• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROJEK BEDAH BUKU KAEDAH MENGAJAR SEJARA (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROJEK BEDAH BUKU KAEDAH MENGAJAR SEJARA (1)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PROJEK BEDAH BUKU

KAEDAH MENGAJAR SEJARAH

TAJUK BUKU:

MAY 13 : Declassified Documents On the Malaysian

Riots of 1969

(Kua Kia Song)

Nama pensyarah : Dr Siti Hawa Binti Abdullah

Nama Ahli : Abdullah Bin Mat Razali (118591)

(2)

1.0 Biografi Penulis Buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 : Kua Kia Soong

Dr Kua Kia Soong adalah merupakan Pengetua Kolej New Era, satu institusi bukan berasaskan keuntungan yang dikendalikan oleh Dong Jiao Zong, kedua-dua persatuan utama yang berkaitan dengan pergerakan pendidikan Cina Malaysia. Beliau mula menyertai pergerakan itu pada tahun 1983 sebagai penasihat pendidikan dan menjadi Pengarah Penyelidikan Pusat Penyelidikan apabila ia telah ditubuhkan oleh lima belas pertubuhan Cina utama Malaysia pada tahun 1985.

Beliau telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa "Operasi Lalang" pada tahun 1987 dan ditahan selama 445 hari tanpa perbicaraan. Setelah dibebaskan pada tahun 1989, beliau telah membantu untuk mengasaskan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), yang merupakan hak asasi manusia terkemuka NGO di Malaysia hari ini. Dia masih seorang pengarah SUARAM. Bersama-sama dengan aktivis hak sivil yang lain, beliau menyertai Barisan Pembangkang pada tahun 1990 dan telah dipilih pembangkang ahli parlimen Petaling Jaya dari 1990 hingga 1995.

(3)

2.0 Sinopsis Buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969.

Siri peristiwa yang berlaku sewaktu rusuhan '13 Mei' telah didokumen oleh Dr Kua Kia Soong dalam buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 akan dilancarkan Ahad ini sempena ulangtahun ke-38 tragedi tersebut. Kompilasi itu, yang berdasarkan kepada pelbagai laporan asing dan laporan sulit pada masa itu yang telah dideklafisikasikan baru-baru ini dan boleh didapati di Pejabat Rekod Awam di London yang dianggap sebagai catatan yang boleh dipercayai berhubung tragedy tersebut. Dr Kua menulis dalam bukunya itu bahawa keadaan sebenar mengenai rusuhan kaum yang terburuk dalam sejarah negara itu sehingga ini tidak diketahui oleh rakyat Malaysia. Malah, katanya, versi rasmi mengenai tragedi itu penuh dengan percanggahan dan maklumat yang tidak mencukupi yang boleh dipercayai. Di bawah adalah petikan dan ringkasan kronologi peristiwa rusuhan 13 Mei yang dipetik daripada buku Dr Kua itu:

10 Mei:

Parti Perikatan yang memerintah mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum tetapi masih memperolehi majoriti mudah di Dewan Rakyat. Perikatan kalah di Pulau Pinang kepada Gerakan; Kelantan kepada PAS dan menang tipis di Perak dan Selangor.

11 dan 12 Mei:

Pada kedua-dua malam tersebut, pembangkang merayakan kemenangan mereka. Satu perarakan besar parti Gerakan diadakan untuk mengalu-alukan kepulangan pemimpin parti itu, V David yang menang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

13 Mei:

(4)

asing menunjukkan ada bukti bahawa ada rancangan bagi pemuda yang digerakkan oleh elemen-elemen dalam Umno untuk mengadakan perhimpunan di kediaman Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris pada lewat petangnya. Satu perbarisan balas telah dirancang diadakan walaupun tidak mendapat kebenaran pihak polis.

Apabila orang ramai masih berhimpun di perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku dekat Kampung Baru, di mana dua buah lori orang Cina telah dibakar. Tragedi di Kampung Baru itu merebak dengan cepat ke serata tempat di Kuala Lumpur.Wartawan asing itu berpendapat perintah berkurung yang dikenakan tidak adil kepada semua orang.

