• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH TRANSLITERASI STRATEGI PEMBELAJAR. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAEDAH TRANSLITERASI STRATEGI PEMBELAJAR. pdf"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Proceedings of the 2nd. International Conference on Arts, Social Sciences & Technology Penang, Malaysia, 3rd. – 5th.March 2012

Paper Code. No. I2091

KAEDAH TRANSLITERASI: STRATEGI PEMBELAJARAN

BAHASA DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS

BAHASA ARAB

Suzzana Othman1 dan Ahmad Harith Syah Md Yusuf2

1

Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA(UiTM), Malaysia

[email protected]

2

Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA(UiTM), Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Tinjauan awal penyelidik mendapati bahawa ramai pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab di UiTM Melaka mengalami masalah dalam menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Masalah masalah seperti tulisan tidak jelas, tidak cukup simbol dan hilangnya hubungan antara kata dalam satu ayat adalah antara rungutan para pensyarah yang memeriksa kertas jawapan untuk soalan soalan yang melibatkan kemahiran menulis. Penyelidik ingin mengenalpasti adakah masalah ini mempunyai hubungkait dengan kaedah transliterasi yang digunapakai dalam buku teks bahasa Arab dan implikasi kaedah ini terhadap tahap penguasaan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis. Seramai 10 orang pensyarah Bahasa Arab ditemubual untuk memberikan pendapat tentang keberkesanan serta implikasi kaedah ini dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis bahasa Arab. Seramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk ditemubual dan seramai 100 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab peringkat diploma daripada pelbagai program dijadikan responden untuk menjawab soalan soal selidik. Dapatan kajian ini menjangkakan bahawa kaedah transliterasi ini pada peringkat awalnya baik untuk membantu para pelajar menguasai kemahiran membaca dan menarik minat pelajar yang tidak tahu membaca teks bahasa Arab untuk mempelajari bahasa ini. Namun begitu, pelajar tidak boleh bersandarkan semata-mata dengan bantuan teks transliterasi kerana ianya tidak mampu membantu pelajar menguasai kemahiran menulis dengan sempurna.

Keywords: Bahasa Arab, Kemahiran Menulis, Strategi Pembelajaran, Transliterasi

1. PENGENALAN

(2)

ini sesuai untuk para pelajar menguasai kemahiran menulis atau kemungkinan terdapat kekurangan pada kaedah ini.

Persoalan ini perlu dikaji secara mendalam kerana pengkaji mendapati ramai pelajar khasnya pelajar UiTM Melaka yang mengambil kursus Bahasa Arab lemah dalam penulisan khasnya dalam Imlak (Ejaan), membina ayat untuk menjawab soalan kefahaman dan terjemahan Melayu – Arab atau Inggeris – Arab. Masalah masalah seperti tulisan tidak jelas, tidak cukup simbol dan hilangnya hubungan antara kata dalam satu ayat adalah antara rungutan para pensyarah yang memeriksa kertas jawapan untuk soalan soalan yang melibatkan kemahiran menulis.Para pensyarah terpaksa berulangkali memeriksa dan meneliti kertas jawapan yang ditulis oleh pelajar dan ada yang terpaksa membuat kesimpulan sendiri untuk urusan pemarkahan.

Persoalan yang perlu dijawab juga apabila kajian yang lepas menyatakan bahawa kaedah ini diyakini boleh membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi adalah penyataan yang umum kerana kemahiran komunikasi bukan sahaja komunikasi lisan bahkan ianya melibatkan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan komunikasi berbentuk grafik, bukannya proses spontan, sebaliknya melibatkan latihan mental secara sedar. Ia juga satu proses menyampaikan idea, buah fikiran dan pendapat dalam bentuk grafik. Kemahiran ini membolehkan pelajar mencatat simbol-simbol grafik, huruf-huruf dan gabungan huruf-huruf yang ada hubungan dengan bunyi bahasa dalam pertuturan lisan.

