• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU : SATU DISKUSI

SEMANTIK LEKSIKAL

Oleh Noralia Binti Roslan

Bidang perkamusan merupakan elemen yang amat penting dalam bahasa kerana kamus merupakan perakam bahasa, pada satu-satu masa. Menurut S. Nathesan (2001:65), bahasa yang digunakan oleh masyarakat pada satu-satu ketika, terutamanya kosa kata, dirakam di dalam kamus. Untuk tujuan tersebut, sejak zaman dahulu lagi, bermacam-macam kamus telah disusun dan diterbitkan. Antara kamus terawal yang disusun dalam Bahasa Melayu adalah kamus Swettenham yang diusahakan pada abad ke-19. Beberapa kata yang terdapat dalam kamus Swettenham ini telah mengalami perubahan makna, kerana mengalami penyempitan makna, perluasan makna atau pertambahan makna. Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia. Oleh kerana sifat kedinamikannya, evolusinya dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain serta faktor-faktor sosial seperti tabu iaitu unsur-unsur larangan, kemasukan idea-idea baru dan perkembangan ilmu-ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna yang sekali gus merupakan topik utama perbincangan makalah ini.

Pada umumnya, bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang kajian makna ini menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Ra’in Shaari (2009:31), turut melibatkan salah satu cabang leksikal iaitu istilah leksikon yang merujuk kepada kamus atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, menurut Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna, antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok,

(2)

kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan demikian, kita dapat membayangkan betapa rumitnya maksud bagi perkataan ‘makna’.

Sepintas lalu, terdapat banyak faktor yang boleh mendorong kearah perubahan makna dalam bahasa. Ullman (1957), telah menyenaraikan enam sebab bagi perubahan makna antaranya termasuk sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan untuk kata baharu. Manakala Bloomfield (1992), pula telah menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi dan ameliorasi.

Sehubungan dengan itu menurut S. Nathesan lagi, didapati sejak zaman dahulu lagi bahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah mengalami perubahan dari segi struktur dan kosa katanya. Dalam kajian semantik leksikal ini, kosa kata bahasa melayu ini ditinjau dari segi diakronik, iaitu perkembangan leksikal dan makna kata tersebut dalam Bahasa melayu. Untuk tujuan tersebut, dua buah kamus dikenalpasti iaitu pertama, Kamus Swettenham (KS) yang mewakili zaman dahulu dan keduanya ialah kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas (KD) yang mewakili zaman sekarang. Selain itu, kajian semantik leksikal menurut Ullman (1957:34), merupakan domain kajian makna perkataan akan meneliti makna perkataan, kesignifikan imbuhan, perbezaan antara makna kata majmuk dengan komponennya dan lain-lain. Kajian ini berusaha untuk meneliti perubahan dalam semantik yang dialami oleh Bahasa Melayu. Justeru, untuk tujuan ini, kosa kata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disusun oleh Frank Swettenham pada tahun 1881 dijadikan asas kosa kata Bahasa Melayu untuk melihat perubahan makna pada kosa kata tersebut, diteliti pula Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas yang diterbitkan pada tahun 1995.

Definisi dan konteks

Terdapat beberapa takrif konsep asas dalam analisis yang dilakukan ini. Antaranya adalah definisi perubahan makna, perluasan makna dan penyempitan makna. Menurut Stern (1965:163), perubahan makna bagi sesuatu kata ialah “apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan suatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”. Seterusnya, definisi perluasan makna menurut Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), diertikan sebagai proses meluaskan atau memperbesar komponen makna suatu perkataan, manakala proses penyempitan pula adalah proses mengecilkan atau mengurangkan komponen makna suatu perkataan. Misalnya, contoh bagi perluasan makna kata taman, pada suatu masa dahulu hanya

(3)

digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’ atau ‘taman bunga’ sahaja, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti ‘kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu’. Demikian juga kata datuk kini, bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa kepada ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa - jasa yang telah mereka taburkan. Begitu juga dalam Bahasa Melayu, bagi kata yang mengalami penyempitan makna, misalnya kata daging digunakan merujuk kepada ‘daging lembu’ sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging arnab. Sedangkan, makna sebenar dalam kamus bagi istilah daging adalah ‘isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang’ (Kamus Dewan, 1994). Hal ini menunjukkan wujudnya penyempitan makna pada istilah daging dalam komunikasi sehari-harian masyarakat Melayu.

