DR. BAGINDO MUCHTAR, PH.D.
Koleksi Kuliah (1971 – 1975)
Transkrip olehMejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim
Diterbitkan oleh
Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Pulau Pinang
transkrip kuliah Bapak ini adalah semata-mata sebagai satu usaha ikhlas bagi menambah bahan rujukan kepada pengajian Ilmu Mengenal Diri yang dipelopori oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar. Semoga dengan penerbitannya, anak-anak didik Bapak dapat menambah serta meningkatkan lagi kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari. Semoga nanti akan lahirlah manusia-manusia baru yang membina masyarakat baru dengan dunia baru yang aman, makmur, permai, sentosa dan bahagia.
Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Penyusun
Edisi Pertama : 2000 Kedua : 2001 Ketiga : 2003 Hakcipta © 2003
Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Semua hakcipta Terpelihara
Semua Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian buku ini boleh diulang cetak atau disalin dalam apa juga bentuk ataupun teknik, baik elektronik mahupun mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau apa sahaja teknik simpanan dan cari semula maklumat, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit ataupun wakilnya. Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.
Diedarkan oleh:
§ Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
§ Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Darul Ehsan
Diterbitkan oleh:
Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Pulau Pinang
DAFTAR ISI
Muka Surat
Kata Pengantar i
Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. v
Surat xv
01. Kuliah I 1971 : Feb.; Pulau Pinang 1
02. Kuliah II 1973 : Sept. 13; J. Bahru 23
03. Kuliah III 1973 : Sept. 14; J. Bahru 49
04. Kuliah IV 1973 : Sept. 15; J. Bahru 61
05. Kuliah V 1974 : Jan. 17 & 18; P. Pinang 87 06. Kuliah VI 1974 : Jan. 19 (Petang); P. Pinang 111 07. Kuliah VII 1974 : Jan. 19 (Malam); P. Pinang 133 08. Kuliah VIII 1974 : Jan. 21 ; P. Pinang 165 09. Kuliah IX 1974 : Apr. 17 ; P. Pinang 191
10. Kuliah X 1974 : Jul. 13 ; P. Pinang 229
11. Kuliah XI 1974 : Jul. 14 ; P. Pinang 253 12. Kuliah XII 1974 : Jul. 15 ; P.Pinang 277
13. Kuliah XIII 1975 : Awal ; J. Bahru 303
14. Kuliah XIV 1975 : Ogos (Malam Pertama)
: K. Lumpur 331
15. Kuliah XV 1975 : Ogos (Malam Kedua)
: K. Lumpur 343
16. Kuliah XVI Tanpa Tarikh : K. Lumpur 371
KATA PENGANTAR
Bismi Allahi alrrahmani alrraheem
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, salawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, sahabat-sahabatnya dan seluruh umat Islam.
Buku ini adalah kumpulan transkrip kuliah Allahyarham Bapak Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. di Semenanjung Malaysia antara tahun 1971 hingga 1975 yang dirakam (audio) oleh Cikgu Abdul Hakim Bin Abdul Hamid (Allahyarham), Saudara Rasidoun Bin Alam dan Mejar (B) Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim.
Kerja-kerja memindah kuliah Bapak dari versi audio ke versi huruf (transkrip) sangat mencabar kerana kualiti rakaman audio yang rendah, gaya bahasa, sebutan (diksi) serta pada waktu-waktu tertentu merujuk pula kepada aksi fizikal (body language). Namun, berkat usaha bersungguh-sungguh, terutamanya dengan bantuan Saudara Abdul Rahim Siru Bin Abdul Rahman Siru, transkrip ini berjaya dibukukan pada bulan Januari 2000, iaitu satu proses keseluruhan yang mengambil masa selama 25 tahun.
Kami menerbitkan buku yang mengandungi transkrip kuliah Bapak ini adalah semata-mata sebagai satu usaha ikhlas bagi
menambah bahan rujukan kepada pengajian Ilmu Mengenal Diri yang dipelopori oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar. Semoga dengan penerbitannya, anak-anak didik Bapak dapat menambah serta meningkatkan lagi kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari. Semoga nanti akan lahirlah manusia-manusia baru yang membina masyarakat baru dengan dunia baru yang aman, makmur, permai, sentosa dan bahagia.
Membaca transkrip berasaskan kuliah seperti ini memang menuntut segala kesabaran dan ketekunan, kerana Bapak menggunakan bahasa kias, tamsil dan ibarat. Justeru, kami harap agar setiap pembaca mengikutinya dengan penuh ketenangan dan minda yang terbuka luas. Jangan terburu-buru, kerana nafsu boleh membawa kepada keliru. Ilmu Mengenal Diri adalah ilmu pasti. Ilmu Mengenal Diri adalah ilmu yangbertali dengan bakti. Apabila kurang kebaktian, maka berkuranglah kefahaman. Jikalau kurang kefahaman, kembalilah kepada ketenangan. Kembalilah kepada hati yang bersih dan suci; tatkala nafsu kotor dan jahat sudah mati.
Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan transkrip ini tepat dengan kuliah Bapak, namun oleh kerana kami juga manusia maka wajarlah ada khilaf atau keliru. Bak kata pepatah ‘tak ada gading yang tak retak,’ begitu jugalah barangkali usaha kami. Jikalau ini yang terjadi, kami mohon keikhlasan sudi apalah kiranya tegur sapa membina demi kebenaran dan kemaafan.
Semoga Allah, Tuhan Yang Maha Esa mengizinkan rahmat dan kurnia-Nya menjadikan buku ini bermanfaat kepada sidang pembaca yang ikhlas serta pasrah semata-mata kepada-Nya, mengenal diri-nya dan terutama sekali Khaliq-nya.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah sama-sama ikut berusaha menyumbang apa sahaja bagi
merealisasikan penerbitan Koleksi Kuliah Bapak Dr. Bagindo Muchtar ini.
Mejar (B) Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim 180 Jln Mewah 5, Tmn. Mewah II
09600 LUNAS, Kedah. 01 Ogos 2003
DR. BAGINDO MUCHTAR, PH.D.
(1916 – 1975)
Muchtar Bin Uddin atau lebih dikenal sebagai Bapak Dr Bagindo Muchtar, Ph.D. adalah pengasas (founder) Ilmu Mengenal Diri. Rujukan utama kepada pengetahuan Mengenal Diri yang beliau pelopori terkandung di dalam buku beliau yang bertajuk ‘Diriku Yang Kukenal.’ Buku ini adalah tesis yang melayakkan beliau untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran (Phd) oleh St. Olav Academy, Perancis.
Bapak Dr. Bagindo Muchtar dilahirkan pada tahun 1916 di Pariaman, Padang, Sumatra. Ayahnya seorang dukun yang terkenal di daerah Pariaman dan seperti lain-lain dukun tradisional Melayu, beliau menggunakan serapah jampi dan mantera dalam upacara pengubatannya. Dalam tesisnya Bapak Dr Bagindo Muchtar merakamkan bahawa beliau pernah dijadikan anak angkat “oleh seseorang yang kemasukan untuk mendapat benda atau untuk
keperluan sesuatu.” Nyatalah bahawa sejak zaman kanak-kanak lagi beliau sudah terdedah kepada suasana mistik dan kebatinan, justeru tidak menghairankan juga jikalau Bapak Dr Bagindo Muchtar ikut tertarik kepada hal-hal kebatinan.
Bapak Dr Bagindo Muchtar menjadi seorang anak yatim sejak kecil lagi. Beliau mempunyai bapa tiri (apabila ibunya menikah lagi) yang menurut beliau sendiri “boleh dikatakan sayang tidak, benci pun tidak.” Ibunya bagaimanapun sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah anak lelaki yang sulung dan kepadanya terletak harapan di hari-hari tuanya. Bapak Dr Bagindo Muchtar mempunyai seorang adik kandung lelaki dan seorang adik perempuan dari lain bapa. Pada ketika iktisar ini ditulis, adik perempuannya tinggal di luar kota Jakarta. Sungguhpun demikian, ibunya yang dikasihi telah pulang ke Rahmatullah sebelum sempat beliau memenuhi segala harapan dan cita-citanya.
Pada tahun 1935, iaitu ketika berusia 19 tahun dan baru tamat sekolah Belanda (IH), beliau telah merantau keluar dari daerah Padang. Destinasi pertamanya ialah Jambi dan di sana beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat minyak. Peningkatan dalam bidang pekerjaannya sangat mendadak sehingga dalam tempoh yang singkat ditukar ke bahagian carigali minyak di tengah hutan belantara Jambi. Sungguhpun begitu, kiriman wang kepada ibunya saban bulan tidak pernah putus.
Pada tahun 1938 beliau diijabkabullkan dengan anak pamannya (bapa saudaranya) yang bernama Nurmali Syamsudin dan mereka dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan; yang sulung Hajah Elly Salam Ghani, Hajah Mulyati Djonhar yang tengah dan Suryati Muchtar yang bongsu.
berpindah ke Palembang dan bekerja dengan Bata Shell Petroleum Maskapai (BPM). Setelah kira-kira dua puluh tahun bekerja di Palembang, satu peristiwa aneh berlaku ke atas dirinya; ada suara menyuruh beliau berhenti kerja. Suara itu berturut-turut datangnya hingga ke beberapa hari, lantas menimbulkan tanda tanya, apa maksud kesemua ini?
Kejadian aneh itu direnung, ditenung dan ditimbang, sehingga beliau memutuskan untuk berhenti kerja. Kali pertama beliau menemui majikannya untuk minta berhenti kerja, permohonanya ditolak begitu sahaja dengan alasan bahawa tenaganya masih diperlukan. Dicuba lagi kali kedua, namun ditolak juga dengan alasan yang sama. Sampai pada suatu ketika beliau memperoleh akal untuk mendapatkan surat doktor bagi ‘mengesahkan’ bahawa beliau sakit dan tidak boleh bekerja lagi. Dengan surat pengesahan itu, permohonan beliau untuk berhenti diterima dan diberikan pula ganjaran (gratuity) yang agak lumayan oleh majikannya. Dengan wang ganjaran berkenaan beliau bersama kerluarganya pindah ke Jakarta dengan tujuan untuk membeli sebuah rumah dan dengan wang selebihnya pula beliau mahu berdagang. Beliau dapati bahawa kota Jakarta tidak sesuai baginya, lalu terus ke Bogor. Bogor memikat hatinya, apalagi dengan suasananya yang aman, udaranya yang nyaman dan tenteram pula. Cita-cita membeli sebuah rumah untuk keluarganya tercapai di Bogor. Meskipun baki wang ganjaran itu tidak banyak, beliau masih boleh jadikan modal untuk berdagang.