"Di jalan-jalan dekat Jalan Hale, saya dapat melihat pemuda Melayu yang bersenjatakan parang dan buluh runcing berhimpun di kawasan yang dapat dilihat dengan jelas oleh pasukan keselamatan yang berkawal di persimpangan jalan. Manakala di Batu Road, sejumlah wartawan asing melihat anggota Regimen Askar Melayu menembak ke dalam rumah-rumah kedai orang Cina tanpa sebarang sebab. Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman terus mengatakan bahawa keganasan itu berpunca daripada tindak tanduk penyokong pembangkang selepas keputusan pilihanraya diumumkan, manakala timbalannya, Tun Abdul Razak menyalahkan pihak komunis.

14 Mei:

Rusuhan berterusan tetapi secara kecilan. Perintah berkurung hanya ditarik balik di pelbagai kawasan secara berperingkat mengikut waktu-waktu tertentu bagi membolehkan penduduk keluar membeli makanan. Pihak polis telah mengerahkan semua anggotanya bertugas dan menyerahkan tugas mengawal bahagian utara bandaraya kepada pihak tentera.

(5)

Percubaan kerajaan untuk menyalahkan komunis yang mencetuskan rusuhan tersebut bagaimanapun tidak diambil serius oleh para pegawai di Pesuruhjaya Tinggi British (BHC), yang berpendapat Tunku tidak bersedia menyalahkan orangnya sendiri yang mencetuskan rusuhan tersebut, dan tidak pula menyalahkannya kepada orang CIna "secara keseluruhannya".

15 Mei:

Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat. Majlis Gerakan Negara yang diketuai oleh Tun Razak ditubuhkan. Tun Razak masih bertanggungjawab kepada Tunku, tetapi semua kuasa di bawah Peraturan Darurat diletakkan dalam tangannya. Perintah berkurung itu ditarik balik buat sementara di Kuala Lumpur pagi itu tetapi keadaan kembali buruk dan berlaku banyak pergaduhan di sana sini. Perintah berkurung dikuatkuasakan semula tetapi bekalan makanan makin berkurangan. Penerbitan akhbar-akhbar tempatan telah digantung sehingga peraturan penapisan digubal tetapi tiada usaha diambil untuk menyelia laporan-laporan yang dihantar keluar oleh wartawan asing.

16 Mei:

(6)

Terdapat laporan mengenai perbuatan mencuri oleh anggota tentera Melayu dan sikap mereka yang berat sebelah terhadap masyarakat Cina Malaysia. Jumlah pelarian juga meningkat.

17 Mei:

Sepucuk telegram BHC, ia menunjukkan terdapat keraguan di kalangan para pegawai British tentang angka rasmi mangsa rusuhan dan jumlah kematian yang tinggi di kalangan orang Cina. Polis menganggarkan kira-kira 100 kematian manakala para pegawai British pula menganggarkan nisbah kematian orang Cina berbanding dengan Melayu ialah kira-kira 85:15. Tindakan menapis laporan akhbar telah mencetuskan kritikan bukan sahaja dari kalangan media tempatan tetapi juga di kalangan anggota diplomatik terutama apabila kenyataan rasmi tidak jelas dan tidak berwibawa. Memorandum sulit BHC kepada Pejabat Asing dan Komanwel (FCO), mengakui mengenai coup d'etat atau rampasan kuasa dan kuasa telah berpindah bukan sahaja 'ke tangan orang Melayu' tetapi juga pasukan keselamatan. Ekoran itu profesionalisme pasukan keselamatan dipersoalkan.

(7)

18 Mei:

Tunku memperjelaskan kenyataan awalnya bahawa kekacauan itu dicetuskan oleh komunis, dengan meletakkan kesalahan itu kepada "anasir-anasir jahat". Beliau juga mengumumkan penangguhan pilihanraya Sarawak dan sekatan terhadap pergerakan wartawan asing diteruskan. Keadaan masih belum pulih di beberapa kawasan di ibu Negara.

