• Tidak ada hasil yang ditemukan

Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe"

Copied!
101
0
0

Teks penuh

(1)

P

P

E

E

R

R

S

S

I

I

D

D

A

A

N

N

G

G

A

A

N

N

K

K

E

E

B

B

A

A

N

N

G

G

S

S

A

A

A

A

N

N

B

B

a

a

h

h

a

a

s

s

a

a

M

M

e

e

l

l

a

a

y

y

u

u

S

S

e

e

t

t

e

e

l

l

a

a

h

h

5

5

5

5

T

T

a

a

h

h

u

u

n

n

M

M

e

e

r

r

d

d

e

e

k

k

a

a

Anjuran

P.P. Bahasa, Literasi & Terjemahan, USM

Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Utara

Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia

dengan kerjasama

(2)

2

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

SETELAH 55 TAHUN MERDEKA

Bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Bahasa Melayu

setelah

55

Tahun Merdeka

26 — 27 NOVEMBER 2012

HOTEL EASTIN, PULAU PINANG

ANJURAN:

PUSAT PENGAJIAN BAHASA, LITERASI DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

PERSATUAN PENDIDIK BAHASA MELAYU MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA:

(3)

3

KANDUNGAN

1

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi dalam Korporat

4

Abdullah Hassan

2

Motivasi dan Hala Tuju Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka

17

Nik Safiah Karim

3

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan dan Jati Diri

23

Teo Kok Seong

4

Kemandirian Bahasa Mandarin dalam Dasar Dwibahasa di Singapura: 33

Satu Refleksi dan Iktibar bagi Bahasa Melayu di Malaysia

Lutfan Jaes

5 Pemupukan Perpaduan dan Pemerkasaan Bahasa Melayu

47

Melalui Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu

Goh Sang Seong

6 Membugar Harapan Pemersatuan atau Menanti Masa Ditalkinkan

53

atas Nama Bernegara? Di mana Bahasa Melayu dalam Pemupukan

Jati Diri Bangsa setelah 55 Tahun Merdeka

Ku Hasnan Ku Halim

7 Pemaknaan Bahasa Melayu dan Perkembangan Leksikal dalam

66

Penuturan Bahasa Komuniti Hokkien Peranakan Kelantan

Mohd. Shahrul Imran Lim Abdullah

8

Penyebutan Kata Bahasa Malaysia dalam Kalangan Pelajar Arab 77

Aida Shuhaida Mustafa

9 Pemartabatan Bahasa Melayu dan Kecelaruannya

84

Fatimah Busu

(4)

4

1

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi

dalam Korporat

Profesor Emeritus Abdullah Hassan

PTS Media Group Sdn. Bhd.

Abstrak

Kertas ini cuba meletakkan Bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa dalam korporat. Dalam budaya korporat Bahasa Melayu perlu meninggalkan budaya kampung dan istana yang menjadi lingkungannya selama ini, dan membina budaya baru sebagai bahasa korporat. Beberapa teori komunikasi korporat dimanfaatkan dengan menyesuaikan unsur budaya Melayu yang diperlukan. Ternyata, dari catatan yang dilakukan dalam syarikat PTS Media Group Sdn. Bhd. ini dapat dilakukan dan menunjukkan impak yang positif. Dan kertas ini mencadangkan bahasa Melayu korporat ini terus dibina dan dilaksanakan.

Pengenalan

Saya sengaja memilih topik ini atas dua sebab. Pertama, memperkatakan tentang bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi dalam masyarakat itu adalah sesuatu yang lumrah. Faedahnya tidak begitu ketara lagi. Kedua, ada ramai penutur Bahasa Melayu dalam korporat dan jabatan kerajaan, dan mereka hanya melangsungkan amalan menggunakan bahasa Melayu kampungan yang tidak membawa impak hormat yang diperlukan. Oleh sebab itu Syarikat PTS Media Group Sdn. Bhd. meletakkan satu dasar yang dilakukan secara “sedar” supaya Bahasa Melayu Tinggi diamalkan dalam urusan kerjanya dan juga produk bahasanya.

Selama ini kita melihat seorang pengurus di sebuah organisasi itu sebagai seorang pegawai pentadbir yang merancang, menyelaras, mengawal, mengarah, membuat keputusan. Beliau memegang semua kuasa dan segala yang dikatakan olehnya dianggap benar belaka. Lazimnya mereka duduk di pejabat yang terasing daripada tempat kerja-kerja harian organisasi tersebut. Untuk sekian lama pengurusan organisasi begitu sifatnya. Dalam pengurusan moden, seorang pengurus akan berusaha memberdayakan pekerjanya. Beliau memegang dan berperanan bagi membuat pekerjanya mampu. Ini dilakukan dengan memperlancar, berunding, bekerja sama dan mendukung. Semuanya dilakukan dengan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Kita akan melihat apakah istimewanya bahasa ini?

Korelasi prestasi dengan bahasa

(5)

5 mereka dengan mengolah kembali peranan tersebut. Kemudian mereka mengkomunikasikan fakta dan nilai-nilai yang dikongsi bersama dengan pekerjanya. Mereka membentuk semula nilai-nilai demikian demi mempertingkat prestasi. Dengan itu mereka memastikan kemampuan orang-orang di sekeliling mereka meningkat, dan mereka menghayati nilai yang mereka kongsi bersama. Para pengurus ini didapati

menggunakan bahasa yang berbeza sekali daripada rakan-rakan mereka yang masih bersifat tradisional dan mereka juga lebih banyak mendengar (Hesselbein et al. 1996). Pengurus moden ini

menganggap diri mereka itu sebagai pembentuk dan penaung budaya berorientasikan prestasi.

Pengurus pada masa kini tidak lagi bersifat keras dan menuntut supaya segala-galanya berjalan lancar seperti dalam sebuah pasukan tentera. Mereka juga bukannya berupa seorang pengurus yang sesuai untuk semua suasana dan budaya. Namun demikian ada beberapa ciri yang dapat kita lihat dalam satu gambaran besar. Heskett dan Schlesinger (1996) mengenalpasti enam ciri yang membezakan pemimpin moden ini daripada pemimpin tradisional. Mereka:

a. menggunakan bahasa yang berlainan,

b. mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi, c. memupuk dan menyebarkan nilai yang poduktif, d. meningkatkan kemampuan pekerja,

e. memperjelaskan nilai-nilai teras syarikat, dan f. menghormati maruah manusia.

Dalam setiap unsur ini, kita akan melihat ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh pengurus atau ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat yang berprestasi cemerlang di Amerika Syarikat.

Menuturkan bahasa yang berlainan

Walaupun bahasa adalah sekadar alat, namun kita dapat melihat ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh pengurus yang berjaya ini bagi mengetahui gaya kepimpinannya. Dengan demikian, mari kita lihat bahasa yang digunakan oleh beberapa buah organisasi yang berjaya.

a. Ketua Pegawai Eksekutif Banc One di Amerika Syarikat menggunakan ungkapan “rakan kongsi luar biasa” (uncommon partnership) bagi mendefinisi hubungan dalam kerjanya. Dengan demikian beliau dapat mewujudkan autonomi setempat bagi para pengurusnya yang dipilih khusus untuk bertugas dengan beliau.

b. Pengerusi Lembaga syarikat ServiceMaster, sebuah organisasi yang sangat berjaya menawarkan khidmat sokongan, mencari seorang yang “berjiwa hamba” (servant’s heart) sebagai ciri utama untuk orang yang dicarinya bagi menjadi pengganti kepada Ketua Pegawai Eksekutif organisasinya.

c. Ketua bagi Pandu Puteri, iaitu sebuah organisasi sektor sosial yang dipimpin dan diurus dengan cara yang terbaik, mengatakan kerja beliau adalah memastikan supaya organisasi beliau itu sentiasa mengekalkan “fokus misinya, berlandaskan nilai, dan dipacu oleh ahlinya yang datang daripada kelompok yang berbagai-bagai.”

(6)

6 Ungkapan-ungkapan begini sangat merendah diri. Ini tidak kita jangka terbit daripada mulut orang yang berfikiran keras dan juga bercakap keras. Kita mengetahui bahawa fikiran dan cakap keras yang digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif tradisional itu tidak menghasilkan prestasi yang sama tingginya. Ini adalah sebuah ciri bahasa yang digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang berjaya ini. Bahasa ini merendahkan diri tetapi membolehkan misi dan nilai bersama syarikat itu dikongsi oleh semua pekerjanya. Rasa bersama inilah yang memberdayakan mereka meningkatkan prestasi syarikat itu. Pekerja yang mengongsi bersama misi dan nilai syarikat itu akan merasakan mereka sama-sama bertanggungjawab untuk memajukan syarikatnya.

