• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Tindakan Aku Terkini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kajian Tindakan Aku Terkini"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATAN 2 MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK LITAR ELEKTRONIK KEPADA LITAR BERGAMBAR.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya serta keizinannya maka saya dapat menghasilkan laporan kajian tindakan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses saya menyiapkan laporan ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Puan Hajjah Norizan binti Rashid, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Ahmad Jailani bin Kamaroddin, Guru Kanan Teknik dan Vokasional, Puan Aminah binti Akasah, rakan-rakan guru kemahiran hidup, Encik Abdul Majid bin Mat zain, Encik Lokman bin Ramdan Mohamed dan Puan Rossiffa Murni binti Ahmad di atas kerjasama baik yang diberikan. Di samping itu ucapan terima kasih juga kepada murid-murid tingkatan 2 yang memberi kerjasama yang baik sewaktu saya menjalankan kajian tindakan ini.

Sekalung penghargaan juga kepada unit perkembangan staf SMK Sultan Azlan Shah kerana memberi peluang kepada saya menimba ilmu di Seminar Kajian Tindakan Kurikulum 2011 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak, Gerik, Perak. Pengalaman dan bahan yang diperolehi di seminar itu telah banyak membantu saya membuat kajian tindakan ini. Selain itu secangkir penghargaan ini juga ditujukan kepada setiausaha perkembangan staf SMK Sultan Azlan Shah atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan laporan kajian tindakan ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, yang terlibat dalam penulisan Modul Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 yang menjadi rujukan utama saya sewaktu menghasilkan kajian tindakan ini.

(2)

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk tujuan membantu meningkatkan kemahiran murid-murid tingkatan 2 menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada Lukisan bergambar kerana tajuk pelajaran ini dilaksanakan di dalam modul 2, kertas 2 Peperiksaan PMR iaitu kerja kursus yang memberi markah sebanyak 10% dan ia juga terdapat dalam soalan objektif kertas 1 Peperiksaan PMR iaitu sekurang-kurangnya 5 soalan daripada 60 soalan keseluruhan. Adalah satu kerugian jika murid gagal menguasai kemahiran tersebut kerana ia mampu memberi impak yang besar kepada markah calon dalam peperiksaan mata pelajaran kemahiran Hidup mereka. Justeru itu satu kajian tindakan telah dilaksankan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar. Guru menggunakan beberapa kaedah semasa membuat tinjauan awal kajian iaitu kaedah pemerhatian, edaran borang soal-selidik dan ujian-Pra. Pelaksanaan kajian pula menggunakan satu kaedah ICT (Teknologi maklumat dan komunikasi) menterjemah litar skematik kepada lukisan bergambar yang dibangunkan oleh Guru-Guru Cemerlang Kemahiran Hidup Negeri Perak. Kaedah ini mampu menarik minat murid untuk cuba menterjemah lukisan skematik bagi apa juga litar elektronik yang diberikan kepada mereka. Selain itu, Ujian Pos juga dilaksanakan bagi membuat penilaian akhir keberkesanan penggunaan ICT menterjemah lukisan skematik yang telah digunakan dalam pelaksanaan kajian. Tinjauan awal kajian didapati daripada pemerhatian semasa proses P & P dijalankan, pemerhatian semasa latihan menterjemah litar dan Ujian-Pra didapati bahawa majoriti murid tingkatan 2 SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong yang merupakan responden kajian gagal menguasai kemahiran menterjemah lukisan skematik litar elektronik. Hasil daripada tinjauan awal kajian, maka kaedah tunjukcara melalui ICT ini dijalankan. Pendekatan dan kaedah ini amat sesuai diaplikasikan kerana dapatan daripada soal selidik didapati murid-murid telah dapat menguasai teknik menterjemah lukisan skematik dengan betul dan sistematik. Guru mendapati pelaksanaan tunjukcara melalui ICT yang dijalankan selama lebih kurang seminggu ini telah berjaya mengubah sikap bosan murid sewaktu mempelajari bab ini kepada sikap seronok dan minat untuk cuba menterjemah lukisan skematik litar elektronik. Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati timbul perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.

