• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Astronomi dari Perspektif Al Qura

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Astronomi dari Perspektif Al Qura"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

KONSEP ASTRONOMI DARI PERSPEKTIF AL-QURAN

Raihana Abdul Wahab1, Ishak Suliaman2, Mohd Zambri Zainuddin3

Abstract

Al-Quran is the source of knowledge for the various fields including Astronomy. By looking through the terms which is related to celestial body in the Al Quran, this paperwork presents the astronomy concept in the Quranic perspective involves the physical, benefits and the applications of the celestial body in human life.This studywill be a reference to those who are exploring (researching/discovering) and developing the knowledge of astronomy in the Muslim world. It can also be used to incite interest to the Muslim community to the field of Science and Technology.

Keywords: astronomy, al-quran, sun, moon, stars

PENDAHULUAN

Astronomi merupakan ilmu yang tua dan berkembang sejak zaman tamadun awal manusia. Fenomena yang berlaku di langit menarik minat manusia untuk memerhati dan mengkaji. Ilmu ini juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Islam. Terdapat sejumlah ayat-ayat al-quran yang menyebut perihal alam semesta serta mendorong untuk perkembangan ilmu ini antaranya adalah seperti berikut:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, Yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan semua Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepada-Nya.

(Surah Yunus (10): 101)

Oleh yang demikian, kertas kerja ini memfokuskan istilah-istilah yang berkaitan dengan astronomi dalam al-Quran. Bermula dengan definisi astronomi, kemudian menyentuh

1

Pembentang kertas kerja,Felo SLAI Jabatan Fiqh Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 2

Prof Madya Jabatan al-Quran dan Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 3

(2)

2

istilah jasad-jasad samawi4 yang terdapat dalam al-Quran. Seterusnya akan merumuskan aspek ciri dan sifat fizikal, manfaat dan aplikasi jasad-jasad samawi dalam kehidupan manusia dari sudut perspektif al-Qur‟an.

ASPEK ASTRONOMI DALAM ALQURAN

Ilmu Astronomi menurut adalah satu bidang yang mana ia adalah kajian terhadap pergerakan jasad samawi, ruang angkasa, persekitaran bintang dan alam semesta yang keseluruhannya dilakukan secara teori dan cerapan5 .

Jasad-jasad samawi dinyatakan dalam al-Quran adalah meliputi matahari, bulan, bintang yang mana ia telah dijelaskan seperti ayat berikut:

 dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?

(Surah Al-Hajj (22): 18)

MATAHARI, BULAN DAN BINTANG

Matahari dalam al-Quran disebut dengan syams dan siraj, bulan pula dinyatakan dalam tiga bentuk iaitu al-qamar, al-hilal dan al-shahr manakala bintang dinyatakan dalam

-al-buruj, al-nujum, al-kawkab, al-khunnas, al-masabih dan al-syi`ra. Penggunaan kalimah atau istilah yang berbeza bagi jasad-jasad samawi ini memberikan makna yang tertentu dalam menjelaskan konsep astronomi yang terdapat dalam al-Quran.

Matahari, dinyatakan mengunakan kalimah shams sebanyak 33 kali dalam al-Quran. Manakala menggunakan kalimah siraj pula sebanyak 4 kali iaitu al-Furqan (25):61, al-Ahzab (33):46, Nuh (71):16, an-Naba‟ (78):13.6

Bulan dengan kalimah al-qamar sebanyak 27 kali, iaitu dengan 1 kali disebut dengan kalimah ahillah (ة هأ). Kalimah al-shahr bukan merujuk kepada bulan yang hakiki. Namun demikian, kalimah shahr memiliki perkaitan dengan qamar dan hilal.

