• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN dan tingkatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN dan tingkatan "

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran

iaitu:-i.Kesihatan Diri dan Keluarga ii.Gaya Hidup Sihat

iii.Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia

menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses

pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.

( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

2. DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

(2)

negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif (kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).

Perkataan “kesihatan” dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.

Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti berikut :

i Kesihatan fizikal.

ii Kesihatan mental

iii Kesihatan emosi

iv Kesihatan sosial

v Kesihatan rohaniah

vi Kesihatan seksual

Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi individu iaitu :

i. Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat distruktur, disusun dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan infrastruktur asas untuk kesihatan

ii. Kesihatan persekitaran – bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai tinggal dan ini termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air bersih, serta pencemaran.

3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. ( wikipedia.org)

Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut :

(3)

ii. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.

iii. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan

pengalaman.

iii. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.

v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 ).

4. BUDAYA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Budaya pembelajaran Pendidikan Kersihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan

masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran

Tiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan. Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan’

Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada

penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah.

Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan pembelajaran adalaha melalui aktiviti Murid diberi peluang mempelajari

(4)

aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk

meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina.

Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.

Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan,keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.

5. INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan samada secara lansung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran

Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program-program-program Kokurikulum.

(5)

6. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN YANG HENDAK DIPUPUK DI SEKOLAH

Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik untuk

Objektifnya pula adalah untuk :

i.Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.

ii.Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.

iii.Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.

iv.Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

7. AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu budaya, antaranya

:-I.Kempen anti denggi

II.Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

III.Mengadakan hari kesihatan

IV.Program anti rokok dan dadah

V.Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah

VI.Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan

VII.Tandas bersih

VIII.Kantin bersih & selamat

IX.Pertandingan kelas terbersih

X.Pameran kesihatan

(6)

XII.Kempen kebersihan

XIII.Kitar semula

XIV.Melukis mural

8. RUMUSAN

Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya.Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.

Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komniti sekitar. Program-program yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.

Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibubapa yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar samada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha

sekolah untuk menjadikannya satu budaya.

Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.

9. RUJUKAN

·Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,

Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan

·Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pendidikan Kesihatan

·Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya masalah email yang tidak akan terkirim ke email support dikarnakan server email yang sering down sehingga dibuatlah alternatif pemecahan masalah atas kasus

Diperlukan perasaan yang baik bagi animator dalam menganimasikan objeknya, sehingga mereka perlu melatih diri mereka dengan melakukan akting didepan kaca atau mengambil kelas

Berdasarkan buku pedoman pengendalian infeksi oleh kemenkes (2011) pada dasarnya data surveilans tersebut digunakan untuk mengukur laju angka dasar ( baseline rate

Pengolahan air ini dimulai dari air Sungai Cikapundung kemudian dialirkan ke kolam melalui tahap pertama yaitu Bar Screen untuk memisahkan antara sampah yang ada di sungai

Lihatlah pada gambar, dan warnailah burung puyuh serta manna yang telah Allah kirimkan bagi orang Israel.?. Biarkanlah

Untuk meningkatkan kinerja pegagawai maka pengawaan sangatlah penting dalam menunjang keberhasilan berbagai program kegiatan dalam proses pemerintahan agar dapat di

Pendekatan dengan masyarakat di Kota Pariaman ini sangat penting, karena ini dapat menjalin hubungan yang baik antara peneliti dengan masyarakat sehingga dalam melakukan

Badan Eksekutif Mahasiswa Keluarga Besar Mahasiswa Institut Teknologi Telkom, atau disingkat dengan BEM KBM IT Telkom merupakan satu organisasi kemahasiswaan (Ormawa) pada