(3)

1.0. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu menjalankan proses P & P bagi tajuk menterjemah lukisan skematik litar elektronik didapati majoriti murid tidak dapat menguasai kemahiran menterjemah litar yang menjadi objektif utama pembelajaran. Sewaktu sesi amali, dimana murid dikehendaki menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar didapati mereka dilihat tercari-cari bagaimana untuk memulakan proses menterjemah litar tersebut dan didapati mereka menterjemahkannya dengan tidak bersistem di mana komponen-komponen elektronik disusun secara tidak teratur dan tanpa merujuk kepada kekutuban komponen tersebut. Jika begini terjemahan lukisan skematiknya, maka sudah tentulah projek litar elaktronik yang dihasilkan oleh mereka nanti tidak berfungsi. Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati di atas kegagalan ini, kerana guru telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid. Guru berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh itu, satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Guru perlu membuat suatu pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap tajuk pelajaran terjemahan litar ini. Satu kaedah penggunaan ICT akan diaplikasikan untuk menarik minat murid dan mengelakkan mereka hilang fokus semasa P & P dijalankan. Pendekatan menterjemah litar melalui ICT akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid Tingkatan 2 menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar.

2.0. ISU/MASALAH/FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada satu tajuk dalam tajuk elektronik iaitu menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar. Fokusnya tertumpu kepada kelemahan murid menterjemah lukisan skematik. Walau bagaimanapun fokus kajian ini amat besar dalam peperiksaan PMR kerana soalan yang berkaitan dengan tajuk menterjemah lukisan skematik bagaikan markah bonus bagi murid jika mereka dapat menguasainya dengan baik. Selain itu juga guru cuba mengenalpasti punca berlakunya kelemahan murid dalam kemahiran menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Dengan membantu murid-murid menguasai kemahiran menterjemah litar, guru berasa yakin murid-murid sasaran ini boleh menguasai kemahiran itu sepenuhnya. Perkara ini diharapkan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Kemahiran Hidup PMR. Saya mempunyai keyakinan, jika guru dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P & P, sikap negatif dan pencapaian murid bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup PMR akan mencapai tahap kelulusan 100%.

(4)

3.0. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu: 3.1. Objektif Am

3.1.1. Meningkatkan kemahiran murid menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar.

3.2. Objektif Khusus

3.2.1. Murid mahir menterjemah lukisan skematik litar elektronik dengan sistematik.

3.2.2. Meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup pada tahap cemerlang

4.0. KUMPULAN SASARAN

Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri daripada murid Tingkatan 2 Betha, SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Kumpulan ini seramai 10 orang murid lelaki daripada 18 orang murid lelaki semuanya dalam kelas tersebut. Murid-murid Tingkatan 2 Betha adalah murid yang berada pada tahap sederhana pencapaian akademiknya, tetapi berdasarkan taburan data Ujian-Pra didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat homogenous, maka guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti P & P. Berikut adalah data taburan Ujian Pra.

4.1. Ujian Pra

Murid-murid Tingkatan 2 Betha diberikan satu set soalan tajuk elaktronik dan mereka diminta menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Berdasarkan ujian ini didapati 10 orang pelajar ini tidak dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul. 10 orang inilah yang akan menjalani pembelajaran melalui ICT bagi meningkatkan kemahiran mereka. Keputusan ujian pra boleh dilihat bardasarkan jadual di bawah.

(5)

JADUAL 1: Bilangan Murid Tingkatan 2 Betha Yang Menjawab Soalan Ujian Pra Dengan Betul dan Salah

SOALAN BETUL SALAH JUMLAH

Bahagian A

Soalan menamakan komponen elektronik dan memadankannya dengan simbol komponen.

2 8 10

Bahagian B

Soalan menyenaraikan komponen elektronik yang berkutub.