Lebih berkemahiran mendengar daripada bercakap

Umumnya pengurus yang sering berurusan dengan pelanggan memang dilatih supaya lebih mendengar daripada bercakap. Apabila mereka dapat berbuat demikian dengan baik, maka mereka sering dinaikkan pangkat. Tetapi, lama-kelamaan mereka akan mula bercakap kepada pelanggan lebih daripada mendengar. Ini bertentangan dengan apa yang ditemui oleh Heskett dan Schlesinger (1996) dalam kajian mereka terhadap organisasi yang berorientasi meraih keuntungan. Organisasi yang berjaya mempunyai kemahiran mendengar lebih daripada bercakap ini dapat dilihat daripada apa yang dilakukan oleh ketua pegawai eksekutif organisasi-organisasi yang berjaya.

a. Ketua Pegawai Eksekutif Banc One mengatakan bahawa beliau “tidak mengetahui bagaimana beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank One itu mengendalikan bank yang dipimpinnya.” Beliau mengatakan bahawa tugasnya sekadar memerhatikan prestasi dan mendengar tentang sesiapa yang memerlukan bantuan. Kemudian beliau menghantarkan orang yang bertanya itu kepada pegawainya yang dapat membantu. Dengan demikian pegawai itu terpaksa mendengar tentang apa yang diperlukan oleh orang tadi.

b. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ServiceMaster pula mengkehendaki setiap pengurusnya membuat kerja-kerja mencuci lantai, dinding, tandas dan menghidang makanan kepada pelanggan selama sehari. Ini memberi peluang kepada pegawai itu “mendengar”. Pegawai-pegawai berkenaan mengatakan pengalaman mereka “mendengar” itu sangat berguna.

c. Ketua Pegawai Eksekutif Southwest Airlines mempunyai cara yang berlainan pula bagi “mendengar”. Apabila pekerjanya tidak datang untuk bercakap-cakap dengan beliau, maka beliau akan pergi menemui pekerjanya. Beliau mendapati cara ini membolehkan beliau menjadi “pendengar” yang lebih baik.

Perbezaan penting berbanding dengan pengurus tradisional adalah tentang apa yang mereka lakukan kepada maklumat yang mereka “dengar” itu. Mereka tidak mengambil tindakan terhadap orang-orang yang berkata itu, tetapi sebaliknya menjalankan usaha melancarkan daya usaha baru atau menghubungkan orang-orang yang berkenaan. Dengan demikian organisasi itu dapat bertindak balas dan memberikan prestasi yang dikehendaki.

(7)

7

Menggunakan perkataan-perkataan yang menghayati nilai

Lazimnya sesebuah organisasi atau syarikat mempunyai slogan bagi menyatakan apa perkara teras perniagaannya. Di dalam slogan itu termaktub nilaiya. Kita dapat melihat betapa kata-kata slogan itu memberi tenaga bagi mencapai kecemerlangan. Kita mungkin masih ingat benar pada ungkapan “Malaysia boleh” yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia apabila kita menjadi tuan rumah kepada sukan Komanwel. Apabila kerap dilaung-laungkan, ungkapan ini membuatkan para atlet kita merasa mereka perkasa, dan menjadi berdaya bagi meraih jumlah pingat yang melampaui ramalan kita sendiri.

Kita dapat melihat apa nilai di belakang kata-kata slogan yang digunakan oleh syarikat-syarikat tadi.

a. Banc One mengatakan mereka itu adalah “orang-orang yang peduli” (People who care).

b. ServiceMaster berkata mereka “bertujuan membantu orang membangun” (to help people develop). Dengan demikian mereka dapat menjauhi persepsi yang mereka itu membangun dengan secara mencari keuntungan semata-mata.

c. Pergerakan Pandu Puteri Amerika Syarikat pula mempunyai matlamat membantu “setiap gadis menjayakan bakatnya dengan sepenuhnya” (helping every girl to achieve her full potential). d. Southwest Airlines menekankan perkataan “keluarga” dengan maksud keluarga itu mencakupi

pekerja dan pelanggan sekali.

e. Bekas eksekutif Pandu Puteri America pula menggunakan ungkapan yang sama berkali-kali bagi menyebarkan misi dan nilai oraganisasinya.

Kita dapat melihat betapa besarnya kuasa bahasa dalam memberdayakan pekerja menjalankan tugas-tugas mereka. Malah seorang eksekutif bank ini pergi menemui pegawainya seorang demi seorang bagi “mendengar” apa-apa daripada mereka secara bersemuka. Seorang eksekutif kanan ServiceMaster bekerja di samping pekerja biasa di bahagian pelanggan, dan juga menjalankan kerja-kerja amal bersama mereka. Begitu juga Ketua Pegawai Eksekutif Southwest Airlines menjalankan kerja amal yang dinaungi oleh “keluarga”nya. McDonald pula mempunyai rumah amal Ronald MacDonald.

Slogan yang digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif organisasi ini menggunakan slogan atau bahasa yang berpadanan, dan membolehkan pekerjanya memahami dan menghayati apa yang dikehendaki oleh organiasinya. Pekerja yang dapat mengetahui dan mengongsi bersama misi dan visi organisasinya, dan sekali gus memberdayakan pekerjanya bagi meningkatkan prestasi organisasi tersebut.

(8)

8

Politik bahasa

Para eksekutif moden ini juga menggunakan suatu kelompok istilah baru yang digunakan dalam organisasi moden. Kita mula menggunakan istilah “adhocracy” dan tidak ketaatan yang membuta, federalisme, perikatan, pasukan, pemberdayaan, ruang untuk pembaikan, dll. Ini semuanya menukar pengertian dan belenggu minda pada istilah-istilah lama seperti, patuh, gabungan, arahan, dll.

Di samping itu timbul pula istilah-istilah yang menyahkan kekangan, penekanan, arahan dll. Maka digunakanlah istilah “pilihan” menggantikan “rancangan”, “mungkin” menggantikan “sempurna”, dan “penglibatan” menggantikan “patuh”. Istilah “pengurus” mula digantikan dengan “ketua pasukan, penyelaras projek, rakan pimpinan, pemudahcara, dan bukan pengerusi.”

Dengan demikian, satu perubahan kepada konsep mengurus mula berlaku dan dijalankan. Konsep-konsep baru ini memberi upaya kepada pekarja bagi menjalankan tugasnya demi meningkatkan prestasi organisasi.

Prinsip mendasari penggunaan bahasa yang memberdayakan

Daripada kasus-kasus yang dibincangkan di atas, dan daripada buku-buku yang ditulis oleh sarjana pengurusan, kita dapat melihat beberapa ciri yang dapat kita jadikan prinsip yang mendasari penggunaan bahasa dalam proses pemberdayaan. Ada beberapa prinsip yang dapat kita rumuskan.

Bagi memberdayakan pekerja, perlu wujud apa yang dikatakan pekerja yang bermaklumat. Ini bermaksud mereka mengetahui visi dan misi organisasi. Mereka mengetahui teras perniagaan yang dijalankan. Pemberdayaan tidak berlaku hanya dengan kata-kata “Sekarang tuan sudah diberdayakan bagi membuat kerja” Stewart (1994). Pekerja mesti terlebih dahulu mendapat maklumat tentang visi dan misi sesebuah organisasi.

Yang dimaksudkan dengan maklumat di sini termasuklah objektif organisasi, unjuran, rancangan, strategi, dll. Pegawai eksekutif yang dapat mengkomunikasikan maklumat-maklumat ini dengan jelas akan dapat memberikan keupayaan kepada pekerjanya bagi menjalankan peranan masing-masing bagi menigkatkan prestasi. Antara strategi bahasa yang digunakan adalah:

a. Menjelaskan konsep abstrak

Dapat menjelaskan konsep-konsep yang abstrak dengan bahasa yang mudah.

b. Membuat analogi

(9)

9 kotor. Ia membuang kotoran pada cucian. Dolby membuang kotoran bunyi dalam rakaman.” Maklumat yang jelas dan kefahaman penuh adalah penting dalam memberdayakan pekerja menjalankan tugasnya.

c. Bahasa yang memberi maruah dan pengiktirafan

Bahasa mereka tidak mengakui “saya” yang menjayakan segala-galanya. Ketua Pegawai Eksekutif Southwest Airlines mempamerkan ciri bahasa demikian apabila ditanya bagaimana beliau dapat menjelaskan sebab-sebab syarikatnya mencapai prestasi cemerlang. Beliau berkata “Saya tidak dapat mengatakan prestasi cemerlang syarikat ini datang daripada kepimpinan yang bergeliga. Tidak wajar saya katakan begitu. Ahli-ahli keluarga syarikat inilah, dan perasaan mereka terhadap pelanggan dan sesama mereka yang membolehkan syarikat ini mencipta prestasi demikian.” (I’d like to attribute it to brilliant leadership, but I can’t. It’s the people of the airline and their feelings for customers and one another.)

d. Bahasa kita

Kurang menggunakan ganti nama “saya’ dan lebih menggunakan “kita” dengan tujaun dapat menanam semangat kebersamaan dalam apa saja aktiviti yang dilakukan oleh pekerja. Perkataan “Saya” yang digunakan oleh pegawai eksekutif akan mengasingkan pekerja dalam satu kelompok lain, dan ini tidak akan menggalakkan iklim yang sihat supaya semua orang mampu bekerja.

e. Tidak menuduh

Apabila kita menggunakan ganti nama “kamu” dan “engkau” dalam ungkapan yang kita bentuk, kemungkinannya sangat tinggi kita akan menuduh seseorang. Misalnya, “Kesalahan ramalan engkau menyebabkan syarikat kita rugi RM33,000.”

f. Bahasa yang melenyapkan keberdayaan

Begitu juga ada ungkapan yang melenyapkan keberdayaan kita melakukan sesuatu. Katakanlah seorang suri rumah berkata “Aku hanya seorang perempuan, mana boleh menjadi menteri.” Akibatnya dia akan hilang keberdayaan mencapai apa yang dikehendakinya. Di sini kita dapat mengatakan ada korelasi antara bahasa dengan pencapaian seseorang atau pun organisasi. Maksudnya, ada bahasa yang memberdayakan kita mencapai sesuatu dan ada yang melenyapkan keberdayaan tersebut. Kita mendapati amalan begini tidak timbul dalam bahasa para eksekutif syarikat-syarikat ini.

g. Bahasa yang memberi kemampuan

Syarikat Southwest Airlines memberi garis panduan berikut untuk pekerjanya bertindak. “Buatlah apa yang anda fikir wajar untuk pelanggan” (Do whatever you feel comfortable doing for the customer.)