Kehendak dari kita, namun ketentuan hanya dari Tuhan. Di Bogor beliau menghadapi cubaan yang sangat berat, iaitu apabila isterinya (Ibu Nurmali Syamsudin) jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia “akibat dari buatan ahli keluarga isterinya sendiri
dengan dibantu oleh seorang dukun; katanya mengubat akan tetapi kenyataannya tambah memperdalamkan penyakitnya.” Isteri yang dikasihi dan dicintainya, yang banyak tahu dan mengerti padanya, dan yang telah bergaul sebagai suami-isteri kira-kira 17 tahun, dengan suka dan duka mereka lalui bersama, meninggal pada hari Isnin 27 Februari 1955. Dicatatkan oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar bahawa sebenarnya rencana dari pihak ahli isterinya itu adalah terhadap badan dirinya dengan tujuan untuk dapat menguasai apa yang ada padanya. Mereka mengesyaki beliau memiliki banyak harta simpanan seperti emas dan sebagainya. Namun begitulah, beliau sendiri yang dituju, isteri tercinta pula yang jadi mangsa tak berdosa.
Setelah isterinya meninggal, timbul pula tuduhan terhadap dirinya bahawa beliau adalah punca isterinya jatuh sakit dan meninggal dunia. Malah diperkatakan pula bahawa beliau sendiri membunuh isterinya. Keterangan-keterangan daripadanya tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling, bahkan adik kandungnya sendiri tidak memihak kepadanya. Dalam tesisnya Bapak Dr. Bagindo Muchtar mencatatkan “… kerana telah lebih dulu dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak dukun dan ahli keluarga isterinya.” Tambah Bapak lagi “… beliau dihukum tanpa diadili, tidak bersalah dikatakan bersalah, kemerdekaan dirampas dan harta-benda yang tak seberapa dikuasai pula.”
Tubuhnya pada waktu itu sangat letih dan lemah kerana menghadapi peristiwa yang berlaku terhadap badan dirinya dan isterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis segala macam serangan yang datang. Di kala itu beliau berasa seolah-olah ada yang mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisa bertahan bagi menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan
dirinya. Malah di kala itu juga, beliau berasa hubungannya dengan Tuhan sungguh dekat, kerana ingatan serta pasrah semata-mata kepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu menuntut keadilan. Namun keadilan itu tak mungkin diperoleh dari masyarakat. Beliau tidak mengadukan hal yang berlaku kepada pihak polis, kerana semua hal tidak mempunyai bukti yang nyata. Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan semata-mata hendak menemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannya waktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilan semata-mata.
Sesudah selesai sembahyang maghrib pada satu malam Jumaat, beliau menadahkan tangan memohon keadilan kepada Allah s.w.t. Itulah usahanya memohon keadilan, seperti yang sudah sekian lama dilakukannya; berdoa kepada Tuhan semata-mata. Namun, pada malam Jumaat itu, dia berasa tangannya seperti dikuasai oleh suatu denyut rasa yang aneh lalu kedua-dua belah tangannya bergerak, bergerak, bergerak dan bergerak. Beliau tidak dapat menguasai (control) pergerakan itu, lalu dituruti pergerakan tangannya, sambil melafazkan “Lailaha il-Allah” dengan penuh kehairanan. Kejadian yang sama berulang-ulang pada malam kedua dan ketiga, malah beliau mula bercakap sendirian ketika ‘bergerak.’ Dan beliau menyedari bahawa tenaganya mulai pulih, kesihatannya semakin baik dan fikirannya semakin mantap. Apabila beliau dapati surat-surat penting seperti hakmilik rumah, barang-barang perhiasan, pakaian dan lain-lain barang berharga sudah tiada di almari, beliau mulai bertindak. Dengan perantaraan seorang sahabatnya, beliau minta disampaikan supaya kesemua barang-barang miliknya dikembalikan dalam waktu yang singkat. Malah beliau memberi amaran jikalau itu gagal dilakukan, beliau akan membawa
persoalan ini kepada pihak polis. Alhamdulillah. Pihak yang ‘memindahkan’ barang-barang berkenaan dari orang-orang tertentu telah bertindak memulangkan, meskipun tidak kesemuanya. Namun, perasaan tidak puas masih menyelubungi hatinya yang mahukan kepastian dari seseorang yang lebih tahu mengenai peristiwa yang telah beliau hadapi; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah.
Seorang jiran menganjurkan supaya beliau menemui seorang ulama besar di Jawa Barat, yang sering didatangi orang dan pembesar-pembesar, pun tidak ketinggalan alim ulama dan konon khabarnya satu-satunya ahli falak yang terpandai dan ternama di Indonesia. Beliau diberitahu oleh ulama berkenaan bahawa dalam perkara itu memanglah beliau di pihak yang benar dan pihak yang melakukan kerja jahat (dalam kes almarhum isterinya) adalah ahlinya sendiri.
Sejak itu mulailah ada ketenangan dalam hatinya, namun rasa ingin membuktikan kebenarannya tetap masih terkesan di hatinya. Bersama-sama anak-anaknya beliau pulang ke kampung halaman iaitu di Pariaman, Padang. Namun. Puteri-puterinya yang masih kecil sering pula bertanyakan mengenai ibu mereka. Bapak Dr Bagindo Muchtar tidak sampai hati mendengar pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya yang masih kecil, lalu memutuskan untuk menikah lagi iaitu dengan Ibu Hajjah Hasnah. Ibu Hasnah bagaimanapun tidak mempunyai anak dengan Bapak Dr Bagindo Muchtar.
Sesudah sebulan bernikah, Bapak Dr Bagindo Muchtar mengambil keputusan untuk merantau bersama-sama dengan Ibu Hajjah Hasnah dan ketiga-tiga orang puterinya. Kali ini merela sekeluarga pergi ke Jambi. Di Jambi, Bapak bekerja di sebuah
syarikat carigali minyak. Seorang teman sejawatnya telah meminta pertolongan Bapak untuk mengubat isterinya yang sakit sudah hampir dua tahun lamanya; sakitnya akibat perbuatan jahat. Pada temannya itu dia melihat kembali peristiwa yang pernah dialaminya sendiri. Beliau berasa sedih lalu memberi pertolongan kepada isteri temannya. Sesudah satu bulan, dengan izin Allah, isteri temannya kembali pulih seperti biasa. Beliau bagaimanapun menasihati temannya supaya meninggalkan Jambi, kerana temannya punya banyak musuh di Jambi. Justeru menghindar adalah lebih baik, Bapak sekeluarga dan temannya itu bepindah ke Medan. Di Medan temannya tinggal di rumah keluarganya sendiri, sementara Bapak sekeluarga pula tinggal di rumah keluarganya sendiri.
Di Medan, nama beliau mulai disebut-sebut orang, khususnya dalam bidang tolong-menolong, sosial atau di bidang perubatan. Tidak berapa lama di Medan peristiwa ghaib yang beliau alami semasa di Bogor sewaktu isterinya baru meninggal dialami kembali. Beliau mulai bercakap-cakap bersendirian dan tidak mahu makan, malah minum kopi pun hanya seteguk sahaja. Apa saja diperlakukan orang terhadap badan dirinya diceritakan kesemuanya, sampai keluarganya di Medan menganggap beliau sudah tidak siuman lagi. Namun, kejadian-kejadian pelik itu juga menyebabkan beliau mula dikenal oleh bomoh-bomoh, pawang-pawang, orang-orang kebatinan dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang mencuba atau menguji dengan ilmu atau kepandaian masing-masing. Tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, cubaan, ujian atau dugaan mereka tidak menjejaskan, malah ‘tenaga ghaib’ anugerah Allah itu dapat diketahuinya dengan lebih mendalam. Namanya terus jadi sebutan masyarakat sekeliling, malah mereka tidak lagi mendatangi bomoh atau pawang di daerah itu. Sebaliknya
mereka datang kepada beliau. Hal ini tentulah menimbulkan rasa tidak senang dan iri hati bomoh dan pawang di daerah itu terhadapnya.
Bapak Dr Bagindo Muchtar bagaimanapun tidak duduk di rumah sahaja, tetapi mengembara dari satu daerah ke satu daerah di seluruh pulau Sumatra; ke Palembang, Siantar, Tebing Tinggi, Pelabuhan Miri, malahan ke seluruh daerah atau jajahannya. Apabila kembali ke Medan, beliau melapangkan masa menemui orang-orang yang datang meminta tolong, sementara pada malam harinya pula dikhaskan untuk membimbing, memberi kuliah, berjalan bersama-sama dengan murid-muridnya. Sejak itu beliau dikenali di Medan sebagai ahli sarjana atau ahli ilmu tasawuf.
Setelah dua tahun di Medan beliau sekeluarga berpindah ke Padang. Kira-kira dua bulan di Padang, beliau pindah pula ke Palembang. Di sana beliau terus mengajar dan memberi pimpinan kepada orang-orang yang berminat dengan ilmunya. Di sinilah (kira-kira tahun 1958) beliau mula menulis/mengarang bukunya ‘Diriku Yang Kukenal.’ (Penulisan buku ini tamat kira-kira 10 atau 11 tahun kemudian dan dikemukakan ke St Olav’s Academy, Perancis, sebagai tesis untuk melayakkanya memperoleh ijazah ‘Doctor of Philosophy’ yang diterimanya pada hari Sabtu 12 Jun 1971.)
Beliau masuk ke Singapura pada tahun 1960 dengan perantara Nasir Adnin dan pada kali keduanya ke Singapura beliau bersama Nasir masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui Johor Bahru dan kemudian terus ke Melaka, Kuala lumpur dan lain-lain. Apabila berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliau yang ketika itu berada di Malaysia terpaksa balik ke Indonesia bersama Nasir melalui jalan darat dari Sabak Bernam ke Kelantan,
Golok, Narathiwat dan terus ke Bangkok. Dari Bangkok mereka menaiki kapal membawa beras ke Jakarta.
Apabila konfrantasi berakhir pada tahun 1966, beliau bersama Nasir datang semula ke Singapura dan Malaysia. Sejak itu Bapak semakin kerap datang ke kedua-dua negara berkenaan secara bersendirian. Namun, pada pertengahan 1971, beliau dilarang masuk ke Singapura. Beberapa orang ‘anak didik’ Bapak Dr Bagindo Muchtar sendiri dikatakan telah membuat laporan yang menyebabkan pihak Imigresen mengambil ketetapan untuk melarang kemasukan beliau ke negara berkenaan.