Shahr pada makna bulan yang menunjukan makna waktu atau perhitungan waktu, misalnya dalam al-Baqarah (2): 185, 194, 197, 217, 226 dan 234, an-Nisa‟ (4): 92, al-Ma‟idah (5) : 97, al-Tawbah (9) : 2, 36, al-Ahqaf (46):15, al-Mujadalah (58): 4, al- Talaq (65):4. Semua ayat tersebut menggunakan shahr bagi perhitungan waktu bulan dalam tahun dan tidak merujuk kepada bulan secara hakiki.7

4

Jasad-jasad samawi atau celestial body ialah objek dilangit diluar lapisan atmosfera bumi iatu matahari,bulan bintang dan sebagainya (1995) Glosari Astronomi Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka h, 60

5S.Waqar Husaini (1996) Qur a for Astronomy and Earth Exploration from Space Aligarh: Lazwal Publishers &

Distributors h32 6

(3)

3

Bagi bintang pula, kalimah al-nujum telah disebut sebanyak 13 kali di dalam al-Quran iaitu dalam surah al-An`am(6):97, al-A`raf (7):54, al-Nahl (16):12 dan 16, al-Haj(22):18,

al-Saffat(37):88, al-Tur :49, al-Najm :1, al-Waqi`ah ayat :75, al-Mursalat:8, al-Takwir:2, al-Rahman:6 dan al-Tariq:3.T Kalimah al-buruj sebanyak 3 kali iaitu dalam surah al-Hijr:16, al-Furqan:61 dan al-Buruj:1. Seterusnya, kalimah al-kawkab telah disebutkan dalam al-Quran sebanyak 5 kali iaitu surah al-An`am(6):76, Yusuf:4, al-Nur: 20, al-Saffat:6 dan al-Infitar :2.

SIFAT FIZIKAL

1. Peredaran dan Putaran Jasad Samawi (Motion and Rotation of Celestial Body) a. Peredaran Matahari dan Bulan

Jasad-jasad samawi beredar pada paksi dan orbit masing-masing. Peredaran jasad-jasad samawi ini dijelaskan dalam al-Quran. Sebanyak 11 kali menunjukan peredaran matahari dan bulan, yaitu pada al- An`am (6):54, al-A`raf (7):54, Yunus (10):5, al-Ra`d (13):2, Ibrahim (14):33, al-Anbiya‟ (21):33, Luqman (31):29, Fatir (35):13, Yasin (36):39-40, al-Zumar (39):5, al-Rahman (55):5.

Terdapat beberapa sifat peredaran yang dijelaskan dalam al-Quran iaitu sifat peredaran bagi matahari dan bulan adalah husban dan taqdir.

 mengikut sistem tersendiri yang sangat teratur.

Pandangan ini disokong oleh sesetengah ulama Basrah dengan menambah bahawa

husban itu bererti سحب tetapi dibuang huruf ba.8 Manakala dalam mentafsirkan perkara

husban dalam surah al-Rahman, Ibn Kathir menyebut peredaran matahari dan bulan adalah sangat teratur dan tidak bertembung sesama mereka.9

Al-Sa`di10 dan al-Razi11 setelah membahaskan perkara ini akhirnya turut membuat kesimpulan yang sama iaitu matahari dan bulan bergerak atas sistem mereka yang tersendiri. Ibn `Asyur pula mentafsirkan husban sebagai kinayah yang menunjukkan satu sistem yang teratur dan tidak tergelincir. Apa yang menariknya ialah, Ibn `Asyur turut menyatakan bahawa husban juga boleh digunakan untuk bintang-bintang yang lain namun cukup bagi kita untuk menggunakan matahari dan bulan untuk perkiraan waktu dan manfaat yang lain.12

8

Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir, selepas ini al-Tabari, (2000), Ja i al-Bayan fi Ta il al-Quran,

tahqiq: Ahmad Muhammad Shakir, Muassasash al-Risalah, j.11, h.558-560.

9 Abu al-Fida Is a`il bin `Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimasyqi, selepas ini Ibn Kathir, (1999), Tafsir al-Qura

n al-`Azim, tahqiq: Sami bin Muhammad Salamah, Dar Tayyibah li al-Nasyr wa al-Tawzi, . , j. , h. .

