• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi CTU263 9/5/2013.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGENALAN. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi. 4.4 Nilai dan Etika Komunikasi CTU263 9/5/2013."

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN

PENGENALAN

2

HASIL PEMBELAJARAN

• Menghuraikan nilai dan etika komunikasi serta halangannya. KANDUNGAN 4. Komunikasi dalam Pengurusan Islam 4.1 Definisi Komunikasi 4.2 Fungsi Komunikasi 4.3 Metod Komunikasi menurut Al-Quran 4.4 Nilai dan Etika

Komunikasi 4.5 Halangan dalam

Komunikasi

3

Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah

engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap

mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati

kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari

sekitarmu,….” (Ali Imran ayat 159)

Rasullullah SAW adalah komunikator yang hebat,

setiap pesan yang baginda sampaikan pasti

berkesan di hati para sahabat, bahkan di hati

kaum kafir yang memusuhinya.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

4

Dari firman Allah SWT tersebut, betapa besar

kesannya komunikasi dalam hidup manusia sebagai

mahluk sosial.

Menurut pakar komunikasi, 70% dalam 24 jam,

waktu manusia diisi dengan komunikasi. Begitu

banyaknya waktu yang kita habiskan dalam

komunikasi. Salah komunikasi atau

misscommunication akan mengakibatkan salah

tanggapan.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

5

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang sangat

baik dengan jiran tetangganya.”

Banyak lagi hadis-hadis yang menyuruh kita untuk

mencintai saudara kita sesama muslim seperti kita

mencintai diri kita sendiri.

Semua ini membuktikan betapa kita harus mampu

berkomunikasi dengan nilai-nilai Islam, hingga lidah

kita tidak sampai menyakiti orang lain, bahkan

sebaliknya setiap kata yang diucapkan dapat

menyejukkan hati.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

6

Allah SWT berfirman, “Hai

manusia, sesungguhnya Kami

menciptakan kamu sekalian dari

seorang lelaki dan seorang

perempuan serta menjadikan kamu

sekalian berbangsa-bangsa dan

bersuku-suku supaya kamu saling

mengenal, sesungguhnya orang

yang paling mulia di antara kamu

sekalian di sisi Allah adalah yang

paling takwa di antara kamu”. (Al

Hujurat: 13)

(2)

7

Dari ayat ini, Allah SWT menyuruh kita untuk saling

mengenal, mestipun berbeza suku, berbeza

bangsa, berbeza budaya, berbeza warna kulit,

sebagai manusia kita harus menjalin komunikasi

yang baik.

Selanjutnya Allah SWT juga menegaskan yang

paling mulia di sisi Allah adalah manusia yang

paling bertakwa kepada Allah SWT.

8

Allah SWT berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan yang

maha penyayang itu adalah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Al-Furqan: 63)

Rendah hati (tawaduk) dan mengucapkan kata-kata

yang baik (qaulan salamah). Rendah hati adalah sifat yang sangat mulia, orang yang tawaduk akan tercermin dari sifat dan tingkah lakunya.

Dalam pergaulan orang yang tawaduk pasti disenangi,

bila berkata sewajarnya, kepada yang lebih tua kita menghormati, kepada yang lebih muda kita sayangi. Orang seperti ini bila ditakdirkan jadi pemimpin, ia akan tampil sebagai pemimpin yang amanah.

9

Aplikasi Komunikasi dalam Pengurusan Islam:

• Berbicara dengan bahasa yang lemah lembut

(qawlan maysuran)

• Menggunakan perkataan yang baik

• Berhikmah/bijaksana

• Menyesuaikan bahasa dan isi dengan tahap

penerimaan akal pendengar

• Berbahas dengan cara yang baik

• Menyebut perkara penting berulang kali

• Melaksanakan apa yang diperkatakan

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

10 Bercakap benar Bijaksana Jujur Amanah Sabar

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

11

Nilai Utama Dalam Komunikasi Islam

1. Benar

Setiap amalan, perbuatan serta percakapan mestilah sentiasa benar dan tidak menyalahi tuntutan agama dan fitrah manusia. Siddiq atau benar dalam perkataan juga satu kewajipan agama yang perlu serta wajib dilaksanakan oleh setiap individu. Sikap benar dalam komunikasi juga membenarkan manusia sentiasa sanggup menerima teguran dan nasihat.

Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba

mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api neraka.

2. Amanah

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.

12

(3)

13

3. Bijaksana

Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara) (Al-Ahzab: 70).

4. Jujur

Sabda Nabi SAW: Seseorang hamba tidak akan sempurna

imannya sehingga meninggalkan dusta ketika bergurau

(Riwayat Ahmad).

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

14

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

5. Sabar

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

6. Bercakap dengan lemah lembut

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada

Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut.”

15

7. Menggunakan

perkataan yang baik-baik

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah

kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik..”

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Aku ada hal ni, mak ayah, lain kalilah aku pergi rumah nenek…!!!

16

8. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal dan pandangan.

Rasulullah SAW bersabda: “Berbicarakan kepada manusia

menurut akal (kecerdasan) mereka masing-masing.”

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

17

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Aku dah kata, kau mesti

bawak sebelum pukul 8.

Ni kira dah mungkir janji. Kerja sempoi pun tak boleh buat. Aku tak nak terima lagi.

Bukan salah aku kalau jalan jem, kau ni dah melampau, langsung takde tolak ansur!!

9. Berbahas dengan cara yang lebih baik.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “… dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik….”

18

10. Menggunakan bahasa yang betul dan mudah difahami.

Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai penerima maklumat yang hendak disampaikannya. Dalam erti kata lain, penutur perlu tahu tahap penerima

maklumat sama ada tahap sekolah, mahasiswa mahupun orang tua.

(4)

19

11. Menyebut perkara yang penting berulang kali.

Ini bersandarkan kepada amalan Rasulullah SAW.

Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata

baginda mengulangi 3 kali sehingga kata-katanya

difahami.

11. Mengotakan apa yang dikatakan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang

yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa

yang kamu tidak melakukannya?”

20

Aku tau kau yang curi

henset aku!!

Sebelum kau tuduh-tuduh aku baik kau siasat dulu, kau ingat aku takde henset!!

21 Thinking (Fikir) Listening (Dengar) Speaking (Tutur) Non-verbal (Bukan percaka-pan)

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Empat

Kemahiran

Berkomunikasi

22

Bagaimana komunikasi dikaitkan dengan budaya?

Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman,

kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu dan kelompok.

Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif.

Budaya objektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti.

Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan

dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, kepercayaan dan nilai amalan.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

23 pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat kebiasaan

Budaya adalah

merangkumi

aspek:

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

24

Budaya objektif

(5)

25

Budaya subjektif

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

26

Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke

atas komunikasi iaitu budaya menpengaruhi cara kita berkomunikasi. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang muncul semula jadi, dijaga dan diubah suai.

Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi,

keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang

rapat. Budaya akan mempengaruhi cara kita

berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.

27

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Dang ada!

Bla … bla…

bla…

28

Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah

kandungan tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan dan persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia.

Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan

orang Asia. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting. Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi. Contohnya nilai bekerjasama umpamanya ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Nilai menjaga harmoni umpamanya ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

29

Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan

bukan verbal.

Contoh komunikasi verbal ialah penggunaan bahasa

yang sesuai dengan status dan pertalian antara sumber dan penerima. Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long dan sebagainya.

Orang Asia lebih menjaga kedudukan hieraki, air muka

orang lain dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang.

Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan

warna kuning oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan sebagainya.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

30

Dapur rumah

wak tu kosong

saja….

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

Laa…. Belilah

perabot,

(6)

31

Komunikasi berkonteks rendah diamalkan oleh

masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi

adalah jelas, tepat dan terus terang.