Justeru, diharapkan kajian ini dapat mengenalpasti adakah kaedah transliterasi ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran menulis, juga mengenalpasti kekurangan kaedah ini serta penambahbaikan kaedah ini yang mana perlu dikekalkan tetapi dibuat penambahbaikan bagi memberi manfaat kepada pelajar untuk menguasai semua aspek kemahiran bahasa bukan hanya dalam satu aspek sahaja. Diharapkan juga dapat menjawab persoalan adakah penggunaan kaedah ini yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran menulis ataupun masalah itu datang dari pelajar sendiri. Dengan ini, dapatlah penyelidik memberikan cadangan untuk membuat penambahbaikan dalam proses pembelajaran para pelajar.

1.1PERNYATAAN MASALAH

(3)

1- Apakah aspek-aspek kebaikan dan kelemahan kaedah transliterasi sebagai strategi pengajaran bahasa dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab? 2- Apakah penambahbaikan yang sesuai untuk mengekalkan kaedah transliterasi sebagai strategi pengajaran bahasa yang mana dalam waktu yang sama dapat membantu para pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab?

1.2OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini memfokuskan pencapaian dua objektif utama iaitu:

1- Mengenalpasti aspek-aspek kebaikan dan kelemahan kaedah transliterasi sebagai strategi pengajaran bahasa dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab. 2- Memberi cadangan untuk penambahbaikan dalam aspek pengajaran guru menggunakan kaedah yang sesuai bagi membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab.

1.3KEPENTINGAN KAJIAN

Setelah penyelidik mengenalpasti aspek-aspek kebaikan dan kelemahan kaedah transliterasi dalam membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab, penyelidik akan memberi cadangan untuk penambahbaikan kaedah yang sedia ada (transliterasi) serta cadangan yang sesuai untuk penambahbaikan strategi pembelajaran dan pengajaran bagi membantu pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab.

1.4SKOP KAJIAN

Kajian ini meliputi perkara-perkara berikut:

1- Penggunaan kaedah transliterasi yang diguna pakai dalam buku teks yang disediakan oleh unit bahasa Arab UiTM iatu buku al-Tawj h 1, al-Tawj h 2, al-Tawj h: Li Aghr d Siy hiyyah 1 dan 2 yang mana buku-buku ini digunapakai untuk proses pembelajaran dan pengajaran kursus diploma di UiTM Melaka.

2- Para pelajar yang mengambil kursus ini di peringkat diploma pada sesi akademik November 2011 - Mac 2012 sahaja.

3- Para pengajar bahasa Arab yang terlibat dengan Bahasa Arab di UiTM Melaka dan IPT di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

1.5DEFINISI TERMA

(4)

2- Strategi pembelajaran: merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan atau tindakan merancang kaedah dan teknik yang berkesan dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.

3- Bahasa Arab: merujuk kepada bahasa Arab yang diajarkan kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus Bahasa Arab di UiTM.

4- Kemahiran Menulis: merujuk kepada kemahiran menulis bahasa Arab yang mana pelajar mampu menulis atau menyalin tulisan Arab pelbagai bentuk huruf Hijaiyyah, menulis atau menyalin perkataan Arab yang mana hurufnya bersambung atau tidak bersambung. Di samping itu, pelajar juga dapat menulis tulisan Arab dengan jelas dan dapat membezakan antara simbol-simbol penulisan itu, menyalin perkataan-perkataan yang dilihat oleh pelajar dengan salinan yang betul. Pelajar juga mampu mendalami tulisan Arab, menggunakan tanda-tanda baca dengan betul dan kaedah-kaedah Imlak yang sempurna dalam penulisan.

2. KAJIAN LITERATUR

2.1 Bahasa Arab

Bahasa Arab telah diperkenalkan kepada para pelajar di Universiti Teknologi Mara yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara seawal tahun 60-an di Kampus UiTM, Jalan Othman, Petaling Jaya. Kini Bahasa Arab menjadi antara bahasa pilihan di Universiti Teknologi Mara selain bahasa-bahasa seperti Bahasa Madarin, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman dan sebagainya. (Akademi Pengajian Bahasa).