(10)

10

Kesalahan Budi Bahasa Lebih Serius daripada Kesalahan Tatabahasa

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Terlajak perahu dapat diundurkan, terlajak kata buruk padahnya.

Apabila kita melakukan kesalahan tatabahasa kesannya tidaklah serius dan tidak ada implikasi jangka masa panjang. Katakanlah kita salah menyebut satu perkataan. Atau kita salah mengeja satu perkataan. Atau kita salah menggunakan imbuhan. Atau kita membina ayat yang tidak ada subjek, dan seterusnya. Kesalahan tatabahasa itu dapat sahaja dibetulkan. Tidak ada sesiapa yang merasa kesan negatifnya. Seorang pelajar mungkin akan hilang beberapa markah pada masa itu. Itulah sahaja kesannya.

Tidak ada siapa yang akan marah. Tidak ada sesiapa yang mengatakan kita kurang sopan. Tidak ada orang yang tersinggung sehingga dia membatalkan niatnya hendak membeli sesuatu barangan. Tidak ada sesiapa yang akan menraik balik keputusannya mengenai sesuatu perjanjian perniagaan. Malah, kesalahan tatabahasa tidak menimbulkan akibat yang berat. Pendeknya tidak ada orang yang akan mengatakan kita

tidak berbudi bahasa.

Sebagai orang Malaysia yang menuturkan bahasa Melayu, sudah semestinya kita mengetahui tentang adanya unsur budaya dalam berkomunikasi. Namun, peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur budaya ini kurang difahami oleh ramai orang. Ada banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini timbul, dan ini dijelaskan nanti. Apabila aspek ini semakin kurang diberi perhatian sehingga menimbulkan kesan buruk dalam komunikasi bahasa Melayu, maka barulah kita semakin merasakan perlu dilakukan sesuatu supaya penggunaan unsur-unsur budaya yang positif dalam komunikasi diambil kira. Terutama, dalam komunikasi rasmi dan perniagaan.

Unsur-unsur budaya ini ada disebut dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah, tetapi perinciannya tidak ada. Kita tidak tahu apa aspek budaya yang dimaksudkan dan bagaimana pula kita mengajarkannya kepada murid sekolah. Apa kaedah mengajarkannya, dan apa pula bahan yang diajarkan. Memang ada beberapa aspek bahasa yang mengandungi unsur budaya, iaitu: kata sapaan atau panggilan, kata gelaran, kata ganti nama, cara-cara memberi dan menerima salam, gerak-geri badan, gerak tangan, tembung mata, kuat suara, umur, jantina dll.

(11)

11

Contoh 1

Seorang lelaki memakai baju sut lengkap warna hitam turun daripada kereta Mercedes 380 masuk ke bilik pameran motokar Citroen (Ampang, September 1996). Beliau memandang kepada penyambut tetamu wanita muda yang sedang bercakap di telefon.

Pelanggan: Cik, Ada jurujual, saya ingin bertanya?

Penyambut tetamu: Yu wait seminit ... Ai cakap dengan bos ni ... (memalingkan muka daripada pelanggan.)

Pelanggan: ‘Yu’ kepala hotak engkau …

Bakal pelanggan berkata dengan suara rendah, tetapi dapat didengar dengan jelas. Beliau keluar, terus masuk kembali ke keretanya dan beredar. Ternyata beliau merasa dilayan dengan buruk.

Analisis Kesalahan Tatabahasa

Tiada kesalahan tatabahasa.

Analisis Kesalahan Budi Bahasa

Penyambut tetamu itu tidak berbudi bahasa dalam melayan pelanggan. Dia melanggar beberapa peraturan budi bahasa dalam bahasa Melayu. Bahasanya biadab. Bahasa badannya biadab. Itulah kesalahan budi bahasa yang besar. Inilah kesalahan budi bahasa. Memanggil orang yang bertaraf tinggi dengan ganti nama bahasa pasar Yu adalah merendahkan tarafnya. Kedua, perbuatan terus bercakap di telefon adalah perbuatan yang tidak sopan juga.

1. Memanggil pelanggan yang ternyata lebih tinggi tarafnya dengan panggilan Yu adalah menurunkan taraf pelanggan yang sentiasa mesti dihormati.

2. Bahasa pasar yang digunakan juga merendahkan taraf pelanggan. 3. Penyambut yang tidak berhenti bercakap adalah juga berlaku biadab. 4. Menggunakan bahasa rendah.

Bahasa Lisan Yang Betul

Pelanggan: Cik ada juru jual? Saya ingin bertanya.

Penyambut Tetamu: (Berhenti bercakap, dan terus menghadapi pelanggan, mata memandang

pelanggan) sambil berkata, "Ada Tuan, dia keluar sebentar. Sila duduk. Sekejap lagi saya uruskan keperluan Tuan." (Dan, pendekkan percakapan di telefon menjadi seringkas-ringkas yang boleh, dan kembali melayan pelanggan. Percakapan telefon dalam perniagaan adalah ringkas.)

Kesalahan Budi Bahasa Pegawai Tinggi

Bukan orang biasa sahaja melakukan kesalahan budi bahasa. Orang berpendidikan juga boleh melakukan kesalahan budi bahasa. Malah, kesalahan demikian lebih memberi kesan negatif.

Contoh 2

(12)

12 berkawan pada masa dahulu. Dalam memulakan ucapan pensyarah tersebut berkata sesuatu yang melanggar peraturan budi bahasa dalam budaya Melayu, iaitu:

Pensyarah: Yang Berbahagia Cik Nama …

Pegawai tinggi: Cik Nama kepala bapak dia …

Beliau berkata demikian kepada ketua jabatan pensyarah tersebut, yang kebetulan duduk di sisi beliau.

Analisis Keslahan Tatabahasa

Tiada kesalahan tatabahasa.

Analisis Kesalahan Budi Bahasa

Pensyarah berkenaan menggunakan satu frasa yang lazim digunakan bagi menyapa kawan baik yang senama dengan kita, tetapi mestilah kawan yang setaraf. Apabila dilakukan kepada orang yang lebih tinggi tarafnya, ini bermakna kita menurunkan tarafnya ke taraf kita. Ini adalah kesalahan budi bahasa. Akibatnya buruk. Kita boleh memalukan diri sendiri dalam majlis. Bahkan kita boleh kehilangan pelanggan yang akan membeli barangan kita.

Kefahaman Kita tentang Budi Bahasa

Rata-rata, rakyat Malaysia mengetahui tentang adanya unsur budaya dalam berkomunikasi. Namun, peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur budaya ini kurang difahami oleh ramai orang. Ada banyak faktornya. Apabila aspek ini semakin kurang diberi perhatian, sehingga menimbulkan kesan buruk dalam komunikasi bahasa Melayu, maka barulah kita semakin merasakan perlu dilakukan sesuatu supaya penggunaan budi bahasa yang positif dalam komunikasi diutamakan semula. Terutama sekali dalam komunikasi rasmi dan perniagaan.

Unsur-unsur budi bahasa ini ada disebut dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah, tetapi perinciannya tidak ada. Kita tidak tahu apa aspek budaya yang dimaksudkan dan bagaimana pula kita mengajarkannya kepada murid sekolah. Apa kaedahnya, apa bahannya, dan seterusnya. Memang ada beberapa aspek bahasa yang mengandungi unsur budi bahasa, iaitu: kata panggilan, kata gelaran, ganti nama, cara memberi dan menerima salam, gerak-geri badan, gerak tangan, tembung mata, kuat suara, umur, jantina dll.

(13)

13 Ahli masyarakat memang lebih sensitif terhadap kesalahan budi bahasa dalam berkomunikasi. Budi bahasa ini bukanlah sekadar perkataan dan ganti nama sahaja. Usia orang yang bercakap, tekanan suara yang menunjukkan kesombongan dan keangkuhan adalah antara perkara yang juga menjadi unsur dalam budi bahasa.

Contoh 3

Berikut adalah perasaan seorang imam tua yang disegani ditegur oleh seorang pegawai agama yang masih muda dalam cerpen ”Bukan Orang Kita” karya Zainal Arifin Sharbini, Berita

Minggu, 14 Ogos 2005. Seorang imam tua dipanggil dan dtegur oleh pegawainya kerana melantik

imam daripada kalangan calon yang tidak disetujui jabatan agama.

”Bukankah dia pernah dipecat daripada mengajar di sebuah masjid seberang sungai?” tanya pegawai agama yang bertali leher dan memakai kot warna gelap. Suaranya agak keras. Dia lupa, orang yang berada di hadapannya jauh lebih tua daripada umurnya yang dalam lingkungan tiga puluhan.

Ternyata dalam pertemuan ini, unsur usia dan jawatan adalah penting. Pegawai sekalipun, sekiranya bercakap dengan orang tua yang memegang jawatan agama imam, perlulah memberi perhatian kepada unsur-unsur budi bahasa. Sekalipun taraf pegawai adalah lebih tinggi, tetapi dia tidak pun boleh meninggikan suara. Dia juga tidak boleh menggunakan bahasa yang keras. Itu adalah tanda-tanda orang tidak berbudi bahasa.

Beberapa Persepsi Bahasa Memberdayakan dari Perspektif Islam

Kita sering ditanya, apakah perlunya kita melihat perkara seperti ini daripada perspektif Islam. Sebagai orang Islam kita perlu kembali kepada tradisi Islam. Kita perlu melihat apa yang sudah sedia ada. Ada kalanya kita hanya menyedari wujudnya sesuatu prinsip ilmu dalam tradisi Islam, setelah terlebih dahulu mengenalnya daripada pendidikan barat.