Mereka memaksudkan apa yang dikatkan dan

menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan tidak.

Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks

rendah ialah Amerika Syarikat, Australia dan German.

32

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang

timbal balik. Budaya terdiri daripada sebahagian

perilaku kita dan komunikasi akan menentukan,

memelihara, mengembangkan dan mewariskan

budaya kita. Culture is communication, communication

is culture.

Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah dua

hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka,

sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza.

33

Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada

budaya kita iaitu

bahasa yang digunakan

,

aturan

serta

norma

.

Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur

dengan orang yang tidak dikenali.

Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan

orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara

teguran mengambarkan budaya antara mereka

berbeza.

4.4 Nilai dan Etika Komunikasi

34 Halangan sikap pengantar Halangan sikap penerima Halangan

bahasa persekitaran Halangan

4.5 Halangan dalam Komunikasi

35

Tidak dapat dinafikan, halangan dalam komunikasi

tetap ada.

Halangan-halangan inilah yang menyebabkan

penerima maklumat tidak dapat menganalisis

maklumat dengan baik dan pemberi maklumat

tidak dapat menyampaikan dengan baik.

Halangan komunikasi juga menyebabkan penerima

tidak mendapat kesan dari hasil penyampainnya.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

36

1. Halangan Sikap Pengantar

Sikap pengantar adalah penting ketika berinteraksi

atau berkomunikasi. Penghantar yang bersikap negatif akan menghalang kelancaran proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Andaian Bersikap angkuh Tidak ambil peduli

(7)

37

ANDAIAN

Dalam setiap urusan, kita sukar untuk melepaskan diri daripada andaian. Manusia selalu menganggap mereka tahu tentang seseorang sehinggakan mereka cuba membuat keputusan bagi pihak orang lain.

Semakin sedikit andaian yang dibuat, semakin sedikit kemungkinan berlakunya salah faham.

Sebolehnya, cuba dapatkan kepastian daripada individu ataupun pihak yang berkenaan bagi memahami setiap perkara. Namun, ada kalanya seseorang itu lebih memilih untuk membuat andaian sendiri dan mempercayai andaiannya.

Tindakan ini mungkin diambil apabila seseorang itu tidak bersedia untuk mengetahui kebenaran yang mungkin menyakitkan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

38

SIKAP ANGKUH

 Biasanya sikap angkuh ini dimiliki oleh orang atau pemimpin yang merasakan dirinya lebih tinggi berbanding orang lain.  Orang yang memiliki sikap ini tidak memandang penting untuk

mengambil tahu berkaitan orang lain. Mereka jarang mendapatkan pandangan orang lain terhadap diri mereka dan apa yang mereka lakukan.

 Sikap seperti ini perlu dikikis sekiranya kita ingin menjadi orang yang cemerlang dalam berkomunikasi dan juga kerja. Pandangan orang lain sangat penting bagi kita memperbaiki kelemahan diri, menambah baik idea yang ada dan merangka tindakan yang berkesan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

39

TIDAK AMBIL PEDULI

 Sikap seperti tidak sepatutnya ada dalam berkomunikasi. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi dua hala. Maka, semua pihak yang terlibat dalam komunikasi tersebut perlu saling memahami.

 Apabila wujud persefahaman, fikiran, perasaan serta situasi setiap individu perlu diberi perhatian. Biasanya sikap tidak ambil peduli dimiliki oleh orang atau pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan apa yang ada di dalam fikirannya.

 Mereka tidak pedulikan orang lain melainkan perkara itu mendatangkan faedah kepada diri mereka sendiri. Sikap seperti ini juga perlu dikikis daripada diri kita.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

40

Bila nak abis

ni?

