• Tidak ada hasil yang ditemukan

BATU BERSURAT TERENGGANU BBT SEBAGAI SUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BATU BERSURAT TERENGGANU BBT SEBAGAI SUM"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

BATU BERSURAT TERENGGANU (BBT) SEBAGAI SUMBER SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM DI ALAM MELAYU

oleh

Badlihisyam Mohd Nasir, Rahimin Affandi Abd. Rahim,

Ridzwan Ahmad & Paizah Ismail Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya,

Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur. Telefon : 03-79676080/ 012-3192177. Email : [email protected]

1. Pengenalan

Setiap bangsa yang bermaruah pasti mempunyai asas kekuatan jati diri yang dibanggakan. Asas ini akan sentiasa diingati dan dikaji sebagai usaha muhasabah (self correcting mechanisme) apabila berlaku sesuatu masalah kepada bangsa tersebut. Ia boleh berupa karya agama, intelektual, tokoh, falsafah ideologi dan artifak yang wajib dikaji untuk memberi semangat kepada anak bangsanya.

Dalam konstek Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Islam adalah asas teras jati diri manusia Melayu. Ia membawa maksud;

1. Islam dianggap sebagai satu-satunya agama yang diterima oleh manusia Melayu yang menjadi kebanggaan yang harus dipertahankan.

2. manusia Melayu menganggap bangsa Melayu sebagai sinonim dengan Islam. Mana-mana usaha yang mencabar atau merosakkan Islam akan dianggap sebagai mencabar identiti Melayu itu sendiri.

3. Islam menjadi asas paling substance dalam mencirikan pemikiran manusia Melayu. 4. Islam menjadi asas pemersatu bersama terpenting bagi masyarakat Melayu.

5. Islam sentiasa menjadi kuasa atau force terpenting dalam masyarakat Melayu. Kuasa ini menjadikan apa sahaja yang berkait dengan Islam akan sentiasa relevan dalam masyarakat Melayu.

Atas dasar itu, bukti atau pertanda asas jati diri ini boleh dilihat daripada Batu Bersurat Terengganu (BBT). Ia menunjukkan bagaimana Islam diterima di peringkat roh, akal, jasad dan dilaksanakan dalam kehidupan. Untuk itu, sebagai usaha mengkaji dan menilai asas jati diri Melayu, kajian ini akan menganalisa BBT sebagai sumber terpenting untuk mengetahui tamadun Melayu Islam.

2. Sifat Asas Disiplin Sejarah Tamadun Islam

(2)

besar daripada kandungan al-Quran mempunyai paparan sejarah, yang perlu diambil iktibar oleh seluruh umat manusia.

Disiplin sejarah tamadun Islam bukanlah ditiru daripada tamadun luar seperti mana didakwa oleh orientalis barat. Pembentukan paradigma dan metodologi ilmu Islam, termasuklah disiplin sejarah diusahakan oleh pelbagai intelectual circle Islam yang awal, dikenali dengan nama mazhab Islam. Memanglah diakui, kewujudan mazhab hanya timbul pada akhir abab ketiga Hijrah. Namun begitu, benih ataupun asas awal (proto-mazhab) dikesan telah timbul sejak daripada zaman awal Islam lagi, merangkumi zaman Rasulullah, Sahabat, Tabi'in, Tabi’ Tabi’in dan Mujtahid Mutlaq. Di kesemua zaman yang awal ini, asas mazhab Islam samada dalam bidang fiqh, teologi dan politik1 sudahpun timbul, yang

kemudiannya diperkukuhkan doktrinnya oleh penganut Islam di abab ketiga Hijrah. Maknanya, kewujudan setiap mazhab ini bukan datang daripada ruang yang kosong, tetapi berasaskan kepada latar belakang sosial, precedent silam ataupun buah pemikiran yang diletakkan asasnya oleh masyarakat dan sarjana Islam yang awal.2 Selanjutnya, keabsahan,

penerimaan dan dominasi sesuatu mazhab itu bergantung sepenuhnya dengan dokongan pemerintah semasa yang wujud di dalam sejarah tamadun Islam.3

Secara kasarnya, mazhab adalah merupakan paradigma4 berfikir masyarakat Islam

mengikut world-view dan kaedah syariah yang diasaskan oleh seseorang fuqaha tertentu. Ianya lahir daripada tradisi Islam sendiri dan bukannya berasal daripada pengaruh asing seperti didakwa oleh orientalis barat.5 Ianya merupakan kemuncak dari satu proses

pembentukan world-view yang panjang. World-view adalah pandangan dunia, hidup, kepercayaan dan pemikiran yang berfungsi sebagai pemankin untuk segala perilaku manusia.6

Mengikut Hamid Zarkashi, world-view Islam adalah : visi tentang realiti dan kebenaran, berupa kesatuan pemikiran yang arsitektonik, yang berperanan sebagai asas yang tidak nampak (non-observable) bagi semua perilaku manusia, termasuk aktiviti ilmiah dan teknologi. Antara elemen asas untuk world-view Islam terdiri dari konsep tuhan, wahyu dan penciptaannya, psikologi manusia, ilmu, agama, kebebasan, nilai dan kebajikan dan kebahagiaan. Elemen-elemen inilah yang kemudiannya yang menentukan bentuk perubahan (change), perkembangan (development) dan kemajuan (progress) dalam Islam.7

Proses pembentukan dan pengembangan sesuatu mazhab berpaksikan kepada kerangka world-view Islam ini berjalan secara beransur-ansur melalui empat peringkat yang utama;8 pertama, Quasi-scientific - Apabila Rasulullah sendiri menerangkannya berasaskan

1 Sebagai contohnya, perpecahan mazhab (basic nucleus) politik Sunni dan Syiah di peringkat awal (zaman

Rasulullah) boleh dilihat daripada pertelingkahan tentang penganti Rasulullah. Ianya terbahagi kepada dua puak; pengikut fahaman Uthmaniyyah (pendokong sahabat) dan pengikut Ahl Bayt, yang kemudiannya melahirkan mazhab Sunni dan syiah. Lihat S.H.M. Jafri (1979), The Origin And Early Development Of Shi’a Islam, London : Muhammady Trust, h. 277-281; W. Madelung (1983), “ Imama “, dalam Encylopadia of Islam.

2 Aziz Azmeh (1989), “ Islamic Legal Theory And Appropriation “, Dalam Aziz Azmeh (Edit) Islamic Law :

Social And Historical Contexts, London : Routledge, h. 250-251.

3 Rahimin Affandi Ab Rahim (1994), “ Hubungan Antara Ulamak Dan Pemerintah Di Dalam Sejarah Tamadun

Islam “, Dalam Jurnal Pengajian Melayu , V. 4.

4 Paradigma adalah satu set proposisi (rancangan usulan) yang menerangkan bagaimana dunia harus difahami. Ia

berisikan sebuah pandangan dunia (world-view), suatu cara untuk memecahkan kerumitan dunia, yang memberitahu seseorang ilmuan tentang apa yang penting, apa yang sah dan apa yang bersesuaian dengan logik. Lihat Mona Abdul-Fadl (1989) , Paradigms In Political Science Revisited, Herndon : AMSS & IIIT.

5 T.J. De Boer (1994), The History Of Philosophy In Islam, Richmond : Curson press, h. 28-29 dan 309

6 Muhammad Abu Bakar (1993), “ Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan

Rekonstruksi Realiti Sosial “, dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur : DBP, h. 307-309.

7 Hamid Fahmy Zarkasyi (2004), Tantangan Sekularisasi Dan Liberalisasi Di Dunia Islam, Surabaya : Penerbit

Khairul Bayan, h. 1-6.

8 Alparsan Acikgence (1996), " The Framework For A History Of Islamic Philosophy ", dalam Al-Shajarah,

(3)

kepada dua peringkat penurunan wahyu Allah. Wahyu Makkiah yang menekankan elemen akidah telah diikuti pula dengan wahyu Madaniah yang memperkembangkan prinsip akidah dalam bentuk sistem perundangan dan kehidupan yang lebih bersifat aplikatif.