10 `Abd al-Rahman bin Nasir bin `Abdullah, selepas ini dikenali sebagai al-Sa`di, (2000),

(4)

4

Penggunaan kalimah ta qdir pula bagi peredaran matahari dan bulan menunjukkan bahawa pengaturan dan ketetapan yang sangat teliti dalam konteks penciptaan alam semesta. Oleh sebab itu, kalimah taqdir dalam al-Quran hanya digunakan untuk menunjukkan konsisten hukum alam. Peredaran matahari dan bulan sudah ditentukan kadar ketetapannya, dan beredar secara konsisten pada orbit masing-masing. Justeru, Ibn `Asyur mentafsirkan

taqdir sebagai meletakkan sesuatu pada ketentuannya.13

Doktor Ahmad Muhammad Sulayman dalam tulisannnya yang bertajuk ي لع قئاقح

ي آرقلا روظ لا يف ر قلاو س شلا ع (Hakikat Sains Berkenaan Matahari dan Bulan

Menurut al-Quran) mengupas berkaitan hakikat perjalanan matahari dan bulan membuat beberapa kesimpulan yang menarik antaranya menunjukkan kekuatan Allah SWT dalam mengatur perjalanan alam semesta tanpa bantuan orang lain.14

Al-Tabari mengatakan bahwa kata qaddarah pada ayat di atas hanya untuk bulan saja, bukan untuk matahari. Beliau beragumentasi bahwa perhitungan bulan shahr dan tahun (sinin

) hanya dapat diketahui dengan qamar ( رمق ).15

b. Peredaran bulan dan fasa-fasanya

Bulan mengelilingi bumi dan pada masa yang sama, ia juga berputar pada paksinya. Semasa putaran bulan mengelilingi bumi, ia memantulkan cahaya matahari yang diterima. Oleh yang demikian, kita dapat melihat sebahagian daripada bulan yang mana ia bergantung kepada kedudukan bahagian yang terkena cahaya matahari. Fenomena ini dikenali sebagai fasa-fasa bulan.16 Dalam al-Quran ia disebut sebagai manazil qamar.

Ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan ialah Yunus (10):5 dan Yasin (36):39 iaitu

“Ketahuilah secara jelasnya bulan melalui posesnya daripada bulan sabit ke

bulan penuh dan kemudian bertukar sebaliknya”17

Fasa- fasa bulan adalah fenomena dimana kita dibumi dapat melihat perubahan bentuk bulan disebabkan oleh peredarannya. Perubahan bulan dari bentul sabit menjadi bulan penuh iaitu bulan purnama,setrusnya kembali berubah ke fasa hilal. Boleh rujuk halaman ini untuk gambarajah fenomena fasa-fasa bulan http://www.enchantedlearning.com/subjects/astronomy/moon/Phases.shtml

17

(5)

5

Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat sebanyak 29.5 hari dalam sebulan jika menurut perkiraan bulan, bersamaan dengan 354 hari dalam setahun. Menurut perkiraan matahari pula, terdapat 30.5 hari dalam sebulan dan 365 hari dalam setahun.

2. Sumber Cahaya Jasad Samawi a. Cahaya Matahari dan Bulan

Perbezaan cahaya matahari dan bulan menunjukkan perbezaan ciri fizikal bagi matahari dan bulan. Ianya telah dijelaskan dalam al-Quran iaitu Yunus(10):5 dan Nuh:16

Sifat matahari merujuk kepada kalimah siraj, yang bermaksud 'pelita' atau sebagai

wahhaj yang bermaksud 'lampu yang menjulang-julang' atau diya' yang bermaksud 'bersinar'. Ketiga-tiga sifat yang dinyatakan adalah sesuai untuk matahari, kerana ia mengalami perlakuran nuklear dalam terasnya.18 Kalimah qamar digunakan untuk bulan dan ia digambarkan dalam al-Quran sebagai munir, yang mana ia mampu memberikan nur iaitu cahaya19. Penjelasan al-Quran ini merujuk kepada sifat bulan yang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan ia merupakan objek lengai (inert body)

yang memantulkan cahaya matahari.2021

b. Sumber Cahaya Bintang

Bagi bintang pula, penggunaan kalimah al-kawkab/ al-kawakib,al-masabih/ al-misbah yang merujuk kepada sifat bintang itu sendiri iaitu bersinar kerana bintang adalah jasad samawi yang mengeluarkan cahaya dan habanya sendiri. Ini berlaku adalah disebabkan bintang melakukan proses pelakuran nuklear di terasnya.22

Al-masabih secara asasnya membawa maksud bersinar. Lalu dinamakan bintang dengan al-masabih kerana ia bersinar23. Al-Khazin mentafsirkannya sebagai bintang yang bersinar seperti lampu24. Al-`Iz bin `Abd al-Salam dan al-Sa`di pula menyatakan dua peranan

18 Matahari mengalami proses perlakuran nuklear di dalam terasnya. Ia dikenali sebagai P-P Chain iaitu

rantaian proton-proton. Proses ini menukarkan hidrogen kepada helium menjana tenaga untuk matahari. Rujuk Osama Ali-Khader, (2005), The Qur a a d The U i erse: From the Big bang to Big Crunch Beyrout-Saida,

Maktabah Al-A s iyyah, h.588-591.