19 Mei:

Tidak sampai seminggu selepas berlaku rusuhan tersebut, kuasa pemerintahan telah diserahkan kepada Tun Razak - menunjukkan adanya komplot melakukan rampasan kuasa.,"Hubungan sebenar antara Tun Razak dengan Tunku adalah tidak jelas. Di khalayak awam, Tun Razak berkata beliau bertanggungjawab terus kepada Tunku tetapi di belakangnnya, beliau menyatakan sebaliknya. Ini mungkin bermakna, telah bermula proses pelepasan jawatan Tunku sebagai Perdana Menteri". Dilaporkan terdapat kira-kira 10,000 pelarian. Media tempatan dibenar diterbitkan dengan tapisan manakala pas perintah berkurung untuk wartawan asing ditarik balik. Beberapa ahli politik pembangkang telah ditahan.

20 Mei:

(8)

21 Mei:

Statistik rasmi mangsa korban ketika itu adalah seramai 137 orang (18 Melayu), 342 cedera, 109 kenderaan dibakar, 118 makanan musnah dan 2,912 orang ditahan, sebahagian besarnya kerana melanggar perintah berkurung.

23 Mei:

Dokumen yang dideklasifikasikan itu mendedahkan anggota tentera Melayu bukan sahaja baik dengan samseng Melayu tetapi juga melepaskan tembakan sembarangan ke arah rumah kedai orang Cina ketika mereka meronda di kawasan bandaraya. "Ketika ditanya oleh wartawan asing mengenai laporan berlakunya diskriminasi kaum itu, Tun Razak menafikan semuanya. Ekoran itu, pas perintah berkurung yang dikeluarkan kepada wartawan asing ditarik balik dan mereka diarahkan tidak keluar arumah "demi keselamatan diri mereka". Laporan seorang wartawan asing menunjukkan samseng-samseng Melayu sangat dibenci oleh penduduk Melayu yang mematuhi undang-undang di Kampung Baru. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Dr Ismail membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dipinda pada masa depan "untuk bertindak balas terhadap taktik komunis". Diumumkan 3,699 telah ditahan sepanjang krisis tersebut dan 952 adalah anggota kongsi gelap.

24 Mei:

(9)

27 Mei:

Tunku amat marah dengan spekulasi wartawan asing mengenai kedudukannya yang dikatakan semakin lemah dan seterusnya mengarahkan setiausaha sulitnya supaya menghantar nota bantahan kepada BHC.

28 Mei:

Satu laporan sulit BHC kepada FCO pada hari ini menyifatkan percubaan kerajaan untuk menyalahkan komunis sebagai pencetus rusuhan tersebut sebagai satu usaha untuk menjustifikasikan kuasa authoritarian yang baru.

Jun:

Keadaan kembali terkawal tetapi masih berlaku kekacauan di sana sini. Laporan BHC menegaskan keganasan berlaku lagi di satu kawasan di Kuala Lumpur pada malam 28 dan 29 Jun, di mana beberapa buah rumah telah dibakar dan lima orang terbunuh dan 25 lagi cedera. Beberapa kekacauan yang berlaku pada penghujung bulan Jun juga membabitkan kaum India.

Julai:

Berlaku satu lagi kekacauan di mana seorang anggota polis terbunuh tetapi pihak polis bertindak segera mengawalnya supaya tidak merabak ke tempat lain di Kuala Lumpur. Pendirian tegas Tun Ismail dalam mengarahkan pasukan keselamatan bertindak tegas "tanpa memilih bulu' terhadap mana-mana kumpulan dan pengumuman Tunku mengenai penubuhan Jawatankuasa Muhibbah Negara yang dianggotai ahli politik dari semua parti politik, telah membantu mengurangkan rasa takut di kalangan rakyat.

(10)

tahanan pencegahan. Keadaan di Semenanjung kembali baik semula tetapi tahap ketegangan masih tinggi di kawasan sensitif di Melaka, Perak and Selangor. Ketegangan semakin pulih tetapi menjadi panas semula ekoran pemecatan Dr Mahathir Mohamad daripada Jawatankuasa Pusat Umno pada 12 Julai dan Tunku memperolehi semula kuasa. Mahasiswa Melayu menghantar petisyen menuntut Tunku meletakkan jawatan dan mengadakan demonstrasi di kampus.

3.0Perkara –Perkara Utama Di Dalam Buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969.