Sehubungan dengan itu, konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu – satu ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai kata adjektif, konteks amat perlu. Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini ‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah rasa dahaga. Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks penggunaannya. Demikian juga, Ullmann telah berhujah bahawa, makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya sahaja.

Analisis makna dalam kamus Swettenham

Dalam perbincangan ini, kesemua leksikon yang disenaraikan dalam kamus Swettenham diteliti satu persatu dan sebanyak 100 patah perkataan yang telah dikenalpasti, sudah mengalami perubahan makna iaitu sama ada yang berubah secara keseluruhan, yang mendapat tambahan makna atau yang mengalami penyempitan atau pengkhususan makna, disenaraikan di dalam satu jadual. Kata-kata daripada Bahasa Inggeris yang dipadankan

(4)

dalam kamus Swettenham juga dicari padanannya dalam Kamus Dewan untuk melihat perubahan makna yang berlaku.

Selain itu, sebanyak 12 kata yang mengekalkan makna turut disenaraikan untuk melihat bilangan yang masih kekal maknanya hingga sekarang. Semua kata yang didapati mengalami perubahan makna diteliti maknanya berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baharu (1995) untuk memastikan perubahan makna tersebut. Seterusnya, analisis makna leksikal berdasarkan Kamus Swettenham ini dilakukan mengikut beberapa pembahagian subtajuk yang telah dikenalpasti seperti berikut :

i. Kata-kata yang mengekalkan bentuk dan makna yang sama

Didapati, kata-kata yang diperhatikan mengekalkan bentuk dan makna yang sama walaupun jaraknya hampir 115 tahun, antara waktu susunan Kamus Swettenham (KS) dengan Kamus Dewan Inggeris – Melayu Edisi Ringkas (KD)(1995). Jadual 1 di bawah menunjukkan kata-kata yang mengekalkan bentuk dan makna yang sama.

Jadual 1: kata-kata yang mengekalkan bentuk dan makna yang sama Entri kata Bahasa Inggeris Entri dalam kamus

Swettenham Entri dalam Kamus Dewan Admiral Beef Blade Chalk Hen Hoof Ink Silk worm Summer Urine Yeast zebra Laksamana Daging lembu Mata Kapur Ayam betina Kuku Dakwat tinta Ulat sutera Musim panas Air kencing Ragi Kuda belang Laksamana Daging lembu Mata Kapur Ayam betina Kuku Dakwat tinta Ulat sutera Musim panas Air kencing Ragi Kuda belang

Seperti yang tertera dalam jadual 1 diatas, jelaslah bahwa sebilangan kata Bahasa Melayu mengekalkan bentuk dan maknanya walaupun sudah berlalu hampir 115 tahun sejak kamus itu disusun. Namun, hanya sebilangan kecil kata sahaja yang terdapat dalam kamus Swettenham mengekalkan bentuk dan maknanya. Hal ini adalah berikutan sebarang perubahan tidak berlaku pada perkataan-perkataan tersebut serta tidak mengalami pengaruh daripada luar mahupun perubahan budaya. Selain itu, kita juga sedia maklum, tidak terdapat istilah-istilah lain yang boleh digunakan bagi merujuk perkatan-perkataan diatas.

(5)

ii. Kata-kata yang mengalami perubahan bentuk dan makna

Terdapat kata yang telah berubah bentuk dan maknanya sekali gus daripada bentuk dan makna yang digunakan pada masa dahulu dalam kamus Swettenham. Sebenarnya, senarai kata inilah yang paling menarik untuk diteliti kerana sebab-sebab yang akan dihuraikan kemudiannya. Berdasarkan jadual 2 dibawah ini menunjukkan sebilangan kata yang telah berubah bentuk dari makna pada masa sekarang berbanding dengan bentuk dan makna kata seperti di yang telah dientrikan dalam kamus Swettenham.