2 8 10

Bahagian C

Soalan menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

0 10 10

Berdasarkan Jadual 1, murid yang menjawab setiap bahagian ialah murid-murid yang sama iaitu seramai 10 orang. Didapati jumlah murid-murid yang menjawab dengan salah dalam bahagian C seramai 10 orang yang sebahagianya juga gagal menjawab soalan bahagian A dan B. Oleh itu, murid-murid ini sahaja yang dipilih untuk menjalani aktiviti ini.

5.0. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti/Tugasan Tarikh

1. Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, soal

selidik dan Ujian-Pra 05/09/2011 – 06/09/2011

2. Makluman kepada Pihak Pentadbir tentang Kajian Tindakan

dan membuat perbincangan 06/09/2011

3. Menyediakan proposal Kajian Tindakan 07/09/2011 – 10/09/2011

4. Melaksanakan Kajian Tindakan 12/09/2011 – 20/09/2011

5. Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan 21/09/2011 – 27/09/2011

(6)

6.0. PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan masalah telah dilakukan untuk mengenalpasti punca dan masalah murid tidak mahir menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Tinjauan masalah yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah pemerhatian, soal selidik dan Ujian-Pra.

6.1. Tinjauan Masalah 6.1.1. Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian kepada tingkah laku murid sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar. Adalah di dapati majoriti mereka mempamerkan ekspresi muka yang keliru dan kelihatan terpinga-pinga serta tertanya-tanya. Perkara ini menjadikan mereka bosan dan hilang fokus semasa mengikuti pembelajaran bagi tajuk ini. Selain daripada pemerhatian semasa P & P saya juga membuat semakan latihan amali mereka menterjemah litar skematik dan didapati mereka gagal menterjemah lukisan skematik litar elektronik yang diberi dengan betul.

6.1.2. Soal Selidik

Kaedah kedua yang saya gunakan adalah kaedah soal selidik melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid. Barang soal selidik ini mengandungi 5 soalan mudah. Murid hanya perlu menanda jawapan “Ya” atau “Tidak” sahaja. Kutipan data daripada borang soal selidik ini secara tidak langsung dapat mengenalpasti punca kelemahan murid dalam menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

6.1.3. Ujian-Pra

Soalan Ujian-Pra terdiri daripada 5 soalan mudah, di mana murid-murid

dikehendaki menamakan simbol-simbol komponen elektronik pada litar skematik. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini adalah 5 minit mengikut masa yang rasional bagi menjawab soalan ini.

(7)

6.2. Analisis Tinjauan Masalah

Hasil daripada tinjauan masalah melalui tiga kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik dan Ujian-Pra, didapati bahawa murid-murid Tingkatan 2 Betha bukan tidak berminat tajuk elektronik tetapi majoriti daripada mereka keliru bagaimana untuk menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Berikut adalah data yang diperolehi hasil daripada tinjauan masalah menggunakan borang soal selidik.

Analisa Borang Soal Selidik Kajian

Hasil daripada tinjauan masalah berikut didapati murid keseluruhannya meminati tajuk pelajaran elektronik. 100% murid tahu dan kenal komponen-komponen elektronik ditunjukkan dan juga mengenali simbol-simbol komponen tersebut tetapi mereka gagal untuk menterjemahkan lukisan skematik yang hanya memaparkan gambar simbol

0 2 4 6 8 10

Minat Kenalpasti Komponen elektronik Mengenal kekutuban komponen Menterjemah lukisan skematik