Pada tahun 1972, beliau sekeluarga pindah ke Jakarta dan sering berulang-alik ke Malaysia, apatahlagi semasa suami kepada anaknya yang sulung, Haji Salam Ghani berkhidmat di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Pada tahun 1973, iaitu ketika dalam siri lawatan ke Malaysia dan sewaktu mahu berangkat pulang ke Jakarta, beliau mengalami muntah darah. Keberangkatan pulang dibatalkan dan beliau dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh anak dan menantunya Haji Salam Ghani. Beliau kemudian dipindahkan dari rumah Hospital Besar Kuala Lumpur ke Hospital Lady Templer, Cheras. Beliau tinggal di hospital berkenaan selama dua bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke Indonesia, beliau sering datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil ubat dan menemui orang-orang kepercayaannya iaitu Haji Kamarudin Amin, Haji Jamil Samad, Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.
Pada tahun 1975, beliau ke Malaysia dalam rencara lawatan selama dua bulan. Namun baru sebulan sahaja berada di Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta. Sekembalinya dari lawatan itu, beliau jatuh sakit, tetapi masih berhasrat untuk ke Malaysia semula. Pada malam Hari Raya
Aidil-fitri beliau sudah mulai payah bernafas dan pada keesokan harinya dimasukkan ke rumah sakit. Beliau ditempatkan di wad jantung selama dua hari. Pada hari Jumaat 10 Oktober 1975 (jam 04.00 pagi waktu Jakarta), di hadapan isteri keduanya Ibu Hajjah Hasnah, ketiga-tiga puterinya, menantunya Haji Abdul Salam Ghani dan seorang anak didiknya bernama Ibu Yasminar Alwi, Bapak Dr Bagindo Muchtar pulang ke Rahmatullah.
Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Lunas, Kedah
SURAT
Surat dari Bapak Dr. Bagindo Muchtar kepada Mejar (B) Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim bertarikh 02 Oktober 1973.
Bagindo Muchtar
Gang Kenari 11/C 205 Saemba Jakarta
Anakanda Sekeluarga,
Melalui lambaran ini kami permaklumkan pada anakanda, ialah barkat doa bersama kami telah sampai di rumah dengan tiada kurang suatu apa2. Alhamdulillah segala sesuatu berjalan dengan lancar sampai ke tempat yang dituju.
Begitupun kami harapkan di Malaysia ini untuk keseluruhannya, sepeninggalan kami akan segala sesuatunya berjalan pulalah hendaknya dengan lancar dan lebih berhasillah hendaknya daripada masa yang sudah2, insya-Allah. Bersama lambaran ini ingin kami kembali meingatkan pada anakanda yaitu pesan kami yang lalu, yaitu bukalah kembali jalan seluas-luasnya bagi anak2 kita di
Penang dan kebebasan bagi diri mereka itu masing2 untuk memperkembang badan dirinya demi untuk kelancaran dan kejayaan dan kebahagiaan badan diri masing2 (insya-Allah). Dan awas jangan lupa kepada diri sendiri dan jangan lupa kepada ‘Aku’ dan segala sesuatu lakukan dengan sabar dan tenang, jauh dari takbur dan sombong.
Dan bersama ini juga kami suka meingatkan kembali akan kata2 yang kami tinggalkan dalam syarahan kami di Penang, Johor dan Dato’ Keramat yaitu yang penting yang akan menjadi pegangan untuk dipedomani dan dibawakan. “Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badan dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.”
Insya-Allah, kalau dapat memahami betul kata2 tersebut segala
yang di inginkan akan makbul. Ketahuilah olehmu bahawa dalam diri itu ada sesuatu yang tersembunyi dan pada ilmuku yang telah ada padamu itu, apa sesuatu yang tersembunyi itu telah menjadi kenyataan bagimu sendiri, kerana dia itu terbitnya atau timbulnya dari dirimu sendiri yang engkau sendiri telah merasakannya.
Berikut di bawah ini saya turunkan uraian Falasoof Ibnu Sina (980-1037);
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM
Orang yang arif mempunyai kedudukan dan darjat istimewa dan dalam kehidupan dunia ini, jiwanya bebas dari ikatan raganya dan membumbung tinggi menuju alam yang kudus. Dalam dirinya ada sesuatu yang hanya punya satu tujuan saja yaitu mendekati
‘Al-haqqu Awwalu,’ kebenaran yang pertama. Sekali-kali tiada
mempunyai tujuan lain dan tidak satunya yang dapat mempengaruhinya. Dia beribadat hanya kepada satu saja yakni kebenaraan, kerana Dia hanya yang mustahak buat di ibadati.
Hubungan dengan Yang Esa itu semata2 hubungan kemulian, bukan kerana harap (raghban) dan bukan pula kerana cemas (arhaban). Orangnya yang selalu gembira, senyum, dan jernih mukanya. Dia berlaku hormat kepada orang kecil sebagaimana hormatnya kepada orang besar, kerana dia tawaduk, dapat mendudukkan dirinya. Dihadapinya orang tiada terkenal sama dengan menghadapi orang istimewa. Betapa wajahnya tiada jernih, pada hal hati sanubarinya sendiri yang telah gembira sejak dia mengenal kebenaran dan di mana-mana dia melihat hanya satu saja yaitu Al-Haq, kebenaran. Dia memandang semua saja, kerana semua memang sama.
Orang yang arif berani, betapa dia tidak akan berani, padahal dia tidak mengenal lagi akan takut mati. Orang yang arif dermawan, betapa dia tidak dermawan, padahal cintanya tidak lebih lagi sama sekali kepada benda.
Orang yang arif adalah pemaaf, padahal kemuliaan murni jiwanya lebih tinggi nilainya baginya daripada menghubung-hubungkan kesalahan orang lain. Orang yang arif tidak mengenal dendam, betapa dia akan berdendam, padahal ingatannya seluruhnya dipenuhi oleh satu, yaitu Al-Haqq sehingga tidak ada tempat di dalamnya buat yang lain.
Anjuran kami;
Bacalah dan cubalah renungkan akan huraian Falas Ibnu Sina dan kaji dan perbandingkanlah dengan apa yang telah kami berikan atau ajarkan padamu dan pengikut-pengikutku sekalian
Wassalam dari kami
……… tt… …….. (Bagindo Muchtar)
KULIAH I
Bagan Jermal, Pulau Pinang
Februari, 1971
Erti sekarang kami alirkan. Sekarang boleh ambil. Boleh cubakan. Boleh bawakan, saya bilang. Dibiar saja? Disuruh dengan diberi pedoman-pedoman, bukan? Sebagai pegangan. Kalau tidak, tak lekas pandai. Kalau tidak begitu, tidak cepat dapat mengetahui akan kebolehannya dan sebagainya dan sebagainya.
Ragu-ragu kita cari ulama, cari ahli tarekat, cari ulama feqah dan segala macam. Bolehkah? Salahkah? Tak salah! Sebab kita mencari kebenaran. Tak benarkah ilmu kami ini? Sampai begitu. Ini demi kebenaran. Tak usah ragu-ragu! Tak usah takut-takut! Pakailah. Pergunakanlah. Tetapi titik-beratkan untuk kebaikan dan membaikkan. Jauh dari sifat takbur, angkuh dan sombong. Dengan segala-galanya Lillahi Rabbil-alamin. Kepunyaan-Nya semuanya. Dia Maha Pengatur. Dia Maha Mengetahui. Dia Maha di atas segala-galanya.
* * *
Jadi yang dikehendaki dari saudara-saudara sekarang, pengalaman lagi. Pengalaman-pengalaman pun dapat kita merasakan manfaatnya, hendaknya. Secara teori saja, bukan? Dikasi tahu. Dikasi tahu saja semacam ini. Begitu banyak corak ragamnya. Begitu banyak rahsia-rahsia segala macamnya. Satu saja dipegangnya, tetapi mencukupi.
Ibarat satu saja, badminton umpamanya, tetapi betul-betul menjadi ahli, kita. Bola sepak umpamanya, tetapi betul-betul satu. Itu saja, jadi! Jangan hendak bola sepak, badminton, hendak main voli (volleyball) segala macam lagi. Tetapi ndak (tidak) satu juga memutus (menjadi), bukan? Sedangkan begitu banyak yang saya katakan tadi, bukan? Satu saja pegang, untuk meyakinkan diri kita sendiri. Untuk menjadi perbandingan pada kita kebolehannya tadi, kebenarannya juga tadi. Dan serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa.
Jadi, kiranya dapat dimengerti, ya dak? Tujuannya. Terlebih luas hendaknya pengertian, dengan penerangan-penerangan yang kami berikan malam ini, kerana pada diri saya sendiri, terutama hari mahu masuk puasa, maka… ya dak? Kita akan menjalankan pula kewajipan kita masing-masing sebagai seorang yang beragama Islam. Insya-Allah. Kalau Tuhan mengizinkan, habis puasa atau bila saja nanti dapat pula kita hendaknya berjumpa kembali di waktu-waktu yang ditentukan Tuhan. Sebab apa, ya dak? Kami, saya dalam hal ini umpamanya, kan saya tetap menganggap diri saya seorang musafir. Saya akan berkelana terus. Saya akan mengembara terus. Saya akan berjalan terus di mana saja di bumi Tuhan ini. Ada bahagian di sini saya datang lagi. Tempoh-tempoh
(kadang-kadang) dengan surat, bukan? Tempoh-tempoh saya di Singapura, di Kuala Lumpur. Tempoh-tempoh saya di Medan. Tempoh-tempoh saya di Jambi, di Pekan Baru. Tempoh-tempoh di Jakarta, di Bandung. Bukan kemahuanku. Bukan kemahuan saya. Dengan perjalanan ini, bukan saya menerima wahyu. Ini nanti salah. Salah anggapan nanti. Maaf. Tidak!
Dengan perjalanan ilmu pengetahuan ini, yang tadinya saya tak menjangka sedikit juga saya akan bisa sampai. Saya akan bisa keluar negeri. Dari Indonesia ke sini kan keluar negeri namanya itu? Saya akan bisa sampai di Pulau Pinang ini. Saya akan bisa sampai di Kelantan. Saya akan bisa sampai di Bangkok, di Johor di segala macamnya. Barangkali sebagai orang Malaysia begini, ya dak? Lebih banyak saya mengetahui, bandar-bandar Malaysia ini barangkali, dari yang ada di sini? Sebab saya sudah pergi ke Sabak Bernam, ke Dungun, Terengganu dan segala-galanya pelosok-pelosok yang kecil-kecil itu, di Kelantan, di Narathiwat di anu sana di Siam itu, dengan saya tak mengerti bahasanya sedikit juga, tetapi orang menampung saya.