19

Moid Siddiqui, (2009), Creation Mystery:Quran and Science New Delhi, Adam Publishers & Distributors, h.64-65

20 Zakir Naik, (2008), The Qur a & Moder “ ie e Co pati le or I o pati le New Delhi, Adam Publishers &

Distributors, h.12. 21

Bulan dikenali sebagai objek lengai (inert body) keranaia objek yang tidak aktif, iaitu tidak berlakunya

perlakuran nuklear di dalam terasnya. Komposisi bulan juga adalah terdiri daripada batuan seperti kalsium, silicon dan aluminum dan bukannya gas seperti matahari yang terdiri daripada helium dan hidrogen. Rujuk Osama Ali-Khader, op.cit, h.641-642.

22

Bintang adalah salah satu jirim yang bercahaya di langit antaranya mataharidan juga ditafsirkan sebagai

jasad gas berkilau yang menjana tenaga melalui tindak balas lakuran nukleus di dalam terasnya. Rujuk Spitz. A. & Gaynor, F Dictionary of Astronomy and Astronoutics, h.374.

23I Adil,

op. cit., j. , h. ; A d al-Halim Uwais, op. cit., j.1, h. 451. 24

(6)

6 surah al-Saffat dengan bintang bercahaya yang menjadi penghias kepada langit26. Al-Jurjani menterjemahkannya sebagai bintang yang bersinar di langit27.



Peredaran jasad-jasad samawi iaitu matahari, bulan dan bintang memberi perhitungan waktu kepada manusia. Pemerhatian terhadap terbit dan terbenam matahari akan memberikan manfaat untuk perhitungan kalendar bagi menentukan jam,hari,bulan dan tahun. Begitu juga dengan fasa-fasa bulan ia digunakan untuk penentuan awal Kalendar (taqwim) Islam. Pemerhatian terhadap pergerakan bintang-bintang juga menyediakan cara yang praktikal bagi mengukur masa samaada panjang atau pendek.28

Hal ini telah dijelaskan dalam al-Quran iaitu al-An`am(6):96,Yunus (10):5



dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah Kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha

Dialah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.

a. Waktu Suria dan Waktu Siderius

Ta rifat, tahqiq: Muhammad Siddiq al-Minsyawi, Qaherah; Dar al-Fadilah, h.158. 28

H. Selin, (ed.),(2000), Astronomy Acroos Cultures: The History of Non-Western Astronomy, Varisco,D.M

(7)

7

Sela antara dua transit matahari yang berturutan melalui meridian dinamakan hari suria(waktu suria ketara). Sela masa antara dua transit bintang yang melalui meridian dinamakan hari siderius. 29

b. Kalendar Qamari (Lunar Calendar)

Kalendar Qamari adalah berdasarkan perjalanan bulan mengelilingi bumi. Kalendar Hijri bagi umat Islam menggunakan perhitungan ini. Mempunyai 12 bulan yang mana setiap bulan mempunyai 29 atau 30 hari. Maka setahun bagi kalendar ini mempunyai 354.5 hari. Penentuan awal bulan Islam adalah dengan melihat kenampakan pertama anak bulan (hilal). Hilal sebagai tanda waktu telah dijelaskan Quran dalam

al-mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji.

Ia juga dijelaskan dalam hadith berikut: Maksudnya;

“Apabila kamu melihat hilal, maka berpuasalah dan apabila kamu

melihat hilal, maka berbukalah (berhari raya). Apabila hilal itu

terlindung daripada pandangan kamu, maka takdirkanlah (hisab) ia”.

