• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemartabatan Bahasa Melayu

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 91-94)

Sepatutnya setelah 55 tahun dimertabatkan, tidak timbul lagi masalah penggunaan Bahasa Melayu. Akan tetapi, kian lama kian banyak pihak yang menentang penggunaan Bahasa Melayu; PAGE yang berkeras mahukan pelajaran Sains dan Matematik dikekalkan dalam bahasa Inggeris, Dong Zong tetap berkerastidak mahu Bahasa Melayu diajarkan di SRJK Cina. Kalau masih mahu diajar juga, guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu diwajibkan tahu berbahasa Mandarin dan mempunyai sijil khas. Lihat lagi berapa peratuskah nilai penggunaan Bahasa Melayu di Universit-universit! Malah masyarakat peneroka Felda pun mahu dilengkapkan dengan bahasa Inggeris sebagaimana sebuah berita yang tersiar di Utusan

Malaysia, Khamis 1 Nov.2012, m.s 8 yang berbunyi ‘Tingkat bahasa Inggeris generasi baharu peneroka’,

dengan perenggan pertama berbunyi:

Felda melalui Pusat Bahasa Inggeris Felda (YFELC) akan terus bekerjasama dengan City and Guilds, United Kingdom (UK) bagi melengkapkan generasi baharu peneroka dengan penguasaan bahasa Inggeris.

Kata Pengerusinya, keutamaan akan diberikan kepada anak-anak Felda yang berumur 9-14 tahun supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik pada peringkat awal.

Kesilapan utama kenapa Bahasa Melayu tidak dapat diterima/diperakui/diyakini oleh sebahagian si Melayu dan kaum-kaum bukan Melayu di negara ini ialah kerana pihak berkuasa tidak menggunakan proses asimilasi yang mewajibkan para pendatang yang mahu menetap dan menjadi rakyat di negara ini sesuaikan diri dengan dasar pemerintah. Dengan itu para pendatang ini bebas mengamalkan adat-resam, cara hidup dan bahasa ibunda mereka. Malah untuk membuat apa saja di Negara ini mereka tidak perlukan Bahasa Melayu yang jadi bahasa kebangsaan. Sebaliknya mereka boleh menggunakan bahasa apa saja, khasnya bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka. Jadi untuk apakah mereka mesti menguasai Bahasa Melayu? Benarlah seperti yang ditulis oleh Profesor Teo Kok Seong lagi dalam rencananya:

“Pandangan bahasa bahasa Mandarin jauh lebih berguna daripada Bahasa Melayu baik di dalam mahupun di luar Malaysia, lebih-lebih lagi di China dengan kebangkitannya sebagai bakal kuasa dunia, memperlihatkan betapa tebal dan jahilnya kaum Cina mengenai peranan Bahasa Melayu yang bertindak, sekaligus sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi.”

Selain itu perkara yang amat penting dan utama dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini ialah ketegasan dan kecaknaan pihak pemerintah! Kalau ianya dijadikan satu peraturan; semua nama bangunan, nama tempat nama perniagaan, bahasa perantaraan lisan/bertulis diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu, tentu semua pihak akan mematuhinya. Sekiranya ada pihak yang ingkar, kenakan hukuman, baru semua pihak tidak berani membantah lagi. Akan tetapi mampukah pihak berkuasa melakukannya? Inilah persoalan dan masalah yang penting. Mereka takut untuk melakukan demikian kerana kertas undi dalam Pilihan Raya lebih penting dari dasar pemartabatan Bahasa Melayu di Negara ini! Bahasa Melayu tidak mampu meletak mereka atas kerusi kabinet! Inilah hakikat yang wajib diinsafi oleh orang/bangsa Melayu. Kalau bumi milik nenek-moyangpun boleh dibiarkan berpindah milik kepada orang lain, inikan pula hanya Bahasa Melayu!