4.5 Halangan dalam Komunikasi

41

KAWALAN

 Kita tidak boleh menyembunyikan diri, tidak mahu orang tahu atau faham diri kita. Ini adalah konsep yang salah dalam perhubungan. Orang di sekeliling sukar untuk memahami kita. Hasilnya, komunikasi tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Malah perhubungan yang rapat juga sukar dibina. Orang yang berpegang kepada kawalan terhadap diri sendiri ini mempunyai egonya tinggi.

 Orang yang bijak menjadikan orang lain bergantung kepadanya, tetapi dia tidak bergantung kepada orang lain.  Adalah bagus jika kita menganggap diri kita kurang penting

berbanding orang lain. Ini menjadikan kita sentiasa bertindak matang dan suka melakukan kebaikan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

42

BEBANAN

 Halangan bebanan berlaku apabila seseorang yang telah pun mengetahui mengenai maklumat tersebut, diberitahu lagi mengenai perkara yang sama.

 Perkara ini akan membuatkan penerima maklumat berasa bosan kerana dia sudah tahu mengenai makumat yang disampaikan.

 Disebabkan itulah, penerima akan memberi perhatian kepada kerja lain kerana dia mendapat maklumat yang sama berulang kali dan tidak mendapat informasi yang baharu.

(8)

43

EMOSI

 Selain itu, sikap dan emosi seseorang individu mempengaruhi proses komunikasi.  Seseorang yang murung dan bersifat negatif

tidak dapat menyampaikan mesej yang baik kepada orang lain.

 Sebaliknya individu yang ceria dan cergas mampu memberi pengucapan yang baik dan

mempengaruhi orang sekelilingnya untuk menjalani hidup dengan ceria, aktif dan bersikap positif.

44

2.

Halangan Sikap Penerima

penerima yang mempunyai sikap

dan persepsi yang negatif terhadap penghantar dan mesej/maklumat yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan komunikasi.

45

Status

Status adalah tahap seseorang dalam sesuatu kumpulan. Status yang berbeza boleh menyebabkan komunikasi kurang berkesan kerana:

• Pengurus berkuasa dan hanya memilih apa yang ia suka dengar.

• Pengurus boleh mempengaruhi pekerja untuk menyatakan sesuatu yang ia suka dengar. • Penyalahgunaan maklumat oleh pengurus untuk mencapai cita-citanya.

• Pengurus mungkin memikirkan maklumatnya jelas dan berkesan sedangkan hakikatnya adalah berbeza.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

46

Struktur Organisasi

Semakin jauh jarak tahap jawatan antara penghantar dan penerima mesej, maka semakin susah untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Kepakaran yang berbeza

Penghantar dan penerima mesej yang mempunyai kepakaran yang berbeza mungkin menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Objektif yang berbeza

Objektif yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej akan menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

47

3. Halangan Bahasa

penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar

belakang, status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima mesej serta sebutan kurang jelas akan menjadi satu halangan komunikasi berkesan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Pemesongan

Tidak jelas

Maklumat

Semantik

48

PEMESONGAN

 Halangan pemesongan terjadi apabila bahasa yang digunakan oleh penyampai susah dan tidak difahami oleh penerima maklumat.

 Perkara ini merumitkan proses penerimaan maklumat dan kesan yang lebih buruk lagi, penerima tidak dapat memahami perkara yang disampaikan kepada mereka.

 Selain itu, penerima maklumat akan membuat penilaian terhadap penutur.

(9)

49

MAKLUMAT KURANG JELAS DAN TEPAT

 maklumat yang kurang jelas dan tidak tepat akan menjejaskan pemahaman serta mengelirukan penerima. Contohnya, dalam penghantaran mesej melalui sistem pesanan ringkas.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

50

SEMANTIK

 Semantik ialah cara perkataan digunakan dan makna yang dimaksudkan. Kadang-kala semantik menimbulkan masalah dalam komunikasi. Ada satu perkataan tetapi mempunyai makna yang berbeza.

 Contohnya:

 Orang Semenanjung: Belon bermakna belon getah berisi udara Orang Sarawak: Belon bermakna kapal terbang.