(Riwayat Imam Muslim) c. Kalendar Suria (Solar Calendar)

Kalendar Suria merupakan kalendar yang digunapakai oleh masyarakat di dunia kini. Ia adalah berdasarkan perjalanan bumi mengelilingi matahari yang mengambil masa sebanyak 365.5 hari dan setiap bulan adalah sebanyak 30 atau 31 hari.

d. Kalendar Qamari-Suria (Luni-Solar Calendar)

Kalendar yang menggabungkan unsur kalendar qamari dan suria. Kalendar ini digunapakai bagi tujuan perayaan keagamaan atau kebudayaan yang mengambil kira fasa-fasa bulan dan juga perjalanan musim berdasarkan matahari. Misalnya kalendar Cina,Hindu dan Yahudi menggunakan sistem ini.31

e. Waktu Solat

Hadith Nabi telah menjelaskan waktu-waktu solat ditentukan berdasarkan kepada pergerakan matahari ketara32. Bagi menghitung waktu-waktu solat tersebut kita terlebih

29

(8)

8

dahulu harus mengetahui tentang pergerakan matahari. Perubahan yang berlaku pada pergerakan matahari akan mempengaruhi perubahan waktu solat setiap hari. Perubahan deklinasi matahari akan mengakibatkan perubahan altitud matahari dan waktu istiwa.33 Perubahan ini akan mengakibatkan perubahan waktu solat setiap hari mengikut lokasi masing-masing. Solat dilakukan dalam batas-batas waktu yang tertentu Ia dijelaskan

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, yang tertentu waktunya.

2. Musim

Perubahan musim yang berlaku adalah disebabkan oleh kecondongan paksi bumi 23.5 darjah semasa mengelilingi matahari. Terdapat perubahan empat musim iaitu musim sejuk,panas,luruh dan bunga. Pengetahuan tentang perubahan musim ini dapat membantu manusia menguruskan pertanian sejak tamadun awal lagi.

3. Pemetaan dan Ukur Tanah

Cerapan dan pemerhatian terhadap posisi jasad-jasad samawi seperti matahari, bulan dan bintang sangat penting kepada kerja-kerja ukur tanah untuk penghasilan pemetaan. Cerapan dan perhitungan yang dibuat terhadap jasad samawi ini dapat menyelesaikan beberapa perkara iaitu3435:

a. Penentuan azimuth bagi sempadan sesuatu bidang tanah.

b. Pengkorilasian atau pengikatan system ukuran antara bidang-bidang tanah yang berpisahan

c. Nilai-nilai latitud dan longitud bumi diperolehi

Aplikasi ilmu ini dapat kita lihat dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nahl(16): 16

dan (ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan Dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah Yang hendak dituju.

Fajar (subuh) di waktu fajar telah terbit.Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W pada esok harinya lagi di aktu zuhur lalu erkata: Marilah solat . Lalu ia solat zuhur, di aktu a a ga tiap-tiap sesuatu itu jadi sama panjangnya dengan keadaan dirinya. Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu Asar lalu erkata: Marilah solat . Lalu ia solat di waktu Asar, di waktu bayangan tiap-tiap sesuatu itu jadi dua kali panjang daripada dirinya. Kemudian Jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu maghrib yang sama waktunya dengan kelmarin, lalu ia solat maghrib. Kemudian jibril datang kepada Nabi S.A.W di waktu Isya, sehabis

Mohammad Ilyas, (1984), A Modern Guide To Astronomical Calculations of Islamic Calendar, Times & Qibla Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd., h.143.

34

Abdul Hamid Mohd Tahir, (1990), Unsur-unsur Astronomi Praktik Untuk Kegunaan Ukur Tanah Skudai: Unit Penerbitan UTM.

35

Mackie, J.B, (1971), The Elements of Astronomy for Surveyors 7th Ed London: Charles Griffin & Company

(9)

9

4. Arah Kiblat

Pengukuran yang betul dan tepat dalam menentukan arah kiblat sangat dituntut kerana bagi 1 darjah arah yang terpesong di Malaysia akan menyebabkan pemesongan sejauh 125 km dari Kaabah di Mekah. Kaedah digunakan untuk menentukan arah kiblat menggunakan

aplikasi astronomi antaranya ialah matahari istiwa‟ di atas Kaabah36

, kaedah buruj37 dan kaedah lintasan matahari38

ANALISIS

Melalui beberapa terminalogi yang digunakan, al-Quran menjelaskan kepada kita karekteristik jasad-jasad samawi yang mana ia membentuk konsep asas dalam astronomi. Varisco D.M berpendapat bahawa nas wahyu iaitu al-quran dan hadith bukanlah memberi penjelasan tentang kerangka ilmu Astronomi Islam namun, ini sahajalah tempat untuk mengetahui bagaimana bentuk ilmu astronomi umat Islam.39

