Strategi ROSNI untuk Pembelajaran Bahasa Arab Prof. Madya Dr. Rosni bin Samah
Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia
[email protected] 0196234677 Pendahuluan
Pembelajaran bahasa asing memerlukan strategi yang baik bagi memperolehi kemahiran. Pelajar yang cemerlang bahasa mempunyai strategi tersendiri yang diamalkannya. Ibnu Khaldun membincangkan beberapa pendekatan dan juga kaedah bagi membina kemahiran bahasa. Tujuan kertas ini ialah mengemukakan strategi yang dibina berdasarkan pandangan Ibnu Khaldun dan juga amalan pelajar-pelajar cemerlang. Strategi ini juga telah dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik bahasa sebelum ini tentang kejayaannya. Diharapkan agar ia dapat diamalkan oleh pelajar bahasa dan menjadi panduan kepada mereka.
Kata kunci: strategi, bahasa Arab, pembelajaran, kosa kata, aktiviti bahasa.
Pandangan Ibnu Khaldun terhadap pembelajaran bahasa
Ibnu Khaldun (1987) menyatakan bahawa bahasa merupakan kemahiran lidah yang boleh dikuasai oleh penutur. Kunci bagi kemahiran bahasa ialah pendengaran. Pelajar hendaklah mendengar bahasa yang ditutur dan menguasainya melalui latihan, penggayaan, ajukan dan tiruan. Dalam masa yang sama, persekitaran bahasa hendaklah dicipta. Begitu juga aktiviti bahasa hendaklah dibangunkan. Madkur dan Iman Ahmad (2006) menghuraikan lagi pandangan tersebut dengan membahagikan aktiviti bahasa kepada beberapa peringkat.
Ibnu Khaldun (1987) turut berpandangan bahawa bahasa merupakan kemahiran yang boleh dicapai melalui pembelajaran. Kemahiran juga boleh dihasilkan dengan banyak melakukan latihan. Latihan tersebut hendaklah dijalankan di dalam persekitaran bahasa. Perbuatan yang berulang kali akan menjadi sifat yang sementara. Sifat sementara yang berulang kali akan menjadi hal yang berterusan. Perbuatan ulangan yang berlebihan dan berterusan akan melahirkan kemahiran.
pendengaran. Bagi mereka yang tidak berada dalam suasana Arab, pendengaran boleh dicipta. Kepelbagaian dan kuantiti hafalan memberi kesan yang baik dalam penguasaan kemahiran. Bahan hafalan yang baik juga akan dapat menambah baik tahap kemahiran.
Hafalan yang baik hendaklah berlaku dengan kefahaman terlebih dahulu. Kefahaman yang baik akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hafalan. Hasil daripada kefahaman ini, pelajar akan dapat mempelbagaikan ayatnya sendiri hasil daripada asas satu ayat yang dihafal.
Pelajar juga dapat mengungkapkan makna tersirat melalui ungkapan yang dihafalnya. Penyusunan ayat dan pembinaan semula ayat baharu juga turut dapat dipelbagaikan melalui perkataan yang difahami dan dihafal sebelumnya.
Aplikasi bahasa merupakan unsur penting dalam penguasaan kemahiran. Ini bermaksud pelajar hendaklah menggunakan hafalan dan kefahamannya tentang bahasa Arab bagi mengungkap ayat yang lebih banyak. Ia tidak bermakna pelajar hanya mengeluarkan apa yang dihafal tanpa memahaminya. Pelajar juga hendaklah menggubah mengikut gaya yang dihafal dan difahami.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah terdapat tiga perkara utama yang menjadi asas kepada pembinaan kemahiran, iaitu hafalan, kefahaman dan penggunaan. Perkara tersebut akan dapat membina penguasaan kosa kata dan bina ayat yang memungkinkan pelajar membina kemahiran dengan ungkapan yang lebih panjang. Kesimpulannya, kemahiran boleh dicapai dengan cara pelajar mengetahui kaedah bahasa (nahu dan sarf), memperolehi kosa kata dan menghafal gaya bahasa Arab serta menggunakannya.
Bertolak daripada sini, beliau turut menyelar kaedah pengajaran dan hafalan yang tidak melatih pelajar bercakap dan berdialog. Beliau menggalakkan pembelajaran yang berteraskan penggunaan mengikut gaya yang betul melalui hafalan. Berdasarkan pandangan Ibnu Khaldun, kemahiran bahasa boleh dicapai melalui hafalan gaya bahasa, latihan pengukuhan dan seterusnya penggunaan. Bagi mencapai kemahiran dan melaksanakan tiga peringkat tersebut, ia memerlukan bahan yang boleh membekalkan bahasa (bahan). Begitu juga ia memerlukan aktiviti untuk membuat latihan dan persekitaran untuk penggunaan bahasa.
