• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nasib Malang Perkataan Melayu dan Bahasa Melayu

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 88-91)

Sebagaimana tercatat dalam sejarah, Bahasa Melayu telah dimertabatkan sebagai Bahasa rasmi bagi Negara ini setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 dengan penjenamaan sebagai Bahasa Kebangsaan. Dengan itu secara tidak langsung terhapuslah nama Bahasa Melayu. Ini diikuti dengan penghapusan nama Sekolah Melayu menjadi Sekolah Kebangsaan. Dan pada tahun 1963, setelah Negara ini bergabung dengan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura, terhapuslah secara rasmi nama Persekutuan Tanah Melayu, digantikan dengan Malaysia. Dan Bahasa Kebangsaan juga turut dijenamakan sebagai Bahasa Malaysia.

Beberapa dasawarsa kemudian, seorang lagi pemimpin politik Melayu telah bertindak memerintahkan pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Seterusnya pemimpin ini turut mengubah istilah Kad Pengenalan kepada istilah baru, ‘Mykad’. Apa yang lebih malang lagi bagi istilah ‘Melayu’ ialah di dalam ‘mykad’ itu sudah di hapuskan ruangan ‘bangsa’ digantikan dengan ruangan warganegara. Terkini seorang lagi pemimpin politik Melayu secara sesuka hati menukarkan nama-nama tempat yang bersedia di dalam Bahasa Melayu kepada istilah dalam Bahasa Inggeris, seperti Puduraya, ditukar jadi

89 Pudu Central. Inilah ‘mercu tanda’ penting yang memperlihatkan sifat ‘English manic’ di kalangan para pemimpin politik Melayu yang melenyapkan semua perkataan ‘Melayu’ di negaranya ini.

Dahulu kala, ketika tiba Bulan Bahasa Kebangsaan di Negara ini, ia seperti penandaan satu perayaan yang meriah dan amat bermakna. Ia dijayakan dengan pertandingan demi pertandingan; Syarahan Peringkat Dewasa, Syarahan peringkat sekolah menengah, Berbalas Pantun, Menulis Karangan dan Membaca Sajak. Segala cogankata/kata-kata hikmat tentang bahasa dilaungkan berulang-kali dalam setiap pertandingan; Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa menunjukkan bangsa, Hilang bahasa, lenyaplah bangsa! Namun kini, adalah sesuatu yang amat mengerikan apabila ada para sarjana Melayu yang melahirkan kebimbangan mereka yang Bahasa Melayu bakal berkubur di muzium! Kalau mengikut cogankata ‘Hilang bahasa, lenyaplah bangsa’ apakah ini mengertikan bahawa bangsa Melayu juga akan berkubur di Muzium? Dalam ruangan SASTERA, Berita Harian, Khamis 8 Nov.2012, m.s 34, terdapat sebuah tajuk ini; Bahasa Jiwa Bangsa Berkubur? Tulisan ini adalah laporan dari Persidangan Antarabangsa Memertabatkan Bahasa Melayu yang diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Dalam tahun 2011, dua buah buku tentang Melayu telah terbit. Pertama, Melayu Hilang di Dunia oleh Khalid Salleh dan kedua Nasib Melayu di Bumi Melayu oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Dua buah buku ini mempamerkan kisah benar tentang masa depan orang/bangsa/Negara/Bahasa Melayu di Negara ini. Memang hati sangat lara bila membacanya. Sungguh malang orang/bangsa Melayu kekinian tidak mempedulikan lagi nasib bahasa ibundanya dan nasib bangsanya di masa hadapan. Mereka malah terlalu bangga kalau dapat mencampur-adukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam percakapannya. Sehingga ada si Melayu yang lantang berkata, “I sound stupid if I speak Malay.”!

Apa yang lebih mencelarukan lagi ialah penggunaan bahasa ganjil yang disengajakan bagi menggantikan perkataan asal dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh; ‘bekas’ digantikan dengan mantan, ‘melalui/menerusi’ diganti dengan lewat, ‘Idilfitri diganti dengan lebaran! ‘Selepas’ digantikan dengan pasca. Kalau kedai makan/kedai solek Melayu pula menamakan kedainya dengan nama-nama ‘gila’ seperti; ‘D Saji, ‘D Wajah’, ‘D’ Ayu’, ‘Pretty Tudung’, Aisah Catering dan entah apa-apa lagi. Apa yang lebih memalangkan lagi ialah terdapat akhbar-akhbar Melayu yang sengaja mengagungkan Bahasa Melayu campuran, misalnya dalam Utusan Malaysia ada istilah ‘My Sekolah’. Dalam Berita Harian terdapat satu tajuk; ‘My Kampung My Future’ jana pendapatan’ (Sabtu 3 Nov.2012).

Di samping itu terdapat banyak lain istilah yang salah digunakan. Sebagai contoh pertakaan ‘tuai’. ‘Tuai’ sepatutnya hanya dikhaskan untuk menuai padi sahaja sebagaimana terdapat dalam pantun berikut:

Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak;

Esok jangan rindu-rinduan.