Bilangan murid

Ya/Betul

(8)

komponen kepada lukisan bergambar yang lengkap di atas bod litar supaya boleh menjadi litar elektronik yang boleh berfungsi. Oleh itu satu pendekatan perlu dilaksanakan bagi memberi satu garis panduan untuk murid-murid dapat membaca dan seterusnya menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Ini bagi memastikan mereka dapat menghasilkan terjemahan litar yang betul dan menghasilkan litar elektronik yang betul dan boleh berfungsi. Jika ini dapat diadaptasi oleh murid-murid maka keterujaan mereka dalam menjalankan kerja amali menghasilkan projek elektronik akan meningkat dan ini secara langsung akan memberi impak yang baik dalam pemarkahan kerja kursus dan Peperiksaan PMR. Topik ini menjadi fokus kajian kerana selain daripada edaran borang soal selidik, pemerhatian melalui semakan latihan dan pemerhatian semasa P & P dilaksanakan sebelum ini, guru juga telah menjalankan satu Ujian-Pra. Berikut merupakan tahap pencapaian dan peratus pencapaian Ujian-Pra :

Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian-Pra

Berdasarkan carta didapati bahawa guru perlu mengambil suatu tindakan untuk mengatasi masalah tersebut kerana jelas menununjukkan bahawa terdapat 8 orang murid iaitu 80% yang gagal menjawab soalan di bahagian A dan B Ujian-Pra tersebut yang terdiri daripada 6 soalan. Manakala hanya kesemua murid iaitu 10 orang ataupun 0 2 4 6 8 10 12

Bahagian A Bahagian B Bahagian C

Gagal menjawab

(9)

100% murid gagal menjawab soalan daripada bahagian C. Selain itu juga Ujian-Pra tersebut menunjukkan kekeliruan murid tentang terjemahan litar elektronik. Sebagai contoh jawapan murid adalah seperti berikut :

Namakan komponen elektronik yang mewakili simbol di bawah.

Kapasitor

( Kesilapan murid keliru dengan menamakan simbol untuk Transistor dengan menjawab Kapasitor)

Justeru dapatan daripada tinjauan maslah tersebut, membuktikan bahawa satu tindakan wajar diambil mengatasi masalah murid dalam menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar dengan harapan kelemahan ini tidak menjadi barah yang mampu meragut minat murid untuk mendalami ilmu pelajaran elektronik yang amat berguna dalam kehidupan mereka.

6.3. PELAKSANAAN TINDAKAN

Tindakan yang diambil bagi menangani masalah murid keliru dan tidak mahir menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar, maka guru menggunakan kaedah pengajaran menggunakan ICT. Selain itu kaedah ini juga memberi satu panduan untuk teknik menterjemah lukisan skematik dengan langkah yang mudah dan bersistematik. Kaedah ini menunjukkan langkah demi langkah daripada mengenali simbol komponen kemudian perbezaan komponen yang berkutub dengan yang tidak berkutub serta fungsinya. Selepas itu terjemahan litar bermula dengan komponen elektronik yang paling dominan dan seterusnya menanda aliran punca positif dan negatif.

(10)

Langkah pertama dalam teknik pengajaran dan pembelajaran tajuk ini, guru terlebih dahulu menyediakan bahan-bahan seperti berikut:

1. Komputer 2. LCD Projektor 3. Skrin

4. Perisian ICT terjemahan litar 5. Kertas litar

6. Soalan-soalan latihan terjemahan litar

7. Komponen elektronik (Litar Kendalian Cahaya) 8. Alatan pemateri dan alatan tangan kerja elektrik.

Langkah kedua guru akan mengedarkan kertas litar kepada pelajar dan satu set soalan litar elektronik. Guru akan menunjukcara bagaimana terjemahan litar dilakukan kaedah ICT dan bagaimana komponen-komponen elektronik disusun dengan betul melalui tayangan perisian ICT yang telah disediakan. Langkah-langkah akan ditayangkan pada skrin yang menunjukkan bagaimana sambungan litar yang sepatutnya dan bagaimana menterjemahkan lukisan skematik tersebut berdasarkan panduan aliran punca positif dan negatif litar itu. Langkah menterjemah litar yang ditayangkan bermula daripada terjemahan litar yang paling mudah kepada terjemahan yang sederhana dan setelah murid boleh menguasai aras rendah dan sederhana maka terjemahan tersebut akan bergerak kepada terjemahan litar yang lebih tinggi.