Bagi pelajar peringkat diploma hanya beberapa program sahaja perlu mengambil bahasa ketiga. Program-program tersebut adalah seperti Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perbankan, Diploma Pengajian Insurans dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Bahasa Arab di peringkat diploma merupakan Bahasa Arab komunikasi asas. (Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Melaka).

Komunikasi merupakan tujuan utama pembelajaran kursus ini, namun begitu kemahiran-kemahiran lain seperti mendengar, membaca, menulis dan juga dititikberatkan. Di peringkat ini para pelajar diperkenalkan dengan huruf-huruf Arab, perkataan-perkataan Arab dan ayat-ayat perbualan Bahasa Arab. Objektif kursus Bahasa Arab di peringkat diploma UiTM adalah supaya pelajar mengenal dan menyebut huruf-huruf Arab, mengenal dan menyebut kosa kata Arab dengan fasih, membaca, memahami dan mengungkap ayat-ayat mudah dan sederhana, berkomunikasi dan memahami perbualan mudah dan sederhana dan menulis perkataan dan ayat-ayat mudah dan sederhana. (Maklumat kursus Bahasa Arab 1 (BAB 101/110), Bahasa Arab 2 (BAB151/120), Bahasa Arab 3 (untuk tujuan pelancongan 1) dan Bahasa Arab 4 (untuk tujuan pelancongan 2), UiTM).

2.2 Kemahiran Menulis

(5)

bercakap kecuali dengan apa yang kita pernah dengar dan kita tidak boleh menulis kecuali dengan apa yang kita pernah baca. Justeru peringkat penguasaan bahasa itu bermula dengan kemahiran mendengar, komunikasi, membaca dan kemudiaannya ialah menulis (Hishomudin Ahmad, Lubna Abd Rahman & Arnida A.Bakar, 2010). Maka dengan itu, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang keempat dalam proses penguasaan pelajar dalam mempelajari sesuatu bahasa.

Zawawi Ismail (2010) dalam buku beliau “Kemahiran Menulis Bahasa Arab” telah mengklasifikasikan 3 bentuk penulisan dalam kemahiran menulis iaitu Imlak (Ejaan), Tulisan Khat dan menulis ungkapan atau ayat. Setiap bentuk penulisan ini ada kaedah pengajarannya serta cara untuk membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran 3 bentuk jenis penulisan ini. Beliau juga turut membincangkan mengenai permasalahan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembelajaran kemahiran menulis. Antara masalah yang dibincangkan ialah masalah baris pada huruf Arab, masalah kaedah Imlak (Ejaan) yang belum disepakati oleh para ilmuan Bahasa Arab, masalah perubahan bentuk huruf apabila berada di kedudukan yang berbeza dan masalah bunyi huruf yang hampir sama.

Mohammad b Seman (2003) mengaitkan pembelajaran penulisan dengan subjek Imlak (Ejaan) dan Insyak (Karangan). Beliau melihat kepada pencapaian pelajar yang agak kritikal dalam kedua-dua subjek ini. Pelajar mempunyai masalah dengan tulisan yang tidak jelas, tidak cukup simbol yang mana boleh membawa kepada maksud lain dan melenyapkan hubungan antara kata dalam satu ayat. Masalah ini menimbulkan pelbagai rungutan dikalangan pemeriksa kertas jawapan antaranya para pemeriksa terpaksa berulangkali meneliti kertas jawapan yang ditulis sehingga terpaksa membuat rumusan sendiri untuk urusan pemarkahan. Penyelidik memfokuskan dua faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini iaitu kelayakan guru dan masalah pelajar itu sendiri dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab. Kelayakan guru dinilai dari aspek kelayakan iktisas, pengalaman mengajar dan kehadiran dalam kursus peningkatan Bahasa Arab dan peningkatan kurikulum bahasa Arab semasa perkhidmatan dan jumlah jam maksimum dan minimum pengajaran seseorang guru. Manakala dalam aspek permasalahan pelajar pula, pengkaji menilai kesalahan pelajar dalam memilih kosakata, tatabahasa dan pengolahan ayat serta masalah ejaan. Pelajar didapati kurang perbendaharaan kata, kurang berminat, kekurangan bahan bantu mengajar, kurang dorongan ibubapa, pelajar lemah, kekurangan masa untuk pelaksanaan aktiviti dan guru tidak berkesempatan memberi bimbingan wajar.

