• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI KAJIAN IMPAK: KAJIAN KES BANJIR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "METODOLOGI KAJIAN IMPAK: KAJIAN KES BANJIR"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

METODOLOGI KAJIAN IMPAK: KAJIAN KES BANJIR Dr. Mohd Fo’ad Sakdan

foad437@uum.edu.my Dr. Rohana Yusof rohana@uum.edu.my Dr. Mohamad Sukeri Bin Khalid

sukeri@uum.edu.my

Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok, Kedah Darulaman

Abstrak

Bencana alam yang berlaku sama ada secara semulajadi atau akibat perbuatan manusia pasti memberi kesan terhadap komuniti dan negara secara keseluruhannya. Ia memberikan impak yang besar jika dilihat dari aspek kos yang perlu ditanggung oleh individu mahupun kerajaan. Ini adalah akibat daripada kemusnahan hartabenda individu dan juga hartabenda awam seperti kerosakan infrastruktur asas, bangunan dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini mengkaji kesan banjir ke atas sosioekonomi negeri Kedah dengan berdasarkan terma rujukan kajian yang berikut:. menilai dan menganggar bantuan kewangan yang diberi oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semasa banjir dan kos lain seperti bantuan perubatan, sara hidup, kerosakan harta benda dan gantirugi yang berkaitan dengan banjir; menilai dan menganggar kos dan perbelanjaan yang akan berlaku jika langkah mencegah banjir tidak dilakukan; meneliti impak kepada individu, kawasan dan negeri dengan memfokus kepada sosioekonomi; mengenalpasti impak dan perubahan kualiti kehidupan kumpulan sasaran; menilai keberkesanan dan kelemahan sistem penyampaian dan mengemukakan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini. Justeru metodologi kajian impak banjir adalah berasaskan pendekatan kualitatif yang disokong oleh survei dan temubual kumpulan sasaran (TKS).

(2)

1.0 Pengenalan

Bencana banjir sememangnya membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar, kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. Menurut Marvin (1969) kesan - kesan bahaya akibat banjir meliputi kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan harta benda dan nyawa, pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk pengangkutan dan komunikasi dan kerosakan pada tanah pertanian. Kejadian banjir juga menyebabkan berlakunya kerosakan kepada bangunan dan isinya, kepada perkhidmatan seprti jalan-jalan dan bekalan kuasa, mesin - mesin dan peralatan industri, perdagangan dan pengeluaran luar bandar (Higgins, Roger John, 1982).

Menurut ESCAP(1984), jenis kerosakan banjir boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kerosakan langsung (direct damages), kerosakan tidak langsung ( indirect damages ) dan kerosakan tidak ketara (intangible damages). Manakala Marvin (1969) pula mengatakan bahawa kerosakan banjir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kerosakan ketara (tangible damages ) dan kerosakan tidak ketara (intangible damages). Bagi kerosakan ketara pula ia boleh dibahagikan kepada kerosakan langsung dan kerosakan tidak langsung.

Berdasarkan huraian di atas, maka adalah wajar kerosakan yang berlaku akibat bencana banjir perlu dihitung atau dinilai kerosakannya bagi mengenalpasti kos sebenar yang ditanggung oleh mangsa banjir mahupun pihak kerajaan.

2.0 Senario Banjir Di Malaysia

Banjir di Malaysia berlaku saban tahun dan melibatkan beberapa negeri. Statistik banjir pada tahun 2007 (rujuk Jadual 1) menunjukan sejumlah 15,622 hektar keluasan kawasan telah ditenggelami banjir yang meliputi populasi penduduk yang ramai. Jika ditinjau keadaan banjir di negeri Kedah, dapat dilihat seluas 209.44 hektar kawasan dilanda banjir yang membabitkan jumlah penduduk seramai 117,368 orang.