Kita dapat melihat sebuah contoh yang menarik dalam bidang pendidikan. Setelah kita menghantar ramai pelajar ke Amerika Syarikat, maka ramailah pula mereka yang pulang dengan ijazah lanjutan dalam bidang pendidikan. Dalam kalangan mereka ini timbullah desakan yang kita perlu memberi tekanan kepada “pendidikan sepanjang hayat.” Sebabnya adalah, itulah yang menjadi tumpuan negara barat sekarang. Setiap orang Islam berkemungkinan pernah mendengar bidalan klasik Arab yang sering disebut dalam wacana ilmu dalam kalangan orang Islam, iaitu “belajarlah dari buayan hingga ke liang lahad.” Itulah pendidikan sepanjang hayat. Oleh sebab itu, memang menjadi tuntutan kita mengenal apa yang datang dari Islam, walaupun kita mengenalnya selepas mengetahui dari pendidikan barat.

Apakah yang kita dapat pelajari daripada Islam mengenai pemberdayaan?

1. Gunakan bahasa peribumi

(14)

14

kamu melainkan dalam bahasa kamu sendiri, semoga kamu lebih mudah belajar (Surah Ibrahim, ayat

4). Ini jelas memberikan kita prinsip bagi menyampaikan ilmu atau maklumat itu perlulah dalam bahasa pekerja itu sendiri. Ini dapat dilihat dalam peringkat makro, apabila sesebuah negara menyampaikan pendidikan dalam bahasa peribumi, ternyata pendidikan lebih merata dan menghasilkan pembangunan ekonomi yang pesat. Apabila kita mengambil Jepun, Taiwan, Korea sebagai contoh, kita memang menggunakan klise, tetapi masih dapat memberi contoh yang jelas dalam hal ini. Manakala negara-negara yang meminjam bahasa lain masih tidak dapat menandinginya, sekalipun ada yang berhasil, ia hanya memperkaya budaya bahasa pinjaman itu, tetapi tidak bahasa dan bangsa asal masyarakat yang terlibat.

Pekerja atau ummah yang sudah berilmu atau bermaklumat yang dapat memahami pemberdayaan. Tanpa ilmu, pemberdayaan menjadi sesuatu yang boleh memudharatkan. Khalifah Abu Bakar memberdayakan masyarakat Madinah pada zaman pemerintahannya. Beliau mengarahkan penduduk Madinah mentaatinya hanyalah sekiranya beliau “betul dan benar” dan menolaknya sekiranya sebaliknya.

2. Gunakan bahasa yang ringkas

Dalam Jilid 111, Ihya Ulum-id-din, terdapat satu bab yang membincangkan dosa-dosa lidah. Ada banyak yang dinyatakan, tetapi ada banyak perkara yang dapat kita ambil untuk dijadikan prinsip menggunakan bahasa yang memberdayakan. Gunakan bahasa yang ringkas supaya mudah difahami. Jauhi kata-kata yang berlebihan, dan kata-kata yang terlalu berbunga-bunga sehingga mencacatkan maksud.

Ada banyak lagi perkara yang dapat dijadikan prinsip bagi memberdayakan dalam Islam, tetapi satu kajian yang lebih mendalam diperlukan sebelum sesuatu perakuan yang lebih serius dapat diutarakan. Daripada tinjauan awal, didapati ada beberapa kisah lain yang mungkin boleh memberi prinsip yang kita mahukan. Antaranya ialah cara Rasullullah s.a.w. berucap kepada khalayak dalam al-Muwafaqat (Shatibi), teks ucapan Rasullullah di bukit Safa, ucapan nabi Musa a.s. dalam surah Taha, dll. Ini adalah antara bahan yang dapat dikaji bagi melihat unsur pemberdayaan dalam bahasa. Dua perkara yang disebut di atas hanya merupakan suatu tinjauan awal.

Baru-baru ini Goshen ketua eksekutif Nissan berkomunikasi dengan pekerja syarikatnya. Antara ungkapannya yang mudah difahami dan melekat pada kepala pekerjanya adalah, “Brand is profit.”

Kesimpulan

(15)

15

Rujukan

Abdullah Yusof Ali, The Holy Quran.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997) Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Adair, John, (1996) Effective Motivation, London: Pan Books.

Adler, Ronald B. & Elmhorst, Jeane Marquardt (1996) Communicating at Work, New York: The MacGraw-Hill Companies In.

Asma Abdullah (1992) Uderstanding the Malaysian Workforce – Guidelines for Managers, Kuala Lumpur: Malaysian Institute of Management.

Clutterbuck, D. & Kernaghan, S. (1994), The Power of Empowerment, London: Kogan Page Limited.

Ekman, P. editor (1973), Cross-Cultural Studies of Facial expression, New York: Academic Press.

Ekman, Paul (1986), Telling Lies, New York: Berkley Books.

Elgin, Susan H. (1989), Success with the Gentle Art of Verbal self Defence, New Jersey: Prentice Hall.

Flacks, N. & Rasberry, Robert W. (1982), Power Talk, New York: The Free Press.

Fust, Julius (1970) Body Language, New York: Pocket Books.

Fairhurst, Gail T. & Sarr, Robert A. (1996) The Art of Framing: Managing Language of Leadership, San Francisco: Jossey Bass Inc.

Goleman, Daniel, (1996) Emotional Intelligence, London: Bloomsbury.

Henley, Nancy M. (1986), Body Politics – Power, Sex & Nonverval Communication, New York; Touchstone Book.

Himstreet, William C. & Baty Wayne M. (1990), Business Communication, Boston: PWS-KENT Publishing Company.

Hellriegel, D. et al. (1998), Orgaizational Behavior, Cincinnati: South-Western Collge Publishing.

Schlesinger, L. and Heskett, J. (1991) "Breaking the cycle of failure in service",Sloan Management Review, spring, 1991, pp. 17–28.

Hesselbein, F. et al. (1996), The Leader of the Future, San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Hisham Altalib (1992), Panduan Latihan bagi Petugas Islam (terjemahan), Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

(16)

16 Johnson, Keery L. (1993) Selling with NLP, London: Nicholas Brealey Publishing.

Kouzes, James M. & Posner, Barry Z. (1993) Credibilty, San Francisco: Jossey-Bass Inc., Publishers.

Lewicki, Roy J., Hiam, Alexander & Olander, Karen W., (1996) Think Before You Speak, The Complete Guide to Strategic Negotiation, New York: John Wiley & Sons, Inc.

Reynolds, J (1994), Out Front Leadership, Austin, Texas: A Bard Productions Book.

Stewart, A. M. (1994), Empowering People, London: Pitman Publishing.

Tannen, Deborah, (1990) You Just Dont Understand: Wome and Men in Conversation, New York: Morrow.

(17)

17

2

Motivasi dan Hala Tuju Bahasa Melayu

Setelah 55 Tahun Merdeka

Profesor Emeritus Nik Safiah Karim

KaryawanTamu Universiti Malaya

Mukadimah

Apakah tanda batang padi,

Tumbuh di ladang lebat buahnya; Apakah tanda orang berbudi, Elok dipandang baik bahasanya.

Pendahuluan

Kertas kerja ini akan membincangkan aspek motivasi dan hala tuju bahasa Melayu kini dari tiga perspektif berikut:

(a) Kejayaan yang telah dicapai (b) Cabaran yang dihadapi (c) Hala tuju bahasa Melayu

Kejayaan Yang Telah Dicapai

1. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu telah menjalani proses pembinaan dan pengembangan yang amat pesat sejak tahun 1950-an lagi. Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan perancangan yang teliti dibantu oleh ahli-ahli bahasa, para pakar pelbagai bidang ilmu dan semangat gigih seluruh masyarakat, telah menyusun pelbagai langkah dan strategi. Antaranya:

• pengembangan perbendaharaan kata, terutama istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu,

• penghasilan kamus, tatabahasa pegangan dan manual-manual lain sebagai unsur rujukan,

• penyediaan bahan bacaan dalam pelbagai laras dan pada pelbagai peringkat, dan

• penyediaan buku teks dan buku-buku rujukan lain, daripada peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi.

2. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu telah dapat digunakan sebagai bahasa pentadbiran negara dan bahasa perhubungan rakyat. Semua dokumen rasmi dapat ditulis dalam bahasa Melayu; semua perhubungan lisan dapat dilaksanakan dengan sempurnanya dalam bahasa Melayu. Tidak wujud kesukaran bagi semua warga Malaysia berhubung dalam bahasa Melayu.

(18)

18 telah berjaya digunakan untuk mengungkapkan ilmu pengetahuan. Kuliah dan diskusi dapat dijalankan dalam bahasa Melayu. Latihan ilmiah, kertas kerja dan monograf dapat ditulis dalam bahasa Melayu oleh ahli-ahli akademik dari pelbagai latar belakang ilmu dan kumpulan etnik. Bahkan telah banyak Syarahan Perdana disampaikan dalam bahasa Melayu. Prof. Shaharir Mohd. Zain, dalam Syarahan Raja Ali Haji 1996, telah menyatakan bahawa antara tahun 1984 hingga 1995, di Universiti Kebangsaan Malaysia, telah terdapat 19 Syarahan Perdana dalam bidang Sains dan Teknologi, meliputi bidang-bidang fizik (1), matematik (1), kejuruteraan (1), kimia (1) geologi (2), sains hayat (5) dan perubatan (8). Beberapa daripada profesor yang menyampaikan syarahan ini terdiri daripada orang bukan Melayu.