Pembinaan strategi
Tiga pendekatan ini boleh dihuraikan berdasarkan aktiviti yang telah menghasilkan kejayaan seperti kajian-kajian yang telah dijalankan oleh (Mohammad Fauzi, 2012; Rohaizaf 2013; Shafirol Hafiz 2013 dan Amizan Hilmi 2013). Penjelasan kaedah ini adalah seperti di bawah:
Pendekatan Sasaran Aktiviti/persekitaran Bahan Perilaku dalam
usaha
pengajaran dan pembelajaran bahasa
Bahasa Arab (Kosa kata dan frasa)
Aktiviti (persekitaran) yang menyumbang kepada pelaksanaan pendekatan dan perolehan bahasa
Bahan-bahan yang membekalkan bahasa
Pendekatan pengumpulan mempunyai empat perilaku, iaitu mencari, mencatat, bertanya dan merujuk. Pendekatan ini perlu dijalankan dalam pelbagai aktiviti seperti pembacaan, pendengaran, interaksi dan penulisan seperti yang dicadangkan oleh penyelidik seperti Mahmud Mohamad Ali & Nursabila Muhamad (2011); Tinggari (2011); Daud (2011); dan Yasir & Rahmah (2011). Begitu juga, ia memerlukan bahan-bahan bahasa Arab seperti buku teks, buku bacaan sampingan, majalah, surat khabar, bahan-bahan iklan, internet, radio, televisyen, bahan rakaman dan video. Nurhamimi Zainul Abidin & Muhamad Fiham Muhammad Ghalib (2012) menjelaskan tentang keberkesanan penggunaan bahan-bahan tersebut.
Dalam pendekatan pengumpulan ini, pelajar hendaklah mencari kosa kata dan frasa yang selalu digunakan dalam bahan berbahasa Arab dan mencatatkannya ke dalam buku catatan. Seterusnya, pelajar hendaklah bertanya orang kedua atau merujuk kamus bagi mengetahui makna dan penggunaannya yang sebenar. Kajian Nur Malihah Miswan (2013) dan Farah Wahidah (2013) menunjukkan pelajar yang berjaya ialah mereka yang selalu bertanya dan merujuk kamus bagi menambahkan penguasaan bahasa Arab mereka.
Dalam pendekatan pengukuhan ini, pelajar hendaklah berusaha mengingati kosa kata dan frasa yang diperolehi daripada pendekatan pertama melalui aktiviti perilaku.
Penyelidik seperti Ain Nabihah Ahmad (2011); Ismail (2011); Nadwah Ibrahim (2011); Yayan Nurbayan (2011); Khadijah Salma (2011); Nur Khadijah (2012); M. Fauzi (2012); Rohaizaf (2013); Rosni et al. (2013); Amizan (2013); Shafirol (2013); NurFazila Ismail (2013); Harnani Abu Bakar (2013); and Azlan (2013) telah membuktikan keberkesanan penggunaan perilaku di atas.
Pendekatan aplikasi pula, mempunyai sembilan perilaku iaitu berkomunikasi, berinteraksi, membentang, mempersembah, beraktiviti, menterjemah, menulis, mendengar dan membaca. Pendekatan ini hendaklah dijalankan dalam persekitaran bahasa yang membolehkan pelajar menggunakan bahasa Arab sepenuhnya. Persekitaran bahasa hendaklah diwujudkan bagi memenuhi tuntutan tersebut. Kajian Mahmud Mohamad Ali & Nursabila Muhamad (2011); Tinggari (2011); Daud (2011); and Yasir & Rahmah (2011) menunjukkan persekitaran bahasa memainkan peranan penting dalam membantu penguasaan bahasa.
Bagi menjayakan pendekatan penggunaan ini, pelajar hendaklah menggunakan kosa kata dan frasa yang telah dikumpul dan diperkukuhkan dalam pelbagai aktiviti bahasa dan persekitaran dengan lancar, seolah-olah mereka sudah pun menguasai bahasa tersebut dengan sepenuhnya. Kajian Nur Khadijah (2012); Ismail (2011); Nadwah Ibrahim (2011); Yayan Nurbayan (2011) dan Khadijah Salma (2011) menunjukkan pelajar dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa melalui kebiasaan penggunaannya.