(3)

Jadual 1: Keluasan Kawasan Banjir di Malaysia

Negeri Keluasann Jumlah Populasi Kawasan Populasi Terlibat

(km 2) {tahun 2000) Banjir (km 2) banjir (2002) Perlis 795 198,335 26.74 12,736 Kedah 9,426 1,572,107 209:44 117,368 Pulau Pinang 1,030 1,225,501 206.83 342,524 Perak 21,005 2,030,382 662.84 275,374 Seiangor 7,955 3,947,527 1,788.70 669,217 Kuala Lumpur 243 1,297,526 13.18 157,302 Negeri Sembilan 6,843 830,080 129.48 40,887 Melaka 1,651 602,867 80.85 27,811 Johor 18,986 2,565,701 2,368.71 290,570 Pahang 35,965 1,231,176 6,271.62 615,128 Terengganu 12,955 879,691 2,222.87 425,396 Kelantan 14,920 1,289,199 1,640.38 714,287 Sumber.Berita Harian 2007

Di Kedah, bagi tempoh tahun 2005-2009, berdasarkan rekod Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lihat Rajah 1, bilangan mangsa banjir yang tertinggi ialah pada bulan November-Disember 2005 dengan mangsa banjir seramai 44,974 orang. Malah, banjir pada November-Disember 2005 ialah yang terburuk di Kedah. Bilangan mangsa banjir yang kedua tertinggi ialah pada bulan November 2009, iaitu 8,136 orang. Majoriti daripada mangsa banjir menetap di pusat pemindahan yang disediakan oleh pihak berkuasa kerana di pusat itu kebajikan mereka dijaga dari segi kewangan dan bukan-kewangan. Penduduk Kedah yang menjadi mangsa banjir bagi tempoh 2005-2009 ialah kurang daripada 3 peratus daripada jumlah penduduk negeri yang seramai 2 juta orang.

(4)

Rajah 1: Taburan mangsa banjir 2005 – 2009

Sumber: MKN, 2009

Jika ditinjau dari aspek kerosakan akibat banjir (rujuk Jadual 2), ia meliputi kerosakan terhadap aset dan tanaman pertanian milik isi rumah, kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLCs). Keseluruhan kos kerosakan akibat daripada kejadian banjir bagi tempoh 1988-2008 ialah kira-kira RM2.6 bilion. Khusus bagi Kedah, jumlah kerosakan tanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ialah kira-kira RM148 juta bagi tempoh 1988-2008. Untuk tanaman pertanian dan ternakan, kos kerosakannya ialah kira-kira RM20 juta (Disember 2007) dan kerosakan aset milik isi rumah dan kerajaan/GLCs masing-masing ialah kira RM0.9 juta (Disember 2007) dan RM8 juta (Disember 2007). Semua kos kerosakan aset di Kedah bagi tempoh 1988-2008 ialah kira-kira RM177 juta.

(5)

Jadual 2: Kos kerosakan aset kerajaan dan aktiviti ekonomi

Jenis Kerosakan Aset Tempoh kejadian banjir Kos Kerosakan (RM juta) Kedah

• MADA -Kerosakan tanaman padi

Nov 1988, Okt 2003, Dis 2005, Okt 2006, Sep-Okt-Dis 2007, Sep 2008, Okt 2008

148 • Kerosakan tanaman pertanian

dan ternakan

(hanya Dis 2007) 20 • Kerosakan aset milik isi

rumah

(hanya Dis 2007) 0.9 • Kerosakan aset milik kerajaan

dan GLCs

(hanya Dis 2007) 8

Jumlah kecil – Kedah 176.9

Negeri Lain yang dilanda banjir • Kerosakan tanaman pertanian

dan ternakan

Nov 2005, Dis 2006, Dis 2007 183 • Kerosakan aset milik isi

rumah

Dis 2007 37

• Kerosakan aset milik kerajaan dan GLCs

Nov 2005, Dis 2006, Dis 2007, 2,193

Jumlah kecil – Negeri lain 2,413

Semua negeri Jumlah besar 2,590

Sumber: MADA, 2009

Berasaskan kepada senario di atas, suatu kajian impak banjir di Kedah telah dijalankan untuk meneliti secara komprensif kesan dan langkah mengatasi banjir yang saban tahun melibatkan kerugian kepada masyarakat dan negara. Terma rujukan tersebut adalah sepertimana berikut:

i. Menilai dan menganggar:

• Nilai pampasan yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan apabila berlakunya banjir.