“Bukakan nak! Bukakan nak. Bapak sudah lama mencari ini benda, ini barang,” Sekian tahun bermukim di Mekah. Nangis dia!
Saya sebagai seorang musafir waktu itu, kebetulan dengan perantaraan apa? Ini hari sampai, ini malam sampai, sampai dikenal orang malam itu juga? Tuhan berbuat sekehendak-Nya, bukan? Dengan perantaraan anak gadis, anak dara, digigit lipan. Orang yang menitipkan saya di rumah orang Malaya di sana, di Narathiwat sana, dibisikkan, “Itu bomoh Indonesia, itu!” katanya.
Saya lagi guling-guling macam itu, kan?
“Bapak bisa menolong orang? Ada di sebelah sana itu dengar orang menangis,” katanya. “Anaknya digigit lipan. Di sini ada
bomoh. Sikit-sikit dia ndak bisa. Sudah dicuba, anu...” “Bawalah di sini.”
Digendong (didukung).
“Duduk. Pegang.” Ambil air diminumkan. Berhenti. Tak menangis. “Sakit lagi?”
“Tidak.”
“Bawalah pulang.” Wah! Malam itu juga.
“Bomoh Indonesia bagus,” katanya begitu-begini. Besok pada mendatanglah.
Ini ketentuan dari Tuhan semuanya.
Kami orang dua berjalan waktu itu. Kan ertinya konfrantasi sudah jalan, kami tak boleh tinggal di sini lagi. Dengan di Kota Baharu dalam ancaman waktu itu.
“Dalam 24 jam!” katanya, “Kalau tuan-tuan tak keluar kami tangkap, sebab Indonesia - Malaysia sekarang begini,” katanya.
Mana nak tambah visa? Tak boleh. Jalanlah, dengan kantung sudah kosong. Dengan perantaraan itu, besok sudah mengalir 10 Bhat, 5 Bhat, 15 Bhat secara duit sana.
“Tuhan Kaya,” saya bilang.
Itu. Macam yang pernah saya katakan dulu. Begitu letaknya bagi saya, doa-doa dalam Fatihah tadi. Ayat-ayat tadi: Ihdina alssirata
almustaqeem - Tunjukilah kami jalan yang lurus; Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim wala alddalleen - jalan yang telah pernah ditunjukkan, diberikan kepada
orang-orang dulu, yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Kami berjalan.
Berjalan pada jalan-Nya. Alhamdulillah.
Beberapa hari pula kami di situ. Sampai pulang ke Indonesia dengan kapal perang Indonesia, yang kami dua orang sahaja penumpang. Cuba! Tak bayar pula lagi! Tetapi, hairannya bukan? Kenapa di negara orang, kami tidak diperiksa, ya dak! Tetapi, mahu masuk Indonesia sana, segala macam pemeriksaan terjadi.
Sebab waktu itu sudah mulai clash, bukan? Antara Indonesia – Malaya? Waktu itu belum jadi Malaysia lagi. Mereka itu menganggap seolah-olah kami yang dua ini mata-mata (pengintip) Malaya. Katanya dikirimkan masuk ke sini. Aduh! Cukup pula rasanya. Tetapi kita dengan tenang. Sebab saya tak begitu anu… mencurigai atau bagaimanalah umpamanya pandangan orang itu. Yang kawan tadi terdesak hingganya. Saya tidak. Biasa saja. Bahkan dalam pemeriksaan itu boleh saya merokok.
Saya bilang, “Saya bisa merokok?” “Silakan Pak. Pak minum kopi?”
Dimintanya kopi lagi. Diterangkan semua sekali apa yang terjadi.
“Apa pernah diusir di sana? Diseksa, pernah?” Saya bilang, tidak.
Masa tidak dibenarkan tinggal di sana lagi, dan hubungan dari Singapura, dari Kuala Lumpur ke Indonesia tak ada lagi. Kapal-kapal tidak masuk. Saya pergi ke Kedutaan Indonesia di sana. Kebetulan ada kapal memikul beras. Duta Besar di sana, kirim saya; dia bicara dengan kapten di sana. Saya boleh menumpang.
Ini jalan lurus, ya kan? Tak apa-apa, sebab ini.
Itu pun dalam suasana konfrontasi juga, anak-anak yang telah mendapat ini juga di Singapura apa-apa. Dengan kapal minyak tangki (tanker), bukan? Yang masuk melalui Bangkok diputar masuk ke Palembang sana, daerah Shell, untuk mengambil minyak
di sana, menitipkan surat buat saya lagi.
Saya mulanya terkejut, bagaimana caranya? Rupanya datang di Pelaju sana di kasi setem. Orang kita langsung mencari saya, ke rumah saya. Sebab itu, kalau negara satu sama satu dalam bahaya segala macam, bukan? Ya dak? Halang-halang.
“Apa macam? Bagaimana caranya surat ini?” Tengok-tengok setem Pelaju. “Wah! Ini orang kapal, ini.”
Yang dari Mekah orang Muar. Zaman konfrontasi juga. Dikirim surat, “Saya telah berada di Mekah.” Memang dia berjanji dulu mahu bawa saya ke Mekah. Dia mahu jual kebunnya, katanya di Muar sana. “Satu bulan Bapak ditunggu tak juga datang. Kami sudah berangkat.”
Dari Mekah dikirim surat sama saya. Panggilan haji buat saya belum ada barangkali, ya dak?
* * *
Peliharalah. Pupuklah apa yang telah diperdapat dari kami. Pelajarilah. Bandingkanlah. Pergunakanlah. Kalau sekiranya akan menghancurkan diri sendiri, tidak membaikkan kepada badan diri sendiri, atau menyesatkan perjalanan diri sendiri, tinggalkan! Jangan dipakai! Buat apa gunanya, kalau kita ke neraka akan dibawanya?
Tetapi, kalau rasanya terbukti, bukan? Apa… macam yang saya katakan ini, lanjutkanlah. Pupuklah! Pakailah! Pergunakanlah terutama untuk kebaikan sesama manusia atau baik dan membaikkan.
Dan jangan hendaknya dengan adanya apa yang telah ada pada diri masing-masing, bukan? Hendak menjadi satu kemegahan?
Atau satu pertunjukan membesarkan diri, menyombongkan kepada orang luar. Janganlah sekali-kali sampai begitu!
Hendaknya, bagi orang luar, “Apa itu?” Ini terahsia baginya, hendaknya.
Difikirkan, bagaimana di anu? Oh, nanti takut dihentam sama bomoh? Itu, asal selama tak lupa padanya, dia sendiri saja menangkis itu. Jangan bawa kepada fikiran zahir, nanti ditunjukkannya.
“Cuba, tunjukkan siapa yang bikin?” “Tu, sana!” katanya.
Kita turut dia, akan menjadi clash. Itu tidak baik.
Ya, kita dengan rahsia ini, kalau kita sudah tak apa-apa, apa lagi? Biar orang serang siang malam! Di dapur, di tungku, di segala macam dengan limau purutnya. Kalau di Indonesia sana, dengan apa namanya otak anu... ada juga gas di sana, bukan? Mengerjakan segala, dibikin dengan jarum menyusuk. Berbuat, bikinlah.
Kita dengan apa yang ada pada kita. Walaupun dia tak tidur siang malam, bukan? Mahu hentam kita, katanya, mahu mencuba, kita duduk dengan benda kita. Time tidur, kita tidur. Time makan, kita makan. Time berjalan, kita berjalan. Apa yang hendak kita marah sama orang itu walaupun kita tahu, umpamanya. Tidak kena-mengena sama kita. Paling, ada dia akan kurus berjaga-jaga, tidak?
Senang kita; jalan terus. Jangan diladeni (dilayan) cara orang itu.
* * *
Sampai bisa berdiri sendiri dan membawakan sendiri. Mendatangkan hasil pada badan diri sendiri hendaknya; kemajuan, kebaikan, peningkatan dan segala-galanya, sebab saya tak boleh
lama di sini. Tak bisa lama dan tak boleh lama. Barangkali hari Khamis pagi kami berangkat, mungkin ke tempat lain pula. Walaupun visa untuk masuk Malaysia ini saya dapat umpamanya dua bulan, bukan? Ya dak? Tak boleh lama begitu. Bukan oleh negara, oleh kerajaan tak boleh lama. Sebab banyak yang lain yang lain akan kami jalani. Mana yang kabur-kabur kami bikin terang. Yang buta akan dibikin melek (celik) supaya matanya nyalang (terang).
Dan sebelum masuk puasa juga, kami telah kembali hendaknya ke Indonesia, sebab kami ingin menjalankan ibadah puasa, bukan? Di antara lingkungan keluarga sendiri. Sebab kami jarang di rumah… dalam perjalanan terus. Ini...
Tetapi, saya serahkan semuanya pada Tuhan: keluarga saya yang tinggal, anak saya, sekolahnya dan segala macam.
Ada dari imigrasi di sini? Tak ada? Belum datang? Di imigrasi Penang, immigration. Oh… kerja dia. Ya, saya mahu tanya juga sendiri. Di Kedutaan Indonesia di Singapura saya dapat khabar di mana saya berada harus melapur. Kalau tidak katanya dalam tempoh lima hari saya boleh didenda. Katanya sepuluh ribu.
* * *
Saya tadinya mengatakan jangan sangkut-pautkan ilmu pengetahuan kita yang berdasarkan Dua Kalimah Syahadah ini dengan agama. Ini ilmu, ilmu pengetahuan di bidang metafizika secara bahasa asingnya, di bidang keghaiban, di bidang kebatinan, di bidang kerohanian.
Daya-daya power benda tenaga-tenaga ini sekarang yang kita pergunakan, yang kami berikan sampai bangun sendiri, sampai bisa
bergerak sendiri pula, kami bimbing, kami pimpin, kami tunjukkan jalan untuk pegangan; hidup yang akan dipakai, mati yang akan ditumpang. Ilmu pengetahuan! Jangan nanti ertinya, jangan pula tangkapan kami membawa agama baru atau kami pengacau atau segala-galanya. Jadi, ini. Jangan hendaknya sampai terjadi yang tak diinginkan.
Dan berilah contoh yang baik pula kepada orang luar, akan kebenaran kita dengan benda apa yang ada pada kita ini. Dan masing-masing hendaknya, sebagai sifat yang terahsia pengetahuan tadi, bukan? Hendaknya kita pandai pula membawakan rahsia yang terahsia pula bagi badan diri kita masing-masing.
Hanya kebolehannya yang kita berikan kepada orang-orang yang membutuhkannya (memerlukannya).