Dalam penggunaan bahasa Arab dalam situasi sebenar, Muhamad Thaqif (2013) dan Ibrahim Adisola (2013) mencadangkan supaya persekitaran bahasa dianjurkan. Nik Hazwani (2012), Nur Farhana (2012), Haslina (2013), Siti Asiah (2013), Muhamad Faris (2012), Ruzila Zakaria (2013), Muhamad Farid (2013), Ibrahim Adisola (2013) dan Muhamad Thaqif (2013) menyatakan bahawa pelajar yang selalu menggunakan bahasa dalam situasi sebenar dapat mempertingkatkan bahasa mereka. Bertolak daripada dapatan kajian-kajian inilah, kaedah ini dibina bagi membantu pelajar bahasa Arab menguasai bahasa Arab dengan baik.
Perincian strategi ini adalah seperti di bawah (Rosni Samah, 2014):
pendekatan sasaran perilaku Aktivitit Bahan keperluan
Pengumpulan Kosa kata
Mencari Pembacaan,
Pendengaran,
Pelbagai bahan bacaan dan
Buku catatan
Penggunaan strategi
Pelajar boleh menggunakan strategi ini dengan membuat penilaian kendiri berdasarkan skala yang diberikan. Mana-mana tindakan yang mendapat skala rendah, hendaklah diulanggi dan pertingkatkan sehingga mencapai skala tinggi. Penilaian kendiri ini membantu pelajar menggunakan strategi dengan lebih teratur untuk menguasai bahasa dengan baik. Skala yang baik dalam penggunaannya adalah sekurang-kurangnya skala 4. Pelajar hendaklah berusaha mencapai dan melepasi skala tersebut.
Skala:
Langsung tidak berkaitan dengan saya 1
Sedikit berkaitan dengan saya 2
Tidak pasti dengan saya 3
Berkaitan dengan saya 4
Sangat berkaitan dengan saya 5
Pengumpulan 1 2 3 4 5
1 Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan daripada bahan buku teks.
2 Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan daripada bahan majalah Arab.
3 Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan daripada bahan surat khabar Arab.
4 Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan daripada bahan-bahan iklan.
5 Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan daripada bahan internet.
6 Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan daripada bahan kartun.
7 Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti pendengaran melalui radio.
9 Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti pendengaran melalui bahan rakaman.
1 0
Mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti pendengaran melalui interaksi.
Mencatat kosa kata dan frasa yang diperolehi daripada bahan bacaan.
1 5
Mencatat kosa kata dan frasa yang diperolehi daripada bahan pendengaran.
1 6
Mencatat kosa kata dan frasa yang diperolehi daripada interaksi.
1
Bertanya guru tentang kosa kata dan frasa melalui interaksi.
2 0
Bertanya guru tentang kosa kata dan frasa melalui penulisan.