Merujuk kepada matahari dalam al-Quran, walaupun kalimah syams konsisten digunakan bagi merujuk kepada matahari, namun kadangkala menggunakan kalimah siraj

iaitu yang mana ia merujuk kepada sifat dan karekteristik matahari tersebut iaitu mengeluarkan cahaya sendiri. Begitu juga dengan bintang kalimah nujum merujuk kepada bintang secara umumnya, namun penggunaan masobih dan kawkab merujuk kepada sifat bintang yg bercahaya serta menjadi perhiasan langit.

Bagi bulan pula, penggunaan kalimah qamar dan ahillah adalah merujuk kepada bulan yang hakiki. Manakala penggunaan syahr merujuk kepada perhitungan masa iaitu bulan dalam tahun. Terdapat dua sifat fizikal bulan yang telah dijelaskan oleh al-quran iaitu

1- Jasad samawi yang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi hanya memantulkan cahaya matahari yang diterima

2- Pergerakan bulan menyebabkan berlakunya fasa-fasa bulan. Bermula dengan bulan sabit membesar menjadi bulan penuh kemudia mengecil dan kembali menjadi bulan sabit

Nas al-Quran terdiri daripada pelbagai ayat yang boleh dikategorikan mengikut asas-asas tersendiri seperti Madaniyyah atau Makkiyyah, Muhkamat atau Muta shabihat serta Ayat

al-Ahkam dan Ghayr al-Ahkam. Sehubungan itu, manfaat dan aplikasi astronomi yang terkandung dalam al-quran juga turut tidak lari daripada kategori tersendiri, ada yang bersifat hukum iaitu Ayat al-Ahkam dan ada yang bersifat bukan hukum iaitu Ghayr al-Ahkam.

Penentuan waktu solat, arah kiblat serta awal bulan islam bagi ramadhan, syawal dan dzulhijjah dikategorikan sebagai Ayat al-Ahkam. Iaitu ia berkait dengan tuntutan dan

36Mataha i istiwa adalah fe o e a di a a ataha i e ada tegak di atas Kaa ah.

Fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai pada tahun biasa dan pada 27 Mei dan 15 Julai dalam tahun lompat. Arah qiblat boleh disemak pada tarikh-tarikh tersebut pada jam 5.16 petang pada bulan Mei dan 5.28 petang pada bulan Julai.

37 Me ggu aka u uj O io ya g e pu yai i ta g sejaja iaitu i taka , al ila & a itak ila diunjur ke arah barat menunjuk ke arah qiblat.

38

Perubahan kedudukan matahari harian akan menyebabkan bayang sesuatu objek di bumi sentiasa berubah mengikut perubahan kedudukan matahari. Pada keadaan tertentu, matahari akan berada pada garisan qiblat sesuatu tempat atau kedudukan bayang sesuatu objek akan menunjuk ke arah qiblat. Peluang terbaik untuk menetapkan arah qiblat adalah ketika matahari berada tegak di atas garisan qiblat. Fenomena ini berlaku hampir sepanjang tahun di Malaysia kecuali hari-hari tertentu dalam bulan Januari, Jun, Julai dan Disember.

39

(10)

10

keperluan ibadah umat Islam. Manakala bagi perhitungan waktu suria, waktu siderius, jenis-jenis kalendar dan urusan pemetaan serta ukur tanah adalah bersifat Ghayr al-Ahkam namun ia mempunyai kepentingan bagi menyelesaikan keperluan manusia.