Jadual 2 : contoh kata yang mengalami perubahan bentuk dan makna Entri kata Bahasa Inggeris Entri dalam kamus

Swettenham

Entri dalam Kamus Dewan Accident Accountant Bag Belch Bruise Certificate Cholera Cunning Dawn Desert Engine Grandfather Forbidden Government Left-handed Music Nurse Office Pirate Sailor Treasurer Writer Yam Zig-zag Bencana Tukang mengira Karong, saku Blahak Pipis Surat keterangan Penyakit hawar Cerdik, berakal Dinihari Padang belantara Jentera, pesawat Nenek Haram Perintahan Kerja kiri Bunyi-bunyian Pengasuh Gedung Perompak Anak perahu Bendahara Jurutulis

Ubi aceh, ubi gadong Siku kluang

Kemalangan, secara kebetulan Akauntan Beg, kampit Sendawa/sedawa Lebam/lemar Sijil/surat Kolera/taun Licik Subuh Gurun/padang pasir Enjin Datuk Dilarang Kerajaan Kidal Muzik Jururawat Bilik pejabat Lanun Kelasi/pelaut Bendahari Penulis/pengarang Ubi keladi Bengkang-bengkuk

Berdasarkan jadual diatas, sebilangan kata yang terdapat di dalam kamus Swettenham kini sudah berubah bentuk dan maknanya. Untuk makluman, sebenarnya kata di dalam jadual diatas dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan tertentu berdasarkan perubahan yang

(6)

dialaminya. Sebagai contoh, kata accident diberi makna ‘bencana’ dalam kamus Swettenham, manakala dalam Kamus Dewan maknanya ialah ‘kemalangan’ dan ‘secara kebetulan’. Disini, kata padanan dalam Kamus Dewan telah berubah bentuk dan maknanya kepada bentuk ‘kemalangan’ dan ‘secara kebetulan’. Pada masa ini kata ‘bencana’ tidak mendukung komponen makna seperti dalam kata accident. Ternyata bahawa entri makna diatas tidak mendukung makna ‘kemalangan’ atau ‘secara kebetulan’ seperti yang diberi padanan kata bagi kata accident kerana jikalau diteliti kamus Dewan Edisi Baharu (1995), didapati ‘bencana’ sekarang memberi entri makna seperti yang berikut :

a) (mara) bahaya, kecelakaan

b) Kesukaran, pengkhianatan, penipuan

Seterusnya, satu lagi contoh adalah bagi kata ‘orang dagang’ sebagai padanan bagi kata foreigner. Sememangnya, pada masa dahulu perantau dari negara lain yang datang ke negeri Melayu hanyalah bertujuan untuk berdagang. Oleh yang demikian, mereka digelar ‘orang dagang’. Tetapi kini, orang yang masuk ke negara Malaysia tidak hanya untuk berdagang tapi untuk tujuan-tujuan lain seperti bekerja, belajar, melancong dan sebagainya. Oleh itu, kata ‘orang asing’ atau ‘orang luar’ memang tepat dari segi makna berbanding dengan ‘orang dagang’. Berdasarkan analisis, didapati kelompok ini mempunyai bilangan kata yang terbesar iaitu mewakili sebanyak 75 peratus berbanding kata dalam kelompok lain.

iii. Kata-kata yang mengalami perluasan makna

Untuk meneliti kata-kata yang mengalami perluasan makna selain mengekalkan makna asalnya, perhatikan jadual 3 dibawah yang menyenaraikan kata-kata tersebut :

Jadual 3 : kata-kata yang mengalami perluasan makna Entri kata Bahasa Inggeris Entri dalam kamus

Swettenham

Entri dalam Kamus Dewan Affair Ankle Book Cage Flood Invade Mist Ocean plough Servant soul Hal Mata kaki Kitab Sangkar Air bah Langgar Kabut Laut besar Tenggala Orang gaji jiwa

Hal, urusan, peristiwa dan asmara Mata kaki, buku lali

Kitab, buku

Sangkar, kurungan Bah, banjir

Melanggar, menyerang Kabut, kabus

Laut, samudera, lautan Tenggala, bajak, luku

Orang gaji, pembantu rumah Jiwa, roh

(7)

