• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PE (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PE (1)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Fauziah Md.Jaafar

Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994) menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih tinggi dari prasekolah.

Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan.

PENGENALAN

Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997).

(2)

Pernyataan Masalah

Dalam kajian Asmah (2001), Play in Brunei Preschool classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di Brunei lebih memfokoskan pengajaran mereka pada konsep membaca, menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa. Begitu juga dengan kajian Hussin (1996), menunjukkan pengajaran di prasekolah Malaysia lebih kepada pendekatan formal. Hasil kajian Hamzah Dadu (1994) juga menunjukkan senario yang sama. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji sejauhmanakah pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah dijalankan setelah semakan huraian kurikulum prasekolah ini dibuat.

Objektif Kajian

Pada umumnya objektif bagi kajian ini ialah seperti berikut:

1. Mengkaji jenis dan tahap kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak

prasekolah.

2. Mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS.

Soalan Kajian

1. Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah? 2. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara KEMAS dan

Prasekolah?

3. Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru

prasekolah?

Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitu main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah proses aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu aktiviti bebas dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan menentukan penglibatan diri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan perasaan positif seperti gembira dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa dan main juga mempunyai ciri-ciri imaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak.

(3)

pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano & Tomasello, 2006; Tomasello& Haberl, 2003).

Terdapat beberapa kelompok atau jenis permainan yang sering dijalankan di prasekolah berdasarkan pengkaji-pengkaji sebelum ini iaitu permainan imaginatif dikenali juga dengan simbolik atau dramatik. Permainan ini adalah bergantung pada objek atau material yang disediakan dan objek ini akan digunakan sebagai simbol bagi objek sebenar(Marjanovic-Umek & Lesnik- Musek,2001; Abu Bakar & Rohaty, 1998) dan membantu memperkembangkan kreativiti, kecerdasan menunjukkan aksi dan kemahiran sosial kanak-kanak (Smilansky & Shefatya,1990; Smilansky,1979) di samping penguasaan bahasanya (Sophie L.Lovinger 1974).

Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atau yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula menjelaskan bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang boleh wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi permainan kreatif, ia memberi peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens,2003; Johnson,1999). Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam kelas prasekolah (Johnson, 1999). Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub kategori permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainan kumpulan (Parten, 1932) dan terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujuk kepada permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost, 1992).

Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaitu “Unoccupied”(kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa dan juga sebarang permainan), “Solitary” (kanak bermain seorang diri tanpa melibatkan kanak-kanak lain), “observer”( kanak-kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain,fokus diberikan kepada permainan lain), “parallel”( kanak-kanak bermain bersendirian tetapi dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yang serupa) , “associative”( kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain, menggunakan alatan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi) dan permainan Koperatif (Melibatkan permainan yang agak komplek, berkongsi alat,wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif).

Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan, permainan fizikal permainan kreatif, permainan dramatik, permainan berstruktur dan permainan bebas.

(4)

berstruktur,fizikal,kreatif, kumpulan, imaginatif dan bebas.

METODOLOGI

Kajian ini melibatkan 80 orang guru prasekolah iaitu 33 orang guru prasekolah dan 47 orang guru tabika KEMAS di daerah Kubang Pasu. Bagi meninjau kekerapan aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah satu set soal selidik telah digunakan dan diubahsuai berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932), Hamzah Dadu (1994) dan juga merujuk kepada aktiviti permainan yang telah disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (min, peratusan dan frekuensi) dan t-test. Kajian rintis telah dikendalikan di kalangan 35 orang guru prasekolah di daerah Kulim Bandar Baharu. Nilai alpha yang diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah.

Jenis Permainan Cronbach’s Alpha ( ) Bilangan Item

Kumpulan 0.711 7

Kreatif 0.774 9

Bebas 0.738 3

Imaginasi 0.779 6

Berstruktur 0.790 3

Fizikal 0.807 11 Jadual 1 : Nilai Alpha bagi kajian rintis

Dapatan Kajian

Soalan Kajian 1: Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak Prasekolah?

m in keseluruhan

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3

struktur fizikal kreat kump imag bebas

jenis perm ainan

mi

n

(5)

Rajah 1 menunjukkan min bagi keseluruhan bagi setiap jenis permainan. Min bagi jenis permainan kreativiti menunjukkan min paling tinggi iaitu 2.801 berbanding permainan yang lain. Ini diikuti min bagi jenis permainan fizikal 2.753 , min bagi jenis permainan kumpulan 2.634 dan seterusnya diikuti jenis permainan imaginasi, struktur dan bebas.

Soalan Kajian 2 : Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara Kemas dan Prasekolah?

Rajah2: Perbandingan min jenis permainan antara tabika KEMAS dan prasekolah

Berdasarkan rajah 2, jelas di mana prasekolah bagi setiap permainan minnya tinggi kecuali permainan kumpulan 2.50 di mana min bagi Kemas lebih tinggi sedikit berbanding prasekolah. Bagi mengesahkan perbezaan min di antara KEMAS dan Prasekolah, t-test telah dijalankan dan didapati perbezaan signifikan bagi permainan berstruktur dan bebas.

Soalan kajian 3 : Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru?

(6)

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan namun mereka menghadapi berbagai kekangan dalam melaksanakannya iaitu permintaan ibu bapa yang lebih fokus pada sistem 3M ( Hussin,1996;Hamzah Dadu, 1998; Asmah, 2001).

Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan iaitu KEMAS 2.72 dan prasekolah 2.50. Menurut Hamzah Dadu (1998) perbezaan ini disebabkan faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat subkategori permainan ini ianya tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Oleh itu min aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS lebih tinggi dari prasekolah.

