• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERMATA Negara. Tel: Faks:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERMATA Negara. Tel: Faks:"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Tel: 603-8319 4000 • Faks: 603-8319 4001 Jabatan Perdana Menteri

W101 Tingkat 1, Blok 3440, Enterprise Building One (EBI), Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

(2)

PERMATA

Program Asuhan dan Didikan Awal

Kanak-Kanak Permata Negara

“setiap anak

(3)

LIRIK

LAGU

PERMATA

Semenjak di dalam kandungan lagi

Dibekalkan tuhan bakat tersendiri

Seawal usia perhatian harus diberi

Dewasanya kelak teguh peribadi

Kanak-kanak PERMATA berharga

Jika digilap pasti bercahaya

Umpama benih disemai dibaja

Kecenderungannya usah dipersia

(4)

ISI

KANDUNGAN

Kanak-kanak PERMATA bahagia

Kamilah harapan Malaysia tercinta

Siapa kami di masa hadapan

Asasnya didikan serta dorongan

Kanak-kanak PERMATA bahagia

Kamilah harapan Malaysia tercinta

Siapa kami di masa hadapan

Asasnya didikan serta dorongan

Pencipta :

Pak Ngah

Lirik :

Habsah Hassan

Seulas Pinang 02 • Bagaimana Kami Bermula 03 • Falsafah dan Fokus PERMATA Negara 06

(5)

SEULAS

PINANG

Salam

Sejahtera

dan

Salam

1Malaysia

Program PERMATA menawarkan satu alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur lima tahun kepada rakyat Malaysia. Pendekatan dibuktikan di beberapa buah negara maju telah berupaya merangsang perkembangan pesat kebolehan intelek, kognitif dan komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi mereka. Penekanan ini diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami (experimentation,

exploration and experiential) melalui permainan.

Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak dan perkembangan positif program ini telah dapat dilihat pada anak-anak setelah satu tempoh dalam Program PERMATA.

Ucapan terima kasih dan penghargaan saya rakamkan untuk semua pihak yang telah sama-sama meluangkan masa dan mencurahkan khidmat bakti bagi melaksanakan program ini. Setitik budi tuan setinggi gunung intan bagi saya dan anak-anak PERMATA. Saya berdoa agar usaha murni kita diberkati Allah Subhanahu Wata’ala dan bersama membawa perubahan positif berpanjangan kepada kehidupan anak-anak di masa hadapan.

Adalah menjadi harapan saya juga agar program ini mendapat sokongan padu yang berterusan dari semua pihak.

Alhamdulillah Program PERMATA kini telah dilaksanakan di 25 buah

lokasi dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi

kerajaan dan juga komuniti-komuniti setempat.

Salam hormat.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Pengerusi Jawatankuasa

Kerja Penyelarasan Program PERMATA

(6)

PERMATA NEGARA

BAGAIMANA

KAMI

BERMULA

Setiap Anak PERMATA Negara

Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan. Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal lagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada

lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah “Setiap Anak PERMATA Negara” bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik.

Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

(7)

BAGAIMANA

KAMI

BERMULA

Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak-kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.

Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah ‘pembelajaran yang menyeronokkan’ dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit.

(8)

Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’ juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada kanak-kanak.

Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

(9)

FALSAFAH

DAN

FOKUS

PERMATA

NEGARA

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan

potensi

SETIAP ANAK PERMATA NEGARA

secara holistik bagi

mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan

kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.

• Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut: i. Berumur satu hingga empat tahun ii. Menetap di pinggir atau luar bandar iii. Keluarga berpendapatan rendah iv. Berbilang kaum dan agama

• Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan.

• Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.

(10)

PERMATA NEGARA

RASIONAL

PERMATA

NEGARA

a. Kajian pembangunan psikopatologi terhadap perkembangan sel-sel otak bahawa terdapat satu tempoh kritikal dalam pembelajaran di peringkat awal umur kanak-kanak di mana lebih banyak sinaps dapat dibentuk dan dikekalkan sekiranya sel-sel ini dirangsang dari peringkat awal.

b. Bukti dari kajian neurosains menunjukkan 3 tahun pertama adalah penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.

c. Dengan rangsangan yang betul dalam keadaan ceria dan gembira, otak kanak-kanak akan berkembang segar.

(11)

STRUKTUR

KURIKULUM

PERMATA

NEGARA

TAhAP-TAhAP KRiTiKAl DAlAM PERKEMbANgAN KANAK-KANAK 11-12 tahun 7-10 tahun 6 tahun 5 tahun 4 tahun 3 tahun 2 tahun 1 tahun Lahir Belum lahir (Sumber: Eliot, 1999) Pergantungan Sosial Kawalan Emosi Penglihatan Perkembangan Motor Motor Halus Perbendaharaan Kata Asas Penguasaan Bahasa Kedua Kebolehan Muzikal Matematik dan Logik

±90%

perkembangan otak

kanak-kanak berlaku dengan pantas

semasa

MEREKA BERUMUR DI BAWAH

5 TAHUN.

• Perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak bermula sejak dari dalam kandungan lagi.

