PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6
1. PENYERTAAN
1.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan MSSM Negeri yang mana
ditubuhkan oleh MSSM.
1.2 Setiap MSSM Negeri yang menyertai pertandingan ini hanya boleh
mendaftar satu pasukan sahaja.
1.3 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan-
permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk
kepada
keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari semasa ke semasa.
2. KELAYAKAN PEMAIN
2.1 Semua pemain terdiri dari
murid sekolah yang mendaftar tingkatan 6 (tidak
termasuk prauniversiti dan matrikulasi) dan
warganegara
Malaysia
adalah
layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
2.2 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu pasukan sahaja.
2.2.1
Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada
Jawatankuasa Pertandingan dan Status seperti berikut:
a.
Wajib mengemukakan Kad Pengenalan / My Kad Asal dan Borang
Penyertaan yang lengkap.
b.
Sebarang masalah atas hak atau status pemain ke atas
mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.
c.
Jika berlaku sebarang bantahan berkenaan status pemain
pengurus wajib disertakan salinan Surat Tawaran Tingkatan 6 yang
disahkan oleh Pengetua sekolah yang berkenaan sebelum
tamatnya kejohanan.
3.
PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN
3.1 Pendaftaran Pemain
Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6A Hanya pemain
yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
3.2 Pendaftaran Pegawai
3.2.1 Setiap pegurus pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai
Perkhidmatan Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di
sekolah-sekolah dan mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6B.
3.2.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar pegawai mengikut jumlah
yang telah ditetapkan.
3.2.3 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai
Perkhidmatan Pelajaran khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti
pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam Borang
pendaftaran pasukan. Pegawai ini setaraf dengan penonton, segala
tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan.
(rujuk Peraturan Am 8 MSSM)
4.
BANTAHAN
Rujuk Peraturan Am MSSM (12)
4.1
Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan
berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat tiga puluh (30) minit
selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak
RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA).
4.2
Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan
Undang-Undang Bola Jaring.
4.3
Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan yang
dibuat itu tidak berasas.
4.4
Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu
hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.
4.5
Juri
Rayuan
hendaklah
mengadakan
mesyuaratnya
selepas
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat
perlu dipertimbangkan tiga puluh minit selepas bantahan diterima.
4.6
Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada
pasukan berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
4.7
Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-
perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.
5.
LEMBAGA RAYUAN
5.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Lembaga
Rayuan yang mengandungi:
Pengerusi :
Pengarah Bahagian Sukan atau wakilnya
N. Pengerusi:
Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan
Setiausaha:
Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
Ahli
:
Pengerusi Teknik Permainan yang berkenaan.
3 orang Pengurus Pasukan / Wakil daripada
pasukan yang tidak terlibat.
5.2 Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang (minimum) atau tujuh
(7) orang (maksimum) daripada sekurang-kurangnya 3 buah pasukan.
5.3 Juri Rayuan adalah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah
yang berkaitan dengan pengelolaan dan teknikal permainan semasa
kejohanan berlangsung.
5.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan
kepada yang berkenaan dan salinan kepada semua pasukan yang
mengambil bahagian.
5.5
Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.
6.
LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN
Rujuk Peraturan Am MSSM (14)
PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6 TAHUN 2013
1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Futsal Kejohanan Sukan Tingkatan 6.
2. PENGANJURAN
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Sekolah Sukan Malaysia, Bahagian Sukan dengan kerjasama Penyelaras Sukan MSSM.
3. PENGELOLAAN
3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan.
4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan futsal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang.
4.2 Ukuran gelanggang adalah tertakluk kepada tempat sewaan gelanggang dan ukurannya adalah sama bagi setiap gelanggang.
4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
4.3.1 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak MSSM Negeri (Tuan Rumah) berpandukan Undang-undang FIFA.
4.4 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad.
5. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN
5.1 Pendaftaran Pemain
Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6A Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
5.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah dan mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6B.
5.2.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar pegawai mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
5.2.3 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam Borang pendaftaran pasukan. Pegawai ini setaraf dengan penonton, segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan.
5.3 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Setiausaha Agung MSS Negeri.
5.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana 5 pemain utama dan 3 pemain simpanan. Pendaftaran itu adalah seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
6. FORMAT PERTANDINGAN
6.1 Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan AM MSSM (Peraturan 10) 6.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:
6.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata
6.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir
dengan cukup bilangan pemain iaitu 5 pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0.
6.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.