Peringkat kedua, Pre-scientific conceptual - wahyu Allah yang mengandungi konsep-konsep tentang kehidupan, dunia, ilmu pengetahuan, etika dan manusia sendiri mula dipelajari secara mendalam oleh sarjana Islam. Istilah konseptual wahyu seperti Ilm, Iman, Usul, Kalam, Nazar, Wujud, Tafsir, Ta’wil, Fiqh, Khalq, Halal, Haram, Iradah dan sebagainya telah mencetuskan pemikiran dan penyelidikan ilmiah yang cukup berkesan di kalangan penganut Islam.9

Peringkat ketiga, scientific scheme – dengan lahirnya tradisi intelektual Islam. Ianya timbul melalui kewujudan tiga fenomena yang utama ;

1. wujudnya komuniti ilmuan Islam yang menceburi bidang keilmuan Islam secara serious. 2. disciplinary stage; ketika mana sarjana Islam yang memiliki tradisi ilmiah bersepakat

untuk membicarakan soal subjek dan metodologi yang terbaik untuk setiap bidang keilmuan Islam yang diceburi. Contohnya, boleh dilihat daripada usaha gigih Shafi’i mensistematikkan disiplin usul al-fiqh.

3. Naming stage; proses di mana sesuatu disiplin, teori dan metode diletakkan nama yang khusus, yang biasanya dinisbahkan kepada seseorang guru tertentu. Hal ini berlaku dengan munculnya nama Mazhab Shafi’i dan sebagainya yang dinisbahkan kepada tokoh fuqaha tertentu.10

Sarjana Islam memahami, dalam al-Quran, kemampuan akal manusia adalah cukup tinggi, hinggakan ianya mengatasi kemampuan mahkluk Allah yang lain, termasuklah haiwan, malaikat dan syaitan itu sendiri.11 Apa yang lebih penting lagi, bersesuaian dengan

konsep budaya ilmu Islam, potensi akal ini bukan hanya perlu diketahui secara kosong semata-mata bahkan perlu terus dibangunkan melalui penyelidikan ilmiah untuk diterapkan kepada institusi pendidikan.12

Antara kemampuan akal manusia yang diterangkan oleh al-Quran terdiri dari;

1. Kemampuan melihat dan merenung sesuatu fenomena di alam ini.13 Ianya termasuk

kemampuan mengaitkan hubungan antara sebab dengan akibat dan menyingkap pelbagai faktor lain yang menyebabkan akibat tersebut.14

2. Kemampuan mentafsir dan menganalisa sesuatu fenomena yang ditanggap oleh pancaindera lain. Ianya termasuklah keupayaan untuk memahami hikmah sesuatu perkara yang berlaku daripada peringkat teori yang bersifat abstrak dan mengubahnya menjadi sesuatu yang praktikal untuk diamalkan, memperbaiki dan memperkembangkannya untuk tujuan kehidupan.15

3. Kemampuan merakam maklumat yang dilalui oleh proses (i) dan (ii) serta mengingat semula apabila diperlukan untuk kegunaan menyelesaikan masalah.16

4. Kemampuan membuat andaian dan ramalan tentang apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Hal ini kelihatan dengan penekanan yang diberikan oleh al-Quran terhadap

9 Hamid Fahmy Zarkasyi, Tantangan Sekularisasi, h. 18-20.

10 Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Paizah Ismail (2004), Pengantar Pengajian Syariah, Kuala Lumpur : al-Baian

Corporation Sdn Bhd.

11 Abdul Mujib, M. Ag (1999)., Fitrah Dan Keperibadian Islam : Sebuah Pendekatan Psikologis, Jakarta, h.

49-55.

12 Majid Ersan Kailani (1997) , Mendidik Peribadi, terj. Muhammad Firdaus, Kuala Lumpur, h. 14-15. 13 Quran 4:82; 47:22-24.

(4)

subjek sejarah umat nabi-nabi terdahulu,17 untuk diambil iktibar oleh umat Islam bagi

merangka program perancangan masa hadapan dengan lebih baik dan terancang.18

5. Kemampuan tafakur untuk tujuan muhasabah diri, menambah pengetahuan dan meningkatkan tahap keimanan kepada Allah.19 Dalam soal ini sarjana Islam telah

memecahkan kemampuan ini kepada enam perkara;20

a. Bertafakur tentang nikmat kurniaan Allah. b. Bertafakur tentang luasnya ilmu Allah.

c. Bertafakur tentang kelalaian diri dan akibat daripadanya. d. Bertafakur tentang kefanaan kehidupan duniawi.

e. Bertafakur tentang maut yang pasti dilalui oleh setiap insan.

f. Bertafakur tentang akhlak, amalan dan hukuman yang bakal diterima.

Maknanya, pengkajian fakta sejarah silam, khususnya yang membabitkan tamadun masyarakat Alam Melayu memang dititikberatkan dalam disiplin sejarah Islam. Ianya bukan khusus kepada sejarah masyarakat arab semata-mata. Ini kerana ia bakal memperlihatkan impak Islam kepada masyarakat Alam Melayu, apatah lagi Islam itu menjadi punca ketinggian tamadun Alam Melayu.

3. Isu Penilaian Terhadap Sumber Sejarah Tempatan Alam Melayu

Penjajahan British di Tanah Melayu telah menyebabkan berlaku proses penaklukan epistemologi yang agak ketara. Bukan setakat mereka menjajah kawasan geografi dan memerah hasil bumi tanah Melayu, mereka menetapkan bagaimana pemikiran bagi kehidupan bermasyarakat perlu dijalankan. Konsep ilmu dalam segenap bidang kononnya hanya boleh dicapai melalui pendekatan/kerangka epistemologi barat.21 Ia menunjukkan seolah-otak otak Melayu tidak mampu mengusahakan formula kehidupan bermasyarakat. Maknanya, soal bagaimana menjalankan kehidupan (politik, ekonomi, sosial dan ilmu) hanya perlu menggunakan sistem epistemologi sekular barat.22

3.1. Falsafah Keilmuan Orientalism Untuk Bidang Sejarah

Secara ontologi dan aksiologinya, genre orientalism mendakwa penjajahan kuasa barat telah membawa agenda pemodenan dan kesejahteraan manusia kepada masyarakat dunia. Mereka beranggapan bahawa satu-satunya jalan menuju kemajuan dan pemodenan sesebuah negara adalah dengan memaksakan materialisme Barat dan tamadunnya.23 Secara

mendalamnya, ianya dapat dikesan oleh beberapa paradigma pengkajian Islam yang telah diaplikasikan oleh sarjana orientalis di dalam kupasan terhadap tamadun Islam di Alam Melayu. Antara paradigma yang dimaksudkan ini adalah:

17 Quran 42:13.

18 Abdul Halim el-Muhammady (2002), Tasawwur Islam : Huraian Konsep Dan Implikasi Dalam Kehidupan,

Kuala Lumpur, h. 95-107.

19 Quran 51:20-21.

20 Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur, h. 90-91.

21 Shamsul Amri Baharuddin (1983) “ Perancangan Pembangunan Negara Selepas Merdeka 1957-1975 :

Tinjauan Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Malaysia “, Dalam Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, h. 337-339.

22Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “ Epistemology Colonial : Satu Analisistem Cirri Dan Kesannya “,

Dalam (Edit) Mohamad Daud Mohamad, Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur, h. 91-92

23 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abdul Rahman Embong (2003), Pembangunan Dan Kesejahteraan :

(5)

Pertama, paradigma yang mendokong kepentingan kolonialism kuasa barat di Alam Melayu. Mereka telah mengkaji hal ehwal Islam dan kebudayaan masyarakat timur (oriental) dalam semua aspek, khususnya sifat positif dan negatif yang boleh didapati dalam masyarakat sama ada dengan tujuan ilmiah semata-mata atau untuk tujuan keagamaan dan politik. Kajian ini secara langsung bertujuan untuk menjadi suaka dan alat kepada kuasa politik penjajah,24 yang menghuraikan secara terperinci tentang kekuatan dan kelemahan

masyarakat timur, yang bakal dipelajari oleh kuasa penjajah demi untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat tanah jajahan.25