Langkah ketiga guru mengarahkan murid merujuk kepada kertas litar dan litar skematik yang terdapat di dalam soalan-soalan terjemahan litar..Dengan berpandukan tayangan LCD sebentar tadi pelajar dikehendaki membaca lukisan skematik itu dahulu dan seterusnya menterjemahkannya dengan cara melukis lukisan bergambarnya diatas kertas litar yang ada pada mereka. Latihan ini dimulakan dengan litar yang paling mudah dan apabila mereka telah mengusai kemahiran pada tahap tersebut, guru akan berpindah kepada litar yang sederhana sukar dengan menjlankan tunjukcara melalui

(11)

tayangan LCD. Pelajar kemudiannya akan mengaplikasikan kaedah tersebut untuk membaca dan seterusnya menterjemah lukisan skematik litar tersebut kepada lukisan bergambar. Pelajar akan bertukar-tukar kertas lukisan bergambar hasil daripada terjemahan lukisan skematik tersebut untuk mencari kesalahan aliran litar bergambar yang telah dihasilkan oleh rakan mereka. Jika terdapat kesalahan pembetulan akan dilakukan pada ketika itu juga.dan pelajar perlu memberi alasan mengapa kesalahan itu berlaku. Begitulah seterusnya untuk litar yang lebih sukar di mana guru dan pelajar akan menggunakan kaedah yang sama untuk memastikan mereka benar-benar faham dan menguasai teknik terjemahan lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

Bagi membuat penilaian akhir, satu Ujian-Pos telah dijalankan dan berikut adalah dapatan daripada Ujian-pos itu.

Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian-Pra

Berdasarkan keputusan tersebut, didapati terdapat peningkatan ketara pada pelajar dalam konteks menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Di dalam carta 5 dapat disimpulkan bahawa peningkatan 100% apabila merujuk kepada Ujian-Pra di mana terdapat 2 orang pelajar yang gagal menjawab soalan bahagian A dan bahagian B, manakala bagi bahagian C kesemua pelajar gagal menjawab soalan tersebut. Walau bagaimanapun dengan mempraktikkan kaedah pembelajaran melalui penggunaan ICT dan perisian menterjemah litar didapati semua pelajar dapat membuat terjemahan 0 2 4 6 8 10 12

Bahagian A Bahagian B Bahagian C

Ujian Pra

(12)

lukisan skematik kepada lukisan bergambar dengan tepat dan betul. Saya berasa lapang dada atas perubahan di kalangan murid sasaran ini, di mana mereka telah berjaya menguasai kemahiran menterjemah lukisan skematik ini. Dengan kaedah ini juga didapati murid-murid dilihat lebih berkeyakinan untuk membuat terjemahan lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Dapat dilihat apabila mereka menterjemahkan litar skematik kepada litar bergambar dan seterusnya memasang komponen pada bod litar sebenar mengikut lukisan bergambar yang mereka hasilkan dan litar tersebut berfungsi, mereka kelihatan begitu berpuas hati serta berbangga dengan hasil usaha mereka.

Tindakan yang dilaksanakan sungguh berkesan dalam mengatasi masalah kajian. Hasil kajian menunjukkan perubahan kepada murid-murid amat tinggi nilainya jika dibandingkan dengan kos perbelanjaan dan tenaga yang digunakan dalam menyelesaikan kajian ini.

7.0. PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN

Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan ini berjaya dilaksanakan walaupun menghadapi pelbagai kekangan. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, maka saya mendapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran guru serta amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronkkan. Namun terdapat juga kelebihan dan kelemahan yang boleh diperbincangkan untuk kebaikan di masa akan datang.