Seperti rajah diatas, cuma sebilangan kata yang mengalami perluasan makna iaitu kira-kira sebanyak 13 peratus. Misalnya, kata bagi affair, entri makna yang diberikan dalam kamus Swettenham ialah ‘hal’ sahaja, manakala sebaliknya, dalam Kamus Dewan pula ia diberikan empat entri iaitu ‘hal, urusan’,urusan’,peristiwa’, dan ‘hubungan, cinta, asmara’. Kini perkataan affair telah diberikan tiga makna tambahan selain kata ‘hal’ seperti yang telah dientrikan dalam Kamus Swettenham.

Demikian juga bagi kata invade, terdapat dua entri makna dalam Kamus Dewan iaitu yang bermaksud ‘melanggar’ dan ‘menyerang’ manakala dalam Kamus Swettenham hanya entri makna ‘langgar’ diberikan. Justeru, perluasan makna bagi kata-kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu memang suatu perkara biasa, terutamanya dengan perubahan status bahasa Melayu daripada bahasa yang terpencil kepada bahasa bagi pelbagai bidang ilmu. Hal ini amat penting bagi membolehkan Bahasa Melayu mengungkapkan berbagai-bagai perkara yang baharu dan abstrak (Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof, 2008:240).

iv. Kata-kata yang mengalami penyempitan makna

Akhir sekali, perhatikan jenis kata yang keempat, iaitu yang mengalami penyempitan makna. Seperti jenis kata yang ketiga, hanya sebilangan kata sahaja yang mengalami penyempitan makna dalam kamus Dewan berbanding kamus Swettenham.

Jadual 4 : kata yang mengalami penyempitan makna Entri kata Bahasa Inggeris Entri dalam kamus

Swettenham

Entri dalam Kamus Dewan

Bottle Bridge Chalk Corpse Dictionary Ferry boat Hat Kettle Market Parents River Thief

Kaca, baling, botol Jambatan, titi, gertak Kapur, blanda Mayat, bangkai Lohrat, kamus Sampan, tambang

Kupiah, tudung kepala, topi Kendi, cerek

Pasar, pekan

Ibu bapa, ayah bonda Sungai, batang air Pencuri, kawar Botol Jambatan, titian Kapur Mayat Kamus Feri Topi Cerek Pasar Ibu bapa Sungai Pencuri

(8)

Salah satu kata yang mengalami penyempitan makna adalah bottle. Dalam Kamus Swettenham, tiga entri makna dalam Bahasa Melayu yang telah diberikan iaitu ‘kaca’, ‘balang’ dan ‘botol’, manakala dalam Kamus Dewan cuma entri makna ‘botol’ sahaja yang diberikan. Sebenarnya, kata ‘kaca’ dan ‘balang’ mendukung makna yang lebih khusus pada hari ini. Hal ini akan lebih jelas jika diteliti entri makna dalam Kamus Dewan.

Seterusnya, dalam Kamus Dewan, ‘kaca’ diberi makna ‘bahan yang lutsinar atau lutcahaya yang biasanya keras dan rapuh, dibentuk dengan melakur pasir silica, oksida logam dan bahan-bahan lain’. Sementara itu pula, kata ‘balang’ diberi makna ‘bekas seperti botol, besar dan agak luas mulutnya, tempat menyimpan air, barang makanan dan lain-lain’. Seterusnya, kata ‘botol’ pula merujuk pada Kamus Dewan bermaksud ‘bekas daripada kaca dan lain-lain tempat yang menyimpan cecair seperti minyak, minuman dan lain-lain. Seperti yang dinyatakan diatas, kata ‘kaca’ dan ‘balang’ tidak boleh menjadi sinonim bagi kata ‘botol’ kerana ketiga-tiga kata ini mendukung makna yang berbeza-beza.

Suatu perkara yang nyata disini adalah, kata-kata yang diberi padanan bagi kata-kata Inggeris dalam Kamus Swettenham,kebanyakannya kini sudah berubah makna iaitu menjadi lebih khusus seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Perkara ini akan menjadi lebih jelas jika dibandingkan antara entri yang terdapat di dalam Kamus Swettenham dengan entri dalam kamus-kamus Bahasa Melayu yang lain pada hari ini. Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa kata-kata dalam Kamus Swettenham tidak disempitkan dalam Kamus Dewan malah telah mengalami pertambahan makna khusus dengan perkembangan Bahasa Melayu kebelakangan ini.