Sifat utama kajian-kajian ini kebanyakannya cuba mendedahkan dan menyebarkan propaganda kononnya masyarakat Melayu adalah bersifat negatif seperti malas,26 suka

berpoya-poya,27 keras kepala,28 tidak boleh diharap,29 suka berhutang30 dan sebagainya. Demi

untuk memperbaiki keburukan ini, kuasa British telah dianggap sebagai penyelamat (saviour) masyarakat Melayu31 yang memperkenalkan sistem pendidikan ala barat yang berorientasikan

materialisme dan pemupukan budaya British yang dianggap baik, yang sayangnya hanya dikhususkan hanya kepada kelas feudal Melayu.32 Berasaskan maklumat yang diperolehi oleh

kuasa British daripada kajian pakar-pakar pentadbir British yang mendalami budaya Melayu,33 mereka telah memperkukuhkan lagi kedudukan kelas feudal Melayu yang dilatih

untuk menjadi golongan yang berwajah Melayu, tetapi roh dalamannya bersifat British yang dianggap dapat dijadikan sebagai jalan perantaraan yang terbaik untuk menguasai masyarakat Melayu yang secara tradisinya begitu menghormati golongan feudal ini.34

Kedua, falsafah evolutionism yang menganggap tamadun barat sebagai lebih tinggi dan agung, berbanding dengan keadaan masyarakat timur.35 Pencapaian tamadun barat yang

membanggakan ini kononnya disebabkan kerana penerimaan fahaman sekularisme yang menolak kepentingan agama di dalam hidup manusia.36 Sebaliknya, masyarakat di sebelah

timur yang masih berpegang kepada agama dan faham metafizik telah dianggap sebagai mundur, bodoh, bebal dan tidak bertamadun yang harus ditamadunkan oleh masyarakat Eropah, melalui proses penjajahan.37 Bahkan kononnya tugas menjajah demi untuk mengajar

24 Asaf Hussain (1984), “ The ideology of Orientalism “, dalam Orientalism, Islam and Islamist, Vermont, 1984,

h. 5-22.

25 Hamid Alqar (1971), “ The problem of Orientalist “, dalam Islamic literature, v. xvii: 2, 1971, h. 35. 26 A. Wright dan T.H. Reid (1912), The Malay Peninsula, Londom, h. 315.

27 E. G. De Eredia (1930), “ The description of Malaca “, dalam JMBRAS, v. 8:1, 1930, h. 31.

28 T.S. Raffles (1930), Memoir of the life and public services of Sir Stamford Raffles, London, 1830, v. 1, h. 91

dan 288-289.

29 W. L. Richmond (1928), The Modern Malay, London, h. 95 dan 223. 30 F. Swettenham (1895), Malay sketch, Singapore, h. 2-3.

31 Dalam soal ini Winstedt dengan fanatiknya telah menegaskan : Though his very name has been forgotten at

Kuala Kangsar, Captain James Low was the saviour of Perak.. and along with the name of Low, Perak ought to enscribe in the letters of gold the name Robert Fullerton, Governor of Prince of Wales Island, Singapore and Malacca. Lihat R.O. Winstedt (1934), “ A History of Perak “, dalam JMBRAS, 12 (1), h. 73.

32 R. Wheeler (1996), The Modern Malay, Singapore : Oxford University press, h. 200.

33 Sebagai contohnya seorang sarjana British dalam menceritakan kepentingan mempelajari budaya Melayu

telah menegaskan : an understanding of the ideas and modes of thought of an alien people in a relatively low stage of civilization facilitates very considerably the task of governing them. Lihat W.W. Skeat (1967), Malay Magic : Being an introduction to the folklore and popular religion in the Malay Peninsula, New York, h. ix.

34 Khasnor Johan (1979), “ Perkhidmatan Tadbir Melayu : tradisi dan peranan dalam konteks kerajaan penjajah”,

dalam Malaysia : sejarah dan proses pembangunan, Kuala Lumpur, h. 134-145.

35 Edward Said (1981), Covering Islam, How The Media And The Experts Determine Hows We See The Rest Of

The World, London, h. 39-40, 60 dan 62.

36 Zainal Kling (1994), Antropologi tafsiran : sumbangan kebudayaan Melayu kepada teori, Syarahan perdana

untuk pengukuhan profesor, Kuala Lumpur, h. 12-13.

37 Sebagai contohnya Frank Swettenham menyatakan bagaimana Raja Muda Abdullah telah meminta kuasa

(6)

masyarakat timur ini telah dianggap sebagai tanggungjawab sosial yang terpaksa dimainkan oleh masyarakat Eropah.38

Berdasarkan kepada hal ini, ianya dapat mendorong kebanyakan sarjana barat yang mengkaji terhadap undang-undang adat Melayu memburuk-burukkan undang-undang Islam yang dianggap sebagai ketinggalan zaman, zalim, tidak berperikemanusiaan39 dan banyak lagi

bentuk keburukan yang dinisbahkan kepada syariah Islam.40 Begitu juga semua sifat buruk

yang dipunyai oleh orang Melayu dikatakan berpunca dari pengamalan mereka terhadap ajaran Islam, seperti suka berserah kepada takdir, tidak menghargai masa,41 menolak

pemodenan42 dan sebagainya yang perlu diubah dengan memperkenalkan cara hidup barat,

termasuklah sistem undang-undang ala Eropah.43

Ketiga, pendekatan Diffusionisme yang menganggap kemajuan masyarakat Melayu bukan kerana sifat asal diri mereka yang baik dan proaktif terhadap sesuatu kemajuan,44 tetapi

kerana faktor pengaruh budaya asing (difusi budaya) yang secara langsung telah ditiru secara selektif oleh masyarakat Melayu.45 Sikap ini secara terang-terang telah menafikan kepandaian

masyarakat tempatan (local genius) di dalam membina sesuatu tamadun tempatan yang tinggi.46 Antara budaya asing yang kononnya telah mencirikan kebudayaan Melayu adalah

Hindu-Budhha, Arab, India dan Parsi. Bahkan apabila mengkaji pengaruh Islam terhadap jati diri orang Melayu, mereka telah mengambarkannya secara skeptik dengan mengatakan bahawa masyarakat Melayu sebenarnya tidak mempunyai pegangan keIslaman yang cukup kuat, hanya di lapisan kulit luar semata-mata, sedangkan isi dalamnya masih lagi berteraskan budaya pra Islam (animisme dan Hindu).47Secara keseluruhannya, ianya dapat mengesan

bagaimana kajian mereka terhadap kebudayaan Melayu kebanyakannya berteraskan sifat anti Islam yang terbawa-bawa dari semangat perang Salib48 dan kebencian mereka terhadap

pengalaman penentangan yang telah dicetuskan oleh masyarakat Islam di tanah jajahan yang berada di bawah penguasaan kuasa barat.49

3.2. Metodologi Genre Orientalism Dalam Kajian Sejarah Tamadun

Dirujuk kepada elemen epistemologi-metodologinya, genre orientalism telah melakukan pemaksaan pemakaian konsep sejarah barat di dalam menilai sumber sejarah Alam Melayu. Antara keduanya, ternyata sekali world-view pegangannya tidak sesuai dengan konstektual Alam Melayu. Bagi mereka, berasaskan falsafah racism euro-centric, hanya

About Perak, Singapore, h. 5 dan 9.

38 Wang Gungwu (1970), Scholarship and the history and politics of Southeast Asia, Flinders University of

South Australia, h. 11.

39 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim (1995), Sastera undang-undang,

Kuala Lumpur, h. xi-xxi.

40 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim (1999), Islamic legal reform in the

administration of Islamic law in Malaysia : A critical analysis, tesis Ph.D untuk University of Birmingham, h. 332-334.

41 F. swettenham (1895), Malay sketch, Singapore h.3. 42 F. Swettenham(1955), British Malaya, London, h. 136-141.

43 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim (1995), “ Budaya Taqlid Di Dalam

Masyarakat Melayu : Suatu Tinjauan Ringkas “, dalam Jurnal Syariah, v. 3, bil. 1, h. 37-38.

44 Zainal Kling (1994), Antropologi tafsiran : sumbangan kebudayaan Melayu kepada teori, Syarahan perdana

untuk pengukuhan profesor, Kuala Lumpur, h. 8-10.

45Ibid.

46 Bryan S. Turner (1964), “ Gustave E. Von Grunebaum and the mimesis of Islam “, dalam Orientalism, Islam

and Islamist, h.193-202.

47 J.C. Leur (1955), Indonesian trade and society, The Hague, h. 169; K.P. Landon (1949), Southeast Asia :

Crossroad of religions, Chicago, h. 134-164.