Kelebihan

Saya amat berpuas hati apabila melihat pencapaian murid-muird dalam ujian yang menunjukkan peningkatan yang begitu baik dan memberansangkan. Perkongsian kaedah pengajaran ICT dalam tajuk ini bersama-sama rakan guru kemahiran hidup yang lain menunjukkan mereka juga mampu memberi kefahaman yang lebih baik kepada murid kelas mereka. Kini dengan menggunakan kaedah ini masalah pengajaran dalam tajuk elektronik bagi terjemahan litar tidak lagi menjadi masalah dan murid juga menunjukkan minat yang mendalam serta bersungguh-sungguh sewaktu mengikuti tajuk pelajaran ini.

(13)

Kelemahan

Walaupun secara keseluruhannya analisis menunjukkan hasil yang amat baik dalam kefahaman murid bagi tajuk ini, namun kekurangan latihan yang berterusan akan membuat murid lupa kembali teknik terjemahan litar ini. Sesungguhnya teknik ini perlu dipraktikkan selalu dengan mencuba terjemahan lukisan-lukisan skematik yang berlainan dan tahap kesukaran yang lebih tinggi.

8.0. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Penekanan pembelajaran terjemahan litar ini boleh diterapkan di dalam aktiviti kelab kemahiran Hidup dalam aktiviti Ko Kurikulum. Dengan cara ini pelajar yang berminat dengan pembelajaran elektronik dapat meneruskan minat mereka dan mengasah terus kemahiran mereka dalam proses menterjemah litar elektronik. Mereka ini pula akan menjadi pakar rujukan kepada rakan-rakan mereka yang lain yang tidak berkesempatan menjadi ahli kelab Kemahiran Hidup. Semoga usaha murni ini diberi laluan yang mudah dan diberkati oleh Allah Subhanahuataala.

(14)

BIBLIOGRAFI

Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. (2010). Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Malaysia

Kamus Dewan, Edisi Baru, (2001), Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Najib Konting, (1990 ). Keadah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurulhuda Abd Rahman et. al. (Eds.) (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD 3026. Tg. Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. UPSI

Nasrudin Abd Rahim & Kamarul Ariffin Noordin. (2003). Asas Litar Elektrik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

(15)

LAMPIRAN 1

SOALAN UJIAN-PRA

1. Nyatakan nama komponen elektronik bagi simbol yang ditunjukkan di bawah

Simbol Nama komponen

A B C D E F

(16)

2. Rajah menunjukkan lukisan skematik satu projek elektronik.

Berpandukan lukisan itu, terjemahkannya dengan menggunakan garisan pada komponen yang ditunjukkan di bawah. ( Garisan hendaklah menggunakan pensel )

(17)

LAMPIRAN 2

(18)
(19)

LAMPIRAN 3

CD PERISIAN ICT KAEDAH MENGAJAR TAJUK MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK KEPADA LUKISAN BERGAMBAR.

Referensi

Dokumen terkait

Metoda kajian objek studi dibagi kedalam tiga bagian, yang terdiri dari: (1) pengungkapan bentuk arsitektur, pembahasan secara garis besar terhadap objek Arsitektur yang diamati,

Pada tahun 2011, rasio pajak daerah dan retribusi daerah per PDrB Provinsi sulawesi Tengah memiliki nilai yang sama dibandingkan dengan rasio secara nasional.. Kondisi

Adapun eksperimen yang dilakukan dalam penelitian ini adalah pengembangan dari penemuan-penemuan sebelumnya, menurut Edwards (2012) bakteri/mikroba memiliki

TRADING BUY : Posisi beli untuk jangka pendek / trading , yang menitikberatkan pada analisa teknikal dan isu-isu yang beredar. NEUTRAL : Tidak mengambil posisi pada saham

. ?empat merupakan saluran distribusi yaitu serangkaian organisasi yang saling tergantung yang saling terli"at dalam proses untuk menadikan produk atau asa siap untuk

Sub Specialist for Local Government & Public Policy 7.0 Asep Beno Sundayana, Drs.. I Wayan Sudharta,

Dari hasil penelitian deskriptif yang diadakan pada waktu bakti sosial wabah skabies di Dusun Gunung Pentul, Pengasih, Kulonprogo diperoleh hasil bahwa keadaan lingkungan di