Dapatan kajian menunjukkan min bagi permainan imaginasi hanya 2.62 (keempat) yang kurang diberi perhatian dan penekanan oleh guru. Ini bertentangan dengan dapatan teori kognitif Piaget (1962) tentang main juga menunjukkan bahawa kanak-kanak di peringkat praoperasi lebih menekankan permainan simbolik melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam skema pemikiran mereka.

Perincian terhadap contoh permainan secara spesifik juga dikaji oleh penyelidik. Contoh permainan yang popular dilaksanakan oleh guru prasekolah iaitu main peranan. Menurut Johnson (1999) dan Morrison ( 2000) menyatakan bahawa permainan sedemikian merupakan antara yang digemari oleh kanak-kanak kerana mereka dapat melahirkan perasaan dan main peranan seperti orang dewasa ketika bermain . Di samping, mudah dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dan kanak-kanak akan merasakan seolah-olah mereka berada di rumah sendiri.

Bagi kajian akan datang diharapkan dapat memberi fokus pada faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti main. Dapatan ini penting bagi melihat faktor-faktor yang menghalang guru menjalankan aktiviti main di prasekolah.Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan supaya menggunakan kaedah lain untuk mengumpul data. Misalnya, kajian kualitatif, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian,uji kaji atau temu bual untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan jitu daripada responden. Bagi kajian akan datang, dicadangkan juga penyelidik melihat perbezaan aktiviti bermain ini adakah dipengaruhi oleh perbezaan jantina lelaki dan perempuan, lokasi yang berbeza seperti prasekolah luarbandar dan di bandar apa jenis permainan yang menjadi kecenderungan mereka serta perbezaan status tadika sama ada prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran, swasta dan juga di bawah badan berkanun.

(7)

kumpulan dan imaginasi adalah menjadi kecenderungan guru dan kerap dijalankan di prasekolah berbanding permainan jenis berstruktur dan bebas. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak tertentu melihat kekangan yang mempengaruhi pelaksanaan aktiviti main ini dan kesedaran tentang kepentingannya pada perkembangan kanak-kanak.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Rohaty Mohd Majzub (1989). Pendidikan prasekolah.Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Asmah Morni (2001). Play in Brunei preschool classrooms: In journal of Applied Research in Education, 2002, Vol.2,No.4,203-213.

Frost, J.L. (1992). Play and Playscapes. New York : Delmar.

Hamzah Dadu (1994). Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah. Tesis Sarjana Pendidikan (tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hussain Ahmad (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan prasekolah di Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah. Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

Jalongo,M.R., & Isenberg, J. P.(1997) Creative expression and play in early childhood.(2nd Ed.) New Jersey: Merill.

Johnson, J. E. & Ershler, J. (1999). Developmental trends in preschool play as a funtion of classroom program and child gender. Child Development, 52 , 995-1004.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Draf kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulam.

Liszkowski,U., Carpenter,M., Striano,T.,& Tomasello,M. (2006). 12- and 18- month olds point to provide information for others. Journal of Cognition and development, 7(2), 173-187.

Ljubica Marjanovic umek & Petra Lesnik Musek (2001). Symbolic play:

(8)

Developmental Psychology, vol 21, No 1,58-63.

Morrison, G.S. (2000). Early childhood education today. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Parten, M.B. (1932). Social participation among preschool. Children Journal of Abnormal Psychology,27,234-269

Piaget, J.(1962). Play, dreams and imitation in childhood. New York : Nortan

Rubin, K.H. & Watson, K. S.(1978). Free play behaviors in preschool and

kinderarten children. Society for research in Child Development ,49, 534- 536.

Smilansky, S. (1979). The effects of sociadramatic play on disadvantaged preschool children. New York: Wiley.

Smilansky, S., & Shefatya, L. (1990). Facilitating play. Psychological & Educational .

Sophie, L. L. (1974). Social dramatic play and language development in

preschool disadvantaged children. In Psychology in School,vol 11, No. 7, 313 – 320.

Spodek, B (1985).Teaching in early years, (3rd Ed). New Jersey: Prentice Hall.

Stevens, S. (2003). Creative experiences in free play. Music Educators Journal,Vol.89, 44.

Referensi

Dokumen terkait

Pada suhu beku dalam freezer surimi ikan mujair akan menjadi lebih awet karena mikroba tidak dapat tumbuh dan proses kimia dari enzim masih terus berlangsung dan

Pembiayaan gadai ( rahn ) di Bank Syariah Mandiri, yaitu berupa emas, Bank Syariah Mandiri melontarkan persyaratan kepada nasabah yaitu biaya ongkos administrasi, biaya

Service harus memiliki mental yang kuat dalam melayani nasabah dengan adanya.. mental yang kuat akan memberikan rasa percaya diri yang

Tujuan penelitian ini adalah 1. Mendeskripsikan perbedaan kemandirian belajar dan prestasi belajar biologi siswa secara bersama-sama antara siswa yang belajar dengan

Dalam struktur kurikulum hasil pengembangan, pengajian kitab kuning terintegrasi dengan komponen mata pelajaran PAI (al-Quran, Hadis, Tauhid/Aqidah, Akhlak, Fiqih, SKI, dan

Jika calon haji sudah bertaubat maka ia pasti akan mampu mencapai hakekat haji yang telah digariskan oleh Allah, dalam firman-Nya: Barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan

√ Evaluasi disusun sesuai RPP. 2 Guru memanfaatkan hasil penilaian untuk melakukan umpan balik kepada siswa, sehingga siswa bisa meningkat dalam kemampuan Calistung siswa. √

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut diatas, strategi yang dilakukan untuk menjaga keberlanjutan adalah melakukan linkage dengan lembaga lain, menjaga likuiditas