(6)

Ghazali Yusri bin Abd Rahman dan Ahmad bin Salleh (2006) telah melihat bahawa kelemahan pelajar menguasai tulisan Arab disebabkan dua faktor iaitu faktor teknikal tulisan itu sendiri dan kedua faktor sikap dan motivasi pelajar. Faktor pertama boleh di atasi dengan menyediakan latihan-latihan yang bersesuaian dengan kesukaran yang dihadapi. Manakala faktor kedua memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh kerana ia menyentuh perkara asas dalam pembelajaran iaitu sikap dan motivasi.

2.21 Kemahiran Menyalin dan Menulis Huruf, Perkataan, Frasa dan Ayat Bahasa Arab

Bahasa Arab mempunyai 28 huruf konsonan seperti berikut, dan dibaca atau ditulis dari kanan ke kiri:

Manakala huruf vokal di dalam bahasa Arab diwakili oleh simbol-simbol yang dipanggil harakaat, atau dikenali di dalam bahasa Melayu sebagai baris. Tanda-tanda tersebut adalah fat-hah, kas-rah, dan dham-mah. Ini adalah tanda vokal pendek (short vowel). Apabila hendak membentuk perkataan, huruf-huruf ini digabungkan antara satu sama lain.

Kemahiran menulis perkataan Arab merupakan peringkat kedua selepas para pelajar dapat menguasai dan mahir tentang huruf-huruf Arab. Kemahiran ini mengukur kemampuan pelajar untuk menulis perkataan Arab seperti:

!"#

Kemahiran menulis frasa Arab pula adalah seperti:

!7

Kemahiran menulis ayat Arab contohnya:

(7)

Menurut Zawawi Ismail (2010), dalam proses pengajaran kemahiran menulis bahasa Arab ini, terdapat beberapa permasalahan seperti perbezaan antara penulisan huruf Arab dengan sebutannya. Terdapat beberapa perkataan Arab yang hurufnya ditulis tetapi tidak

disebut seperti:

!F"

$

ST5 )H

G

Demikian juga terdapat huruf yang tidak ditulis tetapi disebut seperti:

V4

$

U;5

$

S5

G

Permasalahan lain dalam proses pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab ialah perbezaan bentuk beberapa huruf Arab apabila berubah kedudukannya dalam sesuatu

perkataan seperti huruf ‘Ain

W X

;

Apabila huruf ini berada di kedudukan depan ianya ditulis:

'&?

Apabila huruf ini berada di kedudukan tengah ianya ditulis:

'&9K

Apabila huruf ini berada di kedudukan belakang/hujung ianya ditulis:

Y8

Selain itu, para pelajar juga perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang kedudukan huruf-huruf Arab yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Begitu juga para pelajar perlu mempunyai pengetahuan mengenai sebutan-sebutan huruf Arab yang hampir sama seperti :

Z!8!H

[

Z!A!?

+!H

[

+U!?

\!]"8

[

'&9"8

Pelajar juga perlu mengetahui bahawa terdapat huruf yang ditulis menggunakan baris dua atau

“tanwin” bukan menggunakan huruf “

+

” seperti:

_N+b!*!

