• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rujukan lain

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 46-48)

Abdullah Hassan (1999). Asimilasi Bahasa: Suatu Tinjauan Terhadap Dasar

Pendidikan Bahasa dan Penerimaan Bahasa Melayu di Malaysia Barat. hal 130-171.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hassan (2009). Mengapa Kami Bantah PPSMI. Dalam. Bab. Hassan Ahmad. Nasionalisme dan Perjuangan Bangsa. Hal 9-12. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia

Han Foo Kwang & Rakan (2011). Lee Kuan Yew - Hard Truth To Keep Singapore Going. Singapura: Straits Times Press.

Kamsiah Abdullah. (1994). Kedwibahasaan, prestasi akademik, dan penguasaan

Bahasa Melayu di kalangan penuntut Melayu di Singapura. Singapura: Angkatan Sasterawan 50

Lee. K.Y. (1998). The Singapore Story. Singapore : Times Editions Pte Ltd Lee. K. Y. (2000). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore : Marshall Cavendish

Seah, C. M. (Ed.). (1977). Asian Values & Modernization. Singapore University Press.

Tom, P. (2012). Dr M: Operasi Malaysia Wawancara dengan Mahathir Mohamad (Edisi Bahasa Malayu

ole Afdhal Lutfi Abd Latif). Singapura: Marshall Cavendish

Tom, P. (2011). Conversations with Mahathir Mohamed – Doctor M : Operation Malaysia . Singapura: Marshall Cavendish

Tom, P. (2010). Conversations with Lee Kuan Yew. Citizen Singapore: How To Build A nation. Singapura: Marshall Cavendish.

47

5

Pemupukan Perpaduan dan Bahasa Melayu Melalui Terjemahan Bahasa Pemerkasaan

Cina-Bahasa Melayu

Goh Sang Seong (Ph.D.)

Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Kebanyakan bahasa utama dunia menjadi kuat dan perkasa melalui terjemahan. Khazanah bahasa yang merangkumi kosa kata, istilah, ilmu dan falsafah dapat diperkaya melalui terjemahan kerana terjemahan ialah hasil pemindahan segala maklumat yang ada dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran melalui sains bahasa. Pindahan ini mampu mengisi kekosongan atau kekurangan yang ada dalam sesuatu bahasa. Makalah ini membincangkan peranan dan cabaran terjemahan bahasa Cina (BC)- bahasa Melayu (BM) dalam usaha pemupukan perpaduan dan pemerkasaan BM serta mengemukakan beberapa cadangan untuk pemajuan dan pemantapan kegiatan terjemahan BC-BM. Terjemahan BC-BM di Malaysia sudah dimulakan sejak seratus tahun yang dahulu. Banyak karya susastera Cina telah diterjemahkan ke dalam BM. Dengan itu, interaksi antarbahasa dan antarbudaya tercapai sekali gus menjalin persefahaman antara masyarakat Cina dengan masyarakat Melayu yang akhirnya dapat memupuk perpaduan. Penterjemahan kata-kata BC ke dalam BM melalui kaedah peminjaman telah memperkaya kosa kata BM. Namun, penyebarluasan terjemahan ini dalam kalangan pembaca sasaran belum mencapai tahap yang memuaskan. Begitu juga halnya dengan skop bidang terjemahan yang hanya terbatas pada karya susastera. Pengimportan ilmu baharu diperlukan dalam pemartabatan BM sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Oleh itu, kepelbagaian bidang terjemahan adalah penting. Sikap prejudis dan pesimis terhadap terjemahan wajar berubah. Tatakerja penterjemahan dan penerbitan terjemahan perlu dirancang dan dilaksanakan secara tegas dan teratur. Latihan dan kursus penterjemahan BC-BM perlu diwujudkan di IPTA. Kerjasama antara badan bukan kerajaan Cina dan IPTA serta kerajaan China dan kerajaan Malaysia melalui pelaksanaannya oleh IPTA kedua-dua buah negara sesungguhnya dapat mengangkat terjemahan BC-BM ke peringkat yang maju dan bersifat global.