4. Apabila menyaksikan pertandingan debat, forum dan pidato peringkat kebangsaan, terbukti prestasi pelajar-pelajar yang mewakili yang terbaik, sesungguhnya berupaya mengungkapkan bahasa Melayu lisan dengan amat mengagumkan, termasuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Mereka dapat menyampaikan buah fikiran dengan lincah dan dengan gaya yang meyakinkan serta dalam laras bahasa yang segar dan bertenaga.

Cabaran Yang Dihadapi

Telah banyak cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dan para pejuangnya.

1. Cabaran zaman awal

Pada tahap awal, iaitu selepas sahaja kita memperoleh kemerdekaan dan bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara, cabaran pertama adalah untuk menyakinkan rakyat bahawa bahasa Melayu dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang berat ini. Yang perlu diyakinkan bukan sahaja orang-orang bukan Melayu tetapi juga orang Melayu yang kurang terdedah kepada bahasa Melayu dan, oleh itu, memang tidak yakin dengan kemampuan bahasa ibunda sendiri.

Alhamdulillah, berkat usaha semua pihak, rintangan ini dapat diatasi dan bahasa Melayu terus maju dan berjaya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

2. Cabaran dalam bidang pendidikan

Cabaran kedua merupakan sikap kurang percaya terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pada awalnya, iaitu dalam tahun 60-an dan awal 70-an, usaha untuk menggunakan bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dan pengajian tinggi amat perlahan, dengan pelbagai alasan dikemukakan, seperti tidak cukup istilah, tiada buku teks dalam banyak bidang, dan tiada guru yang mampu mengajar dalam bahasa Melayu. Orang-orang Melayu yang mencintai bahasa Melayu telah berjuang dengan amat gigih, terutama untuk sekolah-sekolah menengah berbahasa pengantar bahasa Melayu didirikan dan untuk bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar hingga peringkat universiti. Namun semua halangan ini dapat diatasi dan bahasa Melayu di sekitar tahun 70-an dan 80-an telah berjaya sebagai bahasa ilmu.

3. Sikap pemimpin yang meminggirkan bahasa Melayu

(19)

19 ialah dasar bahasa Melayu dipersalah; dengan kata lain, lemahnya penguasaan bahasa Inggeris dikatakan kerana wujud dasar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Akibatnya berlaku beberapa perkara:

i. Sikap dan tindakan pucuk pimpinan dan penyokong mereka yang secara terang-terang melanggar dasar bahasa kebangsanan, iaitu menggalakkan dan membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan dalam situasi-situasi rasmi dan formal.

ii. Penggubalan beberapa Akta yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di IPT, terutrama IPTS, sekali gus menggalakkan penubuhan ratusan IPTS, sama ada secara berekembar dengan universiti-universiti asing atau bersendirian.

iii. Dasar PPSMI yang membawa kesan negatif terhadap bahasa Melayu.

4. Implikasi Dasar PPSMI

PPSMI bermaksud “Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris”. Tentang dasar ini, dua perkara perlu disedari, iaitu:

a) Dasar ini secara tegas mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak yakin dengan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sekali gus memberi implikasi bahawa, pada suatu masa yang tidak lama lagi, semua mata pelajaran lain juga akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris, kecuali beberapa mata pelajaran yang tidak sepenting seperti agama Islam, pendidikan jasmani dan lukisan.

b) Cara pelaksanaan dasar ini amat tergesa-gesa tanpa perancangan teliti, bahkan tanpa persiapan yang mencukupi, baik dari segi guru, murid, atau bahan pengajaran.

Rakyat telah menolak dasar ini, yang kemudiannya menjadi isu politik, dan akhirnya dasar ini dimansuhkan. Walau bagaimanapun, penyokong-penyokong dasar ini masih belum berputus asa dan terus berjuang, disokong oleh beberapa akhbar berbahasa Inggeris, kerana isu ini berkait rapat dengan kelarisan jualan akhbar berkenaan.

Hala Tuju Bahasa Melayu : Mara ke hadapan

(20)

20

1. Terus-menerus membina bahasa Melayu

Walaupun telah terbukti bahasa Melayu dapat menjadi bahasa dunia moden, terutama sebagai bahasa ilmu, proses pembinaanya hendaklah terus-menerus dijalankan. Ilmu pengetahuan sentiasa berkembang dan perkara-perkara baharu sentiasa diperkenalkan serta diperkatakan. Oleh itu, istilah-istilah baharu perlu diwujudkan dan cara pengungkapan baharu dikemukakan agar bahasa kita tidak ketinggalan zaman. Tugas ini tidak harus dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama semua warganegara Malaysia.

2. Terus-menerus membuktikan keupayaan bahasa Melayu

Bukti keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perhubungan umum dan bahasa ilmu tercapai melalui penggunaannya dengan berkesan dalam bidang-bidang ini. Oleh itu, walaupun kita telah merdeka sejak 55 tahun dahulu, kita masih perlu terus-menerus menunjukkan keupayaan ini. Bahkan, perlu diperlihatkan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja dapat mengungkapkan semua perkara dalam dunia ini, tetapi berupaya mengungkapkannya dengan betul, dengan berkesan dan dengan indah. Dengan kata lain, penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja terserlah dari segi binaannya tetapi juga mengandungi ciri-ciri keindahan yang tinggi.

3. Terus-menerus mempunyai pengguna yang bijak menggunakannya

Bahasa Melayu selepas 55 tahun merdeka hendaklah merupakan bahasa Melayu yang digunakan oleh semua orang dalam kehidupan sehari-hari. Dengan kata lain, bagi kemajuan bahasa Melayu, perlu wujud penutur-penuturnya yang bukan sahaja pandai menggunakannya dengan baik, betul dan indah, tetapi juga yang mempunyai rasa megah tatkala menggunakannya. Merekalah juga pengguna yang akan sentiasa menghidupkan bahasa Melayu di samping mengetahui beberapa bahasa lain, termasuk bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris.

4. Menangani dasar MBMMBI

Dasar PPSMI telah digantikan dengan dasar MBMMBI, iaitu dasar yang berbentuk “Memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris’. Dalam hal ini, kita harus menentukan agar semua pihak benar-benar memahami maksud memartabatkan bahasa Melayu, kerana jika salah langkah, bahasa Inggeris pula yang dimartabatkan di samping dikukuhkan. Bahasa Inggeris mempunyai jumlah penyokong yang amat besar, dengan media massa memainkan peranan utama, terutama akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Malangnya, media massa berbahasa Melayu tidak begitu memperlihtakan motivasi yang sama terhadap bahasa Melayu.

5. Respons kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah satu dokumen yang baru digubal oleh Kementerian Pelajaran sebagai blueprint untuk perancangan pendidikan bagi jangka masa 2012-2025. Berkaitan dengan perkara ini, dua perkara ingin saya timbulkan.

a) Meneliti dan memberikan respons

(21)

21 Saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir untuk membaca, meneliti dan memberi input kepada dokumen ini, sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Jikalau kita tidak bertindak, Kementerian Pelajaran akan menganggap bahawa kita bersetuju dengan perancangan ini dan akan melaksanakannya sebagaimana yang sedia ada dalam dokumen ini. Juga, dahulu kita menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil kira pandangan kita sewaktu melaksanakan dasar PPSMI. Kini kita telah diberi dokumen ini; marilah kita memberikan respons yang diminta.

b) Aspek memartabatkan bahasa Melayu

Khusus berkaitan dengan dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pada bahagian yang membincangkan cara-cara memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris (Bab 4), saya ingin menarik perhatian kepada hakikat bahawa huraian tersebut tidak seimbang. Pelan ini kelihatan terlalu berat sebelah. Sebagai contoh, huraian tentang pemartabatan bahasa Melayu dibuat hanya dalam DUA perenggan yang agak pendek. Pada hemat saya, huraian ini tidak mencukupi dan tidak akan dapat membimbing pihak Kementerian Pelajaran serta para guru menyusun program. Akhirnya, tidak akan wujud prgram pemartabatan bahasa Melayu yang berkesan, dan tidak akan martabatlah bahasa kebangsaan kita.

Sebaliknya, bahagian tentang cara-cara mengukuhkan bahasa Inggeris dibuat dalam LAPAN

perenggan serta satu jadual, dengan huraian yang agak lengkap tentang cara-cara

melaksanakannya. Sikap menganakemaskan bahasa Inggeris ini amat tidak adil, kerana kelak akan menjadikan pelaksanaan dasar MBMMBI tidak seimbang, dan akhirnya bahasa Inggeris mendapat manfaat tetapi bahasa Melayu terabai dan terpinggir.

Sekali lagi saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian supaya menjadikan isu ini satu resolusi persidangan ini dan dikirim sebagai memorandum khusus. Resolusinya hendaklah menyatakan bahawa kita tidak puas hati dengan huraian tentang cara-cara melaksanakan proses memartabatkan bahasa Melayu yang terlalu ringkas dalam dokumen ini. Kita meminta supaya dihuraikan langkah-langkah dengan lebih teliti, sebagaimana yang dibuat untuk bahasa Inggeris.

c) Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu

Dalam banyak perbincangan tentang fungsi bahasa kebangsaan oleh sebahagian besar ahli bahasa, misalnya Garvin, Mathiot dan Fishman, fungsi pemersatu diberi tekanan di samping fungsi pengasingan dan fungsi prestij. Pada tahun 1950-an hingga 1970-an dahulu, aspek ini ditekankan, terutama dalam Laporan Razak yang menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Negara kita. Kini, melihat huraian dalam Bab 2 Pelan ini, kelihatan bahawa pucuk pimpinan kita tidak menganggap aspek ini penting; fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa pemersatu tidak diambil kira. Yang diberikan tekanan dalam proses pemupukan perpaduan negara ialah:

Melalu interaksi dengan individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik murid belajar memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian. Maka perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan Malaysia. Melalui nilai dan penglaman ini, maka terbentuk identiti nasional yang sama dan terjalinnya perpaduan negara.