* * *
Apa… di lain waktu, umpamanya macam tadi malamlah; sengaja betul dinantikan kami, kami tak datang. Baru balik kami sampai. Padahal kami sendiri ingin pula lekas sampai. Tetapi, ini ketentuan dari Tuhan, tadi. Mungkin tadi kami dalam perjalanan jauh. Pagi-pagi dari Singapura dan segala macam, bukan? Terus kami datang. Kebetulan saudara-saudara sudah di sini, mungkin terus kita begini, kasi ceramah segala macam; keletihan kami, kelesuan kami, dan segala macam tadinya. Ini ketentuan dari Tuhan.
“Baliklah,” kata-Nya.
Orang pada pulang, kami sampai. Cubalah.
Ini ketentuan-ketentuan tadi yang tak dapat manusia tadi satu juga mengetahuinya. Atau kami juga tidak memikirkan apa yang
akan terjadi sebab kami bukan tukang tenung! Bukan! Kami kembali saja kepada ilmu pengetahuan. Kita jalan terus. Di belok bukan, jalan? Sebab dalam fikiran, kita mendongkol (geram). Sampai tujuh puluh, lapan puluh batu terhalang perjalanan membelok ke tempat yang lain. Padahal secara zahir sudah dikirim surat;
“Tunggu kedatangan kami.” Mulakan satu sana. Jalan dalam lagi. Apa kenyataannya? Begitu payah kita berjalan di sana. Tanya sana, tanya sini, bukan? Kampung kecil yang di tunjuk tempat di mana dia berada, sebab bendera Dua Kalimah Syahadah? Ertinya, ilmu pengetahuan ini sudah berkembang pula di sana, bukan? Dia ingin supaya kami datang. Orang di sana ingin pula berjumpa dengan kami. Setelah sampai, apa yang terjadi?
“Pagi tadi dia berangkat ke Singapura,” katanya.
Kalau kami tahu tadinya, tentu tak akan makan waktu dan sebagainya. Ya dak? Padahal telah dikirim surat; tunggu antara tanggal satu sampai empat, kami datang. Begitu payah sampai, baru di dalam itu kami dapat kenal sebuah kampung yang khusus orang Sikh (Benggali) saja, Kampung Sikh, katanya.
“Ini kampung apa?”
“Kampung Sikh,” katanya. “Kami semua orang Sikh. Di sini tak ada orang lain. Tak ada orang Cina. Tak ada orang melayu. Semua orang Benggali. Jangan Bapak jalan ke sini, kalau mahu ke Parit (Perak). Ini orang kampung banyak jahat. Kalau jadi rosak apa-apa, nanti tak ada yang tolong. Lebih baik Bapak kembali saja.”
Dibalik lagi. Secara zahir kita mendongkol (geram). Berapa habis makan minyak dan segala-galanya?
Jalan lagi. Jalan lagi. Jalan lagi. Sudah sampai, ditanya. Rupanya dia juga dikenal orang sana, bukan?
“Tadi pagi Pak, dia berangkat ke Singapura.” Cuba! Kita harus kembali lagi.
“Boleh terus dak, jalan sini sampai Kuala Kangsar?”
“Tidak!” katanya. “Bapak harus kembali lagi tiga puluh, empat puluh batu lagi,” katanya. “Nanti jumpa Balai Polis bergerak. Nanti minta pas sama dia.”
Kita jalan. Belakang dicari-cari sudah jauh juga jalan, tak nampak balai polis yang bergerak. Tak ada nampak. Diam saja, tak ada bergerak, ya dak?
Kata kawan yang satu, “Ya, bukankah kita sudah bergerak ini?” “Ya, betul juga.”
Terus jalan, rupanya ketemu juga. “Tengok! Ada Balai Polis!”
Tengok kiri, tak ada bergerak. Rupanya, yang bergerak di sebelah kanan.
“Sini!” katanya. Kami datang. “Mahu ke mana? Dari mana?” “Dari Singapura.”
“Berapa orang?”
Dikasi surat. Jalan. Rupanya, daerah Sungai Siput situ ada agak berbahaya sedikit barangkali. Lepas dari itu, ada polis lagi itu minta surat. Kami boleh jalan.
Jadi, kami ingin pula sebenarnya, secara zahir lebih cepat sampai, tetapi saya tak mahu makan di jalan. Kenapa tak makan? Saya mabuk! Minum susu saja. Rasa nak muntah, tapi tak mahu keluar. Diikat sama tuala kecil. Badan sihat. Tak apa-apa. Sampai polis yang lain apa-apa juga.
“Jalan!”
Tetapi saya kelakar sama ini (Kapten Jamaludin, Abang Kamaruddin Amin, dan Naharudin dari Singapura). Tahu tak apa
yang dilihat pici haji (ketayap putih) ini? Jadi orang haji ini dilihatnya. Pici haji ini boleh dipercayai saja.
Itu ketentuan. Ketentuan ini yang tak dapat kita ketahui lebih dahulu. Jadi, kan banyak itu? Cuba telek dulu? Cuba tengok dulu? Sama saya, nggak ada itu kita jadi tukang tenung apa-apa. Itu juga, tak boleh sebenarnya. Kembali kepada jalan-Nya. Dia yang menentukan segala-galanya; Yang Maha Kuasa tadi.
Dengan alhamdulillah bukan? Ertinya kami sampai.
“Tiit! Tiit! Tiit!” Melompat ini (Haji Abdul Rahman Ibrahim) keluar.
“Ah! Alamak!”
Sekejap ini, orang-orang pada balik (orang-orang mula bersurai). “Apalah…” kata kami.
Kami ingin lekas tidur. “Apa? Ah, Tidak.”
Sampai pukul empat pagi pula.
Yang berguling, berguling juga sudah. Saya juga berguling. Sambil berguling, cakap juga. Ini ketentuan-ketentuan dari Tuhan tadi.
* * *
Mudah-mudahan dapatlah difahami hendaknya. Ertinya, bertambah pengertian lagi; lebih meluas. Dan adalah hendaknya kemampuan untuk dapat bergerak sendiri. Tetapi macam saya katakan tadi suatu tempat; orang yang belum mengenal ilmu pengetahuan kita ini, janganlah diadakan merupakan demonstration (demonstrasi) atau segala macam, bukan?
perlu terus kita buka. Itu sebab tempoh-tempoh terus gerak ini sudah kontak, bukan? Sama si sakit? Dia sendiri meronta nanti.
“Aku takut melihat menengoknya,” katanya.
Ingat kalau orang mengerti. Orang yang tak mengerti?
“Barangkali, jin dia barangkali! Takut si anu… anak saya melihat bomoh itu.”
Kan sudah salah pula anggapan, tidak?
Kita tenang. Itulah. Damaikanlah diri. Tenangkan kembali, baru kita mulai dengan tenaga ghaib, dengan yang ghaib yang berdasarkan Dua Kalimah Syahadah tadi. Jadi orang tak tengok kita menari-nari tangan tu. Ini saja (gelas air). Cuba terus minumkan. Kita kembali. Ambil ke perasaan kita tadi. Tengok dia sekejap. Habis itu kita boleh tanya kalau sudah lepas perasaan kita.
“Bagaimana? Tak apa-apa lagi? Syukurlah.”
Tak perlu ‘Asyhadu allaailaha il-Allah.’ Tak perlu. Ini menjaga supaya bagi mereka yang belum melihat, belum mengetahui jalannya pengetahuan kita ini, salahnya nanti dalam anggapan atau dalam pandangan.
“Apa itu ilmu menari-nari?” katanya.
Padahal mereka itu belum dapat merasai, mengetahui bukan? Yang bahawa segala gerak ini ertinya bukan kita berbuat, bukan? Diri sendiri berdiri dengan sendirinya. Ini pun pada ilmu kita. Ilmu diri ini bergerak dengan sendirinya. Bukan saya ini sengajakan macam Buddha (kedua telapak tangan bertemu di tengah-tengah dada) segala macam begini, begini, ya dak? Mengalami sendiri. Dengan sendiri.
Dengan saya katakan dalam perjalanan saya, bukan? Kalau Nabi Musa dengan pertunjuk Tuhan, dalam surat al-Kahfi dari ayat 58 apa sampai 63, kira-kira begitu kan? Menyuruh mencari seorang
hamba Allah, untuk belajar ilmu pengetahuan, yang tempatnya, katanya di pertemuan permukaan dua laut. Bukankah ada itu dalam al-Quran surat al-Kahfi?
Maka saya dapat mengatakan bahawa aku telah menemuinya pula di pertemuan kiri dan kanan. Ini kata saya, dipertemuan kiri dan kanan, dan saya menamakan diri saya Si Sepuluh; lima di kiri, lima di kanan dengan perjalanan saya tadinya, bukan? Ya dak? Menghujamkan lutut yang dua, menyusun jari yang sepuluh, menunduk kepala yang satu, memohon ampun kepada Tuhan.
“Astagh Firullaah al-‘Adzim, Astagh Firullaah al-‘Adzim, Astagh Firullaah al-‘Adzim.”
Menghasilkan dan mendatangkan pula. Saya adakan pengakuan untuk mendapat pengakuan.
* * *
Ada juga seorang dari anak buah kami, tetapi apa dia? Walaupun dalam pengubatan, diminta lima puluh Ringgit segala macam, tetapi buktinya apa dia? Dia melarat juga hidup, sebab tidak berkat! Tidak halal. Apalah namanya, sebab kecoh dalam fikiran tadi? Ertinya dengan kecoh, pengetahuan tadi, dengan benda kita ini, yang punya daya kesanggupan, daya tarik luar biasa, dia pergunakannya.
Batu-batu cincin dibeli itu dengan pengetahuan kita. Diisinya. Disuruh pegang, nanti bergerak dengan sendiri pula. Yang susahnya lagi, disuruh baca (lafaz) Dua Kalimah Syahadah. Itu jual-belinya. Itu.
“Bagaimana?”
“Itu seratus Ringgit.”
Padahalnya kalau di Indonesia, harganya lima Rupiah atau lima puluh Rupiah. Tetapi orang itu sudah mahu percaya saja, sebab memang bukti. Apalagi bagi seorang Islam dengan dua Kalimah Syahadah, bukan? Tak salah itu! Tetapi jalan pemikirannya tadi yang salah; mahu kaya, mahu menarik keuntungan dengan itu. Itu kita tidak membenarkan itu. Itulah, untuk membaikkan saya kata; baik dan membaikkan. Ini membawa orang ke jalan yang benar, itu ilmu akal.
Telah ada ini benda boleh pakai ke sana ke sini, tetapi apa pula, bukan? Saya juga tidak tahu bagaimana orang itu menipu saya atau diambilnya.