92 Sukatan pelajaran di sekolah-sekolah juga memerlukan rombakan yang selaras dengan penguatkuasaan Bahasa Melayu. Sekarang sukatan pelajaran di sekolah rendah, menengah, tinggi di Negara ini tidak memberatkan penggunaan Bahasa Melayu. Dalilnya, sukatan pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah tidak mampu menarik minat para murid mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu. Di sekolah menengah, teks-teks yang digunakan terlalu ringan. Tidak memberikan apa-apa wawasan kepada para pelajar, hinggakan ada yang tidak kenal pohon lalang, buah rambutan dan padi.

Dalam pemilihan teks Komsas 2010 dulu, terjadi kekecohan kerana teks-teksnya tidak akan dipilih dari karya-karya berat oleh para Sasterawan Negara, para penerima Hadiah Mastera, SEA Writes Awards dan para penerima Hadiah Sastera Perdana. Sebaliknya akan dipilih dari teks-teks yang ringan, santai yang sesuai dengan jiwa remaja para pelajar! Kalau begitu terjemahkan saja siri novel Harry Potter atau komek Doremon, Ultraman! Negara ini sudah mempunyai sebelas orang Sasterawan Negara dan berpuluh-puluh orang menerima SEA Writes Awarda serta Hadiah Mastera! Adalah amat malang sekali karya-karya mereka tidak laku untuk dijadikan teks di sekolah-sekolah di Negara ini!

Sekitar tahun 1950an dahulu, teks-teks Bahasa Melayu di sekolah rendah ialah seperti Hikayat Hang

Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan cerita-

cerita terjemahan seperti dari drama Shakespeare, Saudagar Venice yang ditulis dalam jawi. Kalau di peringkat menengah untukSijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan, teks-teksnya kesusasteraan klasik terdiri dari Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah, Hikayat Hang Tuah. Bagi kesusasteraan moden digunakan teks-teks seperti Salina, Ranjau Sepanjang Jalan, Desa Pingitan, di samping teks-teks dari Indonesia seperti, Siti Nurbaya, Belenggu, Shah Asuhan, Atheis, Keluarga

Gerilya dan Layar Terkembang.

Dalam tahun 2010, saya telah diberikan sebuah novel remaja yang dijadikan teks kosmas untuk Tingkatan V di Zon Utara oleh seorang bapa pelajar. Beliau meminta saya buat kritikan di akhbar kerana katanya novel remaja berkenaan tidak sesuai dijadikan teks sebab penuh dengan pembohongan. Novel ini ternyata sebuah karya yang mendapat hadiah pertama dalam satu peraduan menulis novel remaja anjuran Syarikat Melayu. Apabila saya menelitinya, memang benar seperti yang didakwa oleh bapa pelajar tersebut. Ianya penuh dengan pembohongan dan menggalakkan remaja melakukan banyak perkara yang buruk.

Saya hairan kenapa karya seperti ini boleh dipilih sebagai buku teks! Dan yang lebih menghairankan lagi bagaimana karya ini dipilih mendapat tempat pertama dalam peraduan tersebut! Sehubungan itu, apa yang perlu diambil-kira lagi ialah ahli panel pemilih karya. Tidak kira untuk peraduan atau untuk dijadikan teks-teks mestilah terdiri dari ahli panel yang berwibawa. Teks-teks untuk Bahasa dan Kesusasteraan Melayu sepatutnya terdiri daripada kerya-karya yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Dengan itu para pelajar bukan sahaja dapat mempelajari tentang ilmu bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu, akan tetapi dapat menambahkan perngetahuan sampingan dan memperluaskan wawasan dalaman mereka seperti tentang kebudayaan, adat-resam, sejarah, agama, nilai moral, nilai kemanusiaan dan perkara- perkara yang ada kaitan dengan kejatian diri merepa.

Di samping itu, pihak berkuasa juga wajar melantik jawatankuasa khas bagi memantau penggunaan Bahasa Melayu di negara ini. Ini adalah kerana pihak-pihak yang berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu ini seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesenian dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, tidak memberikan tanggung-jawab sewajarnyan terhadap pemertabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di negara ini.