(22)

22 dimasukkan ke dalam memorandum yang akan dikirim kepada Kementerian Pelajaran sebagai resolusi persidangan ini.

Penutup : Perjuangan Yang Masih Belum Selesai

Saya berpendapat bahawa walaupun kita telah mengecap kemerdekaan selama 55 tahun, persoalan bahasa kebangsaan kita masih belum seslesai. Amat banyak yang perlu dilakukan, kerana wujud cabaran-cabaran baharu dan kita dikehendaki menentukan hala tuju khusus.

Akhir kata:

Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan simpan dalam hati.

Rujukan

Abdul Rahim bin Abu Bakar. 2001. Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu sebagai Tonggak

Negara Bangsa dalam Gelombang Globalisasi. Syarahan Perdana, Bulan Bahasa dan Sastera

Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2002. Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Siri Bicara Bahasa Bil. 14. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Persatuan Linguistik Malaysia.

Asraf (ed,) 1996. Manifesto Bahasa – Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025.

Nik Safiah Karim. 2000. Bahasa Melayu dalam Dekad 90-an. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

... 2010 . Panorama Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur : Penerbit

Universiti Malaya.

Shaharir bin Mohd. Zain. 1996. ”Pengembangan Sains dan Teknologi di Malaysia Menerusi Bahasa Melayu.” Syarahan Raja Ali Haji 1996, Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia.

(23)

23

3

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan dan

Jati Diri

Teo Kok Seong

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan peranan serta peri pentingnya bahasa Melayu selaku bahasa negara (dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi), dalam membentuk negara bangsa Malaysia yang bersatu padu serta jati diri nasional/Malaysia.

Peranan dan kepentingan bahasa Melayu yang diteliti dari sudut sosiolinguistik, merangkumi beberapa aspek. Antaranya adalah hubungan kait bahasa Melayu dan jati diri budaya serta nasional, bahasa Melayu sebagai alat pemersatu untuk perpaduan kaum/integrasi nasional, serta bahasa Melayu tinggi, sebutan baku (1988-2000), dan percampuran bahasa Melayu-bahasa Inggeris dalam konteks jati diri bahasa Melayu selaku bahasa negara.

Pemerkasaan bahasa Melayu selaku bahasa negara melalui beberapa etos ikut dibincangkan sebagai rumusan dan kesimpulan kepada peranan dan peri pentingnya bahasa Melayu dalam kedua-dua pembentukan jati diri nasional dan negara-bangsa Malaysia.

Pendahuluan

Penggunaan bahasa untuk kedua-dua tujuan penyatupaduan dan pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang baharu. Pada zaman purba, misalnya di China, iaitu semasa kekuasaan Dinasti Qin (Chin) (221-206 SM), Maharajanya yang amat dikenali, Shih Huang Ti telah menggunakan bahasa, khususnya sistem ejaan/tulisan untuk mempersatukan umat di seluruh China, yang bertutur dalam ratusan bahasa/dialek yang berbeza-beza.

Pada zaman moden, Republik Indonesia semasa mencapai kemerdekaan pada 1945, melalui Sukarno selaku Presidennya yang pertama, telah bukan sahaja melaungkan tetapi mempersatukan rakyat di kepulauan yang terdiri daripada sekitar 13,500 buah pulau itu, melalui slogan “Satu Nusa, Satu Bangsa, Satu Bahasa” – Negara Indonesia, Bangsa Indonesia, Bahasa Indonesia!

(24)

24

Jati Diri dan Negara Bangsa

Secara umumnya, jati diri atau identiti adalah satu kategori yang merujuk kepada perasaan dan/atau pemikiran tentang diri kita sebagai satu kelompok (lihat antaranya Sills 1968, Outhwaite 2003). Perasaan dan/atau pemikiran ini yang sama ada ditentukan oleh kita sendiri dan/atau pihak lain, merangkumi pelbagai dimensi. Antaranya adalah sosial, budaya, wilayah, serta nasional, dan kesemua ini wujud sebagai jati diri sosial, jati diri budaya, jati diri wilayah dan jati diri nasional.

Jati diri boleh diteliti, sama ada sebagai sesuatu yang tetap, iaitu abadi ataupun sebaliknya, sebagai sesuatu yang dinamik, yakni senantiasa berubah-ubah. Sehubungan jati diri yang dianggap sebagai satu proses, lantas tidak tetap dan selalu berubah-ubah, kata “subjektif” sering digunakan apabila ianya dibicarakan. Oleh itu, jati diri dalam konteks proses dan/atau dinamik ini, sering ditakrifkan sebagai perasaan subjektif (berubah-ubah) tentang kesamaan dan kesinambungan sebagai satu kelompok.

Dari segi sebagai kategori tetap, jati diri adalah kemampuan untuk terus kekal seperti sedia kala walaupun dilanda perubahan (yang kadangkalanya bersifat bertubi-tubi). Takrif begini menegaskan kesamaan dan kesinambungan sejarah pada sesebuah kelompok itu, yang tidak berubah-ubah.

Jati diri juga sering ditakrifkan sebagai cara kita sendiri menonjolkan diri kita, yang ikut diperhati oleh pihak lain. Jati diri kita itu boleh sama ada bersifat positif mahupun negatif.

Selain ini, jati diri juga boleh diteliti dari segi sinkronik, yakni pada satu-satu titik masa, misalnya jati diri kaum Melayu pada masa kini, yakni abad 21, dan/atau dari segi diakronik, iaitu merentas masa dari satu titik kepada satu titik yang lain, misalnya dari abad 19 sehingga abad 20.

Negara bangsa pula, secara umumnya merujuk kepada gabungan institusi-institusi politik (misalnya

pelbagai kumpulan etnik) serta jati diri sepunya dalam satu unit pemerintahan dan/atau negara yang berdaulat (lihat antaranya Palmisano 2001: 466, Calhoun 2002: 330).

Walau bagaimanapun, istilah “negara bangsa” (nation state) banyak digunakan dan diberi takrifan yang berbeza-beza. Lazimnya, negara-bangsa merujuk kepada warga-warga dalam sebuah negara, yang berkongsi sejarah, budaya dan bahasa yang sama, dan mereka ini (berdasarkan perkongsian yang sama ini) mendapati dan/atau didapati memiliki jati diri yang sama dalam kalangan semua sektor masyarakat dan yang jelas pula sifatnya nasionalnya. England, Itali dan Jerman (sekadar menyebut tiga contoh di Eropah) adalah negara bangsa yang dibentuk dan/atau terbentuk melalui cara persamaan ini.

Namun, terdapat beberapa negara bangsa yang dibentuk dengan warga-warga di dalamnya yang tidak pun berkongsi sejarah, budaya dan bahasa yang sama, justeru tidak memiliki jati diri yang sama pada mulanya (dan diharapkan akan memiliki jati diri yang sama pada kemudiannya). Malaysia adalah salah satu contoh negara bangsa sedemikian.

Dalam negara bangsa begini, yakni seperti Malaysia, kepelbagaian etnik adalah satu kompleksiti sosial yang perlu ditangani, agar jati diri yang sama, yang tidak dimiliki dan/atau dipamerkan oleh seluruh warganya pada mulanya, dapat dibentuk serta diperaga, lebih-lebih lagi dalam bentuk yang utuh pada kemudian hari.

(25)

25

Peranan dan Kepentingan Bahasa dalam Pembentukan Jati Diri dan Negara

Bangsa

Jati diri dapat dinyatakan/ditonjolkan melalui beberapa cara. Antaranya adalah melalui bahasa, yang dapat dinyatakan dan/atau dibentuk secara nasionaliti, lokasi geografi, etnisiti, kelas sosial dan sebagainya.

Hubung kait antara bahasa dan jati diri sudah banyak diteliti. Berdasarkan pelbagai cara dalam beberapa tradisi sosiolinguistik, jati diri diteliti antaranya sebagai angkubah sosial yang dapat dihubungkan dengan angkubah bahasa/linguistik, percampuran bahasa yang dapat mempertali aspek-aspek tertentu dalam kalangan dwibahasa/bilingual, dan sebagainya.

Dalam konteks pembentukan negara bangsa pula, bahasa adalah antara beberapa wahana penting yang boleh digunakan untuk mewujudkan penyatupaduan dan perasaan dan/atau pemikiran sebangsa itu. Dengan perkataan lain, bahasa antara elemen utama untuk pembentukan negara bangsa (dalam konteks penyatupaduan dan perasaan dan/atau pemikiran sebangsa), selain dalam pembangunan negara (dalam konteks kemajuan negara dari pelbagai segi – ekonomi, sosial, dan politik) (Teo Kok Seong 2007: 173-189).

Dalam hal ini, gagasan penggunaan satu bahasa yang dikongsi bersama sebagai faktor dan/atau elemen penyatupaduan dalam negara bangsa seperti Malaysia, adalah penting sekali. Gagasan ini juga dianggap penting untuk mewujudkan perasaan dan/atau pemikiran sebangsa. Kedua-dua ini boleh dilakukan melalui bahasa, khususnya promosi bahasa kebangsaan.

Bahasa Melayu selaku Bahasa Negara

Bahasa kebangsaan itu sebenarnya adalah simbol nasional negara yang diwakilinya (Garvin 1973: 71), dan ia mewakili semua sektor masyarakat dari setiap pelosok negara berkenaan. Pada kelazimannya, bahasa kebangsaan itu adalah sebuah bahasa tempatan atau peribumi. Ini adalah untuk membolehkannya mewakili negara berkenaan dari segi kewilayahan dan/atau kesempadanan, serta warga-warganya dari segi nasionaliti, dengan tepat tanpa sebarang persoalan.