“Ada bahagianmu, dapat,” saya bilang. “Terimalah.”
Kalau tak ada, jadi, sudah ngapain? Hilang juga dengan sendirinya. Dengan sekejap saja Tuhan tak mengizinkan. Bukan saya jual mahal. Ada juga yang meminta. Dia seorang bomoh, bukan? Orang dari Indonesia juga. Sampai sekarang juga masih bermukim di Malaysia ini. Dengan tadinya dengan seluar hitam, baju hitam, tali hitam di tangan, duduk di atas kulit harimau, dengan bakar kemenyan di tangan segala macam. Jual ubat. Bawa telur, tiap-tiap orang. Satu hari, satu keranjang dia dapat telur. Itu yang terang itu, tiap-tiap orang bawa telur. Belum lagi jampi-jampi, itu tiga puluh Ringgit tiga puluh sen, lima puluh Ringgit tujuh puluh lima sen segala macam itu. Dia pakai jin Islam. Ada itu di Indonesia disuruh-suruh segala macam. Jumpa sama saya dengan air mata. “Mahu berapa wang? Mas mahu berapa?” katanya. “Berikanlah pada saya.”
Jawab saya, “Apa yang hendak saya berikan?”
lagi? Bukan orang awak (orang Minang)?” katanya.
“Ini benda bukan kepunyaan saya. Saya cuma mengalirkan. Yang ada rezekinya, dia mendapat. Tetapi macam engkau ini, engkau cukup pintar,” saya bilang. “Dan juga saya tak dapat menjual ini. Tak dapat. Mahu marah, marahlah,” saya bilang, di sebuah hotel di Johor… diturut saya.
Tapi, saya ingin juga mahu jumpainya. Dia ada di Kuala Lumpur sekarang. Tahun dulu, dia ke Mekah khabarnya. Dan, cerita di Mekah, dari orang yang sama-sama dengannya, orang Hulu Langat, saya dapat khabar.
“Habis,” katanya. “Tak mapan (menjadi) ilmunya di sini,” katanya. Waktu tawaf di sana terbalik dia.
“Tidak betul, ilmu saya ini.” Tiap-tiap dia ke muka (hadapan), tertolak juga ke belakang, sedangkan orang lain yang telah mempunyai sakti-saktian apa-apa dengan Lillahi Rabbil ‘Aalamin, jalan terus saja. Belakang (kemudian) dia buang semuanya itu. Baru dia terus.
Sebab itu saya bilang, saya ingin jumpa dia di Kuala Lumpur. “Apa khabar bung?” saya mahu tanya.
Belum berapa lama saja di sini, bukan? Kalau saya tak salah, tahun 60, 61 di Singapura saja. Dia bergerak saja, dan segala macam. Di Kuala Lumpur dia mencari duit, bukan dak? Sudah bisa mempunyai kereta, dia. Kali yang kedua saya datang lagi, sudah boleh mempunyai kereta dua, tiga, empat. Berdagang lagi untuk dikirim ke Indonesia. Tetapi, tiap-tiap satu bandar yang didatangi, tak boleh dia masuk dua kali. Orang sudah tahu, bukan? Mungkin berbahaya buat sendiri. Tetapi backing-nya di sini sangat kuat oleh kerajaan, sampai waktu konfrontasi tak apa-apa dia. Dia tak pulang. Ada di sini.
Bahkan, saya waktu di Kuala Lumpur, dari ketua UMNO Bahagian Pemuda, “Bapak kalau mahu tinggal di sini, kami menjamin. Siapa saja jangan mengganggu Bapak. Jikalau kalau mahu pulang, carilah jalan sendiri.”
Sudah kontak dia pada kita, padahal dia belum mengambil pengetahuan kita. Cuma bicara-bicara macam ini.
“Kalau mahu tetap tinggal di sini.”
Saya bilang, “Walau bagaimanapun, saya harus pulang.”
“Kalau Bapak tetap mahu pulang, carilah jalan sendiri. Perhubungan seluruh Malaya ini tak ada.”
Memang itu rencana saya. Terus minta visa di Kedutaan Siam di Kuala Lumpur. Itulah kami sampai di Dungun, di Terangganu itu sepekannya sampai orang tak belanja. Sepekannya berkumpul waktu itu. Kami sambil mencari duit sama si Nasir dulu; jual ubat segala macam di kereta saja. Semua sekali pada datang melihat keanehannya pengetahuan ini; gerak-mengerakkan ini. Sampai di Kelantan. Sampai di Golok. Di Golok hanya semalam saja. Asal keluar saja dibatasnya, bukan? Jambatan saja, antaranya (border). Dari Golok, baru saja kami terus ke Narathiwat.
* * *
Sehingga kita jumpa lagi, dapat saya hendaknya kesan-kesan yang menggembirakan. Bukan ertinya lebih dulu menggembirakan saya, menggembirakan pada perjalanan diri sendiri hendaknya. Ertinya ada sampai dapat dipergunakan, pakai ilmu pengetahuan ini, yang mana telah diterima dari kami ini, kan? Untuk garis-garis yang telah kami tunjukkan tadi, ertinya baik-membaikkan. Dan renungkanlah. Merenunglah ke dalam. Berfirasat mengenai benda
kita ini.
“Dia,” kataku, “dan “keluar antara engkau dengan saya pula. Ya dak?” Dan jangan berbuat, berbuat atau berlaku atau membawa gerakan yang tidak menentu, yang mungkin dianggap orang tak benar. Dan jangan pula menyebabkan dengan gerak-geri kita ini yang orang belum tahu, yang tak mengerti, sampai menyebabkan orang itu berdosa oleh kerananya juga.
“Apa itu macam? Sembahyang itu macam?”
Segala macam, ya dak? Orang tak mengerti, kan berdosa juga lantaran dia nggak (tidak) tahu?
Jadi, kita cinta kepada perdamaian. Jangan pula dengan ini kita putus kasih sayang kita antara tetangga sampai bermusuhan, ya dak? Dan buktikanlah akan kebenaran tadi, pada masyarakat di luar dari alam kita sendiri, dengan perbuatan, bukan dengan percakapan. Kalau dengan percakapan sudah banyak orang bijak sudah; pandai bicara. Dia tahu ini itu semua, tetapi kenyataan tidak mempunyai yang boleh diketengahkan. Hanya tahu.
Dan adakanlah senantiasa pengakuan untuk mendapat pengakuan. Renungkanlah; siapa yang mengadakan pengakuan? Kepada siapa pengakuan diadakan? Dan dari siapa pengakuan diperdapat? Kalau umpamanya saya sebagai Bapak, sebagai guru, buat mengadakan pengakuan buat saya, itu salah! Tak betul! Itulah, renungkanlah saya bilang: Siapa yang mengadakan pengakuan? Kepada siapa pengakuan diadakan? Dan dari siapa pengakuan diperdapat? Sebab itu satu di antara hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah tadi. Kesaksian, bukan? Dan pengakuan. Adakanlah pengakuan untuk mendapat pengakuan. Kepada siapa pengakuan diadakan? Dan dari siapa pengakuan diperdapat? Renungkanlah. Renungkan. Renungkan. Renungkan.
Perjalanan kami ini mengadakan pengakuan, untuk mendapat pengakuan. Kami mengadakan pengakuan, untuk mendapat pengakuan. Kami adakan pengakuan terhadap Tuhan yang kami sembah, kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah tadi. Kesaksian. Pengakuan. Dan, kami tidak mengharapkan pengakuan dari Tuhan datang. “Oh Jibrail akan disuruh pula mendatangi saya. Memang telah diakui.” Tidak!
Itu yang saya bilang; dari siapa pengakuan itu diperdapat? Bagi kita sebagai manusia biasa, kan hanya tanda-tanda? Ibarat kita melihat ke matahari sudah begitu condong, tanda-tanda akan terbenam itu matahari, bukan? Ibaratnya kita mengetahui sepintas lalu, betulkah ada Tuhan itu. Kita keluar dari rumah ini, kita tengok segala-galanya, sampai dapat kita meresapkan akan kebesaran Tuhan tadi, yang tak segala-galanya yang nampak pada kita, yang tak boleh manusia membuatnya. Di waktu sunyi sepi kita keluar, kita perhatikan alam sekeliling, sampai automatis hendaknya terkeluar ucapan dari mulut kita, “Allahu-Akbar! Memang Tuhan itu Maha Besar!”
Sekarang baru pula tanda-tanda, akan adanya Tuhan tadi kita perdapat. Betul tak? Itu tanda-tanda.
Jadi, saya tegaskan lagi, adakanlah pengakuan untuk mendapat pengakuan. Siapa yang mengadakan pengakuan? Kepada siapa pengakuan diadakan? Dan dari siapa pengakuan diperolehi, diperdapat? Cuba renungkan. Renungkan. Renungkan. Insya-Allah. Mudah-mudahan dapat difahami, kepada yang kami tuju hendaknya, dalam mencari kebenaran, dan demi kebenaran ini.
Memang kebanyakan, tempoh-tempoh kami bicara secara bayangan, bukan? Ya tak?
“Secara sindiran, dan segala macam itu kebiasaan kami,” katanya.
Itu, tanggapan kita, kecerdasan kita menangkap. Sebab, yang dikatakan ilmu yang mendalam ini macam itu. Boleh tanyalah sama ahli. Tetapi, kalau ini air mahu disuapin, itu budak kecil sudah boleh. Bukan berilmu namanya lagi.
“Ini nasi. Makan!” Kenyang perut, ya dak?
Tetapi tahukah, nasi sebelum jadi nasi, dia padi tadi. Ditumbuk pula baru jadi beras. Tahukah tadi, sebelum padi apa dia? Ini yang kita fikir. Tahukah kita tadi, siapa kita sebelum kita ini? Siapa kita, sebelum ada ini? Bagaimana kita dijadikan? Bagaimana kita, bagaimana keadaan kita? Di mana kita? Ini yang hendak dikaji. Renungkan. Renungkan. Renungkan. Renungkanlah.
* * *
Dan kiranya, begitu sudah cukup saya rasanya, bukan? Penerangan-penerangan, penjelasan dan segala-galanya?
“Bila engkau melupakan Aku, Aku akan melupakan engkau pula.”
Dan kira cukuplah sampai di sini dulu, bukan? Dan kalau Tuhan mengizinkan, mungkin berjumpa pula kita.