_N+!H

[

EZ+= !a

[

_I+;)`

[

E3!(#>C)^

G

Masalah-masalah sebeginilah yang biasa dihadapi para pelajar dalam ujian Imlak dan Ujian Bertulis yang lain. Oleh itu, penyelidik merasakan pentingnya kajian ini dijalankan dan mengenalpasti adakah kaedah transliterasi ini boleh mempengaruhi pelajar dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab yang mana apabila pelajar hanya semata-mata bergantung pada kaedah transliterasi ini.

2.22 Ujian Imlak dan Ujian Bertulis

(8)

dan menterjemah. Pelajar dikehendaki menjawab soalan dengan menulis jawapan menggunakan tulisan Arab di atas kertas yang disediakan. Pemberat ujian ini ialah 20%. (Akademi Pengajian Bahasa).

2.3 Kaedah Transliterasi

Definisi transliterasi menurut ensiklopedia dalam talian pada laman web

http://encyclopedia.thefreedictionary.com/transliteration (2005) merupakan penulisan sesuatu bahasa dengan mengikut simbol – simbol yang tertentu. Transliterasi merupakan usaha mengubah satu skrip kepada jenis skrip yang lain. Justeru, ianya bertujuan untuk memudahkan pembelajaran dengan berdasarkan prinsip-prinsip transliterasi yang tertentu dan biasanya ianya melibatkan huruf-huruf Roman.

Penggunaan kaedah transliterasi berdasarkan objektif-objektif kursus bahasa sasaran seperti pelajar dapat menyebut kosa-kosa kata dengan lebih tepat, dapat menguasai fonetik dan pengucapan yang tepat, dapat berinteraksi dalam bahasa sasaran dan menghasilkan secara produktif dalam bentuk oral dan penulisan dengan tepat dan sesuai, Azman Che Mat & Goh Ying Soon (2007).

Kajian mengenai kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab telah dijalankan oleh Azman Che Mat (2010) terhadap para pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab di UiTM kampus Terengganu. Aspek penguasaan bahasa di UiTM dinilai mengikut kemahiran kemahiran yang berikut: kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran Imlak (Ejaan), kemahiran komunikasi dan kemahiran menulis. Kajian keberkesanan penggunaan kaedah ini dilakukan secara umum meliputi semua kemahiran Bahasa Arab. Walaubagaimanapun, kajian khusus yang mengkaji keberkesanan kaedah transliterasi dalam penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis Bahasa Arab belum dijalankan lagi. Kajian ini juga mendapati bahawa responden tidak pasti tetapi hampir percaya bahawa kaedah ini membantu mereka menguasai tulisan Bahasa Arab.

3. KERANGKA TEORITIKAL

Kajian ini dijalankan mengikut kepada mengikut kepada sebuah kerangka teoritikal. Kerangka teoritikal ini puala bertitik tolak daripada penggunaan kaedah transliterasi. Kaedah ini berfokus kepada penggunaan buku teks Al-Tawjih 1 & 2 dan al-Tawj h: Li Aghr d Siy hiyyah 1 & 2 yang diterbitkan khas untuk para pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab peringkat diploma di UiTM.

Kerangka teoritikal yang digunakan oleh pihak penyelidik adalah seperti berikut:

(9)

3.1 HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini telah menyediakan satu hipotesis untuk diuji bagi menjelaskan persepsi responden terhadap penggunaan kaedah transliterasi dalam menguasai kemahiran menulis daripada lima aspek iaitu penguasaan ejaan huruf, perkataan, menulis frasa dan ayat serta pelajar lulus dalam ujian Imlak (Ejaan), kuiz dan ujian akhir bertulis.

H1 Penggunaan transliterasi dalam buku teks bahasa Arab boleh membantu pelajar dalam memperbaiki kemahiran menulis bahasa Arab dengan tepat mengikut aspek-aspek berikut:

H1a : Penggunaan transliterasi dalam buku teks bahasa Arab boleh membantu pelajar dalam memperbaiki kemahiran menulis huruf Arab dengan tepat.