(7)

kerangka epistemologi konsep sejarah mengikut pemahaman barat sahaja yang dianggap paling betul secara mutlaknya.

Apa yang jelasnya, disiplin sejarah yang diperkenalkan oleh British penuh pelbagai kelemahan yang amat ketara. Bagi orientalis, kajian sejarah tamadun sesuatu masyarakat perlu berdasarkan kepada beberapa elemen utama50;

Pertama, berasaskan kepada falsafah logico positiveism, andainya tidak ditemui sesuatu bukti material yang mengandungi maklumat ilmu Islam ataupun bahan yang ditemui itu terlalu ringkas, mereka akan mengambil sikap simplistik dengan mengatakan perkembangan ilmu dan tamadun Islam sebagai tidak ada. Maksudnya, bagi mereka wujud ataupun tidak sesuatu tamadun material dan intelektual bagi sesuatu masyarakat atau kerajaan bergantung sepenuhnya kepada adanya atau ditemui artifak yang mengandungi maklumat tentang tamadun tersebut. Andainya tidak ditemui artifak bersejarah ini maka mereka akan menganggap bahawa memang tidak wujud tamadun yang didakwa ini. Begitu juga, artifak yang ditemui itu perlulah lengkap dan tidak samar-samar.

Implikasi daripada pendekatan ini boleh dilihat kepada dua contoh utama;

1. Memandangkan agak langkanya karya manuskrip Islam daripada zaman Rasululah dan Sahabat (abad pertama hjrah), mereka mendakwa bahawa aktiviti intelektual dan ilmu Islam tidak wujud di zaman Rasullulah. Sebaliknya perkembangan ilmu Islam seperti hadis dan fiqh dikatakan hanya berlaku pada abad ketiga hijrah. Pada abab ini semua otoriti ilmu dinisbahkan kononnya berasal sejak zaman Rasulullah lagi. Kelemahan pendekatan orientalis telah terbukti salah dan tidak matang. Hal ini telah dibuktikan dengan kes manuskrip hadis yang telah meruntuhkan pandangan orientalis bahawa hadis adalah ciptaan umat Islam 300 ratus selepas kewafatan Rasulullah. Para orientalis Barat telah mengemukakan teori backward-projection theory yang digunakan untuk membuktikan hadis sebagai ciptaan palsu umat Islam yang dikatakan telah berasal daripada kata-kata Nabi Muhammad, kerana kononnya tidak ditemui manuskrip klasik catatan hadis.51 Teori ini tertolak apabila ditemui manuskrip catatan hadis klasik yang

berasal daripada zaman Rasulullah sendiri, yang diusahakan oleh sarjana Barat sendiri iaitu Nabia Abbot52 dan mendapat kupasan bermakna oleh Mustaffa Azami, bekas pelajar

lulusan University Cambridge.53

2. Memandangkan BBT yang terlalu simple, ianya tidak boleh dijadikan sebagai bukti tentang kewujudan tamadun Islam di Terengganu. Sebaliknya mereka mendakwa kemungkinan besar BBT dibawa daripada tempat lain secara tidak disengajakan. Atas dasar itu, ia tidak membawa apa-apa kepentingan seperti didakwa oleh masyarakat Islam.

Merujuk kepada kes BBT, mengikut penulis, masih terdapat beberapa artifak ataupun batu bersurat lain yang belum ditemui, dan pastinya turut mengandungi beberapa catatan penting tentang ajaran Islam di negeri Terengganu. Seperti diperkatakan oleh Muhammad Arkoun, selain daripada bukti material, realiti budaya masyarakat Islam sebagai living evidence juga patut diambilkira apabila mengkaji tentang sesuatu tamadun dan pengamalan konsep Islam.

Atas dasar ini, bagi penulis, kajian terhadap masyarakat Islam di Terenganu perlu bergantung kepada bukti material dan budaya masyarakat sekaligus. Bagi BBT yang ada pada

50 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2011), Metodologi Disiplin Occidentalisme Alternatif: Tumpuan Khusus

Terhadap Pandangan Orientalis Terhadap Hukum Islam, Jurnal syariah, no.2

51 Lihat sebagai contohnya Ahc. Minhaji (2000), “Orientalisme Dalam Bidang Hukum Islam”, dalam Amin

Abdullah (ed.), Mencari Islam : Studi Islam Dengan Berbagai Pendekatan, Yogyakarta : Tiara Wacana, h. 152-155.

52 Nabia Abbot (1967), Studies in Arabic Literary Papyri, vo. 11, Quranic Commentary and Tradition, Chicago :

The University of Chicago Press, h. 5-63.

(8)

masa sekarang, ia merupakan artifak terpenting yang dapat menjelaskan tentang realiti pemahaman dan pengamalan Islam di dalam masyarakat Islam silam di Terengganu. Nisbah isi BBT yang singkat tidak menjadi masalah besar kerana ia telah mencetuskan perbincangan ilmiah oleh serangkaian sarjana dari pelbagai perspektif. Hal ini mungkin boleh diqiyaskan dengan keistimewaan Quran. Mengikut Ali Syariati, apabila sesuatu objek ataupun teks yang ringkas dan umum, ianya akan menjadi evergreen (relevan untuk sepanjang masa), kerana ia akan terbuka untuk diulas dan dikaji oleh sarjana terkemudian. Untuk jangka masa panjang, usaha ini bukan setakat mampu menjana wacana intelektual yang berguna, ianya juga bakal menjadikannya sebagai bahan sejarah yang sentiasa dihormati.

Kedua, sarjana orientalism secara terang-terangan menafikan otoriti sumber sejarah tempatan Alam Melayu yang dikatakan penuh elemen feudalism dan mitos. Bagi mereka, sumber sejarah Alam Melayu merangkumi BBT, Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Hikayat Siak, Tuhfat Al-Nafs dan sebagainya tidak mengandungi apa-apa faedah yang mengambarkan latar belakang sosio-politik-ekonomi dan intelektual masyarakat Alam Melayu.

Ketiga, proses tafsiran terhadap artifak ini perlu dibantu dengan sumber artifak dan manusckrip tamadun lain. Ini kerana mereka menafikan kepintaran masyarakat peribumi menghasilkan tamadunnya dan perlu bergantung kepada tamadun lain (proses peniruan dan adaptasi). Terpenting sekali, mereka berusaha menunjukkan kelemahan mentaliti masyarakat Melayu yang perlu ditamadunkan oleh british melalui penjajahan. Buktinya, mereka sering mengaitkan perkembangan tamadun Melayu dengan pengaruh luar seperti India dan Parsi.54

Keempat, pemakaian kaedah penggunaan metode kritik Filologi dalam kajian terhadap teks agama dan karya sejarah. Kaedah Filologi ini diasaskan oleh William Jones (M.1794), orientalis British yang pernah menetap di India, menyatakan bahwa terdapat banyak persamaan dalam kosakata dan struktur antara bahasa Sanskrit, bahasa Eropah dan Parsi. Gagasan ini kemudian dikembangkan oleh Franz Bopp, yang meneliti hubungan antara bahasa Indo-Eropah dengan bahasa Aria. Kajiannya telah melahirkan sebuah prinsip yang kemudian melandasi lahirnya ilmu perbandingan filologi.55 Filologi sendiri merupakan

metode penelitian yang berdasarkan atas analisis teks, baik berupa teks karya sastra, dokumen, arkib, mahupun teks kitab suci (scripture). Analisis ini membabitkan bacaan, perbandingan antara berbagai teks atau versi dari teks yang sama, kritik teks, ataupun penyelidikan mengenai asal-usul teks itu. Filologi berkembang pesat pada masa Renaissance Eropah dan menjadi metode penelitian Barat klasik dalam mengkaji Islam.56

Apa yang menjadi masalah terbesar dengan kaedah kritik Filologi ini adalah mereka memandang teks sumber sejarah dan agama yang dikaji secara skeptik yang melampau. Hal ini dibuat dengan beberapa kaedah utama;

1. Meletakkan premis awal yang negatif terhadap teks yang dikaji. Pemakaian kaedah Historicisme bagi mengkaji agama Islam dan agama lain. Secara mendasar, kaedah ini diasaskan kepada falsafah Sekularisme yang memusuhi agama. Kaedah ini menumpukan kepada pencarian latar belakang sejarah sesuatu agama ataupun teks suci agama di tahap alam material (fizik semata-mata) dan menolak faktor supra-rasional (Wahyu). Paradigma ini secara langsung telah mempertikaikan serta mempersendakan apa sahaja yang berkait dengan agama kristian, Yahudi dan agama Islam itu sendiri.