6.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan layak ke perlawanan peringkat Suku Akhir. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki berikut :-
6.2.4.1 perbezaan gol; 6.2.4.2 jumlah jaringan gol;
6.2.4.3 pasukan yang pernah mengalahkan lawan; 6.2.4.4 lambungan syiling.
6.3 Sekiranya dalam perlawanan kalah keluar, berlaku keputusan seri setelah tamat tempoh masa bermain, maka tiada masa tambahan diberi. Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Tiga (3) sepakan penalti akan diberikandan jika masih seri lambungan syiling bagi ‘penalty suddent death’ akan dibuat.
7 JANGKA MASA PERLAWANAN
7.2 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit (10+5+10).
8 PENGGANTIAN PEMAIN
8.2 Tidak lebih dari 3 (tujuh) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti dalam satu perlawanan. Mana-mana pemain yang diganti dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama (rolling substitution).
9 PAKAIAN PEMAIN
9.2 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut disepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras, lambang/bertulis parti politik tidak dibenarkan.
9.3 Setiap pemain wajib memakai kasut yang sesuai dengan permukaan gelanggang, stokin dan alas betis ‘shin guard’ mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
9.4 Pemain yang memakai ‘Thigh’ atau ‘Thermal’ atau ‘Body Fit‘ hendaklah bersamaan warna utama seluar dan warna lengan baju.
9.5 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.
9.6 Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mengisytiharkan warna jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.
10 JADUAL PERLAWANAN
10.1 Jawatankuasa Teknikal / Pertandingan akan menyediakan Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.
10.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.
11 MINIMA PEMAIN
11.1 Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain 4 orang sebelum memulakan perlawanan.
11.2 Jika permainan dihentikan, kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 4 (empat) orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 – 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih. 12 TINDAKAN TATATERTIB
12.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan berbincang perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil Bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.
12.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik:-
12.2.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan).
12.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan)
12.2.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib / tidak sopan atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak-(penggantungan 3 perlawanan).
12.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran bertulis selepas pergantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran ketiga. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis keempat maka digantung satu perlawanan. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis kelima, beliau hendaklah tampil kehadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya.
12.4 Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan tanpa mengambilkira amaran bertulis yang diterima sebelumnya maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.
12.5 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa MSSM untuk tindakan seterusnya.
12.6 Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan kawasan teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan berikutnya. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan tertakluk kepada laporan pengawai perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib.
12.7 Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.
13 ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN
13.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.
13.2 Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari aktiviti futsal Tingkatan 6 bagi jangka masa yang ditimbang sesuai.
13.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau tidak adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.
13.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.
13.5 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua pun, pegawai dan pemain akan diambil tindakan.
13.6 Pegawai pasukan dibangku pemain simpanan tidak dibenar memakai seluar pendek, ‘three quarter’, ‘jeans’ dan selipar.
16 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am , Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING RIA (5 SEBELAH)
KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6 TAHUN 2013
1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring Ria (5 Sebelah) Kejohanan Sukan Tingkatan 6.
2. PENGANJURAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Sekolah Sukan Malaysia, Bahagian Sukan dengan kerjasama Penyelaras Sukan MSSM.
3. PENGELOLAAN
Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan.
4. PENGENALAN
Permainan bola jaring ria adalah modifikasi dari permainan bola jaring sebenar. Permainan ini boleh dimainkan di padang atau di dalam dewan. Permainan ini boleh dimainkan oleh pelajar perempuan atau lelaki sahaja. Pasukan / Pemain hanya boleh bermain dalam kumpulan jantinanya sahaja.
5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan Bola Jaring Ria ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) :
6.
PELAKSANAAN PERMAINAN.
6.1 Posisi yang akan bermain ialah C, GA, GS, GD dan GK
6.2 Hantaran permulaan hendaklah dilakukan oleh pemain Centre di dalam bulatan tengah secara bergilir-gilir.
6.3 Pasukan yang memenangi lambungan akan memulakan hantaran dari kawasan tengah.
6.4 Hantaran Tengah mestilah di ambil dalam kawasan tengah. Semua pemain lain mestilah berada dibelakang garisan tengah. Mengikut posisi dan kawasan permainan masing-masing,
6.5 Hantaran ke dalam dari mana-mana tempat tidak boleh dihantar terus ke dalam bulatan gol.
6.6 Hanya GA dan GS sahaja yang boleh me njaringkan gol. 6.7 Setiap jaringan dikira sebagai satu jaringan (1 mata ) .
6.8 Selepas satu gol dijaringkan , permainan akan dimulakan semula dengan hantaran tengah .
7.