 Kedah ‘gerek’ membawa maksud basikal namun di Sarawak ‘gerek’ membawa maksud teman lelaki atau teman wanita.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

51

4. Halangan Persekitaran

 Komunikasi boleh terhalang sekiranya keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang seperti bunyi bising, panas, jarak, keadaan fizikal yang tidak selesa atau selamat dan suasana yang tegang.

 Keadaan ini mampu mengganggu konsentrasi seorang pendengar. Keadaan yang sesak dan hingar bingar juga  akan menjadikan penerima mesej hilang tumpuan.

 Selain itu, penerima mesej mungkin akan tersalah mentafsir mesej yang disampaikan kepada mereka kerana mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengucapan yang diberikan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

52

CARA-CARA MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI

a. Pengaliran maklumat yang ditapis - Hanya maklumat yang terpenting perlu disampaikan. Maklumat yang tidak penting boleh diabaikan.

b. Galakkan maklum balas - Pastikan setiap maklumat yang disampaikan dapat difahami. Maklum balas boleh didapati dalam bentuk lisan dan bukan lisan.

c. Maklumat yang jelas dan mudah - Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pendengar.

d. Mendengar secara aktif - Jadilah pendengar yang baik dengan memberi sepenuh perhatian

e. Elakkan terlalu emosional - Dalam proses komunikasi elakkan dari terlalu sentimental. Lebih bersikap rasional. Gunakan bahasa badan atau isyarat.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

53

Ciri-ciri Komunikasi Berkesan

Komunikasi yang berkesan merupakan komunikasi

yang mencapai matlamatnya. Apabila tercapai

matlamat maka selesailah tugas si penutur kepada si

pendengar. Terdapat beberapa ciri yang perlu

dipatuhi sebelum sesebuah komunikasi boleh

dianggap sebagai berkesan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

54

PERSONALITI

 Penutur perlulah mempunyai kemahiran berucap atau berpenampilan menarik untuk menarik perhatian pendengar. Kelebihan ini akan membuatkan pendengar mahu menerima apa yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut.  Dengan ini, kerja penutur untuk menarik para pendengar akan

menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, seorang penceramah motivasi pelajar sekolah perlulah mempunyai perwatakan yang santai dan pandai memancing perhatian

pelajar sekolah. Penceramah motivasi tersebut tentunya mendapat sambutan jika dia berjaya menambat hati para pelajar

(10)

55

MENDENGAR DENGAN AKTIF

Penerima maklumat hendaklah mendengar dengan teliti dan menjadi pendegar yang aktif.

Jika seseorang individu menjadi pendengar yang teliti, dia akan memahami apa yang disampaikan oleh penutur.

Dengan ini dia akan menjadi pendengar yang aktif dan boleh melontarkan soalan mahupun pandangannya terhadap topik yang dikemukakan oleh penutur.

Dengan mendengar dengan aktif, penerima maklumat dapat mencerna informasi dengan betul dan tiada salah tafsiran berlaku. Tindak balas positif akan berlaku jika penerima mesej faham isi

kandungan mesej dan memberi komen yang baik.

Namun tindak balas negatif akan berlaku jika pendengar buat tidak endah dengan penyampaian isi maklumat.

56

BAHASA BADAN

 Bahasa badan penutur mampu mempengaruhi sesebuah

komunikasi kerana dengan menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan yang sederhana, seorang penutur akan kelihatan lebih berkeyakinan ketika berucap.

 Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan

menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif.

 Jadi, seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat

hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik.

 Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan

peranan yang penting.

57

4.5 Halangan dalam Komunikasi

BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI

Seorang pemberi maklumat perlu

mengambil kira latar belakang mengenai penerima maklumat yang hendak disampaikannya.

Dengan menggunakan laras bahasa yang

sesuai mengikut umur, para penerima maklumat dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh penutur.

Dengan ini, komunikasi yang berkesan

akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara pengirim dan penerima mesej.