54 Aliza Elias (2012), " Kecenderungan Paksi India : Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam Di Alam

Melayu", Mohd Zaidi Ismal (Edit) Adab Dan Peradaban : Karya Pengi'tirafan Untuk Syed Muhammad Naquib

Al-Attas, MPH publishing, h. 609-627.

55 Ihsan Ali Fauzi, (2002)“Pandangan Barat”, dalam Taufik Abdullah dkk. (ed.), Ensiklopedi Tematis Dunia Islam,

(Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, Vol. 7, h. 249.

56 Andrew Rippin, (1985) “Literary Analysis Of Qur’an, Tafsir And Sira: The Methodologies Of John

(9)

2. Memulakan kajian dengan menetapkan Pre Conceived Idea (hipotesis awal) yang buruk dengan teks yang dikaji. Paradigma kajian ini sebenarnya didahulukan dengan premis dan hipotesis awal yang berbentuk skeptic dan anti kepada agama yang dikaji.

3. Sebarang elemen kebenaran yang terkandung di dalam teks yang dikaji akan dinafikan. 4. Penganalisaan terhadap teks yang dikaji dibandingkan dengan sumber asing (berbeza dari

segi world-view asasnya), secara linguistiknya, kononnya bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang isi teks yang dikaji.

5. Menafikan elemen kebenaran dan otoriti kecerdikan tempatan yang dimiliki oleh sesuatu agama ataupun masyarakat yang dikaji. Kononnya bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam, teks suci yang dikaji ini akan dibantu dengan; (1) paradigma Ex-Silentio - teks Islam klasik perlu dinilai secara skeptik - dibantu dengan bahan sejarah daripada luar agama yang dikaji (seperti amalan tradisi pra-Islam, sumber arkeologi dan pengaruh budaya asing yang sezaman dengan teks suci tersebut) dan (2) berpegang kepada premis awal yang berupa kajian yang dihasilkan oleh sarjana orientalis yang lain. Lebih buruk lagi, mereka akan menerima secara membuta tuli dengan apa yang diperolehi daripada kajian sarjana orientalis yang lebih awal. Ringkasnya, kajian mereka sebenarnya lebih bersifat reproduction ataupun pengulangan terhadap teori lama yang memang salah dan keliru.

Melalui kaedah ini, kita mendapati bagaimana semua kajian orientalis barat terhadap masyarakat dan agama bersifat stereotype; kesemuanya salah, tidak bertamadun dan penuh dengan elemen percanggahan. Atas dasar inilah, mereka mengemukakan pelbagai teori yang melampau tentang masyarakat dan agama Islam itu sendiri. Contohnya, mereka menyatakan bahwa al-Qur’an itu berasal dari tradisi Kristian dan bahwa Muhammad hanya seorang Kristian yang mengajarkan suatu bentuk penyimpangan agama Kristian.57

Kelima, penetapan pemakaian pendekatan yang objektif terhadap objek agama dan tamadun. Orientalis barat menetapkan kajian terhadap sesuatu agama perlu dibuat secara

bird eyes, pemerhatian daripada luar ataupun orang luar dari anggota masyarakat yang dikaji.58 Kaedah ini dilakukan kononnya untuk menjadikan kajian tersebut sebagai objektif,

saintifik, value-free dan tidak berat sebelah berasaskan world-view yang menjadi pegangan si pengkaji terbabit.59 Pendekatan ini walaupun kelihatannya begitu ideal tetapi ianya hanya

bersifat mitos yang mustahil dicapai kerana dua faktor utama, pertamanya, setiap pengkaji secara pasti akan terpengaruh secara langsung dengan world-view tersendiri yang biasanya terdiri dari kepercayaan, kepentingan diri, hambatan sosial dan keilmuan yang sedia ada.60Faktor keduanya, kerana pendekatan ini bertentangan dengan prinsip moralis intelektual

Islam.61 Walaupun seseorang sarjana Islam patut mengunakan pendekatan saintifik ini, tetapi

pengunaannya masih memerlukan kepada penilaian penulis yang membabitkan nilai baik dan buruk sesuatu perkara berasaskan pandangan Islam. Ringkasnya, sebarang kajian ilmiah menurut Islam bukan setakat pembentangan fakta tentang sifat dan bentuk agama terbabit yang dibuat untuk mendapat nikmat pengetahuan semata-mata62, tetapi ianya harus disertakan

dengan penilaian yang rapi berasaskan prinsip-prinsip pensejarahan Islam, apa sahaja yang

57Lihat Hans Kung, (1998) “Sebuah Model Dialog Kristian-Islam” dalam Jurnal Pemikiran Islam Paramadina,

Vol. 1, No. 1, h. 20.

58 Sebagai contohnya kajian yang menggunakan pendekatan ini tentang kebudayaan Melayu telah ditegaskan

oleh Laurent Metzger (1994), “ Kekuatan Dan Kelemahan Orang Melayu : Suatu Pandangan Seorang Asing “, dalam Alam Melayu, v. 2, h. 158-175.

59 Mahmood Nazar Mohamed (1998), “ Asas-Asas Penyelidikan Sains Sosial “, dalam Pengenalan kepada Sains

Sosial, Kuala Lumpur, h. 220-230.

60 Lihat Muhammad Abu Bakar (1993), “ Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah

Dan Rekonstruksi Realiti Sosial “, dalam Tinta kenangan, sumbangan sempena persaraan dan perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur, h. 307-309.

61 Ibid, h. 320-323.

(10)

berlaku di dalam sejarah manusia pasti ada sebab musabab berkaitan dengan ketaatan dan penderhakaan terhadap hukum Allah dan harus dijadikan sebagai iktibar untuk kepentingan kemanusiaan.63

4. Bagaimana BBT Dianggap Sebagai Sumber Sejarah Tamadun Islam.

Kita harus memahami realiti dan sifat asas BBT. Ianya didasarkan kepada dua perkara utama. Pertama, masih lagi terdapat beberapa prasasti BBT yang belum ditermui. Mengikut

Muhamad Yusoff Hashim, sebenarnya masih lagi ada beberapa prasasti seumpamanya yang belum ditemui di Terengganu, sesetengahnya telahpun hilang dan musnah di telan zaman.64

Kedua, sifat asas BBT sebagai artifak ataupun manuskrip terpenting yang mengandungi peraturan negara dan masyarakat (seperti Hukum Kanun Melaka). Lebih tepat lagi, sesuai untuk tujuan codifikasi undang-undang, BBT ini dijadikan rujukan semua lapisan masyarakat (awam dan bangsawan) dalam soal agama Islam. 65 Atas dasar ini pastinya BBT

ini akan memberikan penjelasan kepada anggota masyarakat, dan bukannya dicatatkan secara abstrak dan rengkas semata-mata. Jadi, maklumat yang jelas tentang isu agama tidak boleh diketahui dengan jelas kerana isi kandungannya ada terdapat dalam BBT yang lain. Tapi sayangnya BBT yang mengandungi maklumat lanjutan ini telahpun hilang.

Berasaskan kepada kedua perkara di atas, kajian terhadap BBT ini akan menggunakan beberapa pendekatan utama;

Pertama, penganalisaan terhadap BBT perlu dibuat dengan cara yang lebih holistik dan tidak boleh bergantung kepada teks BBT semata-mata. Hal ini bertepatan dengan apa yang ditegaskan Muhammad Arkoun, kajian terhadap sesuatu teks klasik perlu melihat kepada sistem budaya yang wujud ( living tradition) dalam masyarakat yang kekal hingga sekarang dan disokong dengan sumber sejarah yang lain. Maknanya untuk mengetahui bagaimana bentuk jati diri masyarakat Terengganu silam (semasa BBT wujud) kita perlu melihat kepada masyarakat Melayu Terengganu sekarang - kerana ianya merupakan penerusan daripada tradisi budaya dan sosiologi masyarakat silam. Memanglah ada perbezaannya daripada segi luaran kerana faktor pemodenan tetapi bentuk sifat dan jatidirinya adalah tetap sama - mereka terbentuk daripada pengaruh budaya masyarakat Timur Laut Melayu.