Sebagai bahasa negara, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Dengan perkataan lain, bahasa Melayu mendukung kedua-dua peranan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, yang fungsi-fungsinya adalah berlainan antara satu sama lain (Teo Kok Seong 2006b: 20-23).

Perbezaan yang paling ketara antara bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah tujuan atau peranannya. Tujuan atau peranan utama bahasa kebangsaan rata-ratanya adalah bersifat simbolik, yakni ia merupakan simbol/lambang kepada perasaan serta emosi penyatuan politik, sosial, budaya dan lain-lain, dan semua ini pula boleh mewujudkan perasaan perpaduan/muhibah/sepunya dalam kalangan warga negara berkenaan.

Manakala tujuan/peranan utama bahasa rasmi rata-ratanya adalah bersifat pragmatik, iaitu ia boleh dan perlu digunakan, khususnya untuk membangunkan negara berkenaan dari pelbagai segi: politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain, agar negara berkenaan dapat berkembang dan maju/terus berkembang dan maju.

(26)

26 Di Malaysia, bahasa Melayu dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan, adalah bahasa perpaduan. Sebenarnya, istilah “bahasa kebangsaan” yang digunakan itu, pada kebanyakan masanya, merujuk kepada peranan bahasa Melayu selaku “bahasa perpaduan”.

Di dalam sebuah negara yang warganya terdiri pelbagai kaum, satu bahasa yang boleh dianggap sebagai dimiliki bersama, untuk tujuan integrasi selain instrumental, adalah sangat penting. Sehubungan ini, bahasa Melayu, bahasa tempatan atau peribumi negara ini, dipilih untuk mendukung kedua-dua tujuan atau peranan itu, iaitu (a) integrasi (yang memperlihat bahasa Melayu bertindak sabagai bahasa kebangsaan) dan (b) komunikasi (yang memperlihat bahasa Melayu bertindak selaku bahasa rasmi).

Sebenarnya, pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara adalah berdasarkan empat faktor. Pertama, bahasa Melayu adalah bahasa kumpulan etnik yang paling ramai. Pada sekitar 1957, sewaktu kemerdekaan, kaum Melayu yang merupakan 49.78% daripada jumlah keseluruhan penduduk, adalah kelompok majoriti. Kedua, bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa tempatan, mampu memberi keperibadian peribumi kepada negara ini. Ketiga, bahasa Melayu adalah/telah menjadi bahasa perhubungan/lingua franca di rantau ini, untuk beberapa lama abadnya. Keempat, bahasa Melayu adalah bahasa pentadbiran untuk beberapa Kerajaan Melayu sebelum kehadiran mana-mana kuasa barat di negara ini (Asmah Haji Omar, 1979: 13).

Bahasa Melayu dan Pembentukan Jati Diri serta Negara Bangsa Malaysia

Bahasa mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ini dapat diteliti apabila bahasa mempunyai kuasa untuk mendukung, meneruskan serta mengekalkan jati diri budaya serta yang lain-lain, bagi sesebuah masyarakat atau negara itu. Hal ini boleh terjadi kerana bahasa sememangnya mempunyai kuasa/wibawa selain merupakan simbol konkrit, yakni betul-betul wujud, untuk melaskanakan fungsi budaya dan lain-lain itu. Oleh itu, bahasa didapati amat sesuai digunakan untuk mewujudkan dan seterusnya mempertahan sentimen etnik (misalnya jati diri bangsa) dan/atau nasionalis (seperti semangat kebangsaan/patriotisme) sesebuah masyarakat atau negara itu.

Bahasa Melayu dan Jati Diri Budaya/Nasional

Dalam konteks ini, yakni penerusan jati diri budaya, dan malah jati diri nasional dan juga yang lain-lain, bahasa Melayu selaku bahasa negara didapati mendukung dua peranan penting (Teo Kok Seong 2005: 12-15, 2006a: 6-9, 2009a: 6-9). Pertama, bahasa Melayu selaku bahasa negara (dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi) adalah wahana utama untuk meneruskan serta mengekalkan budaya nasional (antaranya adalah sejarah, aspirasi, pencapaian, sistem nilai, dan sebagainya tentang masyarakat atau negara Malaysia). Kedua, bahasa Melayu selaku bahasa negara, merupakan perantara penting untuk menyampaikan dan menyebarkan budaya nasional kepada generasi-generasi mendatang.

(27)

27 Bahasa Melayu juga membolehkan masyarakat atau negara Malaysia menyimpan sejarah negara. Peranan bahasa Melayu dalam aspek ini adalah untuk mencatatkan fakta, sama ada dalam bentuk catatan sejarah, tinjauan geografi, akta perundangan, atau laporan saintifik dan empiris tentang pelbagai hal. Fungsi bahasa Melayu ini adalah penting kerana segala catatan itu -- pengamatan, fakta, eksperimen, akal dan lain-lain -- merupakan ilmu dan pengetahuan untuk diwarisi oleh generasi-generasi berikutnya. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan ini adalah keperluan mutlak untuk pembangunan sosial, dan yang lain-lain serta penerusan dan pengekalan budaya nasional untuk masyarakat atau negara Malaysia.

Dalam hal ini, kita tidak sekali-kali memerlukan bahasa lain, misalnya bahasa Inggeris dan/atau bahasa-bahasa moden yang lain. Bahasa Melayu sebetulnya dan sememangnya mampu, malah amat mampu sekali untuk mendukung dua fungsi budaya yang perlu dimainkan oleh bahasa, iaitu (a) penerusan budaya nasional, dan (b) proses penyampaian maklumat tentang budaya nasional.

Bahasa Melayu sudah lama mencapai status bahasa moden, iaitu bahasa yang mampu mengungkapkan segala macam hal, baik yang konkrit mahupun abstrak dalam segala macam ilmu/dispilin. Sebagai bahasa moden, korpus bahasa Melayu adalah lengkap atau hampir sempurna. Ini diteliti dari segi sistem-sistem dalaman pada bahasa Melayu: tulisan, ejaan, kosa kata, istilah, dan nahu.

Sehubungan status sebagai bahasa moden, bahasa Melayu adalah bahasa yang sudah dikodifikasikan, yakni ia telah dipupuk sehingga sudah terbina ragam standard/bakunya. Sebetulnya ragam standard/baku ini adalah kekuatan yang ada dan dimiliki oleh bahasa Melayu selaku bahasa ilmu/bahasa moden.

Bahasa Melayu dan Perpaduan Kaum/Integrasi Nasional

Gagasan untuk mengadakan sekolah satu sistem di Malaysia (pada masa ini dan juga pada masa-masa dahulu), yang menggunakan satu bahasa sahaja, yakni bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk tujuan hubungan kaum yang lebih baik, yakni perpaduan antara warganya yang berbilang etnik itu.

Sistem pendidikan nasional kini yang membenarkan kewujudan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, sekolah persendirian/swasta, sekolah antarabangsa dan juga persekolahan di rumah (home schooling), didapati tidak dapat dan tidak banyak membantu dalam mengeratkan warga Malaysia, khususnya golongan muda (Teo Kok Seong 2009b).

Sekolah satu sistem, yang sudah tentu merupakan sekolah kebangsaan, melalui penggunaan bahasa Melayu sahaja selaku bahasa pengantar utama, diyakini dapat mempertingkat interaksi dan komunikasi dalam kalangan warga Malaysia, khususnya golongan muda. Peningkatan ini antaranya adalah penting sekali untuk mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara satu sama lain.

(28)

28

Bahasa Melayu Tinggi (lawan kepada Bahasa Melayu Rendah)

Istilah “bahasa Melayu tinggi” merujuk kepada sejenis/satu ragam bahasa Melayu, yang dikaitkan dengan penggunaan formal (formal use) dan penggunaan dalam bidang pendidikan (educated use) (Teo Kok Seong et al. 2010). Dengan perkataan lain, bahasa Melayu tinggi adalah laras bahasa Melayu formal, yakni ragam bahasa Melayu yang perlu mematuhi peraturan-peraturan bahasa/linguistik, agar penggunaan bahasa Melayu itu bersifat betul, baik dan formal.

Dalam konteks ini, bahasa Melayu tinggi boleh dianggap sebagai bahasa standard/baku (bahasa Melayu), dan perlu mematuhi nahu preskriptif untuk bahasa Melayu, seperti yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pematuhan kepada nahu preskriptif ini, antara lain adalah untuk memberi mutu (tinggi) kepada bahasa Melayu, yang digunakan secara formal. Mutu yang tinggi inilah yang ikut memberi jati diri kepada bahasa Melayu selaku bahasa negara, khususnya dari dimensi standard dan nilai.

Sebutan Baku (1988-2000)

Prinsip sebutan baku (1988-2000) untuk bahasa Melayu merujuk kepada cara pengucapan yang menegaskan lafaz sesuatu bunyi bahasa Melayu itu, perlu mengikuti nilai bunyi bahasa tersebut, seperti yang dilambangkan oleh fonemnya dalam sistem fonologi bahasa Melayu.

Pemansuhannya pada Januari 2008 (kecuali pada mata pelajaran bahasa Melayu – pada teorinya) setelah 12 tahun dilaksanakan semenjak 1988, sebenarnya mempunyai kesan linguistik yang negatif, yang amat mendalam kesannya kepada bahasa Melayu.