2
33 Mengahafal kosa kata dan frasa melalui pembacaan.
34 Mengahafal kosa kata dan frasa melalui pendengaran.
35 Mengahafal kosa kata dan frasa melalui interaksi.
36 Mengahafal kosa kata dan frasa melalui penulisan.
37 Mengajuk kosa kata dan frasa melalui pembacaan.
38 Mengajuk kosa kata dan frasa melalui pendengaran.
39 Mengajuk kosa kata dan frasa melalui interaksi.
40 Mengajuk kosa kata dan frasa melalui penulisan.
41 Berinteraksi dengan kosa kata dan frasa melalui pembacaan.
42 Berinteraksi dengan kosa kata dan frasa melalui pendengaran.
43 Berinteraksi kosa kata dan frasa melalui interaksi.
44 Berinteraksi dengan kosa kata dan frasa melalui penulisan.
46 Mencatat semula kata dan frasa melalui pendengaran.
47 Mencatat semula kosa kata dan frasa melalui interaksi.
48 Mencatat semula dengan kosa kata dan frasa melalui penulisan.
49 Mengulangi kosa kata dan frasa melalui pembacaan.
50 Mengulangi kata dan frasa melalui pendengaran.
51 Mengulangi kosa kata dan frasa melalui interaksi.
52 Mengulangi dengan kosa kata dan frasa melalui penulisan.
53 Memperbaiki kesilapan kosa kata dan frasa melalui pembacaan.
54 Memperbaiki kesilapan kata dan frasa melalui pendengaran.
55 Memperbaiki kesilapan kosa kata dan frasa melalui interaksi.
56 Memperbaiki kesilapan dengan kosa kata dan frasa melalui penulisan.
57 Menterjemah kosa kata dan frasa melalui pembacaan.
58 Menterjemah kosa kata dan frasa melalui pendengaran.
59 Menterjemah kosa kata dan frasa melalui interaksi.
60 Menterjemah kosa kata dan frasa melalui penulisan.
61 Membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui pembacaan.
62 Membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui pendengaran.
63 Membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui interaksi.
64 Membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui penulisan.
Penggunaan 1 2 3 4 5
65 Mengguna kosa kata dan frasa semasa aktiviti berkomunikasi.
66 Mengguna kosa kata dan frasa semasa aktiviti berinteraksi.
67 Mengguna kosa kata dan frasa semasa aktiviti pembentangan.
68 Mengguna kosa kata dan frasa semasa aktiviti persembahan.
69 Mengguna kosa kata dan frasa semasa beraktiviti.
70 Mengguna kosa kata dan frasa semasa menterjemah.
71 Mengguna kosa kata dan frasa semasa menulis.
72 Memahami dengan baik kosa kata dan frasa semasa mendengar.
Pendekatan ini dibina berdasarkan pandangan yang diketengahkan oleh Ibnu Khaldun dan juga pengalaman pelajar-pelajar cemerlang bahasa Arab. Ia telah mendapat persetujuan 100% daripada seramai 30 orang guru bahasa Arab yang berpengalaman lebih sepuluh tahun. Turut dipilih bagi mengesahkan penggunaan pendekatan ini 70 orang pelajar cemerlang tahun akhir dari Program Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Hasil kajian menunjukkan pendekatan ini kerap digunakan oleh pelajar-pelajar cemerlang bahasa Arab dengan min kekerapan 3.794 bagi bahagian pengumpulan, 3.6408 bagi bahagian pengukuhan dan 3.7324 bahagian aplikasi. Keseluruhan min penggunaan ialah 3.7224. Ini menunjukkan strategi tersebut berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Arab Mereka (Rosni Samah, dll. 2016).
Penutup
Strategi ini dibina mengikut pandangan Ibnu Khaldun yang menjadikan pendengaran sebagai asas utama kemahiran. Daripada pendengaran, pelajar menggunakannya melalui percakapan. Seterusnya dapat menguasai bahasa dengan baik. Keadaan ini samalah berlaku kepada kanak-kanak yang mula bercakap bahasa ibunda melalui pendengaran bahasa yang dituturkan. Daripada pendengaran, mereka mula mengajuk perkataan dan ayat yang digunakan. Hasil daripada sentiasa mengajuk, mereka dapat membina kemahiran berbahasa. Strategi ini dibahagikan kepada tiga sub strategi iaitu, pengumpulan, pengukuhan dan aplikasi. Setiap sub strategi tersebut mempunyai tindakan tersendiri yang perlu dilakukan oleh pelajar. Semua tindakan ini telah dibuktikan kejayaannya oleh penyelidik, guru bahasa dan juga pelajar cemerlang bahasa Arab.
Rujukan
Ain Nabihah Ahmam. (2011). Tayin Akhta’ Lughawiyah fi Jumlah Arabiyah lada Talamiz al-Sanah al-Rabiah bi al-Madaris al-Thanawiyah al-Diniyah bi WilayahSelangor. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Amizan Hilmi. (2013). Turuq Tadrib Maharah Kalam lada Mutanadzirin bil Madaris Thanawiah fi Malizia. MA thesis. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Azlan bin Saif Baharum. (2013). Akhta’ Lighawiyah Syai’ah fi Ta’bir Kitabi Wadzifi lada Talabah Mutkhassisin fi Lughah Arabiah fi Jamiaat Hukumiah Maliziah. Ph.D thesis. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Farah Wahidah Muhamad Nur, 2013, Daur Mu’alim fi Iksab Tullab Maharat Kalam, B A thesis, Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Harnani Abu Bakar, (2013), Istiratijiah Tanmiah Tharwiyyah Lughawiyyah lada Talabah Thasan Rabiah Kuliah Dirasaat Lughah Raisah bi USIM. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Haslina Abdul Ghani. (2013). Asar Mumarathah Lughah Arabiyyah fi Takwiyyah Maharah Muhadathah lada Tolabah Sanah Rabiah Kulliyyah Lughaat Raisah fi bi Jamiah Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Ibnu Khaldun. (1987). Muqaddimah Ibnu Khaldun. Beirut: Dar Qalam.
Ibrahim Adisola. (2013). Mushilaat allati Yuwajihuha Tolabah fi Thahathdus bi Lughah Arabiyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Ismail, Hasanain Ahmad. (2011). Al-Lughah al-Arabiyah li al-Natiqin bi Ghayriha Bayna Tacallum wa Takallum fi al-Jamiah al-Islamiyah al-Alamiyah. Prosiding Seminar Antarabangsa Bahasa CELPAD, UIA.
