkan di dalam penubuhan masjid madani ini ialah ciri masjid yang mesra masyarakat. Bagi mewujudkan suasana ini, kemudahan berikut turut disediakan iaitu dewan serbaguna untuk majlis keraian, kemasyarakatan dan sukan, bilik seminar/kuliah, kemudahan OKU, kedai serbaneka, pusat jagaan harian kanak-kanak, penginapan musafir, pusat rawatan Islam dan kafeteria.

Cabaran

Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa cabaran yang perlu diatasi oleh semua pihak yang komited dengan masjid sebelum aktiviti ini dapat dijalankan. Antara cabarannya adalah:

a. Cabaran Hukum dan Persepsi Masyarakat Masjid sebagai Institusi Ibadah.

(9)

b. Ketiadaan mekanisme untuk latihan ahli jawatankuasa masjid bagi tujuan ini.

Belum ada latihan yang cukup untuk mengendalikan tempat perniagaan dalam kawasan masjid.

PENUTUP

Dalam kerangka membina masyarakat Islam yang maju dan berwawasan dari aspek sosial, politik mahupun ekonomi, perlu dilihat kepada sejauhmana peranan institusi masjid itu dihidupkan. Ini membuktikan bahawa peri pentingnya institusi tersebut dalam membawa perubahan kepada masyarakat terutamanya aspek ekonomi.

Dengan garis panduan yang ditetapkan syariat iaitu mengharuskan aktiviti jual beli di masjid (termasuklah di halaman masjid) maka sebaiknya ia dimanfaat. Aktiviti jual beli tersebut tidak terhad kepada jual beli pertukaran barang sahaja malah meliputi sebarang aktiviti, program yang dapat memberi keuntungan. Di samping itu, pengurusan dan pentadbiran masjid yang kompeten dapat menjamin kelangsungan dakwah yang dimainkan oleh institusi masjid.

(10)

RUJUKAN:

[1] Said, J., et al., 2013. Financial Management Practices in Religious Organizations: An Emperical Evidence of Mosque in Malaysia, Canadian Center of Science and Education: International Business Research, 6/7, 111.

[2] Azam, M., 2013. Financial Management Practices of Mosque in Malaysia. Journal of The Committee on Publication Ethics (COPE), 3/1, 24.

[3] Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 Petaling Jaya; Masjid Al-Salam, Subang; Masjid Al-Furqan, Damansara.

[4] Fidlizan, M., et al., 2008. Mobilasi Wang Jumaat: Membentuk Dana Usahawan Muslim” (Makalah, Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 15 Oktober 2008), 7.

[5] S. Adwam Wafa, S. M. G. W., et. al, 2005. Pengantar Perniagaan Islam, Selangor: Prentice Hall, 12.

[6] Daud, M., 1995. Perniagaan Menurut Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications, cet. Ke-2, 1.

[7] Steiner, J.F., Steiner, G.F., 2012. Business, Government and Society. Mc Graw Hill. 13th Edition, 4.

[8] Hadis riwayat al-Tirmidhi, Kitab al-Buyu’, Bab ma jaa fi al-tujjar, menurut Abu ‘Isa hadis ini ialah Hadis Hasan.

[9] Al-Qardhawi, Y., 1980. Halal wa Haram fi Islam. Beirut : Maktab al-Islami.

[10] Al-Qardhawi, Y., 2013. Halal dan Haram dalam Islam. Terj. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Pustaka Cahaya Kasturi, 2.

[11] Mohd Anuar et. al., Prinsip-Prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf al-Qardhawi, Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[12] Al-Jauziyah, Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. Jeddah: Dar Ibn al-Jauzi, j.3, 1423h, 415.

(11)

[14] Abdullah, A., 2010. Konsep dan ciri-ciri fiqh lestari: ke arah mengarusperdanakan fiqh dalam kehidupan masyarakat, Jurnal Syariah, 18/3, 520.

[15] Ibrahim, M. Y., 2007. Al-Fatwa, Qahirah: Jami’ah Amrikiyyah al-Maftuhah, cet. Pertama, 367.

[16] Al-Aqfahasi, I.I.a.S., 2007. “Tashil al-Maqasid li Zuwwari al-Masajid”. Cet. Pertama, Dar al-Sami’e, Riyadh, 258. dan Al-Syirazi, Kitab al-Majmu’. Jeddah: Maktabah al-Irsyad, 6, 561.