Kedua, kajian tentang objek kemanusiaan perlu menggunakan beberapa paradigma utama;

mechanism, oragnism dan konstektual. Hal ini bersesuaian dengan tren perubahan paradigma keilmuaan yang secara lantang disuarakan oleh banyak pihak. Ianya terdiri dari pendekatan;66

1. Mechanism; pendekatan yang lebih terbuka berbanding pendekatan legal formalistic (Formism), yang memberikan penekanan kepada sifat pokok sesuatu mechanisme iaitu soal kontinuiti dan mekanis. Menurut paradigma ini semua gejala kehidupan adalah bersifat bersinambungan dalam proses mekanis yang terus bergerak. Ianya paling disesuai diterapkan dalam kerangka kajian yang membabitkan elemen kemasyarakatan, memandangkan masyarakat manusia bukannya static dan selalu berubah, samada ke arah yang lebih baik ataupun sebaliknya.

2. Organism ; seluruh reality kehidupan pada dasarnya berjalan secara harmonis, integrated, penuh perkaitan antara faktur dalaman dan luaran serta penuh dengan kepastian. Atas dasar ini, kaedah terbaik untuk memahami reality kehidupan manusia perlu

63 Abdul Rahman Abdullah (2000), Wacana Falsafah Sejarah : Perspektif Barat Dan Timur, Kuala Lumpur, h.

212-218.

64Muhamad Yusoff Hashim (1991), Terengganu Darul Iman : Tradisi Pensejarahan Malaysia, Kuala lumpur :

DBP, h. 2

65 Abdul Rahman Abdullah (1999), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, h. 60-61. 66 Prof Dr Mastuhu (1998), “ Penelitian Agama Islam : Perspektif Antar Disiplin Ilmu : Tinjauan Disiplin

(11)

mengabungkan kesemua bentuk disiplin keilmuan, seperti sejarah, sosiologi, ekonomi dan sebagainya. Jadi, sebarang usaha untuk menilai BBT di Terengganu perlu dilihat kepada pelbagai aspek kehidupan seperti aspek budaya, sosiologi, agama, politik dan ekonomi sekaligus.

3. Konstektual; semua fenomena kemanusiaan yang dikaji adalah bersifat kontekstual, tidak ada satupun dalam kehidupan ini yang tidak berkait dengan konteks dan kondisinya yang bersifat khusus. Atas dasar ini, kajian terhadap elemen manusia akan menjadi lebih mendalam sekiranya dilihat kepada aspek konstektual sesuatu objek yang dikaji. Hasilnya, kita bakal mengetahui bahawa latar belakang masyarakat semasa BBT itu wujud adalah bersifat khusus yang hanya sesuai dengan reality masyarakat Terengganu berbanding dengan kawasan lain.

5. Kepentingan BBT Dalam Konteks Sejarah Islam Di Malaysia

5.1. Sumber Asas Kehebatan Sarjana Melayu-Islam Silam. Dalam soal ini, Kita dapat mengenalpasti dua perkara utama;

1. sebagai sumber untuk mengetahui tahap kesarjanaan ulama Melayu di dalam usaha mereka mengajar, menyusun dan menerapkan undang-undang Islam ke dalam masyarakat. Dalam soal ini, rata-rata sarjana barat telah bersikap negatif terhadap pencapaian ulama Melayu yang dikatakan sebagai jumud, 67 tidak menyumbangkan

apa-apa sumbangan yang bermakna dalam keilmuan Islam,68 terlalu terpengaruh dengan

pendekatan Taqlid69dan terlalu mengikut kehendak raja Melayu.70

2. sebagai sumber asas untuk mengetahui tentang bagaimana bentuk pengamalan undang-undang Islam di dalam institusi Melayu tradisi yang telah dilaksanakan dalam konteks zaman silam. Apatah lagi, BBT ini merupakan karya perundangan pertama yang pernah dihasilkan oleh masyarakat Melayu Islam71 yang kemudiannya telah ditiru oleh

negeri-negeri lain di Tanah Melayu.72 Tanpa maklumat ini, kita mungkin akan gagal menjawab

banyak tohmahan buruk yang dilontarkan oleh sesetengah sarjana barat73 yang

menyatakan bahawa bentuk pengamalan undang-undang Islam di zaman tradisi ini adalah kucar kacir,74 tidak bertamadun75, bersifat terlalu autoraksi76 dan tidak pernah

dilaksanakan dalam masyarakat Melayu.77

5.2. Bukti Pengamalan Cara Hidup Islam Yang Syumul.

67 M.B. Hooker (1984), Islamic Law In Southeast Asia, Singapore, h. 36.

68 A.H. John (1984), “ Islam in the Malay world “, dalam Islam In Asia, Jerusalem, v. 2, h. 138.

69 M.B. Hooker (1983), “ The translation of Islam into South-East Asia “, dalam Islam In South-East Asia,

Leiden, h. 9-11.

70 Patrick Sullivan (1982), Social Relations Of Dependence In A Malay State : Nineteenth Century Perak, Kuala

Lumpur, h. 76.

71 Abdul Kadir Muhammad (1996), Sejarah penulisan Hukum Islam di Malaysia, Kuala Lumpur, h. 1-14. 72 Ismail Mat (1998), “ Pengajian Syariah : Hubungannya dengan adat Arab dan keadaan di Malaysia “, dalam

Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur, h. 88-89.

73 Usaha untuk menjawab tuduhan buruk ini patut dijadikan tugas utama seseorang sarjana Islam. Lihat Rahimin

Affandi Abd. Rahim (2000), "“Etika penyelidikan Islam : satu analisa " dalam Jurnal Afkar, bil. 1, h.190-192.

74 W. Roff (1980), The origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur, h. 70-72.

75 R.O. Winstedt pernah mengatakan bahawa sistem undang-undang Melayu yang berasaskan undang-undang

Islam adalah zalim dan ketinggalan zaman. Lihat Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim (1995), Sastera Undang-Undang, Kuala Lumpur, h. xi-xxi.

(12)

BBT mengandungi secara langsung tentang konsep cara hidup Islam yang syumul. Pertamanya ia mengandungi keterangan tentang konsep Tauhid, yang turut dibuktikan dengan keterangan sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam.78 Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a) mu’amalat – tentang hutang

puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina.79

Apa yang jelasnya, sesuai dengan susunan hiraki ilmu Islam, BBT dimulakan dengan keterangan tentang prinsip tauhid yang sempurna. Apabila penulis BBT mencatatkan tentang Allah dan Rasulllah, secara terang-terangan kita dapat mengesan pemahaman konsep Tauhid Uluhiyyah (hanya Allah yang wajib di Sembah) dan Rububiyyah (Allah sebagai pendidik dan penjaga Alam semesta). Tauhid merupakan asas terpenting ajaran Islam yang tidak ada tolak ansur di dalamnya. Dengan pendekatan ini, seseorang insan perlu memaklumi hakikat tauhid di dalam setiap perbuatannya samada dalam berhubungan dengan Allah ataupun makhluk.

Bersamaan dengan konsep Tauhid Uluhiyyah ini, hal ini dilanjutkan dengan pemahaman Tauhid Rububiyah dengan mengikuti peraturan syariah Islam. Secara khususnya, kita boleh menganggap hukum Islam sebagai manual yang disediakan oleh Allah bagi menanggani produk yang bernama Manusia. Mengikut pandangan Islam, Allah yang menciptakan Alam dan sekelian makhluk tidak berhenti setakat itu sahaja, bahkan Allah juga yang menjaga dan mendidik alam ini dengan menganugerahkan ajaran Islam.

