• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.0 Selaras dengan arahan tersebut, pihak UniMAP akan mengambil tindakantindakan 2.1 OPERASI HARIAN UNIVERSITI DAN ARAHAN KEHADIRAN KE PEJABAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "2.0 Selaras dengan arahan tersebut, pihak UniMAP akan mengambil tindakantindakan 2.1 OPERASI HARIAN UNIVERSITI DAN ARAHAN KEHADIRAN KE PEJABAT"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PENUH MULAI 15 JUN 2021 HINGGA 28 JUN 2021

1.0 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil maklum akan pengumuman terkini Kerajaan berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara berkuat kuasa 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021 berikutan laporan catatan harian kes jangkitan wabak COVID-19 yang masih tinggi melebihi 5,000 kes.

2.0 Selaras dengan arahan tersebut, pihak UniMAP akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut :

2.1 OPERASI HARIAN UNIVERSITI DAN ARAHAN KEHADIRAN KE PEJABAT

2.1.1 Semua operasi UniMAP DITUTUP SEPENUHNYA berkuat kuasa 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021 kecuali kepada:

a. Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah kategori essential

services iaitu :

i. Pusat Kesihatan Universiti (PKU) ii. Jabatan Keselamatan (JKes) iii. Pusat Perumahan Pelajar (PPP) iv. Jabatan Pembangunan (JP)

v. Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE)

(2)

2

b. Pusat Tanggungjawab (PTj) selain di bawah kategori essential services yang mempunyai proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dengan syarat kehadiran tidak melebihi 20% seperti :

i. Pembayaran kontrak/invois/gaji;

ii. Penyelenggaraan/keselamatan premis;

iii. Pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan mesyuarat dalam talian.

2.1.2 Ketua Jabatan bagi PTj di bawah kategori essential services adalah bertanggungjawab untuk :

a. Menyelaras kehadiran staf secara penggiliran antara 20% hingga 100% iaitu sebahagian staf (contoh 50%) hadir ke pejabat dan selebihnya bekerja dari rumah (BDR).

b. Memastikan staf yang diarah hadir ke pejabat bukan daripada kategori berikut :

i. Staf bermastautin dalam mukim/lokaliti Zon Merah. Walau bagaimanapun, sekiranya atas kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan dibenar mengeluarkan arahan secara bertulis kepada staf untuk hadir bertugas di pejabat. Staf hendaklah hadir dan menyelesaikan tugas yang diarahkan dan segera pulang ke kediaman masing-masing setelah tugasan selesai. (Sesalinan surat arahan perlu dikemukakan kepada Pendaftar dan Jawatankuasa Bencana untuk tujuan makluman dan rekod).

(3)

3

Sekiranya mukim/lokaliti berkenaan diisytiharkan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) maka staf secara automatik tertakluk kepada arahan BDR mengikut tempoh penguatkuasaan PKPD yang dikeluarkan oleh MKN dan tiada arahan hadir ke pejabat dibenar dikeluarkan kepada staf.

ii. Staf mempunyai kontak rapat dengan mana-mana individu dalam kategori suspek kes COVID-19, kes berkemungkinan COVID-COVID-19, kes positif COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS). Tiada arahan hadir ke pejabat dibenar dikeluarkan kepada staf dalam kategori ini.

c. Mengeluarkan arahan bertulis kepada staf untuk hadir ke pejabat melalui SURAT ARAHAN RASMI (seperti surat rasmi yang dikeluarkan oleh PTj sebelum ini) dan BORANG KEBENARAN BERTUGAS INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat arahan bertarikh 8 Jun 2021. (di lampiran). Arahan tersebut adalah terpakai untuk urusan rentas negeri/daerah bagi tujuan hadir bekerja.

d. Memastikan staf pulang sebaik sahaja selesai tugas atau sebaik masa bertugas berdasarkan waktu bekerja fleksi (WBF) tamat.