3.1 Faktor rusuhan yang tersembunyi

Penulis buku ini iaitu Dr Kua Kia Song ingin menyatakan bahawa terdapat faktor utama yang lain dalam rusuhan kaum pada 13 mei 1969. Rakyat Malaysia selalu disajikan dengan fakta bahawa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 mei 1969 adalah berpunca daripada ketidakpuasan hati rakyat pelbagai kaum di Malaysia, namun selepas 30 tahun kejadian ini berlaku satu dokumen dapat dideklasifikasikan di London. Melalui pengkajian ini Dr Kua Kia Song telah menemui satu teori yang dapat membuka satu lagi lebaran tentang faktor utama berlakunya rusuhan kaum 13 mei 1969. Faktor ‘tersembunyi’ yang dimaksudkan itu ialah dakwaan rusuhan yang berlaku adalah dirancang bagi menggulingkan Perdana Menteri pada waktu itu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Namun kekurangan bukti untuk membuktikan teori ini adalah satu kebenaran.

(11)

menjatuhkan Tunku dan memastikan segala tuduhan dikenakan kepada golongan yang dianggap tidak sebulu, disamping mengurangkan saingan dalam dunia politik mereka.

3.2 Golongan yang bertanggungjawab dalam 13 mei

Penulis ini menjelaskan bahawa faktor rusuhan kaum pada 13 mei bukan kerana parti pembangkang semata-mata. Penulis ingin menjelaskan bahawa terdapat ahli dalam Parti Perikatan itu sendiri terutama Umno yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan ini termasuklah golongan kapitalisme. Mereka mungkin tidak berpuas hati dalam Rancangan Malaysia Pertama. Menurut penulis buku ini lagi iaitu Dr Kua Kia Song, Sejarah rasmi haruslah lebih bersifat mendedahkan kebenaran bukannya menyembunyikan kebenaran. Antara watak yang jelas dalam mencetuskan rusuhan 13 mei dalam buku ini ialah sebilangan golongan kapitaslis Melayu yang dibantu pula oleh organisasi penting iaitu pihak polis dan tentera. Dapat dilihat golongan yang cuba menimbulkan rusuhan ini bukanlah orang Melayu yang kebanyakan. Namun, golongan yang bertanggungjawab itu dipanggil ‘samseng’ Melayu yang cuba bertopengkan pejuang Melayu atas dasar kepentingan mereka.

Namun yang menjadi persoalan juga ialah beberapa peristiwa yang mencurigakan berlaku sebelum rusuhan ini berlaku. Antaranya rumah seorang ahli politik iaitu Menteri Besar Selangor pada waktu itu (Datuk Harun) telah menjadi tempat kepada beberapa ‘samseng’ Melayu untuk berhimpun sebelum berlakunya peristiwa 13 mei. Menjadi satu persoalan ialah, apakah yang berlaku disana dan apakah pihak polis tidak bertindak lebih pantas pada waktu itu?.

3.3 Mangsa rusuhan

Buku ini cuba menjelaskan situasi sebenar keadaan mangsa yang terlibat dalam rusuhan 13 mei ini. Dr Kua Kia Song cuba menyatakan bahawa mangsa rusuhan yang terkorban adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang dinyatakan secara rasmi selama ini. Kaum yang paling ramai terkorban adalah kaum Cina diikuti oleh kaum Melayu dan India. Dr Kua Kia Song cuba memberi satu analisis yang tepat melalui bukunya ini dalam menjelaskan keadaan mangsa dan jumlah mangsa yang sebenar.

(12)

korban yang sebenar jauh lebih tinggi daripada laporan rasmi sebelum ini. Tambahan lagi menurut penulis mangsa korban yang paling ramai ialah kaum Cina.