H1b : Penggunaan transliterasi dalam buku teks bahasa Arab boleh membantu pelajar dalam memperbaiki kemahiran menulis perkataan Arab dengan tepat.

H1c : Penggunaan transliterasi dalam buku teks bahasa Arab boleh membantu pelajar dalam memperbaiki kemahiran menulis frasa Arab dengan betul.

H1d :Penggunaan transliterasi dalam buku teks bahasa Arab boleh membantu pelajar dalam memperbaiki kemahiran menulis ayat-ayat Arab dengan baik.

H1e :Penggunaan transliterasi dalam buku teks bahasa Arab boleh membantu pelajar lulus dalam ujian Imlak (Ejaan), kuiz dan ujian akhir bertulis.

4. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian lapangan iaitu menerusi pengumpulan data, soal selidik dan analisis data. Penyelidik juga akan menggunakan kaedah perpustakaan mengikut keperluan kajian.

Penyelidik menggunakan instrumen borang kaji selidik dimana satu set soalan yang bertulis berhubung dengan kajian akan diberikan kepada responden untuk dijawab. Selepas data terkumpul, penyelidik akan mengklafisikasikan data data mengikut itemnya. Kemudian data data ini akan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Hasilnya adakah responden menggunakan kaedah transliterasi atau tidak dalam pembelajaran Bahasa Arab, apakah kesan kaedah ini terhadap pembelajaran Bahasa Arab pelajar khususnya dalam menguasai kemahiran menulis dan keperluan penambahbaikannya bagi memenuhi keperluan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab.

4.1 KUMPULAN SASARAN

(10)

iaitu kumpulan pertama adalah para pelajar yang mempunyai asas Bahasa Arab dan kumpulan kedua ialah para pelajar yang tidak mempunyai asas Bahasa Arab ataupun tulisan jawi.

Penyelidik juga akan mengambil kira pandangan para pensyarah yang mengajar subjek Bahasa Arab mengenai penggunaan kaedah transliterasi sebagai strategi pembelajaran bahasa samada ia membantu atau tidak pelajar menguasai kemahiran menulis Bahasa Arab.

5. KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian literatur, kaedah transliterasi ini tidak banyak membantu pelajar, khususnya pelajar Melayu Islam menguasai bahasa Arab dengan baik, namun kemungkinan sebilangan kecil pelajar pelajar masih memerlukan kaedah ini. (Azman Che Mat, 2010). Manakala tinjaun awal penyelidik dengan menebual secara umum beberapa kumpulan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab semester November 2011- Mac 2012 mendapati bahawa kaedah ini membantu sebilangan kecil pelajar dalam bacaan teks bahasa Arab walaupun para pelajar mendapati bahawa banyak teks transliterasi yang ada dalam buku teks adalah tidak sepadan dengan bacaan teks bahasa Arab yang sebenar dan memerlukan bantuan pensyarah untuk menyebut dan membaca teks bahasa Arab dengan betul. Justeru, kaedah ini perlu dikemaskini dan diperbaiki agar bacaan teks transliterasi selari dan sepadan dengan bacaan teks bahasa Arab yang sebenar.

Tinjauan awal penyelidik dengan kaedah menebual kumpulan pelajar kursus bahasa Arab semester November 2011- Mac 2012 mendapati kaedah ini kurang berkesan dan memberikan implikasi kepada keputusan pelajar dalam ujian Imlak (Ejaan) dan Ujian Akhir Bertulis. Begitu juga ia mempengaruhi sikap pelajar yang bergantung kepada teks transliterasi dan kurang usaha untuk mendalami tulisan arab dan menyebabkan pelajar lemah menulis tulisan Arab baik dari aspek menulis huruf, perkataan, ungkapan dan ayat bahasa Arab.