(4)

4

2.1.3 Ketua Jabatan bagi PTj selain di bawah kategori essential services yang mempunyai proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR adalah bertanggungjawab untuk : a. Menyelaras kehadiran staf ke pejabat secara

penggiliran tidak melebihi 20% daripada keseluruhan staf PTj.

b. Memastikan staf yang diarah hadir ke pejabat bukan daripada kategori berikut :

i. Staf bermastautin dalam mukim/lokaliti Zon Merah. Walau bagaimanapun, sekiranya atas kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan dibenar mengeluarkan arahan secara bertulis kepada staf untuk hadir bertugas di pejabat. Staf hendaklah hadir dan menyelesaikan tugas yang diarahkan dan segera pulang ke kediaman masing-masing setelah tugasan selesai. (Sesalinan surat arahan perlu dikemukakan kepada Pendaftar dan Jawatankuasa Bencana untuk tujuan makluman dan rekod).

Sekiranya mukim/lokaliti berkenaan diisytiharkan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) maka staf secara automatik tertakluk kepada arahan BDR mengikut tempoh penguatkuasaan PKPD yang dikeluarkan oleh MKN dan tiada arahan hadir ke pejabat dibenar dikeluarkan kepada staf.

(5)

5

ii. Staf mempunyai kontak rapat dengan mana-mana individu dalam kategori suspek kes COVID-19, kes berkemungkinan COVID-COVID-19, kes positif COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS). Tiada arahan hadir ke pejabat dibenar dikeluarkan kepada staf dalam kategori ini.

c. Mengeluarkan arahan bertulis kepada staf untuk hadir ke pejabat melalui SURAT ARAHAN RASMI (seperti surat rasmi yang dikeluarkan oleh PTj sebelum ini) dan BORANG KEBENARAN BERTUGAS INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat arahan bertarikh 8 Jun 2021. (di lampiran). Surat arahan tersebut adalah terpakai untuk urusan rentas negeri/daerah bagi tujuan hadir bekerja.

d. Memastikan keberadaan staf tidak melebihi empat(4) jam dalam sesuatu hari bertugas .

2.1.4 Bagi staf yang hadir bertugas di pejabat, staf perlu : a. Membawa bersama :

i. Surat arahan rasmi hadir bertugas yang dikeluarkan oleh PTj masing-masing;

ii. Borang Kebenaran Bertugas Institusi Pengajian Tinggi yang dilengkap diisi di peringkat PTj masing-masing; dan

iii. Kad staf

sebagai persediaan apabila melalui sekatan jalan raya (SJR) atau semasa semakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

(6)

6

b. Merekodkan kehadiran waktu masuk dan waktu keluar pejabat melalui pautan berikut :

https://id.unimap.edu.my (Check-in di Jabatan/PTj)

c. Mengambil langkah pencegahan terbaik sebagaimana SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang bertugas di pejabat.

2.2 ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

2.2.1 Semua staf selain di PTj yang disenaraikan di perkara 2.1.1 adalah tertakluk kepada arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) berkuat kuasa mulai 15 Jun 2021 (Selasa) hingga 28 Jun 2021 (Isnin).

2.2.2 Staf yang BDR adalah tertakluk kepada arahan dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 3 Tahun 2021 : Penerimaan Pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 : Dasar Bekerja Dari Rumah Dengan Pindaan.

2.2.3 Bagi staf yang bekerja dari rumah (BDR), prosedur BDR adalah sepertimana arahan terdahulu dan staf adalah WAJIB merekod kehadiran masing-masing dalam waktu bekerja rasmi antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagimelalui pautan seperti di bawah:

https://id.unimap.edu.my/idloc (Check- in Lokasi)

2.2.4 Staf yang terlibat dengan arahan Bekerja Dari Rumah perlu memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:

(7)

7

a. Tempat bekerja staf semasa BDR ialah kediaman rasmi yang staf bermastautin semasa berkhidmat di UniMAP.

b. Melaksanakan arahan kerja mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menetapkan tugas yang perlu dilakukan oleh setiap staf semasa bekerja dari rumah dan staf perlu melapor secara harian tahap pelaksanaan tugas yang telah diarahkan;

c. Memastikan diri masing-masing boleh dihubungi oleh Ketua Jabatan pada bila-bila masa dalam waktu bekerja

sama ada melalui telefon bimbit, aplikasi

Whatsapp/Telegram atau emel;

d. Bersedia sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat pada bila-bila masa (dalam tempoh waktu bekerja rasmi);

e. Meneruskan tugas dengan penuh integriti dan kekal berada di rumah;

f. Tiada program-program lawatan/aktiviti atau urusan peribadi dibenarkan semasa tempoh waktu bekerja rasmi seperti:

i. E-hailing;

ii. Menjalankan perniagaan dalam talian; iii. Membeli barang keperluan rumah.