Setelah 55 tahun merdeka, rakyat negara ini sepatutnya semuanyasedah celik Bahasa Melayu. Bagi pihak- pihak yang mahu menguasai bahasa lain termasuk bahasa Inggeris, gunakan usaha sendiri, jangan mendesak kerajaan adakan itu adakan ini. Pelajaran Bahasa dan kesusasteraan Melayu sepatutnya mulai diajar di sekolah rendah lagi. Dan wajibkan hanya guru-guru yang mahir dalam bahasa dan kesusasteraan

93 Melayu sahaja yang mengajarnya. Peranan guru dalam pembelajaran satu-satu mata pelajaran adalah amat penting. Guru yang bijak dan nahir boleh menarik keinginan para pelajar untuk mempelajari apa yang diajarkan terutama bagi pelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Penutup

Janganlah rasa terkejut kalau didapati ada kaum-kaum lain di Negara ini yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu hanya wajar digunakan oleh orang/bangsa Melayu saja, tidak perlu dikuat-kuasakan ke atas kaum-kaum lain. Ini adalah kerana tanpa penguasaan Bahasa Melayu, merka masih boleh berkomunikasi dengan manusia lain di seluruh dunia. Terkini bukan masalah Bahasa Melayu sahaja yang mahukan diketepikan, malah diungkit pula tentang masalah perlindungan hak istimewa dan tanah orang Melayu di Negara ini. Inilah cadangan yang dibuat oleh kumpulan pejuang hak kemanusiaan, Equal Right Trust dan Tenaganita. Mereka mahu pihak kerajaan memansuhkan Perlembagaan Persekutuan Artikal 89 dan 153 yang melindungi hak istimewa dan tanah bangsa Melayu di Negara ini. Mereka berpendapat Artikal 89 dan 153 itu sebagai satu diskriminasi terhadap warga-negara bukan Melayu di Negara ini sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah portal berita http//www.malaysianinsider.com. sila rujuk Utusan

Malaysia Khamis, 15 Nov.2012, hal.12).

Sehubungan itu orang/bangsa Melayu di negara ini, berwaspadalah dan insafilah akan hakikat ini demi masa depan tanahair, bangsa dan bahasanya. Berhentilah menyanyi lagu “Berkurna Apa Saja’ yang kononnya untuk mengekalkan keharmonian hidup di Negara ini. Kajilah amanat Dato’ Hasan Ahmad tentang kesilapan masa lalu orang/bangsa Melayu ini:

“Pertama, mereka sanggup terima orang bukan Melayu berkongsi kuasa memerintah Negara ini. Sebelum ini orang bukan Melayu tidak pernah menjadi pemerintah di Tanah Melayu.

Kedua, orang Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat Negara ini. Mereka yang lahir di Negara ini sebelum merdeka, secara automatic menjadi rakyat Negara ini melalui prinsip jos suli.

Ketiga, orang Melayu sanggup membenarkan orang bukan Melayu mengamalkan bahasa, budaya dan agama mereka di Negara ini…”

(Dewan Masyarakat, Ogos, 2007, hal.23) Para warganegara yang ada mempunyai kecintaan kepada negara ini, khususnya orang/bangsa Melayu, sepatutnya sedar walaupun negara ini dan sebahagian besar Negara di Kepulauan Melayu telah dijajah oleh empat bangsa penjajah; Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, namun mereka tidak mampu memusnahkan Bahasa Melayu walaupun mereka berjaya memusnahkan Islam dengan mengkristiankan ramai rakyat Indonesia. Kini tugas dan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Melayu 200% terletak di atas kepala orang/bangsa Melayu. Sejauh ini didapati hanya ada tiga orang sahaja orang bukan Melayu yang membela Bahasa Melayu, iaitu Profesor Teo Kok Seong, Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan Dr Lim Swee Tin. Orang/bangsa Melayu sepatutnya telah lama sedar akan hakikat ini.

Bayan Baru, Pulau Pinang.

94

10

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi

Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad, Ph.D.

Arbai’e bin Sujud, Ph.D.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 91-94)