• Setelah dilahirkan, hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang.

• Perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak boleh dipertingkatkan sekiranya mereka selalu dilayan bercakap. Perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak dalam bahasa kedua juga bermula sejak mereka bayi lagi. • Perkembangan deria penglihatan

kanak-kanak berlaku di paras maksimum semasa mereka berumur 2 tahun dan di peringkat umur ini juga mereka sudah boleh dirangsang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.

(12)

a. Mirip kepada program seumpamanya yang dilaksanakan di negara-negara maju contohnya the United Kingdom’s Sure

Start/United States’ Head Start

b. Program Asuhan dan Didikan Awal kanak yang komprehensif untuk kanak-kanak 1 hingga 4 tahun dan menekankan kepada penglibatan ibu-bapa dan komuniti setempat dalam proses pembelajaran kanak-kanak

c. Memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini

ialah:-• Kasih sayang dan belaian • Interaksi dan komunikasi • Pemikiran dan bacaan

• Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas

• Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak

• Belajar melalui bermain

• Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan d. Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan

falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia s e r t a m e n g a n d u n g i e n a m b i d a n g pembelajaran dalam model konseptual seperti

(13)

berikut:-TEKNIK

PEMBELAJARAN

PERMATA

Teknik pembelajaran PERMATA menekankan pada rangsangan minda kanak-kanak melalui kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini sesuai untuk mewujudkan perasaan minat dalam diri kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

Belajar melalui bermain

Fizikal

Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

(14)

Kreativiti dan Estetika

Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

(15)

SEULAS

PINANG

KEISTIMEWAAN

PROGRAM

PERMATA

(16)

a) Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh pendidik mengikut kreativiti mereka untuk dilaksanakan bersama bayi dan kanak-kanak bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kebolehan kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka b) Garis panduan diberikan kepada Pendidik

PERMATA bagaimana merancang aktiviti untuk merangsang proses pembelajaran yang efektif berdasarkan kepada 6 komponen pembelajaran – berkait dengan perkembangan seimbang dan holistik c) Penekanan diberikan kepada kombinasi

dan kesepaduan antara kualiti penjagaan asas kanak-kanak dan penggarapan elemen pendidikan yang diterap secara tidak langsung melalui aktiviti dan amalan harian pusat asuhan

d) Tertumpu kepada bagaimana untuk menggarap potensi semula jadi yang ada dalam diri seseorang kanak-kanak. Ini bertujuan untuk melahirkan anak-anak yang:

• Holistik dan seimbang

• Mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia

• Berintelek tinggi

• Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

• Bijak bergaul • Sihat jasmani • Suci rohani

e) Penglibatan ibu-bapa sebagai pemangkin asuhan dan didikan kanak-kanak di mana kesinambungan pengasuhan perkembangan

memainkan peranan penting dalam Program PERMATA, di mana komitmen dalam penglibatan aktif dan berterusan mereka dipastikan melalui satu surat aku janji bahawa mereka akan menyumbang 4 jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah: • berbincang dan menilai perkembangan

kanak-kanak;

• m e m b e r i m a k a n , m e m a n d i k a n , membaca, bercerita dan memasak dengan kanak-kanak;

• menyertai lawatan sambil belajar bersama kanak-kanak

• menyertai program kesihatan dan kaunseling; dan

• memastikan kesinambungan kaedah pembelajaran PERMATA semasa di rumah.

f) Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi dalam konteks pengasuhan, kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Ia merupakan satu kolaborasi yang efisien dengan kerjasama para pakar dan profesional dalam pelbagai bidang berkaitan kanak-kanak

g) Menitikberatkan aspek keselamatan dari semua sudut

h) Menitikberatkan peningkatan kemahiran profesional pendidik yang mendidik anak-anak selaras dengan teori perkembangan kanak-kanak dari pakar-pakar asuhan dan didikan awal kanak-kanak diiktiraf di

(17)

STRUKTUR

PELAKSANAAN

PROGRAM

PERMATA

Menteri

Menteri Pelajaran, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;

Agensi

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakil, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakil, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri atau wakil, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris; Ahli yang dilantik

Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan PERMATA, Pakar Kanak-kanak (Child Development), Pakar Kanak-kanak (Child Psychology), Persatuan TASKA, Wakil badan-badan bukan kerajaan, Persatuan Pelajar Pintar. Urus setia : PERMATA Negara, Jabatan

Perdana Menteri

Majlis Pelaksanaan Program

PERMATA

Pengerusi

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib

Tun Haji Abdul Razak

Fungsi

melaksanakan dan

merancang strategi

pelaksanaan

Program-program PERMATA.