Dan kalau ada kesempatan atau apa, bukan? Tidak sulit agak sulit sedikit kerna ini garis umum namanya, kan ya dak? Yang kami sampaikan ini. Mana yang ada musykil sikit-sikit itu apa umpamanya, datang siang hari satu sama satu. Kan saya katakan, renungkanlah. Renungkanlah. Renungkanlah. Adakanlah pengakuan untuk mendapat pengakuan: Siapa yang mengadakan
pengakuan? Kepada siapa pengakuan diadakan? Dari siapa pengakuan diperdapat? Itu kan pelik-pelik, sulit semuanya? Renungkan. Renungkan. Renungkan.
Macam kami bilang; mudah-mudahan sampai kepada yang dituju, kepada yang dimaksud. Insya-Allah.
Cukuplah kita di sini dulu, ya dak? Mudah-mudahan membawa kesan hendaknya, kesan yang menggembirakan, kesan yang mengisi jiwa masing-masing, akan mengisi batin masing-masing, akan mengisi rohani kita masing-masing. Dan ikut kelancaran jalannya ilmu pengetahuan kita ini.
Kami sudahi dengan Assalamualaikum waRahmatullahi
Wabarakatuh.
Selesai Februari 1978
KULIAH II
Johor Bahru
13 September 1973
Dari ilmu pengetahuan ini, ertinya kalau kami tadinya mencari Tuhan dengan tujuan hendak mengadukan hal kami, satu hal, perkara yang bukan-bukan, yang terjadi: Dikatakan, kami yang salah, atau kami yang bersalah. Bahkan kami dihukum dengan tidak diadili. Bahkan sampai membawa korban yang tak dikehendaki.
Akan tetapi kenyataannya, dalam pengalaman perjalanan kami, dalam hal ini badan diri saya, umpama untuk mencari-Nya, dengan pengalaman-pengalaman dengan cubaan-cubaan, dengan bandingan-bandingan dan segala-galanya. Ertinya semakin dekat saya dalam perjalanan untuk menemui Tuhan, mendekatkan diri kepada Tuhan tadi, semakin terasa-lah sama saya, ertinya kebodohan saya.
hal yang terjadi, itu peristiwa, itu perkara yang telah terjadi bagi badan diri saya, keluarga saya, famili saya dan sebagainya, yang sangat besar saya rasakan, akan tetapi, di kala saya berjalan dengan jalan-Nya, pada jalan-Nya untuk menemui-Nya, semakin dekat saya kepada-Nya, semakin tidak ada, saya berasa. Sampai saya malu kepada diri saya sendiri. Ertinya, itu perkara yang sangat berat rasanya bagi seorang manusia macam saya ini, rupanya, di sisi Tuhan tak ada ertinya sedikit juga.
“Belum seberapa,” kata-Nya. “Tak ada erti sedikit juga.”
Akan tetapi, kalau saya tahu tadinya, bahawa Tuhan rupanya hendak merubah nasib saya, perjalanan hidup saya, kedudukan saya atau sebagainya, bukan?
Kalau saya katakan lagi, kalau saya tahu tadinya, tentu saya tidak akan mencari-Nya untuk mengadukan hal saya, saya katakan.
Akan tetapi, begitulah. Saya dengan sangat hati-hati dan teliti dan segala macam. Macam saya katakan tadi; semakin dekat kepada-Nya, saya semakin tidak ada lagi. Bahkan kalau boleh saya lanjutkan perkataan saya ini, di Hadirat-Nya saya tidak ada sedikit jua. Betapa pula saya akan mengadukan hal saya, umpamanya yang saya anggap sangat berat, sangat tidak patut yang telah diperbuat orang-orang yang tertentu yang tidak senang kepada saya, bahkan sampai menjadi korban saya katakan, ertinya pada-Nya, di sisi-Nya, di Hadirat-Nya tadi, suara pun tak dapat saya keluarkan. Sangat malu saya rasanya. Seolah-olah macam saya katakan tadi, yang saya anggap sangat berat, yang tak terpikul bagi seorang manusia macam badan saya yang kurus kering ini, bukan? Tetapi di Hadirat-Nya, tidak ada erti sedikit juga. Tetapi Tuhan itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui akan segala-galanya. Diberi-Nya pula saya kudrat dan iradat dan tenaga. Tujuan saya yang
semula tadi hendak menemu-Nya, hendak mengadukan hal saya, hendak meminta keadilan, bertukar berbalik menjadi ingin hendak mengetahui rahsia-Nya yang Maha Besar tadi.
Dan begitulah dalam perjalanan saya menemui-Nya atau mencari-Nya dengan berliku-liku, dengan zahir dan batin, saya mengembara. Mula-mulanya seluruh Pulau Sumatra. Belakangan (kemudian) Jawa. Bahkan sampai ke Malaysia sini. Malaysia sini, Malaysia sini, kalau tak salah saya masuk tahun 1960. Bahkan sampai berulang-ulang sampai sekarang ini. Saya membanding dan segala-galanya. Bahkan di mana saya pergi, tak ada yang menyalahkan ilmu pengetahuan ini. Saya banding kepada alim ulama, kepada ahli tarekat, kepada datu-datu (dukun: Minang), kepada bomoh-bomoh, kepada pawang-pawang dan segalanya. Ertinya kalau sama bomoh-bomoh, pawang-pawang, tentu kita dalam perjuangan cara ilmu pengetahuan. Terhadap ahli tarekat atau orang ulama, ertinya mengukur dalam-dangkalnya pengetahuan yang ada pada kita. Tetapi insya-Allah, mudah-mudahan, pengalaman-pengalaman yang sudah. Bukan saya membanggakan atau sebagainya, bukan? Ya! Dari segi kebenaran, dari segi kebenaran, dan demi kebenaran yang pula yang saya cari, di pihak alim ulama, di pihak ahli tarekat, belum ada saya menjumpai yang bahawa apa yang telah saya perbuat ini, apa yang saya perdapat ini, dengan jalan pengetahuan gerak dan mengerakkan ini, atau menghidupkan yang mati, mencari barang yang hilang; tidak ada di pihak orang yang benar terutama ahli tarekat mengatakan, bahawa ini pengetahuan ini tidak betul. Bahkan mereka itu kagum. Bahkan mereka itu sangat hairan katanya. Saya yang masih muda katanya kan, sudah dapat mencapai. Ertinya ilmu pengetahuan yang dalam dan tinggi dan
lain sebagainya, dan lain sebagainya.
Tapi segala-galanya itu saya tidak menerimanya terus saya menyombongkan diri saya. Terus saya menjadi sombong. Tidak! Melainkan bertambah insaf saya. Bertambah saya yakin akan adanya, akan kebenarannya pengetahuan ini. Dan bermacam-macam pulalah yang telah saya alami di segi kebatinan, di segi keghaiban. Dan saya selidiki. Saya kaji. Saya selidiki lagi, bukan? Ilmu Tuhan ini yang begitu banyak cabang-cabangnya, ranting-rantingnya atau lain-lain sebagainya, maka saya pilihlah ilmu yang termasuk, terkandung dalam rahsia-Nya iaitu Sirrullah. Disebut kerap di bidang rahsia-Nya, dengan ertinya tidak ada cakap, macam kita tadi. Bergerak terus. Bergerak terus. Bergerak. Bergerak. Tetapi melakukan sesuatu untuk sesuatu.
Jadi ilmu ini sebenarnya, apa yang telah saya kupas, apa yang telah saya perdapat atau bagaimana telah saya jalankan, ertinya, bertitik-tolak dari diri kita sendiri di dalam, bukan dari luar. Ertinya saya sendiri orang yang pertama dalam hal ini, tidak ada yang membuka, bahkan telah terbuka dengan sendirinya. Itu saya tidak tahu, bukan?
Ini bagi saudara-saudara sekarang, ertinya melalui Jamil (Haji Jamil Samad) atau melalui saya sendiri. Ertinya dibuka; dimasuki rumah ini dulu, sampai engkau tadinya yang terkurung di dalam, sampai boleh dapat keluar melalui pintu-pintu yang tertentu. Sampai menghasilkan gerak dan pergerakan pula.
Bahkan, macam-macam yang terjadi waktu pembukaan. Ada yang sujud. Ada yang menangis. Ada yang meratap. Ada juga yang bersilat dan segala macam. Tetapi kebanyakan yang saya alami, menangis! Kenapa? Dia yang terkurung, yang terkongkong selama ini, dia yang memberi aliran kehidupan di dalam badan diri kita, dia
yang diamanahkan Tuhan kepada badan diri kita masing-masing, dia yang akan kembali kepada Tuhan, dia yang datang langsung dari Tuhan secara original, dia pula yang akan kembali ke Hadirat-Nya, seolah-olah selama ini, dalam kita menjalankan kehidupan masing-masing, tak pernah dibawa ikut serta dalam segala-gala tindak-tanduk laku perbuatan kita. Dia sebagai orang dalam, dapat merasakan kemahuan orang di luar, akan tetapi apa daya orang tak mahu mengenalnya. Si badan tidak mahu mengenal akan dirinya sendiri. Padahal di situlah letak, letaknya segala rahsia-rahsia-Nya atau rahsia Tuhan.
Dan begitulah kami ertinya saya dalam hal ini, saya ingin orang-orang, bukan? Macam saya pula hendaknya. Saya ingin manusia-manusia yang banyak ini mendapat pula macam apa yang saya telah perdapat. Kalau saya berasa bahagia, bukan? Kalau saya rasa bahagia, gembira atau berjaya dengan pengetahuan ini, dengan adanya pengetahuan ini, saya ingin pula supaya tiap umat, tiap-tiap manusia, kalau boleh hendaknya, kalau dapat akan menerima pula dan menjalani pula atau akan meniru jalan saya ini atau membawakan jalan saya ini, supaya dapat pula merasakan kebahagiaan zahir dan batin.
Jadi, ini Ilmu Mengenal Diri Sendiri. Orang-orang pandai, orang-orang bijak dahulu mengatakan, ‘mengenal diri mengenal Tuhan,’ yang sulit betul ertinya. Untuk memasuki badan ini, untuk dapat menemui dia itu yang terletak terahsia pula di badan dirimu sendiri. Dia ada tetapi tidak ada. Tetapi mustahil dia tidak ada! Kalau tidak ada, tentu tidak hidup! Kita tak boleh hidup.