58

KEJELASAN MAKLUMAT

Penutur haruslah menerangkan maklumat dengan jelas supaya penerima maklumat dapat mencerna maklumat dengan baik. Dengan ini, matlamat penutur akan tercapai untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan mampu memberi pengaruh kepada penerima maklumat tersebut.

Salah satu fungsi komunikasi adalah mengubah tingkah laku penerima menerusi perubahan sikap, nilai dan cara berfikir.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

Apa yang kamu buat ni, Sukumaru?

Ajar kucing ini memahami bahasa

kita.

59

PANDUAN UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN

a. Menjelaskan idea sebelum berkomunikasi.

Analisa masalah dan perjelaskan dalam fikiran anda sebelum menghantar maklumat. Rancanglah maklumat yang hendak dihantar. Perancangan yang yang baik ialah dengan mengambil kira objektif dan sikap penerima.

b. Periksa tujuan sebenar komunikasi

Sebelum anda menghantar maklumat, tanyalah diri anda apa sebenarnya yang anda hendak sampaikan. Putuskan samaada ingin mendapat maklumat, membuat keputusan, mendesak orang lain untuk mengambil tindakan.

4.5 Halangan dalam Komunikasi

60

c. Pilih tempat yang sesuai untuk berkomunikasi

Pastikan tempat itu selesa dan jauh daripada ganguan orang lain.

d. Minta pendapat orang lain

Ada masanya orang yang lain dapat memberi cadangan yang mana anda sendiri tidak terfikir.

e. Berhati-hati tentang bahasa badan

Nada suara, memek muka, sahsiah anda serta keadaan sekeliling boleh mempengaruhi pendengar.

(11)

61

f. Bantu pendengar tersebut

Apabila berkomunikasi, ambil kira tentang minat dan keperluan pendengar. Dengan ini maklumat yang disampaikan akan menjadi lebih jelas. Komunikasi yang bekesan boleh berlaku jika pengucap berusaha untuk melihat sesuatu maklumat itu dari segi pandangan pendengar.

g. Dapatkan maklum balas tentang maklumat yang disampaikan

Ini bertujuan untuk mengetahui samaada maklumat boleh difahami atau tidak.

Pastikan apa yang anda tuturkan dipraktikkan.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil simulasi penurunan subsidi ekspor di negara maju berdasarkan usulan yang diajukan KN-20, AS dan UE serta KTM Hongkong menunjukkan bahwa pemotongan subsidi ekspor

Komentar atau ungkapan sinis biasanya terlontar jika pemilik watak sinis melihat keberhasilan orang lain, atau kemunculan fenomena yang mengundang kagum banyak

Adapun alasan yang mendasari peneliti untuk melakukan penelitian di SD Negeri Banyuanyar I adalah mengingat sekolah tersebut berfungsi untuk membantu keberhasilan

Identifikasi Masalah pada penelitian ini yaitu melakukan analisis pengaruh pada Sistem Informasi Kepegawaian (SIMPEG) terhadap Perencanaan Sumber Daya Manusia di Dinas

Pemda - Bojong Depok Baru III Karadenan - Cibinong SEKOLAH TINGGI ILMU EKONOMI DEWANTARA.. Terakreditasi B -BAN PT Depdiknas RI

Melalui perhitungan korelasi antara data hasil interpolasi dengan data pengukuran langsung, maka didapatkan bahwa metoda interpolasi spline memiliki tingkat presisi

No. Penelusuran lebih lanjut atas 93 Kekayaan Intelektual tersebut pada SIMAK BMN dan website https://ki.bppt.go.id menunjukkan bahwa hanya 4 Kekayaan Intelektual yang

Current Ratio Sebelum Ak uisisi Current Ratio Sesudah Ak uisisi Debt to As set Ratio Sebelum Ak uisisi Debt to As set Ratio Sesudah Ak uisisi Return on As set Ratio Sebelum Ak