• Kos bantuan kecemasan yang akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semasa banjir.

• Kos bantuan perubatan. • Kos sara hidup.

• Kos kerosakan dan ganti rugi.

ii. Menilai dan menganggar kos dan perbelanjaan yang akan berlaku jika langkah

(6)

iii. Meneliti impak kepada individu, kawasan dan negeri dengan memfokus kepada

sosiekonomi.

iv. Mengenalpasti impak dan perubahan kualiti kehidupan kumpulan sasaran.

v. Menilai keberkesanan dan kelemahan sistem penyampaian.

Justeru, kertas kerja yang dibentangkan ini adalah bertujuan untuk menggariskan pendekatan

atau metodologi kajian bagi pencapaian objektif kajian yang bersandarkan kepada terma rujukan

yang telah dinyatakan.

3.0 Memahami terma rujukan klien

Langkah awal yang dilaksanakan oleh pasukan penyelidik ialah memahami maksud terma rujukan yang telah ditetapkan oleh pihak Northern Corridor Implementation Authoriti (NCIA). Perbincangan secara berkumpulan dijalankan dengan hasil perbincangan berjaya merumuskan secara terperinci tuntutan terma rujukan tersebut.

3.1 Mengenalpasti kawasan kajian/banjir di Kedah

Memandangkan kajian impak banjir di Kedah meliputi keseluruhan negeri, maka adalah perlu bagi pasukan penyelidik mengenalpasti dan menentukan kawasan kajian. Dalam konteks ini, adalah perlu diperingkat awal, ditentukan kawasan banjir di Kedah.

Banjir adalah fenomena tahunan dan berlaku pada musim tengkujuh iaitu pada bulan November dan Disember. Ini bererti, bencana banjir boleh dijangkakan. Bagaimanapun, pengisytiharan banjir di sesuatu kawasan ditentukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan dimaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara. Berdasarkan maklumat sekunder yang diperolehi daripada Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta dapatan kajian daripada survei, di antara daerah yang kerap dilanda banjir ialah Kota Setar, (5 kali) dalam tempoh 2005 hingga 2009, diikuti dengan daerah Padang Terap (4 kali) dan Kubang Pasu (4 kali). Pulau Langkawi, yang merupakan destinasi pelancongan dalam kalangan pelancong antarabangsa dan tempatan, hanya mengalami banjir sekali dalam tempoh kajian iaitu pada bulan November-Disember 2005. Tempoh banjir di Kedah, pada puratanya berpanjangan selama lima (5) hari.

(7)

Bagi maksud kajian ini, 12 daerah di negeri Kedah telah dipilih sebagai sampel kajian. Manakala populasi kajian ialah seramai 3,674 orang/mangsa banjir.

3.2 Sumber data

Peringkat seterusnya ialah menentukan sumber data kajian. Ini adalah kerana, data berkaitan banjir amat penting diperingkat awal bagi membantu pasukan penyelidik memahami senario bencana banjir di Malaysia umumnya dan negeri Kedah khususnya.

Data sekunder

Sumber data dan maklumat mengenai banjir di peringkat nasional pada amnya dan Kedah pada khususnya diperolehi daripada agensi kerajaan di peringat Negeri dan Persekutuan, terutamanya daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah di negeri Kedah. Selain itu, penyelidik memperolehi data daripada Jabatan Meteorologi Malaysia berkaitan dengan cuaca dan hujan di negeri Kedah mengikut daerah dan mukim untuk siri 20 tahun.

Data primer

Data primer juga amat diperlukan dalam kajian ini. Oleh itu, survei ke atas mangsa banjir dilakukan pada 18 hingga 25 November 2009 untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

i. Profil mangsa banjir dari segi umur, jantina, bangsa, status perkahwinan,taraf pendidikan, pekerjaan, pendapatan bulanan dan ahli isi rumah.

ii. Maklumat pemilikan rumah mangsa banjir dari segi tempoh pemilikan rumah, status pemilikan rumah, nilai rumah dan jenis kediaman rumah.

iii. Profil kawasan mangsa banjir dari segi kekerapan banjir, tempoh hari banjir, dan pusat pemindahan banjir.

iv. Kerosakan harta benda dan kos membaik pulih yang ditanggung oleh mangsa banjir.

v. Bantuan kewangan dan bukan-kewangan yang diterima oleh mangsa banjir daripada Kerajaan Pusat, Negeri, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan politik, wakil rakyat dan saudara mara.