PASUKAN
7.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain 7.2 5 orang bermain dan
7.3 2 orang pemain simpanan.
ialah 4 orang pemain.
8. PAKAIAN
8.1 Pemain memakai pakaian yang seragam dengan pasukannya. 8.2 Seluar pendek dan tights tidak dibenarkan.
8.3 Pemain hendaklah memakai bibs dengan posisi C,GA,GS,GD dan GK
9. MASA BERMAIN
9.1 Masa bermain ialah 14 minit (7minit separuh masa pertama ,1minit rehat ,dan 7 separuh masa kedua).
9.2 Penggantian akan dilakukan serta merta sekiranya ada pemain yang cedera pada bila-bila masa.
10.
PERALATAN
10.1 bola saiz 510.2 dua tiang gol berketinggian 10 kaki untuk sekolah menengah 10.3 sepasang jaring
10.4 gelanggang berukuran panjang 80’ yang dibahagi tiga dan lebar 50’ 10.5 Jejari kawasan gol (bulatan D) ialah 14’.
11. Format Pertandingan
11.1 Liga Satu Pusingan ( sekiranya kurang dari 5 pasukan yang mengambil bahagian) i) Pertandingan di jalankan dalam liga satu pusingan.
ii) Pasukan yang mengumpul mata tertinggi dikira sebagai Johan.
11.2 Liga 2 Kumpulan ( sekiranya 6 hingga 8 pasukan yang mengambil bahagian) i) Pertandingan dijalankan secara liga dalam kumpulan
ii) Johan A akan berlawan dengan Johan B untuk menentukan tempat pertama dan kedua
iii) Naib Johan A akan berlawan dengan Naib Johan B untuk menentukan tempat ke 3 dan ke 4.
12. Mata
a. Menang - 3 mata b. Seri - 1 mata c. Kalah - 0 mata
13. Kepegawaian
a. Dua orang pengadil bagi setiap perlawanan b. 1 orang pencatat dan 1 orang penjaga masa.
GELANGGANG
80 kaki
3’ 40’
14. Modifikasi Gelanggang
14.1 Permainan ini boleh menggunakan gelanggang bola keranjang sebagai ganti.
15. Sistem Pertandingan
15.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)
15.1.1 Pusingan Pertama
a) Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
b) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B 14 kaki
Ketiga - Kumpulan C Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
15.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
a) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati.
b) Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.
ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.
iii. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.
SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR
15.2 Secara Liga Tiga Kumpulan (A, B dan C) 15.2.1 Pusingan Pertama
a) Di mana penyertaan mengandungi sembilan (9) hingga sebelas (11) pasukan, maka pertandingan di Peringkat Awal akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam TIGA kumpulan A, B dan C.
b) Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 1 2 3 4 5 6 7 8
15.2.2 Pusingan Kedua
a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A, B dan C adalah layak memasuki Pusingan Kedua yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan X dan Kumpulan Y.
b) Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di kumpulan-kumpulan tersebut. Naib Johan Kumpulan akan di tempatkan di kumpulan yang berlainan dengan Johannya.
15.2.3 Pusingan Akhir
a) Johan dari Kumpulan X dan Kumpulan Y akan memasuki Pertandingan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan.
b) Naib Johan Kumpulan X dan Kumpulan Y akan bertanding untuk menentukan Tempat Ketiga dan Keempat.
15.3 Cara Liga Dua Kumpulan (A dan B) 15.3.1 Pusingan Pertama
a) Di mana penyertaan mengandungi enam (6) hingga lapan (8) pasukan sahaja, maka pertandingan Pusingan Pertama akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam dua kumpulan – Kumpulan A dan Kumpulan B.
b) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan B
Keempat - Kumpulan A
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
15.3.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)
a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A dan B adalah layak memasuki Peringkat Separuh Akhir seperti berikut :
Johan A lwn. Naib Johan B (Kum. X) Johan B lwn. Naib Johan A (Kum. Y)
b) Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.3.3 Pusingan Akhir
a) Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
b) Pasukan kalah kedua-dua kumpulan akan bertanding untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.
16. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN
16.1 Cara Liga
13.1.1 Cara memberi mata :
Menang : 3mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut :
a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.
b) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.
c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
16.2 Cara Kalah Mati
Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :
a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama dua (2) minit.
b) Masa tambahan selama (3) minit.
c) Sekiranya berlaku seri pada akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
17. PAKAIAN
17.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA).