PENUTUP

(11)

11

BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mohd Tahir, (1990), Unsur-unsur Astronomi Praktik Untuk Kegunaan Ukur Tanah Skudai: Unit Penerbitan UTM.

al-Iz, Iz al-Di i A d al-Aziz i A d al-Salam (1996), Tafsir al-Iz i A d al-Salam,

tah i : A dullah i I ahim, Beirut; Dar Ibn Hazm

al-Fakhr al-Razi, Muhammad bin `Umar bin al-Hussayn, Mafatih al-Ghayb min al-Quran

al-Karim, Dar Ihya al-Turath al-`Arabi

al-Jurjani al-Hanafi, Ali bin Muha ad i Ali al-Husayni (2000), Al-Ta`rifat, Beirut; Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah

al-Jurjani al-Hanafi, Ali bin Muha ad i Ali al-Husayni (2004), Mu ja al-Ta rifat, tahqiq: Muhammad Siddiq al-Minsyawi, Qaherah; Dar al-Fadilah

al-Sa`di ,`Abd al-Rahman bin Nasir bin `Abdullah, (2000), Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir

Kalam al-Mannan, tahqiq: `Abd al-Rahman bin Ma`la al-Luwayhaq, Muassasah al-Risalah

al-Tabari ,Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir, (2000), Ja i al-Bayan fi Ta il

al-Quran, tahqiq: Ahmad Muhammad Shakir, Muassasash al-Risalah

Ibn Kathir, Abu al-Fida Is a`il bin `Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimasyqi, (1999), Tafsir

al-Quran al-`Azim, tahqiq: Sami bin Muhammad Salamah, Dar Tayyibah li al-Nasyr wa al-Tawzi

Ibn `Asyur, Muhammad al-Tahir bin Muhammad bin Muhammad al-Tahir bin `Asyur al-Tunusi, (2000), al-Tahrir al-Tanwir, Beirut; Muasssah al-Tarikh al-`Arabi

Mackie, J.B, (1971), The Elements of Astronomy for Surveyors 7th Ed London: Charles Griffin & Company Limited.

Mohammad Ilyas, (1999), Sistem Kalendar Islam dari Perspektif Astronomi Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohammad Ilyas, (1984), A Modern Guide To Astronomical Calculations of Islamic Calendar, Times & Qibla Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd

Moid Siddiqui, (2009), Creation Mystery: Quran and Science New Delhi: Adam Publishers & Distributors

Osama Ali-Khader, (2005), The Qur a a d the Universe: From the Big bang to Big Crunch

Beyrout-Saida: Maktabah Al-A s iyyah

(12)

12

Va is o, D. M. . Isla i Folk Ast o o y . “eli , H. Edito . Astronomy Across Cultures:

The History of Non-Western Astronomy. Boston, London: Kluwer Academic

Publishers.

Zakir Naik, (2008), The Qur a & Moder “ ie e Compatible or Incompatible New Delhi: Adam Publishers & Distributors

Referensi

Dokumen terkait

Menurut Sayyid Muhammad Al-Naquib Al-Attas istilah tarbiyah bukanlah istilah yang tepat dan bukan pula istilah yang benar untuk memaksudkan pendidikan dalam

Terjemahan: Iaitu, sesungguhnya Dia Yang Maha Tinggi mencipta tempat, maka [ini bermakna] Dia telah wujud sebelum tempat itu, berdasarkan kepada [analogi:] sesungguhnya

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat lapan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap individu agar terhindar dari penyakit kebimbangan atau keluh kesah iaitu (1)

penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dan memperoleh keberkatan dari Allah s.w.t. Justeru itu kajian ini dilakukan berlandaskan dua faktor ini. Ini kerana

Dari beberapa aspek diatas, meliputi etika peserta didik terhadap Tuhan, orang tua, guru, kitab, teman, diri sendiri dan etika dalam belajar, terdapat beberapa

Muhkam Bih Adalah Sesuatu yang Dijadikan Sumpah Oleh Allah Di dalam Al-Qur’an, Allah terkadang bersumpah dengan diri-Nya sendiri dan terkadang pula dengan sifat-sifat-Nya..

Penafsiran selanjutnya adalah Q.S An-N r ayat 30-31 mengenai sifat ‘iff h,yaitu menundukkan pandangan matanyaghadd al-bash r .Ayat dalam Q.S An-N r dengan gamblang memerintahkan kepada

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat terdapat lapan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap individu agar terhindar dari penyakit kebimbangan atau keluh kesah iaitu 1 tetap mengerjakan