Kesan yang paling serius ialah pemansuhan itu telah menghakis jati diri fizikal bahasa Melayu (yakni bahasa Melayu perlu kedengaran dan kelihatan tidak sama dengan bahasa lain), dan jati diri ini, iaitu prinsip/sifat fonemik bahasa Melayu, yang merupakan warisan linguistik bahasa Melayu semenjak turun-temurun, kini terhakis, malah telah mulai hilang (pupus?).

Sebutan baku ini penting untuk lafaz kata-kata pinjaman/serapan, yang sudah pun diselaras dan disesuaikan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (misalnya <produk> untuk padanan bahasa Inggeris <product>), perlu ikut diselaras dan disesuaikan dengan sistem sebutan bahasa Melayu yang fonemik sifatnya (misalnya [produk] dan bukan [prodak] untuk padanan bahasa Inggerisnya.

Untuk kata-kata bahasa Melayu asli dan yang lain-lain, sebutan baku ini perlu membenarkan satu julat yang (a) pada satu penjuru memperlihatkan dan/atau membenarkan lafaz yang unggul/betul (misalnya [buluh] dan [sirih], dan (b) pada satu penjuru lain memperlihatkan dan/atau membenarkan lafaz yang tidak unggul/tidak betul, misalnya [buloh] dan [sireh].

Julat ini selain penting adalah baik untuk semua pihak – orang-orang Malaysia Semenanjung dan Malaysia Sabah dan Sarawak, yang sudah mempunyai tabiat lafaz yang tersendiri.

(29)

29

Percampuran Bahasa Melayu/Bahasa (Melayu) Rojak

Percampuran bahasa Melayu dengan bentuk-bentuk bahasa (bahasa-bahasa) lain yang tidak merupakan kata-kata pinjaman/serapan, atau bahasa (Melayu) rojak, dalam penggunaan bahasa Melayu formal, adalah satu amalan bahasa/linguistik yang tidak baik. Ia didapati tidak baik untuk citra/imej bahasa Melayu selaku bahasa negara (dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi) (Teo Kok Seong 2006b: 697-712).

Bahasa (Melayu) rojak adalah bahasa Melayu rendah. Ia antaranya adalah kerana bahasa (Melayu) rojak adalah laras (bahasa Melayu) tak formal. Justeru ia tidak sesuai digunakan dalam ranah (domain) formal. Dalam ranah formal, hanya penggunaan bahasa Melayu tinggi dianggap sesuai. Dalam konteks percampuran ini, bahasa Melayu tinggi adalah ragam yang tidak dicemari oleh bentuk-bentuk bahasa (bahasa-bahasa) lain, yang tidak pun merupakan kata-kata pinjaman/serapan dalam bahasa Melayu (Teo Kok Seong 2012).

Sebagai bahasa Melayu rendah, sudah tentu bahasa Melayu (rojak) kalau digunakan dalam domain rasmi/formal, boleh memberi perwatakan negatif kepada jati diri bahasa Melayu selaku bahasa negara.

Pemerkasaan Bahasa Melayu melalui Beberapa Etos

Untuk pembentukan jati diri dan negara bangsa Malaysia, atau lebih tepat lagi pemerkasaan bangsa Malaysia dan negara-bangsa Malaysia, beberapa etos bahasa Melayu (iaitu kod nilai bahasa Melayu yang mengawal kehidupan sosial warga Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum) dikemukakan (Asmah Haji Omar 2008: 80-81).

Etos pertama dan yang paling penting ialah jati diri bangsa Malaysia adalah dan perlulah melalui bahasa Melayu selaku bahasa negara (dalam kapasitinya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi). Jati diri nasional bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu diasaskan kepada keperkasaan bahasa Melayu dari beberapa dimensi.

Antara yang penting ialah penyebaran bahasa Melayu yang luas dalam geolinguistik Alam Melayu selama dan/atau untuk berabad-abad lamanya, dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk atau dalam beberapa bidang, antaranya persuratan, agama, abad, hukum kanun, dan sebagainya, adalah elemen penting pada etos pertama ini.

Dengan perkataan lain, bahasa Melayu telah mendukung peranan penting selaku bahasa peradaban/tamadun tinggi pada satu ketika dahulu. Pada zaman moden ini, bahasa Melayu terus memperlihatkan kemampuan untuk mendukung peranan lama itu, yakni sebagai bahasa peradaban/tamadun tinggi, kini dalam bentuk bahasa ilmu/bahasa moden.

Jati diri nasional bangsa Malaysia yang berbilang kaum, yang berteraskan bahasa Melayu pada mulanya tidak begitu diterima dengan baik oleh golongan bukan Melayu. Tetapi kini, setelah pelbagai program pemupukan semangat kebangsaan/patriotisme disemaikan oleh para pemimpin bukan Melayu sendiri, kepada golongan bukan Melayu, etos jati diri nasional bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu terbina (walaupun belum sepenuhnya) dalam kalangan bukan Melayu.

(30)

30 Dengan perkataan lain, tempat bahasa Melayu adalah dan perlulah senantiasa di atas, dan bukannya separas dan sudah tentu tidak sekali-kali boleh wujud atau diletekkan di bawah mana-mana bahasa. Ini adalah kerana, dalam konteks etos kedua ini, iaitu maruah bangsa Malaysia adalah atapun terletak pada martabat bahasa Melayu. Dalam konteks ini, bahasa Melayu selaku bahasa negara adalah lambang kedaulatan Malaysia, sama ada sebagai sebuah pemerintahan atau negara, ataupun simbol kemuliaan bangsa Malaysia!

Sehubungan ini, bangsa Malaysia perlu berhati-hati agar bahasa Melayu senantiasa diperlaku dengan penuh tertib, sesuai dengan status khalisnya sebagai bahasa negara. Oleh itu, bahasa Melayu perlu selalu diutamakan dan tidak boleh sekali-kali diketepikan dalam ranah-ranah penggunaan yang memang merupakan hak dan kuasa bahasa Melayu, selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

Etos ketiga dan terakhir ialah imej bangsa Malaysia dan negara-bangsa Malaysia ialah imej bahasa Melayu. Amalan dan perilaku kita semua terhadap bahasa Melayu, khususnya yang bertentangan dengan statusnya selaku bahasa negara, sudah pasti menimbulkan pelbagai persepsi, lebih-lebih lagi yang negatif, kepada diri kita sendiri dan juga orang /masyarakat luar (Malaysia).

Dengan perkataan lain, tindakan yang boleh merendah-rendahkan dan/atau menurunkan imej bahasa Melayu, sebetulnya ikut merendahkan dan/atau menurunkan imej kita semua sebagai kelompok dan negara yang berdaulat.

Pewujudan Etos Nasional/Malaysia

Proses mewujudkan etos nasional atau etos Malaysia melalui bahasa Melayu selaku bahasa negara melalui jati diri, status, dan imej bahasa Melayu, boleh dilakukan melalui tiga peringkat: (a) pelaksanaan, (b) pemasyarakatan, dan (c) penguasaan (Asmah Haji Omar 2008: 81).

Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud pelaksanaan Dasar Bahasa Negara, khususnya dari segi undang-undang, dengan lebih ketat lagi. Perkara 152 dalam Perlembagaan Negara, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dan Akta Kerajaan Tempatan, adalah antara perundangan-perundangan penting yang boleh memastikan jati diri, status dan imej bahasa Melayu terus utuh, tinggi dan baik.

Dengan pemasyarakatan, ia bermaksud pemupukan semangat sayang, bangga dan taat kepada bahasa Melayu, dalam kalangan warga Malaysia, selain penyebaran maklumat korpus bahasa Melayu tentang ejaan, tulisan, kosa kata, istilah, dan nahu kepada setiap lapisan warga, dengan lebih berkesan lagi. Ini adalah penting agar bahasa Melayu yang digunakan itu (dalam ranah formal khasnya dan ranah tak formal amnya) lebih bermutu sifatnya.

Dengan penguasaan, ia bermaksud bangsa Malaysia menguasai bahasa Melayu (dan bukan bahasa lain – dalam konteks bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, manakala bahasa/bahasa-bahasa-bahasa lain itu adalah bahasa sumber ilmu), untuk menggunakan bahasa Melayu memajukan diri sendiri dan negara.

Rumusan dan Kesimpulan

(31)

Referensi

Dokumen terkait

Pengaruh promkes tentang seks pranikah melalui peer group terhadap sikap remaja dalam pencegahan seks pranikah di SMA Negeri 1 Patianrowo Berdasarkan tabel 6

Penelitian dilakukan dalam kurun waktu Desember 2018 sampai dengan Februari 2019. Pengamatan rantai pasok secara keseluruhan dilakukan di Kabupaten Kampar.

Berdasarkan latar belakang di atas, fokus kajian dalam penelitian ini adalah ada tidaknya mengetahui perbedaan kemampuan berpikir kritis dan prestasi belajar IPS

Tomorrow’s Antiques Indonesia baik melalui komitmen untuk fokus pada pelanggan, obsesi terhadap kualitas, melakukan rapat bulanan dengan karyawan, karyawan ikut

d) Data jemaat, Fitur ini merupakan aplikasi yang dibangun oleh dua teman saya saat melakukan Kerja Praktek di Gereja GMIM Getsemani Lansot yang fungsinya untuk

Elastisitas yang digunakan untuk mengukur intensitas reaksi konsumen atau pembeli pada umumnya dalam bentuk perubahan jumlah barang yang diminta terhadap perubahan

Tujuan dalam penelitian ini untuk mengetahui tingkat pola asuh orang tua yang diterapkan, untuk mengetahui tingkat kecerdasan emosional, dan untuk mengetahui

Hal ini sangat disayangkan karena keberadaan Sungai Deli pada kawasan situs bangunan bersejarah Kota Medan yaitu Istana Maimun sangat berpotensi untuk