(8)

vii. Hilang punca pendapatan di kalangan mangsa banjir dalam sektor bukan-pertanian, sektor pertanian bermusim dan sektor pertanian tidak bermusim.

Semua maklumat daripada sumber primer dan sekunder itu dianalisa untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh terma rujukan kajian.

3.3 Kerangka Analisis Kajian

Penentuan kerangka analisis kajian amat penting untuk mencapai objektif terma rujukan. Oleh yang demikian, survei ke atas mangsa banjir telah dilakukan pada 18 hingga 25 November 2009 untuk 12 daerah yang telah dikenalpasti. Sampel kajian berdasarkan teknik pensampelan berkelompok (clustering) dan bertujuan (purposive) bagi memastikan populasi bagi setiap daerah yang dilanda banjir dipilih. Oleh itu, sampel kajian dipilih daripada kalangan mangsa banjir, iaitu ketua isi rumah (KIR) di daerah yang telah dikenalpasti sebagai kawasan kajian. Sampel kajian ialah seramai 534 orang daripada populasi kajian 3,674 orang iaitu 14 peratus daripada populasi kajian.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi mangsa banjir berdasarkan senarai mangsa banjir yang diperolehi daripada JKM dan Pejabat-pejabat daerah di negeri Kedah. Penyelidik menggunakan senarai mangsa banjir tahun 2007. Tahun 2007 dipilih kerana ia mempunyai bilangan mangsa paling ramai dan hampir semua daerah di Kedah dilanda banjir. Populasi kajian ialah seramai 3,674 KIR dengan 12 daerah yang terlibat iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Pokok Sena, Padang Terap, Bandar Baharu, Kulim, Pendang, Baling, Yan, Kubang Pasu, Sik, dan Langkawi. Jadual 3 menunjukkan populasi dan sampel kajian mengikut daerah yang dilanda banjir.

Pemilihan sampel kajian berdasarkan jumlah mangsa banjir di setiap daerah, iaitu sekurang-kurangnya sebanyak 10 peratus berdasarkan kepada praktis pensampelan teknik mengikut kaedah penyelidikan (Sekaran, 2003). Ketua isi rumah (KIR) ditemuduga mengikut soalan yang disediakan oleh penyelidik. Daripada 3,674, sampel kajian ialah seramai 573 KIR iaitu 16 peratus daripada populasi kajian. Dalam menjalankan survei, 36 borang soal selidik tidak dikembalikan oleh pembanci. Oleh itu, seramai 537 KIR yang ditemuduga dan jawapan responden disemak dan dinilai kesahan (validity) dan keutuhan (reliability) data. Daripada 537 KIR itu, maklumat yang diisi oleh pembanci ke atas tiga responden adalah meragukan dan tidak diambil kira dalam

(9)

analisis data bagi menjaga kesahan dan keutuhan analisis. Jumlah sampel kajian yang ‘bersih’ dan dianalisa ialah seramai 534 KIR iaitu 14 peratus daripada populasi kajian.

Jadual 3: Populasi dan sampel kajian Ketua Isi Rumah (KIR) mengikut daerah yang dilanda banjir, 2007

Daerah Populasi Kajian (bil.) Sampel Kajian (bil) Liputan Sampel ke atas populasi kajian 1. Kota Setar 1,901 239 13% 2. Padang Terap 552 62 11% 3. Kubang Pasu 254 31 12% 4. Langkawi 186 30 16% 5. Pokok Sena 182 20 11% 6. Yan 133 24 18% 7. Kuala Muda 119 30 25% 8. Sik 98 24 24% 9. Baling 93 26 28% 10. Pendang 63 37 59% 11. Bandar Baharu 53 25 47% 12. Kulim 40 25 63% Semua di atas 3,674 573 16%

Nota: data mangsa banjir bagi Baling dan Kulim adalah senarai banjir awal tahun 2009 dan Langkawi pada tahun 2005. Untuk Kuala Muda berdasarkan senarai banjir 2008.