Walaupun dalam banyak keadaan manusia mempunyai kemampuan iradat dan mampu menggunakan akal mereka untuk memahami dan memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk menanggani kehidupan mereka, bagi sudut pandangan Islam sifat dan peranan akal ini masih lagi terbatas sifatnya, yang perlu dibantu dengan peranan wahyu Allah.80

Pembinaan pemikiran manusia adalah didasarkan kepada keadaan persekitaran, iaitu apa yang dipelajari, didengar, dilihat, diberitahu, dialami dan sebagainya. Manusia masih jahil dengan apa yang terdapat di luar persekitarannya. Dengan itu, manusia masih jahil tentang ;81

1. Apa yang ada di luar daripada tahap pemikiran mereka seperti hal-hal ketuhanan. 2. Apakah matlamat hidup manusia.

3. Apa yang akan berlaku di alam selepas mati seperti alam akhirat. 4. Apa yang lebih baik untuk keperluan mereka.

Keindahan Islam boleh dilihat dari segi kesesuaian antara fitrah (built in instinct) yang ada dalam diri setiap manusia dengan kandungan hukum Islam itu sendiri. Hal ini boleh dilihat dalam beberapa contoh,

antaranya:-1. Demi untuk menjaga fitrah percaya kepada tuhan – akidah Islam dibekalkan oleh Islam. 2. Demi untuk menjaga fitrah sex – Islam membenarkan manusia berkahwin sesama mereka

dan menolak kehidupan ala rahib.

3. Demi untuk menjaga fitrah mengekalkan hidup – Islam mensyariatkan persoalan hukum hakam yang terangkum di dalam sistem Muamalah Islam.

4. Demi untuk menjaga fitrah memiliki harta kekayaan – Islam membenarkan pemilikan harta dengan bersyarat ianya tidak melalaikan kewajipan menunaikan zakat dan sedekah. 5. Demi untuk menjaga fitrah cintakan keseniaan – Islam membenarkan semua elemen

keseniaan yang tidak melampau.

6. Demi untuk menjaga fitrah cintakan perpaduan dan bangsa sendiri – Islam membenarkan semangat nasionalisme yang terpuji dan mengalakkan pembentukan masyarakat Madani (civil society).

78 M.B. Hooker (1976), The Terengganu In Malayan Legal History, dalam JMBRAS, v. XLIX, part 2, h. 127-131. 79 Abdul kadir Muhammad (1996), Sejarah Penulisan Hukum Islam Di Malaysia, Kuala lumpur : DBP, h. 4 80 Rahimin Affandi Abd Rahim (2000), “ Memperkasakan Budaya Berfikir Islam : Satu Analisa “, Dalam

Jurnal Afkar, Bil. 3, h. 57-80

(13)

5.3. Bukti BBT Sebagai Asas Jati Diri Manusia Melayu-Islam Yang Terawal.

Kita boleh berbangga dengan BBT ini kerana ia menunjukkan bagaimana Islam telah menjadi asas jati diri dan world-view masyarakat Melayu sejak awal lagi. Sepertimana halnya dengan prasasti dan bukti bertulis Melayu Islam yang lain,82 BBT merupakan catatan

penganut Islam di Terengganu tentang bagaimana pemahaman dan penghayatan Islam telah diamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui catatan BBT ini kita dapat mengesan beberapa perkara yang membabitkan jati diri Islam yang di amalkan di dalam masyarakat Melayu-Islam Terengganu. Ianya terdiri daripada83 masyarakat Melayu Terengganu antara golongan terawal memeluk Islam di Alam

Melayu. Hal ini bukannya berlaku secara superficial (luaran semata-mata), tetapi turut diperkuatkan dengan pelaksanaan syariah Islam di dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu, semua perkara positif yang biasanya wujud dengan proses kedatangan Islam dapat dikesan dalam masyarakat Melayu Terengganu. Mengikut catatan para sejarahwan, di mana sahaja Islam berkembang pasti akan wujud artifak material dan immaterial merangkumi institusi Masjib, institusi pendidikan, sistem tulisan, kitab agama, pegangan kepada world-view Tauhid dan budaya penghayatan agama yang kuat di kalangan anggota masyarakat. Kesemua perkara ini apabila diamalkan secara berterusan akan membentuk tradisi, suatu elemen yang amat diperlukan dalam kehidupan manusia.

Mengikut perspektif Islam, setiap manusia pasti akan mempunyai latar belakang sejarah dan tradisi (formula agama yang diamalkan secara berterusan) bagi memandu mereka menjalani kehidupan yang berkualiti.84 Berasaskan kepada pemahaman terhadap kandungan

al-Quran, sarjana Islam menegaskan bahawa sejarah mempunyai tiga dimensi utama; telah lalu, sekarang dan akan datang. Pengetahuan masa lalu (tradisi) mengajar kita erti kehidupan pada masa sekarang dan seterusnya boleh digunakan untuk meramal apa yang bakal terjadi di masa yang akan datang.

Dalam bahasa yang mudah, peranan sejarah dan tradisi seperti BBT ini amat penting dalam beberapa perkara utama iaitu ianya dapat mengajar kita formula penyelesaian masalah yang bercirikan ajaran Islam dan sesuai dengan kehendak budaya setempat. Sebagai contohnya, mengikut Osman Bakar, masyarakat Melayu silam melalui karya moral ulama Melayu-Islam memang mempunyai formula yang cukup tuntas bagi menghadapi isu polarisasi kaum di Malaysia. Hal ini mula disedari oleh masyarakat Barat yang dilihat telah berhadapan dengan permasalahan perkauman yang cukup kronik.85 Antara lainnya juga, BBT

ini dapat mengajar kita agar mengenali akar umbi kekuatan bangsa sendiri; asas jati diri; kebanggaan bersama dan pemankin perpaduan (pemersatu) yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Ia merupakan alat yang mampu membuat sesuatu masyarakat tidak mudah lupa diri dalam proses pembangunan dan pemodenan negara. Contoh terbaik yang boleh diberikan adalah dengan kesan peristiwa 13 Mei 1969 kepada masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Semua umat Melayu-Islam dari pelbagai parti politik telah bersatu di bawah payung Barisan Nasional yang seterusnya melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Hal ini berlaku kerana semua umat Melayu-Islam merasa diri mereka tergugat dengan kuasa golongan bukan Melayu di Malaysia.

82 Rahimin Affandi Abd Rahim, (2003) “Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh Di Dalam Sastera Undang-Undang Melayu : Satu Analisa“, dalam Muhammad Mokhtar Hassan(ed.), Kesusasteraan dan Undang-undang, Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, h. 158-179.

83 Rahimin Affandi Abd Rahim (2010), Batu Bersurat Di Terengganu : Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan

Syariah Islam, Jurnal Fiqh, Jabatan Fiqh & Usul, APIUM, h. 18-45.

84 S. Hossein Nasr (1990), Traditional Islam In The Modern World, London : Kegan Paul International, h. 13 85 Osman Bakar (2003), “ Globalisasi Dan Peradaban “, Dalam A. Aziz Deraman Globalisasi Dalam Peradaban

(14)

Bagi Siddiq Fadhil, kita boleh menggunakan formula sistem nilai Melayu seperti mana terkandung dalam BBT berhadapan dengan fenomena globalisasi semasa. Seperti mana dinyatakan oleh pemikir Melayu semasa bahawa globalisasi dewasa ini sebenarnya lebih merupakan usaha pensejagatan nilai-nilai sekular barat ke seluruh dunia.86 Sebagai

analisis perbandingan terhadap kerangka system nilai ala barat yang dicanangkan sebagai maju oleh pihak barat, Siddiq Fadhil telah mengemukakan neraca system nilai yang dipegang oleh masyarakat Melayu, berteraskan ajaran Islam dan adat ketimuran. Set ataupun neraca ini telah diperincikan sebagai87the principle of tauhid, nubuwwah and khalifah, importance of

face or maruah (dignity), orientation toward the community, loyalty to the community and family, social cohesion and harmony, emphasis on the middle way or the path of moderation, strong work ethic and capacity for hard work, filial piety and respect for elders dan emphasis on the importance of education.

Dewasa ini, para pemikir barat sendiri telah mengakui kelemahan yang dimiliki oleh system nilai barat yang terlalu berasaskan kepada sifat individualism, materialism dan hedonisme, dan telah mula meniru ataupun mempelajari kerangka system nilai ketimuran yang lebih berteraskan kepada prinsip keagamaan dan perennial.88 Falsafah perennial ini

memberikan antara lainnya penekanan kepada tiga perkara yang utama iaitu metafizika yang memperlihatkan kewujudan hakikat illahi dan ketuhanan di dalam segala sesuatu : kehidupan dan fikiran, suatu psikologi yang memperlihatkan adanya sesuatu dalam jiwa manusia yang berkaitan dengan elemen ketuhanan dan etika yang memperjelaskan hakikat dan tujuan akhir kehidupan manusia yang mempunyai kaitan dengan elemen ketuhanan.