Khadijah Salma Ahmad Ali. (2011). Anshitah Musaidah fi Taallum Lughah Arabiyah lada Talabah al-Sanah al-Thalithah bi BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.Kulliyah Dirasat al-Lughat al-Ra’isah bi Jamicah Ulum al-Islamiyah al-Maliziyah.
Madkur, Ali Ahmad dan Iman Ahmad. (2006). Talim Lughah Arabiyah li Ghayr al-Natiqin Biha: Nazariyah wa Tatbiq. Al-Qahirah: Dar al-Fikr.
Mahmud Mohamad Ali dan Nur Sabila Muhamad Ali. (2011). Dawr Nashat Munazarah fi Tanmiyah Maharah Lughah Arabiyah. Prosiding International Language Conference 2011. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2012). Istiratijiyah al-Muhakat wa Turuquha fi Taclim al-Insya’ wa Tacallumihi ala Mustawa al-Shahadah al-Diniyah al-Maliziyah (STAM). MA thesis, Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Muhamad Thaqif. (2013). Barnamij Takwiyah Lughah Arabiyyah wa Dauruhu fi Iktisab Lughah Arabiyyah lada Tolabah Sanah Thaniah bi Kulliyyah Qiadah wa Idarah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Muhammad Farid. (2013). Alaab Lughawiyyah wa Dauruha fi Raf Mustawa Tolabah li Iktisab Tharwah Lughahwiyyah Arabiyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Muhammah Faris. (2012). Istiratijiyyah Taalumi Mufradaat Lughah Arabiyyah lada Tolabah Kulliyyah Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Nik Hazwani. (20120. Kifiyyah Takwiyyah Maharah Muhadhathah lada Tolabah Jamiah Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Nur Farhana Azizi. (2012). Daur Masrahiyyah Tamthiliyyah Arabiyyah fi Taalum Lughah Arabiyyah lada Tolabah Sanah Rabiah fi Kulliyyah Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Nur Fazila Ismail. (2013). Tariqah Ta’allumi Lughah Arabiyyah bi Wasitoh Hifzi Kalimaat lada Talamiz Marhalah Thanawiyyah, BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Nur Khadijah Abu Bakar. (2012). Turuq Taallumi Muhadathah lada Mutanadzirin bi Jamiah Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Nur Malihah Miswan. (2013). Fa’aliyyah Istikhdam Mu’jam Uhadi Lughah fi Tarjamah Nusus lada Talabah Thanah Rabi’ah bi Kismi Lughah bi USIM, BA thesis. Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Nurhamimi Zainul Abidin dan Muhamad Fiham Muhammad Ghalib. (2012). Istiratijiyat Tullab Ghayr al-Mutakhassisin fi Lughah Arabiyah fi Tacallum Maharat al-Kitabah Abra BarnamijWiki. Journal of Islamic and Arabic Education. 4 (1). P. 31-44.
Rohaizaf. (2013). Istikhdam Tariqah Mubasyirah fi Ta’lim Maharat Kalam li Tullab Mubtadiin min Natiqinabiha ka Lughah Thaniah fi Markaz Dirasaat Asasiah bi UIA. Ph.D thesis, Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Rosni Samah. (2014). Suggested Strategies for Non Arabic Speakers in Learning Arabic Language. pensee Journal. Vol 76, No. 1. 232-239.
Rosni Samah, Fariza Puteh-Behak, Noor Saazai Mat Saad, Suraini Mohd Ali, Ramiaida Darmi, Haliza Harun. (2016). Effective Methods in Learning Arabic Language as a Foreign Language. Mediterranean Journal of Social Sciences. Vol. 7. No. 3.
Rosni Samah, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Shaferul Hafes Sha’ari and Amizan Helmi Mohamad, (2013), Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Jurulatih Debat, GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 13(2), 99-115.
Ruzila Zakariya. (2013). Asar Tamthil fi Saitoroh ala Maharah Muhadathah lada Tolabah Sanah Thaniah bi Kulliyyah Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Shafirol, (2013), Istikhdam Tariqah Muhakaat fi Iktisab Mufradat Sahafah lada Tulab Kuliah Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum Islamiah Maliziah. MA thesis, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.
Siti Asiah Muhamad. (2013). Ta’lim Lughaha Arabiah min Khilal Mushahadah Aflam Arabiah: Dirasah Midaniah wa Tahliliah Talabah Sanah Thalithah bi Kuliah Dirasaat
Yasir Ismail dan Rahmah Osman. (2011). Munazarah Wasilah li al-Taayush bayna Afrad wa Atraf Mutabayinah fi Mujtama. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah. 2 (bil. Khas), 282-301.