Sumber: Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Negeri Kedah

3.5 Item Soal Selidik

Bagi memastikan objektif terma rujukan dicapai, item atau persolan yang perlu dijawab oleh responden atau mangsa banjir telah dibina berasaskan kehendak atau tuntutan terma rujukan. Selain itu, pengumpulan profail mangsa banjir adalah amat penting kerana ianya membantu dalam membincangjan penemuan kajian.

Justeru, soal selidik yang dibina memberikan penumpuan awal berkaitan profil mangsa banjir seperti kohort umur dan jantina; bilangan Ahli Isi Rumah (AIR); profil pendidikan; jenis pekerjaan; jenis rumah responden; kategori isi rumah mengikut tahap pendapatan; profil responden/KIR mengikut pendapatan dan kemiskinan; kekerapan banjir yang dialami dan tempat tinggal semasa banjir.

Bagi tujuan mengenalpasti kos ketara yang ditanggung oleh mangsa banjir, soal selidik memfokuskan item persoalan seperti aset isi rumah; liputan pembaikan yang dilakukan oleh responden dan kos purata aset isi rumah yang terpilih (kos purata, pembaikan dan pembelian aset).

(10)

Pendekatan temubual kumpulan sasaran (TKS) juga dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam bagi menyokong dapatan kajian hasil survei. Pendekatan ini mampu memberikan jawapan yang lebih tepat bagi membolehkan pasukan penyelidik membuat andaian, kesimpulan dan seterusnya mencadangkan pendekatan yang terbaik bagi kajian impak banjir ini.

Pengukuran kos tak ketara pula yang berkaitan dengan emosi dan trauma daripada kesan banjir adalah mengikut kaedah penilaian kontigen atau contigent valuation method (CVM) yang diperkenalkan oleh Davis (1963). CVM adalah kaedah untuk mengukur barang atau perkhidmatan yang tiada nilai pasaran. Oleh itu, nilai itu perlu diukur dan salah satu caranya ialah mengukur barang atau perkhidmatan itu menerusi survei dengan menemuduga responden dengan soalan yang berikut: berapakah yang sanggup mereka bayar bagi mengekalkan tahap kebajikan mereka sebelum berlakunya krisis atau bencana yang menimpa mereka.

Konsep kesanggupan membayar itu juga boleh dilihat dari perspektif kesanggupan untuk menerima pampasan tertentu dalam mana responden sanggup melepas atau mengorbankan tahap kebajikan semasa mereka. Data untuk mengukur kesanggupan membayar atau kesanggupan untuk menerima akan diperolehi daripada survei yang dijalankan ke atas 534 responden (mangsa banjir).

Item persoalan yang berkaitan dengan sistem penyampaian bantuan oleh pihak berkuasa juga merupakan salah satu item penting untuk mengenalpasti sama ada responden berpuashati atau pun tidak dari perspektif sistem penyampaian bantuan pihak berkuasa kepada mangsa banjir.

3.6 Limitasi Kajian

Sebagaimana kajian yang lain, kajian ini juga perlu menyatakan dengan jelas akan limitasi kajiannya. Analisis kajian dikekangi dengan kerahsiaan data yang dibekalkan oleh MKN dan maklumat mengenai senarai mangsa banjir yang tidak lengkap yang diperolehi daripada JKM dan Pejabat-pejabat di negeri Kedah. Maklumat dan statistik yang dibekal oleh MKN, khususnya data kewangan yang berkaitan dengan kos bencana banjir yang ditanggung oleh agensi kerajaan dan bayaran bantuan kewangan kepada mangsa banjir perlu mendapat kelulusan daripada MKN kerana maklumat dan statistik itu dikategorikan sebagai ‘Terhad’. Begitu juga maklumat mengenai Arahan No. 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara.