(8)

8

g. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap staf yang gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Staf adalah tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang mana berkenaan.

2.2.5 Bagi memastikan pelaksanaan tugas dapat dilaksanakan dengan lancar, Ketua Jabatan boleh membenarkan staf membawa pulang aset keperluan seperti komputer. Staf perlu mengisi borang KEW-PA 6 – Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori untuk tujuan rekod. Staf perlu memastikan aset universiti dijaga dengan rapi dan tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan untuk tujuan peribadi. Staf juga boleh dibenarkan membawa pulang dokumen-dokumen yang bukan dikategorikan sebagai SULIT dan RAHSIA. (Sumber : Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 Tahun 2020)

2.3 PERJALANAN RENTAS NEGERI BAGI URUSAN RASMI ATAU URUSAN PERIBADI

2.3.1 Pengurusan Universiti amat menitikberatkan

penguatkuasaan larangan rentas negeri/daerah kepada semua staf. Selaras dengan arahan terbaharu, Pengurusan Universiti menguatkuasakan larangan rentas negeri kepada semua staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mulai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa sehingga 28 Jun 2021.

(9)

9

2.3.2 Dalam tempoh arahan ini berkuat kuasa, staf adalah tidak dibenarkan membuat perjalanan rentas negeri bagi sebarang urusan rasmi. Staf diminta berhubung dengan penganjur dan memohon agar pertemuan dilaksanakan secara dalam talian.

2.3.3 Bagi staf yang telah diluluskan cuti rehat dalam tempoh arahan ini berkuat kuasa, staf tidak dibenarkan untuk

meninggalkan kediaman masing-masing bagi

mengelakkan risiko terdedah kepada jangkitan wabak COVID-19.

2.3.4 Sekiranya ada urusan kecemasan dan berkeperluan untuk membuat perjalanan rentas negeri, staf perlu menghubungi Bilik Gerakan Bencana untuk mendapatkan maklumat berkaitan prosedur / panduan yang perlu dilaksanakan.

2.3.5 Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap staf yang gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Staf adalah tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang mana berkenaan. 2.3.6 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaporkan

kepada pihak Universiti sekiranya ada dalam kalangan staf yang ingkar dengan arahan yang dikeluarkan.

(10)

10

2.4 PENGANJURAN ATAU PENYERTAAN MESYUARAT/ SEMINAR/ LATIHAN/ BENGKEL/ AKTIVITI/ PERHIMPUNAN/ PROGRAM KEAGAMAAN/ PROGRAM SUKAN/PROGRAM SOSIAL

2.4.1 Sebagai langkah pengawalan penularan wabak COVID-19, pihak Universiti TIDAK MEMBENARKAN penganjuran atau penyertaan sebarang mesyuarat/ seminar/ aktiviti/ bengkel/ perhimpunan/ program keagamaan/ program sukan/ program sosial secara bersemuka sepanjang tempoh arahan ini berkuat kuasa.

2.4.2 Walau bagaimanapun, mesyuarat/ seminar/ latihan/ bengkel adalah digalakkan dilaksana secara dalam talian.

2.5 PENERIMAAN PELAWAT KE PREMIS UniMAP

2.5.1 Penerimaan pelawat (rasmi atau tidak rasmi) ke mana-mana premis UniMAP TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh arahan ini berkuat kuasa.

2.5.2 Bagi pekerja perkhidmatan cucian dan kebersihan dalam bangunan, pekerja perlu melapor diri dan menjalani saringan suhu badan di pos pengawal terlebih dahulu. Tempoh bekerja adalah terhad dan perlu disingkatkan.

2.5.3 Semua kerja-kerja fizikal (pembekalan/ pengubahsuaian/ penyelenggaraan / pembaikan) peralatan pejabat atau makmal TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh arahan ini berkuat kuasa.

(11)

11

2.6 PENGGUNAAN RUANG PEJABAT

2.6.1 Semua Pusat Tanggungjawab (PTj) perlu memastikan staf yang hadir bertugas di pejabat diWAJIBkan memakai pelitup muka semasa bertugas dan perlu menjalani saringan suhu badan di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing semasa hadir bertugas.

2.6.2 Staf juga diWAJIBkan memakai pelitup muka semasa melalui saringan suhu badan di pintu masuk kampus dan saringan akan dilaksanakan oleh Pengawal Keselamatan untuk setiap individu dalam kenderaan setiap kali memasuki kawasan kampus.