3.4 Peranan pihak polis dan tentera

Sepeti yang diketahui peranan pihak polis dan tentera sangat penting dalam keamanan negara. Dalam buku ini, penulis iaitu Dr Kua Kia Song cuba mempersoalkan tindakan pihak polis dan tentera kerana tidak memainkan peranan yang sebenarnya dan dilihat mempunyai sikap bais. Sebagai contoh pada 13 mei sebelum rusuhan itu berlaku, ramai orang telah berkumpul dalam kediaman Menteri Besar Selangor pada waktu itu dan pihak polis hanya membiarkan sahaja perkara itu. Jika dikatakan polis dan tentera tidak dapat menganggap suasana ini boleh berlaku, ia adalah perkara mustahil kerana pihak polis dan tentera Malaysia pada ketika itu sangat berpengalaman dalam membasmi kegiatan komunis di Tanah Melayu. Sudah tentu operasi membasmi komunis lebih mudah daripada mengawal rusuhan.

Menurut penulis lagi golongan kapitalis dan kroninya tidak dapat mencetuskan rampasan kuasa tanpa ada kerjasama dengan pihak polis dan tentera. Selain itu, selepas seminggu peristiwa ini berlaku Tun Abdul Razak dapat mengetuai Majlis Operasi Negara dengan mudah dan cepat, mungkin dengan bantuan polis dan tentera yang sudah mula “beraksi”. Secara langsung Tun Abdul Razak telah diberi kuasa pemerintah penuh untuk mentadbir negara pada masa itu.

4.0Refleksi dan Sudut Pandangan Mengenai Projek Bedah Buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969.

(13)

membantu kita untuk lebih mendekati kebenaran sesuatu pekara, ia adalah sesuatu yang baik jika kita dapat menterjemahkannya.

Melalui pembacaan dan pengkajian buku ini, kumpulan kami dapat merasakan banyak yang kami dapat belajar, terutama dalam bidang pendidikan. Masyarakat di negara kita adalah dari pelbagai kaum. Begitu juga halnya di sekolah, kebanyakan pelajar di sekolah terutama (SK) dan (SMK). Adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan tali perpaduan antara mereka sentiasa utuh dan kuat agar keharmonian negara terjamin pada hari ini dan akan datang. Pada masa yang sama, mereka harus terdidik dengan nilai integrity yang baik agar korupsi dalam negara tidak akan lahir, yang mana korupsi ini adalah antara penyebab utama yang menyumbang kepada perpecahan kaum yang jarang kita fikirkan.

Oleh itu, jika dihitung punca kepada permasalahan kaum banyak yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Namun, harus diingat pepatah ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini bermakna dua institusi yang berperanan dalam membentuk masyarakat yang harmoni ialah institusi masyarakat dan institusi kerajaan, institusi masyarakat yang awal ialah keluarga itu sendiri dan institusi kerajaan yang paling dekat dengan peranan ini ialah sekolah. Oleh hal yang sedemikian, biarlah yang lalu itu menjadi pengajaran kepada kita terutama sebagai rakyat Malaysia agar dapat kita belajar untuk kehidupan generasi yang akan datang.

(14)

5.0Kesimpulan

(15)

6.0Bibliografi

Referensi

Dokumen terkait

M eteorologi mengenal sistem skala dalam melakukan sebuah analisis. Skala global merupakan skala meteorologi yang paling luas. Skala global dapat mempengaruhi fenomena meteorologi

Untuk semua pihak yang telah membantu penulis baik dari segi moril maupun materil dalam penyusunan skripsi ini, penulis mengucapkan banyak terima kasih, mohon maaf jika saya

Communication Objective Dari riset penyelenggara pasca event yang dilakukan melalui 60 responden yang mengetahui Klub sepatu roda kota Semarang, sebanyak 43, yang berminat gabung

Informasi dalam dokumen ini didasarkan pada pengetahuan terkini kamidan berlaku untuk produk yang berkaitan dengan tindakan pencegahan dan keselamatan.Itu tidak mewakilimenjamin

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Hasil pengujian didasarkan pada hasil uji dengan menggunakan Crosstabs (tabel silang) serta melihat hasil uji Pearson Chi- Square yang dibandingkan dengan nilai

Pemohon memahami proses asesmen untuk skema Klaster Perawatan Pencegahan ( Preventive Maintenance ) Alat Berat Big Bulldozer yang mencakup persyaratan dan ruang

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui tingkat kepuasan pasien JKN terhadap pelayanan kesehatan gigi dan mulut di Puskesmas Andalas dan Klinik Simpang