(11)

survei, penyelidik berdepan dengan kesulitan untuk mencari responden yang terpilih iaitu seramai 573 orang (pada asalnya). Ada dalam kalangan responden yang terpilih itu telah meninggal dunia sebelum tahun 2007 dan ada pula dalam kalangan mereka bukan penduduk di kawasan kejadian banjir. Ini bererti, ada penduduk dari luar kawasan kejadian banjir mengambil kesempatan untuk disenaraikan sebagai mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir yang ditentukan oleh kerajaan dengan tujuan untuk mendapat bantuan wang ehsan daripada kerajaan Pusat atau Negeri.

3.7 Rumusan

Berdasarkan huraian di atas, maka dapat dirumuskan bahawa pendekatan metodologi kajian yang digariskan dalam kajian impak banjir di Kedah adalah berteraskan objektif pencapaian terma rujukan yang telah ditetapkan oleh pihak NCIA.

Justeru, metodologi kajian yang digunapakai dilihat merupakan pendekatan terbaik yang melibatkan survei dan juga temubual kumpulan sasaran. Ini adalah kerana, gabungan penemuan kajian dari kedua-dua pendekatan tadi mampu memberikan gambaran yang lebih jelas berkaitan kos ketara dan tidak ketara yang ditanggung oleh mangsa banjir serta ia dapat memperjelaskan persepsi dan pandangan responden terhadap sistem penyampaian pihak kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

(12)

RUJUKAN

Berita Harian. 10 Januari 2007. Minda Lestari

ESCAP, 1991., Manual and Guidlines For Comprehensive Flood Loss Prevention And Management, United Nation Publication .

Higgins, Roger John, 1982., An Economic Comparison Of Different Flood Mitigation Strategies In Australia, PHD Abstract, University of New South Wales, Australia.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 2009, ‘Senario kejadian banjir di kawasan Muda’, MADA, Alor Setar, Kedah.

Majlis Keselamatan Negara 2009, ‘Maklumat kejadian banjir yang berlaku pada tahun 2005-2007’, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Marvin Dougal, 1969, Flood Plain Management, Iowa Experience, Iowa University Press Limeted.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia tiada tarikh, Rancangan tebatan banjir negeri Kedah, Kuala Lumpur, dilayari pada 16 Februari 2010, <http://www.water.gov.my>.

Sekaran, U 2003, Research methods for business: a skill building approach, John Wiley & Sons, New York.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini diharapkan dapat membantu memberikan early warning sistem sebelum terjadinya longsor berdasarkan perubahan perilaku lereng di tambang terbuka batubara

Apabila terlalu sulit atau terlalu mudah, pengembang bahan ajar dapat memperbaikinya sesuai dengan hasil uji coba, (5) Penilaian (Evaluation) Dalam kegiatan ini, bahan ajar yang

Berdasarkan uraian di atas dapat dipahami mengapa terjadi sikap pro dan kontra atas gagasan reaktualisasi Munawir. Hal ini memperlihatkan sebagian umat Islam tidak lagi

1 hari - Bukti setor bank - Tanda terima pada Buku HHK 2 Membuat Bukti Pembuatan Tagihan PNBP melalui Aplikasi SIMPONI - Data dan Bukti Setor - Aplikasi SIMPONI

Tujuan dari studi ini adalah untuk mengetahui secara jelas bagaimanakah penerapan teori kepemimpinan dalam meningkatkan motivasi dan semangat kerja pegawai pada Dinas Kebersihan

yaitu kelompok 1 sebagai kontrol negatif hanya diberi pakan, kelompok 2 sebagai kontrol positif diberi pakan serta diinduksi ovalbumin, kelompok 3 selain diberikan pakan dan

Dengan demikian, dapat dikatakan simbol merupakan pemadatan bahasa yang di dalamnya terdapat dua makna atau lebih dari simbolik itu sendiri.. Simbol dalam karya

Perusahaan yang lean menciptakan tim yang terdiri dari orang-orang yang bekerja sama dalam memaksimalkan penciptaan nilai melalui value stream, guna pengembangan value stream