Kata kunci: terjemahan bahasa Cina-bahasa Melayu, perpaduan, pemerkasaan bahasa Melayu, terjemahan susastera, kaedah peminjaman

Pendahuluan

Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia malahan turut membuka ruang kepada penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa asing. Hal ini secara langsung menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat pelbagai bahasa sekali gus menggalakkan penghasilan karya dalam pelbagai bahasa. Karya bukan setakat rekod cetusan perasaan, malah juga rakaman bermacam-macam maklumat tentang ilmu, pengetahuan, pengalaman, falsafah, budaya dan kepercayaan. Pada kelazimannya, pengarang berasa lebih selesa untuk menulis karya dalam bahasa ibunda sendiri kerana melalui bahasa ibunda, apa-apa sahaja yang ada dalam naluri pengarang lebih mudah diujarkan. Pada masa yang sama, terdapatnya lambang budaya sesuatu

48 kaum yang hanya dapat dijelmakan melalui bahasa kaum itu. Sebab itulah hubungan antara bahasa dengan budaya amatlah sukar dipisahkan (Sapir, 2000:396; Vermeer, 2000:222; Bassnett, 1980:14). Untuk pembaca yang tidak mengerti bahasa tulisan sesuatu karya, terjemahan dapat membantu.

Terjemahan ialah hasil pemindahan maklumat daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Maklumat ini merangkumi kesemua makna dan mesej sama ada yang terungkap secara tersurat mahupun yang terungkap secara tersirat dalam sesebuah teks. Ringkasnya, terjemahan memberi pembaca sasaran segala maklumat termasuklah ilmu dan budaya yang ditulis dalam bahasa yang tidak difahami atau kurang difahami. Dengan itu, pembaca sasaran dapat menerima, mempelajari, menghayati dan mengikuti maklumat berkenaan. Oleh hal yang demikian, jika berlakunya kepincangan dan kekhilafan dalam terjemahan, maklumat yang diterima oleh pembaca sasaran dapat mengakibatkan masalah salah faham (Goh Sang Seong, 2011). Sebagai contoh, terjemahan bagi Zhong Qiu Jie (Perayaan Pertengahan Musim Luruh) diterjemahkan menjadi Perayaan Kuih Bulan atau Pesta Tanglung. Terjemahan ini kurang tepat kerana seakan-akan yang diraikan itu berkaitan dengan kuih bulan atau tanglung. Terjemahan sedemikian tidak dapat menyampaikan maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu kaum. Oleh itu, ketelitian yang sungguh-sungguh diperlukan dalam penterjemahan.

Yang pasti, peranan terjemahan sesungguhnya adalah sangat mustahak dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan kepelbagaian bahasa dan wajar diberikan perhatian yang khusus. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini membincangkan dua peranan utama terjemahan, iaitu terjemahan dalam pemupukan perpaduan nasional dan terjemahan dalam pemerkasaan bahasa Melayu serta cabaran yang dihadapi dalam penterjemahan dan cadangan penyelesaiannya. Penterjemahan dalam kertas kerja ini berfokus pada pasangan bahasa Cina-bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana bahasa Cina ialah bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat Cina Malaysia. Banyak hasil karya orang Cina ditulis dalam bahasa Cina. Pada masa yang sama, bahasa Cina merupakan bahasa antarabangsa yang semakin popular berikutan kemunculan negara China sebagai kuasa ekonomi yang kian besar. Lebih-lebih lagi Malaysia ialah rakan dagang China yang ketiga terbesar (digital.nstp.com.my/nst/books/121019berekonomi/ Tarikh capai: 22 Oktober 2012).

Dalam dokumen Survivor Bahasa Mandarin Di Singapura Pe (Halaman 46-48)