2.6.3 Staf juga perlu merekodkan kehadiran di mana-mana lokasi yang dilawati dalam buku rekod/QR Code yang disediakan. 2.6.4 Ketua Jabatan perlu memastikan buku rekod/QR Code

disediakan di Jabatan/PTj masing-masing bertujuan

merekodkan bacaan suhu staf yang hadir bekerja di pejabat. 2.6.5 Ketua Jabatan juga perlu memastikan laluan keluar masuk

pejabat dihadkan dan setiap laluan disediakan QR Code untuk merekod pergerakan staf atau pelawat yang hadir ke PTj berkenaan.

2.6.6 Penggunaan ruang umum seperti lif, tandas, surau/bilik sembahyang, pantri, kaunter, bilik mel, kafeteria dan ruang niaga serta kerja-kerja penyelenggaraan/ pengubahsuaian dan pembersihan masih tertakluk kepada garis panduan yang dinyatakan dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 Tahun 2020 yang dikeluarkan pada 5 Mei 2020.

(12)

12 3.0 PENGISYTIHARAN KESIHATAN

3.1 Semua staf yang tamat tempoh BDR atau pulang daripada kawasan Zon Merah adalah diWAJIBkan membuat pengakuan kendiri (self-declaration) berkaitan kesihatan masing-masing sebelum dibenarkan hadir ke pejabat.

3.2 Pengisian maklumat boleh dibuat melalui borang elektronik di pautan

berikut: http://bencana.unimap.edu.my 4.0 SEBARAN BERITA DAN MAKLUMAT

Staf dinasihatkan untuk TIDAK menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan wabak COVID-19.

Maklumat berkaitan COVID-19 boleh dilayari di saluran berikut :

Saluran rasmi MKN : https://t.me/MKNRasmi

Saluran rasmi UniMAP -

Laman web : http://bencana.unimap.edu.my

Saluran Telegram : https://t.me/unimapcare

Pihak UniMAP akan terus memantau perkembangan wabak ini dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Warga UniMAP juga diingatkan agar mendapatkan berita yang sahih mengenai wabak COVID-19.

Warga UniMAP keseluruhannya adalah diingatkan untuk mempraktikkan kawalan kendiri dan sentiasa mengambil langkah- langkah pencegahan terbaik sebagaimana yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta menggunakan hand sanitizer.

(13)

13

Untuk sebarang penyaluran maklumat atau pertanyaan, sila hubungi Bilik Gerakan Bencana di talian 011-62270316.

Laksanakan tanggungjawab anda bagi memastikan wabak ini dapat dibendung

sepenuhnya. Bersama-sama kita membantu memutuskan rantaian wabak COVID-19. #dudukrumah #kitajagakita

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’

Saya yang menjalankan amanah,

(HJ. MOHD SAAD BIN DIN) Pendaftar

(14)

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Sejarah perkembangan Body of Knowledge - Petroleum Engineering, yang diawali dengan penggunaan metode dari beberapa disiplin, kemudian berkembang menjadi metode khusus untuk

Bagi kehadiran staf Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan staf Kumpulan Pelaksana ke pejabat, Ketua Jabatan perlu mengeluarkan arahan bertulis kepada staf

Sumber Bahan/ Referensi PENDAHULUAN Apersepsi: hambatan- hambatan yang dialami mahasiswa ketika akan berbicara di depan publik 15” diskusi Laptop, power point dan LCD

Membran komposit PVA/kitosan/Grafin oksida dibuat dengan mendispersikan grafit oksida sebanyak (0% , 0,5% , 1%, 1,5%, dan 2%) dari berat total PVA dan kitosan dalam air

Data kematian suatu negara biasanya dinyatakan dalam bentuk life table atau tabel hayat, yang terdiri dari beberapa komponen seperti jumlah penduduk yang meninggal dunia pada

Ario Wirawan Salatiga sebagai rumah sakit badan layanan umum terdapat 2 sumber pembiayaan yaitu dari rupiah murni dan badan layanan umum atau pendapatan operasional

1) Untuk dapat mengakses layanan ini, mahasiswa harus mengaktifasi nomor induk mahasiswa atau disingkat NIM (mendaftar menjadi member UT Online) dengan menyertakan alamat email