Dia berasal, datangnya dari yang Tiada Ada pula. Tetapi mustahil Dia tiada ada! Sebab segala-gala yang ada ini. Apa yang ada ini? Bulan, bintang, bumi, langit, lurah, bukit, gunung dan
sebagainya, dan sebagainya, dari Dia datangnya. Dia yang Mengadakan. Tetapi Dia Yang Maha tadi semua segala-galanya, Yang Maha Besar tadinya, Yang Maha Kaya dan Maha dari segalanya, macam saya katakan tadi, Dia Ada tetapi tidak ada. Jangan salah pengertian. Tidak ada dalam pandang kita sebagai seorang manusia, ya dak? Kita ini orang. Ada, sekarang. Orang, positif. Tetapi, itu saya katakan mustahil Dia tidak ada. Kalau Dia tidak ada, tentu tidak akan ada pula yang ada ini. Begitu pulalah, apa yang langsung diberikan-Nya kepada kita di dalam badan kita itu yang terahsia letak-Nya. Itu pun juga dia ada tetapi tidak ada. Tetapi mustahil dia tidak ada!
Buktinya? Kalau dia pergi, atau si anu, si anu telah meninggal katanya, tidak? Kan apa ertinya badan ini? Tetapi, kalau dia ada nampak pada diri kita, tentu kita boleh pegang, “Jangan dahulu pergi!” Ya tak? Inilah rahsianya: rahsia diri. Akan tetapi jangan sampai salah anggapan. Pernah juga orang-orang tarekat-tarekat dulu-dulu, yang sudah sampai ke sana, sampai dia mengatakan, “Ana al-Haq! Akulah itu kebenaran!” Ertinya, ‘Akulah itu Tuhan.’ Itu salah! Sebab dia ada tetapi tidak ada pula; ada pada sebutan tapi tidak ada pada kenyataan. Tapi mustahil dia tidak ada! Tapi dia itu bukan Tuhan. Bukan anak Tuhan! Tapi datangnya dari Tuhan.
Jadi, kalau dari Tuhan datangnya, dia ada secara sifat Tuhan juga. Tetapi tak ada pada kenyataan, dapat kita memahami garis besarnya keluar kita pelajari ilmu tauhid, akan ketuhanan dari Tuhan, tadi. Sifat-sifat sembilan puluh sembilan (99) tadi semua sekali; tak ada yang tak ada pada-Nya. Tak ada pula yang tak akan jadi pada-Nya dan segala-galanya. Padanya itu pun, tak ada pula yang tak ada, tak ada pula yang tak akan jadi.
kesatuan tidak? Maka dia ini juga sesuatu dari yang Satu. Mengerti? Walaupun sedikit, tetapi dia sesuatu dari yang Satu; dari Yang Esa. Tinggal kita lagi hendak memecahkan itu rahsia; rahsia yang terkandung padanya.
Jadi walaupun dia kecil seperti dikatakan tadi, tetapi segala-gala sifat-sifat ketuhanan dari Tuhan; dari Yang Maha Esa, itu yang kecil itu juga tak ada pula yang tak ada padanya! Tetapi dia bukan Tuhan! Yang Tuhan tetap Maha Besar, Maha Esa mengenai sesuatu dari sesuatu.
Setelah kami dalam hal ini, dapat memecahkan rahsia dari diri sendiri tadi, sampai mendapatkan aliran gerak, sampai mendatangkan pancaran melalui saluran-saluran yang tertentu, maka kami pelajarilah daya-daya dari tenaga-tenaga ini. Oleh kerana sifatnya ghaib; terasa tetapi tak nampak, kan begitu? Ada tetapi tidak nyata, maka itulah dititik-beratkan pengetahuan ini, namanya ilmu ghaib dari Yang Maha Ghaib.
Kebolehan-kebolehan ini, kalau kita katakan Tuhan itu Pengasih, Penyayang, adakah sifat kasih-sayang padanya atau tidak? Kita uji kepada si polan. Kita bawakan saja gerak ini, mungkin datang kasih sayang pada diri kami. Betul tidak? Ini ilmu-Nya yang terahsia. Kalau Dia Pengampun dan segala macamnya, macam saya katakan. Tetapi, walaupun kita tahu akan sifat Tuhan yang sembilan puluh sembilan (99) tadi, bagi kita yang sedikit, berpendirian kepada yang sedikit yang itu tadi, bukan? Ertinya kita bikin, kita adakan percubaan-percubaan, eksperimen kebolehan-kebolehannya tadi baru menjadi kenyataan. Tahu saja tetapi tidak berbuat, tak akan jadi. Tahu bisa untuk mengubat, katanya kan, kalau tidak kita lakukan tak akan jadi, ya dak? Begitu pun juga ertinya, macam dibawa bersilat dan sebagainya.
Tetapi, persoalan bagi diri saudara-saudara sekarang, bahawa telah mempunyai ini, bukan memikirkannya lagi. Itu jangan keliru. Tadi memikirkan bagaimana supaya dapatkan ilmu pengetahuan yang dalam, yang tinggi dan sebagainya, yang gagah atau bagaimana. Sebab dengan pengetahuan ini, cuba saja baca, “Ya
Jabar! Ya Jabar!” barangkali ribut, goncang rumah ini! ‘Ya Jabar’
apa ertinya? Kira kekuatan di sana, tidak? Tetapi bagi orang yang belum ada terbuka pintu, belum didirikannya, fikiran saja begitu, besar juga, gagah juga.
Jadi, dengan tunjuk kita ini, ‘Diam!’ kata kita, dia pasti diam. Jadi, kalau kita boleh memahami, dapat memahami akan kebolehannya, segala-galanya itu, sudah tentu kita adakan eksperimen, kita adakan percubaan-percubaan dan sebagainya. Harus kita ambil satu kesimpulan lagi hendaknya, macam saya katakan tadi; jangan sampai menyombongkan diri. Jangan sampai mendabik dada. Jangan sampai berkata keras atau sombong. Sebab, apalah ertinya kita sebagai seorang manusia di sisi Tuhan macam saya katakan tadi? Kita hanya satu titik saja - seorang hamba hendaknya kita, dalam erti yang sebenarnya. Erti hamba terhadap Tuhan, iaitu abdi. Mengabdi kepada Yang Maha Esa, kepada Yang Maha Besar.
Tugasnya seorang hamba tadi, bukan? Macam seorang hamba dari istana, kan menjalankan kewajipan, ya tidak? Begitu pula, apalagi terhadap Tuhan? Seorang hamba Allah, maka duduklah dia di sana sebagai seorang hamba Allah, menjalankan kehidupan bagi badan diri sendiri sebelum dia memancar keluar, apa tidak menjamin jalannya kehidupan kita di dalam? Sebelum tembus pintu untuk keluar macam kita sekarang ini? Setelah keluar, maka kita turutkan. Ertinya lebih bebas, lebih besar ruang bergerak baginya
tadi. Dan di situlah letaknya pancaran dalam pancaran tadi, pancaran yang berisi.
Yang kiri dan kanan? Ya, siapa pula? Ini kalau kiri, lain rasanya kalau kita tunjuk macam itu. Kan? Kalau ditunjuk juga lain, tidak? Yang kiri terasa lain, kan? Panas atau bagaimana? Dengan kanan ini, nggak lain?
Itu rahsia di badan diri kita juga letaknya, dan segala-galanya, segala-galanya. Tetapi, dalam titik berat dalam pengetahuan ini kami latih atau berlatih. Dilatih katakannya, kelincahan seluruh pergerakan kita hendaknya; kaki, tangan, badan, keseluruhan lincah. Itu yang penting. Gunanya, sewaktu kita bila perlu atau bila dikehendaki, dia automatik saja. Ini Kudratullah.
Soal ini soal mengenal lagi, bukan memikirkannya lagi. Soal mengingat. Pergi bekerja ke mana saja, membawa bas kalau kita drebar ingat saja; ada atau tidak, dia. Jalanlah. Kalau apa-apa, dia bangun itu sendiri. Mahu berkelahi, ingat saja dia dengan tenang. Tak usah kita bicara, cakap padanya tidak ada. Orang pukul, terserah. Tetapi ingat saja padanya. Dia sendiri. Tetapi, adakalanya pula nanti baru dia bersuara sendiri, barangkali.
“Jangan! Jangan!” katanya.
Jadi dalam pembawaan hari-hari, bukan? Macam kita di pasar, di office apa-apa, kita tidak bergerak macam ini? Tidak, kan? Kan di rumah kita berlatih memperlancar jalannya seluruh gerak dengan pergerakan badan diri kita keluar dan ke dalam. Dan sekaligus itu banyak anu… yang telah kita perbuat dan lakukan; memperbaiki diri kita kalau sakit, menolak bala yang akan datang, kalau ada.
Jadi bukan macam ilmu orang; diingat dahulu apa akan dibaca kalau menghadapi itu, supaya tunduk. Tidak ada sama kita. Bagaimana kalau berkelahi? Apa yang akan dianukan? Tidak ada.
Ingat saja padanya dan ikut saja. Dia sendiri bersedia. Biar kita dari belakang. Dicuri (dipukul curi) orang, dia automatik juga. Jadi, gerak ini akan diperlincah, diperingan, biar kaki tangan semuanya.
Dalam mengubat juga kita tenang. Ertinya kita cuba-cuba mengubat kita tenang. Kita cubalah minta air sejuk segelas. Lepas itu, kita tenang. Kita tenung si sakit macam ini, bukan? Dia automatik saja. Walaupun kita tengok belum ada reaksinya apa-apa segala-galanya. Yang kita saja berjalan, berbuat. Sebab, ini kekuasaan yang ghaib semua sekali apa yang akan terjadi.
Cuba kita fikirkannya, kita ini tak pandai. Kita bukan seorang doktor. Orang datang mengubat (minta ubat), apalah yang hendak dikasi (diberi)? Kita dengan apa yang ada pada kita. Dengan tenaga ghaib ini, ilmu ghaib dari Yang Maha Ghaib. Dia datang bukan? Ikut saja. Kita tengok bagaimana dia. Di situ kita mencari pengalaman.
Jadi, makanya sengaja saya terangkan ini, saya kupaskan ini, ertinya supaya tahu betul dari mana titik-tolaknya ilmu pengetahuan kita ini dan ke mana saudara-saudara kami bawa. Dan sebagai seorang Islam yang bertuhankan kepada Allah yang berasulkan, bernabikan kepada Nabi Muhammad s.a.w., itu pokok modal kita sebagai orang Islam, itu makanya Dua Kalimah Syahadah dasarnya. Sebagai seorang Islam saya katakan tadi, dan dalam segi ilmu pengetahuan Dua Kalimah Syahadah tadi kalau dipecah, maka asal-usulnya segala macamnya itu banyak mengandungi hikmah, banyak mengandungi hikmah, banyak mengandungi mukjizat.
Pada taraf permulaannya, bukan? Muhammad tadi dulu, “Asyhadu allaailaha il-Allah,” katanya terhadap Tuhan.