5.4. BBT Sebagai Asas Terawal Konsep Ketuanan Melayu Di Tanah Melayu

BBT secara langsung menunjukkan konsep Ketuanan Melayu di Tanah Melayu. Semua memaklumi bahawa proses pembangunan Malaysia telah ditetapkan perlu berasaskan kepada kebudayaan masyarakat Melayu. Semua rakyat Malaysia perlu memahami latar belakang sejarah penubuhan Negara Malaysia yang berdaulat dan seterusnya perlu menggunakan iktibar sejarah ini di dalam tindakan yang dilakukan, agar sejarah pahit penjajahan Malaysia suatu masa dahulu tidak berulang kembali. Dalam konteks perpaduan sebagai contohnya, semua rakyat Malaysia perlu mengamalkan sikap tolak ansur yang tinggi apabila menyentuh isu keistimewaan yang dimiliki oleh setiap rakyat.

Bagi Dato’ Hassan Ahmad, sikap tolak ansur ini perlu difahami dan diamalkan secara dua hala, bukannya hanya tahu mendesak sehingga melukakan hati penganut Islam. Apa yang lebih penting lagi, penganut bukan Islam selepas merdeka perlu menghormati kontrak social yang dimeterai semasa proses kemerdekaan Malaysia tercapai- menyentuh isu ketuanan Melayu. Mengikut Wan Mohd Nor Wan Daud, prinsip ketuanan Melayu ini berpunca dari tiga sebab yang utama iaitu;

1. sifat awal dan ketinggian tamadun Tanah Melayu yang telah dibina oleh manusia Melayu berasaskan kepada pemahaman terhadap syariah Islam.

2. Antara prinsip ketuanan disebabkan oleh isbah pergorbanan dan darah manusia Melayu yang telah banyak dicurahkan untuk mempertahankan Tanah Melayu menghadapi penjajahan kuasa luar.

86 Hashim Musa, (2001) Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia

Alaf Baru, Kuala Lumpur :APMUM, h. 36.

87 Siddiq Fadhil,(2005) “ Jatidiri Dan Nilai-Nilai Budaya Dalam Pemikiran Melayu “, Dalam Edit Ahmad

Mohamad Said Pembangunan Watak Bangsa : Pemerkasaan Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan, Kajang : Akademi Kajian Ketamadunan, h. 40-42.

88 Haron Daud, (2002) “ Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan Hakikat Diri “, Dalam Ed. Oleh Syed

(15)

3. nisbah sifat tolenrasi dan kesudian manusia Melayu menerima bersama golongan bukan Melayu untuk tinggal menetap di Tanah Melayu.

5.5. BBT dan Sejarah Hubungan Ulamak Melayu Dan Indonesia Di Alam Melayu.

Mengikut neraca zaman silam, setiap jajahan takluk sesuatu empayar akan menjalankan dasar yang sama dengan pusat empayarnya.89 Atas dasar itu apa yang dijalankan oleh empayar pusat di Indonesia akan turut dijalankan oleh jajahan takluknya yang lain90, dan dalam konstek ini mendorong pengislaman Terengganu. Dalam catatan Batu bersurat di Terengganu ini kita dapat mengesan kenyataan bahawa Terengganu adalah jajahan takluk empayar Islam Indonesia, bila mana gelaran pemerintah iaitu Mandulika telah turut dipakai. Gelaran Mandulika ini adalah ketua kerajaan di Indonesia yang kemudiannya bertanggungjawab mengislamkan dan menerapkan hukum Islam di jajahan takluknya di Indonesia dan Terengganu di Tanah Melayu.

Fakta sejarah mencatatkan bagaimana kedua kawasan mempunyai hubungan keilmuan yang amat erat. Dalam tradisi ilmu Islam, telahpun wujud pendekatan yang mengakui autoriti dan hiraki ilmu. Andainya terjadi apa-apa masalah agama, rujukan kepada autoriti atasan akan dibuat. Dalam sejarah kerajaan Melaka ada tercatat kes masalah Usuludin

yang gagal dijawab telah dirujuk kepada majlis ulamak di kerajaan Samudra Pasai. Isunya membabitkan soalan adakah syurga dan neraka telahpun wujud pada masa sekarang.

Dalam contoh yang lain, terdapat catatan bagaimana Nuruddin Al-Raniri telah dilantik sebagai penasihat agama tertinggi di kerajaan Samudra Pasai. Beliau juga turut dilantik atas kapasiti yang sama di kerajaan Pahang, apabila beliau berkunjung ke negeri tersebut.91 Ini antaranya menunjukkan bahawa hubungan intelektual dan politik kerajaan Melayu di Alam Melayu memang rapat tanpa memperkirakan semangat kesukuan yang sempit. Hal ini kemudiannya telah berubah dengan datangnya penjajah British dan Belanda yang membawa semangat asabiyyah sempit berasaskan kepada konsep Nation State. Jauh sebelum kedatangan kuasa penjajah barat, masyarakat Alam Melayu telah berhubungan dengan cukup damai dan saling melengkapkan antara satu sama lain.92

Dalam aspek sosial kemasyarakatan pula, kita boleh mengesan beberapa perkara utama;

1. Kerajaan Melayu-Islam di Negeri Sembilan, Selangor dan beberapa daerah lain telah dibangunkan oleh masyarakat Islam daripada Indonesia. Atas dasar ukhuwah Islam masyarakat Tanah Melayu menerima kedatangan saudara mereka daripada Indonesia dengan hati yang terbuka.93

2. Penduduk asal Acheh bebas berhijrah ke kawasan utara Tanah Melayu samada sebagai peniaga, ulamak dan pejuang Islam untuk menentang penjajahan kuasa Barat.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, BBT patut dihargai dan dijadikan sebagai sumber sejarah untuk mengetahui tamadun Melayu-Islam terawal di Tanah Melayu. Hal ini perlu dipertahankan

89 Bagoes Wiryomartono (2012), Historical Notes, Concepts, And Evolution Of Urbanism In The Malay World,

JATI, Volume 17, December 2012, h. 115-130

90 Mohammad Raduan bin Mohd.Ariff (1997), The Water Cities Of The Asiatic Archipelago, JATI, Bilangan 3,

Ogos 1997, h. 138-146

91 Abdul Rahman Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur: DBP, h. 127-130. 92 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2005),“ Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di

Malaysia : Suatu Analisa “, Jurnal Pengajian Melayu, V. 15, h. 19-51

93 Meor Ahmad Noor Mior Hamzah (2001), Konsep Sempadan Negeri Dalam Masyarakat, JATI, Bilangan 6,

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya masalah yang ditimbulkan, penyusun mencoba merencanakan Proposal Tugas Akhir dengan judul METODE PELAKSANAAN, WAKTU, DAN BIAYA PEMBANGUNAN JEMBATAN KALIPEPE JALUR

penggunaan perangkat kamera video berkecepatan tinggi untuk menggambarkan pola renang dan aspek-aspek kecepatan renang ikan. Pengujian terhadap aspek-aspek kecepatan renang ikan

titik didih dan titik leleh tinggi karena ikatan logam yang sangat kuat, adanya elektron yang dapat bergerak bebas dari satu atom ke atom yang lain menjadikan logam sebagai

Berdasarkan hasil wawancara menggunakan kuesioner pada aspek sikap tenaga rekam medis tentang kode neoplasma sesuai kaidah ICD-10 di RSUD Tugurejo tahun 2016, diketahui

Sehubungan dengan hal tersebut, dengan diberlakukannya Undang-Undang Nomor 28 Tahun 2009 tentang Pajak Daerah dan Retribusi Daerah, maka Peraturan Daerah Kabupaten

Hasil polong kacang tanah, bobot biji dan jumlah biji per tanaman tertinggi diperoleh pada perlakuan pengendalian gulma melalui penyiangan+pendangiran, masing-masing 27%, 29% dan

Bank yang nilai rasio BOPO-nya tinggi menunjukkan bahwa bank tersebut tidak beroperasi dengan efisien karena tingginl,a nilai dari rasio ini memperlihatkan besamya

Ada indikasi bahwa penaburan zeolit sebanyak 5 kg/m 2 hamparan litter lantai kandang cenderung memperbaiki kualitas lingkungan kandang, mempertahankan tingkat konsumsi