Kesimpulan

Berdasarkan analisis makna terhadap 112 patah perkataan dalam Kamus Swettenham dan padanan maknanya dalam kamus Inggeris-Melayu Edisi Ringkas, terdapat beberapa perkara yang dapat dikenalpasti. Antaranya adalah didapati bilangan kata yang berubah bentuk dan makna adalah lebih banyak berbanding dengan kata-kata yang mengekalkan bentuk dan makna serta mengalami perluasan makna atau penyempitan makna.

Menurut S. Nathesan (2001:65), kajian semantik diakronik seperti ini, walaupun ringkas namun dapat memberikan sedikit tumpuan terhadap sejarah kata dan tentang perubahan dalam komponen semantik bahasa. Dalam kajian ini juga, secara tidak langsung kita dapat melihat sejarah pemikiran dan pencapaian intelek pada masa dahulu melalui

(9)

Bahasa Melayu. Oleh itu, seperti yang telah diperkatakan oleh hashim Musa (1994), perbendaharaan kata yang terakan dalam Kamus Swettenham sesungguhnya membayangkan budaya, pemikiran, cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu pada zaman dahulu iaitu seabad yang lalu. Justeru itu, kajian seperti ini dapat memperkaya bidang-bidang seperti semantik dan etimologi serta leksikologi Bahasa Melayu.

(10)

Rujukan

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Ra’in Shaari. (2009). Semantik dan pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Firth, J, R. (1957). Papers in linguistics 1934-1951. London : Oxford University Press. Kamus Inggeris- Melayu Edisi Ringkas. (1995). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof. (2008). Penyelidikan Bahasa dan Linguistik. Kuala

Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ogden dan Richards. (1956). The Meaning of Meanings. London : Routledge and Kegan Paul Ltd.

S. Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Ulu Klang : Dewan Bahasa dan Pustaka. Stern, G. (1965). Meaning and Change of Meaning : With Special References to the English

Languange. Bloomington : Indiana University Press.

Swettenhem, F. (1881). Vocabulary of English and Malay. Singapore : Kelly and Walsh ltd. Ullman, S. (1957). The Prinsiples of Semantics. Oxford : Basil Blackwell.

Majalah

S.Nathesan. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan Komprehensif. dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28

Internet

Referensi

Dokumen terkait

Kedua, Kata-kata bahasa Indonesia yang maknanya lebih luas daripada bahasa Melayu Pattani, ada beberapa perkataan yang mengandung kesamaan makna dengan bahasa

Untuk mengetahui makna idiom sebuah kata (frase atau kalimat) tidak ada jalan lain selain mencarinya di dalam kamus. Hasil penelitian peribahasa adalah kalimat atau kelompok

Sebelum kita membahas tentang pentingnya bahsa dalam desain komunikasi visual mari kita membahas satu persatu, yang pertama bahasa, dalam kamus besar bahasa indonesia bahasa

Dari uraian diatas, dapat dikatakan bahwa peribahasa adalah kelompok perkataan atau kalimat yang tetap susunannya dan biasanya menyatakan suatu maksud tertentu (ke dalam

Serta kepada semua pihak yang tidak dapat penulis sebutkan satu –. persatu, yang telah memberikan bantuan sehingga skripsi ini

Hal ini menjadi sangat menarik untuk diteliti karena dalam bahasa Melayu Sanggau, variasi dari sebuah verba sering dijumpai lebih dari satu kata untuk

Bahasa Arab dari tipologi bahasa infleksi menunjukkan ciri-ciri yang unik di mana satu perkataan mengandungi rangkaian makna yang lengkap di dalamnya. Sesuatu kata kerja bukan

Morfem bebas ialah morfem yang boleh wujud bebas sebagai satu perkataan iaitu seperti makan, cium dan lari dalam bahasa Melayu, manakala morfem terikat pula, adalah