17.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.
14.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan sahaja.
14.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat secara lambungan duit.
15. GELANGGANG / ALATAN
15.1 Ukuran gelanggang ialah 12 M panjang dan 10 M lebar. Tiga sempadan dipanggil garisan tepi, garisan tengah dan kawasan gol. Jejari kawasan gol 3M dan bulatan tengah berjejari 0.5 M.
15.2 Tinggi tiang gol untuk 11 tahun dan ke bawah ialah 2.44 meter atau 8 kaki. 15.3 Tinggi tiang gol untuk 14 tahun dan ke bawah ialah 3.05 meter atau 10 kaki. 15.4 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5.
16. KELEWATAN
Sepuluh (5) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja.
17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am , Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR KEJOHANAN SUKAN
TINGKATAN 6 TAHUN 2013
1.
Nama Pertandingan:
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Kejohanan Sukan
Tingkatan 6.
2.
Penganjuran
Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Sekolah Sukan Malaysia, Bahagian Sukan
dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Malaysia.
3.
Pengelolaan:
Kejohanan ini akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri
Sembilan.
4.
Undang-undang Permainan:
Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa yang berkuatkuasa
semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi semua peringkat
umur kecuali ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan
permainan Kejohanan Sukan Tingkatan 6.
5.
Sistem Pertandingan
Akan ditetapkan berdasarkan jumlah pasukan yang akan mengambil bahagian
bagi kedua-kedua kategori lelaki dan perempuan.
5.1 Cara Liga Empat Kumpulan [ A, B, C dan D ]
5.1.1 Pusingan Pertama
Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian mereka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.
i.
Kedudukan Johan hingga Tempat Ke-8 dalam pertandingan
tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Johan
dan
Ke-8
-Kumpulan A
Naib Johan
dan Ke-7
-Kumpulan B
Ketiga
dan
Ke-6
-Kumpulan C
Keempat
dan Ke-5
-Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat
kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
ii.
Sekiranya pasukan yang diutamakan [seeded] tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
5.1.2 Pusingan Kedua [ Suku Akhir ]
Sila rujuk Gambar Rajah 1
i. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan layak ke
Pusingan Suku Akhir dan pertandingan akan dijalankan untuk
Klasifikasi Kedudukan Johan hingga Ke-8.
ii. Perlawanan adalah ditetapkan seperti berikut.
a. 4 Pasukan Johan dalam Kumpulan akan membuat undian
untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.
b. 2 Pasukan Naib Johan dalam Kumpulan akan membuat
undian untuk ditempatkan di tempat 2 atau 4, jika Pasukan
Johan kumpulannya telah membuat undian dan berada di
tempat 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Naib Johan yang
lain akan mengundi untuk ditempatkan di tempat 6 atau 8. [
Pasukan Naib Johan setiap kumpulan perlu ditempatkan di
kumpulan lain dari Pasukan Johan kumpulannya ].
c. Pasukan-pasukan yang menang dalam Pusingan Suku Akhir
akan mara ke pusingan Separuh Akhir untuk menentukan
Kedudukan Johan, Naib Johan, Ke-3 dan Ke-4. Manakala
pasukan-pasukan yang kalah akan bertanding untuk
Kedudukan Klasifikasi Ke-5 hingga Ke-8.
d. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh
akhir akan bertanding dalam Perlawanan Akhir bagi
menentukan Johan dan Naib Johan, sementara
pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat Ke-3 dan
Ke-4.
e. Pasukan-pasukan
yang
menang
pada
perlawanan
Kedudukan Klasifikasi akan bermain untuk menentukan
Kedudukan Ke-5 dan Ke-6, sementara pasukan-pasukan
yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ke-7
dan Ke-8.
f. Pasukan yang gagal ke pusingan kedua akan bertanding
dalam Kumpulan Bowl menggunakan Sistem Kalah Mati
untuk menentukan tempat ke-9 hingga Ke-16.
Gambar Rajah 1: 5.1.2 Pusingan Kedua [Suku Akhir] Suku Akhir
Klasifikasi : Kedudukan 5 - 8 Separuh Akhir / Akhir : Kedudukan 1 - 4
1 JOHAN 2 NAIB JOHAN 3 JOHAN 4 NAIB JOHAN 5 JOHAN 6 NAIB JOHAN 7 JOHAN 8 NAIB JOHAN
5.2
Secara Liga Tiga Kumpulan
5.2.1 Pusingan Pertama
i.
Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian,
mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu,
A, B, dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
ii.
Kedudukan Johan hingga Tempat Ke-6 dalam pertandingan
tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Johan
dan Ke-6
-Kumpulan A
Naib Johan
dan
Ke-5
-Kumpulan B
Ketiga
dan Ke-4
-Kumpulan C
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga
kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
iii.
Sekiranya pasukan yang diutamakan [seeded] tidak
mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
5.2.2
Pusingan Kedua (Separuh Akhir)
i.
Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan
ditempatkan ke dalam Kumpulan X dan Kumpulan Y dengan
mengadakan undian.
ii.
Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
iii.
Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2
ditempatkan ke kumpulan Y.
iv.
Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan
lain dari Johan kumpulan.
9.2.3
Pusingan Akhir
i.
Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan.
ii.
Naib Johan kumpulan X akan melawan Naib Johan
kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
5.3 Cara Liga 2 Kumpulan
5.3.1
Pusingan Pertama
i.
Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian,
pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
ii.
Kedudukan Johan hingga Tempat Ke-8 dalam pertandingan
tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Johan, Ke-4, Ke-5 dan Ke-8 -Kumpulan A
Naib Johan, Ke-3, Ke-6 dan Ke-7 -Kumpulan B
iii.
Sekiranya terdapat pasukan baru yang menyertai, ia akan
ditempatkan dalam 2 kumpulan itu dengan cabutan undi.
iv.
Sekiranya pasukan yang diutamakan [seeded] tidak
mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
v.
Pasukan yang kalah akan bertanding untuk kedudukan
klasifikasi, iaitu tempat ke-5 hingga ke-8.
5.3.2
Pusingan Separuh Akhir
i.
Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B
dan Johan Kumpulan B akan melawan Naib Johan
Kumpulan A.
5.3.3 Pusingan Akhir
i.
Pasukan yang kalah dalam Pusingan Separuh Akhir akan
bertanding untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.
ii.
Pasukan yang menang dalam Pusingan Separuh Akhir akan
bertanding untuk menentukan tempat Johan dan Naib
Johan.
5.4
Cara Liga Satu Kumpulan
5.4.1 Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil
bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu
pusingan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan
diisytiharkan sebagai Johan.
5.4.2
Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang
mengambil
bahagian
pertandingan
tidak
akan
dilangsungkan.
5.5
Perlawanan klasifikasi
5.5.1 Perlawanan klasifikasi adalah wajib dijalankan untuk menentu
Ranking dengan mengikut sistem pertandingan yang
berkenaan.
6.
Pemberian Mata:
Sistem pemberian mata adalah seperti berikut:
Pasukan yang menang
2
Pasukan yang kalah
1
Pembatalan Teknikal
0
6.1
Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama, maka
kaedah berikut digunakan:
C= A/B
A = Jumlah set menang ( semua perlawanan)
B = Jumlah set kalah ( semua perlawanan )
C = Nisbah set
Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) yang lebih tinggi dikira
menang.
6.2
Sekiranya ada pasukan-pasukan yang mendapat nisbah set yang sama,
maka kaedah berikut digunakan:
Z = X/Y
X = Jumlah mata menang ( semua perlawanan )
Y = Jumlah mata kalah ( semua perlawanan)
Z = Nisbah set
Pasukan yang mendapat nisbah mata (nilai Z) yang lebih tinggi dikira
menang.
6.3
Sekiranya masih ada berlaku seri dan kedua-dua pasukan pernah
bertemu di peringkat awal, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan
lawannya dikira menang.
6.4
Jika tidak , keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi.
7.
Pakaian Seragam :
7.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar seragam.
7.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna
daripada warna jersi pasukannya.
7.3 Jersi hendaklah bernombor saiz tidak kurang daripada 15 sm
tingginya di depan dan 20 sm di belakang. Nombor yang digunakan
adalah dari 1 hingga 20 sahaja.
7.4 Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 sm tebal.
7.5 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas akan
dilarang bermain dan pasukannya boleh dibatalkan perlawanan.
7.6 Pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian yang seragam dan
memakai seluar panjang serta berkasut.
8.
Gelanggang :
8.1
Semua garisan adalah 5 sm lebar.
8.2
Ukuran gelanggang untuk Kategori 18 tahun dan ke bawah adalah 9m x
18m dan garisan serang dilukis 3 meter selari dengan garisan tengah
gelanggang.