Keahlian

PERMATASENI PERMATAINSAN

PERMATANEGARA

PERMATAPINTAR PERKASAREMAJA

CARTA PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA

(18)

PERMATA Remaja

PERMATA NEGARA

Agensi

PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri

Objektif

memberi khidmat keurusetiaan kepada Majlis dan Jawatankuasa

di bawahnya;

menyelaras penubuhan Pusat Anak PERMATA Negara secara

projek perintis bagi setiap negeri;

mengurus pelaksanaan dan pengoperasian 25 Pusat Anak

PERMATA Negara sedia ada yang bertaraf projek perintis di

seluruh negara;

memberi khidmat pengurusan dan sokongan dalam pelaksanaan

Program PERMATA Negara.

Kumpulan Sasar

Anak 1 - 4 tahun

PERMATA PINTAR

Agensi

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Objektif

Mengenal pasti pelajar pintar, cerdas, dan berbakat seawal mungkin

supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara

optimum.

(19)

STRUKTUR

PELAKSANAAN

PROGRAM

PERMATA

PERMATA SENI

Agensi

PERMATA Seni Koir di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

dan PERMATA Seni Muzik di Istana Budaya

Objektif

Mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai bakat dan

tahap potensi yang tinggi dalam bidang seni supaya dapat

mempertingkatkan kecemerlangan mereka.

Kumpulan Sasar

Pelajar umur 8 – 12 tahun

PERMATA INSAN

Agensi

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Objektif

Melahirkan ilmuwan agama, tenaga profesional, teknokrat dan saintis

yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan al-Quran sebagai

perundangan hidup.

Kumpulan Sasar

Pelajar Sekolah Agama Rendah berumur 7 – 12 tahun

(20)

PERKASA REMAJA

Agensi

Kem PERKASA Remaja, Komuniti PERKASA Remaja, Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM)

Objektif

Mengupayakan/memperkasakan remaja melalui pendekatan yang

holistik dalam konteks pembangunan remaja.

Kumpulan Sasar

(21)

PERMATA PRESINT 16 Putrajaya PERMATA Putrajaya PERMATA Tambun Tulang, Perlis PERMATA Chini Pahang PERMATA Mempaga Pahang

PERMATA Subang Jaya Selangor PERMATA Kepala Batas Pulau Pinang PERMATA Dungun Terengganu PERMATA Chembong Negeri Sembilan

PUSAT

ANAK

PERMATA

NEGARA

(22)

PERMATA Pasir Mas

Kelantan PERMATA Bercham

Perak

PERMATA Kota Samarahan

Sarawak

PERMATA Bukit Peringgit Melaka

PERMATA Tuaran Sabah

PERMATA Batu Pahat Johor

PERMATA NEGARA

(23)

PUSAT

ANAK

PERMATA

NEGARA

PERMATA Parit

Guntong, Johor PERMATA Kuala Ketil

Kedah

PERMATA FElDA Tenggaroh

Johor PERMATA Jeli Kelantan

PERMATA FElDA Raja Alias Negeri Sembilan

PERMATA FElDA Chiku

Kelantan PERMATA

FElDA Kerteh

Terengganu PERMATA Felda Tenggaroh Johor

PERMATA Felda Chiku Kelantan

(24)

Referensi

Dokumen terkait

Peubah dan waktu pengamatan adalah (1) dua minggu sekali : tinggi tanaman yang diukur dari permukaan tanah sampai, jumlah daun per tanaman, luas daun dengan

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan YME karena hanya dengan rahmat dan karunia-Nya, penulis dapat menyelesaikan tugas akhir berjudul Perancangan Buku

Dari pembahasan diketahui bahwa metode interpolasi dapat digunakan untuk memprediksi fungsi dari suatu benda putar yang tidak beraturan. Volume yang dihasilkan

Dalam permainan ini tugas siswa pada setiap kelompok adalah menyusun kalimat berdasarkan gambar yang dibagikan oleh guru.. Penilaian diberikan berdasarkan jumlah kalimat

Perubahan mutu atribut tekstur selama penyimpanan 0 o C selama 10 hari yang paling lambat adalah pada udang yang direndam menggunakan bawang merah 1:2. Namun

-aksud dari kegiatan Penyusunan Tataran Transportasi Lokal (TATRALOK) Darat, Sungai Penyusunan Tataran Transportasi Lokal (TATRALOK) Darat, Sungai dan Udara di Kabupaten Tolikara

Diameter pertumbuhan miselium untuk hari ke 7 terjadi perubahan dimana jamur merang yang memiliki pertumbuhan miselium paling baik yaitu pada media bubur