(11)

RUJUKAN

Abd Rauf Dato’ Haji Hassan Azhari, (2006). Faktor-faktor Peminjaman Bahasa Asing ke Dalam Bahasa Arab: Satu Kajian Linguistik Sejarawi. Jabatan Bahasa Asing. Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi. Universiti Putra Malaysia Press. Universiti Putra Malaysia. Selangor. Azman Che Mat & Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub, (2010). Kegunaan Transliterasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 10(2), 19-35.

Azman Che Mat & Goh Ying Soon, (2007). Keberkesanan Kaedah Transliterasi Dalam Bahasa Arab dan Mandarin. Universiti Teknologi Mara.

Azman Che Mat & Goh Ying Soon. Situasi Pembelajaran Bahasa Asing di Institut Pengajian Tinggi: Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis. Universiti Teknologi Mara.

Che Radiah Mezah, (2006). Analisis Kesilapan Leksikal Dalam Karangan Bahasa Arab. Thesis Untuk Memenuhi Keperluan Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Ghazali Yusri bin Abd Rahman & Ahmad bin Salleh, (2006). Kemahiran Menulis Tulisan Arab di Kalangan Pelajar-Pelajar UiTM: Kelemahan dan Cara Mengatasinya. Universiti Teknologi Mara.

Hishomudin Ahmad, Lubna Abd Rahman & Arnida A.Bakar, (2010). Kemahiran Membaca Bahasa Arab. Selangor: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor. Kirembwe Rashid Abdul-Hamed, (2004). Effects of Cooperative Learning on Achievements in Arabic Writing and Social Skills for Form Two Students in Selangor Malaysia. Thesis Submitted to the School of Graduate Studies Universiti Putra Malaysia in Fulfilment of the Requirements for the Degree of Doctor of Philosophy.

Mohammad b Seman, (2003). Permasalahan Utama Dalam Proses Pembelajaran Penulisan Bahasa Arab di Sekolah- sekolah bawah Selian JPN Sarawak. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Jangka Pendek (Vol F). Universiti Malaya: Jabatan Bahasa Arab Fakulti Bahasa dan Linguistik.

Muhammad Bukhari Lubis & Ali Haji Ahmad, (2006). Transliterasi Kata: Arab. Parsi. Turki. Kuala Lumpur: Utusan Publication Distributors Sdn.Bhd.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman Ab.Ghani, (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia.

Rahimi Md. Saad, (2006). Explorasi Situasi Sebenar dalam Pembelajaran Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Kedua Melalui Teknologi Internet. Jurnal Masalah Pendidikan. Universiti Malaya.

Salmah Jan Noor Muhammad, (2006). Transliterasi dan Kajian Pustaka Melayu dalam Bustan Al-Salatin. Thesis Untuk Memenuhi Keperluan Ijazah Sarjana Sastera, Fakulti Moden dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia. Selangor.

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan kata lain, kebudayaan adalah segala hal yang menyangkut kehidupan manusia, termasuk aturan atau hukum yang berlaku dalam masyarakat, hasil-hasil yang dibuat

Zona publik diletakan pada bagian depan dari site karena zona ini diperuntukan bagi unit usaha pesantren yang berperan sebagai sarana pendidikan

Hasil penelitian ini ialah (1) legenda upacara adat Mandhasiya memiliki unsur-unsur pembangun, yakni fakta (terdapat tujuh karakter, alur flashback , dan latar sosial

;irus dengue masuk kedalam tubuh melalui gigitan n$amuk aedes aeg$pti dan kemudian bereaksi dengan antibodi dan terbentuklah kompleks "irus7antibod$, dalam

Mengingat kebutuhan pelayanan kesehatan merupakan masalah utama bagi para usia lanjut,dengan strategi yang sudah disebutkan di atas maka salah satu bentuk upaya

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

Seperti pada penelitian Karim dkk [5], antenna LPDA cetak yang dibuat memiliki rentang frekuensi yang luas yaitu pada rentang UHF (0,5 GHz – 3 GHz) dengan nilai