9.
Ketinggian Jaring:
9.1
Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM dan kejohanan ini
ialah:
Lelaki
:
2.43 meter
Perempuan :
2.24 meter
10. Set Permainan
10.1 Semua perlawanan akan bermain dengan ”
best of 3”
sahaja.
11.
Pembatalan ( Walkover ):
11.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa
yang ditetapkan untuk perlawanan.
11.2 Jika satu pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan
tanpa sebab yang munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah
dan pasukan lawan akan diberi mata kemenangan percuma.
11.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan
meneruskan perlawanan-perlawanan seterusnya dan semua keputusan
perlawanannya dibatalkan.
11.4. MSS Negeri yang mengelola akan menyediakan laporan tentang
penarikan diri ini kepada urusetia kejohanan.
12.
Pengadil :
12.1 Jawatankuasa Pengadilan akan melantik pengadil-pengadil yang
Bertauliah untuk bertugas di sepanjang pertandingan.
12.2 Para pengadil adalah terdiri daripada Pengadil Antarabangsa dan
calonnya sahaja serta Pengadil Kebangsaan dan calonnya sahaja.
13.
Penggantungan: Pembatalan Seseorang Pemain
13.1 Jika seseorang pemain disingkirkan (kad kuning dan merah) daripada
perlawanan oleh pengadil, dia dengan sendirinya ditegah bermain satu
perlawanan berikutnya sehingga menerima keputusan dari Jawatankuasa
Pertandingan.
13.2 Jawatankuasa Pertandingan terdiri daripada:
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Tampar MSS Malaysia
3 pengurus pasukan yang berdaftar dan tidak terlibat
dengan kes tersebut
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan [ Ex-officio ]
14.
Bantahan
15.1 Keputusan pengadil di dalam tiap-tiap perlawanan adalah muktamad.
Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk
kepada Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.
15.2 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan dijalankan
hendaklah mengemukakannya kepada pengadil bertugas melalui ketua
pasukan secara lisan. Perlawanan hendaklah diteruskan dengan
bantahan.
15.3 Sekiranya selepas tamat perlawanan, pasukan itu masih mahu
meneruskan bantahannya, ketua pasukan hendaklah menulis perkataan
“INGIN MEMBANTAH”
di dalam ruang catatan “Score sheet” serta
menandatangani supaya bantahannya dapat dipertimbangkan.
15.4 Pasukan yang ingin membuat bantahan itu dikehendaki mengemukakan
surat bantahan kepada
SETIAUSAHA PENGELOLA
atau wakilnya
melalui Pengurus Pasukan berkenaan dalam masa SATU JAM selepas
perlawanan itu ditamatkan.
15.6 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri
daripada:
Setiausaha Agung MSS Negeri pengelola
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Tampar MSS Malaysia
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Tampar MSS Negeri
pengelola
3 orang Pengurus Pasukan MSS Negeri yang berdaftar dan tidak terlibat
dengan bantahan / kes tersebut.
16.
Juri Rayuan
16.1 Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada:
Pengarah Bahagian Sukan atau wakilnya
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya
Penyelaras Permainan Bola Tampar MSS Malaysia
3 orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar yang tidak
terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan [ Ex-Officio ]
17. Lembaga Tatatertib
17.1 Lembaga ini terdiri daripada
Pengarah Bahagian Sukan atau wakilnya
Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau wakilnya.
Yang Di Pertua MSSM Negeri Pengelola atau wakilnya.
3 orang Setiausaha Agung MSSM Negeri yang tidak terlibat dengan kes
tersebut.
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan (Ex-Officio)
18. Hal-Hal Lain
18.1 Tiap-tiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
Walau bagaimanapun Pengelola mempunyai hak membuat pindaan jika
perlu dan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat secepat mungkin.
18.2. Pegawai dan pemain pasukan yang bertanding sahaja dibenarkan masuk
ke dalam gelanggang atau duduk di bangku pemain gantian.
18.3 Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain ganti semasa
perlawanan pasukannya adalah seperti: [ Maksimum: 2 pegawai ]
Seorang Jurulatih
Seorang Penolong Jurulatih
4 orang pemain gantian.
18.4 Pengurus dan Jurulatih pasukan adalah bertanggungjawab terus ke atas
disiplin pemain dan penyokong dari negeri mereka.
18.5 Sebarang pindaan kepada peraturan pertandingan hendaklah
diumumkan sebelum kejohanan.
19. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am, Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.