[17] Ibnu Qudamah, al-Mughni, Qahirah: dar al-Hadis, 4/284.

[18] Al-Syirazi, Majmu’, dan Um, 2/105, Kitab I’tikaf dan Mukhtasar al-Muzni, 60, Bab al-I’tikaf.

[19] Al-Um, Dar Ihya’ Turath al-‘Arabi, J.2, 421.

[20] Al-Andalusi Abi Umar Yusuf, Istizkar, Qahirah: maktabah Thaqafah al-Diniah, cet. Pertama, J. 10, 1993, 281.

[21] Al-Zuhaili Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, cet. Pertama, J.2, 1984, 717.

[22] Riwayat Abu Dawud, 1/1079. Al-Tirmidhi, 2/223.Al-Nasai, 2/317. Ibnu Majah, 1/749. Ahmad, 2/179,212. Al-albani mengatakan di dalam Sahih al-Sunan bahawa hadis ini isnadnya hasan.

[23] Al-Albani, M.N., 2004. “Kitab Ahkam al-Masajid”, Cet. Pertama, Gharras, Kuwait, 117.

[24] Garis Panduan Peniaga, Masjid Negeri, Shah Alam.

[25] Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau di Negeri Selangor, 2012.

[26] Buku Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid dan Surau Negeri Melaka, 2012.

[27] New Straits Times. Mosque holds mini sports day, 28/12/2012.

[28] Laporan mesyuarat agung tahunan 2012, Masjid Falah Subang, Masjid al-Ehsan SS 4A, Masjid al-Nur Kg Melayu Subang, Masjid al-Islamiah Kg. Lindungan, Masjid Kolej Islam Malaya, Masjid Makmuriah Kg. Sg. Kayu Ara, Masjid al-Islamiah Kg. Lindungan, Masjid al-Rahmah Sg. Buaya, Masjid Noor Hidayah Felda Sg Tengi.

(12)

[30] Berita Harian, 2011. Angkasa sasar 6,600 koperasi masjid di seluruh Negara, 10/11/2011. Lihat juga: Berita Harian. Angkasa sasar tubuh 1000 Koperasi Kariah Masjid di seluruh Negara.

[31] New Straits Times. Mosque to hold grand celebrations, 21/1/2013. dan New Straits Times, Classic bicycles on display at Penang oldest mosque: The Masjid Kapitan Keling and IndianMuslim Community in Malaysia hopes to attract at least 2,000 people to their Classic Bicycle Fiesta on Saturday, 27/6/2013.

[32] Abdul Munir Ismail, 2012. Urus Tadbir Masjid Berkesan. UPSI., 9.

Referensi

Dokumen terkait

proses pengeditan dan operasi lain dapat dilakukan dengan cepat dibutuhkan resolusi yang sama untuk ketiga sinyal Beberapa jenis VGA untuk video digital:.. CGA (Color

Yang menjadi masalah adalah, komputer client yang memang tidak disiapkan secara khusus sebagai server tentu saja tidak akan bekerja optimal saat memberikan

1. Masyarakat perlu mendapat perlindungan dalam bentuk perbuatan anti sosial yang merugikan serta membahayakan masyarakat. Masyarakat perlu mendapat perlindungan

Masjid tidak hanya sebagai tempat untuk menunaikan solat ataupun tempat untuk merayakan hari besar keagamaan, tetapi juga dapat difungsikan sebagai pusat dakwah, pusat ekonomi

(1) dan Muslim dengan no.. 4- Hendaklah masjid yang diiktikaf di dalamnya didirikan di dalamnya solat jemaah: dan itu adalah apabila tempoh Iktikaf berkenaan diselangi oleh

Galian tanah untuk pemasangan pipa dilaksanakan dengan galian tanah biasa dengan kedalaman disesuaikan dengan diameter pipa yang akan dipasang,

kepribadian manusia dan dimensi kepribadian yang didapatkan dari metode analisis faktor yang bersifat steril dan tidak bermakna, kecuali jika sudah terbukti mempunyai suatu

100 Evaluasi capaian kinerja pembangunan sanitasi dapat dilihat dari penyimpangan target dengan capaian sasaran masing-masing sub sektor dilakukan untuk menemukan