Akan tetapi sekarang ini perkataan ‘tuai’ digunakan mengikut istilah dalam Bahasa Inggeris ‘harvest’. Dengan itu banyak benda yang salah digunakan dengan istilah tuai. Sebagai contoh; tuai ikan, tuai kerang, tuai kepala, tuai limau, tuai lada hitam, tuai air hujan! Baru-baru ini terdapat satu laporan dalam sebuah rancangan tv tempatan tentang seorang penternak rusa di Kelantan. Laporan itu menyebut rusa itu diternak untuk dituai tanduknya serta ditunjukkan juga bagaimana kaedah penternak itu menuai tanduk rusanya.

Apa yang masih tidak berubah dari semenjak dahulu kala hingga waktu ini ialah penggunaan bahasa anak-beranak. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam satu wacana siri Syarahan Perdana anjuran

90 Dewan Bahasa Wilayah Utara telah menggariskan 9 kesalahan tatabahasa yang melibatkan cara membahasakan seseorang. Antaranya:

1.Menggunakan ganti nama yang merendahkan, misalnya menggunakan ganti nama kamu kepada orang yang lebih tinggi tarafnya

2.Menggunakan panggilan mesra sebagai panggilan hormat seperti ‘pakcik’, ‘makcik’, ‘kakak’, ‘abang’ kepada orang yang tidak dikenali.

3.Mengunakan bahasa rendah dalam majlis-majlis rasmi seperti ‘I’, ‘you’, ‘we all’, ‘you all’, ‘gua’, ‘lu’.

4.Menggunakan bahasa kanak-kanak dalam majlis rasmi seperti menggunakan nama diri misalnya, Ani, Siti, ganti saya.

(Jendela Utara, Bil.25, Ogos, 2009, DBP W/Utara, hal.3)

Selain kesalahan-kesalahan di atas, terdapat juga perbahasaan yang kasar dan tak bertamadun yang sering digunakan dalam acara-acara rasmi, misalnya para juri dalam rancangan realiti tv, menggunakan bahasa ‘aku’, ‘kau’, ‘engkau’, ‘kamu’. Di samping itu selalu juga kedapatan dalam acara-acara rasmi digunakan bahasa anak-beranak misalnya, “Selamat datang pakcik/makcik, abang/kakak…” Kalau di Kelantan, semua warga tua wanita dipanggil ‘mak’.

Apa yang lebih menjengkelkan lagi ialah sikap kakitangan awam yang sangat suka menggunakan bahasa anak-beranak. Pergilah berurusan di pejabat-pejabat kerajaan. Nescaya kita akan ditegur begini,

“Ada urusan apa makcik/pakcik?” atau ‘Ada urusan apa kak/auntie/nyonya/apek/mami/mamu?” Atau kalau sesiapa yang pernah naik kapalterbang untuk penerbangan dalam negeri, tidak kira MAS, Air Asia, Fire Fly, pramugari/pramugaranya akan menyapa begini terhadap para penumpang Melayu, “Selamat datang pakcik/makcik!” atau “Assalamualaikum pakcik/makcik!” Akan tetapi kalau kepada para penumpang bukan Melayu mereka akan berkata, “Good morning Sir/madam!”. Begitu juga kalau berurusan dengan pihak kakitangan kerajaan tidak kira yang beruniform atau tidak; polis, bomba, askar, jururawat, guru, pensyarah maktab/universiti. Nantinya semua mereka akan menyapa para warga tua begini, “Ada apa makcik/pakcik?” Kalau para artis pula bila ditemuramah dalam rancangan-rancangan tv, terlalu bangga mencampur-adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping membahasakan nama diri, tidak kira walau sudah berkahwin dan jadi ibu bapa, misalnya, “So, lepas itu Anipun rasa ok, lah. And than mereka settle dengan semua orang minta maaf pada Ani.”

Pada 25 Oktober, 2012, saya sedang beratur untuk mendaftar masuk di ‘kaunter’ Fire Fly di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Bila saya toleh ke belakang, ada seorang wanita separuh umur beratur. Saya rasa telah biasa tengok wajahnya. Lalu saya kata kepadanya begini:

“Saya rasa pernah tengok puan…”

“Saya Profesor Dato’ Dr. XXX, Timbalan Naib Canselor Universiti XYZ,” Jawab wanita itu dengan pantas dan megah.

“Oh, minta maaf, saya Fatimah…” Kata saya memperkenalkan diri. “Aaa, Kak TImah!” Katanya lagi.

Dalam hati saya berkata, “Peringkat Dato’, Profesor! Jadi Timbalan NaibCanselor di universiti, tapi tidak tahu bahasa, macam orang hutan! Dia ingat semua warga tua seperti aku ini jadi tukang cuci baju, sapu sampah di rumahnya, agaknya! Sudahlah pakai seluar macam lelaki, pakai kemeja, pakai jaket, tak nampak macam Melayu! Selekeh satu macam!”

Ya, beginilah penampilan sebahagian besar wanita Melayu kekinian. Sudah hilang segala kejatian keMelayuannya. Samalah dengan perangainya yang tidak tahu bahasa dan adat sopan! Tidak kira apapun jawatan yang disandang atau pangkat yang diberikan, tetap masih menggunakan bahasa tak bertamadun, ‘primitve’! Jadinya kalau seorang yang sudah bergelar Dato’, sudah bertaraf Profesor dan memegang

91 jawatan Timbalan Naib Canselor di sebuah universiti, masih tidak tahu menggunakan Bahasa Melayu dengan betul, bagaimana orangyang tidak berpelajaran hendak menggunakannya dengan betul?

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 88-91)